Monday, 9 November 2015

HASAN MALEK BAKAL DUTA KEMBOJA?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Hasan Malek sekarang ini sejak digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai lalu?

Sejak digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan memang kelihatan mendiamkan diri dan tidak banyak memunculkan dirinya.

Barangkali beliau kini lebih banyak menumpukan masanya kepada keluarga serta menjaga kawasan Parlimennya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Semasa menjadi menteri, Hasan terkenal dengan beberapa kenyataan kontroversi yang antaranya, "jangan makan ayam jika harganya mahal", "bersyukur dengan kenaikan harga bahan api" dan "kenaikan harga gula dan tepung adalah untuk kesejahteraan rakyat."

Tetapi perkhabaran terbaru mengatakan Hasan bakal dilantik sebagai duta ke negara Kemboja tidak berapa lama lagi.

Beliau dikatakan akan memulakan tugas barunya itu sebaik saja duta yang ada sekarang berakhir tempoh perkhidmatannya.

Perlantikan sebagai duta itu turut menjadi perbualan di kalangan bekas-bekas pegawai tinggi dan anggota pentadbiran kerajaan yang berbual sesama mereka sejak kebelakangan ini.

Mereka menganggap perlantikan itu mungkin suatu penghargaan atas khidmatnya sebagai menteri selama ini.

Selain Hasan, beberapa orang orang politik sudah dilantik sebagai duta yang antaranya bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim di Indonesia dan  mantan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussain di Amerika Syarikat. (SH 09/11/2015)

16 comments:

  1. Jika benar, bererti Hassan dapat meluaskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen hingga ke Kemboja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dan Hasan juga akan dapat mengeluarkan kenyataan2 komedinya disana, seperti, ' don't eat chicken if the price is costly', ' the increase in the price of sugar and flour is for the good of the people' dll kenyataan komedi.

      Jangan orang Cambodia ckp, tak de ke melayu yg cerdik dari ini sudahlah....

      Delete
    2. wak 0726, tak payah gi kemboja nak dengar perkataan tu... mu gi pasor malam ari khamis dan paso tani ari sabtu bando pekan-palimen pokjb......nikmatilah suasana mini kamborrjaa kat sana.....melancun lah ke bando pekan

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Kat Afghanistan dulu ada sorang insan mati-mati X MAHU jadi Duta Afghanistan di USA, lalu membaling kasut ke arah Presiden Bush semasa dia sedang berucap. Itu cara orang Afghan.

    Kat sini kalau anda mati-mati MAHU jadi Duta, buat lah kenyataan bangang. Insyallah impian anda itu akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  3. ni org kata tuah badan jika mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rosmah....kita jangan dengki kerana hassan malek sememangnya paling layak,rekod perkhidmatan beliau sebelum ini boleh dikatakan amat cemerlang dgn jayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun Pilah den punyo. Den tak kiro. Den nak jadi duto jugo. Jet mewah kerajaan ado. Den boleh balik meeting parlimen kek kl bilo2 maso jo.

      Delete
  4. Buat peraturan melarang ahli legistratif baik Parlimen atau DUN dilanti memjadi duta kerana mereka akan mengabaikan tugas sbg wakil rakyat. Berlainan dgn perlantikan menteri berjawatan penjawat awam lantikan politik kerana berada dlm negara.Apabila dewan bersidang duta akan blk, kos akan ditanggung kerajaan, tugas di pejabat perwakilan ditinggalkan. Sebenarnya duit pengurusan kerajaan byk dihabiskan oleh org politik dgn jawatan lantikan politik spt penasihat, pegawai khas dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tak perlulah memandai mandai nak buat peraturan dan undang undang yang diwariskan oleh Mahathir.

      Ini parti bapak saya yang punya, ini kerajaan bini saya yang control.
      You no money no talk...
      No money you walk...

      Delete
    2. Itu felda pun bapak saya yg punya. Itu felda bapak saya yg buka. Itu peneroka bapak saya yg punya. Skrng Itu peneroka felda saya yg punya. Saya boss. Dia orang mesti dengar saya punya cakap. Dia orang mesti ikut apa bini saya cakap. Kalau tidak tak dapat bonus. Saya pun kena ikut apa bini saya cakap kalau tidak tak dapat cipap

      Delete
  5. Saya cadangkan dia jadi duta ke antartica. Boleh cakap dengan penguin.

    ReplyDelete
  6. Susahlah Hassan nak praktis ayat bodoh dia.

    Takut bila balik Malaysia dia dia jadi bebal .

    ReplyDelete
  7. Hasan Malek tidak layak jadi duta Singapura, Kerajaan Singapura akan bantah. Hantar ke Australia lagi lah di bantah takut dia ganggu Shirul pulak. Tapi bagi Kerajaan Kemboja Hasan Malek di kira pandai sebab pakai hp mahal, kot mahal dan ada laptop....

    Najib membuat keputusan yang tepat. Orang seperti Hassan Malek layak jadi duta untuk negara yang setaraf dengan otak nya.

    ReplyDelete
  8. Kalau x silap aku.....hassan malek tu kan sepupu dgn kak ros..h,x kan nak lantik org lain pulak.dapat balun dua gaji pulak.macam anon 06.52 cakap tu betul lah rakyat akan tanggung kos balik mesyuarat kabinet dgn kapal terbang......kerajaan boros kerajaan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau jgn kato2 den.Den YB. Den MP. Ekau apo?

      Delete
  9. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh derma ke akaun maybank.

    Nama: Adila Bin Suboh
    Nombor Akaun: 151089317354

    ReplyDelete