Monday, 9 November 2015

JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.

Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.

Adakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Selain menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.

Kenapa Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta kandungan nikotinnya?

Selain itu,  ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.

Bukankah isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang konkrit diambil?

Kenapa semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?

Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?

Tidakkah juga seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?

Kenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?

Apakah isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan membuatkan mereka lupa seketika daripada menumpukan perhatian kepada permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya?

Bagi sesiapa yang melihat permasalahan negara dalam konteks yang lebih luas, tentulah mengakui bahawa isu pokok kita ialah Najib dan hal-hal berkaitan kepimpinan dan perlakuannya.

Biarpun kita turut mengambil berat kesan buruk vape yang tidak jauh bezanya dengan rokok atau mungkin nanti perisanya dikreatifkan dengan disaluti ganja, heroin atau dadah sintetik (perisa ketum dan syabu khabarnya sudah ada), tetapi janganlah semua itu membuatkan kita leka dengan isu pokok sebenar sehingga lupa kepada iltizam perubahan yang seharusnya lebih diutamakan.

Berbanding isu vape yang barangkali sengaja direka dan diperbesar-besarkan, jika kita leka dan terbuai dengan isu pokok yang sebenar, lalu Najib dapat berkuasa dengan lebih lama lagi, kesannya akan menimpa keseluruhan lebih 30 juta rakyat negara ini. ( SH 09/11/2015)

22 comments:


  1. Terus tenggelam temu bual Zeti di Lima, Peru yang memberi amaran ekonomi Malaysia dalam bahaya.

    Mahathir kena menghasut jika tidak Najib terlepas.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pru 14 BN takut kehilangan 1 juta pengundi muda? Perdana menteri dah gila agaknya.
      Najib janganlah bermimpi akan dapat 1 undi pun daripada pengundi mudalah....Rakyat dah meluat kepada Najib dan menteri2nya sekarang ini.
      Buatlah baik mcm mana pun rakyat dah tak pandang lagi perdana menteri yg syok sendiri ni.
      Lebih baik kau betambus saja Najib

      Delete
    2. tak kiralah isu apa pun
      aku dah benci najib
      tak akan undi bn

      Delete
    3. Rakyat tak lupa derma najib rm2.6 B. Rakyat bukan bodoh untuk dilekakan. Rakyat hanya tunggu nak mengundi saja. Lepas tu semua penyamun akan dihantar ke penjara.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. Dalam penjara tu letak mereka semua dalam satu sel. Bagi makan sayur kangkung saja. Biar ular sawa UMNO@ adnan mansor telan mereka semua bila dia dah lapar.Mula2 telan mat maslan tu dulu.Celaka punya budak.

      Delete
  2. Saya rasa isu najib 1MDB dan derma gila RM 2.6 Billion dalam akaun Najib tak akan luput begitu mudah sehingga PRU 14 , malah dengan kesusahan hidup sekarang dan pelbagai isu berkait dengan nya akan menambah lagi ingatan orang ramai akan keburukan najib bayangkan pada PRU 13 najib dengan Brim dan segala macam taburan wang untuk pancing hati rakyat pun menghasilkan rekod buruk dari PRU 12 semasa Pak lah yang hanya tidor saja , banyangkan apa akan jadi di PRU 14 dimana pengundi di saluran 3,4,5 yang memang majoriti anti kerajaan kian bertambah ditambah pengundi atas pagar saluran 1 dan 2 yang dah meluat dengan keburukan yang ditonjol oleh najib dan menteri menteri yang tak ada wisdom ini .Jadi saya nasihat nak nasihat kepada sebahagian ahli umno dan sebahagian orang melayu yang dah biasa hidup malas dan hanya harap bantuan untuk hidup senang dari kerajaan dan parti yang dilakukan secara mudah melalui pintu belakang ,atau secara jual lesen perniagaan atau kuota melayu ,agar mula lah belajar hidup berdikari dari sekarang saya takut keadaan akan berubah selepas PRU 14 , kalau najib atau zahid hamidi masih PM/TPM semssa PRU 14.

    Berkenaan isu vape ini sebenarnya saya tak minat nak komen sebab saya sendiri bukan perokok dan juga vaper . Cuma saya nak tekan kan bahawa kalau barisan kepimpinan dah mula tak ada kualiti ( tiada wisdom , tiada integriti dan korup) begini lah akan terjadi iaitu kenyataan dikeluarkan akan nampak bodoh , boleh jadi lawak jenaka , bercanggah , tiada relevan dan paling malang dah tak nampak macam kenyataan datang dari orang yang tak ada pendidikan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi pencetus umah yg menghasilkan badut2 umat melayu no otak dan puak akal songsang....kesian cucu cicit menanggung beban

      Delete
    2. Anon 18.32 , lu tanya la itu najib , yang mencetuskan umat melayu no otak dan bakal bagi cucu cicit tanggung hutang yang dia buat ......pooorah

      Delete
  3. Sedarkah kerajaan bahawa sekarang ini budak-budak sekolah berumur 14 tahun telah menjadi vaper? Negara lain ada yang telah mengharamkan vaping, negara kita pula menjadikannya gaya hidup yang baru. Kerajaan bodoh dengan menteri bahlol. Tahniah atas intelligence quota negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spore dh haram jadah kan vape... msia nak perkenalkan vape ke mata dunia... bangang pnya menteri umno barisan nasional

      Delete
    2. spore dh haram jadah kan vape... msia nak perkenalkan vape ke mata dunia... bangang pnya menteri umno barisan nasional

      Delete
  4. 1 kotak = RM17 x 2 kotak sehari = RM34 x 30 hari = RM1,020 sebulan x 12 bulan = RM12,240 setahun x 5 tahun = RM61,200..kalo 10 tahun udah RM120,000..kalo simpan ASB ..campor dividen koman-koman dah tentu RM300,000..huh..kaye-kaye..tapi nak berenti tu camane lak carenye??? Ni masalah yang paling utama!! Huuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhenti demi kebaikkan.
      Berhenti kerana Islam itu tujuan hidup.

      Aku dulu, tutup suis 24 jam bila dapat tau, rupa2nya dah ada fatwa pengharaman merokok oleh MFK, sejak 1995.

      Punyalah bodoh dan zalimnya aku, lebih 20 tahun jadi hamba abdi rokok.

      Delete
  5. Kiraan ini hanya kepada mereka yg merokok. 10 tahun sudah belanjakan RM120K.

    Yang tak merokok sepanjang 10 tahun yg lalu dah ada simpanan byk mana dah? 10 tahun akan datang adakah mereka boleh menyimpan RM120K?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, bagi yang tak merokok duit dibelanjakan pada jalan yang lebih mulia dan afdal daripada menyedut makanan jin itu...ahhahha

      Delete
  6. Benda ni dah bertahun berlaku, nengapa kini kesah nya di perbesar kan?
    Ada yang bertanya mengapa tiada ulasan dari Jib-Tuyya. Jawapan nya kerana dia berharap generasi yang mendatang(terutama nya anak muda Melayu) akan terus "BODOH & BIUL" saperti mereka yang ada hari ini.
    Sekain dari perasa yang di nyatakan di atas, kini telah ada di pasaran perasa jenama "B-MINACI".

    ReplyDelete
  7. Isu cukai gst ke atas top up prepaid tunggang langgang.....isu duta china turun petaling street pun tunggang langgang... isu vape pun sama...kalau isu kecik2 pun konar kiri konar kanan, cam ner nak tackel isu besar2, macam isu kepulauan spratlys...duit RM makin turun....bank nak downsize...minyak sawit kena diskriminasi di EU...TPPA yang penuh rahsia dan misteri...100,000 budak2 "U" tak dapat kerja, hutang PTPTN berlambak...cam nerr? cam nerrr? Apa nasihat Hadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pok adi sarankan 100k bebudok u yang ngaggor wat semayang ajat supaya dapak keje'........juai tissue dan telo puyuh kat klia,bas terminal plaza tol pong dak pee lah...janji alal

      Delete
  8. Fatwa Ulama2 sedunia sudah sebulat suara mengatakan Rokok itu haram.
    Berani tak kerajaan Ah Jib Gor haramkan menjual ROKOK ?
    Sampai kucing bertanduk pun tak akan terjadi
    Sekarang cukai rokok dinaikkan.

    Berkat kah mengutip cukai dengan barang haram?
    Fikirkah


    ReplyDelete
  9. Biasa nya mana mana kerajaan dalam dunia ni dari PM nya menteri nya hingga pegawai akan bercakap senada dalam hal yg melibatkan kerajaan di depan public ,atau paling tidak pun "no komen" Tapi dibawah regime 2.6 billion ni para menteri boleh bertekak memperikai sesama sendiri.

    ReplyDelete