Monday, 18 June 2018

BENARKAH POLITIK WANG MASIH WUJUD MESKIPUN UMNO TIDAK LAGI BERKUASA?


UMNO dan wang barangkali sudah terlalu sukar untuk dipisahkan, biar pun parti itu tidak lagi mempunyai kuasa sebagai kerajaan ketika ini.


Menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada 30 Jun depan, sekarang ini sudah pun terdengar desas-desus tentang adanya calon yang menggunakan kuasa wang untuk memenangi pertandingan.


Seorang calon yang bertanding jawatan tertinggi UMNO dipercayai  mula melakukan aktiviti tersebut di sebuah negeri sejak sebelum ketibaan Hari Raya Aidil Fitri lagi.


Calon berkenaan dikatakan menyerahkan sejumlah wang kepada pemimpin tertentu di peringkat bahagian yang merupakan penyokongnya untuk diagih-agihkan kepada ketua-ketua cawangan UMNO sebagai duit belanja Hari Raya.


Dipercayai mereka menerima sejumlah wang antara RM100 dan RM150 untuk memastikan sokongan kepada calon berkenaan yang sudah mengesahkan bertanding salah satu jawatan tertinggi UMNO.


Adakah di negeri-negeri lain juga berlaku amalan politik wang itu?


Bagaimanapun, perkembangan di saat-saat akhir nanti tidak mustahil memperlihatkan lebih ramai calon akan turut menabur wang bagi memastikan kemenangan masing-masing.


Jika seorang calon mula menggunakan wang dan pesaingnya terasa tertinggal di belakang, mereka akhirnya turut tiada pilihan selain menggunakan wang untuk memastikan kemenangan berada dalam genggaman.


Dengan fenomena ini, yang menjadi persoalan ialah apakah undi perwakilan akhirnya nanti berdasarkan kelayakan, "track record" calon dan untuk menyelamatkan parti atau berdasarkan berapa banyak wang yang diberikan?


Adakah juga nanti hanya calon yang sedia melaburkan banyak wang saja akan memenangi pertandingan, manakala yang tidak sedia berbuat demikian, meskipun berkelayakan dan ada "track record" yang baik, akan terus tersisih dan gagal memenangi sebarang jawatan?


Apakah kehilangan kuasa dan kalah pilihanraya baru-baru ini tidak memberi apa-apa pengajaran kepada para pemimpin UMNO dalam mengejar jawatan yang mereka idamkan?


Bagaimanakah rupa bentuk kepimpinan UMNO selepas ini dan untuk menghadapi fasa perjuangan yang seterusnya jika amalan politik wang masih lagi berterusan dan sama seperti dahulu? (ShahbudinHusin 18/06/2018)

22 comments:


  1. MAAF BUDIN......

    PEMILIHAN UMNO

    Untuk memulihkan Umno, barisan kepimpinan yang akan dipilih nanti perlu kuat dan dalam keadaan persefahaman yang jitu. Matlamat dan gerak kerja perlu seiring.


    Bagaimana untuk mencapai keadaan tersebut??????????

    Saya berpandangan setiap calon presiden perlu mengistiharkan barisan calon atau TEAM masing-masing. Ini adalah untuk memudahkan perwakilan mengundi. Perwakilan juga perlu mengundi calon berdasarkan team presiden yang disokong.

    Sekiranya Presiden bersama team beliau semuanya menang ini akan memudahkan serta mempercepatkan kerja pemulihan Umno.


    Team akan membawa perpecahan Umno????????????

    Tidak perlu risau kerana Umno memang sedang berpecah. Sekiranya kemenangan adalah berdasarkan team maka pemulihan Umno mudah dilakukan dan pentadbiran baru ini akan kelihatan kuat serta memberi keyakinan semula kepada ahli dan parti komponen BN.

    Calon presiden yang menang akan mendapat sokongan yang kuat untuk melakukan gerak kerja. Kepimpinan yang terhasil nanti akan seia-sekata dan bermatlamat yang sama.

    Sekiranya tidak berdasarkan team, maka dalam pentadbiran akan datang, ada duri dalam daging, pergeseran dan perasaan tidak puas hati kerana tidak sebulu dengan presiden. Maka bagaimana untuk memulihkan Umno? Akhirnya Umno akan terus berpecah.....


    Siapakan yang paling layak memikul tugas memulihkan Umno??????????

    Nasihat ikhlas saya, pilihlah Tengku Razaleigh sebagai presiden dan DS Mohamad Hasan sebagai timbalan. Dengan ini Umno akan mampu bernafas semula. Mereka adalah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Apa yang kurang pada Ku Li ada pada Mohamad Hasan dan apa yang kurang pada Mohamad Hasan ada pada Ku Li.

    Gandingan ini mampu memberi cabaran yang kuat pada kerajaan PH yang nantinya akan diketuai oleh DS Anwar...............

    Sekiranya pertembungan ini berlaku, agaknya undi melayu pada PRU 15 kearah mana........

    PRU 15 hanya empat tahun lagi.....sekiranya Umno bergolak selepas pemilihan......syukurrrrr......


    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea lapuk. Masih ingat Team Wawasan?
      Setakat itulah standard UMNO. Kesian.

      UMNO ternyata layaknya dimuziumkan jika para pembesar masih berfikir ala jurasic.

      Delete
    2. Bro Fauziasmara.. maaf ye..tuan berkempen untuk sapa kat sini...ini blog bukan umno yang punya...tak ramai umno masuk baca blog ni.... tak gitu? hahahaha

      Delete
  2. Ha ha haa..

    idea perosak ...

    saya tersangat suka dan bahagia...

    ReplyDelete
  3. umngok dan duit terpisah tiada

    ReplyDelete
  4. Saya mengulangi pernyataan dan pendapat saya bahawa UmNo yang telah menjadi bathil akan lenyap sama sekali dan tidak akan sempat pun untuk melihat fajar 2019.

    Apabila UmNo benar-benar dilenyapkan kesemua manusia yang beriman akan akur bahawa ia adalah sesuatu yang terbaik untuk umat Melayu Islam.

    Maka apa saja yang berlaku di antara tempoh UmNo kehilangan kuasa sehinggalah ia benar-benar dilenyapkan akan memberi justifikasi kepada lenyapnya UmNo.

    Politik wang, Cash is King, pergaduhan besar di antara calon-calon dan puak-puak yang bertanding, penipuan semasa pengundian dan pengiraan undi, kemenangan calon-calon yang ternyata korup dan berakhlak buruk, dan 1001 keburukan dan kepincangan lainnya, kesemuanya akan memberikan justifikasi untuk UmNo dilenyapkan.

    ReplyDelete
  5. Tarak wang, apa macam mau bayar itu opis punya sewa, teh tarik n kueh mueh masa meetings?

    Ok, politik wang ada banyak bentuk. Satu bentuk kasi RM1 juta kpd Ketua Bahagian mcm Shahrir Johor Bahru. Tapi masuk dalam akaun Shahrir. Shahrir sndiri kata dia terima RM1 juta dari Najib. Tarak sebut masuk akaun Umno Bahagian. Jadi, Shahrir yang mulut pitas jugak, kritik itu ini, langsung tarak kritik Najib n 1MDB. (Kot Najib marah Shahrir jugak tarak warning dia kemungkinan kalah Pru14. Mcm dia marah Kerry Okspod).

    Orang kata Ahmad Maselan KB Pontian dapat RM2 juta. Pontian bandar kecil, sewa tak semahal Johor Bahru. Tapi bekas Jurucakap Umno itu dapat pertimbangan khas Njib. Najib ada soft spot for him. Ahmad Maselan wull die for Najib. (Psssst, will he, really?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kes 1mdb dibicara mahkamah, semua wang yg diterima(jika ada rekod) dari 1mdb mesti dipulang kembali.
      Jika wang sudah habis belanja.....SUNGAI BULUH BOLIH DUDUK.....itu Lebai PIS pun sama, mana mau lari ha.....

      Delete
  6. Tarak politik wang Umno mesti lembek, bahagian n cawangan meetings pun kurang. Jawatankuasa meetings di kedai kopi aje, teh tarik bayar sendiri.

    Ada bahagian yang punyai bangunan sendiri. Kalo pinjam bank bina bangunan, patut sudah mintak Mr Cash Is King duit kasi bayar pinjaman bank sekali gus habis. RM2.6 bilion mesti boleh punya. Kalo tak mintak, boro.

    Mungkin betul Najib kasi wang ke akaun Ketua Bahagian, bukan kpd akaun Umno Bahagian. Supaya boleh dapat Ketua2 Bahagian itu tentukan ahli2 depa sentiasa sokong dia. KB kasi kpd Ketua2 Cawangan sikit sikit.

    Politik wang sudah jadi sistem Umno berpuluh tahun. Sudah jadi darah daging. Apa macam boleh basmi?

    Ketua2 Bahagian di gelar warlords. Banyak duit, banyak kuasa mcm warlords di Afghanistan, ke sana sini di bahagian dia orang sembah. Mcm si Jamal Jamban, orang separa gila. Ikut dia pigi demo pakai towel pun dapat RM100 sorang. Kot dia jugak dapat RM1 juta dari Najib.

    Itu pasal orang bilang Wak Jahid boleh menang pemilihan parti, jadi Presiden. Lebh 20 tahun dulu dia ada RM160 juta, kata Tun Mahathir. Skang mesti berganda. Mengata dia ada jumpa "Arab penderma RM2.6 biliion" aje entitled him banyak million dari Najib.

    ReplyDelete
  7. Sistem mengundi di pemilihan pemimpin parti Umno. Ini pokok pangkal nya.

    Kalo tiap ahli ada satu undi, siapa sanggup kasi gula2 kpd 3,500,000 ahli. Tapi mana boleh undi cara itu. Tarak logistik. Hampir sebesar pru.

    Cara yang di guna: undi oleh ahli2 perwakilan. Jumlah perwakilan bagi tiap bahagian bergantung kpd jumlah ahli di bahagian itu. Tak tahu berapa jumlah perwakilan yang mengundi. Ada lk 2,000 cawangan.

    Perwakilan di pilih dalam tempoh yg di berikan sabelom pimilihan pemimpin parti. Tarak siapa boleh tahu siapa jadi perwakilan. Semua Ketua2 Bahagian dan hampir semua Ketua2 Cawangan dah tentu, kot. Calon tak tahu siapa yang lain hingga hampir hari mengundi. Jadi, calon kena harapkan Ketua2 Bahagian. Warlords.

    Jadi, warlords main peranan penting bagi membasmi politik wang. Tapi, sapa yang di pilih jadi Ketua Bahagian? Selain dari beberapa ketul yg bersih mcm Tok Pa Mustapha Kelantan, banyak yang kutu, ramai yang lintah - menyedut darah atau wang.

    BENARKAH POLITIK WANG MASIH WUJUD, tanya Bang Budin. Bukan saja benar, mesti, Bang. Ha nya jumlah wang kurang sebab Mr Cash Is King dah dekat masuk lubang. Lubang penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairy calls for openness, freedom from warlords
      FMT Reporters | June 17, 2018

      Apa kah boleh dia mengenepikan "warlords" jika dia jadi Presiden Umno?

      Tidak pulak di terangkan nya cara bagi mendapatkan "freedom from warlords" itu.

      Delete
    2. FMT melaporkan: "In a Facebook post, Khairy said he wanted Umno delegates to choose from a variety of candidates, as the contest for the presidency had been opened to all."

      Apa kah dia dan/atau orang orang nya yang telah mendapatkan 4 calon lain masuk bertanding jawatan Presiden Umno. Menaikkan jumlah nya kapada 7.

      Saya belom lagi nampak berita Ibupejabat Umno memberi butiran nama dan sebagai nya 4 orang calon lain itu.

      Delete
    3. Hahahaha..kahkahkahkaaahh..ketwa besar den bro isa3..lobang dah tersedia dah..tinggalnak dkambuus joa..hahahaha

      Delete
  8. Politik wang dengan umno memang sukar dipisahkan. Bak kata orang tua, bagai aur dengan tebing. Sebab itu hishamuddin enggan bertanding pada kali ini kerna diberitakan masa pertanding merebut jawatan naib presiden 2013, dia melaburkan hampir rm100 juta!! Mujur ada raja negeri pantai timur menyokongnya, jika tidak dengan modal rm100 juta bakal hangus bergitu saja. Itu sebab lepas pemilihan dia masuk sepital.....kakaka

    ReplyDelete
  9. Betul kah "ada raja negeri pantai timur menyokongnya"?

    Saya tidak pernah mendengar nya, atau kaitan rapat nya dengan Raja pantai timur yang sanggup mengongkosi pemilihan nya sebagai Naib Presiden Umno dengan demikian banyak wang.

    Mohon mendapat tahu Raja yang mana satu di pantai timur. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya x ya jugak..raja mana ye..burn up mana ye..

      Delete
    2. Bro..dia maksudkan Raja kapor malaysia tu kot..yg sanggup fund sepupunya tu..agak je..

      Delete
  10. Ada wang semuanya jadi
    Wakil datang boleh dibeli
    Amalan ini dah jadi badi
    Sudah berlaku banyak kali..

    Lu bagi, wa sesah
    Lagi manyak,tolong busah
    Telima kasih,alhamdulilah
    SPRM masyuk,manyak susah!

    Sampai bila ini nak abis
    Sogok menyogok dah jadi kudis
    Rasuah jadi ikutan iblis
    Jangan abaikan Quran dan hadith!

    Kredibiliti dan sifat amanah
    Tak ambil kira campak ke tanah
    Rasuah sudah sampai bernanah
    Jika tak bendung negara punah!

    Sudah ke jadi darah daging?
    Bagi rasuah nak dapat geng
    Jika menang sama beronggeng
    Kena nanti frust menonggeng!

    ReplyDelete
  11. Berkuasa tidak berkuasa nya Umno tidak membersihkan nya dari politik wang. Ha nya mengurangkan nya. Bukan mengurangkan jumlah ahli yang terlibat, ha ya mengurangkan jumlah wang yang di gunakan.

    Ada lah di ketahui umum bahawa dana politik wang itu sudah di tutup Najib - dana dari mana wang telah di agihkan ke Kerua Ketua Bahagian. Baki dari RM2.6 bilion yang di ketahui masuk akaun bank nya itu di senyapkan nya. Tidak mungkin lesap, ha nya di senyapkan.

    Malaysia Insight mengeluarkan anggaran bahawa wang RM114 juta dan barangan bernilai tinggi yang di rampas Polis dari rumah Najib di Jalan Duta dan dari kediaman anak nya di Pavilion Residence itu ada lah lebihkurang setengan bilion Ringgit.

    Kalau di anggar jumlah perbelanjaan PRU14 satu billion Ringgit, masih ada RM1 bilion lagi di dalam akaun bank itu atau di lain lain akaun bank yang di pindahkan nya.

    Menjadi persoalan cepu emas lah jika ada banyak yang di simpan di dalam akaun Umno untuk bayaran gaji dan perbelanjaan urusan Ibupejabat Umno.

    Tetapi tiap tiap "warlord" itu sudah mempunyai dana sendiri. Ketua ketua Bahagian Umno di beri Najib jumlah besar lama sabelum Pru14 dahulu.

    Oleh itu, saya setuju dengan pendapat bahawa politik wang tidak akan hilang dari Umno.

    ReplyDelete
  12. Setuju pandangan bro John doe..

    Maaf, kalau saya kata ini. Pada thn 2020 umno mungkin tidak berkuasa lg,dtolak oleh orang melayu sendiri,kerana bosan dgn poltik wang yg diamalkan oleh umno. Dan dikalangan umno pulak,ahli2 umno,pemimpin2 umno akn merebut kuasa sehingga tiada lg perjuangan utk parti,utk bangsa tetapi perjuangan hanyalh utk mendapat tempat bagi diri sendiri.
    Dgn itu pengundi akn rasa bosan dgn umno dan mereka akn tolak umno.
    Saya fikir 2020 is the maximumlh umno boleh pi. Saya fikir belum sampai itu pun kita akn lihat umno qualiti merosot, sokongan kpdnya jugak merosot.
    Apabila umno lemah maka campuran Barisan Nasuonal jugak akn jd lemah,sebabnya BN ini kuat sekarang ini kerana umno menjadi teras yg kuat tetapi apabila umno sudah lemah,dtolak olih orang melayu maka BN juga akn runtuh.

    Diatas..petikan ucapan Tun Mahathir suatu ketika dahulu..ketika mudanya..maaf kalo kalian tanya bila..dimana diucupkan..kerna tiada maklumat tu pd kami..maaf.

    ReplyDelete
  13. Sdr Shahbudin berkata "antara RM100 dan RM150 untuk memastikan sokongan .." Tetapi jumlah begitu ada lah pemberian biasa di Hari Raya, bagi mereka yang punyai banyak juta Ringgit wang. Saperti tiga calon ulung itu.

    Saya percaya mereka akan memberi di dalam lingkungan RM500 seorang kapada mereka yang ada status tinggi - ahli perwakilan, yang boleh mengundi, yang ada nilai lebih dari ahli biasa. Dan banyak lebih lagi kapada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan yang boleh memujuk undi dari ahli perwakilan yang lain.

    Maka, jikalau empat calon jawatan Presiden yang lain itu tidak punyai banyak wang, kesian lah, mungkin akan mendapat ha nya beberapa genggam undi sahaja.

    Demikian lah politik "elitism" di dalam Umno. Wang menentukan kedudukan. Umno sudah rosak, amat rosak.

    ReplyDelete
  14. Seorang politikus yg berpandangan jauh..jika otai pak othaman sungguh mengata Tun a great statesman..kami kira oklh..as for the above extraction statement by Tun..somebody sent a video clip to us via whatsup..u guys can roam everywhere in the internet to find it..find it if u interested..

    ReplyDelete