Thursday, 5 May 2016

HELI BAWA VIP HILANG DI SARAWAK, MOGA SEMUANYA SELAMAT


Sebuah helikopter yang dalam perjalanan daripada Betong ke Kuching di Sarawak dan  membawa lima penumpang, termasuk orang kenamaan dilaporkan hilang daripada radar, petang tadi.

Difahamkan antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter itu ialah seorang Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan bertaraf timbalan menteri daripada Semenanjung yang bertugas untuk kempen pilihanraya negeri Sarawak yang akan membuang undi  pada 7 Mei nanti.

Sementara usaha pencarian sedang giat dijalankan ketika ini, sama-samalah kita mendoakan agar semua mereka ditemui dengan selamat. 

Jika suatu tragedi, ia tetap sesuatu yang menyedihkan buat kita semua. Sekali lagi, sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka. (SH 05/05/2016)

28 comments:

  1. Budin,
    Walau pun kita meluat dgn Najib ,rosmah dan kuncu kuncunya dalam kerajaan ,Trajedi macam ini tak boleh la kita ucapkan kata kata yang tidak elok sebagai umat islam kita doakan semoga semua selamat ,dipercayai penumpang terdiri dari Timbalan menteri dan beberapa ahli parlimen BN serta ketua jabatan kerajaan ,kalau sesuatu yang buruk berlaku sudah tentu PRK tak dapat dielakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Full list yg hilang dalam heli berlepas jam 5pm

      1. YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
      2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
      3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
      4. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
      5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)

      - See more at: http://sarawakvoice.com/2016/05/05/berita-tergempar-helikopter-bawa-datuk-noriah-kasnon-hilang/#sthash.31yog6OU.dpuf

      Delete
    2. Innalillahi wainna ilaiherajeuunn...
      Sehebat mana manusia, sebesar mana kekayaan dan kekuasaan yg ada,
      Kuasa Allah SWT mengatasi segala segala nya...

      Delete
  2. Bidin, kata Borneo post Timbalan. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa pegawai kerajaan di dalam helicopter tersebut. Moga semua selamat.

    ReplyDelete
  3. Days come and go. So the people too.

    Hanya amalan yg dinilai disisi Allah.

    Jaga diri kita dan tanggungan sebelum terlambat. Kita mahu jadi orang baik. Ahli Parlimen, Timb Menteri terlalu jauh untuk dijaga. Malah meskipun mereka x pernah pedulikan kita pun. Kurang2 kita mengucap syukur kerana merekalah kita dihadiahkan GST 6% yg indah ini. Inilah hadiah paling berharga dalam hidup kita.

    Semoga mereka selamat dan hadiahkan kita lagi dgn penambahan GST dari 6% kpd 10%.

    ReplyDelete
  4. kan bagus kalau najib n rosmah dlm heli tu

    ReplyDelete
  5. Apasal kbab ka pandi ka sapi nazris ka tak naik heli tu tak bestlah mcm ni.biar org ni selamat ya alloh ambik la ymenyusahkan rakyat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam itu saja Encik Jamaluddin Jarjis jumpa maut dalam heli juga ... wa allahu 'alam bis sawab

      Delete
  6. Doain semua selamat, seandai ngga selamat BN udah kurang 3 kursi parliament. Balasan atas UMNO

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. kapai terbang hilang pun selalu inikan pulak heli
    biasa saja
    duit bnayak lagi untuk bayar kerja mencari
    apa susah

    ReplyDelete
  9. Noriah kasnon, P93 sungai besar, majoriti 399(pru13)
    Apa khabar noh omar??
    Apa khabar jamal ikan bakar?
    Apa khabar PAS?
    Apa khabar AMANAH?

    ReplyDelete
  10. Jamal tak jual ikan dah...sebab dapat berjuta juta dedak
    Dia hanya jual kereta2 mewah sahaja dan menyimpan cita untuk bergelar YB

    ReplyDelete
  11. Majal ikut ketua tak betul..

    ReplyDelete
  12. Inilah harga yang harus dibayar oleh Adenan Satem apabila dia menyekat kedatangan ramai angguta parti pembangkang berkempen di pru Sarawak termasuk Mat Sabu, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli. Simpati dengan apa yang terjadi, tetapi 'padan muka' BN & Adenan Satem. Bak kata Azmin Ali: Dia ingat Sarawak tu Mak Bapak dia punya. Abang Johari Openg, apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan, Noh Omar apa khabar?

      Delete
  13. Berita lawak ja ni.. Kalo heli Najib yg naik tu jatuh, ok la jugak..

    Kurang2 reda sikik tumpuan ttg 1mdb. Berita 1mdb pulak perlu dibasikan segera. Adegan demi adegan slps ni, mampu membasikan berita 1mdb.

    Kelearkan banyak2 berita baru, berita lama jadi basi. Kezaliman boleh diulang2 tanpa jemu. Sbb rakyat dok nganga mcm penguin saja. Cina Melayu India, semua serupa saja. Berapa kerat yg boleh bertahan? Sumbat dedak ja, lupalah kebobrokan gomen. Senang saja nak layan rakyat simpleton.

    ReplyDelete
  14. KUCHING: PKR beri amaran kepada DAP yang melancarkan serangan terhadap calon parti kawan, Voon Shiak Ni di kerusi Batu Kitang yang direbut kedua parti dalam pilihan raya negeri kali ini.

    Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengarahkan DAP supaya menghentikan permainan menghasut dan menyerang calon parti kawan, dan berkata, “Pada saya kita perlu membawa politik berteraskan nilai.”

    “Biar rakyat yang tentukan hujung minggu ini (7 Mei),” katanya.

    Beliau menjawab komen Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik di Facebook yang menuduh Shiak Ni sebagai oportunis.

    Mempertahankan rakan seperjuangannya, Fahmi berkata “Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti sebagai seorang aktivis, peguam dan arif dengan isu-isu setempat di Batu Kitang.”




    Di satu sidang media, Fahmi berkongsi penemuan tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan PKR mempunyai 33% peluang untuk menang di Batu Kitang, berbanding DAP (33%) dan PBB (35%).

    “Tinjauan dijalankan daripada 27 April ke 1 Mei, iaitu baru-baru ini.

    “Tinjauan ini menunjukkan hasil yang berbeza daripada tinjauan awal tahun ini oleh Merdeka Centre yang menunjukkan DAP menjadi pilihan pengundi,” dakwanya.

    Menurut Fahmi, penemuan tinjauan ini dihantar kepadanya semalam namun beliau tidak berkongsi butiran tinjauan itu atau identiti penyelidiknya.

    “Kami percaya ia asli,” kata Fahmi.

    Batu Kitang merupakan kerusi baharu yang dicipta daripada DUN Kota Sentosa dan Batu Kawah yang dimenangi DAP dalam pilihan raya lepas.

    Ia merupakan satu daripada lima kerusi yang menyaksikan pertembungan lima penjuru.

    Abdul Aziz Isa dicalonkan DAP di Batu Kitang pada saat-saat akhir selepas parti itu mendakwa PKR melanggar perjanjian pengagihan kerusi.

    ReplyDelete
  15. Adenan satem halau pembangkang, Tuhan halau BN.

    ReplyDelete
  16. Tuhan Maha Kuasa. Dalam era pemerinthan Najib ada cabaran dunia aeroangkasa :

    MH370
    MH17
    Helikopter jatuh di Pahang melibatkan menteri
    Helikopter jatuh di Sarawak

    Harap pimpinan BN bermuhasabah diri.

    Jangan lagi menyeksa hidup rakyat contoh GST, peminjam PTPTN disenarai hitam, orang pegang MYKad Malaysia sendiri di sekat masuk Sarawak, orang tua berjasa macam Tun M di buli sedemikian rupa bahkan diajak bertumbuk dan bermacam-macam sifat orang UMNO/BN yang teruk.

    Kalau rakyat sudah menyampah, menyumpah macam-macam bala turun.

    ReplyDelete
  17. Ingat kan gimik pilihanraya...rupanya dah betul jadi mangsa cacian orang...mengapa orang ni bukanya orang yg songlap duit rakyat dalam akaun dia tu....penuh harapan kan bagus kalau si mangsa tu dia.

    ReplyDelete
  18. Kita doakan mrk selamat. Jika sebaliknya, maka PRK perlu diadakan, dan masa itulah UMNO dpt menilai penerimaan rakyat trhadap mrk. Pd pandangan aku, melihat kpd situasi dan isu semasa, UMNO ada harapan ke laut.

    ReplyDelete
  19. Bila bace berita ni.. hati saya xde rasa simpati. mungkin rasa tidak suka terhadap umno/bn semakin menebal. saya harap mereka cepat jumpa mayat & kebumikn mereka2 yg trkorban. terlalu banyak bala berlaku di malaysia semenjak pemerintahan Najib ni. bukan kecil tapi semua bala besar. mungkin sudah tiba masa kita semua muhasabah diri terutama pemimpin atas tu. MH370, MH016, 1mdb(malu 1 dunia), kemarau teruk sehingga sungai & tasik2 kering & panas smpi beberapa org mati disebabkn strok haba, banjir terbesar smenjak 70an(najib brcuti main golf).. sigh..renung2kanlah.

    ReplyDelete
  20. Tak baik kita bergumbira atas sesuatu musibah. Jodoh, rezeki dan ajal telah tertulis. Sehebat mana..setinggi mana pangkat tidak bererti lagi bila dijemput ajal. Sejahat mana pun manusia itu..kita tidak tahu kedudukannya di sisi Allah bahkan jika kita rasa kita dah cukup baik..belum tentu nasib kita bagaimana kelak..kita hanya mampu berdoa dan berharap agar setiap amal ibadah kita diterima oleh-Nya. Sebagai muslimin dan mukmin wajiblah kita ucapkan "innalillahirajiun" dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa trajedi walaupun tidak sehaluan dengan kita semasa hayatnya. Al-Fatihah..semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan diredhai-Nya. Amiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta mahap..terpendek lak tadi..
      "Innalillahi wainna ilaihirajiuunn"

      Delete
  21. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete