Thursday, 13 October 2016

EZAM AKHIRNYA MASUK PPBM


Bekas Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan, Ezam Mohd Nor akhirnya memilih PPBM sebagai wadah baru untuk perjuangan politiknya.

Beliau menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM itu selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan yang baru dilantik, Kamaruddin Md Nor, semalam.

Dengan penyertaan Ezam menyertai PPBM ini, berakhirlah teka-teki mengenai hala tuju beliau yang sebelum ini keluar UMNO kerana kecewa dengan amalan rasuah yang terus berleluasa di bawah kepimpinan Najib Razak, selain tidak setujunya terhadap penggunaan OSA kepada Laporan Audit 1MDB.

Selain pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan sebelum menyertai PKR dan berjawatan Ketua Angkatan Muda, jawatan terakhirnya dalam UMNO sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini ialah sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor. (SH 13/10/2016).
Ezam menyerahkan borang keahlian menyertai PPBM kepada Muhyiddin Yassin.

Ezam bersama Muhyiddin, Kamaruddin Md Nor dan Zahid Md Arip.

Laporan blog ini pada 3 Oktober lalu yang melaporkan mengenai hala tuju Ezam.

44 comments:

  1. Harap ppbm berhati hati bila saudara ezam ni dlm parti. Ada kekadang ezam ni mcm lalang. Walaubagaimanapun diharap beliau masuk dgn hati yg bersih dan menyumbang bakti dgn ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X mustahil akan ada kes diliwat Muhyiddin dan Tun M.

      Mamat ni mmg masuk jadi spy saja.

      Delete
    2. SECARA terbuka dan berkali-kali PAN menyatakan kesediaannya untuk bersama PAS dalam pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU 14 ini. Bahkan dari mula gabungan ganti Pakatan Rakyat mengajak PAS bersama yang di dalamnya ada PAN.



      PAS pula bersumpah tidak sama sekali sudi bermuafakat yang di dalamnya ada PAN. Sekarang datang pula Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yassin mengajak PAS bersama dengannya bekerjasama dalam gabungan pembangkang yang lebih besar yang di dalamnya dan PAN dan satu lagi parti yang sebut namanya pun PAS naik loya.

      Muhyidin sudah jumpa DS Anwar Ibrahim sekejap, sedia menawar diri menjadi jambatan supaya boleh dilalui PAS untuk bersama pembangkang.

      Setakat ini reaksi PAS terhadap semua pelawaan mengikut loghat orang Kedah, tak bulo’. Tak bulo’ itu ialah tak lapar.

      Maka semuanya tidak faham mengapa PAS fobia sangat tak mahu bersentuhan sangat dengan PAN. Macam bersentuh kulit laki-laki dan perempuan, batak wuduk?

      Orang dalam PKR dan sekalian NGO pro-Pakatan sudah lama tidak faham dengan PAS. Dan sekarang Dr. Mahathir yang pakar dalam sepak terajang politik pun mungkin terasa tidak faham juga dengan sikap PAS itu.

      Memang semua payah memahamai PAS. Dulu orang tidak menyangka PAS boleh sekelambu dengan DAP. Tetapi ia pernah tidur sebantal dengan DAP. Mungkin sekarang PAS lebih senang sekelambu semua dengan DAP daripada duduk semeja dengan PAN.

      Hingga Umno pun macam gila dulu. PAS sedia kerjasama dengan DAP tapi dengan Umno yang sama-sama Islam, PAS tak bulo’.

      Penerimaan PAS terhadap PAN sekarang samalah dengan sikapnya terhadap Umno selama-lamanya.

      Bawa pakar jiwa dari Amerika dan Israel pun payah hendak memahami sikap PAS itu. Tetapi sikap PAS terhadap PAN itu tidaklah susah sangat untuk difahami. Jawapan amat senang, tak perlu menggunakan pakar sakit jiwa dari mana-mana.

      Ia boleh dihuraikan dengan satu kaedah. Iaitu kira-kira sama saja kerjasama Umno dengan Bersatu yang baru ditubuhkan oleh Mahathir-Muhyidin sekarang. Kiranya Umno terima Bersatu masuk BN seperti ia pernah terima PAS satu masa dulu, maka lepas itu mudah bagi semua memahami sikap PAS.

      Jika Umno boleh terima Bersatu dan Bersatu pula boleh sepakat dengan Umno dengan Najib masih ketuanya, maka mungkin PAS dapat memikir semula untuk berkongsi politik dengan apa jua cara yang di dalamnya ada PAN.

      Kemungkinan itu kita boleh fikir setelah terlebih dulu Umno dapat menerima Bersatu bergabung dengannya bagi menghadapi pembangkang dalam PRU 14 nanti.

      Kalau Umno tidak boleh pandang Anwar dengan sebelah mata, dan jika Umno ada tujuh mata, tak sebiji mata pun boleh melihat Mahathir daan Muhyidin, maka begitulah PAS pandang ke lain apabila ada PAN dan tak sedia dengar nama PAN sekalipun mendengar nama itu tidak dikenakan duit.

      Biar Umno terima Muhyidin balik jadi Timbalan Presiden dan Muhyidin pun setuju balik jadi Timbalan Presiden Umno atau Umno bergabung dengan Bersatu dalam BN, maka lepas itu kita bincang semula mungkin atau tidak mungkin PAN bersekutu dengan PAS.

      Jika kita tidak boleh fikirkan Umno dan Bersatu boleh bergabung, maka kita jangan sakit kepala atas isu kebersamaan PAS dengan pemberontak Islam progresif itu. Tak mustahil! Tak mustahil! –

      Delete
    3. Assalamualaikum,, Bukan main rancak lagi usaha parti parti pembangkang yang ada untuk mengajak PAS bersatu dengan mereka.Kali ini kelibat Mahathir dan Muhyidin dipergunakan sepenuhnya untuk menarik PAS kepada pakatan pembangkang malah Muhyidin sudah mengaku bahawa dia adalah orang tengah untuk menemukan semula PAS dengan bekas rakan dan bekas ahlinya, konfiden benar Muhyidin ketika mendakwa dialah orang tengah tetapi Muhyidin semacam tidak sedar bahawa usaha mengajak PAS ke pembangkang hanyalah untuk membentuk pakatan bagi mencabar BN khususnya Umno,
      tidak lain dari itu dan kalau Pakatan pembangkang menang, apakah corak kerajaan yang akan dibentuk tidak diperjelaskan dan apakah untungnya kepada PAS juga tidak dinyatakan sedangkan TGHH awal awal lagi menegaskan sebarang kerjasama yang nak dibuat dengan PAS mesti meletakkan Islam sebagai agenda utama.Jadi apakah agenda utama pakatan pembangkang adalah Islam? Muhyidin dan Mahathir tak pernah sentuh pasal Islam, jadi bagaimana?

      Umum tahu bekas rakan PAS dalam PR tidak mahu Islam dan bekas ahli PAS yang bersama Amanah juga tidak mahu Islam tetapi cuma mahu kemenangan dalam pilihanraya dan menjadi menteri sehingga mereka sanggup berbohong dengan agama sendiri semata mata mahu mencapai kemenangan bersama sekutu mereka DAP.
      Agenda DAP adalah liberal dan Amanah menyokongnya, kalau mereka menang samada bersama PAS atau tidak, agenda mereka tetap liberal di mana Islam juga akan diliberalkan.Tak percaya ada sumber sumber dari Amanah yang pernah mendakwa mereka mahu melonggarkan Islam bukan mengetatkan seperti PAS buat, longgar di sini bermaksud liberal.Oleh itu Muhyidin yang jadi orang tengah antara PAS dan mereka ini perlu jelas tentang agenda masing masing sebelum beriya iya mahu meyatukan mereka.begitu juga Mahathir yang positif dengan pakatan pembangkang perlu juga memperinckan tentang agenda Islamnya sebelum mahu melihat pakatan pembangkang bersama PAS terbentuk.
      Setakat ini tiada satupun pasal Islam disebut oleh kedua duanya jadi tak salah kalau kita mengandaikan PAS akan beralih kepada alternatif lain yang mungkin akan membawa terbentuknya MOU bersama Umno, terlebih lagi Umno juga amat terdesak untuk pertolongan dan sekarang ini membuka ruang yang kecil kepada Islam berbeza dengan parti parti pembangkang yang langsung tak berminat untuk Islam.
      Apatah lagi semua tahu Muhyidin dan Mahathir mahu menjatuhkan Najib melebihi dari segala galanya dan mungkin usaha mereka memujuk PAS hanyalah untuk membantu mereka menjatuhkan Najib sahaja.Sesudah Najib jatuh, apa rancangan masa depan mereka? hanya ALLAh yang tahu!

      Delete
    4. Asslamualaikum,
      Ada orang kata Islam bukan milik PAS sahaja, benar Islam bukan milik PAS tetapi milik semua penganutnya. PAS hanyalah sebuah jemaah yang cuba mengikuti semua perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.
      Itu aje, tak lebih dan tak kurang, jadi kepada sesiapa yang mengaku Islam mestilah juga perintah ALLAH dan meninggalkan seluruh larangannya, bukan ambil peraturan Islam separuh separuh.Islam bukan sahaja diikuti untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yassin untuk bantuan ALLAH terhadap musibah yang menimpa dan Islam bukan hanya qazaf yan ditekankan kerana kezaliman yang menimpa diri tetapi Islam mesti mencakupi hukum hukum yang lain seperti Hudud, Qisas dan Taazir, kesemuamya dan kepada sesiapa yang menentang hukum hukum ini adalah menentang ALLAH bukan PAS.Ingat tu........

      PAS sebagai jemaah Islamiah bukan memiliki Islam secara ekslusif, kerana wasih ramai yang tak mahu joint PAS, masih ramai yang percaya PAS bukan jemaah Islam, sebaliknya menyertai banyak menyertai pertubuhan pertubuhan lain yang langsung tidak meletakkan Islam sebagai panduannya tetapi akan kembali kepada Islam untuk solat hajat, bacaan yassin serta memilih hukum hukum Islam yang tertentu sebagai jaan untuk membela diri.
      Inikah dikatakan Islam yang bukan milik PAS sahaja? Begitu jugalah sejak dijajah dan dimerdekakan oleh penjajah, Islam sudah dikerat kerat pengamalannya dalam negara, mujur ada PAS yang sejak awal penubuhannya telah berkembang memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada untuk menuju jalan ALLAH sepehunya, bukan ambil separuh dan tolak separuh yang lain.Hari ini sama ada nak mengaku atau tidak, PASlah satu satu jemaah Islam yang memenuhi kesemua ciri ciri jemaah Islam dan tidak ada satupun jemaah Islam yang ada termasuk Tabligh dan lain lain jemaah yang tidak lengkap pergerakan Islamnya.
      begitu juga Umno, PKR dan lain lain parti politik milik orang Islam juga tidak mempunyai ciri ciri jemaah Islam seperti PAS.Malah dalam kesemua parti politik orang Islam, mereka lebih memberi laluan kepada pergerakan liberal dalam organisasinya di mana tak wajar dan tak salah kalau kata muka mereka menunjukkan muka tak malu kalau mendakwa Islam bukan milik PAS sahaja.
      Berfaktalah dalam berhujah!

      Delete
  2. ini kutu cari makan.Jadi semua akan faham PPBN.orang orang tak ada prinsip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang tak dapat bagi jawapan ke mana hilangnya duit rakyat yang berbilion-bilion tu yang sebenarnya TAK ADA PRINSIP.

      Delete
    2. Dia memang tak cukup makan dari Umno,bini dua,balaci pun ada mankuk JMM yg selalu tibai Mahathir tu ikut telunjuk dia lah.Sekarang dia menepel di parti Mahathir pulak,tak cukup makan nati Muhyiddin pulak yg dia tibai.Jaga-jaga.Nanti ,ingat nak menang akihirnya tumbang.Umno ketawa yg besar .

      Delete
  3. Hancurlah PPBM! Jika cacing kerawit seperti Ezam boleh di terima sebagai ahli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPBM kena hati-hati dgn Ezam ni.
      Kalau dia ikhlas tak apalah....Alhamdulillah.
      Takut serampang 2 mata je.

      Delete
    2. Najib Telo Lembik13 October 2016 at 16:35

      Jgn beri dia jawatan penting2 , lantik dia jadi ketua print baju dan banner untuk PPBM ok laa tu dan juga tukang beli makan tengahhari untuk bebudak pasang banner tuh nanti.

      Delete
    3. Suruh jadi runner lg ok la. Claim petrol aje. Kalo print baju pun blh untung besar. Takut ada penyelewengan pulak. Bukan apa, cuma berhati2

      Delete
  4. Diya sorang ja tanpa org bawah kalu ppbm 300 ribu tambah diya baru 300,001 org ja. apa ada kesah. melainkan 300 ribu jadi 350 ribu ok jugak ... berbaloi jugak buat ppbm ... soklannya adakah sudah 300 ribu skrg ni ... tu yg muskil dijawab. serupa juga pkr dan pan brp kerat ja askar, yg al maklum mau power dan buat duit hanya koperal, sarjan, leftenan & major ... mana boleh gerak bro (askar kena ramai). Dap (tak ramai ahli cuma byk Cina sukarela sokong dan undi), pas kekal di kelantan & bn masih berkuasa dulu kini dan selamanya sampai kiamat, Mudah2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ko susah hati pasal PPBM? Kalau ko dah yakin sangat BN berkuasa, apa yg ko nak sibuk susahkan diri kira berapa orang masuk PPBM? Susah hati ke??

      Kalau dah yakin sangat buat apa heboh menyalak? Mak ko suruh ko menyalak kat sini ke??
      Hakkkktuiiii !!!!


      Delete
    2. takpa bro...PKR pun ada 30 (tiga puluh) orang saja ahli tapi PRU 13 dapat gak 30 kerusi. Mana datang berjuta undi untuk PKR tu?

      jumlah ahli bukan tak penting tapi jumlah undi lagi lebih penting.

      Delete
    3. Dulu bley nampak,ramai pi ikut bersih,skrg org da meluat..pegang slangor,penang masalah tak sudah2..mengata org saja lebey,tp bila sendiri pegang gomen jalan lg byk lubang,air asik putus,cukai asik naik..dulu atas pagar yg bg undi protes pd pkr..skrg ni cina pun lom tau akan undi dap lg atau tak,tu pasal pkr tak brani bikin adakan pilihanraya negeri..takkan tu pun tak nampak,syok sendiri je la korang ni..

      Delete
    4. Jangan cakap besar. Jangan riyak. We'll see who gets the last laugh.

      Delete
    5. Selangor dgn penang je ke dlm malaysia ni yg ada masalah bro 20:23 ???

      Delete
  5. Biarlah kalau dia nak masuk dan ikhlas nak berjuang sama kita semua. Takkan sebab dia sorang parti kita akan melingkup. Kalau tak ikhlas ..lama2 tuhan pasti tunjuk. Kita tengoklah macam mana. Tak payah nak tuduh2. Aku pun tak yakin tapi mungkin dia dah berubah. Kalau tak ..kesianlah ezam mohd nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 Ezam tu ikhlas masuk PPBM. Harap dia tak bermuka-muka. Kalau dia ikhlas sama berjuang utk rakyat dan negara, syukurlah, alhamdulillah.

      Apa pun kena ambik masa nak monitor seseorang sebelum kita tahu dia ikhlas atau tidak.

      Delete
  6. diharapkn dia tk akn membuat tuduhn itu dn ini macm semasa dlm pkr tpi akn mengakhirkn hayatnya untk rkyt bersama ph .

    ReplyDelete
  7. Kesian dekat kunta kente ummo buat rumusan. Kebanyakan yg join ppbm ada orang umno. Yg dah daftar ribu yg menunggu borang lagi banyak. Yg akan tinggal dlm umno kaki tak blh kerja punya. Ada dedak baru blh jalan. BN yg gah dulu hanya tinggal umno saja. Apa lagi yg tinggal dengan parti yg hanya berjuang utk mempertahankan bangkai hidup yg busuk sudah keseluruh perusok dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, apa pun meka tetap kata yang masuk PPBM tu dalam 20 orang jer......yang keluar umno baru setengah orang jer.....tak sampai 1 orang pun.

      Delete
    2. Mahathir berubah.
      Mahyuddin berubah.
      Apa salahnya Ezam berubah.
      Tak lama lagi
      Lokman Adam berubah.
      Ruslan Ksssim berubah.
      Kan kita nak tumbangkan Najib...

      Delete
  8. Bahaya mahluk ini, kena jaga jaga parti bersatu. Musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  9. V give him the benefit of doubt, kot kot dia memang sdah sedar dan berubah. Susah kita nak baca nawaitu seseorg. Biar Allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  10. V give him the benefit of doubt, kot kot dia memang sdah sedar dan berubah. Susah kita nak baca nawaitu seseorg. Biar Allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  11. Ezam Nor ibarat duri dala daging. Dia menyertai UMNO bukanlah mahu seikhlas hati. Dia ibarat pengkhianat dalam UMNO. Seharusnya BERSATU dan sekutunya iaitu PKR DAP dan AMANAH berwaspada dgn org mcm nya. Sy nasihat kalian sedemikian agar kalian tidak mengalami nasib mcm kami parti UMNO. Agak2 nya kalau dia masuk mungkin boleh memporak peranda pembangkang. Secara tidak langsung, ini memberi kemenangan kpd UMNO nnti dlm PRU14. Hehehehe

    Nukilan Khusus dari Alumni Newcastle Universiy @ Kellie's Castle University College

    ReplyDelete
  12. korang suma yang dok ting tong bising-bising pasal si ezam tu beginilah begitulah dan nanti merosakkan ppbm aje, da berdaftar lom jadi ahli ppbm?

    ReplyDelete
  13. korang suma yang dok ting tong bising-bising pasal si ezam tu beginilah begitulah dan nanti merosakkan ppbm aje, da berdaftar lom jadi ahli ppbm?

    ReplyDelete
  14. korang suma yang dok ting tong bising-bising pasal si ezam tu beginilah begitulah dan nanti merosakkan ppbm aje, da berdaftar lom jadi ahli ppbm?

    ReplyDelete
  15. korang suma yang dok ting tong bising-bising pasal si ezam tu beginilah begitulah dan nanti merosakkan ppbm aje, da berdaftar lom jadi ahli ppbm?

    ReplyDelete
  16. Dear mr newcastle...could you please educate me on the followings:

    1. The impact jeremy corbyn could make in the next uk GE

    2. The direction of the sterling pounds in the next 12 to 18 months

    3. The fate of EU migrant workers in the uk, after the formal separation

    4. Will companies leave the uk and set up base in other EU countries.

    Nakhoda, kau tak payah jawab. Kau tahap sekolah pondok jerrr. Teng kiu veri mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole ke dia paham omputih ni? Takat yes no alright tu bole ler.

      Delete
    2. Bdk kellies castle tu sbnrnya low profile. Dia bkn stkt bole ckp bi shj...ckp bhs zimbabwe pn terror. Dpt band 10 katanya..dia malu nk tunjuk hebat.....hahahaha

      Delete
    3. Errr, maaf ler, tak sangka hebat rupanya kellie's castle tu ye. Bahasa gorila mesti dia dah pro ye.

      Delete
    4. Kellie's castle tu pandai dan mahir berbhs segala haiwan di dunia ni. Dgarnya hari2 dia bersembang ngan khinzir2 hutan (wild boar).

      Delete
    5. Budak dlm jungle book tu dia la kot

      Delete
  17. Bolih percaya ke. Entah2 orang kiriman. Jadi duri dlm daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh Ezam shalat sunat taubat 2 rakaat selepas ini

      Delete
  18. Saya yakin pembaca di blog ini majoritinya yang berilmu, dan mampu menilai segala berita dari seluruh pelusuk dunia. Tak perlu lagi layan orang2 macam nakhoda dan mereka2 yang sebahlol dengannya. Buang masa, buang tenaga, untong taraaak.

    Kebodohan mereka, hak mutlak mereka. Kecerdikan kita, bukan hak mutlak kita. Jesteru, sebarkan kecerdikan kita kepada sedara mara di kampung, di felda, di pendalaman mana jua; mereka yang ketinggalan dari arus dunia informasi alaf baru. Mereka ketinggalan bukan kerana salah mereka, kerana itulah dunia mereka. Kalau kita gagal mencerdikkan mereka, itu salah kita. Saya dah cuba...saya happy terguling kerana saya berjaya di kalangan sedara mara di kampong saya. Ada yang tak senang dengan saya (yang berparti laaa ni), tapi apa mereka boleh buat, saya tanya mereka pasal 1mdb di khayalak ramai, mereka ternganga dan terdiam...malu habisss.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan dah takde duit, umno pun dah takde duit. Ramai yg lari..haha. Yang tinggal dalam umno ada 2...1) yg lembam - kaki sokong buta tuli 2) vacuum cleaner - kaki sedut duit umno/kerajaan sampai habis

    ReplyDelete
  20. Harap Sdr. Ezam meneruskan perjuangannya menentang salahguna kuasa, korupsi, rasuah dll.Silih bergantinya parti yang anda sertai perlu diperjelaskan secara terperinci.Kejujuran,kreabiliti,integriti dan rasa tanggungjawab anda pada negara harus berpendirian teguh.Menegur salah laku, salah gunakuasa dan sebagainya boleh membantu PPBM menjadi parti yang disukai rakyat.Kesedaran Tun M diatas kesilapannya yg lalu dan kesediaan Tun M utk memperbetulkan kesilapan itu perlu dibantu demi keteguhan parti PPBM. Mungkin Tun M tidak perlu menyatakan/melayan soalan siapa patut jadi PM bagi pihak pembangkang kerana yang penting muafakat, toleransi dan kerjasama antara parti pembangkang perlu diperkukuhkan.Bagi saya, jawatan PM boleh dijawat secara bergilir antara PKR, PPBM, Amanah, PAS dan DAP (dijawat oleh ahli Melayu) jika tempoh jawatan PM adalah 2 penggal bersamaan 10 tahun.

    ReplyDelete