Thursday, 5 May 2016

SELEPAS INI APA JADI KEPADA 1MDB? APAKAH NAJIB SEDANG BERUSAHA "CUCI TANGAN"?

Kementerian Kewangan Diperbadankan yang memiliki 100 peratus saham 1MDB membuat beberapa keputusan semalam:-

- memindahkan semua asetnya iaitu  Bandar Malaysia, TRX City, tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.

- menukar rujukan Artikel 117 M & A 1MDB daripada memerlukan kelulusan "Perdana Menteri"  kepada "Menteri Kewangan".

- membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan bersetuju dengan tawaran perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarahnya berkuatkuasa 31 Mei, kecuali kedudukan Arul Kanda Kandasamy selaku Presiden akan dikekalkan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan itu diambil sebagai persetujuan terhadap cadangan-cadangan yang terkandung dalam Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini.

Betulkah tindakan yang diambil Menteri Kewangan Diperbadankan itu kerana bersetuju dan akur dengan syor PAC atau disebabkan faktor-faktor lain?

Aset 1MDB sebelum ini ialah janakuasa bebas dan empat keping tanah seperti disebut di atas. Dengan aset janakuasa bebas sudah dijual keseluruhannya kepada syarikat China dan empat harta itu pula akan diserahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan, bermakna selepas ini 1MDB akan menjadi syarikat kosong atau domain sahaja.

Jadi, bagaimana ia mahu membayar hutang-hutangnya?

Apakah pemindahan aset itu merupakan langkah pertama yang akan disusuli dengan pemindahan keseluruhan hutang juga kepada Menteri Kewangan Diperbadankan selepas ini?

Jika itu berlaku, apa jadi kepada 1MDB nanti? Adakah ia bakal ditutup dan hutangnya akan ditanggung oleh kita semua?

Menukar rujukan dalam artikel 117 M & A daripada "Perdana Menteri" kepada "Menteri Kewangan", sekali imbas tidak menampakkan apa-apa perbezaan kerana kedua-dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama iaitu Najib.

Maknanya, jika Najib masih memegang kedua-dua jawatan itu, tiada apa-apa yang berbeza dari segi praktikalnya.

Tetapi, apakah pertukaran itu merupakan tanda-tanda Najib mahu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan beliau mahu "cuci tangan" daripada segala beban 1MDB?

Siapa yang dipercayainya untuk dilantik ke jawatan tersebut?

Adakah Tengku Razaleigh bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk membersihkan segala "kekotoran" yang ditinggalkannya berikutan Najib sebelum ini lima atau enam kali mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum Deklarasi Kelantan ditandatangani?

Dengan rujukan nama "Perdana Menteri"  sudah dimansuhkan dalam artikel 117, sudah tentu kaitan yang paling dekat ialah pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan semalam.

Tiada nama "Perdana Menteri"  sebagai rujukan, bermakna keperluan Lembaga Penasihat yang selama ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri juga tidak wujud lagi.

Sekali lagi, ia memperlihatkan Najib benar-benar ingin "cuci tangan"  dan bebas sepenuhnya daripada badi 1MDB.

Selepas ini, Lembaga Pengarah yang baru akan dibebankan sepenuhnya untuk menangani semua perkara berkaitan 1MDB, dengan seolah-olah Najib tidak lagi terlibat dengan syarikat pelaburan tersebut.

Lihatlah nanti siapa bakal dilantik dalam susunan Lembaga Pengarah 1MDB itu?

Secara keseluruhannya, tidak mustahil apa yang diputuskan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan ini adalah langkah pertama yang akan disusuli langkah-langkah seterusnya untuk membebaskan Najib daripada segala kekangan 1MDB dan orang lain pula akan memikul beban seterusnya.

Tetapi, bagaimana Najib mahu membebaskan dirinya dari segi moral berkaitan hutang, kaitan dengan Jho Low, dakwaan melibatkan anak tiri, wang dalam akaun peribadi, kemewahan berbelanja dan lain-lainnya, di tambah negara-negara luar yang menyiasat 1MDB berkaitan salah laku kewangan dan penggubahan wang haram juga ternampak semakin menunjukkan kemajuannya? (SH 05/05/2016).

63 comments:

  1. nak lari mana najib..buat kerja mcm ingat Tuhan tak nmpak ape yg ko buat..semoga panjang umur dan smpat bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pjg umur? Bertaubat? Klu dia bertaubat sekalipun dia takkan pulangkan duit rakyat. Dari PM ke menteri, pegawai2, sampailah ke ketua bahagian makan pendapatan diragukan. Politik ala demokrasi...inilah hasilnya. Pilihanraya habis ratus juta, lepas pilihanraya, lg byk yg lesap.

      Delete
    2. ...dosa dengan Allah boleh bertaubat. Dosa dengan rakyat?

      Delete
    3. Apa pandangan Tuan Punasihat tentang hal ini???

      Delete
    4. Dulu, kini, selamanya menipu....
      Undilah dumno/b***nasional.

      Delete
    5. Anon 7.27
      Memang tak boleh lari kemana pun semua transaksi ada rekod,yg jelas semua nak dipindah kepada kerajaan bermakna rakyat tanggung satu saja jln untuk Najib dan Rosmah dipaku terus masuk penjara dgn kerajaan haram jadah ini ditukarkan rakyat pada PRU 14 dan bukan setakat najib rosmah ramai lagi akan ikut serta kepenjara kerna berkait sama ada pegawai tinggi kerajaan mau pun pak menteri,percaya la Najib dan kuncunya akan guna apa saja untuk menang PRU nanti,tapi mereka tidak akan berjaya kalau rakyat tak buta perut dan majoriti pengundi ada insaf untuk melihat ahli politik diajar untuk menghormati kuasa rakyat dan henti drp menipu rakyat utk kuasa bagi mendapat kesenangan dunia ini termasuklah golongan majoriti orang agama bukan semua tapi majoriti yg ada sekarang.

      Delete
    6. Anon 7.27
      Memang tak boleh lari kemana pun semua transaksi ada rekod,yg jelas semua nak dipindah kepada kerajaan bermakna rakyat tanggung satu saja jln untuk Najib dan Rosmah dipaku terus masuk penjara dgn kerajaan haram jadah ini ditukarkan rakyat pada PRU 14 dan bukan setakat najib rosmah ramai lagi akan ikut serta kepenjara kerna berkait sama ada pegawai tinggi kerajaan mau pun pak menteri,percaya la Najib dan kuncunya akan guna apa saja untuk menang PRU nanti,tapi mereka tidak akan berjaya kalau rakyat tak buta perut dan majoriti pengundi ada insaf untuk melihat ahli politik diajar untuk menghormati kuasa rakyat dan henti drp menipu rakyat utk kuasa bagi mendapat kesenangan dunia ini termasuklah golongan majoriti orang agama bukan semua tapi majoriti yg ada sekarang.

      Delete
    7. Senang saja nak selesai masalah 1mdb ni. Kenapa susah sangat? Sbb nak terus merembat duit rakyat.

      Jgn ingat sedang kemelut hutang ni sedang hangat, Najib menggelabah dok diam saja. Malah lebih giat MEREMBAT MEREMBAT dan TERUS MEREMBAT.

      Apa nak risau, mana mungkin UMNO boleh jatuh dalam keadaan rakyatnya yg bacul serta penakut? Serta berharap kpd tuhan utk menjatuhkan Najib lalu berulang2 muka yg sama merungut dalam blog. Apa punya bangang! Dlm exam nak score 10A+, baca buku pun malas, buat latihan jauh sekali.. hari2 minum air yasin.. solat berdoa sampai mata berdarah2.. kahkahkah.. ini jelas biol punya kerja.

      Turun berdemo la di jalanraya barang 6-12 bulan.. kumpul 3 juta rakyat berdemo di tengah KL.. baru nampak hasilnya.

      Berulang2 berbuat perkara yg sama, mengharapkan hasil yg berbeza, INI CERDIK NAMANYA.. annoying?

      Delete
    8. Sudak cuci tangan ,kila sutak habit lor rr .

      Delete
    9. Ini bukan satu langkah yg bijak.
      Kalau fikir ini jalan yg akan menyelesaikan masalah kusut yg sedia ada....memang silap.
      Adalah lebih baik diselesaikan permasalahan yg ada dgn cara terus tanpa berbelit2.
      Yg kita nampak ini cuma teknikal on paper saja.
      Sedangkan pada dasarnya ia tidak menyelesaikan apa2 pun.
      Malah akan menjadi lebih terbelit.
      Hutang tak jugak selesai.

      Delete
    10. Setuju ngan Anon 9:38..rakyat ade 30 juta..tolak pencacai..pemakan dedak umngok dan BN kate ler 10 juta..lagi belen 20 juta tu kalo berkampong kat depan pejabat Najik di Putrajaya tu..silap-silap parking kete sampai ke Puchong dan Nilai 3 jauhnyer..takyah sampai 6 bulan..6 hari pon dah memadai dah..kasi kepong pejabat PM jangan kasi orang masok macam mase zaman Khir Toyol kene halau dari SUk slangor dulu..larat ke budqk Najik tu berkurung dalam rumah? Jangan tunggu sampai anak bini kèbulor bqru nak bertindak..moh turun ramei-ramei weh!! Tun M boleh jadi Chief de Mission.

      Delete
    11. buat lah apa pun. balasanya kena tanggung jugak nanti..

      Delete
  2. Nama najib dah dijeluarkan. Balaci dia la yang kena dakwa

    ReplyDelete
  3. Itu semua taktik tipu rakyat
    Bangkit deklarasi rakyat
    Cepat pecat sebelum najib najis lipat

    ReplyDelete
  4. Biar Najib rasa betul2 malu dan buat muka x bersalah dia haha. Kena gari, masuk mahkamah dan dipenjara haha3.

    ReplyDelete
  5. Takde sape2 yg kena dakwa..klu nak dakwa, dah lama bekas ceo kena soaljawab. Mcm2 hal boleh terbongkar. Bagaimana rakyat nak tau kutipan gst digunakan utk tujuan apa? Kalau la satu masa nanti digunakan utk cover hutang 1mdb secara senyap, celakalah hidup menteri kewangan & perbendaharaan..

    ReplyDelete
  6. Boleh buat filem ni.... mesti laku.

    ReplyDelete
  7. Cuci tangan & cuci duit sekali. Nasib negara diperjudikan anak golongan bangsawan. Celik mata jadi mb..dah tua jd pm. Umno parti sampah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, ahjibgor budak sekolah ingat main 1MDB kamu itu semacam main Monopoly board-game ke? Hahaha, tak boleh cuci bersih main round lain!!!

      Delete
  8. Ku Li tak layak jadi menteri kewangan. Ahmad bashah paling layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ...!!!!!

      Delete
    2. Yang paling layak adalah si bahlol dari Pontian yang bernama Ahmad Mazlan CGPA dia 3.99(aku tambah). Kerana kebahlolaan dia lah dengan CGPA yang demikian maka dia boleh mengeluarkan kata kata, "GST tidak menyusahkan, malah akan membuat harang barang turun" Ingat lah kembali his body language semasa mengeluarkan kenyataan bahlol tersebut. Muka macam sial dan seolah olah aku lah pembela bangsa. Wahai orang Pontian, masih kah kamu terliur dengan si bahlol ini? Kalau di lantik Menteri kewangan sudah pasti orang Pontian sanggup mencuci walau pun "CAWAT" nya, kerana itu lah menteliti orang ME-layu, terutama yang berdarah biru. Di Pontian memang ramai puak puak ni juga di tempat tempat lain memang ramai spesis ni.

      Delete
    3. setuju 200%...
      bani melayu sememangnya kuat makan dedak..!!

      Delete
    4. Mana janji? Kenapa belum ditepati?
      Dulu kerajaan berjanji hidup rakyat tidak akan rugi bila negara laksanakan GST.

      Kononnya harga barang akan turun tapi sebaliknya duit rakyat kerajaan dok pulun.

      Berapa lama lagi yg perlu rakyat nanti harga barang akan menjadi murah selepas GST.

      Kerajaan dok makan ikan tengiri, sayur brocolli rakyat hanya mampu makan ikan keli sayur daun ubi.

      Perlaksanaan GST ini hanya kerajaan saja yg dok kaut untung.
      Rakyat semua dah kena kelentung.

      Jangan ingat rakyat tak reti
      GST memang nak bagi rakyat MATI..

      Jadi rakyat nak undi BN lagi?
      Mati hidup balik pun kita jangan undi....

      Delete
  9. Ini taktik lama dan jalan pintas untuk melepaskan dirinya dari semua tuduhan keatasnya,,tapi saya yakin walaupun apa pun tindakkan beliau,kepercayaan rakyat sudah hilang terhadap kepimpinan PM Najib

    ReplyDelete
  10. Moral???...kalau dia ada moral....dah lama letak jawatan...lepas ni gi la buat umrah ....suci terus....macam teruna suci...

    ReplyDelete
  11. lepas najib, kj calun paling sesuai jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila tinggalkan pesan dkt KJ,100juta tu bila nak selesai..?ade belen lg..?mintak sikit..nak beli basikal.nk masok contest.

      Delete
  12. Ini merupakan satu kesilapan terbesar dan nasihat siapa Najib gunapakai.

    Paling penting adakah terdapat clause menyatakan, pengurusan lama tidak lagi boleh dipersalahkan atau didakwa dengan pengambilalihan itu (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini satu jalan utk melepaskan diri dari bertanggungjawab?

      Delete
    2. Dosa besar tetap di pertanggungkan si Mappadulung. Nasib dunia dan akhiratnya telah ia sendiri celakakan... pada saat ini apa gunanya banyak emas macam gunung tahan? makan minum berak kencing tidur jimak tak lepas dari runsing dan takut?

      Delete
  13. Nanti jadi 1mdb baru.. 1mdb lama tetap akan menghantui najib.. Dakwa tetap dakwa.. Taik tetap taik..

    ReplyDelete
  14. Urusniaga Najib al Imdb
    tanah kerajaan...beli murah jual mahal
    tanah swasta...beli mahal...tak boleh jual sebab tak ada untung.
    Terima kasih pada Najib kerana 'SESIAPA PUN BOLEH JADI PERDANA MENTERI'.

    ReplyDelete
  15. Najib adalah pencuri.Kabinet juga penyokong kuat si pencuri.KPN=Ketua Polis Najib yang menyeleweng,Peguam Najib pun sama,dan KSN=Ketua Setiausaha Najib pun bersubahat.Semua pecah amanah.Malaysia dalam gerhana.

    ReplyDelete
  16. KITA MAHU SETIAP KESALAHAN JENAYAH YANG DILAKUKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH!!!. MANA BOLEH CUCI TANGAN. WANG SUDAH HILANG BERBILLION2. PENJENAYAH TETAP PENJENAYAH.

    ReplyDelete
  17. AG, KPN, KSN JUGA HARUS SAMA-SAMA DI SIASAT KERANA MEREKA KELIHATAN MACAM BERSUBAHAT DENGAN PEROMPAK WANG NEGARA.

    ReplyDelete
  18. Kalau dah hati itu kotor tangan itu kotor perangai itu kotor dan segumpal darah dalam badan itupun kotor maka sampai bila2pun akan kotor dan busuklah ia tunggulahlah balasanya dari allah aaammmiiinnnn

    ReplyDelete
  19. Kalau dah hati itu kotor tangan itu kotor perangai itu kotor dan segumpal darah dalam badan itupun kotor maka sampai bila2pun akan kotor dan busuklah ia tunggulahlah balasanya dari allah aaammmiiinnnn

    ReplyDelete
  20. Haram jadah ni wajib diburu sampai ke lubang cacing. Aku akan pastikan dia ni terima hukuman sewajarnya samada cepat atau lambat. Jangan nak perbodohkan rakyat. Dia perlu bayar harga yang mahal jika cuba mencuci tangan begitu saja. Jangan cuba mencabar rakyat!

    ReplyDelete
  21. Bukan cuba tapi memanglah nak cuci tangan. Semua duit dah samun dan sekarang ni gadai apa yg ada utk tutup lubang. Tak kisahlah gadai kat foreign investor ke. Apa ada hal. Semua key position bubar. Kita ni macam ni je lagi. Posting sana komen sini. Najib ngan group dia hari2 ludah kat muka kita semua. Hidup BN n I love my PM ..very2 much

    ReplyDelete
  22. Najib,ko Beras pastu suruh org lain cuci ya? Sial punya manusia ko ni..

    ReplyDelete
  23. Memang CEL@k@ betul lah 1mbd dan penyokong2nya tu.

    Jika mof ambilalih, maksudnya taxpayers money yang akan bayar hutang2 menggunung tu. semua hasil gst, tarik subsidi dll bukan dikembalikan kepada rakyat tetapi untuk cuci taik yang dibuat oleh najip and gang.

    ReplyDelete
  24. Hanya rakyat MALAYSIA sahaja yg dapat menyelamatkan Najib...tolong bayar hutangnya Dan anggapkan ianya SEDEKAH DARI RAKYAT MALAYSIA...mengapa tidaknya...selama Ni RAKYAT TIDAK PERNAH MENGELUH DAN BERCAKARAN semasa NAJIB bersuka ria menggunakan Wang berbillion utk perbelanjaan peribadinya..rakyat juga tidal pernah memberi respond secara dramatik bila Najib di dapat punyai Wang Curian Dari Orang liar masuk ke dalam akaunnya..RAKYATmasih boleh tersenyum Dan berbelanja mewah bila nilai ringgit jatuh menjunam Dan juga rakyat sendiri kurang perihatin dgn SIASATAN TENTANG 1MBD..walaupun tahu NAJIB kena tipu oleh orang dalaman..SO BERSABARLAH DAN PERBANYAKKAN SYUKUR mereka punyai seorang PM NEGARA yg di malukan WSJ Dan BANK BANK NEGARA.

    ReplyDelete
  25. By doing all that as if the concerned parties are following the recommendations made by the PAC, it only means one and only one thing: there would be second, third, fourth, fifth and so on 1MDB! Only in Malaysia...

    ReplyDelete
  26. Mau cuci tangan ker?

    Sendiri berak sendiri cuci laaa....

    ReplyDelete
  27. Binatang selalu lupakan jerat tetapi jerat tak pernah lupakan binatang. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya ke tanah jua.

    ReplyDelete
  28. Anon 13:32,memang betul apa yang anda terjahkan.Dont worry be happy,bangkai itu srdang berbau mungkin sikit hari lagi meletup perut dan terserlahlah hanyirnya.

    ReplyDelete
  29. Senang sungguh menjadi PM di Malaysia ni. Terutama yang di tunjuk kan oleh Najibtuyya dengan punahsehat nya Bik Mama. Rembat segala yang ada, buat hutang banyak banyak dan buat bodoh aja. Akhir nya hutang hutang tersebut di pikulkan keatas bau rakyaat. GST, sebagai contoh dan rakyaat Malaysia masih tidak melakukan apa apa tindakan. Buat lah demo selagi si bahlol itu masih di situ, mungkin berkesan.

    ReplyDelete
  30. Xada ape beza pun toleh kiri toleh kanan tgk atas ludah ke atas jatuh ke muka sendiri. gitula ibaratnya perihal 1mdb. itulah perihalnya 1mdb dgn rakyat. lgpun org melayu semua diam saja. berdoa saja dirumah. bla pru nnti pangkah dacing juga.. jdi truskanla berdoa. rsnya lg baik klu gaji xsbrapa bulan2 tu bg trus transfer ke akaun peribadi PM. lg afdal. cpat sket dia bleh brbelanja xgitu? sronok jdi rakyat malaysia kan kan.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Ada satu wanemdibi, harta qarun perdana menteri, masa tubuh senyap dan sepi, bila masalah berdepan tak berani..

    Ada satu wanemdibi, konon gah satu negeri, rupanya borak dari reality, nama negara dunia mengeji...

    Ada satu wanemdibi, hutang disana tutup disini, tak mahu berdepan sentiasa nak lari, dedak ditabur nak cover diri..

    Bila kebenaran mengatasi kebatilan, si punya angkara pasti ditahan, pemakan dedak lari bertempiaran, di Mersing 3.85 jadi nelayan..

    ReplyDelete
  33. apa la nasib team b umno nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib team B akan di tentukan oleh Allah Azza Wajallah

      Delete
  34. Tara ku cha cha5 May 2016 at 17:23

    Adakah ini akhir kalam 1MDB? Akan muncul kah saga 2MDB pula di masa akan datang? Akan adakah Bijan2, r2d22, Shahrol2, jolok2, pandiobi2 dan oknum-oknum yang sewaktu dengannya pada masa kini yang automatisnya akan ada di masa akan datang?

    Ya lah, pada saga-saga Bank Bumiputra, Perwaja, PKFZ dan entah apa lagi dulu pun soalan yang sama muncul dan berlegar dàlam kepala hotak saya: ada mungkinkah masalah-masalah songlap yang wujud dalam BB, Perwaja, PKFZ akan berulang lagi pada masa akan datang? Rasanya jawapan itu dah terjawab, bukan dulu tapi dengan sedihnya sekarang.

    Begitu jugak sekarang: masalah songlap 1MDB akan berulang di masa akan datang.

    Ada kah kita buat sesuatu untuk memastikan supaya pengulangan songlap betul-betul tidak berlaku lagi pada masa akan datang?

    Tidak.

    Berdasarkan kepada kandungan bab "penutupan pertama" 1MDB sekarang ini, penyonglapan, malah dalam kadar yang lebih besar, akan berlaku di masa akan datang.

    Sabor jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan punahsehat punatnya dok berapa nok sehattt..gitulah kelakunya

      Delete
  35. mcm negara cowboy pulak....semuanya terlepas..

    ReplyDelete
  36. Salam

    Memang telah dijangka. Pabila pelan rationalisasi 1MDB gagal dan dengan agensi penguat kuasa luar negara mengambil tindakan...maka jalan untuk 1MDB umpama terowong yang runtuh. Tiada jalan lagi...dan seperti yang kita katakan selama ini...NEGARA(RAKYAT) menanggung bangkai 1MDB ini.

    Adakah Najib terlepas dan cuci tangan? Jauh sekali...kalau sementara waktu ini Kerajaan Najib dapat bertahan dengan segala salahguna kuasa...mampukah ia bertahan hingga PRU14 nanti?
    Apakah rakyat juga akur dengan bebanan bangkai 1MDB dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Najib?...Tak munkin...dan yang pasti Najib tak akan ditampuk kuasa lagi. Seterusnya...adakah pemimpin kerajaan selepas PRU14 nanti akan berdiam diri dengan kumunkaran Najib yang lepas?

    Sementara ini Najib...biarlah ko teruskan apa yang kamu buat...kerana apa jua yang ko lakukan akan terus membuka mata rakyat untuk tidak menyokong kamu.

    Disini, sebagai rakyat yang bertanggung jawab...kita dalam dilema...usaha kita mendesak Najib turun banyak halangan kerana manusia tak bermoral ini banyak menyalah guna kuasa untuk mempertahan kedudukannya...dan disokong oleh menteri menteri bangang dan UMNO Bongok. Selagi Najib menjadi PM....selagi itulah negara dalam bahaya....

    MOF terpaksa menggalas segala tinggalan 1MDB...hutang dan aset(kalau ada) kerana MOF adalah pemegang saham tunggal dan penjamin kepada 1MDB. Kegagalan MOF menggalas 1MDB akan mengakibatkan bukan setakat maruah tapi ekonomi dan matawang Ringgit akan hancur. Kita akan jadi seperti Greece dan rakyat akan lebih menderita.

    Ini semua gara gara manusia bernama Najib anak Razak. Yang pasti kebenaran akan terserlah akhirnya...dan manusia bangsat bernama Najib dan sekongkolnya akan terdedah dan menerima pengadilan didunia ini.

    Najib...jangan ko harap dapat "Cuci Tangan"

    ReplyDelete
  37. 1 sen pun duit yg aku bayar selama ni aku haramkan kpd najib

    ReplyDelete
  38. Letakkan dalam klausa itu juga, Menteri Kewangan Yang Diperbadankan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan segala liabiliti 1MDB. Segala liabiliti yang dimiliki oleh 1MDB kini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Datin Rosmah binti Mansor serta waris2 kedua2 mereka.

    Memandangkan Najib cenderung tandatangan dokumen tanpa meneliti kandungannya... jadi perkara in8 sepatutnya tiada masalah.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. Yang menghairankan selama ini tdk pernah dengar pencuri berhenti mencuri sedangkan duit negara tdk akan habis.Tiap tiap hari rakyat bayar macam2 cukai. Oh! bukan mau berhenti cuma mau cuci tangan sebab tangan kotor,hati kotor,batin kotor dan roh pun kotor. Lepas cuci baru sambung balik menyangak.

    ReplyDelete
  41. Yang pasti penyamun takkan berenti merembat duit rakyat. Sekali dia dah buat, dia akan buat lagi. Sekali dia terlepas, dia akan terus mengebas duit rakyat. Kuasa ada, bila2 masa pun boleh padamkan jejaknya. Pencacai ada boleh tolong cuci beraknya yang menabur.

    ReplyDelete