Tuesday, 10 November 2015

ISMAIL SABRI - SIBUK-SIBUK TENTANG VAPE, LOW YAT 2 APA CERITA?

Tulisan ini bukan sangat tentang vape, tetapi lebih mengenai perlakuan seorang menteri, Ismail Sabri Yaakob yang nampaknya lebih berminat tentang vape berbanding tugas hakikinya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun sebelum ini sudah banyak yang menegur dan mengecamnya, termasuk daripada kumpulan pro Najib dan kerajaan sendiri, apabila begitu pantas mengumumkan keputusan kabinet tidak mengharamkan vape, sedangkan Kementerian Kesihatan atau Kementerian Belia dan Sukan yang sepatutnya berbuat demikian, tetapi Ismail Sabri nampaknya tidak mengambil iktibar daripadanya.

Beliau malah kelihatan seperti mempunyai keghairahan luar biasa terhadap vape ini, bahkan kenaikan harga rokok sehingga RM17 sekotak pun tidak kedengaran nasihatnya agar rakyat mengurangkan tabiat tidak berfaedah itu.

Hari ini beliau bersuara lagi melahirkan tidak setujunya  dengan keputusan terbaru Kementerian Kesihatan yang hanya membenarkan cecair perisa vape mengandungi nikotin dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sahaja.

Menyifatkan keputusan itu sebagai menggemparkan, beliau juga menganggap ianya bakal membunuh perniagaan anak-anak muda tempatan, khususnya Melayu di negara ini kerana mendakwa kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat-syarikat besar, termasuk dari luar negara.

Apakah yang membuatkan Ismail Sabri begitu ghairah untuk memperjuangkan vape ini berbanding meningkatkan kemudahan jalan dan lampu-lampu di luar bandar atau memberi lebih tumpuan menjaga kebajikan mereka yang ada kaitan dengan Risda atau Felcra misalnya?
Kenapa beliau hanya melihat kepentingan vape dari sudut perniagaan dan trend anak-anak muda bandar dan tidak meneliti dari sudut negatifnya yang jauh lebih rakus kepada semua golongan muda negara ini?

Bukankah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Mohd Najib Abdul Aziz turut melahirkan kebimbangan terhadap vape ini dengan menyifatkan penggunaannya yang berleluasa bagaikan membuka jalan kepada penyalahgunaan dadah secara terbuka.

Mohd Najib membangkitkan bahawa sudah banyak kes di luar negara di mana cecair perisa vape itu akhirnya dicampurkan dengan pelbagai jenis dadah dan ini tentunya lebih merosakkan masa depan rakyat sendiri.

Selain itu, betulkah juga perniagaan vape ini hanya dikuasai oleh anak-anak muda Melayu sebagaimana kenyataan Ismail Sabri dan adakah mereka ini hanya pandai dan pakar menjalankan perniagaan berkaitan vape sahaja?

Tidak bolehkah mereka menjalankan perniagaan lain selain berkaitan vape atau menjual cecair vape tanpa nikotin?

Untuk cecair vape bernikotin, Ismail Sabri seharusnya sedar bahawa Kementerian Kesihatan bertindak berdasarkan Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952 dan sebagai menteri, beliau seharusnya menghormatinya undang-undang tersebut.

Untuk makluman Ismail Sabri, dengan keputusan Kementerian Kesihatan itu bukan bermakna peniaga-peniaga tidak boleh menjual vape atau cecairnya, cuma yang tidak dibenarkan ialah cecair perisa yang mengandungi nikotin sahaja.

Jika ingin benar campurtangan dalam isu vape ini, tidakkah beliau sepatutnya menggalakkan penjualan cecair perisa tanpa nikotin dan tidak membantah langkah yang diambil Kementerian Kesihatan itu?

Oppss...sebelum terlupa, apa cerita projek Low Yat 2 yang digembar-gemburkan mahu diwujudkan oleh Ismail Sabri sebelum ini?

Senyap saja, sudah siapkan projek itu dan apa perkembangan terbarunya? (SH 10/11/2015)

17 comments:

  1. biasa laa bang.....tambah power kena laaa bodek....ampu sana ampu sini kena pakai kederat mulut ....bodek baguih pangkat naik bosss....bereh boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Kalau vape bawa untung besar menteri pun akan buka kedai farmasi
      Di Malaysia ni apa syarikat yg menteri tak ada?? Korek pasir sungai pasir laut pun menteri ada lesen.
      Usahawan Melayu nak maju macam mana? Nak berniaga pun tak boleh sebab project semua menteri control. Tender? Buat habis duit saja beli dokumen tender ni. Project tetap menteri punya.

      Jadi apa peluang lagi yg ada? Sebab semua peluang menteri yg punya.Kemudian sindir rakyat. Kononnya Melayu bergantung dengan tongkat.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Dia sebetulnya pertahankan anaknya yang juga pengguna vape. Nampaknya dah ramai juga anak2 menteri yg terlibat sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlaa.....ada intrest rupanya.....mampuih laa pcik mcik felda isap rokok daun tanpa tembaka

      Delete
  3. Zaman remaja saya terdedah dgn ganja dan dadah lain kerana dekat dgn sempandan...walaubagaimana pun tidak ada sesedut ganja yg saya isap...kenapa vape pula jadi isu remaja terjebak dgn dadah..moral anak anak dan asas agama yg perlu diterapkan dan dipraktikkan...walaupon minuman keras senang dibeli di 7E maupun mart yg lain pokoknya asas yg diberikan oleh ibubapak...insyallah selamat

    ReplyDelete
  4. Hari ni menteri2 kalau boleh taik Najib pun mereka berebut rebut nak makan asalkan didepan mata Najib atau pun depan mata rosmah

    ReplyDelete
  5. Menteri tak ada telinga! Komen sesedap hati dia saja, janji rating star tinggi walaupun komennya berperisa bangang dan lalok. Kenapa lah menteri Kabinet DS Najib ramai yg lalok. Menteri gigi panjang dan tersengih ada, menteri lalok ada, menteri berbuih ada,dan macam-macam brand lg kat menteri Najib ni. Kalau compare with counterpart peringkat ASEAN dah lingkup usah banding peringkat Komenwelth. Setakat G25 blh lah klentong.

    ReplyDelete
  6. 70% daging lembu di import, dia diam.



    ReplyDelete
  7. Kalau takut disalah gunakan,gam pun disalah gunakan,tahi lembu kering pun disalah gunakan, kalau nasi,teh kopi disalah gunakan?? Takkan nak haramkan nasi,teh,kopi..Cuba kaji secara ilmiah betul2 & harus di ingat industri vape ini jika dibuat betul2 pasarannya satu dunia,billions..Jika nanti setelah hasil kajian mendapati vape mampu mengurangkan ketagihan rokok & lebih selamat berbanding rokok,apa lah salahnya.. British Tobacco, Philip Morris & Kretek Indo mungkin boleh digegarkan oleh hasil tempatan...

    ReplyDelete
  8. Merokok dan vape tidak ada kebaikannya. Negara Brunei tidak membenarkan kedua-duanya, kenapa Malaysia nak jadikannya trend baru dan industri negara pula ni? Memang dah banyak gejala yang ada, ketum,gam dll. Siapakah yang paling banyak ketagih? Tak cukup lagi ke?

    ReplyDelete
  9. di cameron highlands cina perlukan tanah nak tanam sayur...di perak cina perlukan tanah nak tanam jambu dan limau....cina nak terus berusaha, tapi terbatas isu tanah....menteri2 melayu pulak bising pasal vape....kalau bagi tanah2 terbiar di seluruh negara kat usahawan melayu, lagi berfaedah, isu vape akan jadi isu sampingan jerr. Yang bagi loan juta2 untuk orang korporat bela lembu tapi lingkup, dia diam pulak....takut wanita tak sokong dia laaa tuuu.....heh heh orang politik umno!

    ReplyDelete
  10. Nie lah dia seorang lagi Menteri Cap AYAM yg nak membodek didalam Kabinet PM sekarang.......Nak suruh remaja melayu belajar berniaga....cari lah cara lain bukan benda yang telah di fatwakan HARAM.......yang sama macam rokok...yg merosakan kesiahatan penghisap dan juga orang ramai yang berdekatan...

    Kementerian Kesihatan dah keluarkan banyak statement mengenai bahaya penggunaan VAPE nie... (Doktor yang Pakar pun telah keluarkan kenyataan) salah ke semua nie......

    Jaga lah kementerian sendiri jangan keluarkan statement yang B@@@H macam Menteri Pelancungan tempohari.....

    ReplyDelete
  11. Kemajuan Luar Bandar? Dah setahun lebih penyakit yang menyerang pisang abu kat kpg2 di Perak (krg pasti sama ada masalah seluruh negara) masih belum selesai. Utk pengetahuan umum pisang abu amat popular digunakan utk pisang goreng. Pendapatan peniaga org melayu kecil-kecilan berkait rapat dengan pisang abu ini. Pisang abu berpenyakit bermakna sumber pendapatan mereka terjejas teruk. Alangkah elok kalo menteri mae ni beri tumpuan kepada rawatan penyakit pisang abu ni kerana hasil pendapatan peniaga pisang goreng ni mungkin bernilai rm5-6juta tiap2 hari bagi seluruh negara.

    ReplyDelete
  12. Budak mail ni tahu tak apa risiko sebenar dibiarkan vape ini berleluasa ? Apa sebab pakar kesihatan dari kerajaan Msia sendiri mahu tindakan diambil ke atas budaya vape ? Dan satu lagi yang semua orang Tanya, kalau ada campuran barang terlarang atau dadah dalam vape ini, siapa nak tanggungjawab ? Ismail ke ataupon hilmi ? Jangan terlalu khayal dengan budaya vape sampai tak tahu apa yg sedang dia cakap !

    ReplyDelete