Tuesday, 19 June 2018

DUA BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA


Dua berita ini - mengheret Najib Razak ke muka pengadilan berkaitan skandal 1MDB dan membuka semula kes pembunuhan Altantuya Sharibuu - ia adalah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia selepas jatuhnya regim BN pada 9 Mei lalu.


Dalam kes 1MDB, selepas lebih sebulan tumbangnya BN, ia kini paling dinanti-nanti oleh mereka yang menyokong Pakatan Harapan sehingga gabungan itu berjaya menjadi kerajaan menggantikan BN.


Sebagaimana yang selalu disebut sebelum ini, antara keutamaan rakyat bersatu hati menumbangkan BN ialah untuk melihat skandal 1MDB dibongkar hingga ke akar umbi dan seterusnya Najib mesti diheret ke mahkamah serta dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.

Pengakuan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kerajaan ketika ini sudah mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap Najib  berkaitan skandal 1MDB, tentu saja menambah kelegaan kepada penantian rakyat sejak lebih sebulan yang lalu.


Dalam hal ini, kerajaan harus cepat menahan atau mendakwa Najib agar keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan tidak pudar di pertengahan jalan.


Lebih lama Najib dibiarkan bebas dan tidak didakwa, sambil beliau boleh ke sana ke mari dan memutar tajuk berita bagi menagih simpati, ia lama kelamaan mungkin mengundang simpati rakyat terhadapnya, meskipun hakikatnya skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, jika diteliti dengan mendalam betapa besarnya kecurian wang yang dilakukan, tidak ada sesiapa yang sudi memaafkan kesalahannya.


Meskipun rakyat secara umumnya sedar kerana angkara 1MDBlah yang menyebabkan kehidupan mereka jadi sengsara dan dibebankan dengan pelbagai kesusahan yang menyulitkan lagi kehidupan, namun terlalu lama membiarkan Najib tidak didakwa boleh juga mengundang persoalan seolah-olah kerajaan tidak cukup bukti untuk mendakwanya.


Namun, penjelasan Tun Mahathir bahawa pihak berkuasa sudah ada kes yang hampir sempurna terhadap Najib, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri itu akan ditahan dan didakwa tidak berapa lama lagi.


Ramai yang gembira dengan apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ini.


Begitu juga dalam kes pembunuhan Altantuya, perjalanan perbicaraan selama ini adalah memalukan negara kita. Tidak kita siapa mangsanya, perbicaran kes itu jelas memperlihatkan kita tidak cukup terpuji dalam menjunjung keadilan.


Tidak pernah dalam kes yang melibatkan pembunuhan, motif mengapa Altantuya dibunuh dianggap tidak penting dan diabaikan dan pelakunya terus dihukum begitu saja.


Meskipun Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, dua anggota UTK yang menjadi pengiring kepada Najib (ketika beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri) didapati bersalah, tetapi oleh kerana kedua-duanya tidak mengenali Altantuya, maka motif pembunuhan dan siapa yang mengarahkannya mestilah dicari.


Mengabaikan motif pembunuhan samalah seperti menidakkan keadilan.


Razak Baginda yang pada mulanya dituduh bersubahat, tetapi kemudian didapati tidak bersalah, tetapi persoalan paling misteri ialah mengapakah pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasannya?


Adakah pembebasan Razak Baginda menggembirakan pihak pendakwa, maka rayuan tidak dikemukakan?


Bukankah pihak pendakwa sepatutnya hanya berasa gembira jika pihak yang dituduh disabitkan kesalahan dan bukannya jika dibebaskan?

Hari ini bapa Altantuya dilaporkan dibawa oleh peguamnya, Ramkarpal Singh untuk bertemu Peguam Negara, Tommy Thomas dan esok pula dengan Tun Mahathir.


Kenyataan Ramkarpal bahawa petunjuk baru telah dikemukakan kepada Peguam Negara dan membayangkan ada petanda positif kes itu akan dibuka semula, ia adalah satu lagi berita gembira buat sesiapa jua yang mencintai keadilan.


Dengan membuka semula kes itu, ia bukan saja dapat menegakkan keadilan dan memastikan mereka yang terlibat dihukum dengan sewajarnya, malah juga mampu memberi imej baik kepada negara di mata dunia.


1MDB dan Altantuya, dua kes besar ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kini giliran rakyat untuk mengetuai kebenaran hakiki mengenainya. (ShahbudinHusin 19/06/2018)

114 comments:

  1. Replies
    1. Majoriti rakyat Msia nak tau siapa yg mengarahkan Altantuya dibunoh.

      Ini udah lama jadi satu tanda soal yg besar dalam kepala kita.

      Umum tau bahawa Sirul dan Azilah tak der apa2 interest dan motif dengan Altantuya tapi kenapa mereka bertindak hingga guna C4....??

      Ini yg jadi pelik ni......

      Dengan kes Altantuya dibukak semula kita harap semua tanda tanya dapat dirungkai dan dijelaskan.

      Sirul hendaklah dijamin oleh kerajaan Msia dengan menukar hukuman mati kepada penjara.........sebab kerajaan Australia takkan ekstradisikan Sirul jika hukuman mati dikenakan ke atasnya.

      Demi memudahkan siasatan maka hukuman hendaklah diubah.
      Sirul perlu dibawak balik ke Msia kerana dia merupakan individu yg terlibat secara langsung dalam kes Altantuya ni.

      Peliknya kita kebelakangan ni Msia menyaksikan berrrbagai-bagai skandal, penyelewengan dan jenayah berlaku.

      Sudah sampai masanya kerajaan Pakatan Msia melakukan pembersihan dan pemutihan dalam setiap jabatan kerajaan supaya rasuah, penyelewengan dan subahat dapat dicegah dan dihentikan.

      Hanya dengan pembersihan dan pemutihan saja pentadbiran negara boleh berjalan dengan lancar, maju dan progresif dan menarik kepercayaan pelabor2 asing.

      Delete
    2. Kesian bapak Altantuya. Tarak "closure", kata orang.

      Dia kata paling penting dia nak tau siapa kasi arahan bunuh anak dia. Sirul di bawak balik ke Malaysia tak pnting bagi nya.

      Sapa kasi arahan? Rakyat dah buat keputusan. Kita tunggu apa mahkamah kata. Harap kes Altantuya di bicara semula.

      Delete
    3. Bro isa3.......sebagai sorang ayah tentunya kejadian anaknya tu jadi satu perkara yg menghantui hidopnya.

      Kita yg tak der kena mengena pon tertanya-tanya apa kesudahan cerita Altantuya tu.
      Apalagi ayahnya sendiri tentu lebih berat dia memikol.

      Kalo Sirul tak dibawak balik Msia siasatan akan tergantung sebab Sirul ialah individu yg terlibat secara langsung dalam kes ni.

      Itu sebab DSAI cadangkan supaya Sirul dibawak balik dan dibicarakan semula dalam kes pembabitannya.

      Hanya bila semua mereka2 yg terlibat, saksi2 dan bukti2 lengkap dapat diteliti dan dibicarakan barulah kes boleh diselesaikan dengan baik.

      Delete
    4. Kisah pembunuhan Altantuya mengikut laman The Third Force



      Banyak versi mengenai misteri pembunuhan model Mongolia yang mempunyai 2 orang anak. Kami bawa satu versi daripada laman The Third Force bersumberkan kepada facebook Sheng Dong.

      Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).

      Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.

      Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah).

      Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA

      Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene

      1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
      a) Mokhzani Mahathir dan
      b) Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi proxy Daim Zainuddin)
      2) Pada mulanya rundingan di lakukan melalui Syarikat Perimekar Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Pengarah Syarikat Perimekar pula ialah
      a) Laksamana Muda (Rtd) Hussin Tamby dan
      b) Mazlina Makhzan iaitu isteri Abdul Razak Baginda.
      (Sila rujuk FAKTA 2 dan FAKTA 3)

      Delete
    5. Albasi........kalo ada points yg boleh kenakan Tun M........udaaah lama kepala bapaaak ko guna points tu sebagai bahan.

      Apa punya points baghal yg ko bawak ni.........nak alih tiang gol pulaakkk dah.

      Delete
    6. Baru Dr Idris tahu “Politik Machiaville” bila terkena hidung sendiri


      Perselisihan dalam PKR berhubung pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor turut sampai ke pimpinan parti itu di utara.

      Timbalan Ketua Pemuda PKR dan Exco Pulau Pinang Afif Bahardin mempersoalkan Dr Idris Ahmad - yang berkata dirinya sebagai pilihan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi itu - sama ada beliau sanggup melawan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu itu.

      Afif menyangkal dakwaan Idris pagi tadi bahawa Amirudin tidak mendapat sokongan parti komponen HARAPAN untuk menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      "Nama Amirudin dicadangkan parti dan diterima Sultan Selangor. Ada konsensus untuk memilih Amirudin, ketua umum kami juga menyokongnya.

      "Soalan saya adakah Idris mahu melawan Anwar? Sila rujuk kenyataan terbaru pemimpin kita di Twitter," katanya kepada Malaysiakini.

      Afif merujuk kenyataan Anwar yang menggesa semua pihak menyokong Amirudin dan berkata sebarang pertikaian yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik.

      Dalam sidang medianya, Idris yang merupakan ADUN Ijok mendakwa beliau mendapat sokongan semua parti komponen HARAPAN manakala Amirudin hanya disokong Azmin.

      Untuk menyokong dakwaan itu, Idris menunjukkan salinan surat sokongan yang ditandatangani wakil empat parti HARAPAN, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.

      'Meneruskan legasi Azmin'

      Afif juga menyuarakan kegembiraannya dengan pelantikan Amirudin dan menyifatkan ADUN Sungai Tua itu layak memimpin pentadbiran negeri berdasarkan rekod sebagai wakil rakyat dan exco.

      "Saya berharap Amirudin dapat meneruskan prestasi cemerlang Azmin ketika memimpin Selangor dan pasukannya, selain menumpukan kepada usaha memberdaya golongan muda untuk mencapai tahap lebih tinggi di negeri itu," katanya.

      Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Anwar dan Wan Azizah kepada menaruh kepercayaan kepada pemimpin muda untuk memimpin pentadbiran negeri.

      Baru Dr. Idris tahu politik "Machiaville" apabila terkena batang hidung sendiri. Dulu ketika langkah Kajang, dialah antara orang yang mempertahankan tindakan parti menolak Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimana terseksa TSKI dengan fitnah dan caci maki tapi apa Dr Idris kata "kalau tak suka boleh keluar dari parti". Kini apa yang terjadi pada TSKI terkena kepada diri Dr. Idris. Inilah dia karenah politik PKR. Tak lain tak bukan sama spesis dengan UMNO.

      Delete
    7. Bro..ni seko ni melalak x tentu pasal..ni contoh dna umno yg masih ada..x padan msk bakul angkat sendiri..lg banyak melalak..kasi siku sama dia..hahahahasipiring mau ja di sipinggan

      Delete
    8. Satu lg bro..x payah susah2 papar the third force punya tulisan..kantong penuh tu klentong lebih..

      Delete
    9. Wartawan bidas pasukan media Mat Sabu abai media bebas
      FMT Reporters | June 20, 2018
      Seorang wartawan melepaskan kemarahannya kepada pemimpin PH yang pernah bergelut mendapat liputan media, tetapi kini mereka melayan wartawan media bebas dengan cara sama seperti kerajaan lama.

      Gambar Facebook.

      PETALING JAYA: Seorang wartawan berpengalaman mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengabaikan media yang pernah memberi liputan mereka ketika menjadi pembangkang dan kini “menikmati” liputan dari stesen televisyen dan media besar lain yang pernah mengetepikan mereka.

      Wartawan berpangkalan di Pulau Pinang itu yang berkhidmat dengan sebuah portal berita hampir 2 dekad menerusi Facebooknya membidas Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengabaikan wartawan bebas sekal pelantikannya sebagai menteri pertahanan dan mendakwa pasukan medianya mengamalkan pilih kasih.

      “Mat Sabu mungkin seorang lelaki hebat dan semuanya, tetapi beliau mempunyai pasukan media teruk yang hanya mempelawa stesen penyiaran berkaitan kerajaan dan portal tertentu yang dianggap pro-Pakatan Harapan.

      “Bagi saya, ini tidak profesional sama sekali,” tulisnya di Facebook malam tadi, sebelum dikeluarkan.



      Katanya, ketika musim Hari Raya, beliau berharap dapat bertanya soalan berkaitan pertahanan kepada Mat Sabu, tetapi mendapati beliau tidak dipelawa ke rumah terbuka menteri itu, baru-baru ini.

      “Baru dapat tahu mengenainya apabila saya menontonnya di televisyen. Saya amat kecewa kerana kerana saya ada soalan untuknya sebagai menteri pertahanan,” katanya sambil menambah beliau pernah memberi liputan kepadanya ketika ahli politik pembangkang lantang itu bergelut mendapatkan liputan media.

      “Kini beliau ialah menteri, beliau mungkin lupa semua orang yang pernah memberinya liputan untuk membolehkan beliau berada di tempatnya hari ini.”

      Beliau tidak mengecualikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini timbalan perdana menteri mahupun suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mesra dengan media bebas pada majlis rumah terbuka Aidilfitri mereka di Pulau Pinang, di mana pengawal peribadi mereka menghalang wartawan menjalankan tugas mereka.

      Katanya, 2 pemimpin PKR itu juga enggan menjawab soalan.

      “Anwar membenarkan saya bertanya 1 soalan dan isterinya jawab ‘ditto’ (pernah dijawab sebelum ini) apabila saya tanya responsnya. Hanya 1 soalan! Bagaimana dengan wartawan lain?

      “Sebelum beliau dipenjarakan, saya menghabiskan kebanyakan hujung minggu saya membuat liputan acara anjurannya.

      “Tidak peduli anak perempuan mereka, Nurul Izzah yang dikatakan pembela kebebasan media.”

      Wartawan lain dari 2 portal berita terkenal turut sependapat dengannya dan berkata, mereka turut diberikan pelbagai alasan ketika cuba mendapatkan reaksi menteri dan pemimpin PH mengenai dasar kerajaan.

      Tetapi, aduan terbesar mereka ditujukan kepada Mat Sabu yang tidak lagi membalas mesej di WhatsApp “apatah lagi panggilan telefon kami”.

      “Mat Sabu menjadi ikon media sosial selepas dilantik memegang jawatan kanan kerajaan. Tetapi ia tidak berkekalan, terima kasih kepada orang yang menguruskan hubungannya dengan media, khasnya dengan portal berita bebas terkemuka,” kata seorang wartawan yang memberi liputan banyak kepada Mat Sabu sepanjang tempoh berkempen pilihan raya umum 2 bulan lalu.

      Seorang lagi wartawan berkata, semua mesej menerusi WhatsApp “hanya dibaca dan mempunyai tanda biru, tanpa sebarang jawapan”.

      “Ada isu berkaitan pertahanan yang belum selesai untuk ditanya kepadanya. Malangnya, orang utama itu membisu.

      “Kami tidak lagi berminat dengan rumah teresnya atau menjamu selera dengan tentera. Kami dalam bidang kewartawan serius.”

      Ada aduan sama mengenai dasar media kerajaan baru dibangkitkan awal minggu ini, apabila Jabatan Perdana Menteri hanya membenarkan agensi berita Bernama, TV3 milik Media Prima dan stesen penyiaran kerajaan, Radio Televisyen Malaysia membuat liputan pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan taikun China, Jack Ma.

      Delete
    10. Penantian menghampiri kunjungannya bang Shah..moga pendakwaan kes 1MDB serta pembukaan kes makwa mongolia dadili sebaik mungkin..selepas ini maunya legalh kami rakyat mengetahui sipolan yg kami suspect selama ini..tuduh dan curiga je..selagi belum ddpti bersalah..hahahanajibalun 2.6b ringgit..apa dia jwab...hihihihpendusta..hahaha org tua 93thn x layak jd PM..sombong..udah badai melanda..pantai pun berubah..itulh hakikatnya..

      Delete
    11. Bapa Altantuya nafi terima wang Najib untuk tutup kes
      FMT Reporters | June 19, 2018
      Shaariibuu Setev berseloroh kerajaan Pakatan Harapan sudah merampas wang bekas perdana menteri itu yang sepatutnya dibayar kepada beliau dan keluarganya.
      VIDEO INSIDE

      Shaariibuu Setev berkata, dalang yang mengarahkan pembunuhan anaknya lebih penting daripada Sirul Azhar.

      KUALA LUMPUR: Bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006, menafikan beliau pernah menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak atau orang Barisan Nasional untuk menutup kes pembunuhan itu.

      Shaariibuu Setev dalam nada seloroh berkata, kerajaan Pakatan Harapan sudah merampas wang bekas perdana menteri itu yang sepatutnya digunakan untuk membayar beliau dan keluarganya.



      “Saya pernah dengar khabar angin seperti ini yang Najib sudah bayar saya wang, tetapi ia tidak benar,” katanya dalam sidang media sambil ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh hari ini.



      Ditanya jika ada cubaan daripada pihak Najib untuk memberi wang kepadanya, Setev berkata: “Ada orang mahu menjadi wira dan bercakap mengenainya, tetapi beliau bukan sesiapa.”

      Ramkarpal berkata, mereka akan membincangkan kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes itu secara terperinci dalam pertemuan dengan peguam negara dan perdana menteri.

      Setev akan menemui Tommy Thomas 3 petang ini dan Tun Dr Mahathir Mohamad 5 petang esok.

      Ramkarpal berkata, RCI hanya boleh ditubuhkan selepas perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian.

      Setev dan cucunya menyaman kerajaan Malaysia serta 3 tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Baginda untuk ganti rugi RM100 juta atas kematian Altantuya yang dibunuh 2 anggota polis Malaysia antara 19 hingga 20 Oktober 2006.

      Wanita berusia 28 tahun itu ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.

      Azilah dan Sirul yang juga anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara, disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

      Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.

      Sementara itu, Setev berkata, dalang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya lebih penting daripada Sirul.

      “Saya tak mahu bercakap pasal Sirul dan juga penalti.

      “Perkara paling penting ialah siapa yang arahkan pembunuhan itu, bukan Sirul,” katanya menjawab soalan jika beliau pernah cuba mengesan Sirul di Australia dan adakah adil hukuman mati terhadapnya dikurangkan.

      Ramkarpal berkata, Sirul tidak diperlukan untuk membuka semula kes itu kerana polis mungkin sudah tahu siapa dalangnya dan tidak memerlukan masa lama untuk didedahkan.

      “Sirul tidak penting dalam kes ini. Ada bukti lain. Ada saksi penting lain yang tidak dipanggil ketika perbicaraan kes itu (dahulu).”

      Sementara itu, Setev berkata, Altantuya ialah pencari nafkah utama bagi mereka 7 sekeluarga, termasuk 2 anak lelakinya dengan seorang daripada kelainan upaya dan terlantar di katil.

      “Saya rasa seperti kehilangan orang kanan saya.

      “Saya amat berharap kerajaan baru akan melakukan semuanya di bawah kuasa mereka untuk memberi keadilan dan penutup kepada penderitaan dan kesedihan keluarga saya.”

      Delete
  2. 1MDB, Altantuya, SRC, Felda, THaji, KWAP, Scorpoen, KWSP, byk lg. Klu satu kes disabitkn kesalahn melibatkn 5 tahun penjara, ini bermakna 40 th akn berada diSg Buloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat tengok dia masuk Sg Buluh 10 tahun pun jadi lah.

      Mak badak 5 tahun.

      Kalo mak badak yang menggesa Najib dan merancang bersama Jho Taek, mak badak patut 15 tahun, hehe.

      Delete
    2. Husin Ambank, Dorais?.....nak lepas saja kah siapa pengarah filem?
      Tiga orang lagi masih hilang, kerja Hantu Raya yang sama kah?

      Delete
    3. 3) PENGLIBATAN ALTANTUYA
      Sebenarnya Altantuya langsung tidak terlibat didalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dan nama Altantuya hanya digunakan untuk memfitnah Najib. Pandangan saya ini adalah berdasarkan pada keterangan Abdul Razak Baginda, dimana beliau telah memberitahu Mahkamah bahawa
      a) Beliau hanya mula mengenali Altantuya pada akhir 2004,
      b) Sementara rundingan pembelian kapal selam Scorpene bermula pada tahun 2000
      c) Dan perjanjiannya Scorpene dimuktamatkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002.
      d) Semasa rundingan diadakan, seorang warga Inggeris bernama Martin Hill, telah bertindak sebagai jurubahasa kerana beliau fasih dalam bahasa Perancis,
      (Sila rujuk FAKTA 4)

      4) MAHATHIR JUGA TERLIBAT
      Semasa rundingan dimulakan sehingga perjanjian pembelian dimuktamatkan
      a) Perdana Menteri Malaysia ialah Mahathir
      b) Menteri Kewangan juga ialah Mahathir

      Jadi sebagai sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, adalah mustahil Mahathir tidak tahun tentang kos pembelian Scorpene kerana yang akan menyediakan dan meluluskan bajet ialah Kementerian Kewangan.

      Slogan Bersih, Cekap dan Amanah ialah slogan yang digunakan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi rupa-rupanya Mahathir TIDAKLAH BERSIH dari skandal seks (sila rujuk FAKTA 5). Jika kita renung betul-betul wajah-wajah ANAK ANGKAT Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir, maka kita dapati bahawa wajah-wajah mereka adalah SEIRAS dengan wajah-wajah anak-anak Mahathir yang lain seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina (sila rujuk FAKTA 6).

      Selain daripada itu, mengikut ajaran Islam, jika Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir maka adalah HARAM bagi mereka di BIN kan atau BINTI kan kepada Mahathir (sila rujuk FAKTA 7)
      Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8).

      Delete
    4. "Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8)."

      ============================

      Albasi masam berlendir........ape yg kamu meraban teben ni baghal.....???

      Ko nak kata Tun M buntingkan Altantuya...??
      Woiiii gila babi ke apa.....???
      Ini satu fitnah yg serius ni dol.......!!

      Woiiii kaldai......kalo ko ada bukti Tun M ada skandal dengan Altantuya sila buat report polis.
      Ko jangan berani memekak dalam blog ni jerrr.......pegi bawak bukti tunjuk kat PDRM.

      Masa bicara kes Altantuya dulu.......apa pendakwaraya, lawyer dan mahkamah tak sebut langsung nama Mahathir....??
      Masa tengah hot perbicaraan apa ko tak laporkan bukti skandal Tun M dan Altantuya tu...??

      Satu dunia tau Tun M ada sorang isteri ajerrr...........jangan ko ingat orang lain buat curang dengan bini orang maka Tun M pon gitu jugaakkk....

      Seluroh dunia tau Mahathir dan Siti Hasmah tu loving couple sampai ke tua.
      Apa ko jealous ke pasal bini ko queen control......asik kena siku ajerrr....??

      Weiiii samdol........apa ko dah kekeringan idea nak tibaaiii Tun M ke........sampai hal Altantuya mengandung pon ko nak kaitkan dengan Tun M.....??

      Kalo nak meraaapuuu pon agak-agaklah sikit wooiiii......
      Inilah point paling bodoh yg pernah aku baca.

      Dari luuu buat sawan kat sini...........ada baik luuu ambik wudhuk.....buat solat hajat dan tolak bala untuk kepala bapaaakkk luuuu.........jangan lupa mintak selamatkan coklat dan beg2 bank bagasi tu sekali.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Kenapa Menteri Kewangan Enggan Ulas KWSP Hilang RM6.09 Billion Dalam Masa Sebulan?


      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan nilai pelaburannya dalam 10 syarikat awam tersenarai (PLC) turun 12% atau RM6.09 bilion, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.


      Agak melucukan, Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng enggan ulas kerugian pelaburan KWSP sebanyak RM6.09 billion di Bursa Saham kerana mahu melihat dahulu laporan tersebut. Bodoh punya Guan Eng! Tidak berani hendak menghadapi kenyataan.


      Menteri Kewangan sibuk mencari kerugian yang dialami oleh 1MDB sedangkan Kerajaan Malaysia telah kerugian RM6.09 billion hanya dalam tempoh sebulan pemerintahan Pakatan Harapan. Baca laporan The Edge.

      Kenapa Menteri Kewangan yang gila publisiti tidak mahu membuat Sidang Media mengenai kerugian KWSP berjumlah RM6.09 billion ini?

      Delete
    7. Mahathir terlibat dan Mahathir suruh siasat?... Dalam situasi sebegini dua andaian yg aku boleh buat. Pertamanya, mungkin Mahathir bodoh, sbb tu dia nak kenakan diri sendiri. Keduanya, mungkin penulis artikel di atas terlalu bangang, desperate gila babi sehingga tak dapat berfikir dgn logik.

      Delete
    8. Belanja RM30 Juta Tapi Tak Ada ‘Live’ Pun?



      SELURUH dunia terkejut apabila juara bertahan, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2018 mereka dengan langkah kiri apabila tewas kepada Mexico, malam tadi.

      Kekalahan itu jelas mengecewakan orang ramai tentunya rakyat negara tersebut yang menjangkakan mereka tidak akan berdepan masalah menentang pasukan dari benua Amerika Utara itu.

      Bagaimanapun, bukan rakyat Jerman sahaja yang kecewa, jutaan rakyat Malaysia juga kecewa apabila tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan epik melibatkan gergasi Eropah itu di televisyen, semalam.


      Ini kerana, saluran RTM yang telah berjanji kepada rakyat negara ini untuk menayangkan perlawanan Piala Dunia secara langsung, gagal menyiarkan perlawanan membabitkan juara dunia empat kali itu.

      Ini sekali gus membangkitkan semula persoalan tentang wang yang dibelanjakan sebanyak RM30 juta untuk mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

      Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa RM30 juta dibayar bagi hak penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi tajaan daripada Maxis dan Air Asia.

      Namun yang peliknya di sini ialah perlawanan besar yang melibatkan pasukan Jerman menentang Mexico tidak ditayangkan langsung sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

      Rata-rata di antara mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Pakatan Harapan serta RTM kerana gagal memilih perlawanan yang ingin disaksikan penonton.



      Ada juga mereka yang menganggap perkara ini sebagai salah satu janji manis dari pihak kerajaan yang gagal ditunaikan seperti banyak lagi janji lain yang dibuat sebelum menakluki Putrajaya.


      Kerajaan PH sepatutnya lebih peka dengan perkara ini memandangkan Jerman merupakan pasukan pilihan ramai penyokong bola sepak di negara ini di samping pasukan Brazil, Perancis, Sepanyol serta Portugal.

      Justeru adalah penting untuk mereka mengkaji terlebih dahulu mengenai perlawanan yang ingin disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum tergopoh-gapah mengumumkan untuk menayangkan Piala Dunia secara langsung.


      Ia tidak lain tidak bukan sebagai satu strategi untuk memenangi hati rakyat selepas ramai mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka mentadbir kerajaan.

      Sudah pastilah orang ramai mahu menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan hebat dan bukannya perlawanan yang menampilkan pasukan bukan pilihan seperti Costa Rica menentang Serbia, yang ditayangkan di RTM malam tadi.

      Bukan itu sahaja, perlawanan melibatkan Argentina yang diketuai Lionel Messi menentang Iceland pada hari raya kedua tempoh hari juga tidak ditayangkan secara langsung di RTM.

      Lebih-lebih lagi, Piala Dunia tahun ini yang bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai terpaksa bergantung harap kepada RTM untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia di kampung halaman.

      Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang pulang beraya di kampung tidak dapat menyaksikan saat-saat ikonik seperti gol pertama Iceland di Piala Dunia dan juga Messi yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.


      Kerajaan serta RTM juga perlu ingat bahawa tidak semua orang memiliki siaran Astro di rumah dan ramai di antara mereka bergantung kepada RTM untuk menyaksikan karnival bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini.

      Jika perkara seperti ini juga tidak boleh diselesaikan dengan baik, apa guna belanja sampai RM30 juta untuk menyiarkan Piala Dunia kepada penyokong bola sepak tempatan? –MYNEWSHUB.CC

      Delete
    9. Al Banji anak anjing kurap ni tak habis habis dendam dgn PH.
      Dedak yg najibur beri dulu sudah habis? Kesian....dok menyalak siang malam.
      Lama lama mu boleh masuk hospital bahagia free....kumpulan pencuri duit rakyat.
      Jika zaman nabi musa dulu ....orang saperti ini patut jadi kera.

      Delete
    10. Kenapa tak hantar anak saya ke Mongolia, soal bapa Altantuya
      Minderjeet Kaur | June 19, 2018
      Shaariibuu Setev akan menemui perdana menteri petang esok dalam usaha menuntut keadilan atas kematian anaknya.
      VIDEO INSIDE

      Shaariibuu Setev sedih mengenangkan kematian anaknya pada 2006 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

      KUALA LUMPUR: Bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mempersoalkan kenapa anaknya dibunuh dan bukan dihantar balik ke negara itu.

      “Kenapa mereka tidak gari dia dan hantar dia balik. Kenapa bunuh dia?

      “Saya mahu keadilan untuk anak perempuan saya,” kata Shaariibuu Setev dalam sidang media hari ini.

      Peguamnya, Ramkarpal Singh yang turut hadir dalam sidang media hari ini berkata, Setev akan menemui Peguam Negara, Tommy Thomas 3 petang ini dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 5 petang esok untuk membincangkan kemungkinan membuka semula siasatan ke atas kematian Altantuya.


      Altantuya yang berusia 28 tahun ketika itu, dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006 oleh 2 anggota polis Malaysia.

      Beliau ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.

      Pembunuh terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, adalah anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara.

      Kedua-duanya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.

      Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana pembabitan Abdul Razak Baginda, bekas pembantu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

      Razak yang didakwa bersama Sirul dan Azilah, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Dia juga mengakui mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu.

      Kes itu dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam Perancis, urus niaga yang sedang disiasat di Perancis kerana dakwaan sogokan melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan Razak.

      Bulan lalu, Setev merayu kerajaan Pakatan Harapan membuka semula siasatan untuk mendedahkan identiti dalang yang mengarahkan pembunuhan anaknya.

      Sirul pula dilaporkan bersedia pulang ke Malaysia dan mendedahkan dalang di sebalik kes itu, tetapi dia menolak cadangan Ramkarpal untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

      Dia turut mendakwa diri menjadi kambing hitam “dalam satu jenayah politik terancang” dan menafikan pernah mengaku membunuh Altantuya.

      Delete
  3. 1MDB, Altantuya, SRC, Felda, THaji, KWAP, Scorpoen, KWSP, byk lg. Klu satu kes disabitkn kesalahn melibatkn 5 tahun penjara, ini bermakna 40 th akn berada diSg Buloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5) SIAPA SIRUL AZHAR
      Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri (sila rujuk FAKTA 9). Jadi ada kemungkinan yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya ialah Mahathir kerana hendak menutup perhubungan sulit antara mereka berdua.
      Selain daripada itu, tugas Sirul ada seorang bodyguard Perdana Menteri. Beliau memulakan kareernya sebagai bodyguard Mahathir dan selepas Mahathir letak jawatan, beliau telah menjadi bodyguard Pak Lah. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah sehingga beliau ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006 (sila rujuk FAKTA 10) maka tidak mungkin Najib yang keluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya kerana Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu TIGA TAHUN selepas Sirul ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya

      Jadi soalan saya pada Mahathir ialah: SIAPA YANG LEBIH RAPAT DENGAN SIRUL SEHINGGA BOLEH KELUARKAN ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA

      FAKTA 1 – Malaysia tidak mohon ekstradisi Sirul – Dr Mahathir – Front Desk
      8 Jun 2018
      PUTRAJAYA, 8 Jun: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

      Beliau berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

      “Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

      “Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.

      http://www.frontdesk.com.my/…/malaysia-tidak-mohon-ekstrad…/

      Delete
    2. Weeeii Albasi bongok.........Sirul bodyguard Najib yg ketika tu ialah TPM dari 2004 hingga 2009.

      Kaldai.......bukan PM ajerrr yg ada bodyguard.....TPM pon ada jugak.

      Punyalah ko berrrrhempas pulas nak alih tiang gol.

      Kalo ya pon nak membelit.......agak-agaklah sikit woiiiii.....pasal orang bukannya bodoh macam ko.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. MB Selangor tak dapat restu PH, hanya disokong Azmin sahaja



      Pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru Amirudin Shari tidak mendapat restu Pakatan Harapan (HARAPAN), dakwa ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad.

      Idris sebaliknya berkata hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripada semua parti HARAPAN.

      "Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini.

      Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh empat parti.

      Istana minta tiga nama

      Surat-surat yang ditulis pada bulan Jun itu mengesahkan sokongan kepada Idris sebagai menteri besar, ditandatangani secara berasingan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

      Beliau berkata nama dua lagi calon, Amirudin dan ADUN PKR Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin hanya dikemukakan selepas Istana Selangor meminta tiga nama calon.

      Menurut Idris namanya berada dalam kedudukan teratas senarai calon berkenaan.

      Bagaimanapun, pelantikan ini sama prosesnya ketika Azmin menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila Istana Selangor meminta mengemukakan tiga nama calon

      Delete
    5. bro phantom ni semua albabi lebai kuno geng najis satu kepala la cuba tengok dorang ada masuk blog kd tak?mana berani bro takut kena londeh dgn kd.

      pasal hantu tuya tu tak payah dia nak klentong konon sirul rapat dgn TUN pada teman senang je bila bini si razak tu cakap laki aku tak bersalah dan bukan laki aku yang nak jadi perdana menteri tu da cukup bagi teman sebagai info bak kata orang putih hihihi game over dan jgn lupa tanya dia si musa safri tu rapat juga ke dgn TUN?

      Delete
    6. Guan Eng harus tumpu bina keyakinan pelabur, kata Anwar
      FMT Reporters | June 19, 2018
      Ketua umum PKR itu berkata menteri kewangan boleh mewakilkan pendedahan kepada orang lain.

      Ketua umum PKR Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hat apabila mengeluarkan kenyataan.

      PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu mengimbangi antara mendedahkan skandal dan memupuk keyakinan dalam kalangan pelabur.

      Anwar, yang mengetuai kementerian itu dari 1991 hingga 1998 berkata, Lim mesti lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana pelabur akan menggunakannya sebagai rujukan.

      “Jadi, dia harus tumpu kepada menenangkan pelabur dan memupuk keyakinan dalam kalangan mereka,” katanya kepada Astro Awani.

      Anwar berkata dalam senario sekarang, para menteri nampaknya bertanggungjawab untuk mendedahkan urus janji dan pembohonan kerajaan dulu.

      Namun bekas timbalan perdana menteri ini berpandangan Lim, yang juga setiausaha agung DAP, boleh mewakilkan pendedahan itu kepada orang lain, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

      Beberapa hari lepas, Lim berkata satu lagi skandal besar “berkaitan Kementerian Kewangan” akan didedahkan tidak lama lagi, dan menambah para pegawainya menjangkakan lebih banyak lagi skandal akan terbongkar – semua itu berlaku dalam 100 hari pertama kerajaan ini.

      Kenyataan Anwar ini menyusuli kritikan Lim terhadap Perkhidmatan Pelaburan Moody’s kerana laporan agensi itu yang menurut Lim tidak mendedahkan takat sebenar hutang kerajaan.

      Laporan oleh agensi penarafan itu mengandungi analisis tentang kesan dasar-dasar kerajaan sekarang ke atas profil kredit negara. Satu laporan oleh Bernama memetik Lim sebagai berkata kerajaan tidak pernah menafikan hutang langsung kerajaan ialah RM687 bilion.

      “Ini dengan sendirinya menunjukkan mereka (Moody’s) sedar akan jaminan kerajaan yang sudah menjadi hutang langsung berganda. Ini seharusnya diambil kira apabila anda mendedahkan tahap sebenar hutang kerajaan,” katanya menurut laporan itu.

      Kenyataan Anwar ini sebulan selepas penulis kolum Bloomberg, Andy Mukherjee berkata, Lim harus lebih bijaksana menangani siasatan 1MDB.

      Delete
  4. Replies
    1. Belom tentu dia tak lepas lari. Sebab Jamal ikan bakar dapat lari.

      PDRM belom di rombak. Tan Sri Muhyiddin kata akan di rombak. Susun semula ke apekenamanye.

      Delete
    2. TS Muhyidin tu slow......

      Delete
    3. mesti mahu lari....tali gantung sedang menanti... kes hantutuya sudah cukup untuk game over.

      Delete
    4. Kita tuuungguuu dan lihat yeoooppp....
      Mari kita tengok siapa yg kenaaaa.....

      Delete
    5. FAKTA 2 – Scorpene: Siapa Terlibat?



      Pencadang asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan membeli kapal selam Jenis Jerman versi 212 (reka bentuk Jenis Bebas 209) melalui sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, yang beroperasi dari banglo di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

      Posted on 5th August 2017
      Facebook Link
      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=498523400507899&id=100010507293309

      FAKTA 3 – Kapal selam – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
      Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak

      https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kapal_selam…

      Delete
  5. Najib kena sebat kahkahakah..comel sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 4- Altantuya no role in Scorpene deal, negotiator claims | Malaysia | Malay Mail
      Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara perjanjian Scorpene yang memasuki perundingan pada tahun 2000, disimpulkan, dua tahun kemudian.

      Laporan khas menimbulkan keraguan tentang perlunya menyewa Altantuya sebagai jurubahasa, ketika faktanya adalah semua rundingan dengan syarikat Perancis dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
      Pasukan Perancis, sebenarnya, pada mulanya dipimpin oleh seorang Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih dalam bahasa Perancis, laporan itu dinyatakan.

      Selain itu, dalam pemetaannya kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, pengurus pemasaran bekas Pengarah Urusan des Construction Navales Services untuk Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu penyiasat bahawa tidak ada keperluan juru bahasa kerana rundingan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, ia dilaporkan.
      Jasbir bertanya-tanya mengapa tidak ada yang mempersoalkan kredibiliti tokoh pembangkang yang telah menerima aduan untuk menunjukkan gambar Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, yang dikatakan di sebuah restoran Paris.

      “Dengan kemasukannya sendiri, perkara ini adalah perkara peribadi antara Abdul Razak dan Altantuya. Berurusan dengannya tidak ada kaitan dengan perjanjian Scorpene.
      “Adalah malang bahawa ia bertepatan dengan garis masa kami (perjanjian kapal selam). Razak adalah satu-satunya penyebut biasa dalam perkara ini. Beliau adalah satu-satunya pautan, dan yang lemah, paling baik, “katanya.

      https://www.malaymail.com/…/altantuya-no-role-in-scorpene-d…

      FAKTA 5 – Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao
      Rafidah menjadi kaya bukan kerana perbuatan rasuahnya tetapi kerana dia tahu rahsia dan perilaku moral Mahathir termasuk rahsia berkenaan skandal seks.

      “Kita lihat pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Rafidah ini boleh berkata apa-apa dan diberikan ruang memegang portfolio penting menguruskan perdagangan luar negara termasuk menguruskan AP barang-barang import dari luar negara ke Malaysia.

      Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao
      Anwar ada menyebut berkenaan hubungan sulit Mahathir ini di beberapa pentas ceramah reformasi dan dia ada sebut berhubung skandal seks melibatkan orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

      https://www.smasanews.com/…/7405-rafidah-aziz-simpan-rahsia…

      Delete
  6. Pendakwaraya tidak mengemukakan rayuan terhadap Razak Baginda kerana bukti terlalu lemah untuk kaitkan Razak....Razak tidak ada kaitan dengan Musa Safri yg menyampaikan titah membunuh Altonya....Musa safri kunci penyelesaian dalang pembunuhan...

    Tangkap musa safri dalang akan terbongkar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 6 – Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?
      Lihat wajah anak-anak kandung Mahathir yang kaya raya malah antara terkaya di Asia, ada iras muka atau wajah mereka dengan Mazhar, si anak angkat tersebut. Malah wajah cucu Mahathir yang perempuan, anak kepada Menteri Besar Kedah juga dilihat mempunyai iras wajah yang sama.

      Bagaimana anak angkat boleh hampir sama saja mukanya dengan anak atau cucu kandung Mahathir? Atau sememangnya Mahathir memilih anak angkat bersyarat muka yang sama?

      Pernahkah anda dengar tentang Mahathir didakwa nikah gadis belasan tahun?

      Walaupun ketika itu tiada internet tetapi akhbar yang pro pembangkang sudah wujud dan mempunyai ramai pembaca. Walaupun jawapan ketika itu bukannya seperti zaman digital iaitu adanya kekangan masa yang bukannya boleh respon “real time” namun dikatakan Mahathir mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dan menurut otai-otai politik, Siti Hasmah yang jawab pada awalnya dan bukannya Mahathir. Dan sehingga ke hari ini Mahathir dilihat takut untuk menjawab.

      http://www.azmykelanajaya.com/…/pernah-dengar-cerita-siti-h…

      FAKTA 7 – Haram nasab anak angkat kepada bapa angkat
      Hukumnya haram menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu dibinkan kepada bapa angkatnya.
      Hukum ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

      “Dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri…*
      (Surah Al-Ahzab: ayat 4)

      dan dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
      “Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
      (Surah Al-Ahzab: ayat : 5)

      http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

      Delete
  7. 'Ketiadaan dua saksi utama lambatkan siasatan SRC, 1MDB'
    Norman Goh
    19 Jun 2018, 10:50 malam (Dikemaskini 19 Jun 2018, 10:57 malam)

    Ketiadaan dua saksi utama - Low Taek Jho dan Nik Faisal Ariff Kamil - akan melambatkan siasatan terhadap SRC International dan 1MDB, kata sumber.

    Sumber yang rapat dengan siasatan kes itu berkata, Nik Faisal yang merupakan bekas pengarah SRC International adalah saksi penting bagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat itu, manakala ahli perniagaan Jho Low saksi penting untuk siasatan 1MDB.

    "Secara asasnya, siasatan terhadap SRC International sudah hampir selesai. Tetapi Nik Faisal masih bebas, ia akan sedikit melambatkan.

    "Ketiadaan dua saksi penting ini (material witness) akan melambatkan pengumpulan bukti. Siasatan diadakan mengikut peringkat," katanya kepada Malaysiakini.

    Nik Faisal dipercayai berada di Indonesia manakala Jho Low dipercayai bersembunyi di Macau.

    Pada 7 Jun lalu, SPRM mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal dan Jho Low bagi menggesa mereka tampil untuk membantu siasatan.

    Sumber itu turut berkata seorang lagi bekas pengarah SRC, Datuk Suboh Mohd Yasin (gambar) - yang menyerahkan diri kepada pihak berkuasa - amat penting untuk mengukuhkan kes.

    "Ia merupakan langkah ke hadapan yang baik buat kami untuk melengkapkan (siasatan). Dia sangat berguna kepada siasatan.

    "Dapatan terbesar yang kami ada pada masa ini hanyalah 70 peratus daripada keseluruhan kes. Salah laku yang sebenar jauh lebih besar daripada jangkaan awal kami," katanya lagi.

    Katanya, Peguam Negara Tommy Thomas dipercayai sedang meneliti kertas siasatan pertama berkaitan kes itu.

    Katanya lagi, laporan perkembangan juga akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Siasatan 1MDB Jumaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 8 – Anwar Ibrahim » Blog Archive » Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?
      Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung
      http://anwaribrahimblog.com/…/altantuya-shaaribuu-bagaiman…/

      FAKTA 9 – Sirul Bekas Pengawal Peribadi Mahathir Rupanya | MYKMU.NET
      Tapi mengejutkan hari ini bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad (90 tahun) mendedahkan apa yang selama hari ini kita tidak tahu bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya. Terlintas di kepala penulis, jika melihat kepada pendekatan Najib dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tak adakah siapa yang nak menuduh Mahathir terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut?

      https://mykmu.net/…/sirul-bekas-pengawal-peribadi-mahathir…/

      FAKTA 10 – Kronologi kes pembunuhan Altantuya
      Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:
      2006:
      26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

      6 Nov: Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

      7 Nov: Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

      15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.

      16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.
      2007:
      19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

      Sumber: Shen Dong


      : Dunia hari ini sangat sukar mendapatkan maklumat yang benar, kadangkala kita dikaburi dengan berita palsu seolah-olah benar dan berita benar seolah-olah palsu. Sebaik-baik dapatkan pembacaan daripada pelbagai sumber untuk kita meneliti dan memahami...

      Delete
  8. salam din, sori lari tajuk sikit...apa pasal si blogger, syedoutsidethebox tak henti2 'membalun' DSAI, apa masaalah dia dgn DSAI ?...yg peliknya tu, klu dia rasa ada yg tak kena dgn DSAI, apa pasal dia tak 'direct' mengadu dgn Tun M sbb dia sahabat baik Tun M ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat itu ada agenda tersendiri dan sangat takut jika DSAI menjadi PM.

      Delete
    2. Kalo dia "sahabat baik Tun M", padan lah dia berterusan "membalun" si Syed.

      Dia nakkan Tun lama jadi PM. Aku pun gitu.

      Delete
    3. padan lah dia berterusan "membalun" DSAI.

      Delete
    4. Yeop......hubungan baik antara Tun M dan DSAI amat2 penting dalam kerajaan Pakatan.

      Kita tau Tun M memang mempunyai penyokong2 DIE HARDnya yg tersendiri..........aura dan pengaruh Tun M memang kuat dalam masyarakat Msia.........ini satu point yg tak boleh kita nafikan.

      DSAI pon tak kurang jugak.......beliau ada para penyokong yg kuat dan setia.........dan umum tau penyokong PKR ialah penyokong DSAI........ini pon satu perkara yg tak boleh dinafikan.

      Pada PRU14 yg lalu gabongan 2 kumpulan besar antara penyokong2 Tun M dan DSAI telah berjaya disatukan menjadi satu TSUNAMI RAKYAT yg kuat gelombangnya hingga tak dapat ditahan-tahan oleh pihak lawan.

      Pada pandangan teman.........jika salah satu gabongan penyokong2 sama ada penyokong Tun M atau DSAI tidak menyertai gabongan tersebut..........maka teman rasa Tsunami Rakyat tak mungkin boleh berlaku di PRU baru2 ni.

      Jadi kesimpulannya.........kedua-dua insan yg berpengaruh yakni Tun M dan DSAI mestilah punya hubungan yg baik dan akrab demi kesinambungan kerajaan Pakatan Harapan.

      Mereka berdua tidak boleh berpecah kerana perpecahan hanya akan melemahkan ikatan GABONGAN PAKATAN HARAPAN itu sendiri.

      Seperkara yg perlu kita ingat........akan ada banyak jarum2 yg dijalankan bagi melihat perpecahan gabongan parti2 dalam Pakatan Harapan.

      Kejayaan Pakatan Harapan merampas tampuk pemerintahan negara dengan membentuk kerajaan baru sebenarnya menjadi perkara pokok yg amat2 dicemburui.

      Maka TO ALL PAKATANS silalah berhati-hati membuat langkah dan tindakan.............jangan sampai Pakatan mereput dari dalam.

      Mandat dan kepercayaan sudah diberi oleh majoriti rakyat Msia...............maka masing2 yg ada dalam gabongan Pakatan tolonglah jujor dan ikhlas dalam memberi sokongan kepada pucok pimpinan selagi ia tidak menyeleweng dan terbabas dari landasan.

      Hidop Pakatan Harapan !!

      Delete
    5. Tambahan....
      Di samping sokongan penyokong2 Tun M dan DSAI.........penyokong2 DAP dan Amanah jugak memainkan peranan penting dalam Tsunami Rakyat PRU14.

      Maka dengan itu........hubungan baik antara semua parti2 komponen mesti dijaga.......baik dari peringkat atasan hingga yg di bawah.

      Ikatan 4 parti dalam Pakatan mestilah kukoh sepertimana ikatan parti2 komponen BN di zaman Tun M menjadi PM dulu2.

      Kalo PH nak talian hayat yg paannjaanggg..........maka ikhlas dan jujorlah dalam memberi sokongan kepada pucok pimpinan dan pentabiran negara.

      Delete


    6. Kepimpinan PKR berpecah kerana Anwar? | Free Malaysia Today

      Mereka berasa gelisah kerana orang yang sekian lama mereka perjuangkan sebagai calon perdana menteri mengecewakan jangkaan mereka.

      Ahli PKR sejak sekian lama berkempen untuk Anwar sebagai perdana menteri tetapi tindakan ahli politik veteran itu baru-baru ini menghakis kepercayaan mereka, kata sumber parti.

      PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi PKR tidak sehaluan dengan tindakan dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurut mereka seperti melobi sokongan daripada golongan elit berpengaruh, sebulan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas dan pembebasannya seminggu selepas itu.

      Mereka berkata individu yang mereka kempenkan sebagai perdana menteri sejak 2 dekad lalu menunjukkan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini.

      Sumber dalam parti berkata ramai pemimpin termasuk golongan dalaman yang menanggotai biro politik PKR berkata pertemuan Anwar dengan raja-raja Melayu dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati golongan diraja, lebih 2 dekad selepas dia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melucutkan kekebalan raja-raja daripada undang-undang.

      “Mereka berkata sejak dia dibebaskan, dia tidak menunjukkan kelakuan seorang perdana menteri menanti, tetapi seorang yang tergesa-gesa,” kata sumber PKR yang rapat dengan golongan dalaman itu.

      Delete
    7. sambung ...

      Anwar, yang akan berusia 71 pada Ogos, dibebaskan pada 16 Mei, selepas diberi pengampunan diraja yang dinanti-nantikan. Pengampuan itu membolehkan dia kembali aktif berpolitik. Beberapa jam selepas pembebasannya, dia dipanggil ke Istana Negara untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

      Anwar kemudian bertemu raja-raja Melayu di beberapa istana negeri, menyebabkan pengkritik tertanya sama ada dia cuba melobi sokongan raja-raja untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji untuk memberi laluan kepadanya dalam tempoh masa 2 tahun.

      Tetapi kunjungan lewat malamnya ke istana di tengah-tengah kebuntuan tentang pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, yang menyebabkan penyokong PKR, termasuk pengikut setia, mempersoalkan motif beliau.

      Anwar bertemu Sultan Johor, pengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. “Apabila dia secara terbuka mengumumkan dia sedang bertemu Sultan Muhammad V ketika timbulnya cerita Tommy Thomas, ia seolah-olah mengatakan dia yang mendapatkan persetujuan diraja,” kata sumber itu.

      “Ini secara tidak langsung cuba menguatkan perspesi dalam fikiran tentang adanya perselisihan antara Dr Mahathir dan istana, dan Anwar yang menyelamatkan keadaan. Seorang ahli politik berpengalaman dan kanan tidak sepatutnya berkelakuan seperti orang baru nak naik,” katanya.

      Anwar mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengatakan dia cuba melobi sokongan raja-raja.

      “Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” katanya dalam temubual oleh badan berkaitan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini.

      “Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan ditengah-tengah propaganda mengatakan gabungan ini diketuai DAP, yang akan menghakis kuasa raja-raja dan orang Melayu. Jadi saya ke sana untuk beritahu mereka bahawa maruah dan kedaulatan raja-raja akan didukung.”

      Delete


    8. sambung ..

      Kenyataan itu dicabar oleh bekas pemberita berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin, yang menganggotai majlis tertinggi PPBM dan merupakan pengikut setia Dr Mahathir.

      Kadir dalam satu catatan blog berkata berkata tiada keperluan untuk memberi jaminan kepada raja-raja kerana mereka dijaga dengan baik, termasuk RM257 juta untuk perbelanjaan Agong dalam tempoh 16 bulan lalu.

      Anwar segera mengkritik Kadir, mengatakan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu tidak menjaga tertib. Kadir sudah meletakkan jawatan daripada Majlis Penasihat Kerajaan.

      Sumber PKR mengatakan pemimpin parti juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan dia tidak akan meminta isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengosongkan kerusi Pandan untuk dia bertanding dan kembali ke Parlimen.

      “Sudah tentu dia juga tidak akan minta anak perempuannya mengosongkan kerusinya,” kata sumber itu, merujuk kepada Nurul Izzah yang menang di Permatang Pauh, kerusi yang pernah diwakili Anwar dan dikosongkan isterinya pada 2008 untuk membolehkan dia kembali ke berpolitik.

      “Ini bermakna kita akan menyaksikan bapa, ibu dan anak dalam kerajaan,” kata sumber itu.

      “Ini mengesahkan apa yang Umno katakan selama ini, yang kita ini parti ‘anak pinak’,” katanya.

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
    10. Cerita pergeseran perpecahan PKR dah bertahun2 di mainkan...AZmin dikatakan ada kem...Wan Azizah dan Rafizi ada kem tapi PKR tidak berpecah pon...

      Ini menunjukkan PKR makin kuat hingga ada pihak cuba pecahbelahkan PKR..

      Delete
    11. Nilai Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 5 Bulan



      KUALA LUMPUR – Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh lima bulan kepada RM4.0015 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi semalam.

      Penyusutan ringgit itu sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS dan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perdagangan global.

      Pada dagangan semalam, ringgit dibuka pada paras RM3.9998 sedolar dan kemudian terus jatuh ke paras RM4.0015 pada jam 11.05 pagi, demikian mengikut perangkaan Bloomberg.

      Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mengukuh dan faktor positif untuk menyokong ringgit adalah berkurangan.

      Beliau berkata, pendirian agresif Rizab Persekutuan AS menyokong dolar AS untuk terus mengukuh berbanding mata wang utama lain.

      Katanya, paras hutang dan bahagian hutang dalam mata wang asing yang tinggi di pasaran baharu muncul menyebabkan pasaran berkenaan lebih terdedah kepada pengukuhan dolar berbanding sebelum ini.

      Sementara itu, MIDF Research mengekalkan unjuran paras purata ringgit berbanding dolar AS pada RM4 dan menyasarkan mata wang tempatan mencecah paras RM3.95 sedolar pada akhir tahun. – BH


      : Ekonomi tidak stabil kerana kerajaan bertukar daripada perompak kepada penyamum....

      Delete
    12. http://msomelayu.blogspot.com/2018/06/kenapa-anwar-perlu-berada-dalam-kabinet.html?m=1

      Delete
    13. HARAPAN, jangan layan wartawan seperti pengemis
      Susan Loone | Diterbitkan 20 Jun 2018, 10:51 pagi | Dikemaskini 20 Jun 2018, 11:37 pagi

      A+ A-

      ULASAN | Pada 9 Mei, para wartawan turut bergembira apabila rakyat Malaysia membuat keputusan mengundi untuk perubahan- apabila pada tarikh berkenaan tamatlah pentadbiran BN selama 61 tahun di negara ini.

      Berikutan kemenangan itu juga, ramai di antara kami berharap akan wujud kebebasan akhbar dan berakhirnya undang-undang yang menindas seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Selepas kemenangan itu, kita akhirnya mendapat seorang perdana menteri yang betul-betul melayani pemberita dengan membenarkan kami mengajukan pelbagai soalan kepadanya tanpa memihak.

      Ya, secara tidak langsung Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan nafas baru kepada negara ini berbanding bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini sering mengelak daripada menjawab soalan daripada wartawan.

      Tetapi, bagi pemberita tempatan seperti saya yang jauh dari kekuasaan di Putrajaya, saya boleh katakan bahawa kami bergelut untuk membuat liputan terhadap bekas pemimpin pembangkang yang kini telah menjadi menteri dalam kabinet Dr Mahathir.

      Ini terutamanya apabila kami merupakan media bebas, memakai tag media berwarna kelabu dan tidak memiliki kru TV untuk mengiringi mereka.

      Belum pun lagi 100 hari tetapi tabiat lama seperti zaman BN- yang hanya melayan media kegemaran dan tidak adil kepada media lain sudah pun menjalar dalam kerajaan Malaysia baru ini.

      Kami ingin memberi peringatan kepada menteri yang baru ini: Najib dan rakan-rakan pernah lakukan perkara yang sama sebelum ini, dan di mana mereka sekarang?

      Malaysiakini sentiasa bersikap neutral dan banyak memberi ruang kepada pihak yang tidak boleh menyuarakan pendapat mereka sejak kami ditubuhkan pada 1999.

      Kami tidak pernah berubah dan sebab itu saya bangga berada di sini.

      Saya berani katakan, kehadiran Malaysiakini menyumbang kepada terbentuknya Malaysia baru ini.

      Bagaimanapun, tengoklah sekarang, apa yang berlaku. Semua ini tidak bermakna lagi bila ‘wain lama berada dalam botol yang baru’.

      Ketika mereka belum mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, sesetengah daripada kami menerima panggilan pada waktu malam, malah pada lewat malam kerana ingin bertanya kenapa kami tidak menerbitkan kenyataan mereka.

      Tak apalah, topik ini tidak relevan.

      Tetapi kini, orang yang sama terlalu sibuk untuk menjawab mesej WhatsApp kami.

      Semua ahli politik sama

      Satu insiden berlaku pada minggu lalu membuatkan saya sedar bahawa semua ahli politik sama seperti itu dan lebih buruk lagi adalah pekerja atau kakitangan politik mereka.

      Sebagai contoh, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu- mungkin orang yang baik tetapi beliau memiliki pasukan media yang teruk.

      Misalnya kebanyakan daripada kami tidak dijemput atau dimaklumkan mengenai rumah terbuka Hari Raya yang diadakan Mat Sabu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

      Keistimewaan hanya diberi kepada stesen penyiaran berkaitan kerajaan dan portal tertentu yang dianggap sebagai pro-Pakatan Harapan.

      Delete


    14. Bagi saya, perbuatan ini benar-benar tidak profesional.

      Kebanyakan daripada kami hanya tahu mengenai majlis tersebut apabila menontonnya di TV milik kerajaan.

      Soalan tidak diendahkan

      Saya rasa sangat kecewa kerana saya mempunyai soalan untuk diajukan kepada menteri pertahanan.

      Saya juga ada soalan untuk ditanya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut hadir pada majlis itu bersama bapanya, Lim Kit Siang.

      Saya tidak peduli mengenai rendang, ketupat atau duit raya. Saya sudah membuat liputan terhadap Mat Sabu selama 20 tahun.

      Saya juga akan pergi ke mana-mana ceruk atau sudut untuk membuat liputan terhadapnya kerana beliau bukan sesiapa dan sangat terasing ketika itu.

      Sekarang, bila sudah menjadi menteri, Mat Sabu mungkin sudah lupa orang-orang di masa lalu yang meletakkan beliau di kedudukannya pada hari ini.

      Malah ada juga sesetengahnya yang belum memiliki kuasa tetapi mengeluarkan kenyataan (Kebanyakannya menjengkelkan dan remeh) - turut melayan wartawan dengan teruk ketika kami melakukan tugas.

      Dihalang seperti pengganas

      Di Guar Perahu, Permatang Pauh pada Ahad lalu, pemberita dihalang dan ditolak seolah-olah kami ini pengganas.

      Kami juga tidak boleh bertanya soalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail lebih daripada satu soalan sebelum diminta berhenti untuk bertanya soalan daripada pengawal peribadi mereka.

      Saya tak tahulah apa yang kecoh sangat. Adakah kami membawa senjata? Adakah kami ini pengebom berani mati?

      Saya cuma ingin cakap, di tempat yang sama seperti yang saya sering hadir pada tahun-tahun sebelum ini, “Anda belum lagi menjadi perdana menteri tetapi dah melayan kami seperti ini?!”

      Akhirnya, Anwar membenarkan saya bertanya satu soalan dan isterinya hanya menjawab “ditto” ketika saya meminta Wan Azizah untuk mengulas perkara sama.

      Hanya satu soalan! Bagaimana pula dengan pemberita lain? Saya pasti mereka juga ada soalan juga.

      Bila fikirkan balik sebelum Anwar dipenjarakan, kami menghabiskan banyak masa hujung minggu untuk membuat liputan mengenai dirinya dan sekarang bila dah bebas, kami tidak boleh menghampiri beliau?

      Tak apalah, bukankah anak perempuannya Nurul Izzah Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh seorang pembela kepada kebebasan akhbar.

      Kami juga memang 'tidak kisah' apabila kami menunggu sidang media pada Ahad lalu sehingga jam 10.30 malam tetapi kemudian tiba-tiba diberitahu: “minta maaf, tak ada sidang media”.

      Sekarang, jika anda tanya kenapa kami mengganggu menteri-menteri ini semasa rumah terbuka hari raya mereka, saya nak beritahu: Ia rumah terbuka.

      Rakyat membayar gaji anda, sokongan rakyat membuatkan anda kini bebas, dan anda tidak boleh menerima soalan daripada wartawan tanpa pengawal peribadi yang hampir menolak kami?

      Adakah kami perlu salahkan pengawal peribadi ini?

      Saya diberitahu oleh seorang pemimpin HARAPAN bahawa arahan kepada pengawal peribadi ini datang dari pihak atasan.

      Seperti kami, mereka juga hanya menjalankan tugas mereka.

      Anwar juga sama seperti para menteri baru yang lain. Nampaknya dia sangat seronok dengan publisiti baru yang diberikan- keluar hampir setiap hari di layar TV dan mendapat perhatian penuh.

      Melihat mereka ini semua muncul di TV nasional setiap hari- teringat seperti satu pepatah Melayu: Macam kera dapat bunga!

      Tidak mengapa jika anda ingin melupakan kenangan pahit atau mungkin ia terlalu pahit untuk dikenang.

      Tetapi hari ini, bila anda berada di atas sana, tolonglah benarkan wartawan melakukan tugas mereka.

      Jangan halau kami seperti kami ini pengemis. Adakah ini terlalu sukar untuk ditunaikan?

      SUSAN LOONE Merupakan wartawan senior di Malaysiakini

      Delete
    15. Bila pulak kerajaan PH jd penyamun..wah..ko pun subahat kerjaan dulu tu perompak..
      ko berlebih2an kritik PH skrang..dulu beriya2 kritik DAP..no hal bro..bebas bersuara kan..hal perompak yg ko kata tu x pulak ko kritik..org PAS memang bercelaru..busuk hati..sombong bongkak jugak..seketika waktu petaka mari..albanjir melanda PAS serta ko albenjol akn tenggelam..usah kritik melainkan umnobn serta PAS yg kuat mununggu rebah..nak slamat slamakan pas pis pus beb..PH sibuk 100 hr belum habis..4 thn belum tamat..

      Delete
  9. Amat nyata bahawa Najib bersalah. Dia pegang "ultimte responsibility" di atas kesemua yang berlaku dalam 1MDB.

    Kalo pun CEO 1MDB dulu kata dia buat sendiri money laundering tuh, Najib masih bersalah. Najib boss. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan di zaman Public Accounts Committee (PAC) hearings di Parlimen dulu pun dah kata, undang2 tubuh (Memorandum & Articles of Association, MMA) 1MDB itu berkata Najib sebagai PM pegang tanggong jawab itu.

    Tambah pulak fakta RM2.6 bilion masuk akaun bank dia. Derma Arab apekejadahnye. Apasal Wak Jahid (dan pegawai SPRM, kalo tak silap) yang kata dah jumpa Pak Arab tuh tak kasi butiran lanjut sapa dia.

    Kalo depa jadi saksi Najib di mahkamah, tentu Pendakwa Raya balon dengan soalan2 bertalu talu nakkan butiran nama penuh, apa kerja, dapat berapa tong minyak dari Raja Arab Saudi, dsb nya.

    Tarak derma punya. Kalo derma anak raja Saudi (Arab prince), takkan Najib tak umumkan terima kasih pun bila Raja Arab tu melawat Malaysia tak lama dulu. Untuk membuktikan hubungan baik antara dua negara. Tuntutan derma mengarut si Najib Mr Cash Is King.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walopun bekas CEO ngaku bertanggonhjawan Najib tetap tidak terlepas kerana najib pengerusi 1 mdb...wang yg masuk dlm akaun najib satu perancangan...

      Delete
    2. Perbentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan oleh kerajaan PH

      Mengikut sumber Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menangguhkan perbahasan bagi Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang tergantung ekoran pembubaran Parlimen lalu bagi memberi laluan kepada PRU-14.

      PAS sebelum ini membawa usul ini ke Parlimen secara konsisten untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah di negara ini.

      Pas juga pernah menangguhkannya kerana pada masa itu ada keperluan untuk membetulkan hukuman yang dilaksanakan di mahkamah berkenaan memandangkan terdapat perkara tidak menepati kehendak syariah yang perlu diperkemaskan untuk perbahasan.

      Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata di Kota Bahru hari ini, kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad sekarang ini perlu melihat perkara tersebut secara serius demi kepentingan umat Islam di Malaysia.




      Tuan Ibrahim juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berharap agar usaha dilakukan Pas itu dapat diteruskan kepada perbahasan dan seterusnya proses undian di Parlimen.

      “Kita serah kepada kerajaan baharu dan mengharapkan semua wakil rakyat kita akan sokonglah nanti,” katanya.

      Beliau menjawab pertanyaan wartawan apabila ada ura-ura bahawa usul ini akan ditangguhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

      Delete
  10. Peluang bicara semula kes Aktantuya bagus sebab:

    Ramkarpal: New leads discovered in Altantuya murder case

    After meeting with Altantuya's father and the AG, he says there are both 'fresh and old leads'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Mahathir-Azmin kini menguasai Pakatan Harapan?


      SELANGOR mendapat menteri besar baharu hari ini, Amirudin Shari, orang kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      Anak kelahiran Pontian, Johor ini ialah orang kuat Azmin sejak awal penglibatannya dalam PKR, dengan Institut Kajian Dasar (IKD) di Bangsar.

      Pelantikan beliau mengesahkan dakwaan wujud perjanjian untuk memastikan Azmin mempunyai “remote control” di Selangor, negeri kubu kuat dan lubuk emas Timbalan Presiden PKR itu.

      Azmin didakwa mahu mengekalkan kubu kuatnya dengan memastikan penggantinya sebagai menteri besar ialah orang yang boleh dikawal.

      Dua nama paling disebut-sebut ialah Amirudin dan Dr Shaharuddin Badaruddin, dua orang yang paling rapat dengan Azmin yang boleh diterima sebagai menteri besar Selangor.

      Kekecohan sudah timbul ekoran pelantikan Amirudin yang didakwa hanya dicadang dan disokong oleh Azmin berbanding calon-calon lain.

      Hari ini, seorang lagi calon Dr. Idris Ahmad mengadakan sidang media dan mendakwa beliau mendapat sokongan semua parti dalam Pakatan Harapan manakala Amirudin hanya disokong Azmin.

      “Saya ada sokongan semua parti dalam Harapan manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali,” katanya dilapor media.

      Beliau juga menunjukkan surat-surat sokongan daripada wakil setiap parti, iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR; pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rashid Asari; pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Izham Hashim dan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

      Sejak awal bulan Jun, Idris sudah membuat kenyataan mengatakan hanya nama beliau diserahkan sebagai calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

      “Presiden dan ketua umum maklumkan kepada saya. Namun surat menyurat itu saya tidak tahu.

      “Cumanya saya diberitahu nama saya seorang dihantar ke istana,” Idris dilaporkan berkata awal Jun lalu.

      Delete
    2. “Namun memang saya sudah dapat restu dari ketua umum dan presiden parti dan mereka mahukan saya,” tegasnya.

      Pemilihan Amirudin menunjukkan Azmin terus mengukuhkan cengkamannya di Selangor selepas meninggalkan kerajaan negeri untuk memegang jawatan Menteri Ekonomi dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Dalam usia yang muda, Amirudin sebelum ini dijangka agak sukar untuk dipilih sebagai menteri besar berbanding pemimpin lain yang lebih senior seperti ADUN Ijok, Idris.

      Tetapi ternyata kekuatannya sebagai calon pilihan Azmin berjaya mengatasi semua faktor dimiliki oleh calon-calon lain.

      Dari sudut dalaman parti PKR, kekuatan Azmin kini semakin sukar dicabar mana-mana pihak termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpengaruh.

      Sebagai menteri ekonomi yang bidang kuasanya menjaga korporat utama negara seperti Felda dan Tabung Haji, Azmin melonjak lebih tinggi daripada kedudukannya di Selangor.

      Beliau kini boleh dianggap mempunyai kedudukan paling kuat dan selesa dalam Kabinet Mahathir mengatasi presiden parti Wan Azizah.

      Pelantikan Azmin juga menguatkan lagi kedudukan Mahathir dalam Kabinet, dan memungkinkan pemimpin berusia 92 tahun itu memejang jawatan perdana menteri lebih lama daripada yang dirancang.

      Kehadiran seorang lagi orang kuat Mahathir dalam Kabinet juga boleh membantu penyusuan pelan peralihan kepada perdana menteri yang lain selain Anwar.

      Di Putrajaya dan dalam PH, Azmin juga akan semakin mengukuh kuasanya dan dijangka meningkat lagi sehingga boleh menggugat pemimpin lain.

      Selepas ini, dijangka beliau tidak akan berdepan halangan sukar untuk merebut jawatan presiden PKR daripada Wan Azizah.

      Kedudukan Azmin sebagai presiden nanti dijangka akan setara malah akan mengatasi kedudukan Anwar sebagai ketua umum, jawatan yang dicipta khusus supaya Anwar kekal berkuasa dalam PKR.

      Pihak yang telah melihat kemungkinan penguasaan Azmin telah mencadangkan agar Anwar segera mengambil alih jawatan Presiden daripada Wan Azizah.

      Menurut mereka, jawatan ketua umum sudah tidak relevan dan Anwar kini perlu memegang jawatan presiden PKR pula, lebih-lebih lagi memandangkan beliau ialah “perdana menteri menunggu” PH.

      Sebelum ini, Anwar telah berjaya menghalang Azmin daripada mencabar Wan Azizah sebagai presiden tetapi kemudian menarik diri bagi membiarkan isterinya kekal sebagai presiden.

      Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang ini, Anwar mahupun pemimpin lain semakin sukar untuk menyekat kemaraan Azmin, di dalam parti mahupun di Putrajaya. – Mynewshub.cc


      : Cakap-cakap Azmin mungkin dicadangkan sebagai PM8 ganti Mahathir makin kuat kedengaran...

      Delete
    3. Verapa banyak teori mahu reka?...

      Delete
    4. Cap di tangan hilang satu hari, tapi perbuatan PH akan kekal selama-lamanya..



      Jadilah pemimpin yang berhati budi luhur yang lahir dari sifat semulajadi. Bukan perlakuan yang dibuat-buat untuk memenangi hati orang. Keluhuran budi akan melahirkan tindakan-tindakan serta keputusan-keputusan yang memiliki sifat “ehsan”.

      Bukan niat mengaibkan, tetapi kritikan terbuka begini perlu untuk kerajaan bermuhasabah diri dalam mentadbir negara dan rakyat.

      Rakyat tidak pandang pada duit RM 2 tetapi keseronokan berhari raya. Jika kanak-kanak nak ulang ambil RM 2 itu dua kali pun, apa beza dengan menjadi PM dua kali selepas berpencen 15 tahun?Apa juga bezanya menjadi MB 2 kali walaupun tak cukup kuata terpaksa mengangkat sumpah tanpa majoriti? Sanggup untuk UG dengan UMNO sedangkan dulu membuat fitnah kepada PAS nak UG dengan UMNO?

      Ketamakan kuasa hari ini menyebabkan negara Islam ditadbir kewangan dan undang-undangnya oleh kafir.

      Berubahlah dari sifat bakhil ini Mukhriz. Harta kekayaan tidak akan pernah cukup dan rakyat bukan pengemis. Allah benci hambaNya yang bakhil.

      Delete
  11. Tak lama lagi, tak lama lagi
    Sekarang ni pun dah ketar gigi
    Akibat buat negara rugi
    Tak nyenyak tidur malam ke pagi!

    Bukan sikit wang disapu
    Billion ringgit dah masuk saku
    Menabung kecil hanyalah tipu
    Madah berhelah tidak mengaku!

    Thomas dah siap,saksi dah ada
    Dah hampir lengkap,dah tahu siapa
    Nak kena cekup dah nampak tanda
    Kes Attantuya rakyat tak lupa!

    Siapa yg bunuh dah kenalpasti
    Sudah duduk di kandang besi
    Apa motif kita tak reti
    Arahan bunuh siapa yg kasi?

    Korek,gali semua sekali
    Siasat penuh jangan peduli
    Dulu kebal kononnya lali
    Sekarang leher dah jerut tali!

    Gigil,ketar apanya tidak
    Sepandai tupai jatuh terhentak
    Masuk kandang kerbau dan badak
    Alkibat gelojoh semua dilantak!






    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe
      Lawak ni yeopppp....

      Bro Fan Tun.......teman teringat pada Januari 2018 yg lepas Tun Siti Hasmah kena soal polis sebab ambik bahagian dalam perhimpunan "Wanita bantah politik toksik"........sekarang deme dua orang tu hadap lerrr soalan maut deme pulaaakkk.

      Aterrr dunia ni pusin macam roda......dulu deme di ateh sekarang udah di bawah.......kuasa Allah.....itu lerrr pasei jangan bongkak.......eksyen benor....

      Delete
    2. Anwar-Rosmah dalam sudu tiga babak

      Satu: Bila sudu berlebih-lebih

      DAHULU kita ada isteri perdana menteri, sekarang kita ada suami timbalan perdana menteri. Sama sahaja perangai.

      Rosmah Mansor, isteri Najib Razak, selain “khabar angin” yang jadi umpatan ramai tentang sikap boros beli belah dan kecintaannya terhadap barangan berjenama mewah, juga sering dikritik kerana sikapnya yang suka menonjolkan diri – apatah lagi bila dibandingkan pula dengan Dr Siti Hasmah Ali yang low profile.

      Manakala, Perdana Menteri menanti, Anwar Ibrahim pula selepas bebas penjara penuh aktivitinya bertemu Raja-Raja, pemimpin dunia dan wawancara dengan media dalam dan luar negara walaupun tiada jawatan dalam kerajaan. Ini bukan pertemuan dan aktiviti ramah mesra sahabat lama; ia adalah semboyan “aku perdana menteri Malaysia ke-8”.

      Ketika melawat London dan berjumpa Setiausaha Luar Britain Boris Johnson sempat juga beliau memberikan pandangannya tentang 1MDB. Malah, beliau juga mengatakan Malaysia akan menyiasat skandal Battersea, kenyataan yang masih belum dijelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang Anwar bukan ahlinya.

      Barangkali Anwar terlupa yang isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri Malaysia, wanita pertama pegang jawatan itu. Anwar mungkin tak sedar yang sekarang beliau hanyalah “sudu”.

      Seperti Rosmah yang sibuk berprogram sehingga dikata orang lebih sudu daripada kuah, sudah wujud juga suara menista Anwar di media sosial.

      Karisma Anwar terlalu tinggi untuk diperlekeh, kerana itu beliau perlu memenuhi janjinya sebelum ini untuk “bertenang” sebelum lompat balik masuk politik, menulis serta memberi kuliah di unversiti dan pelbagai lagi aktiviti bukan politik, tindakan terbaik untuk Malaysia, apatah lagi dengan kehadiran Dr Wan Azizah dalam Kabinet.

      Delete
    3. Dulu Rosmah memang PM belakang tabir..

      Delete
    4. Tidak Bersama Pemimpin Zalim


      عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ دَخَلَ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ وَبَيْنَنَا وِسَادَةٌ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

      Dari Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal yang diperbuat dari kulit. Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat pendustaan dan kezaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akan minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka ia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku." (HR Ahmad No: 17424) Status: Hadis Sahih

      Pengajaran:

      1. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencegah kezaliman dan maksiat yang berlaku di sekeliling mereka dengan hikmah dan bijaksana.

      2. Mana-mana kebenaran dan hak yang dilakukan oleh pemimpin, menjadi kewajipan untuk bersama mempertahankan. Mana-mana yang berbentuk kezaliman dan maksiat, menjadi tanggungjawab untuk menghalangnya daripada berterusan dengan cara yang hikmah dan dibenarkan oleh syarak.

      3. Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka yang bersetuju dan menyokong pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin di kalangan mereka dengan tidak mengaku mereka sebahagian dari umatnya dan tidak layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.

      4. Muslim yang mencanggahi pembohongan dan kezaliman pemimpin di kalangan mereka dan tidak membantu mereka berterusan dalam kezaliman, tidak memilih mereka maka ia bersama Rasulullah dan Rasulullah SAW akan bersamanya dan layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.

      Semoga kita tergolong dari kalangan orang yang bersama dengan Rasulullah SAW di hari Akhirat dan Rasulullah SAW bersama dengan kita. Semoga Negara kita memiliki pemimpin yang adil, amanah dan berintegriti ke arah Malaysia yang maju dan makmur serta di rahmati.

      Delete
  12. Situasi SAA ini merupakan duri dalam daging yang kritis bagi PH. SAA bukan saha menyerang secara terbuka apa2 kenyataan dan tindakan DSAI dan membiarkan hanya satu hala komen2 kutukan dari pengikut blog malah menyatakan tanpa selindung tidak mahu TDM menyerah tugas kpd DSAI.

    Situasi ini bukan sahaja membebankan DSAI yang terpaksa befikir bagaimana memberi reaksi sepadan cth perlukah Rafizi membalas all out malah memberi bebanan kpd TDM apakah beliau merestui tindakan suara proksi terkuat beliau yg umpama self-destruct apa yg dibina bersama dlm PH?

    Majlis Presiden PH mesti bersidang secepat mungkin utk tegaskan pendirian mengenai SAA dan jika perlu kenakan tindakan disiplin yg wajar dikenakan demi kesinambungan PH sbg agenda terpenting dan utama.

    "PH is only good and has legitimacy if the fundamental political formula of the 4 parties are respected and abided by all parties".

    Mengapa SAA tidak membantah sekuat hati dan berhari2 blogging bila TDM menghulur tangan dan bersetuju dgn halangan terakhir penubuhan PH yakni persetujuan resmi DSAI? Atau masa semua bersetuju meminjam logo PKR sbg simbol uniti PH? Hanya SAA sahaja yg tahu motivasi beliau atau apakah ini yang tersirat utk sabotaj DSAI dari dalaman setelah menang PRU dan dapat kuasa?

    Apakah SAA bermimpikan situasi Morsi sbg kerajaan yg terpantas runtuh sebelum 100 hari jika DSAI bergabung menarik PKR dan sekutu kuat dan asal, DAP dan Amanah keluar PH dan tubuh coalition baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua: Bila kebanggaan jadi sumpahan

      Janji PH untuk Anwar jadi perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad bukan mutlak, ada syaratnya; undi rakyat diperlukan untuk Anwar masuk Parlimen.

      Sudah-sudahlah berulang kali mengingatkan yang Anwar “pasti” jadi perdana menteri. Perangai jawatan perwarisan mutlak ini dulunya amalan Umno. Rakyat Malaysia berhak memilih dan jika mereka memilih untuk tidak menghantar Anwar ke Parlimen, apakah yang boleh dilakukan PH?

      Hentikanlah amalan serah kerusi kepada Anwar supaya dapat bertanding dan masuk Parlimen. Dahulu Permatang Pauh, nasib baik Pandan tak jadi.

      Tunggu sahaja kerusi Pekan atau Bagan Datuk atau Putrajaya atau mana-mana dikosongkan dan bertandinglah dengan bangga, tak rampas hak orang. Amalan meletak jawatan ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada pemimpin lain wajar dimaktubkan dalam akta kesalahan pilihan raya, tetapi yang lebih ketara amalan beri kerusi ini adalah simbol keangkuhan dan “entitlement”:

      “Tadi saya tanya ahli-ahli Parlimen PKR siapa nak tawarkan kerusi mereka kepada saya? Tapi tunggu lepas selesai lawatan ke luar negara baru bincang semula kerusi Parlimen mana saya nak bertanding, Insya-Allah kalau menang, saya nak jadi ‘backbencher’ dulu,” kata Anwar.

      Rosmah pula, waktu Najib berkuasa dahulu setiap kali ke majlis penuh anggun dengan sepersalinan lengkap dengan jam dan beg tangan mewah yang harganya tak terbayang mampu dibeli dengan gaji rakyat marhaen. Majlis perkahwinan anak perempuan mereka gemilangnya jadi bualan bertahun lamanya.

      Pelbagai kisah yang didengar tentang gaya hidup mewah Rosmah dan keluarga sehingga berita palsu menabung sejak kecil pun orang percaya, kerana orang dah benci.

      Itulah yang berlaku selalunya, bila harta, cita-cita, paras rupa, galur keturunan dan pelbagai lagi kebanggaan jadi sumpahan.

      Bagi Rosmah sumpahan itu pada harta material, untuk Anwar mungkin pada janji jadi perdana menteri.

      Delete
    2. Kalo umno yg buat tentu tak salah seperti rampas kuasa kerajaan perak tahun 3009..

      Delete
    3. Gejala sosial makin hari makin teruk... solusi tak ada..



      Aku lihat maksiat seperti piramid. Semakin hari, semakin banyak. Semakin bertambah masa, semakin bercambah.

      Siapa yang tak turun padang, maka mereka takkan tahu semua ini.

      Mereka yang berada di atas, kiri dan kanan yang terlindung, menyangka semuanya okay dan mampu diubati dengan solusi yang mereka beri.

      Dan yang menanggung segala solusi tak berkesudahan itu adalah orang atas tanah seperti kami.

      Dan yang akan menanggung kesan jangka panjang pula adalah anak cucu cicit kita nanti.

      Realitinya, anak cucu kita akan dibesarkan dalam golongan majoriti di kiri dan kanan mereka hidup dengan seks, dan seribu masalah sosial yang lain. Sejauh mana kita yakin anak cucu kita akan tergolong dalam golongan yang sedikit yang mempertahankan imannya?

      Ini baru tentang klinik aku.
      Belum cakap pasal negeri aku.
      Pasal negara kita.

      Tahukah anda.

      1. Dari statistik 2005-2015 : 532158 kes anak luar nikah dilahirkan dan didaftarkan = 4434 kes setiap bulan = 147 kes setiap hari = 6 kes setiap jam = SETIAP 10 MINIT ADA 1 ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DAN DIDAFTARKAN.
      (Tidak termasuk anak luar nikah tidak berdaftar, anak yang digugurkan, atau anak yang tidak menjadi sebab ada precaution ie seks tapi tak mengandung).
      Can you imagine setiap minit berapa banyak zina dalam negara kita?

      2. Dari statistik 1986-2016 : 111916 kes HIV dilaporkan = 10 KES HIV DIKESAN SETIAP HARI. Dan semakin bertambah hingga ke tahun 2018.

      - 96% berpunca dari seks bebas. (Berbeza dengan dahulu : kebanyakannya dari penagihan dadah)
      - dari 96% ini 65% adalah dari homoseksual (seks sejenis) dan biseksual (seks dua jenis).

      3. Menurut satu kajian pada 2012, 50.4% pelajar sekolah bawah 14 tahun pernah melakukan hubungan seks. Lebih separuh. Ini pada tahun 2012. Sekarang tak tahu lah berapa.

      Dari statistik ini, kita sebenarnya sudah mengalami masalah ni berdekad dekad lamanya. Dari tahun 1980-an hingga kini, keadaan semakin teruk dari tahun ke tahun.

      Pelbagai penyelesaian, kempen, education diberikan tapi tak membaikkan pun keadaan malah menerukkan lagi masalah sedia ada.

      Pernah fikir kenapa?
      Jawapan itu telah ada.

      Kalaulah dengan diceritakan dengan keadaan seperti ini pun kita masih boleh tenang dan goyang kaki, masih tak rasa islam adalah solusi, masih rasa masalah negara lebih penting dari akidah ummat ini, aku tak tahu nak cakap apa.

      Jika kita sedar.
      Keadaan ummat kita sebenarnya seperti sebuah pohon. Dan pohon ini sudah mahu tumbang, menunggu masa.

      Aku hairan bagaimana dalam keadaan ini, kita masih ada selera untuk menghiasi cabang-cabang, bentukkan daun-daun, dan melaungkan itulah pohon terindah untuk kita, sedangkan akar telah rosak serosaknya dan memerlukan rescue dari kita!

      Kita melaungkan perkara-perkara cabang dan mendiamkan perkara-perkara yang asas.

      Inilah realitinya, realiti yang kita sibuk berlumba dan berbangga-bangga dalam negara kita.

      Kita lebih malu untuk mengaku islam takut dipanggil jumud, kita lebih rela dikenali sebagai orang yang 'open minded' lalu agama entah diletak di mana.

      Hingga yang menjadi mangsa adalah pohon yang menunggu masa untuk tumbang sahaja kerana sombong dan butanya mata kita semua.

      Kita sangka, kita berjaya.
      Tanpa sedar, kita telah hancur dimamah angan-angan dan fantasi yang tak berkesudahan.

      Ketahuilah masalah seperti ini telah berlaku sejak dulu lagi. Dari zaman para nabi.

      Namun di setiap zaman ini, Allah memberikan islam sebagai solusi. Islam mengeluarkan kita dari semua belenggu masalah ini. Islam memuliakan kita yang dahulunya hina. Islam membawa cahaya pada suasana yang gelap gelita.

      Allah yang menciptakan kita, Dia yang menciptakan agama. Maka segala jawapan telah ada tersedia. Mengapa sukar sekali kita mempercayainya?

      Mengapa sukar sekali kita memilihnya sebagai penerang untuk masalah kegelapan kita?

      Aku sering tertanya, sampai bila?

      170618.
      Syawal 3.

      Alifnunwau NymousFacebook

      Delete
  13. Bro Phantom betul lah tu
    Tun Siti mahu di lutu
    Wanita yg baik dibuat begitu
    Sekarang Wanita Nombor Satu!

    Wanita yg bengkok sarat permata
    Dulu AmeNo sanjung dan puja
    Sekarang bisu tidak terkata
    Pokok bonsai dah hilang baja!

    Tun Siti is still the best
    Wanita sopan bukan perabis
    Ranjau duri dah lulus test
    Si pokok bonsai freedom abis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tiga: Bila budi ada sempadan

      Bila soal budi (sama ada benar atau tidak) ditimbulkan, terutama sekali oleh orang terdekat atau suruhan, ada kejelikan yang muncul dalam kalangan mereka yang mendengar.

      Selalunya hanya menanti masa untuk kebencian timbul, terutama dalam kalangan orang muda yang keras kepala dan idealistik.

      Golongan muda ini tidak rasa terhutang budi hanya kerana perjuangan 1998 digerakkan Anwar yang jadi titik sejarah berubahnya landskap politik Malaysia selamanya. Tidak ada perasaan, cuma kalau besarnya jasa dan hebatnya Anwar diulang-ulang ia boleh timbulkan jelik, kemudian benci.

      Seperti bencinya mereka apabila “jasa” Rosmah disebut Najib atau orang suruhan mereka yang lain.

      Malaysia Baharu datang dengan kepercayaan yang rakyat tidak perlu terhutang budi dengan mana-mana politikus atau parti politik.

      Soalan untuk Anwar mudah, apakah yang beliau sudah/sedang/ akan lakukan untuk memujuk rakyat menerimanya sebagai ganti Dr Mahathir?

      Atau adakah Anwar merasakan tak perlu lagi buktikan apa-apa?




      : Mark Twain pernah berkata, “Ahli politik dan kain lampin adalah sama. Kedua-duanya harus ditukar sekerap mungkin, atas sebab yang sama.”...

      Delete
    3. Well done Bro Fan Tun....
      Keep it up yeooopp....!!

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Pergolakan MB Selangor melukakan lagi PKR



      ADUN Ijok Dr Idris Ahmad menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penipuan wang Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar sebuah kolej swasta yang mempunyai kaitan dengannya.

      Menurut Idris, dakwaan itu menyatakan bekas ketua pegawai operasi kolej tersebut telah membuat laporan terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Pendidikan.

      Idris bagaimanapun berkata, beliau telah menghubungi ketua pegawai eksekutif kolej itu yang memberitahunya mereka tiada sebarang masalah dengan PTPTN mahupun Kementerian Pendidikan.

      Idris membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.

      "Saya telah merujuk peguam yang meminta saya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya (kerana) penyebaran berita (dakwaan) ini boleh menjejaskan maruah saya sebagai wakil rakyat.

      "Saya menafikan terlibat seperti didakwa berita yang disebarkan, ia tidak benar dan memfitnah saya," kata laporan polis itu.

      Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu.

      Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi Malaysiakini juga mengesahkan menerima laporan itu.

      Idris akan mengadakan sidang media pagi esok bagi menjelaskan perkara itu. Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang menganjurkan sidang media itu menyifatkan dakwaan itu bertujuan menjejaskan peluang Idris untuk dilantik menjadi menteri besar.

      "Sidang media berkenaan motif menjatuhkan maruah dan imej baik Idris daripada dilantik sebagai menteri besar," dakwanya.

      Idris adalah salah seorang daripada tiga calon berpotensi untuk menjadi menteri besar Selangor.

      Delete
  14. Saya pernah sebutkan dulu bahawa skandal-skandal yang melingkari Najib (dan Rosmah tentunya) adalah jauh lebih hebat daripada apa-apa skandal besar yang pernah wujud di dunia moden hari ini disebabkan Najib punya skandal all in one selain skandal-skandalnya berskala besar dan bersifat antarabangsa, daripada songlap besar-besaran, tangkap basah, rasuah, pengkhianatan, salah guna kuasa, penggunaan bomoh-bomoh sihir hatta ke skandal pembunuhan sekalipun.

    Terlalu besar, banyak dan hebat skandal-skandalnya telah menjadikan batang tubuh Najib itu sendiri sebagai satu skandal. Padan sangat untuk disebut 'Najibgate' atau barangkali 'Jibrosgate'.

    Najib dan Rosmah telah membuatkan Bonnie and Clyde kelihatan seperti budak-budak amatur baru nak belajar buat jenayah.

    Sebagai komplimen buat Najib, saya kira patut juga disebutkan bahawa satu-satunya skandal yang tidak pernah melingkari Najib ialah skandal liwat atau hubungan sejenis yang songsang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Dr. Mujahid takut jadi macam Dr. Idris nama tersenarai tapi tak ada.. baik sebut awal


      Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara.

      "Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini.

      Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk menteri luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

      Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.

      “…Soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri," katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar.

      Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.

      Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri.

      Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

      Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian. - Bernama


      : Takut nama tercicir macam Dr Idris, Mujahid mula gelabah terus war-war kan nama dia ada dalam list. Sekarang bukan dalam PKR aje berebut jawatan dalam Amanah pun sama juga. Bila lihat jawatan hilang 'agama'.

      Delete
    3. Hahahahha satu tepukan buat tok najib..

      Delete
    4. John Doe mmng Najib tak buat liwat songsang (sesama jenis) tetapi dgr2 dia ada liwat berlawanan jenis dgn "Altantuya" kekasih/isteri Razak Baginda. Itu yg dinyatakan oleh mendiang SP Bala dan Razak

      Delete
  15. Ismail Kassim keluar Umno, jadi ADUN bebas

    20 Jun 2018, 8:50 pagi (Dikemaskini 20 Jun 2018, 8:57 pagi)

    A A
    Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar Umno malam tadi selepas hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

    Ismail yang juga adik kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau kini menjadi ADUN bebas dan membayangkan kemungkinan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dalam masa terdekat.

    "Secara rasminya saya sudah keluar Umno dan BN untuk menjadi wakil rakyat bebas dalam negeri ini.

    "Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti," katanya seperti dilapor Berita Harian.

    Ismail berkata, keputusan keluar parti itu mula difikirkan sejak tahun 2008 iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

    "Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat," katanya.

    Shahidan tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir kata pelbagai tuduhan akan dikenakan kepada Najib tapi bila?


      Hari ini Malaysiakini seperti mengulang semula berita tuduhan kepada Najib dengan mengambi berita daripada Reuters.

      Malaysiakini menulis penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan siasatan ke atas dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Dalam wawancaranya, Dr Mahathir memberitahu Reuters bahawa penyiasat sudah "mempunyai kes yang hampir sempurna" terhadap suspek utama yang menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion ringgit wang negara.

      Beliau juga menuduh Najib, yang telah mengasaskan 1MDB, sebagai berperanan utama.

      "Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," kata Mahathir.

      Berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang tidak dijangkakan itu, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.

      Hasil daripada siasatan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa lebih AS4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta itu dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi Najib.

      Mahathir telah melarang Najib daripada meninggalkan Malaysia, dan polis telah menjalankan serbuah ke atas hartanah yang dikaitkan dengannya, sementara anggota SPRM juga telah merakamkan kenyataan kedua-dua Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

      Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, dan minggu lalu, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil wang dari 1MDB.

      Soalnya bila?
      Dah 40 hari Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.
      Kabinet masih belum sempurna, janji satu pun tak ditunai. Malah banyak janji BN telah dimansuhkan sedangkan telah diakui dalam bajet.

      Kenapa?

      Delete
    2. Peguam negara yg tahu...

      Delete
    3. Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang ke?



      SAYA membaca satu posting tulisnya "Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah".

      Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS.

      Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak beritahu pula Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH?

      Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN, sekarang PH menang tak ada pula pimpinan PH isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan Kafir telah kalah.

      Bila Islam kalah saja dikatakan hanya silap PAS sahaja? Apakah parti lain tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa Islam? Atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam.

      Bila PAS kalah dikatakan Islam itu kalah, ini maknanya kalau PAS menang ertinya Islam menang, ini juga membawa makna hanya PAS yang berjuang Islam kerana parti lain langsung tidak dikait dengan menang atau kalahnya Islam.

      Islam itu matlamat, untuk mencapai matlamat itu ada caranya, caranya telah ditentukan Allah S.W.T, bukan ikut cara sendiri. bukan matlamat itu menghalalkan cara, kalau ikut cara sendiri maka itulah yang dikatakan "matlamat menghalalkan cara".

      Nak menang banyak caranya, Trumph menang dengan caranya, Ikhwanul Muslimin menang dengan caranya lalu dijatuhkan pula al-Sisi dengan caranya, bahkan dalam sejarah dunia, Sosialis, Komunis pun pernah menang dan memerintah, mereka menang dengan cara mereka.

      Ada parti menang dengan cara jahat, ada dengan sogokan rasuah, ada juga dengan fitnah dan taburkan persepsi buruk pada lawannya.

      Kalau yang jahat dapat kuasai pengundi, maka biasanya yang jahat itu menang, begitu juga sebaliknya, namun kita tak boleh katakan bahawa yang jahat itu adalah baik dengan sebab dia menang dan yang baik itu adalah jahat dengan sebab dia kalah.

      Baik atau buruk kita kena melihat caranya. Islam itu ad-Din atau 'cara hidup', tidak kira apa juga ruang dan urusan kehidupan kita termasuk politik. Politik Islam ada caranya, maka cara itu yang diikuti PAS, kerana PAS yakin cara Islam adalah terbaik.

      Kalau dikatakan cara itu PAS lambat menang, PAS akan sabar menunggunya kerana PAS yakin bahawa hanya cara itu sahajalah Malaysia dapat ditadbir oleh peraturan Islam, PAS tetap dengan caranya yang diatur oleh dasarnya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias.

      Delete
  16. Ringgit melantun semula
    19 Jun 2018, 12:36 tengahari

    (Dikemaskini 19 Jun 2018, 12:39 tengahari)


    Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi pada sesi pagi hari ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap unit tempatan itu dalam keadaan peningkatan harga minyak, kata seorang peniaga.

    Pada jam 9.11 pagi, ringgit berada pada 3.9950/4.000 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9960/9990 semalam.

    Harga minyak kembali pulih daripada penurunan baru-baru ini menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum, yang dijangka menyaksikan peningkatakan pengeluaran selepas mengehadkan bekalan sejak 2017, di samping para pelabur menilai impak pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China.

    Meskipun dagangan yang tidak menentu, harga minyak penanda aras meningkat AS$1.90 kepada AS$75.34 setong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sepintas lalu 1USD = RM4



      Hari ni tukaran asing bg 1USD sama dgn RM4. Apakah impak terhadap ekonomi negara secara sepintas lalu.

      Nak huraikan secara details mungkin tak berkesempatan kerana saya berada di luar. Hanya duduk sebentar je selepas sembahyang asar tadi di R&R Lebuhraya MEX. Jadi dlm masa 20 minit ini, saya nukilkan utk tatapan semua.

      Secara directnya, barang-barang yg kita import akn menjadi mahal. Terutamanya minyak mentah yg dibeli dari Timur Tengah. Kita perlu menggunakan bnyk Ringgit sebagai tukaran USD.

      Jika kita maintain harga RM2.20 seliter bagi RON95, maka kita bukan saja menanggung dari segi tukaran wang asing bahkan terpaksa memberikan tambahan subsidi bahan api. Ini kerana kerajaan dikatakan akn menyerap kos bahan api pada paras sekarang dan tidak membenarkan ianya mengikut harga pasaran minyak mentah. Secara tak langsung kerajaan semakin kekurangan dana.

      Barang-barang keperluan yg diimport semakin melambung dan tidak ketinggalan sektor automotif dan alat ganti yg diimport.

      Walaupun penurunan nilai Ringgit berbanding USD akn menguntung sektor eksport. Tetapi ia cuma dirasai oleh pihak syarikat yg mengeksport.

      Dari satu sudut yg lain, nilai saham-saham di Bursa Malaysia pada pandangan fund manager asing kelihatan murah. Tetapi ia tidak digambarkan dari segi kenaikan index dan volume. Malah pelabur asing semakin mengeluarkan modal mereka dari Malaysia.

      Jika keadaan ini berterusan, ia akn terus menghakis keyakinan pelabur di Bursa atau Foreign Direct Investment (FDI).

      Jika lbh parah lagi kemampuan Malaysia utk membayar segala hutang luar semakin sukar. Nasib baik hutang Malaysia dari luar hanyalah sekitar 2% saja. Sebanyak 98% hutang kita adalah dlm Ringgit dan kita meminjam dari dana awam dan bank-bank tempatan. Jadi fluctuation bg nilai Ringgit tidak bnyk memberi kesan.

      Tetapi kita juga mungkin menerima tempias jika ulasan ekonomi dari Bloomberg misalnya menunjukkan suasanan yg tak membersnsangkan.

      Yg kita takuti ialah penarafan dari agensi kredit antara bangsa spt Standard & Poor, Moody's dan Fitch. Kini penarafan terhadap kredit Malaysia nasih lagi A- dan A3.

      Jika berlaku penurunan penarafan, ia akn mengakibatkan perubahan kadar faedah bank.
      Inflasi akn mengekorinya pula. Paling teruk index pengangguran akn meningkat.

      Hanya setakat ini sajalah dulu buat ketika ini.
      Hisemudin Kasim

      Delete
    3. Ape yg nak diherankam....minyak di sedut di laut terengganu...

      Zaman najib 1 dollar sama 4.40...

      Delete
  17. Berita ini lebih menggembirakan!

    Once upon a time, the Finance Minister (FM) of a New Alliance Government of a country was having a dialogue with the Prime Minister (PM).

    FM:
    "Boss. I heard that the people are asking and demanding us to fullfil all the promises we made in the manifesto."

    PM:
    "Never mind, I'll tell them that the destruction made and left by the previous government is so severe. We need to remedy that first and have to postpone all the promises".

    FM:
    "But boss, will the people accept that?"

    PM:
    "Come on dear. It'll be part of your job to convince the public."

    FM:
    "Ok. Don't worry boss. I'll tell the public that our country is facing over RM1 Trillion of national debt."

    PM:
    "Is that so? Aren't you joking?"

    FM:
    "No lah sir. It's just about RM600 Billion but I know lah how to manipulate. I'll exaggerate...& I'll tell them that if we're to keep with the promises, our country will go bankrupt..."

    PM/FM:
    "Hah haa haa... Bravo... Tomorrow we launch the National Donation Fund... Hah hah haa..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naikkan harga minyak tiap minggu dan kutip gst bayar bunga hutang kerajaan dan hutang 1 mdb...cara najibcomics berhutang...lagi tinggi harga barang lagi banyak dapat gst....tai koo cing punye ekonomi..

      Delete
    2. Zeti Aziz pun nak jadi macam Ahmad Maslan



      Saya terbaca kenyataan oleh Anggota Majlis Penasihat Kerajaan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang berkata pengguna akan terus menikmati harga barangan yang lebih rendah, susulan keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

      Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, sehubungan itu para peruncit perlu berkongsi kebaikan itu kepada pengguna.

      Zeti turut memaklumkan cukai berkadar sifar itu telah meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat. Katanya “Ia sesuatu yang baik. Ramai pengguna mengakui ekonomi semakin rancak sekarang dan ramai orang mula membelanjakan wang."

      Selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub membodohkan rakyat kononnya harga sayur dan daging turun sehingga 35 -50% ekoran pelaksanaan GST sifar sedang sayur dan dagung tak pernah kena GST kerana termaktud dalam pembentangan Bajet kini Zeti Aziz cuba membodohkan rakyat kononnya ekonomi rancak sekarang.

      Memang ekonomi rancak sekarang kerana rakyat membeli untuk persiapan raya. Cuba buat kajian selepas raya nanti adakah ekonomi masih rancak. Saya hairan kenapa 'statement bodoh' terlalu banyak semenjak Pakatan Harapan ambil alih kerajaan.

      Jadilah buat perkara menyakiti hati rakyat, cubalah tunai janji manifesto, turun harga minyak. Turun harga barang, pastikan rakyat menikmati kemudahan dan kesenangan yang baik daripada kerajaan UMNO/BN dulu, atau rakyat terpaksa cari penganti lain untuk 5 tahu akan datang

      Delete
    3. Harga kereta melambong turun bila gst sifar. Jualan meningkat...barangan di giant turun...berebut orang ramai membeli di giant..

      Delete
  18. Albanji si balaci tuduhan mu berat
    Tun Mahathir diburukkan sifat
    Nikahi gadis, Altantuya dilibat
    Albanji balaci dukun khurafat!

    Kalau Albalaci bukan penakut
    Buat laporan nak Tun sangkut
    Takde modal gila di ikut
    Dasar pencacai otak di bontot!

    Wei balaci geng Pemantau
    Apa cerita nak ko kuntau
    Tun dihormati diceruk rantau
    Albalaci hanya pak dukun santau!

    Bos kamu dah sesak nafas
    Kamu pulak berhempas pulas
    Kalau dah luka carilah kapas
    Takde beban batu digalas!

    Woi Balaci geng Pemantau
    Dengan Lokman yg kena halau
    Burukkan Tun nak bagi santau
    Kuat temberang si kaki hamlau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeoppp.....teman nak ngabor......gitu lerrr rope kalo orang udah putuih bekalan dedaaaakk yeop....

      Kalo bonsai pon udah tak cukop baja......inikan pulak dedaaakkkk.....

      Bahaya putuih dedaaaak ni....hangat pijor......ngelejat ngelupor......lama2 idak ke giler jadinye.

      Tu yg meraban teben tak berenti tu yeoooppp...
      Kecik2 tak naknya mampoih.

      Delete
    2. Tunjukkan barangan runcit murah selepas GST sifar kata aktivis kepada Salahuddin



      PETALING JAYA: Kumpulan pendesak pengguna mahu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuktikan dakwaan beliau bahawa harga sayur-sayuran, daging dan keperluan asas lain turun sehingga 50% selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

      Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) berkata banyak barangan makanan segar memang dikecualikan daripada GST sebelum kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) memansuhkan bayaran cukai itu untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.

      “Kami fikir kenyataan menteri itu pramatang. Mencapai penjimatan 30% ke 50% dalam tempoh kurang sebulan adalah ajaib,” kata presidennya Darshan Singh Dhillon

      “Tentu hebat jika beliau dapat membuktikan kenyataan itu dengan sedikit data untuk dikongsi dengan orang awam,” kata beliau.
      Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Ali Salman turut menyuarakan keraguan berhubung dakwaan penurunan harga berikutan GST berkadar sifat.

      “Dulu kami telah jelaskan GST bukan faktor utama peningkatan kos barangan dan perkhidmatan,” katanya.

      Katanya, oleh sebab barangan mudah rosak itu telah sedia berkadar sifar, langkah baru kerajaan tidak berkemungkinan menyebabkan harganya akan turun.

      Beliau berkata, harga harus ditentukan oleh kuasa pasaran melainkan berlakunya darurat awam atau keadaan tertentu yang menghendaki campur tangan kerajaan.

      Salahuddin dilaporkan berkata harga barangan segar menurun dengan banyak selepas kadar GST disifarkan pada 1 Jun lepas.

      Beliau juga berkata, harga barangan dan perkhidmatan lain akan mengambil masa untuk turun.

      “Harga sayuran ada yang turun sehingga 50%, sementara harga ayam dan daging seperti daging lembu turut berkurangan,” katanya.

      “Saya diberitahu anda boleh beli ayam pada harga RM5 atau RM6 setiap kilogram. Daging lembu boleh dibeli pada harga RM30 hingga RM33, tetapi batang pinang lebih mahal,” katanya pada satu majlis rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.

      Pada 1 Jun lepas, kerajaan melaksanakan GST berkadar sifar selepas ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

      Kerajaan dijangka menggantikan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

      Delete
    3. al banci!

      Delete
    4. Pas kemuka nama calon Speaker, Timbalan Speaker Dun Kedah
      NURUL HIDAYAH HAMID 19 JUN 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore853
      Pas kemuka nama calon Speaker, Timbalan Speaker Dun Kedah
      Sanusi menyerahkan nama calon Speaker dan Timbalan Speaker dari Pas
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      ALOR SETAR - Pas Kedah mengemukakan senarai nama calon Speaker dan Timbalan Speaker Kedah bagi Sidang Dun Penggal ke-14 pilihan mereka di Wisma Darulaman, di sini, semalam.

      Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau mewakili Pas Kedah mencadangkan nama calon lain selain calon dicadangkan kerajaan negeri.


      Beliau yang juga Adun Jeneri berkata, pihaknya mencalonkan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi sebagai Speaker, manakala Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker Kedah.

      “Saya mewakili Pas Kedah mencadangkan dua nama ini yang mana ia disokong Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

      “Cadangan dua calon berkenaan selaras dengan Kehendak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan surat pencalonan.

      Menurutnya, pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Kedah hanya boleh dibuat melalui undian dalam Sidang Dun pertama yang dijadualkan pada 4 Julai depan.

      Oleh demikian, katanya, tiada sesiapapun boleh mendakwa pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker telah selesai sebelum pengundian dalam Sidang Dun dijalankan.

      “Bagi Sidang Dun pertama, Setiausaha Dun yang akan mengendalikan, yang mana undian akan dilakukan demi menentukan Speaker dan Timbalan Speaker,” katanya.

      Katanya, Speaker dan Timbalan Speaker dipilih melalui undian akan mengangkat sumpah di hadapan Adun selepas selesai proses undian, sebelum Adun pula mengangkat sumpah di hadapan Speaker kemudian.

      “Pas Kedah mengambil tindakan itu kerana ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah yang memberi ruang terbuka untuk prinsip demokrasi,” katanya.

      Sanusi berkata, beliau yakin surat pencalonan nama dikemukakan parti Islam itu lengkap dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

      Menurutnya, tindakan berkenaan bukanlah perkara baharu, sebaliknya Pas Kedah pernah membuat pencalonan nama Speaker seumpama itu pada 1999.

      Katanya, pihaknya berharap pembangkang dilantik sebagai Speaker demi memastikan proses ‘check and balance’ yang lebih baik dan berkesan.

      “Orang ramai tidak perlu takut. Jikalau Speaker dari Pas, bukan bermakna kami akan menolak pembangunan dibawa kerajaan negeri. Apa yang baik untuk rakyat kami terima,” katanya.

      Sebelum ini, kerajaan negeri mencadangkan nama bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim sebagai Speaker, manakala Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat, sebagai Timbalan Speaker.

      Delete
    5. Albanjir ko tak pegi pasaraya giant?..

      Delete
  19. Saya hairan mengapa ada yang masih lagi mengata MACC mengeluarka waran tangkap untuk Jho Taek Lo dll "membantu penyiasatan".

    Bila sudah di keluarkan waran tangkap, penjenayah tidak lagi "membantu penyiasatan". Di harap SPRM atau Polis tidak berpendirian "tangkap, membantu penyiasatan". Sebab membayangkan kemungkinan tidak coba "memerah" segala maklumat yang di perlukan bila sudah dapat di tangkap.

    Yang di tangkap tidak mungkin memberi maklumat dengan sukarela. Sama ada di soal siasat cara yang tegas yang akan membawa kapada mereka mengeluarkan maklumat. Di US mereka ada gunakan cara "water boarding" yang di tuduh "inhuman" atau tidak berperi kemanusiaan.

    Ada yang gunakan cara "sleep deprivation" atau menghalang penjenayah tidur, di soal berterusan. Dan di soal dengan lampu terang di hala kapada penjenayah. Sehingga penjenayah hampir hilang perasaan takut, segan, salah dan saperti nya. Dan memberi maklumat yang di kehendakki.

    Cara menyoal siasat penjenayah ia lah hak PDRM dan SPRM. Tapi mereka perlu elakkan kata kata penjenayah 1MDB akan di tangkap " untuk membantu penyiasatan."

    Pusatkan usaha usaha menangkap. Melalui Interpol, menawarkan wang "Reward" atau apa lain yang boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Keghairahan HARAPAN burukkan pentadbiran BN takutkan pelabur'
      Diterbitkan 19 Jun 2018, 9:05 malam | Dikemaskini 19 Jun 2018, 9:10 malam

      A+ A-

      Unit Komunikasi Strategik Umno mendakwa keghairahan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memburukkan pentadbiran BN dahulu telah menakutkan pelabur.

      Ia berkata Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah susut lebih 100 mata sejak HARAPAN mentadbir negara manakala pelabur asing membawa dana mereka keluar daripada negara.

      "Antara punca utama pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan dakwaan hutang negara lebih RM1 trilion dan (pewujudan) Tabung Harapan (untuk membayar hutang negara)," kata kenyataan itu.

      Katanya lagi, antara pihak yang terkesan dengan kemerosotan pasaran saham adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

      Memetik laporan The Edge, ia berkata pelaburan KWSP dalam sepuluh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia telah merosot sebanyak 12 peratus atau RM6.09 bilion.

      "Justeru Umno melahirkan kebimbangan dan memberi amaran, jika aliran menurun di Bursa Malaysia ketika ini berterusan untuk tempoh yang lama, ia bukan saja akan menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya memberi dividen pada masa akan datang," katanya.

      Ia menggesa HARAPAN agar meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar berhenti memberi gambaran buruk kepada ekonomi negara.

      "Apa kebaikannnya mengatakan kepada pelabur luar negara bahawa ekonomi negara bankrap?

      "Pelabur luar negara akan takut datang melabur dan yang sudah melabur sudah pasti mahu keluar dari Malaysia," katanya lagi.

      Delete
    2. Pelabur mana yg takut?...kerja pelabur kaut untung...bila harga sahan turun pelabur datang semula...

      Delete
  20. Masa gst aku beli horlick pack 3in1 rm7.49 la ni x de gst rm8.49 pasary 99..bnyk lg yg naik hrga..budin tolong war warkn benda2 gini...mslh kt ats rkyt maerhein tak mau lg tau..skrg mslh rkyt yg difokus..gas msk naik 70sen..rkyat jgk yg jd mgsa..kelua mulot singa masok mulot buaya plk..dua kali lima je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib gesa kerajaan gantung cukai eksport minyak sawit
      Bernama | June 18, 2018
      Bekas PM berkata cukai eksport itu untuk membantu pekebun kecil sehingga pasaran kembali pulih.

      Gambar Bernama

      KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri menggesa kerajaan menggantung cukai eksport minyak kelapa sawit sehingga akhir tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih bagi membantu pekebun kecil.

      Menurut Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari ke-9 berturut-turut di mana harga kini ialah RM2,300 satu tan metrik.

      “Turut dilaporkan, eksport minyak sawit kita bagi 10 hari pertama Jun jatuh sehingga 20% berbanding tahun lalu.

      “Satu daripada faktor kejatuhan ini adalah tindakan kerajaan mengenakan cukai 5% terhadap eksport minyak sawit dan penganalisis pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga,” katanya di Facebook hari ini.



      Cukai eksport ini diteruskan pada 5% pada Julai dan seterusnya.

      Kerajaan sebelum ini menggantung cukai berkenaan bagi 4 bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa, kata Najib.

      Delete
    2. Ko pegi beli hirlicks kat giant...harga murah...

      Delete
    3. Bro kita kena sabo..pembuat pengeluar pemasar pun mau ambik kira..hal beli jual barangan..dorang ini pun penyamun..penyamun komosir yg sulit juga..
      sabo..msk rmh baru pertama kali..faham2 je le..penghuni dulu tinggakan rmh berselerak..berserabut..puas tu nak kemas serta nak dcuci..apa kata Tun..pengalaman org2 PH tatakelolaan kememterian belum ada secukup kemampuan sebenar seperti mana 22thn beliau mentadbir..bkn mudah bhai..bila mana setel..pemantau atau penguatkuasaan harga brg boleh d susuli..dambil tindakan yg munasabah..kan gitu..
      Jgn ikut pencacai yg jiwa parah tu..mcm sialbanjiro..

      Delete
  21. PM: Siasatan 1MDB berdasarkan bukti, bukan sentimen

    20 Jun 2018, 10:32 pagi (Dikemaskini 20 Jun 2018, 10:50 pagi)

    A A
    Siasatan kerajaan terhadap 1MDB perlu dibuat berdasarkan bukti dan bukan berasaskan sentimen, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bercakap kepada South China Morning Post, Mahathir berkata perkara itu menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa untuk mendakwa syarikat pelaburan strategik negara itu dan bekas pengerusi lembaga penasihatnya, Datuk Seri Najib Razak.

    "Jadi, para pendakwa kini sedang mengumpul bukti itu sehingga apabila mereka pergi ke mahkamah, para hakim tidak membuat penghakiman mereka berdasarkan sentimen, tetapi atas fakta dan bukti yang ditunjukkan di mahkamah.

    "Oleh itu, kami mengambil sedikit masa daripada yang kami jangkakan," kata Mahathir kepada akhbar harian Hong Kong itu dalam satu temu bual.

    Bagaimanapun, beliau enggan memberikan tempoh masa siasatan.

    Semalam, sumber memberitahu Malaysiakini ketiadaan dua saksi utama -ahli perniagaan Jho Low dan bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil melambatkan siasatan.

    ReplyDelete
  22. BERITA BAIK!!!

    Nama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.

    Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.

    Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.

    Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.

    Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak.

    ReplyDelete
  23. Saya sangat bersyukur kepada Ibu Iskandar Lestari karena telah memberi saya pinjaman sebesar Rp700.000.000,00 saya telah berhutang selama bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit nol dan saya telah ke banyak rumah keuangan untuk meminta bantuan namun semua menolak saya karena rasio hutang saya yang tinggi dan sejarah kredit rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah menyerah saya membaca dan belajar tentang ISKANDAR LESTARI LOAN COMPAMY di salah satu blog saya menghubungi ISKANDAR LESTARI LOAN COMPAMY konsultan kredit via email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) dengan keyakinan bahwa pinjaman saya diberikan pada awal tahun ini tahun dan harapan datang lagi, kemudian saya menyadari bahwa tidak semua perusahaan pinjaman di blog benar-benar palsu karena semua hautang finansial saya telah diselesaikan, sekarang saya memiliki nilai yang sangat besar dan usaha bisnis yang patut ditiru, saya tidak dapat mempertahankan ini untuk diri saya jadi saya harus memulai dengan membagikan kesaksian perubahan hidup ini yang dapat Anda hubungi Ibu Iskandar via email:::(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
    dia BBM INVITE:{D8980E0B}
    WhatsApp Only::{+33753893351}

    ReplyDelete