Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.
Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.
Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.
Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?
Jawabnya, tentu saja tidak.
Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.
Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.
Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.
Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.
Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati" serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.
Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas sebaliknya mampu mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.
Dengan itu, selain Najib dan UMNO boleh terus berkuasa, Pas juga mampu terus berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang lain.
Namun, berikutan ketidakmampuan menubuhkan kerajaan itu, Najib dan UMNO tidak ada pilihan selain mengajak Pas mewujudkan kerjasama bagi menubuhkan kerajaan campuran.
Hubungan yang sudah sedia terjalin antara Najib dan Hadi serta mungkin juga disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada Pas sewaktu pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.
Jika dengan persetujuan Pas itu menyebabkan Najib dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, Hadi sudah pasti lebih layak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri berbanding Zahid Hamidi. Hadi sudah dianggap lebih berjasa besar jika dibandingkan dengan Zahid Hamidi.
Untuk mengukuhkan lagi kerjasama itu, beberapa pemimpin Pas lain akan turut dijadikan menteri dan timbalan menteri.
Dengan Hadi menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia secara sendirinya menyebabkan Zahid Hamidi tercicir daripada jawatannya. Adalah suatu pembaziran pula kiranya diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu masa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya adalah pemimpin Melayu.
Mencicirkan pemimpin UMNO sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri secara automatik juga mengelakkan Najib daripada ancaman dan gugatan untuk terus berkuasa dengan lebih lama. Sesiapa pun yang menjadi Timbalan Presiden UMNO selepas itu, Najib tidak perlu bimbang lagi dengannya.
Beliau boleh memilih sendiri bila waktu mahu bersara atau mahu berkuasa hingga ke hujung nyawa.
Ini kerana Timbalan Presiden UMNO bukan lagi penjawat nombor dua dalam kerajaan, sebaliknya hanya menteri biasa yang tidak boleh menggugat sama-sekali kedudukan Perdana Menteri. Kerusi Timbalan Perdana Menteri sudah jadi milik Pas sebagai rakan kongsi.
Perlahan-lahan seterusnya, Najib mempunyai cukup ruang dan masa untuk mengatur Hishammuddin, sepupunya untuk mengambil alih tempatnya nanti. Maka, selamatlah Najib daripada sebarang pendakwaan untuk selama-lamanya.
Hanya Pas yang keliru, tetapi Hadi dan Najib tidak keliru apabila sama-sama setuju untuk menjadikan parti Islam itu terus keliru. (SH 11/12/2016).
Budin, hang ni bagi PIS mimpi basah lah.
ReplyDeletePengundi2 PAS yg taksub dgn lebai sewel Hadi boleh lah disamakan dgn pengikut2 sesat yg memuja2 Ayah Pin.
Deleteyo ko..ker hang sewel.
Delete15.57
DeleteItu pendapat yg terlampau. Pendapat saya PAS akan hilang 30 % undi saja. Mereka masih boleh pecahkan undi pembangkang. Sabah pasti dapat ke Warisan he he
Hadi jadi Tpm ? Hahahaha , makin jahanam malaysia. Tak lama lagi Malaysia jadi macam Somalia.
DeleteBiaq pi dua ekoq tu kena tangkap basah.
ReplyDeleteAku lg sokong
Sbb org melayu lagi benci pada yg kena tangkap basah.
Tambah2 lagi lobai bila ditangkap basah satu kampung...satu dunia akan hina dia.
Yg penting kita tahan perangkap
Biaq kali ni 2 ekoq tu tertangkap basah.
Senang cerita.
Aku tak mau hidup susah lagi.
DeletePemimpin hidup kaya raya. Joli sana joli sini.
Aku hidup kena bayar GST
Cukup cukuplah!!!!
Aku pun teringin juga nak makan udang nak makan ketam mcm dulu di zaman Tun Mahathir.
Setujuuu..
DeleteAnon 13:04,
DeleteJika kamu tak mahu hidup susah lagi salepas pru14, mari kita sama sama berkorban sedikit tenaga dan wang ringgit(kos whatsapp) kepada kawan kawan dan saudara mara segala maklumat yang kita dapat tentang 1mdb.
Disamping itu lakukan solat hajat memohon pertolongan Allah selamatkan Malaysia.
Beri penerengan jelas kepada yang keliru.
Betul 23.49.
DeleteTerutama makcik pakcik kita yang kat kampung tu.
Pas nak jadi timbalan perdana menteri nak buat apa???
ReplyDeleteSyurga pas dah ada.
Pi lah duduk dalam syurga pas tu di Golok.
Bodoh betul. Dah ada syurga pas nak buat apa duduk di Putrajaya.
Kepunan lagi keruak si karabau kerana tidak dapat jadi timbalan perdana menteri.
DeleteJadi ketua menteri sabah pun 2 tahun saja.
Apa punya sial kau punya nasib ini keruak?????
hee22x 2 negeri pon hampa kecoh ... hampa dapat persekutuan lagi hebat laa... so pi laa clear hampas yg kera jaan dulu tinggai... cepat2..
DeleteBosan bosan bosan bosan bosan tahap gaban. Dah bertahun dah naik berlumut dok timbul isu PAS nk bergabung UG dgn UMNO bawalah cerita lain pulak PAS bukannye nk jadi TPM cita cita PAS nk memerintah Malaysia nk jadi PM agar cita cita nk menegakkkan pemerintahan ISLAM menjadi kenyataan . Kan islam rahmat seluruh alam. Wajid percaya tu. Patutnye kita bincang dan utarakan isu macamana nak kembangkan ajaran islam memartabatkan islam mengukuhkan ekonomi umat islam dan mengukuhkan perpaduan umat islam. Tak perlulah dok timbulkan isu Kerajaan UG bosan bosan bosan UG pun tak juga berlaku dah naik berlumut isu ni. Jgn dok buruk sangka kita ni bukan nye nk menongkat langit kita dah takde masa umat islam makin tertekan dgn masalah sosial masalah gst masalah penyelewangan kerajaan sekrg dan macam macam masalah ni kita dok asyik bergaduh dok mengadu domba tak habis habis..rakyat semakin tertekan dua tiga minggu lg dah nak mula musim persekolahan barang keperluan sekolah semuanya naik... ni dok berkisah pasal UG UG tak habis habis . Cerdik le sikit jgn jadi ..... haaaa kan dah naik angin.sorry le emosi sikit sebab bosan sangat lihat penyokong dan pemimpin politik sekarang yang rasanya sudah tidak memikirkan masalah rakyat . Semua nk ambil kesempatan pikirle sikit rakyat marhain yg susah di kpg ..ni takb bila dekat PRU baru le tagih undi...ok cukup sekadar tu melepaskan tention.
ReplyDeleteDaripada berterusan menipu dan mengelirukan rakyat dengan isu agama dan kafir mengkafir, adalah lebih baik Presden PAS dan geng UG ishtiharkan diri masuk UMNO. Halatuju PAS sudah celaru harubirru disebabkan geng geng munafik menguasai kepimpinan PAS sekarang ini.
DeleteKesian ahli ahli PAS yg puluhan tahun berjuang/berkorban utk perjuangan islam yg tulen sebelum tahun 2015..
Pas sudah tidak relevan lagi semenjak TGNA meninggal dunia
DeleteJawaHill PM, otak al hedy macam otak kaulah...keliru, sering tukar nama, tak tahu mana arah tuju.
Deletemimpi apa pula dapat nama jawahill pm, nama unknown kan bagus.
Bila masa pulak sering tukar nama sape yang keliru kau yang keliru kut ... aku sokong pada yang betul sahaja yang salah aku pangkah hidup mesti ada prinsip walau mana parti pun kalau salah wajib pangkah wajib tentang . Yg penting bagi aku parti yang nak laksanakan pemerintahan ISLAM aku sokong sebab ISLAM kan membawa rahmat seluruh alam dan perintah ALLAH .Aku dah bosan pada yang mengadu domba dan menfitnah dan mengeji orang sape yang betul aku sokong . Kita kena tegas dalam hal ini sebab bukannye kita nak tongkat langit semua nak masuk dalam tanah kan. Cukup cukup lah dok bergaduh .ok cukup sekadar tu aku akan muncul semula bila terasa bosan tahap gaban bila baca komen komen yang tak bernas dan tak manfaat langsung layak dicampak dalam lautan hindi.
Deletepas abende laa.. asik kalah jee 71 21 0 yg kosong tuu lah pas..
DeletePAS?...PAS is already PAST.
ReplyDeleteUMNO kini berada ditahap kritikal penyakit AIDS akibat sumbang mahram dan perlakuan luar tabi'e...dan kini sedang berselingkuh dengan PAS.
Biarkanlah!...biarkan mereka mengecap kebahagiaan sebelum PRU14.
We know what you did...
A wise man said
"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."
"No man is good enough to govern another man without the other's consent."
"This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it."
"The ballot is stronger than the bullet."
- Abraham Lincoln
Read more at: https://www.brainyquote.com/quotes/authors/a/abraham_lincoln.html
thmadey tulong resent no account ..
DeleteBro Putrakraken..wa caya sama lu. Let's put the PAST behind our back. Dia nak mimpi basah ke..mimpi kering ke..ade aku kesah..pi mampuih lar!!
ReplyDeletesiot laa royalty minyak depa bagi balik kat pas... ilang akai kaa apa... heh34x..
DeleteKeadaan sekarang lebai pas lagi suka jadi broker undi. Untung berlipat ganda dari jadi wakil rakyat. Menipu pengundi itu perkara biasa dan sudah jadi budaya pemimpin pas sejak azali lagi. dedak punya hal apapun boleh..
ReplyDeleteno truth no strategy. najib and hadi know the truth.
ReplyDeleteDin ayam..
ReplyDeletePak mentua ko bukan nak tambah kerusi pas tapi nak tambah dedak drp RM90 juta kpd RM180 juta
Aku dr mula blh mengundi tak pernah percaya dgn pas ni. Jual agama utk jd pemimpin. Buat fatwa berpandukan kepentingan diri. Hadi, nik abduh dan sekufu dgnnya tu patut duduk atas sejadah dan pi mekah. Tok guru la sgt. Dipilih jd ahli parlimen kena la p parlimen. Saraan dibayar utk jalankan tugas semasa parlimen bersidang. Ni asyik monteng sj. Haram hasil tu. duit ambil tp tugas tak buat.
ReplyDeleteDulu masa shahbudin sokong UMNO, PAS menghentam UMNO sampai umat islam bercerai laki bini dituduh ekstrim dan politik karut semai sifat membenci sesama melayu. Bersahabt dgn DAP dikatakan jilat ludah sendiri sbb berkawan dgn kafir.
ReplyDeleteSekarang shahbudin dah tak suka UMNO nak PAS suka dgn DAP dan benci UMNO.
Apa sebwnarnya yg korang nak? Pergunakan parti PAS utk kepentingan korang?
Ada pas tak ada pas kami tetap lslam.
DeleteKami tak perlu pas untuk hidup atau mati.
mati perlu keranda broo ..
DeleteInilah tulisan paling keliru.
ReplyDeleteBukàn keliru. Bangang dah tu kesipuan kt sini
DeletePasir berubah, pantai berubah. Berubah utk kebaikan Msia negara tercinta. Dulu belum dpt info MO1 sakau duit bagi Jho Low, bagi Riza, masuk akaun sendiri. Jahat betul.... Pinjam duit melalui bond, dijamin oleh kerajaan, ambil duit tu "kenduri", pastu hutang tinggalkan pd rakyat bayar. Kutip cukai, kutip gst, ambil hasil negara. Patut duit utk pembangunan negara, kemudahan utk rakyat. Tambah lg hutang, hutang, hutang....
ReplyDeleteParti yg hidup atas nama agama ni patut diharamkan dr dulu lagi.
ReplyDelete2 negeri yg pas dapat patot dikembalikan royalti minyaknya... bioo padan muka pas..
DeleteBila benarkan parti yg guna agama ni itu lah jadinya. Senang2 dikafirkan org yg tak sebulu dgn partinya. Dianggap partinya lebih islam dari org lain. Sedangkan pas tu cuma parti politik.
ReplyDeleteMengong2
thmadey awat tak bukak account bank islam... islam?... tak rock laa islam islam ni .. tak gitu brooo.. or u ni saudara rapat ramasamy..
DeleteSorry, off topic.
ReplyDeleteNak Tanya, ada sesiapa tau apa yang telah berlaku kepada blogger Putra Merdeka?
Belum pernah blog Putra Merdeka takde posting sebegini lama.
PAS juga tidak keliru dengan fenomena 1MDB.
ReplyDeleteCuma PAS dilenakan oleh pentadbiran baru, kini misi mereka jauh tersasar berbanding dengan visi organisasi.
tak tersasar bro but terlajak janji tol pree ptptn minyak... etc etc etc ... tabong udah penoh kee..
DeleteBukannya keliru tapi buat2 tak faham. Sbb mata dah kelabu dgn RM90 Juta.
ReplyDeletedepa yg tere2 tak buleh baca kaa 158 seats beropa juta belanja mana dapat duit manyak tuu.. awat tak serbu mahligai tgha kat marang... cuba tengok bawah tangga... dalam guni banyak ada kat situ pi laa..
DeleteMemang kerja pas pau duit ahli saja.lepas bagi ceramah mesti tadah sejadah mesti tadah serban minta sedekah
ReplyDeleteapa barang tadah serban broo... org era milinium ni tadah bank broo.. siap ada nama laieee ape nameeee.. tabong harpan madey sori34x menesia... apa kelas serban2... tak gitu bro... duit bola dah lepas katenye... yahooo..com
DeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.