Friday, 14 October 2016

LIHAT, DI MANA KUASA BERADA?


Dalam tulisan terbaru di blognya yang turut menyentuh berkaitan Proton, sasaran Tun Mahathir Mohamad ialah Najib Razak. Ia dapat difahami dengan jelas melalui antara perenggan berikut yang ditulisnya itu:-

"Orang-orang di Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.

"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import saja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati."

Sepatutnya orang yang paling wajib menjawab dan memberi respon ialah Najib sendiri. Benarkah beliau mahu menjual Proton, menghalang orang-orang di syarikat kereta nasional itu bercakap dengan Tun Mahathir serta menyekat kenalan beliau berurusniaga?

Kalau pun tidak Najib, pihak  kedua yang setidak-tidaknya harus tampil memberi reaksi ialah sama ada Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia atau Abdul Rahman Dahlan yang pernah menggelar dirinya sebagai Menteri Ekonomi.

Orang nombor tiga yang layak memberi respon ialah Setiausaha Akhbar Najib sendiri, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad. 

Bukankah beliau selama ini selalu mengeluarkan kenyataan akhbar?

Keempat, sudah tentu pihak pengurusan Proton sendiri. Mereka boleh mengesahkan sama ada dakwaan Tun Mahathir itu benar atau salah.
Tetapi, lihatlah siapa yang memberi respon?

Ia tidak lain ialah Rizal Mansor, pegawai khas kepada isteri Najib iaitu Rosmah Mansor.

Kenapa Rizal yang ke depan? Di mana pegawai-pegawai Najib?

Dalam reaksinya mengenai tulisan Tun Mahathir itu, Rizal berkata, Proton kini diuruskan secara profesional dengan memilih pembekal yang menawarkan harga paling kompetitif.

Proton tidak memilih pembekal hanya kerana mereka merupakan kenalan kepada bekas Perdana Menteri itu, tambahnya lagi.

Hal berkaitan Rosmah dia memberi respon, tentang Permata pun dia mengeluarkan kenyataan dan sekarang berkaitan Najib dan Proton yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir pun, dia juga yang memberi penjelasan.

Bukankah Rizal hanya menjaga hal-hal berkaitan Rosmah sahaja?

Lihat, apakah Rizal secara tidak langsung cuba memperlihatkan di mana kuasa sebenarnya berada? (SH 14/10/2016).

75 comments:

  1. Replies
    1. Nampaknya Putrajaya hanya hormat apa saja yang ada kaitan dengan rosmah..walaupun jawatan tersebut merapu. Bukan hormat pada jawatan sebenar. Pergi mana-mana kita cuma perlu sebut sama ada kita tukang bancuh air rosmah, tukang angkat beg rosmah atau apa saja asalkan berkaitan rosmah. Cuba lihat menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri..semua berebut hormat tunduk kepala, salam cium tangan rosmah setiap terserempak dgn surirumah tersebut. Ilmu apa dia pakai...

      Delete
    2. Lupa..mendiang lee kuan yew sanggup adakan pertemuan khas berasingan dengan First Lady of Malaysia pada 2009 sejurus najib jadi PM. Rosmah beritahu..kami tadbir malaysia sebagai satu pasukan..hehe

      Delete
    3. Tuan Shah
      Ni pentadbiran negara atau pentadbiran hutan rimba?? Habis semua cengkerik, mentadak mentadu, badak sumbu semua boleh jadi wakil bercakap bagi pihak yang maha suci lagi bersih.

      Dulu2 kita tak pernah tengok senario macam cacamarba ni. Dulu yang bercakap tu mesti wakil yang bertauliah dan yang bertanggungjawab dalam hal yg berkaitan. Yg tak ada kena-mengena diam bisu, tak campurtangan pun sebab memasing ada department, bahagian memasing.

      Sekarang ni khidmat samseng sepak terajang org pun diguna pakai jugak. Cover macam mana pun org tahu jugak. Bukan org tak der mata nak tengok dan tak der kepala nak pikir.

      Apa kena dgn negara kita ni, semua dah kena nasi kangkang ker atau dah kena hempap dgn badak???

      Bro Rakyat Diperbodoh, Tatang Ka, Mr Tajul.......
      Frenzz, aku nak tanya korang tak pening kepala, tak mabok ker dgn senario kartun disney sekarang ni??
      Bro sekelian ni pentadbiran hapa ni??

      Delete
    4. Rosmah tu perdana menteri Msia
      Rizal timbalan perdana menteri
      Najib tu menteri di jabatan perdana menteri saja..dalam erti kata lain perdana menteri yg tak berporfolio..kerjanya hanya sign buta

      Delete
    5. Helo ane itu kangkang nasi juga punya power ne.

      Delete
    6. Anon 20:14
      Menteri apa, tak berpotfolio? Betukah ejaan tu?

      Delete
    7. Maaflah bro kalau saya tersalah ejaan. Tolonglah perbetulkan.

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. Bro 1803. I really hv no idea what is going to happenn to our country but what I can only imagine is worst. That scared me. Never cross my mind that we will end up ' ORANG GOHEAD KITA GOSTAN'. We just hv to carry on supporting for reform. Just do not give up guys do not give up. Keep on hoping coz GE 14 may change our country destiny.
      Sama sama lah kita berdoa kepada Allah yang maha berkuasa. Amin

      Delete
    10. Tu la yg jd bila manusia bertuhankan duit. Apa nk cakap lg..

      Delete
  2. Siapa dia orang gila rizal ni??

    Apa jawatan dia di dalam kerajaan nak bagi komen pasal Proton?

    Rasanya Malaysia ni dah tak ada menteri yang layak nak komen.
    Menteri yang ada semua dah kenyang makan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 100%.
      dulu.. masa tun dan pm sebelumnya, tak adapun pegawai khas yg glamour mcm dia ni. sampaikan boleh komen tentang projek mega negara.
      tapi rakyat faham.. dia ni pun bercakap atas kapasiti rosmah yg berkuasa. menteri2 dah kenyang dedak, sedawa selalu.. tel*r masing2 pun dah kena pulas...

      Delete
    2. Tempat bagi orang gila kuasa(tapi tiada kuasa resmi), ada lah Hospital Tanjung Rambutan @Tampoi Johor. Puak puak ini akan kesana bila kuasa sudah tiada, wang pun sudah tiada. Jangan khianati orang islam, kamu juga org islam, kamu sudah maklum akibat akibatnya. Tapi hati kamu buta(semua pengkhianat) bangsa, kerana tamak harta dunia. Kamu boleh kaya tujuh keturunan? Tidak. Harta itu habis sebelum kamu mati dlm jail.

      Delete
    3. Betul.
      Dedak + Dedik + Dedok = Pigs@Babi.

      Delete
    4. Dulu zaman Tun M aku tak penah tengok pulak PA Tun Siti jadi jurucakap atau juruheboh satu2 benda yg tak berkait dgnnya.

      Makin pelik dan kelakar situation sekarang ni.

      Delete
    5. Umnopigs..@babi

      Delete
  3. proton ni Najib baru sat2 kono pump lagi 1.5 bil nak maintain supaya kekal berada dan mmg saban tahun kono pump, al maklum la Mahathir dah bersara jadi org diya kono di tunjukkan jalan keluwau, apo plak nak tutup, jadi mcm mana plak yg sodio ado tu nak teruskan kehidupan, akai ada ka, skrg ni sykt2 di bawah 1mdb ambil alih demi masa depan anak2 bangsa, yg kono ni di ateh ni kroni2 diya, tapi takpa depa suma dah kaya sakan, kan kan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg kata 1MDB utk pembangunan anak bangsa adalah org berotak bangkai dan buta perut..tidur saja kerja sampai tak tahu apa berlaku disekeliling kita.

      Delete
    2. Anon 16:28 Jangan lupakan penajaan haji oleh syarikat yang menguntungkan negara.Malah tabong haji beroleh untung dengan pembelian tanah wan emdibi.Janganlah berfikiran negatif sangat sebab rakyat menikmati harga barang turun harga disebabkan penguatkuasaan cukai gst.

      Delete
    3. Yaaa.....1MDB syarikat yang menjadi tunjang ekonomi utama Malaysia.....negara dapat untung beratus2 bilion. Untung dari 1MDB tu diguna untuk pembangunan kesejahteraan rakyat. Tu sebab negara luar semua jealous dgn Malaysia wooiii.........

      Delete
    4. Tahun ni tak hantar balaci pi haji dah sebab rakyat dah tahu duit haram

      Delete
  4. Itu je saki baki yang tinggal membantu untuk menjawab.

    Yang lain dah bersedia untuk pindah kapal baru.

    Yang lebih cantik untuk bercakap soal keselamatan dan perpafuan dalam negara adalah Zahid.

    Cuba tanya Ketua Polis Negara secara ikhlas di hatinya, siapa musuh utama dalam negara.

    ReplyDelete
  5. Itu je saki baki yang tinggal membantu untuk menjawab.

    Yang lain dah bersedia untuk pindah kapal baru.

    Yang lebih cantik untuk bercakap soal keselamatan dan perpafuan dalam negara adalah Zahid.

    Cuba tanya Ketua Polis Negara secara ikhlas di hatinya, siapa musuh utama dalam negara.

    ReplyDelete
  6. Kalau tanya KPN, dia pun tak boleh jawab...takut.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong jika semua legasi Tun Mahathir dihapus,tetapi dengan syarat semua sekali!!....namun nama MAHATHIR akan tetap terpahat dihati semua rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai segala perjuangan ikhlasnya sampai hari kiamat.Maka celakalah Najib untuk selama2nya !!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata orang celaka tapi yg sebenar nya kau manusia dan keluarga yang paling celaka..

      Delete
    2. Mohd Azam,
      Elok la dgn kau sekali pakat pakat celaka satu keluarga hi hi hi....melayu gersang hi hi.

      Delete
    3. PM tu apa....pki mak ke atau ape kejadah ajib rosmah ni.

      Delete
    4. Azam, lagi celaka orang yang melesapkan duit rakyat dan gagal bagi jawapan ke mana perginya wang berbilion tu.

      Wang yang diamanahkan rakyat diambil remeh dan gagal dikembalikan semula kepada rakyat.

      Delete
  8. i luv PM...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM tu ape ye....pki mak ke atau ape kejadah ajib rosmah ni.hihi hihi.

      Delete
    2. Teringat pulak placard masa kempen PRU13 dulu....I Love PM......sampai perasan kononnnnnnnn

      Delete
  9. This guy Rizaicle, is full of shit.. hanya pandai bodek dan bercakap mcm melancap..

    ReplyDelete
  10. Di barat , orang kaya2, pembesar2, golongan aristrokat....ada pegawai khas peribadi, jawatannya ialah butler...butler kerjanya pagi sampai malam jaga hal2 peribadi tuannya, seperti hidang makan, gosok baju, angkut beg, gilap kasut, arah orang cuci jamban dan kemas bilik 3 atau 4 kali sehari, dll. Konsep butler ni mungkin sama dengan konsep pegawai khas, sebab selalunya di malaysia kita selalu dengar jawatan setiausaha sulit, setiausaha politik, setiausaha kanan...tak pernah dengar jawatan pegawai khas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep "wakil bodoh" amat sesuai dipratikkan selaras dengan tadbiran kleptokrasi.mahu atau tidak, bodoh atau pintar, kerjanya hanya membodohkan diri demi dedak untukmenjawap segala kebodohan orang lain

      Delete
  11. Dulu rizal penah bg kenyataan, rosmah tak reti hal-hal internet/media sosial, hp pun cuma yg biasa2 saja tapi lps tu rosmah penah kantoi gambar ada 3 telefon mewah atas meja dlm 1 majlis. Bila dah kantoi, rizal jugak tukang cover. Suara rizal adalah suara rosmah. Takkan rizal pandai2 reka kenyataan bg rosmah..nak mati kena c4?

    ReplyDelete
  12. Ni no direct line rizal mansor 03-88888015. Haha..jangan tak tau, divisyen FLOM sebaris dengan pej. setiausaha politik pm, sebaris penasihat ekonomi pm, sebaris pengurusan sri perdana di bawah JPM. Patut la budget JPM cecah rm20 billion, pada masa yang sama peruntukan ipta dipotong. Kita tengok budget 2017 nanti..peruntukan ada kaitan dengan rosmah pasti meningkat.

    ReplyDelete
  13. Kaki bodek kaki sebok jaki dedak penyamun memamg ramai tak payah cakaplah rakyat jijik dengar alasan yg diberi cakap dgn penghuni tg rambutan lagi baik hebat hebat

    ReplyDelete
  14. Kaki bodek kaki sebok jaki dedak penyamun memamg ramai tak payah cakaplah rakyat jijik dengar alasan yg diberi cakap dgn penghuni tg rambutan lagi baik hebat hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kaki jilat puki...itulah kerja rizal

      Delete
  15. hmm, bawakan suatu khabar kepada manusia yang jahil,maka kamu akan dapati lisannya lebih lancar dari anak panah yang keluar dari busurnya.

    Si jahil itu lebih "mengetahui" berbanding mereka yang berilmu.

    Hehe, diwaktu si kafir baru mahu "berjalan", sekalian dari si jahil itu telahpun "berlari".

    hmm, teringat aku di waktu Sang Mantan Perdana Menteri yg begitu lama memegang kuasa (sesuai dengan sifat para ditaktor).

    PROTON menjadi antara "syurga" untuk si jahil menghamburkan kata-kata celaan dan fitnah. PROTON "dimatikan" secara perlahan-lahan, dengan adu domba dan fitnah yg diulang-ulang oleh manusia jahil seperti ini, (sedangkan PROTON pernah menjadi kenderaan import paling berjaya di Eropah pada tahun 1989).

    Kini, orang yang "melahirkan" memilih untuk "membunuh" PROTON, alangkah sedihnya.Hey, seperti biasa serahkan selebihnya untuk sijahil.

    Antara kata-kata hikmah dari Imam Syafi'e - Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku kalah pada 1 orang yang jahil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nakhoda! Setiap kejadian di dunia sebenarnya adalah ulang tayang semula kerana kerangka penceritaan itu telahpun disiapkan olehNya di Lauh Mahfuz lagi! Berbilang bangsa dijadikan olehNya adalah untuk menunjukkan kebesaranNya kepada makhluk maka wujudlah makhluk itu yang muslim, kafir dan sebagainya. Pun begitu jua penciptaanNya terdapat jualah muslim dan muslim yang beriman. Begitu jualah seadanya bagi golongan kafir, adalah jua di kalangan mereka itu yang baik baik belaka! Satu contoh kepada buat makluman nakhoda, datuk saudara junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. matinya bukan sebagai islam namun begitu banyak jualah yang dibantunya kepada Rasulullah! Apalah nak dibanggakan oleh kita hanya sebagai muslim, sedangkan perkara2 yang mungkar masih dilakukan! Muslim berimanlah yang sebenarnya dicari kerana mereka inilah yang sebenar2nya mengenal Allah, bukan sekadar mengenal pada nama Allah itu sendiri! Sekiranya setiap yang beragama islam itu benar2 kenal kepada penciptaNya, maka segala yang ditegah pasti dijauhinya! Janganlah kita semata2 menggunakan agama hanya sekadar untuk menjuarai apa yang kita fikirkan betul! Kelak sekalian rakyat malaysia dapat membezakan cerita si kafir yang membongkar masalah negara dari si muslim yang sekadar berpindah randah alasannya! Nasihat aku buat kau nakhoda, pergunakanlah akal fikiran yang dianugerah sang pencipta untuk dinukilkan berita yang benar seadanya! Apalah erti mengaku muslim sedangkan perbuatan melebihi si kafir sehingga rakyat dan negara yang menanggungnya!So sang nakhoda muslim itu sudah bagus tapi lebih molek lagi sekiranya muslim yang mengenal Allah, kelak tiadalah segala kemungkaran dan ditegah agama dilakukannya! Teringat sang guru di kampung dulu kala berkata....Awaluddin Makrifatullah...Awal2 beragama itu mengenal Allah! Janganlah sang nakhoda cuba memanipulasi lagi akan cerita dan fahaman sesat nakhoda kepada bangsamu sendiri! Sekian nakhoda.....saya pelajar lukusan 4 Thanawi saja!!!!

      Delete
    2. Salam 1 Nakhoda

      Tinggi sgt gaya penulisanmu saudara Anon 23:18. Tidak mampu anak tiri ku iaitu Mat Nakhoda utk memahami bait2 ayat saudara.

      Maklum saja lah, anak tiri ku ini mengeja perkataan "diktator" pun salah, ada hati mau bermadah helah.

      Kamu semua di dlm blog ini bentangkn 1001 bukti sekalipun, tetap anak tiri ku Mat Nakhoda selama2nya benak kerana dia merasakan berada di pihak yg benar.

      Yang benar,
      Bapak Tiri "Mat Nakhoda"



      p/s: maafkanlah segala khilaf anak tiri ku iaitu Mat Nakhoda kerana dia belum baligh sepenuhnya.

      Delete
    3. Menyanyilah wahai Dubok@Nakhoda
      1732. Habis nyanyi nanti saya suapkan bangkai ok. Bro bro semua jangan peduli dia.

      Delete
    4. Mcmana nk suapkn bangkai kat dia

      Sbb Nakhoda sewel ni memang bangkai pun

      *p/s: jgn2 dia ni la Rizal mansor tu kot? Huhu..

      Delete
  16. Hai syaitan bertopengkan manusia, Allah memberi sifat sempurna bagi melakukan kebaikan dimuka bumi tapi kamu telah menzalimi diri kamu sendiri dengan menjadi penagak kezaliman. Tolong hujah ini, Kemana perginya wang sebanyak lebih 50 billion dengan detail pls. Ini diperakui oleh auditor general dan pac. Biarlah aku menjadi orang jahil itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, sahabat bukankah kamu lebih mempercayai khabar dari lidah si kafir, kenapa berteriak lalu kemudian kamu katakan SPRM dan PAC bersubahat melindungi Najib dan kroninya ?

      ikut sahaja kepada apa yang kamu mahu percaya - tetapi jaga lisan dan kelakuan.

      Aku hanya mengikut kepada apa yang zahir - PAC dan SPRM telah melakukan siasatan dan keputusan tiada bukti yang kukuh untuk mensabitkan Najib merompak berbillion ringgit melalui 1MDB.

      Dan ketahuilah olehmu - memalsukan sebuah siasatan yang melibatkan banyak pihak, bukan semudah kamu menulis karangan di dalam peperiksaan.

      Erm, bukankah si kafir itu telah pun sedikit demi sedikit semakin hampir untuk "membuktikan" bahawa Najib merompak 1MDB melalui proses perundangan.

      Maka aku lebih suka untuk menunggu di akhir proses yg dijalankan -

      Aku bukanlah golongan yang akan "menari" sebelum muzik dimainkan.

      Delete
    2. Anon 18:28

      Straightforward please. Geli tekak pembaca. Tak perlulah berbunyi seperti Mat Maslan ataupon Salleh Keruak ataupon Lebai Segera PAS yang berbunga-bunga, berbelit-belit dan berputar-putar untuk mengenengahkan point ketika mereka langsung tidak mempunyai point. Let me repeat myself, straightforward or do nothing!

      Delete
    3. Dia tu betina bukan jantan macam yg kita sangkakan. Kalo org jantan tak der mana nak berbahasa berbunga-bunga.

      Org jantan tak kuasa nak cakap berlagu2 bro. Memang tak der masa. Tu minah hikayat jer tu. Minah nakhoda hikayat seribu satu mlm.

      Delete
    4. Aku kenal anak tiri ku. Dia memang seorang lelaki. Cuma bukan lelaki tulen.

      Delete
    5. Wow Dubok@1828 pun boleh menari kah. Menari lah lepas tu saya suapkan bangkai ok.

      Delete
    6. Sebab tu aku panggil dia nakhoda sewel

      Fakta jelas pun dia nak spin

      Sikit hari nanti ayat Quran pun dia akan spin

      Asalkan dapat DEDAK..

      Delete
  17. yg marahkan Najib otak tiada oick-up mendantar ja pemikirannya, tu pasal mudah kena jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi confirm tak boleh lawan dgn otak dedak engko, duit rakyat lesap pun engko tak nampak.

      Delete
  18. Tak patut nak marahkan Rizal,mungkin dia dapat arahan untuk berkatax.Pernahkah tuan dan puan sisat siapakah PM Malaysia abad ini.Segala kerosakan yang berlaku adalah atas kehendak PM?,tetapi siapakah dia.DSN saya fikir bukan orangnya dia hanya jaga sebab itu dia tak dapat menerangkan apa yang berlaku dalam Malaysia buat masa kini.Mari kita cari PM Malaysia sekarang ini.Mungkin menteri yang nak roboh KLCC PM?.Fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  19. Quote:
    So it looks like Mahathir has lost every move. The 29th July 2015 coup failed. The October 2015 vote of no confidence in Parliament failed. The December 2015 vote of no confidence in the Umno general assembly failed. Then there was the failed press conference in July 2016. Nothing seems to have worked. Everything fell flat.

    And

    The message that His Majesty the Yang di-Pertuan Agong gave Mahathir on September 15th should have been strong enough for Mahathir. But he refused to listen and persisted. Not enough he wanted the Agong to intervene, when the Agong would not, he wanted all the Rulers to also intervene. And Mahathir got slapped with an 8:1 verdict against him. That is worse than what happened on 15th September 2016

    Because of ur all here ... Mahathir sanggup apa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir has gone through worst than this before. This is nothing compared to the challenges during his 22 years of service.

      Mahathir will stand and fight with us till his last breath. Mahathir is the true warrior of rakyat.

      Mahathir is not a prophet nor he is an angel. One day, his time will come just like those before him.....but his SPIRIT will STAY with all of us.

      Allah selamatkan negara dan rakyat Malaysia dari penipuan dan penyelewengan.....ameen ya rab.

      Delete
    2. Anon 18:48

      Yes he is willing to do anything.

      Once upon the time me and many other used to go against him. We despised his intolerances so badly we went to streets and courts to bring him down. Despite all the efforts we weren't successful, but good thing we managed to shorten his tenure in office. Just because what he was.

      But at this point of time, the very same person has changed. He has become the person we beg for, the one that fight injustices, mend shortfalls, say sorry on weaknesses and seek forgiveness on wrongdoings. The brand new him secures our interest amusingly.

      It's not who he is/was but what he is. At very little time left he chose to be a servant to the rakyat. At no time left we consolidate our support for him as long he fights for the rakyat.

      His willingness to do anything scares your master terribly, isn't he?

      It's a simple life plan. When bad people gone bad, good people shall emerge and fight. Winning or losing the battle is secondary.

      Delete
    3. E AH, I'm Anon 19.07.
      Well said n thank u for your support Sir...!!

      Delete
    4. Mahathir may have lost a few battles but, in the last analysis, he'd win the war -as he had always done. And that is the most important thing.

      Delete
    5. Bro dont waste our breath with this Hyena 1848. I can smell from far coz he stink to heaven.

      Delete
    6. It's not a hyena. It's just a maggot.

      Probably a copy - paste from RPK.

      Delete
  20. Isu pecah amanah dilencongkan kepada isu perpecahan kaum umpama menyalahkan mana-mana negara kafir seperti negara Amerika dan negara yahudi tanpa sebab munasabah sedangkan kuasa dan pentadbiran dalam negara ditangan sendiri.Setelah berdekad menikmati kemerdekaan mungkin kita masih dijajah oleh penjajah dan bolehlah menyalahkan negara-negara kafir,komunis,syiah,is dan komunis.

    ReplyDelete
  21. najib sejak awal lagi memang ada TB. Bukan Batuk kering tetapi penyakit TAKUT BINI. PM yang ada TB akan membawa negara ke arah kecelaruan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, takut ye terkena TB ni....kalo TB yg biasa tu boleh gak hospital rawat....tapi TB yg ni tak der vaksin.....merana hidup sampai mati.

      Delete
  22. Kita tidak perlu penjelasan selain tuan empunya badan seperti yang dikatakan oleh TDM kerana rakyat marhaen sekarang sedang menikmati keuntungan apabila membeli barang dengan harga yang jauh lebih murah disebabkan perlaksanaan gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang lebih murah lepas GST?

      Kalau nak berbohong, bohonglah orang yg lebih bodoh dari kau sendiri.

      Tapi dalam ni yg bodoh cuma kau, waghih tak benegeri, nakhoda sewel dan graduan perasan je.

      Atau kau nak org bagi gelaran baru kat kau?

      Delete
  23. Terang lagi bersuluh. Jelas bahawa betina puaka MO1 inilah penentu arah tuju Malaysia sekarang ini. Bala yang melanda negara ketika ini puncanya adalah sipuaka ini sebenarnya dan MO1 diperguna setelah diperbodohkan sipuaka ini. Selagi puaka ini bersama MO1, Malaysia bakal hancur musnah.

    ReplyDelete
  24. Nampak sgt kepimpinan negara ni cacamarba..soalan org lain, org lain jawab, kenkadang yg lawak tu, jawapan soalan takdak kena mengena dengan soalan...adakah ini hasil dari konsep pemikiran aras tinggi yg diterapkan di sekolah untuk melahirkan org spt ahmad maslan, newcastle serta yg sewaktu dengannya..pointer tinggi bila cakap aja no point..

    ReplyDelete
  25. Good try but no buy, I put to you again, where is the money, that we malaysian including Muslim malays is digging our pocket to pay the interest closed to 3 billion per year. By the way did I mentioned najib's name anywhere. Why are jumping to the conclusion. As our friend just said straight answer pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 0741 do not expect a straight answer from Hyena of Serengeti. He himself is not straight with longer legs at the front n shorter at the back. Any bangkai that goes to his brain (if he has one) will come out bangkai. Hollow skull will not process anything.

      Delete
    2. Maybe a dung beetle suits that guy better instead of hyena

      Delete