Monday, 12 December 2016

SAJAK TERBARU TUN MAHATHIR


Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
 
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
 
Pada mata tuaku 
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
 
Semuanya  
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa 
 
Pada senja hayatku 
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
 
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya 
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas
 
Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat 
 
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka 
yang tiada lagi nilai dan hormat diri
 
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
 
Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita
 
 
Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016

(Sajak ini dibacakan oleh Tun Mahathir Mohamad di Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah  pada 10 Disember 2016 - SH 12/12/2016)

57 comments:

  1. Replies
    1. Sebut nama tu biarlah spesifik sikit, Tun M.
      Abdullah Badawi itu pun Tun juga, tapi dia sedang enak lena dibuai mimpi, kah kah kah...

      Delete
    2. Dolah badawi dah kenyang memboroi jadi punahsihat petronas skg

      Delete
    3. Dia apa tau..

      Delete
    4. Ya, ini spesifik sikik, Tun Haramjadah Bodolah Bodowi. Buat malu dunia ja idup pun. Tiada faedah terus hidup.

      Delete
    5. Bersatulah kita semua buangkan penyamun pemusnah dan penghancur negara.

      Dia menakut-nakut dan mengungut-ugut rakyat kalau tak undi dia, negara akan hancur.....kononnya.

      Delete
    6. Tun Dollah tak masuk book .
      Tun Dollah tak masuk carta .
      Tun Dollah sedang makan dedak ..tu pasal dia lena tidor !

      Delete
    7. Kalo Tun Mahathir TAMAK, hanya pikir untuk dirinya dan keluarga saja, baiklah Tun M buat mengantok tidor je.....senyap duk diam2 tak kata apa pon.

      Pikir logiklah......kalo Tun M dan keluarga semua sanggup BUTAKAN mata, PEKAKKAN telinga dan BISUKAN mulut.......ikut sama mengipas laju, sondolkan kepala angguk2 bagi sokongan padu kepada semua penyelewengan dan buat tak peduli tentang rakyat........tentu hingga sekarang Tun M dan keluarga semua senang lenang, tak ada sape pon yang nak usik, nak kutuk dan nak tarik semua kemudahan dari Tun.

      Kalo Tun M nak.......boleh je Tun dan Tun Siti duduk rilek2 main dgn cucu, pergi overseas santai2 makan angin, shopping sana-sini, main golf, pergi majlis2 keramaian VIP2, habiskan masa tua dengan tenang dengan tak payah nak pikir itu ini, ke sana ke mari bagi penerangan pada rakyat.

      Tun boleh dapat manafaat yg BESAR kalo pilih untuk BERDIAM DIRI. Dah tentu semua kemudahan dapat.......polis pengiring tak kena tarik, tak dilucutkan dari jawatan penasihat Petronas, khidmat orang gaji dan pembantu rumah pon tak ditarik, sentiasa dijemput ke majlis2 VVIP.........termasuklah majlis pertabalan.

      Satu perkara lagi yg utama......kalo Tun pilih untuk tidak bersuara tentu hingga sekarang Mukhriz masih MB Kedah dan Mokhzani pon masih lagi Pengerusi F1 Litar Sepang.

      Tapi kenapa Tun PILIH JALAN SUSAH.....padahal ada jalan senang.....tambah pulak Tun berdua dah tua sangat dah......bukannya muda lagi

      Tun M pilih untuk MENOLAK MENGIPAS, MEMBODEK, MENGAMPU dan MENGANGGUK. Tun pilih untuk menentang penyelewengan, samunan, salah guna kuasa dan penipuan.

      Tun terpaksa bayar harga yg MAHAL untuk SAMA-SAMA BERSUSAH dgn RAKYAT. Sehingga ke penghujung usia pon Tun masih nak BERSAMA RAKYAT dan pikir masalah rakyat.

      Ayoh.....kita bersatu buat pilihan bijak dan berani masa mengundi di PRU14 nanti.

      Jom kita KALIH !!!

      Delete
    8. I believe your intention to be hostile. You're just saying things as if you did not see the consequences of our "leader"'s actions that caused the fall of Malaysia. All of Tun M's hardwork of making Malaysia a great country are destroyed in the hands of today so called leaders. Corrupted,damaged,compromised yet, they think they would get away with all their doings. Can't you see?? Tun M loves this country and the people in it. He fought for Malay's future. He did what he did to make sure the Malaysia he once knew, did not become the Malaysia today. Yes, he is old. But he has the power. The voice that people like you would hear. There are lot of people suffering and want to voice out their need and that is where Tun M comes in. He represents these kind of people to help them end their rage and suffer. Because he has the Power. So if you're saying that todays Gov still okay, that means you're just another short-minded,selfish and ignorant people. You just didn't think these all through. You just know what you see infront of you and not what's coming ahead of you. You should be thankful that people like Tun M, who cares about all of the Malaysians welfare and being,is still alive and fought for the our rights eventhough you're against him. Allah is The Most Merciful,The Avenger and ALWAYS listen to the Doa's of those who were treated wrong.

      Delete
  2. Kepada anak2 muda ...jangan sia2kan harapan Tun.Sambutlah segala harapan ikhlas dari Tun ini dan jadikanlah ia sebagai azimat untuk meneruskan perjuangan dibumi bertuah imi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak muda tongah syok dibuai mimpi negara jadi kaya bersama dodak.

      Delete
  3. Dapat maklumat dalaman dari polis:

    "200,000 org rohingnya dlm proses/dh dpt IC biru & siap dh didaftarkan sebagai pengundi dlm database SPR"

    Bawah kementerian sapa la ya JPN ni ye..?

    Masuk dalam opis JPN nampak muka dia tsengeh ngalahkan org tua ganyut dapat bini umo 17 tahun rasa nak temuntah aku.

    ReplyDelete
  4. Kepada semua pengundi2 pada PRU 14 nanti saya berpesan kalau orang2 umno/BN bagi wang atau lain2 hadiah ambil ya jangan tak ambil tapi undilah BERSATU atau lain2 parti yang bergabong....ini jugalah pesanan Dato Shafie Apdal untuk parti WARISAN diSabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit haram nak ambil buat apa

      Delete
    2. Ambik kalau ada rasa takut pada UMNO yang suka mengugut dan menfitnah ..

      Delete
  5. Pak Lah terkenal PM yg paling berimej Islam. Beliau memilih utk berdiam diri mungkin kerana tidak mahu campur hal politik.

    Jika benar Malaysia sekarang sedang menuju kehancuran dan Pak Lah sebagai negarawan hanya berdiam diri, beliau boleh dianggap bersubahat dan menanggung balasan di akhirat kelak.

    Maa liki yau middiin.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lah bukan bersubahat. Beliau menjaga aib pemimpin negara. Ini pahala lagi besaq sama mcm PAS jaga aib PM.

      InsyaAllah semasa dihisab kelak, aib mereka juga akan ditutup Allah. Sbb tu dlm agensi gomen, sumer pekerja gomen pakat pakat tutup aib pemimpin UMNO merembat duit rakyat.

      Luhur sungguh budi mereka.

      Delete
    2. Antar skuad skodeng la... kot yea kantoi bersembang bellion2, mungkin nnti ade yg lompat bangunan... matlamat bersih mungkin tercapai... kurang sikit org2 pelik nie...

      Delete
    3. Pak Lah berdiam diri?

      Hanya yang benar-benar bersih sahaja berani menentang Najib. Kalau diri ada terpalit kotoran maka mereka akan memilih untuk berdiam diri, tidak mahu kisah diri pula yang dihebohkan.

      Cara Najib ialah 'ngko cerita pasal jahat aku, aku cita jahat ngko'.

      Bila dah tak ada cerita apa sangat dispinkan perkara2 yg bukan isu pun, punya desperate nak tunjuk orang lain pun jahat macam diri dia juga.

      KJ dulu pantun sikit2 juga pasla 1MDB ni, apabila kes curi duit 100j KBS dibongkar terus 'tow the line'.

      Setuju dgn salah seorang pembahas yang selalu sebut 'masa utk humban keluar semua sekali di GE14'.

      In shaa Allah. Aamiin..

      Delete
  6. Apa la nak jadi melayu umno skrg ni...kerana najib sorang abis porak poranda satu malaysia...walhal senang je nak setel. Apa salahnya siasat najib cara telus...non partisan...buat suruhanjaya diraja ke. Agaknya bugis sekor tu tergelak2 nengok kebodohan melayu umno tergedik2 sokong dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tidak disiasat. Kononnya nothing to hide..
      Yg dia tau sosmakan orang.
      Tulis surat sendiri katakan orang lain pula nak laga lagakan dia. Mcmlah rakyat msia ni bodoh sgt nak percaya cakap dia.
      Dah habis modal ker?
      Dia yg cari pasal dgn myammar gambar DYMM dipertuan agong pula yg kena gantung dgn selipar.
      Isu Rohingya pun dia nak buat modal politik untuk selamatkan diri dan kedudukan dia.
      Belum pernah aku tengok seorang pm yg cukup bangang sebelum ni

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. #saya = sayang
      #share = shape

      Delete
    4. Suruhanjaya DiRaja??? Kalau tabal Agong jadi kecut buah kerandut batal jemputan lagi cuba memalukan Tun Mahathir.....itu SURUHANJAYA SIAPA ek???

      Tak nampak siapa lebih berkuasa? Tapi, kuasa nih si Keparat-Lanun-Penyamun M01 menyangka boleh mengatasi kuasa yang Maha Esa dan segala macam sumpah seranah rakyat yang sedang membuak buak tersangat lah sakit hati akibat samunan, songlapan, penipuan, temberangan, kelentongan dan segala macam onar dorang tengah buat dan lalai selalai nya.....

      Pineapple face was humiliated so bad that M01 could be the only one that will beat him to the terrible endgame!

      Delete
  7. Inilah negarawan sejati!

    #Hidup Mahathir

    #Hidup Bersatu

    ReplyDelete
  8. Kita kerja seharian Demi membyar hutang yang dilakukan oleh najib Dan rosmah...kahkah...dimanakah maruah anda wahai rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  9. Bagus nya apa yg Tun M kata selalu nya terang dan jelas maksud nya.

    Sajak nya tidak langsung berupa "sajak kabur", atau "sajak kuning".

    Senang di faham dek hdirin di majlis itu. Perit telinga penyokong Najib. Yang penyokong tegar tuh, kot pecah membrane telinga nya, silap silap pekak sebelah di buat nya.

    Bukan mendoakan, ha nya menyatakan kemungkinan nya, akibat begitu tepat dan padat maksud Tun M membelasah Najib.

    ReplyDelete
  10. Mereka menjual negara
    Mereka menjual diri
    Mereka menjual maruah
    Mereka menjual agama

    Aku tidak dapat melakukan semua

    Dalam bait-bait tersebut Tun Mahathir mengatakan dia tak sempurna dan mengaku ada melakukan kesalahan. Kesalahan Tun Mahatir salah-satu dari keempat-empat kesalahan tersebut. Tapi Najib telah melakukan kesemua keempat-empat kesalahan tersebut

    ReplyDelete
  11. Bila Almarhum ustaz Fadzil Noor doakan Tun Mahathir di panjangkan umur dan di aminkan ramai-ramai supaya Tun Mahathir menyaksikan akibat kekejaman nya ketika itu, rupa-rupanya doa tersebut mempunyai hikmah dan kebaikan pada Tun Mahathir.

    Semoga segala dosa-dosa Tun Mahathir kepada kita di beri keampunan dan diampun oleh Allah yang Maha Pengampun. Supaya semua pekerjaan dan usaha lancar dan tidak ada halangan.

    Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coincidence kot doa tu.
      Maybe tanpa doa dari Fadzil Noor, Tuhan dah tentukan umur Dr Mahathir panjang.

      Delete
    2. Tak payah la orang PAS nak ambik kesempatan. Tanya diri sendiri dulu, pemimpin dan orang PAS paham ke isu 1mdb, isu "pelaburan" berbillion dari China, isu hutang negara, isu ECR dan syarikat yg bakal memajukannya (syarikat ini di blacklist oleh bank dunia), bandar malaysia...paham ke?

      Delete
    3. Orang PAS mana faham isu 1MDB? Tiket ke syurga
      ulamak mereka dah jamin...PAS mengamalkan Islam
      menurut kehendak parti mereka...Islam PAS!

      PAS berhasrat nak joint-venture dgn UMNO tapi
      malu2..ah!...terlanjur dah ke sini...nak tanya
      sikit dgn PAS...bila nak saman Sarawak Report
      yg menuduh PAS terima RM$90 juta????

      Delete
    4. PAS angkuh kerana mereka rasa lebih Islam dari semua.. mungkin juga angkuh kerana "dijamin" syurga.. Sesungguhnya Islam tidak menghalalkan cara demi matlamat.. Islam juga mengharamkan kita bersama-sama memudaratkan negara seterusnya memusnahkan masa depan anak cucu & cicit rakyat kita.. PRK Sg Besar & K Kangsar patut jadi pengajaran.. dengan keangkuhan, PAS takkan boleh menang & bentuk kerajaan.. hanya mampu "membantu" kerajaan BN untuk terus jadikan rakyat sengsara..

      Delete
    5. Pas lah sebenarnya anti lslam.

      Delete
    6. Yang ini saya banyak setuju dengan sdr 10:14.

      Kalau bab panjang umur ni saya percaya bahawa ia ada juga disumbangkan oleh doa rakyat2 kebanyakan yang ikhlas terhadap Tun M dan bukan drpd doa Almarhum Fadzil Noor yang berdoa secara perli.

      Apa pun kebanyakan yang menyindir Tun M sebagai tua, nyanyuk dsbgnya telah pun pergi dulu sebelum beliau.

      Wallahu a'lam

      Delete
  12. Anon 10.05..bencinya aku dah berapa lama dah dok buat keluar ayat yang sama.....konon2 aruah Fathil Noor tu berkat sangatlah doa dia tu!!....apa dia tu Tuhan?..Nabi?..janganlah kamu taksub sangat sehingga menjadikan kamu sesat.Semua manusia dimuka bumi ini adalah sama disisi ALLAH melainkan amalan seseorang,lalu siapakah kamu yang begitu berani mendauhului ALLAH??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa membawa kebaikan, tidak ada doa yang membawa keburukan walaupun yang di minta semasa berdoa adalah yang buruk.

      jika kita doa kan keburukan dan terjadi lah keburukan maka keburukan tersebut di sebabkan kelaku dan kedegilan orang yang di doakan. bukan kerana doa orang tersebut. doa seorang ibu ke atas anak yang derhaka adalah kerana dosa anak tersebut bukan kerana doa si ibu.

      banyakkan lah doa. kerana kaitan doa dengan kehidupan ini sangat rapat.

      doa fadzil noor bukan kita yang tentukan tempat nya di sisi Allah tetapi fadzil noor lah yang menlafazkan doa tersebut secara terbuka. kedudukan fadzil noor dan mahathir adalah kedua-duanya adalah pemimpin dan yang membezakannya ialah jawatan Mahathir sahaja.

      doa mendekatkan Allah pada hambaNya dan bukan hambaNya yang dekat pada Nya. setapak kaki melangkah pada Nya, Dia datang dengan berlari

      Nabi saw berdoa. sedangkan apa jua hajat dan keinginan Baginda akan di perkenankan oleh Allah dan di amin kan oleh Malaikat-Malaikat baik di langit atau di bumi. tetapi bapa saudaranya adalah seorang kafir malah diakhir zaman ulamak palsu lebih ramai. Umat Islam berpecah-belah. Nabi saw tetap berdoa. dan supaya di ikuti oleh umat nya.

      semua manusia sama disisi Allah kerana kejadian asal nya sama tetapi tidak sama pada kedudukan dan amanah yang di berikan semasa di dunia seseorang mungkin banyak amalan tetapi belum tentu mendapat syurga seseorang sedikit amalan nya tetapi diberi syurga jadi bukan nya banyak amalan yang menentukan siapa manusia itu di sisi Allah.

      doa adalah amalan seorang mukmin. doa adalah pengantungan seorang hamba kepada Penciptanya. doa ada lah untuk kita tahu siapa kita dengan isi doa kita.

      semuga doa supaya Mahathir di ampun kan oleh Allah dan juga di ampun kan oleh mereka yang marah pada nya supaya segala pekerjaan dan usaha Mahathir berjalan dengan lancar dan di permudahkan. TOLONG FAHAMKAN YANG INI , boleh ??

      Delete
  13. Si Tua dikatakan nyanyok
    Si Tua dicerca dihina bagai tiada nilai
    Si Tua dibilang sudah lupa

    Wahai KJ...
    Mana madah mu?
    Bukankah Kau graduan Oxford?
    Kalau madah melayu kau tak bisa
    Madah Omputuih pun boleh terima

    Si Tua sudah bermadah
    Si Tua tak mudah lupa

    Madah Si Tua menyayat hati
    Madah Si Tua menginsafkan jiwa
    Madah Si Tua membakar semangat
    Madah Si Tua dari sanubari penuh ikhlas

    Wahai KJ
    Jangan kau lupa
    Anak Si Tua mengatakan kau tak jujur
    Anak Si Tua tak lupa apa kau lakukan
    Bersaksi tiga katanya

    Dimana suara mu yang gegak gempita?



    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ PAU tahun lepas 2015 cakap lain PAU 2016 tahun ini cakap lain macam.....

      Hello, hello hello KJ..., you there...??!???

      Dari M01 hingga ke M40....kita salai dorang nih di GE14 cukup cukup....!

      Delete
  14. Tun dollah biaqkanlah...dia kekenyangan dengan dedak.Fahami sajak yang dinukilkan oleh Tun M tu,untuk membuang anak Tun Razak tu..dan kuncu2nya..Masihkah ada lg harapan M'sia diera Tun M..Kemanakah halatuju anak cucu cicit kita kalau najib masih lagi berkuasa..??Fikir2kanlah..sebelum nasi jadi bubuq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa nasi dah jadi buboq la ni. Nak kena pikiaq apa nak buat utk buangkan Najib di Pru14.

      Kalau tindakan mcm nih boleh banyak berlaku, peluang besaq dapat capai tujuan tuh -

      New opposition bloc in Selangor?
      Free Malaysia Today

      PETALING JAYA: Selangor PAS is holding a mega ceramah with PKR and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) to show its commitment to ensuring a straight fight with Barisan Nasional in the coming general election.

      Delete
  15. Hina menghina bukan sifat org beriman....pak lah dari dulu mmg gementar dgn Tun M. Tapi beliau masih mampu turun dari jawatan demi kerosakan yg di lakukan KJ. KJ adalah dalang yg menjahanamkan anak muda,kononnya beliau pemimpin masa depan. Benarkah? Jawaban nya TIDAK.
    Tun M berjuang demi cucu cicit kita di masa depan.....dari kemusnahan yg dibawa najib dan kabinet bingai nya,yg setia membuta tuli.
    Jgn dipikul biawak hidup,biawak mati pun belum tentu mau di pikul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana pula bila hadi mengkafir orang?
      Lahanat punya pas

      Delete
    2. Salah tetap salah. Satu perbuatan yg melampaui batas....@16.27

      Delete
  16. mana anak masROB? Eh eh Keris mangkokhayun tak buka gelanggang? Ohhhh....lagi tunggu nek tempekoyak hilang stone....???

    ReplyDelete
  17. Salam Tun sajak anda amat memilukan hati kpd pembaca yg insaf dan jujur demi agama bangsa dan negara khusus untuk cucu2 yg tidak berdosa yg akan menanggung segalanya tetapi kpd anjing2 binatang2 syitan2 yg kemaruk kuasa dan harta tidak akan berasa apa2 semoga Allah turunkan bala dan kemusnahan keatas mereka ini ammiinnn kami doakan Tun dirahmati Allah dan penuh dengan kesejahteraan

    ReplyDelete
  18. Kenapa masih nk kaitkan dgn PAS? Najib yg rosak kenapa nak heret PAS sokong perjuangan yg PAS dah lalui dihina DAP. PAS bersama melawan BN tp bukan dgn DAP yg anti islam. Bila bersama DAP bukan lagi hanya isu najib tapi isu perjuangan DAP akan kekal. DAP perjuangangkan dan merugikan umat Islam. Melainkan DAP sanggup gugurkan perlembagaan partinya yg perjuangkan prinsip sosiaist.

    ReplyDelete
  19. bagi si jahil itu - "hitam dan putih" adalah total tanpa pengisian selain darinya.

    Lalu dicerca, difitnah dan diadu domba mereka2 yg memilih selain dari "hitam atau putih" golongannya.

    Bagi sijahil tiada hikmah dan batas ilmu - hatta para Umara', para ulama, para ilmuan.

    Datangkan kepada si jahil itu hatta si kafir yg memusuhi Agama dan Bangsanya secara terang dan tersembunyi - maka ia akan dimulia dan diangkat sebagai "saudaranya" apabila sekata akan "hitam dan putih" nya.

    ReplyDelete
  20. Tun Mahathir melalui sajaknya penuh dengan rintihan, seruan dan dakwaan.

    Rintihannya pada "kesedaran" akan setiap manusia pasti akan menemui ajalnya, barangkali sempat meniti usia senja dan mengenang kembali suka duka didalam perjalanan hidup.

    Seruannya supaya anak muda "bersamanya" demi menyelamatkan negara dan generasi akan datang dengan "bersatu" dengannya.

    Dakwaannya terlalu berat dan kelihatan terlalu sempurna.

    Maha Suci Allahswt - hanya golongan yang berilmu, berakal dan beriman mampu "menilai" bagaimana sifat dan keadaan Tun Mahathir menerusi sajak yg dinukilkan.

    Bagiku - rintihannya, seruannya dan dakwaannya penuh bermuslihat.

    Rintihan Tun Mahathir adalah fitrah setiap manusia.

    Seruannya membuka aib tuan2 politik yang bersifat bagaikan kawanan binatang buas yg diletak didalam satu kurungan selagimana tiada terikat pada kuasa pemutus yg jelas lagi nyata.

    Dakwaannya terhadap si umara' tanpa bukti - lebih bersifat fitnah dan adu domba.

    Maafkan saya wahai Tun Mahathir - benarlah janji Allahswt tidak bercampur diantara yg Haq dan yg Bathil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah dan adu domba?

      Fitnah apanya. Ia adalah jenayah yang disorokkan dan dihalang dari dibawa ke tengah melalui salah guna kuasa.

      Berkata benar ke atas pemimpin yang zalim lagi khianat bukanlah adu domba sebaliknya adalah sebesar-besar jihad.

      Ini bukan kes khilaf di dalam isu2 agama di antara UMNO dan PAS di mana kegiatan PAS menentang UMNO di atas isu2 tersebut boleh diibaratkan sbg adu domba.

      Ini adalah kes di mana pemimpin tertinggi negara berlaku khianat dan rakyat bangkit menentangnya di belakang Tun M.

      Sdr Unknown sila minta JASA buat kursus baru yang relevan dengan isu Najib hari ini dan bukan isu agama UMNO-PAS.

      Delete
    2. sahabatku John Doe - disebalik dakwaan berkait 1MDB lagak dan gaya tuan2 politik kamu dan sekutunya di luar sana bagaikan "menggenggam" bukti yang kukuh lagi nyata.

      Kini menghampiri satu dekad, kemana segala bukti yang digenggam itu? sekiranya "menjemput" tidak diendah kemana hilangnya upaya untuk "mengheret" ?

      Mungkin golongan yg jahil dan taasub boleh terus ditunggang dan diperbodoh oleh tuan2 politiknya.

      Sekiranya terhalang keadilan di negara ini - aneh sekali sekutu pada tuan2 kalian diluar sana menjalankan proses "mengheret" dengan mendakwa si polan yg "bersubahat" dibawah akta yg sama sekali tidak akan dapat "mencuit" Najib.

      Proses pendakwaan si polan yg berlangsung di makamah Singapura - tidak langsung mampu "mengheret" hanya mampu "mengait" tanpa mampu "mencuit".

      Nauzubillah - belum pernah berlaku didalam peradaban manusia setelah sempurnanya sirah Nabi Muhammad saw

      pertuduhan yg khabarnya telah lengkap bersama pembuktian. menanti si tertuduh untuk menerima "jemputan", dan lebih memburukkan keadaan sekutu pada tuan2 politik bagaikan membersihkan rumput di sekeliling pokok yang akarnya kuat mencengkam bumi dengan harapan pokok itu akan tumbang menyembah tanah - satu perbuatan yg sia-sia.

      suka juga aku mengingatkan kamu wahai John Doe, berkata benar adalah sesuatu yang sangat sukar untuk kekal didalamnya -

      katakan padaku apakah tuan2 politik kamu tidak berlaku khianat? tidak terpalit rasuah? tidak mengumpul kekayaan yg luar biasa sifatnya? tiada kroni dan tiada nepotisme?

      Syariat mengajar untuk memilih pemimpin adalah dengan menilai secara zahir kebaikan yg pernah dan mampu diusahakan.

      bersyukurlah nescaya Allahswt akan mengurniakan kepimpinan yg lebih menurut pada syariat.

      Syaitan mengajar untuk memilih pemimpin adalah dengan mencari-cari keburukannya secara zahir - lalu kamu merasa benci dengan lisan disertai perilaku yg buruk dan berusaha menjatuhkannya.

      Inilah golongan yg dijanjikan Allahswt akan dihadirkan untuknya kepimpinan yg jauh lebih zalim dari kepimpinan yg sangat ia bencikan dan berusaha untuk menumbangkan.

      Untuk sekian kalinya aku meninggalkan pesan, lihatlah pada keadaan dan sifat tuan2 politik kalian.

      tahukah kamu terhalangnya tuan2 kamu itu dari terlantiknya kuasa pemutus dalam kalangan mereka adalah kerana sifatnya tuan2 kamu itu bagaikan binatang buas yg dikurung didalam satu kurungan yg sama

      (apakah akan jadi andainya singa,harimau,serigala,buaya diletakkan didalam satu kurungan yg sama ?)

      jangan katakan padaku binatang buas itu akan saling berbelas ehsan andai dicampak kepingan daging dihadapannya - tuan2 kamu juga tiada belas ehsan apabila dicampakkan dengan kuasa yg sedikit (kisah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kisah pertindihan kerusi adalah secebis dari banyaknya bukti nyata).

      jangan katakan padaku binatang buas itu akan terlantiknya salah satu darinya kuasa pemutus - tuan2 kamu juga tiada kuasa pemutus.

      Jangan katakan padaku kurungan itu akan lebih kukuh dan membawa manfaat kepada binatang2 kecil yg bernaung didalam kurungan yg sama - tuan2 kamu akan membina kurungan yg baru berulang-ulang sebaik sahaja kurungan yg sedia ada telah hancur luluh (Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan seterusnya)

      Allahuakbar - inilah sesungguhnya jihad yang paling utama untuk diselesaikan oleh tuan2 politik kalian - lantiklah ketua pemegang kuasa pemutus didalam Pakatan Harapan.

      besar harapanku dengan kehadiran Tun Mahathir agar dia mampu mengubah sifat dan keadaan tuan2 politik kamu kembali pada fitrah nya kejadian manusia - bukan lagi bersifat bagaikan binatang buas.

      Apakah aku mendatang fitnah kepada tuan2 kamu, wahai sahabatku John Doe ?? 😇😘



      Delete
  21. Penafian tanpa bukti juga tidak membawa kemana.
    Aku yang jahil ini lebih percaya kepada Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat apakah kamu sanggup "membela" dirimu dihadapan Allahswt kelak apabila ditanyakan berkait benar atau fitnah khabar 1MDB ?

      apakah kamu akan "membela" dirimu dengan berbekalkan khabar dari tuan2 politik pembangkang dan sekutunya dari luar negara ?

      atau kamu akan "membela" dirimu dengan hujah hasil siasatan dari SPRM, PAC dan PDRM (pihak yg diberi amanah dan kuasa sesuai dengan kehendak syariat Allahswt).

      Nasihatku jangan sampai kamu bersumpah turunnya laknat terhadap dirimu sendiri sebagai menunjukkan betapa "yakinnya" kamu pada khabar yg dibawa oleh politikus pembangkang dan sekutunya dari luar - ia adalah keyakinan bersulam taasub,tak akan tertanggung siksaNya.

      Delete
  22. Agak-agaknya apa hasil siasatan SPRM dan PAC?
    Kenapa dirahsiakan?

    ReplyDelete
  23. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete