Saturday, 10 December 2016

APA CERITA NI KJ? BILA NAK JAWAB LIMA SOALAN INI?


Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bukan saja menunjukkan pengampuannya yang luar biasa kepada Najib Razak melalui serangan kepada Tun Mahathir Mohamad dengan mengubahsuai sajak "Melayu Mudah Lupa", malah juga mempersenda dan mengejek Mukhriz Mahathir dengan beberapa kali memanggilnya sebagai "Boboi".

"Saya telah menang Ketua Pemuda, tetapi saya dimasukkan ke dalam peti simpanan.

"Namun Boboi yang tewas telah dilantik sebagai Timbalan Menteri, tetapi saya tidak kecewa, saya istiqaamah bersama Presiden.

"Saya juga dituduh berwajah jahat berbanding "muka sedih"  Boboi," kata Khairy Jamaluddin lagi yang juga lebih popular dengan panggilan KJ.
Bagaimanapun, sekarang ini Mukhriz pula mendedahkan bahawa KJ sebenarnya pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib kerana tidak bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB.

Namun, tambah Mukhriz, beliau difahamkan KJ kemudian menarik balik surat itu setelah dipujuk oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Mukhriz turut mendedahkan bagaimana beliau sendiri pergi ke rumah KJ pada jam 11.30 malam, tahun lepas setelah dijemput oleh seorang kenalan dan pertemuan sulit  dengan Menteri Belia dan Sukan turut ada saksi yang hadir bagi bertujuan mencari jalan untuk menyelamatkan masa depan UMNO berikutan akar umbi yang dikesan semakin menolak kepimpinan Najib.

Maka, apa cerita ni KJ? Betulkan pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu?

Pertama, betulkah beliau tidak setuju dengan penjelasan Najib mengenai 1MDB sebelum ini?

Kedua, benarkah beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib?

Ketiga, benarkah Zahid Hamidi memujuknya agar menarik balik surat perletakan jawatan itu dan apa "pujukan" daripada seorang Timbalan Perdana Menteri yang membuatkannya setuju menarik balik itu?

Keempat, benarkah pernah ada pertemuan sulit antara beliau dengan Mukhriz pada jam 11.30 malam di rumahnya sepertimana yang didedahkan oleh bekas Menteri Kedah itu?

Kelima, apakah faktor sebenar yang menyebabkan beliau sekarang ini seolah-olah bersetuju dengan 1MDB, malah sedia menjadi pengampu tersohor kepada Najib?

Hanya lima soalan saja KJ, bila nak jawab ni? (SH 10/12/2016).

47 comments:

  1. Ya 5 Soalan je..tapi sabar tn Shah dia kena cari jawapan dulu sbb mngkin dah lupa..maklum je lah baru lepas bodek/ampu tuan presiden..hampeh pnya dumbno!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan dedak
      Semua jadi jem...
      Mcm telan sedulang semut?

      Delete
    2. Tunggu hari Selasa, KJ akan jawab.









      Selasa bila? Entah..

      Delete
    3. Trey Gowdy dah join Trump Camp. Kes 1mdb makin kacau slps habis kes Benghazi dgn 68000 email.

      Tunggu dan sabaq sikik

      Delete
    4. Dia mungkin akan sibukkn diri dgn main futsal atau pergi ramai program futsal buat iklan... kah3.. 100 jota pun senyap... ari selasa la sngt...

      Delete
  2. KJ takut kes rasuah kementeriannya kena selongkar.
    Kah... kah... kah...

    ReplyDelete
  3. Jawapan nya semudah 123...taktau.. Macam kes 100m

    ReplyDelete
  4. Tn shah,
    Samaada kita setuju atau tidak, hakikat dan fakta sangat jelas pemuda umno era KJ lah yang paling buruk dan rosak kerna bukan sahaja disebabkan terlalu bergelumang dgn najis rasuah malah sudah rosak akhlak dan perjuangan umno sebenar, apa yang tinggal hanya sampah sarap dan kekotoran dari keseluruhan barisan kepimpinan dalam umno yang bukan saja lemah akhlak budi pekerti malah bermasalah dan membebankan parti...tapi biar lah kerana parti ini bukan lagi parti harapan bangsa ia hanya menjadi mesin menjana harta kekayaan dunia untuk manusia munafiq bergelar pemimpin seperti KJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul apa yg d kata. Setuju sangat2.

      Delete
    2. Owh..bukan KJ sahaja yg munafik. 85% menteri2 & timbalan2 menteri yg ada sekarang tergolong dlm MUNAFIK!

      Delete
  5. Pemuda UMNO sudah gemuk, kenyang dgn dedak, tak larat nak berdiri tegakkan perjuangan asal. Semuanya skrip menyedapkan telinga. Duit dedak akan ditabur bila pru mcm dedak ditabur kpd ayam daging.
    Melayu mesti keluar dr politik rasuah. Politik pemecah belah bangsa melayu.
    Politik benci membenci.melayu meati bersatu dibwh parti yg berjuang demi melayu dan agama.
    Tolak UMNO tolak DAP, MCA, MIC Gerakan , sosialis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpt ak semua yg atas2 tu mmg gemok2... yg pelikny, uruskan program futsal je kreje ny, tak pun karok... level budak srp... tp budget tak ingat.. selit gaji katenye..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  6. Kan dah tau lama dah... mamat ni perasan nak jd PM. Thats why jgn percaya apa dia ckp. Dia ni ular... jgn pernah lupa apa dia buat masa pak mertua dia jadi PM. This guy will never change. His words are poison!

    ReplyDelete
  7. CASH IS KING rules......

    ReplyDelete
  8. Hal ehwal KJ dalam bab perletakan jawatan sbg menteri memang pernah dibincangkan hangat dalam Mesyuarat Dalaman UMNO yang mana saya selaku Pemerhati Tetap UMNO dan juga merangkap Timbalan Ketua Cabang UMNO menjadi saksi. Tindakan KJ pada awalnya menimbulkan reaksi yang mengejutkan kami buat UMNO. Malahan kami pada awalnya amat kecewa dengan sikap KJ yang terpengaruh dengan dakyah Yahudi Nasrani yang mana membiayai DAP, PKR, AMANAH dan juga Mahathir. Namun, selepas beberapa lama itu, kami menasihati beliau agar jangan terlalu cepat terpengaruh dengan cerita manis tajaan Yahudi Nasrani DAP. Alhamdulillah, beliau telah menarik semula surat perletakan jawatan tersebut. Kami memahami beliau kerana beliau hanyalah lulusan Tingkat 4 sahaja yang masih berdarah muda dalam politik. Banyak yang beliau harus pelajari drp Dato Najib dan Dato Rosmah yang amat matang dalam politik negara.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah katam mangaji dgn najib n kak rose...sekarang tu perangai nya dah Sama...penyamun... Perompak... Kaki belit n penakut dan sewaktu dgn nya

      Delete
    2. Anon 22.25,
      Yang ikut yahudi dan jilat najis yahudi kau sebab tuan besar kau yg kau sembah iaitu najib dan rosmah berkerjasama dgn syarikat kewangan yahudi dunia goldman sachs buat loan kemudian buat guarantor atas kerajaan dimana rakyat malaysia tanggung jadi berasama yahudi curi duit rakyat malaysia jadi sah Dap bersatu,Tun M dan amanah bukan yahudi tapi yg jilat najis yahudi adalah najib,Umno dan penyokong macam kamu gadai maruah bangsa barua yahudi.

      Delete
  9. Yang atas tu Aluminium tin kosong je

    ReplyDelete
  10. Mungkin Khairy terlupa kesah pertemuan tersebut semasa membuat ucapan di PAU tempoh hari.Kalau beliau tak lupa sudah pasti beliau takkan berucap berapi2 seperti itu dan merendah2kan Tun dan Dato Mukhriz....atau mungkin juga Khairy sangkakan yang Dato Mukhriz tak akan menceritakan perkara itu kerana beliau seorang yang sangat baik!!.....mungkin masa itu Khairy lupa bahawa kesabaran manusia itu ada batasannya .Akirnya baru padan dengan muka manusia paling licit ini !!....

    ReplyDelete
  11. Tak tau..tak tau..
    Saya tk tau duit ilang di kementrian saya beratus juta pulak tu..!!

    ReplyDelete
  12. Tak tau..tak tau..
    Saya tk tau duit ilang di kementrian saya beratus juta pulak tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa lagi kalau bukan dia sendiri yg sapu.

      Delete
  13. Marilah kita semua rakyat Malaysia yang celek berusaha sedaya upaya menolak specis bangang ini dari terus dapat berkuasa ditanah air kita yang tercinta ini.Kita kena ingat mengangkat specis seperti ini bererti mengundang petaka keatas anak cucu kita ,jangan sampai nasi menjadi bubur!!....

    ReplyDelete
  14. bru kenal si KJ nie ke..?
    dia nie mmg anaconda laa..
    oooops sorry.. bapak anaconda actually..

    ReplyDelete
  15. Seronok tengok pemimpin2 keluaran dunia nie, pendekatan yg dari jepun power ke, yg dr amerika nie power.. slalu yg amerika nie, sentuhan holiwood mmg memukaukn, tp merosakkan... yg jepun lebih diyakini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxford kat uk bukan amerika

      Delete
    2. Owh baru tahu... patut la dia suka buat iklan, klu kat USA dia akan buat filem... kah3

      Delete
    3. Filem anak ikan

      Delete
  16. Khairy sekarang dah jadi pesaing terdekat Salleh Said Keruak. Jika selepas ini beliau terus dgn persembahan2 bodekan yg lebih canggih, tidak mustahil Khairy dpt memintas Salleh.

    ReplyDelete
  17. Berani kj menafikannya? Benda tak ujud, senang dinafikan. Tapi kalau ujud, boleh disahkan secara gentleman. Boleh juga spin..mukhriz yg nak jumpa kj bincang pasal futsal di kedah..atau mukhriz nak mintak peruntukan lebih kbs di kedah, atau apa apalah. Tapi saya yakin mukhriz ada bukti dan saksi. Secara logiknya, penjelasan derma memang karut, jangankan budak oxford, lulusan SRP macam mat bashah pun tak sepatutnya percaya. Sepatutnya lah.

    ReplyDelete
  18. Kalau masa muda pun dh bergelumang dgn rasuah..macamana nak harapkan bila suatu masa nnt jd pemimpin atasan.
    Sblm pegang apa2 jawatan dh ada kes rasuah masa pemilihan perwakilan umno. Masa pak mentuanya jd pegang jawatan tinggi bukan main galak kumpul harta. Bila jadi menteri, duit kementerian hilang sampai ratusan juta pun blh tak tahu.
    Dah tahu 1MDB blh bawa bencana pada negara dan rakyat dan dh tahu penyonglapnya, blh pula bg sokongan. Apa guna belajaq jauh2 balik jd pemimpin blh gelap mata lihat kerosakkan yg berlaku.
    Macam ni ka standard pemimpin yg nak dikekalkan lagi.
    Harap generasi kini blh berfikir. Mereka2 ni pun naik kerana kita dibawah ni. Tak betul kita buang ja. Apa takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat2.
      PRU14 bye bye KJ.
      Aku n family akan kalih pada pembangkang.

      Delete
  19. Kalau masa muda pun dh bergelumang dgn rasuah..macamana nak harapkan bila suatu masa nnt jd pemimpin atasan.
    Sblm pegang apa2 jawatan dh ada kes rasuah masa pemilihan perwakilan umno. Masa pak mentuanya jd pegang jawatan tinggi bukan main galak kumpul harta. Bila jadi menteri, duit kementerian hilang sampai ratusan juta pun blh tak tahu.
    Dah tahu 1MDB blh bawa bencana pada negara dan rakyat dan dh tahu penyonglapnya, blh pula bg sokongan. Apa guna belajaq jauh2 balik jd pemimpin blh gelap mata lihat kerosakkan yg berlaku.
    Macam ni ka standard pemimpin yg nak dikekalkan lagi.
    Harap generasi kini blh berfikir. Mereka2 ni pun naik kerana kita dibawah ni. Tak betul kita buang ja. Apa takut.

    ReplyDelete
  20. KJ lupa dedak yg dibagi semasa pemilihan ketua umno yg membolehkan dia memang lawan mukhriz..

    ReplyDelete
  21. Zahid janji nak bantu bg jawatan timbalan presiden kat kj. Tu sbb hishamudin gelabah. Lps janji tu pakat berebut bahagian dedak dengan mengampu IBABBIJAN. Peratusan dedak ditentukan oleh panel yg dipengerusikan oleh losemah. Ahli umno mcm ayam. Cukup umur kena jual la. Klu tidak rugi bagi mkn. Berat tak meningkat. Harga sama jg.

    ReplyDelete
  22. Kuasa dedak harta dunia akan membuat seseorg itu sanggup melupakan bangsa dan agama tidak kiralah ianya tua atau muda berseban atau berjubah segala2nya sebab kuasa dan harta serta kemewahan hidup peduli apa dgn prinsip hudup peduli apa dgn sumpah peduli apa dgn bangsa yg penting kedudukan dan kuasa itulah dia manusia

    ReplyDelete
  23. Soalan psl sapa taja pegi umrah ramai2 tu dah jawab ka abam KJ???

    ReplyDelete
  24. soltan purak chendana11 December 2016 at 11:06

    Pemimpin umno ni serupa jer mcm penyamun dalam cerita nujum pak belalang. Satu utk kau, dua utk aku...ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah la... yg part penyamun tu curi lembu, teringat aku kes NFC..

      Delete
    2. Fitnah,fitnah.mukriz kena
      tarik balik.kalau tak tarik
      saya saman hari selasa

      Delete
    3. Jgn belagaklah KJ.N9 tu pun 50-50 saja. Insyaallah 4 lagi negeri BN termasuk Sabah pasti tumbang.

      Delete
  25. Kesian lat KJ.
    Hampa tak kesian ka?
    Dia tu org pandai
    Satu2nya anak melayu yg belajaq kat Oxford.
    Bakal jd Pm tu nnt.
    Hampa jgn la buat pitnah kat dia.
    Kalau dia nak songlap duit apa salahnya.
    Kalau dia dpt sahan berguni pun jgn la hampa dengki
    Kalau dia dpt projek banyak pun projel tu utk rakyat.
    Dia tu bukan sapa
    Orang melayu jugak.
    Kalau kaya, orang melayu jugak
    Kalau dia songlap duit, dia bagi2 kat orang melayu juga.
    Dia banyak duit dia bg org pi umrah.
    Hampa tak bangga ka org melayu buat baik lagu tu?



    ReplyDelete
  26. Budak oxford tu tak pandai mana pun...bagi dedak terus senyap...memang betul Tun kata semua kabinet tu dungu..

    ReplyDelete
  27. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  28. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)

    ReplyDelete