Wednesday, 4 May 2016

MENGAKULAH, PENAMATAN POLIS PENGIRING TUN M SEMATA-MATA KERANA DEKLARASI RAKYAT!!

Seperti yang disebut semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tampil menjelaskan sebab-sebab khidmat polis pengiring ke atas Tun Mahathir Mohamad ditarik balik.

Katanya, keistimewaan kepada bekas Perdana Menteri itu ditarik balik kerana Tun Mahathir terlibat dalam perhimpunan haram dan anti kerajaan seperti Bersih, membantah GST serta mengumpul tandatangan untuk Deklarasi Rakyat.

Boleh diterimakah hujah-hujah Khalid itu?

Perhimpunan Bersih bila? Perhimpunan anti GST bila?

Tidakkah kedua-dua perhimpunan itu diadakan beberapa bulan sebelum ini?

Tetapi, kenapa baru sekarang khidmat polis pengiring itu ditarik balik?

Terbukti di sini bahawa kebimbangan utama Najib Razak, tetapi dengan menggunakan Khalid untuk bersuara, ialah semata-mata kerana bimbangkan terhadap Deklarasi Rakyat yang sudah mula mendapat sokongan rakyat.

Ternyata tindakan itu diambil ialah untuk mengganggu kelancaran Tun Mahathir pergi ke sana ke mari bagi mengumpul 1 juta tandatangan bagi Deklarasi Rakyat itu.

Apakah mengumpul tandatangan untuk menolak Perdana Menteri yang penuh skandal dan mengadakan majlis berkaitan dengannya sesuatu yang haram dan menyalahi undang-undang?

Bukankah semua program Deklarasi Rakyat selama ini mendapat kerjasama daripada pihak polis, malah sentiasa diadakan dengan mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman yang digubal oleh Najib sendiri?

Jadi, di mana "haramnya"  kehadiran Tun Mahathir dalam program-program Deklarasi Rakyat itu?

Dalam pada itu, menurut Khalid lagi, keputusan berkaitan penarikan polis pengiring itu adalah berdasarkan kes demi kes dan terkecuali jika Tun Mahathir mahu menghadiri program-program rasmi lain yang tidak bersifat anti kerajaan.

Namun demikian, tambah beliau, bagi mendapatkan khidmat polis pengiring bagi program rasmi itu, Tun Mahathir dikehendaki membuat permohonan kepada dirinya terlebih dahulu.

Wahhh...hebatnya Khalid!!

Maka, selepas ini, jika Tun Mahathir mahu menggunakan khidmat polis pengiring, bermakna permohonan perlu dibuat dari semasa ke semasa.

Bermakna lagi, mungkin bukan saja setiap bulan Tun Mahathir perlu menulis surat kepada Khalid dengan menyenaraikan majlis-majlis rasmi yang akan dihadirinya, bahkan tidak mustahil surat permohonan diperlukan bagi setiap program yang mahu dihadirinya.

Bererti juga, jika sepuluh program yang mahu dihadiri, maka terpaksalah Tun Mahathir menulis sepuluh pucuk surat kepada Khalid.

Bayangkan, begitulah layanan ke atas seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri yang berjasa selama 22 tahun kepada kita serta mengangkat nama negara di pentas-pentas dunia.

Bukankah khidmat polis pengiring itu merupakan keistimewaan kepada Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri dan tidak ada termaktub program mana yang boleh dan tidak boleh untuk dihadirinya?

Jika menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring  kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat?

Apakah ia masih dikekalkan atau akan ditarik juga selepas ini? (SH 04/05/2016)

62 comments:

  1. Kalu tun m nak sokong ka tak song ka najib itu adalah hak tun m.. Hak sebagai rakyat.. Hak demokrasi. Boleh pilih mana yg tak suka.. Bukan hak ketua polis.. Khidmat pengiring adalah keistimewaan yg di beri kepada bekas pemimpim negara sesuai dgn jasa2 yg telah dicurah.. Ermmm tun m kena tumpang kereta org yg lain lah yg ada pengiring.. Takpun nak helikopter lagi terbeliak mata ketua polis..

    ReplyDelete
  2. jangan risau abang rempit supabike kan ado..

    ReplyDelete
  3. Toknyang aku dulu pernah cakap..kalo orang dahinye sempit..akal pikirannye pon sempit gak..tengok Si Khaled tuh..kan sempit dahinyer..dia bukannye reti nak cakap atau buat ape..yang dia tau..cukop bulan ambik gaji..bende-bende yang dia buat atau cakap..sumenye datang dari orang berdahi luas dan bibir merah la tu..

    ReplyDelete
  4. Budin,
    Arahan ini wajib datang dari Rosmah sebab macam idea budak kecik,Najib tak yah la dia dah sakit kata Anina terkena .....wajib pergi berubat. Apa pun depa ingat macam Tun M kebulur,terganggu tidur dan urusan harian tampa pengiring polis ,ya memang untuk keselamatan sebab bekas PM memiliki banyak pengetahuan kepentingan dan rahsia kerajaan tapi kalau perkhidmatan pengiring polis tarik balik tak bererti terhenti segala kerja Tun , Sebagai seorang negarawan ini adalah perkara kecil dan sudah lumrah dengan halangan dan rintangan ,seorang negarawan tulin tak pernah ada istilah bersara demi negara dan bangsa apatah lagi dengan kepincangan kerosakan yang berlaku oleh pemerintah sedia ada sudah jadi kewajipan kepada seseorang negarawan untuk turun berjuang semula ,tapi bagi ahli politik biasa besara wajib dan mengnikmati kesenangan dunia menjadi perkara wajib biar rakyat hidup merana dengan GST dan tanggung hutang penyamun negara , begitu lah dengan orang orang agama langsung tak bersuara ceramah sana sini ada pun macam lepas batuk di tangga tegur kerajaan tak macam zaman reformasi dan gila rusuhan , puak agama ini punya gila berayan ceramah sana sini bersama ahli politik kutuk kerajaan sekarang senyap sunyi adakah kena dedak juga . Hadis riwayat bukhari ada menyebut selepas habis manusia dihisap golongan awal masuk neraka adalah golongan agama kemudian penguasa.Wallah huaklam.

    ReplyDelete
  5. Hi bro.
    Saya x berminat nak baca hingga habis.
    Rumusan saya babgsa Melayu ini memang tinggi dengan penyakit hadad dengki. Kalau lah ada kecenderungan untuk mempraktik Islam as Addeen, nescaya perkara begini x akan berlaku.
    BTW, saya x pernah mengkagum TM.
    Kita pro Anwar tapi apa yg d buat pada TM x betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bahananya kalau malas membaca. Setakat baca tajuk je lepas tu komen sah-sah lah komentarnya jauh menyimpang dan entah apa-apa. Apa kena mengenanya khidmat polis pengiring dengan bangsa Melayu? dengan hasad dengki? Ad-din?
      Teringat pesan cikgu di zaman persekolahan dulu. Dulu cikgu selalu berpesan, baca arahan dulu sebelum menjawab soalan.

      Delete
    2. Mali muyung,,pergi lah main wayang Mak yong,,merepek meraban punya komen,,stupid lah you

      Delete
  6. Hi bro.
    Saya x berminat nak baca hingga habis.
    Rumusan saya babgsa Melayu ini memang tinggi dengan penyakit hadad dengki. Kalau lah ada kecenderungan untuk mempraktik Islam as Addeen, nescaya perkara begini x akan berlaku.
    BTW, saya x pernah mengkagum TM.
    Kita pro Anwar tapi apa yg d buat pada TM x betul.

    ReplyDelete
  7. Di Amerika, mantan-mantan President masih di alamatkan sebagai Mr. President, samada dalam upacara rasmi maupun tidak rasmi. Sampai begitu sekali hormat yang diberikan kepada mantan-mantan President mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai Melayu.. x kira sapa. Habis madu, sepah dibuang.

      Terimalah hakikat masyarakat kita masih jauh lagi untuk membentuk dan menjadi satu tamadun yg baik. Bibitnya dah ada, namun masih panjang masa diperlukan.

      Delete
  8. Apa kesalahan Tun M? hakim mana yang sudah jatuhkan hukuman bersalah kepada beliau? Logiknya asas tuduhan mengatakan Tun telah melakukan kesalahan jadi sebab itulah perkhidmatan polis pengiring ditarik balik tidak boleh dipakai.

    Ada seorang penjawat awam yang sah ada menerima berbilion ringgit dalam akaun peribadi beliau. Ini jelas satu kesalahan dibawah akta SPRM. Peliknya penjawat awam tersebut berterusan menerima perkhidmatan polis pengiring dan macam-macam lagi keistimewaan. Kenapa logik yang sama tidak digunakan kepada penjawat awam yang satu ini? Beliaupun telah melakukan kesalahan, jadi tariklah balik perkhidmatan polis pengiring.

    Tak apalah Tun, paling lamapun 2 tahun sahaja lagi. Selepas itu mereka-mereka ini bukan sahaja dapat khidmat polis pengiring untuk ke majlis-majlis tertentu, tetapi juga khidmat polis/penjara yang "mengiringi" mereka setiap waktu untuk bertahun-tahun lamanya, Insya Allah..

    ReplyDelete
  9. Kesian negarawan yang banyak jasa kepada rakyat diperlakukan sebegitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rasa kesian cepat cepat sign deklarasi rakyat

      Delete
    2. Esok time najib berhenti jadi PM jangan dibagi polis pengiring. Baru adil.

      Orang yg berjasa banugnkan negara pun tak dibagi polis pengiring, apa lagilah orang yg buat negara berhutang menimbun.

      Delete
    3. tm perosak bangsa melayu buat apa nak bagi..polis pengiring tapi buat kerja dajal..bersekongkol dengan kafir2 babi laknat..dasar negarasawan..

      Delete
    4. bersekongkol dengan kafir2 babi laknat...

      Najib pun sama. Kamu tak nampak ke? Aku rasa lebih lagi kot. Dia membodohkan kamu hingga kamu tak sedar diri.

      Delete

    5. 23.34

      Setakat tu saja komen kau?

      Takda umphh la.

      Tak berbisa langsung.

      Baru lepas pekena air ketum kot?

      Delete
    6. Bukan air ketum bro, tapi dedak cap badak.

      Delete
    7. Bro QalamQabut,
      Org bodoh tak sedar yg dia tu bodoh.
      Tapi org cerdik tahu yg dia bodoh
      Tapi sebab dia bodoh maka dia kata org pun bodoh macam dia jugaklah.
      Itulah huraian terbaik utk dedakians.

      SALAM PERJUANGAN BRO.

      Delete
  10. Kpn ni bengong juga dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPN ni tak bengong...tapi bongok!
      Sama taraf samseng Nazri dan Zahid...semuanya bongok.

      Tun M tetap terpahat dalam sejarah sebagai PM yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Tiada siapa dapat menafikan...

      Najib juga telah terpahat dalam sejarah sebagai PM yang KORUP...Pengkhianat agama, bangsa dan tanahair.

      Pengikut Najib, terutamanya menteri dari UMNO juga terpahat dalam sejarah sebagai manusia bongok...juga termasuk dalam golongan pengkhianat agama, bangsa dan tanahair.

      AG Pandir, IGP KBAB juga golongan manusia bongok, goblok, bahalol....juga pengkhianat agama, bangsa dan tanahair.

      Rakyat bijak dan menentukan kuasa mereka.

      Semoga Tun Mahathir dirahmati dan dilindungi Allah senantiasa. Ameeen.

      Delete
    2. Terrrbaekkk bro.

      Delete
    3. hancur umno...awat la melayu umno ni bodoh sgt.
      tengok melsyu umno spa sudah jadi. ni pun msta buta ka...
      masih sokong najib?????

      Delete
  11. Suruh Tun M buat permohonan macam orang buat permohonan mendapat lesen senjata api? Kena guna khidmat syarikat di Nilai la nampak macam ni.

    ReplyDelete
  12. Salam Bro Shahbudin,

    1. Negara tercinta Malaysia telah bertukar drpd sebuah negara yg megah kpd sebuah "negara koboi" yg mana "Sheriff" yg korupsi melindungi "Lord" yg durjana!

    2. "Sheriff" menjalankan tugas secara "Selective persecution" = Penganyiaan terpilih!

    3. Namun, kebiasaannya,"org gila menyangka org lain yg gila walhal dia yg gila.." begitu juga dgn org bodoh yg menyangkakan, "org lain yg bodoh bknnya dia...!"

    Stk. Wassalam.

    ReplyDelete
  13. apa punya KPN. Dia hakim ke nak cakap TM bersalah. kalau macam tu kita pun boleh cakap dia salah pasal lindungi pencuri mega.

    kalau lepas PRU dan kerajaan bertukar, mari kita arahkan si Khalid ni jadi jaga pintu gate balai dah. Padan muka diam

    ReplyDelete
  14. Nampaknya ... dari hari ke hari, ada saja kerja Najib yang sangat menyakitkan hati rakyat. Dulu saya pun ada marah sama Mahathir, tapi taklah sehebat marah saya pada Najib ni. Sesilap mana pun Mahathir, ada nampak hasil kerjanya untuk rakyat. Najib apa ada? bilion wang lesap pulak.

    Najib ni, tahap kemarahan rakyat seolah-olah aura busuk Najib ni sudah macam kanser tahap empat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin hari makin banyak benda2 bodoh yg dia buat.

      Delete
  15. Hahaha jawapan yang kelakar dan bodoh dari KPN.
    Nampak sangat khalid ni dah jadi macam lembu yang telah dicucuk hidung. Jawatan KPN, tentu dia sudah faham semua akta dan undang2 baru boleh menjawat jawatan tetsebut.
    Tetapi bila dia kata tun telah langgar undang2 kerana hadiri bersih ,anti gst dan deklarasi rakyat, nampak sangat dia jadi lembu pada pm.
    Bila ada desakab dari balaci najib untuk ambil tindakan undang2 pada tun, baru la pihak polis tergesa2 ambil keterangan dari tun, pastu senyap, tiada pendakwaan.
    Sebabnya tun pun bukan buta undang2. Ramai penasihat tun yang boleh memahamkan tun itu sendiri.
    Semasa tun menjadi pm, kerap kali juga tun keluar terutama pada waktu malam tanpa polis pengiring. Tanpa urusan rasmi tun pandu kereta sendiri. Tak jadi apa masalah pun pada tun. Dan kini bila tun bukan lagi pm, sudah tentu tidak penting sangat untuk diadakan polis pengiring.
    Lain lah pm yang dapat derma 2.6b tu, keluar saja rumah, mesti ada pemandu dan polis pengiring. Tak kira atas urusan rasmi atau tidak. Najib ingat bila dia buat macam tu, tun akan susah dan melutut kat dia kata menyesal. Najib lupa bahawa tun adalah anak orang susah yang dibesarkan dikampung. Kayuh basikal tua. Dia ingat tun macam dia kot lahir dalam gudang beras, keturunan bangsawan. Sampai tua bangka tak tahu pandu kereta.
    Najib pm yang bodoh.

    ReplyDelete
  16. Bagi aku perenggan terakhir entry ini yg paling relevan. >> Jika menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat? <<

    Ini antara alasan yg Khalid beri "“We revoked it because he uses the traffic escort to attend illegal gatherings like the Bersih rally, Anti-GST rally, and collecting signatures for the (Citizens’) Declaration, which are against the law and the Constitution.

    “How can we escort him to such events? We cannot support it, so, I decided to revoke it,” he said.

    So adalah Khalid juga akan tarik balik polis pengiring bagi LGE. Mungkin tidak kot, sebab LGE tak pergi perhimpunan Bersih, Anti-GST dan Deklarasi Rakyat.

    Kira2 jahat jugaklah Tun Mahathir ni ye... Asyik buat huruhara yg menyusahkan pihak polis saja... Ish ish ishhhh...

    ReplyDelete
  17. Ybhg Tun bersabarlah kerana sekarang ini kata2 mereka adalah kuasa yg penting deklerasi rakyat harus diteruskan nanti kalau kita mati pun pengiring tak akan ikut cuma dipadang mahsyar nanti akan ditanya dari mana harta itu diperolehi itu jawablah depan allah pengiring pun tak ada masa itu

    ReplyDelete
  18. Yang hairannya kes anak KPN yang jual senjata api kok langsung senyap.....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husssh.....diam....kang didengar dek org kang.

      Delete
  19. mahde pm yang banyak keritik ugama Islam tu tak betoi ni tak betoi apa yang betoi
    masa dia ada kuasa dulu pun belagak jugak mahde ni
    cakap banyak belit

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOT RELEVANT TO THE TOPIC. NO RESPONSE NEEDED.
      Thank you.

      Delete
    2. Anon 21:49. Komen lari daripada tajuk. Kalau jawab kertas SPM pasti dapat hadiah TELUR..

      Delete
    3. Alahai komen si cai ni..sesape ade 5 sen tlg bg kat anon 2149 ni..sadis.

      Delete
  20. DR sudah memperolehi 1/2 juta tandatangan. Tahniah Dan syabas kepada semua yang berusaha. 2 minggu ini kita sama sama tingkatkan usaha mencapai sejuta penyertaan. DR tahu PM takkan letak jawatan dan kita semua tahu pm lakibini pasti tak tidor lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Yang ada konteks berbagai cabang media tu tolong2lah peringatkan sanak saudara dan kawan rakan. Kaum keluarga aku dah lebih 50 orang sain, dan sedang berusaha lagi. Berkorban sikit duit utk fotostat borang DR. Itu saja cara aku nak tolong selamatkan negara kita dari Najib.

      Delete
  21. Ini punya cakap nak suroh Tun makan dedak bersama ni...

    ReplyDelete
  22. dulu nazri cakap..mahadhir baling gelas pun tak pecah..skrg apa sudah.
    awat la ni gelabah beruk. takut ka???
    walaupun najib remove mahadhir outrider. the old will b more aggresive.
    nobody can stop mahadhir. only ALLAH can stop him.
    najib pls stop all this childish game. rakyat tak suka. rakyat akan sokong mahadhir 200%.
    as i mention earlier..this old man is a SCIENTICE POLITICIAN..

    ReplyDelete
  23. Kbab satu hari nanti kmu akn bersara.roda selalu berputar ada atas ada bawah.tggu dan lihat resepsi rakyat utk kmu nanti.

    ReplyDelete
  24. mula2 peguam negara.sekarang ketua polis negara.

    mereka seolah2 berkhidmat untuk perdana menteri.

    patut la ada yg cakap kbab dah jadi kbabangang...

    ReplyDelete
  25. Semua pm msia ada gelaran masing2. Tun M bapa pemodenan. Tun Lah bapa Hadhari. Najib ako raso bapa korupsi. Amacam logik takk?? Hahaha

    ReplyDelete
  26. Eloklah Khalid iringi perompak wang negara ke hulu dan hilir, dengan rasa penuh bangga.

    ReplyDelete
  27. hancur umno...najib buat keputusan yg amat bodoh. sebab najib dah panic. simple as that. skrg rakyat dah teramat marah. najib hg ni betoi2 haram jadah

    ReplyDelete
  28. Kbab adalah makanan pak arab. Arab msia baru terima derma rm2.6b drp arab saudi. Huhuhu

    ReplyDelete
  29. Salam shah,
    Terbaru, kenyataan mengampu dari saleh untuk bos nya...
    Saleh kata najib tak salah pilih adnan untuk menjadi KM sarawak. Sehingga kini pembangkang tak ada isu untuk mengkritik adnan. (Sesekali nampak macam sindir bos dia jer, sebab isu bos dia yang jadi hangat kat sarawak sekarang ni).
    Apa yang melucukan saya kenapa lah saleh ni pi jual nama najib atas ketokohan adnan??? Apa kena mengena najib dengan adnan?? Adnan adalah dari parti pbb yang bergabung dengan bn. Bukan dari parti umno. Begitu juga gerakan yang pernah perintah pulau pinang. KM pulau pinang ditentukan oleh gerakan dan bukan bn walaupun ada adun umno dalam pulau pinang. Di sarawak, tidak ada seorang pun adun umno, jadi kenapa najib yang nak tentukan siapa yang jadi KM??
    Dalam tindakan nak ampu najib, dia juga pekena najib.. hai saleh...

    ReplyDelete
  30. Saya rasa Sallah S keruak ada komennya yg terbaik....jommmm tunggu....wakwak.....wakwak.....wakwak

    ReplyDelete
  31. Isu 1mdb, artikel 117 yang membabitkan "perdana menteri" dimansuhkan sejajar dengan laporan PAC. Tetapi dipindahkan kepada "menteri kewangan".
    Fikir punya fikir tak boleh nak hazam.
    Perdana menteri namanya mohd najib bin abdul razak. ( dah tak mau libatkan orang ni dah dalam 1mdb... ok faham).
    Menteri kewangan namanya mohd najib bin abdul razak (ini yang tak boleh nak faham). Orang yang sama ka atau nama ja sama tapi orang lain-lain. Secara kebetulan nama sama ka?
    Atau orang yang sama, nama sama, tapi bila dia pakai baju kot biru masuk pejabat perdana menteri, karektor dia ingat nak samun jer... lepas tu bila dia nak pi kat kementerian kewangan, pakai kot putih,karektor dia lain, ingat nak berjimat jer sambil tolong kutip derma untuk negara.

    ReplyDelete
  32. Ada satu nama aigipi, budak suruhan perdana menteri, pengiring Tun ditamat berhenti, hilang kuasa tahulah nanti..

    Ada satu nama nya kbab,juga nazri tidak beradab, sedang berkuasa bolehlah cakap,jika Tun salah silalah tangkap..

    Menuduh Tun langgar undang undang, bos besar nya dilepas pandang, walaupun dunia pecahkan tembelang, perosak negara tetap dijulang..

    Mereka lakukanlah apa sahaja, berbohong, mengumpul Wang dan harta, namun rakyat bukan nya buta, tak sabar menunggu pilihanraya...

    ReplyDelete
  33. Ingat george bush mcm tu la kena bagi ketua lanun emdebe..

    ReplyDelete
  34. Hahaha apa punya jenis statement la.... khidmat polis pengiring ditamatkan sbb hadiri program bersifat anti kerajaan? gila ke apa... bila masanya tun kata dia anti kerajaan? dia cuma sampaikan hasrat majoriti rakyat yang anti najib saja... najib bukan kerajaan... najib adalah najib.... lg pun kalau dah polis pengiring dihentikan atas sebab itu... maknanya perkhidmatan kawalan keselamatan yg lain pun patut dihentikan jugalah yerrrr.... amacam kpn... soalan last ni taknak jawab kerrr.... aduyai.... makin lama makin lemau....

    ReplyDelete
  35. PM=Penyangak Malaysia.

    ReplyDelete
  36. PM = Pencatutan Mappudulong aka Pembela Polong

    ReplyDelete
  37. amno ngan amno sama saja sapa ada kuasa dia bapak segala raja

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete