Friday, 14 October 2016

ANTARA DUA INDIVIDU YANG DISEBUT NAJIB DAN DUA INDIVIDU LAIN DI SISI NAJIB


Bercakap dalam satu rakaman audio mengenai perpaduan, Najib Razak secara terbuka melahirkan kebimbangannya terhadap dua individu yang dianggapnya merupakan ancaman kepada negara.

Walaupun tidak menyebut nama, dua individu itu tidak lain ialah bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Meminjam kata-kata Abdul Rahman Dahlan, hanya orang bodoh saja yang tidak memahami siapa individu yang dimaksudkan Najib itu.

Kata Najib, fasa pertama kepada ancaman perpaduan itu timbul  pada 2008 melalui beberapa isu perkauman dan kes mencabar Perlembagaan, manakala fasa kedua apabila seorang pemimpin lama menubuhkan parti politik baru yang mengakibatkan kuasa politik Melayu berpecah kepada lima.

Tambahnya, ancaman fasa ketiga dijangka akan berlaku berikutan pemimpin fasa  pertama dan fasa kedua itu sudah berbaik-baik dan bersalaman sekarang ini.
Benarkah Anwar dan Tun Mahathir merosak perpaduan dan merupakan ancaman kepada negara?

Apa dan di mana rosaknya perpaduan yang diakibatkan oleh Anwar dan Tun Mahathir selama ini?

Tidakkah Anwar dengan perjuangannya dan Tun Mahathir juga dengan perjuangannya dan mereka berpadu tenaga sekarang ini adalah merupakan sebahagian usaha yang murni ke arah penyatuan rakyat dan seterusnya menyelamatkan negara?

Bukankah perpaduan yang longgar dan timbulnya pelbagai isu mengenai perpaduan selama ini lebih banyak berpunca  daripada kelemahan Najib sendiri dalam menangani pelbagai isu yang timbul?

Hakikatnya, perpaduan tidak ada masalah di negara ini. Sesama rakyat masih boleh hidup akan harmoni sama ada berjiran, makan semeja, bekerja sepejabat, saling menumpang kereta, berpakat dalam perniagaan dan sebagainya lagi.

Masalah kita bukan perpaduan. Masalah kita ialah kehidupan rakyat makin tertekan yang diakibatkan kelemahan pemimpin mengurus negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, sambil berlakunya aktiviti pencurian dan samunan di siang hari.

Jika mahu disebut mengenai kemelut dalam negara, selain kerana kelemahan Najib sendiri dalam memimpin negara, harus disedarinya juga bahawa ada dua individu lain yang lebih merosakkannya.

Pertama, Rosmah Mansor dan kedua, Jho Low.

Jika Rosmah tidak kalut dengan kemewahan dan pembaziran sehingga menjadi bualan hangat di dalam negara dan juga antarabangsa, malah berperanan sebagai isteri yang sebenar sebagaimana watak Tun Siti Hasmah atau Dr Wan Azizah ketika Tun Mahathir dan Anwar menggenggam kuasa, barangkali banyak kekalutan dalam negara ini dapat dielakkan.

Sejak 2009, isu campurtangan beliau, kemewahan, pembaziran dan perbelanjaan juta-juta yang dikaitkan dengan dirinya, terus menjadi  antara penyebab letihnya bibir rakyat mengomel dan berbicara.
Selepas PRU 2013 pula di mana timbulnya isu 1MDB dengan beban hutang tinggi tetapi ada poket yang tiba-tiba berisi, malah beberapa negara sudah mula mengambil tindakan, nama Jho Low tiba-tiba hangat membasahi gusi.

Malah untuk fasa-fasa seterusnya, selagi Najib memimpin negara ini, nama Jho Low akan terus menjadi buah mulut sesiapa dan di mana jua. Malah, Rosmah bukan saja akan kekal sebagai isterinya, tetapi juga dengan wataknya yang seperti selalu.

Dalam kepimpinannya dan apa yang berlaku kepada negara sekarang, mahu tidak mahu, Najib seharusnya lebih menginsafi mengenai kehadiran dua individu yang rapat dan selalu dikaitkan dengan dirinya itu.

Sejak 2008, baik Anwar mahupun Tun Mahathir, kedua-dua mereka tiada kuasa untuk berbuat sesuatu yang boleh merosakkan negara berbanding dua individu lain yang bukan saja selalu berada di sisi Najib, tetapi rapat dengan kuasanya sebagai seorang Perdana Menteri.

Malah, tanpa kuasa dengan seorang sekarang berada di penjara dan seorang lagi sudah 91 tahun usianya, merekalah kini sandaran dan harapan rakyat untuk menyelamatkan masa depan negara.

Kepada Rosmah dan Jho Low, apa yang boleh kita sandarkan pengharapan kepada mereka? (SH 14/10/2016).

50 comments:

  1. Apa yg nak risau.. Mana boleh depa dua buat apa2... Mahathir dan anwar..
    Kan sorang dalam penjara sorang lagi baling gelas pun tak pecah..
    Buatpa risau..
    Risau la pada tempat yg patut.. Doj dan finma..
    Risau la tentang apa yg Allah nak tanya nanti..
    Risau la tentang kebajikan rakyat..
    Risau la tentang integiriti..
    Risau la tentang keluarga..
    Risau la tentang masa depan negara bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mohon tambah....

      Risau lah tentang firman Allah - jangan kamu redhai penganiayaan, jangan kamu restui kezaliman.

      Risau lah tentang doa mudah makbul dari jutaan rakyat yang dianiayai, yang dizalimi.

      Delete
    2. Aamin ya rabal alamin...

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kebimbangan terhadap orang ketiga yang memacu ekonomi global negara dengan syarikat pelaburan negara sehingga menimbul perasan hasad dengki negara kafir.Amerika nak parang terbangkan bangsa melayu, tutup bank sana Sini, laporan media massa asing yang terang-terang boleh di saman pada hari selasa atau dalam tempoh sebulan, siasat sana sini.APA lagi yahudi mahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bukti negara kafir atau yahudi nak parang terbangkan melayu.. Tindakan doj kerana jho low dan anak tiri pm ada buat salah dinegara dorang.. Juga bnk ditutup kerana ada bukti yy munasabah.. Mereka tak dengki dgn malaysia.. Mereka mempertahankam undang2 negara mereka.. Biar pun mereka kafir tapi tindakan mereka sama dgn apa yg Al Quran ajar pada kita.. Kita patut malu pada diri sendiri kerana tak amalkan apa yg diajar tuhan.. Jgn salahkan org lain kalu kita yg masalah.. Perkara paling asas.. Mana saman najib pada wsj sbb najib kata wsj fitnah bekenaan 2.6bilion dlm acc.. Bila nak saman.. Islam ajar jgn mencuri.. Kalu najib tak mencuri buktikan pada semua dgn saman balik utk buktikan najib tak salah... Jawap ni wahai anon 9.19..

      Delete
    2. 09.19 buat sindiran laaaa

      Delete
    3. anon 9.32...dia tak reti jawab...reti makan dedak sahaja...taraf pun sama dengan si alumni jamban pak tongkol...apa yang penting...duit dedak masuk tiap2 bulan....menyalahi undang-undang atau tidak selaras dengan ajaran islam dan al-quran itu suku kira...yang penting masyuuukkkk....

      Delete
    4. Ye...la. Jgn emosi sangat le bro. Anon 09:19 tu menyindir tu. Fahamkan betul2 apa yg disampaikan tu.

      Jangan le hentam geng sendiri....haha

      Delete
    5. Kepada anon 919.. Mohon maaf
      Saya anon 932.. Ingat graduan newcatle tadi.. Gurau ja..

      Delete
    6. Geng, jangan hentam sedara sekapal bro. Bersatulah kita.

      Delete
  4. Bukan dari tahun 2009 Rosmah campur tangan dlm pemerintahan Najib tapi sejak Najib dilantik sbg Menteri Pertahanan. Berita ini disahkan oleh perisik tentera dalam pembelian jet Skyhawk di mana Rosmah mendapat komisyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sdr. mungkin pesawat yg d maksudkan ia lah mig29 atau sukhoi. kedua dua nya buatan russia.

      Delete
  5. Salam Jumaat bro. Ada pepatah English yg berbunyi begini: If u point 2 fingers at someone, 3 fingers r actually pointing at yourself.
    Kita d Sabah x ada masalah perpaduan.
    I m actually sitting at a Mamak shop depan Wisma Merdeka waiting for my 2 frens who hapoened tp b Chinese for tea.
    They even spent a nite at my countryside house last Raya.
    Najib undurlah. Terimala hakikat that u wete not born to b a leader.
    Sometime, the truth hurt.
    Tq.

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat bro. Ada pepatah English yg berbunyi begini: If u point 2 fingers at someone, 3 fingers r actually pointing at yourself.
    Kita d Sabah x ada masalah perpaduan.
    I m actually sitting at a Mamak shop depan Wisma Merdeka waiting for my 2 frens who hapoened tp b Chinese for tea.
    They even spent a nite at my countryside house last Raya.
    Najib undurlah. Terimala hakikat that u wete not born to b a leader.
    Sometime, the truth hurt.
    Tq.

    ReplyDelete
  7. Semenjak Peguam Negara Switzerland memulakan prosiding jenayah ke atas Falcon Private Bank yang menguruskan wang berbillion yang ada kaitan dengan 1MDB duabhari lalu, semalam Mohd Najib Abd Razak mendapat sawan.

    Beliau menuduh ketua pembangkang telah memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian khususnya antara Melayu pada tahun 2008. Dan tahun 2016 bekas Perdana Menteri pula mahu mengulanginya di fasa kedua.

    Sawan membuatkan mindanya gagal berfungsi. Di Semenanjung, sebelum adanya ketua pembangkang bernama Anwar Ibrahim Melayu sudah terpecah kepada tiga kumpulan; UMNO, PAS dan PKR. Kehebatan ketua pembangkang itulah yang menyatukan Melayu dan menjadikannya dua kumpulan; UMNO dan Pakatan Rakyat.

    Pesakit sawan ini yang sebenarnya memecahbelahkan Melayu bilamana agennya dalam PAS berjaya meruntuhkan PR pasca 2013. Runtuhnya PR memecahkan Melayu kepada empat kumpulan UMNO, PAS, PKR dan AMANAH, dan tahun ini menjadikannya lima dengan tertubuhnya BERSATU.

    Dr Mahathir Mohamad yang dituduhnya pengkhianat itu sedang berusaha menyambung legasi Anwar dengan menyatukan PAS, PKR, AMANAH dan BERSATU di bawah satu kumpulan; Pakatan Harapan. Halnya ini amat menganggu kestabilan aqalnya. Sekiranya PAS kembali ke pangkuan PH maka kaedah 1 lawan 1 pasti terealisasi dan UMNO pasti terkubur pasca PRU14.

    Kesatuan Melayu DILUAR UMNO akan membunuh peluang Najib dan sekutunya kekal di kerusi kuasa. Sebaik-baik strategi mengalih perhatian Melayu dan rakyat keseluruhan dari isu-isu besar yang membelit dirinya dan negara ialah mendendangkan semula syair perpecahan Melayu dan permusuhan kaum. Sedangkan negara menghadapi kemuncak perpecahan adalah di era pentadbirannya iaitu semenjak 2009 sehingga sekarang. Di era Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi tidak ada geng Baju Merah yang sewenangnya berlaku samseng tanpa dikenakan tindakan.

    Tuduhan terbaharunya ini hadir ketika rakyat menunggu keputusan semakan kes Fitnah 2 Anwar Ibrahim serta tekanan memuncak antarabangsa terhadapnya, mesyuarat Majlis Raja-Raja yang sedang berlangsung dan siasatan penguasa paling tidak tujuh negara terhadap penyelewengan dana rakyat yang melibatkannya.

    Rakyat tidak bodoh duhai Najib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan menyebut 2 orang sedang memecahbelahkan perpaduan. Isyarat supaya kes DSAI untuk semak semula keputusan Liwat II , tidak akan berjaya...

      Delete
    2. Nak tahu pasal apa tak berjaya sebabnya Najib takut sangat-sangat dengan 2 hero DSAI & TUN M jika berganding bahu.........!!

      Delete
    3. Sekarang ni bukan masalah perpecahan kaum, bukan masalah perpaduan kaum.

      Ini masalah PECAH AMANAH, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

      Sebelum menuding jari pada org lain, sila jawab dulu soalan......ke manakah perginya lesap duit rakyat yang berbilion2 tu????? Mana jawapannya??? Dah lama kita tunggu. Rakyat lebih BERMINAT nak tau jawapan utk soalan itu.

      Sebenarnya FOKUS rakyat ialah kepada wang yang lesap tu........dan tak lupa jugak GST, kos sara hidup melambung tinggi, pengangguran, ekonomi negara, nilai matawang dan khidmat2 lain utk rakyat. Ini semua yg menjadi FOKUS RAKYAT. These are the interest of our people.

      Delete
    4. 2 individu yang dimaksudkan adalah sepasang suami isteri, tinggal di Malaysia tetapi mirip pasangan Marcos dari Filpina. Pasangan berbibir pink.

      Delete
  8. Salam Sdra Shah

    Dalam keadaan tertekan atau kezaliman yang terlampau....RAKYAT akan BERSATU PADU untuk menghapuskan ancaman tersebut.

    Apakah keadaan negara dan rakyat terancam sekarang?...dan apa dia ancaman itu?

    Memang kita dalam keadaan amat terancam....dengan ekonomi yang merosot dan mengincup dan himpitan sara hidup ditambah pula gejala RASUAH yang berleluasa...segalanya berpunca dari kerajaan yang korup dan salah guna kuasa.

    Jadi...memang kita dalam keadaan yang terancam dan puncanya adalah Najib.

    Kalau dulu aku sebagai melayu, malu untuk mengutuk pemimpin UMNO depan kaum lain...kini tanpa segan silu aku mengutuk, memyumpah seranah pemimpin agung UMNO depan sesiapa je...tak kira cina, india, singh, dayak, iban, melanau dll....Dah tak de kemaluan lagi...sebab mereka semua sama memperkatakan dan meluahkan perasaan yang sama....DISGUSTED!...JELEK!...Di kedai kopi, kedai runcit, pasar ikan dan sayur...semua nampaknya menyatakan PERPADUAN YANG AMAT KENTAL sekali mengutuk dan menolak Najib.

    Tapi...dalam diam aku sebagai seorang melayu merasa amat malu sekali...Kemaluan yang amat besar....Mengapa ada pemimpin melayu yang memberi kemaluan sebegini kepada bangsa, agama dan negara?

    Terima kasih Najib kerana menyatu padukan Rakyat untuk menolak kamu yang RASUAH.

    Kepada Tun M dan rakan perjuangan...Kami rakyat tahu menilai mana satu daging baik dan mana satu bangkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya PENYATUAN Tun M dan DSAI amat DIGERUNI oleh umno. Itulah yg menjadi KERISAUAN mereka sekarang ni. Kalau tak......tak mungkin hal ni disebut2.

      Apa cakap yg keluar ikut mulut tu menggambarkan apa yg ADA DALAM FIKIRAN.

      BERSATULAH SEMUA PARA PEMBANGKANG demi rakyat dan negara !!!

      Delete
  9. Rakyat Diperbodoh14 October 2016 at 10:01

    Sebetulnya - ancaman kpd survival politik MO1 jer... tuh yg jadik tunjang kerisauan yg teramat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata ko bro !!!
      Aku sokong, memang itulah agenda utama yg dipikirkannya......politic survival sebab itu saja Talian Hayat yg dia ada untuk mengelak dari didakwa, dibicarakan, ditangkap dan dijatuh hukum.

      Delete
  10. najib sedang hidup dlm dunia fantasi.

    olih kerana d lindungi olih kaki ampu beliau tidak sadar bahawa ancaman yg paling besar kpd Negara ialah beliau n rosmah sendiri.

    sebahian besar warga tlh sependapat n dgn seni sedang bersatu melawan kemungkaran.

    wahai najib !!! undur lah. u r a failed leader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Rahman, kaki ampu tu pun bukannya ikhlas. Ikhlas sebab nak survivekan pangkat, wang dan harta dia org jer.

      Kalo nak tau kawan atau lawan.....tunggu masa dia jatuh. Masa tu nanti semua yg mengampu, tukang cebok, tukang gosok, tukang kipas tu akan jauhkan diri dan bye bye good night dia.

      Satu hari nanti Insya-Allah kita akan sama2 saksikan ia berlaku.

      Delete
  11. Ros jib terancam nyaws dan badan
    Nujum pak belalang

    Alhamdullilah...peneroka sudah faham ros jib seleweng rm3.8 billion

    Amin
    Keris pahang

    ReplyDelete
  12. rakaman apa pulak disangsikan tu, siapa plak hidup tertekan, saja mengarut, ngapa tak upload rakaman video atau suara tu supaya boleh di tonton di dgr kesahihan ceghita. pepehal pru14 la korang semua calit koteh bubuh ke dlm tabung jadi elok2 la pegi wat kojo msg2 jgn dok canang cegihta yg takda hujung pangkal. Mau jugak tonton video atau rakaman suara tu, jadi siapa2 ada link tolong attach di blog ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak eater.

      Delete
    2. Aku rasa anon 10:53 ni...

      Ku Nan kot. Lain mcm dia punya komen...haha

      Delete
    3. Rakaman audio itu boleh didengar melalui blog Najib sendiri, NajibRazak.com.

      Delete
    4. anon 10.53 ni sng cite bodo la kot...kte org kuat najib..xkn la xtau..cbe jd bijak..bnyk kan membaca..nk prove konon..

      Delete
    5. 10.53 tolong simpan sikit bodoh ko tu. Org komen ko pun sebok nak komen. Lain kali pegi buat homework dulu sebelom gatal nak komen. Kan dah kena sebijik, padan muka ko dah terkincit dalam seluar.

      Delete
  13. Whoever advised najib on the issue of a jailbird and ex premier being the cause of disunity in malaysia are low IQ political analysts and or half pastsix political science graduates.

    People already smell blood, i.e najib MAY USE NSC bill to get these 2 "troublemakers" arrested. The Bersih vs Red Shirt showdown was and is precursor to thr execution of the bill.

    DoJ, Finma, singapore actions couldfurther trigger this as najib has no credible defence.

    I am quite sure, it is going to happen very very soon.


    ReplyDelete
  14. DOA RAKYAT YNG TERINANYE MAKIN HARI MAKIN MAKBUR.Kini makin ternyata dan makin terselah.Tindakan dari luar negara sudah bermula.Kamu terasa kamu cukup berkuasa dalam negara ini tapi kamu lupa tindakan dari Allah lagi hebat dari kuasa kamu.Padankan muka Najib hhahahahahahha Kita percaya yang bersalah berkaitan dgn 1MDB ini serta seemua pendokong yang akan menerima BALA.HAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  15. Janganlah cuba nak pindahkan fokus rayat sebenarnya rakyat hidup menderita teraniaya akivat pemimpin yg rasuah hidup mewah anak beranak keroni dpt dedak menipu rakyat kalau penyangak ni semua tak ada varulah rakyat lega jadi wahai pemimpin penyangak penipu kaki rasuah sedarlah diri jangan nak tuduh anwar dan tun mereka ity wira rakyat dab DAP hancurkan bn umno itu solusinya

    ReplyDelete
  16. Antara persepsi dan realiti , pok jib telah memilih persepsi dia tidak terima realiti bahawa rakyat bersatu menolak MO1 & semoh.

    Bagaimana demokrasi pok jib menilai kebebasan menubuhkan parti baru ialah bila parti muncul ianya hendaklah parti yang akan menjadi komponen be end.Bila parti berpecah-pecah tapi niat untuk menjadi parti pembangkang ITU suatu malapetaka kepada parti pemerintah.Sejak 2009 parti yang muncul hanyalah parti pembangkang yg ditubuhkan bertujuan untuk menumbangkan parti umngok.

    Ada pun dalam banyak-banyak NGO hanya baju merah sahaja yang mempertahankan umngok, jadi tidak hairanlah NGO ini bertindak extreme.Tindakkan extreme yang lojik berdasarkan matematik sokongan kepada umngok.

    ReplyDelete
  17. Apakah maknanya bila negara luar dengan tidak diundang menjadi negara penunjuk ajar kepada negara kita.Negara luar telah mempamerkan mana yindakkan yang betul dan mana tindakkan yang salah.Sepatutnya dengan beragama Islam yang terbenar dengan bangsa yang tinggi budi perkerti didunia sepatutnya negara kita mampu menjadi negara yang membimbing kearah kebaikkan dan diikuti sebagai contoh oleh negara kafir/Islam.Janganlah negara ini menjadi negara yang tidak ketentuan dan menjadi negara yang sentiasa ditunjuk ajar oleh negara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MO1 boleh tunjuk ajar negara lain...mcm mana boleh dpt derma dgn mudah!

      MO1 jugak boleh tunjuk cara mcm mana nak kasi tutup bank asing di negara asing. Hebat tak MO1..??

      Kah kah kah

      Delete
  18. 12:21 bebenau la tuan hamba
    yg lain2 dah selalu sgt ngitu apit2 amoi upahan daPIG tu hingga lena dibuai mimpi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena apit dgn dedak lagi sedap bang...!!

      Abang dah makan taik?? Haha

      Delete
  19. Kami anak anak Melayu(yg umur 50th ke atas,yg muda biasanya hanya bekerja diluar negara) yg tinggal diluar negara ada ketika sedih melihat,membaca kemelut di Tanahair.Ada ketika juga kami berkata"pedilu apa asalkan kami hidup senang di negara org"TAPI kami tetap anak melayu yg sayangkan Ibu Pertiwi/Tanahair Kelahiran kami Malaysia.Kami melihat lebih nyata(ini saperti dlm satu rumah suami istri bergaduh salahkan satu sama lain)tapi tetangga tahu apa yg sebenarnya terjadi.Ibarat juga 2 kereta berlanggar,pemandu salahkan satu sama lain,'Man on the street'melihat siapa yg sebenarnya salah.Beberapa perusahaan(FDI) dunia hanya melalui saja Malaysia dan melabur di negara tertangga.Saya terlibat sedikit sebanyak sebagai Penasihat Pelaburan/Legal Adviser.Cuba juga arahkan ke Malaysia(cuba Patriotik),Tapi sebahagian pelabur kurang minat ketika ini,cuma kalau ada yg nak jual murah dan 'full control'mereka mahu.Kasihan Ibu Pertiwi,kasihan Rakyat.

    ReplyDelete
  20. Isu pecah amanah dilencongkan kepada isu perpecahan kaum umpama menyalahkan mana-mana negara kafir seperti negara Amerika dan negara yahudi tanpa sebab munasabah sedangkan kuasa dan pentadbiran dalam negara ditangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, tu namanya ALIH TIANG GOL.....

      Delete
  21. Fasa ketiga pok jib kak mah jo low riza melingkup..penyangak besar xboleh dibiarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin yarabbalalamin.
      Say NO to kleptocracy.

      Delete
  22. Terang lagi bersuluh. Jelas bahawa betina puaka MO1 inilah penentu arah tuju Malaysia sekarang ini. Bala yang melanda negara ketika ini puncanya adalah sipuaka ini sebenarnya dan MO1 diperguna setelah diperbodohkan sipuaka ini. Selagi puaka ini bersama MO1, Malaysia bakal hancur musnah.

    ReplyDelete
  23. Raja-raja dah x dapat apo lagi ko. Mana hala negara ku yg tercinta...

    ReplyDelete