Wednesday, 1 July 2015

Tiba-Tiba Serah Pada Pam Buat Pengumuman, Bagaimana Jika Harganya Turun Nanti?


Mulai malam tadi ramai yang bersungut dengan kenaikan harga minyak yang diputuskan oleh kerajaan. Kenaikan 10 sen bagi petrol Ron 95 dan 20 sen bagi Ron 97 menjelang sambutan Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak memperdulikan langsung denyut nadi rakyat.

Kenaikan ini bukan saja akan menyebabkan semua pembelian untuk sambutan Hari Raya nanti akan meningkat harganya, bahkan harga makanan, kuih muih dan juadah berbuka puasa di bazar-bazar juga pasti akan mengalami kenaikan harga bermula seawal petang ini lagi.

Kalau pun ada yang menjual dengan harga yang sama, tentulah juga saiz, berat atau rasanya akan berbeza berbanding sebelumnya.

Ini adalah perkara normal bagi peniaga. Apabila mereka membeli bahan mentah dengan harga yang lebih mahal, maka terpaksalah pula menjualnya dengan harga lebih mahal atau dikurangkan saiz, berat dan rasanya.

Persoalannya, tidak bolehkah kerajaan menangguhkan kenaikan itu demi memberi keselesaan kepada rakyat menyambut Aidilfitri?

Belum hilang rasa terbeban dengan cukai GST, kenaikan harga minyak ini umpama beban baru bagi rakyat. Ada juga yang bingung dengan kenaikan ini sedangkan harga minyak mentah dunia sedang mengalami penurunan ketika ini.

Apakah kerajaan benar-benar tiada wang sehingga terpaksa meletakkan beban silih berganti ini kepada rakyat? Atau ini barangkali makna sebenar slogan rakyat didahulukan?

Ada juga berkata, jika ada pilihanraya kecil sudah tentu kenaikan ini tidak akan berlaku dan pelbagai retorik akan didengar untuk mengekalkan harga minyak itu.

Kenaikan harga minyak kali ini juga berbeza berbanding sebelumnya kerana tiada lagi pengumuman awal sebagaimana yang biasa dilakukan kerajaan sebelum ini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkata, kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi membuat pengumuman awal berkenaan kenaikan petrol dan diesel pada setiap hujung bulan seperti kebiasaannya.

Sebaliknya, kata beliau, pengguna hanya akan mengetahui harga baharu itu apabila mengisi minyak  di pam selepas tengah malam.

Kononnya pengumuman awal yang dilakukan sebelum ini telah mengganggu kelancaran operasi stesen minyak serta menyebabkan panik di kalangan rakyat di mana lebih ramai akan berpusu-pusu mengisi minyak jika berlaku kenaikan harganya.

Ternampak di sini bahawa kerajaan seperti cuba memperbodoh, membuli dan mengelakkan rakyat daripada  mendapat maklumat yang benar jika sesuatu itu merugikannya.

Apakah bila harga minyak naik saja tiada pengumuman awal akan dilakukan? Bagaimana jika minyak turun harga?

Adakah ketika itu bukan saja Hasan Malek sendiri akan membuat pengumuman lebih awal, bahkan Najib Razak dan Ahmad Maslan juga akan berebut-rebut lebih dulu menulis di twiter masing-masing demi mendapat laba politik daripadanya?

Secara umumnya, oleh kerana minyak adalah barangan terkawal, pengumuman mengenai kenaikan atau penurunan harganya perlu dipikul oleh kerajaan dan rakyat berhak tahu harga barunya dengan lebih awal.

Menyerahkan kepada pam untuk memberitahu mengenainya menunjukkan kerajaan tidak bertanggungjawab dan cuba lari daripadanya. Hanya kerajaan "cap ayam" yang bersikap sebegini.

Sebagaimana hari ini semua pemimpin kerajaan bisu dan menyerahkan kepada pam minyak untuk memberitahu rakyat mengenai kenaikan harganya, sama-sama kita tunggu apabila harganya menurun nanti, apakah mereka tetap bisu atau lebih kecoh daripada burung murai jadinya? ( SH 01/07/2015 )

35 comments:

  1. Harga minyak dunia turun...boleh pulak harga minyak dlm negara naik...apa cerita nih...hairan bin ajaib...hari tu cakap nak ikut harga pasaran dunia...cakap tak serupa bikin...apa punya menteri la dlm Malaysia ni...dah bodoh, bertambah bangang pulak...nak duduk di kerusi empuk KPDNKK...tapi pengumuman taknak buat...takut rakyat marah la tu...anda duduk di kerusi empuk duit gaji anda di bayar oleh rakyat melalui cukai dll...tugas kerajaan ialah berkhidmat utk rakyat spt kata TMJ...skrg apa pon takde...hampehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada menteri dah mengaku diri dia kaya diri dia berkuasa diri dia hansome dan digilai orang mcm pelakon hollywood yg rakyat dok tatang lagi buat apa.

      Ini baru sorang menteri yg sanggup buat pengakuan yg paling jujur dan paling
      berani.

      Tentu masih ada ramai lagi tu. Perut pun buncit buncit belaka sebab kekenyangan.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Sepatutnya umum lebih awal supaya tidak ada masalah panik / berebut / kecoh etc di stesen minyak. Sikap bacol pihak pemerintah ini telah mengundang perasaan marah yang teramat sangat, dan saya teramatlah marah dengan sikap penakut ni

    ReplyDelete
  3. Saya juga marah kerana harga minyak naik tapi saya tidak guna nama anonymous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada Tuan badan la saudara nak letak nama anonymous atau tak

      Delete
    2. Dia ingat nama dia ibrahim darus tu glamour sangat. Orang tak kenal pun

      Delete
    3. Tambah sikit..Datuk Ibrahim Darus
      Haaa ...baru cantik. Tapi masih orang tak kenal lagi ni..camner ekkk

      Delete
    4. Datuk apa kelas bro..gunalah Tuanku Sultan..mcm Sultan Melaka tu..satu Mesia kenal lu. Kembang kempis lubang jubur cakap lu..

      Delete
  4. so what kalau harga minyak naik. kita boleh jalan kaki jeeer kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan mcm tu bolehlah kalau nak apply jadi menteri.

      Delete
    2. boleh jadi menteri industri pelacuran yg sedang pesat membangun di malaysia negara islam

      Delete
  5. Berulang kali kerajaan guna cara yg begitu cool untuk menaikkan harga barang kawalan.. rakyat tetap terasa diperbodohkan seperti menunjal2 kepala dgn tombah.

    Walau menteri2 bodoh bedebah ini meludah rakyat sekalipun, rakyat tetap tidak dapat berbuat apa2. Kerana apa? Kerana mereka ada kuasa dan berkuasa atas sesuatu apa. Jika diteliti maksud kuasa, akhirnya yg ditemui ialah kuasa seperti tuhan.

    Nampak mcm mengarut. Tapi realitinya dgn kuasa, kita mampu membodohkan orang lain.

    ReplyDelete
  6. mohamad adel.....raya nih kau balik kampung jalan kaki laaa yerr...jangan pulak naik kenderaan yang pakai minyak ok....jalan kaki kan sihat tubuh badan...

    ReplyDelete
  7. Hasan sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam. Ertinya, diwaktu rakyat sedang tidur mereka 'merompak' duit rakyat. Apa yang rakyat boleh kata lagi apabila bangun saja dari tidor, mereka dapat 'habuan' seperti ini. Memang bangsat dan barua sungguh kerja sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  8. Jangan salahkan Kerajaan kita. Bukankah orang kita yg memilihnya? Org2 kampung dan felda tak pakai kereta dan hanya beli barang2 yg tak kena GST. Mereka langsung tak merasa apa2 kesusahan. Pd PRU14 nanti mereka akan tetap pilih kerajaan sekarang. PM dan para pemimpin yang lain tahu benar akan situasi ini, jadi tak perlu bimbang akan hilang kuasa kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul en mus,...macik pacik sukusakat warga felda umno totok ni yang sial....masih belum sedar walau harta tergadai.....jumlah undi popular melebihi 200,000 tapi spr sial tipu pembahagian kursi.....macik-pacik felda makan barangan tade gst macam taik goring c elup tepung...hidup perlu amanah,supaya Negara tidak musnah............suburkan sunnah

      Delete
  9. Ini semua kerje geng2 Malaun Ibni Firaun, Haramjadah Ibni MentekedarahRakyat & Penyamun Ibni Penyangak.
    X dapek den nak nolong... PRU depan pandai2lah esei pilih yo!!! Jngn ambik rasuah dan salah pilih..

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni semua beban kerajaan letak pada rakyat!. Gempa bumi di Sabah hanya 18 orang sahaja mangsa. Tapi tabung minta derma bertalu-talu keluar kat TV minta orang ramai berderma. Seolah-olah kerajaan nak lepas tangan. Inilah kerajaan yang kita ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:

      "kerajaan yang kita ada" hendaklah dibaca "kerajaan yang dipilih oleh kita yang bodoh"

      Delete
    2. Tubuhkan tabung derma utk balon duit derma tu, bukannya nak bantu mangsa tetapi jadikan tabung derma tu kononnya sumbangan pemimpin macam putera umno dll. Sebhagian lagi duit derma masuk tabung & poket pemimpin umno.

      Tak payahlah dok derma kat umno ni. pas pun sekarang ni 2x5 aje. pas ganti umno = serupa perangai hodoh.

      abuamir

      Delete
    3. Teknik rembat duit derma online x ramai yg tahu. Derma Palestine..akhirnya dpt melancong free anak beranak. Bank pun makan persen jugak. Duit free bro.. tahan pukat jer..bubuh lukah..pasti kaya..

      Delete
  11. Tadi ditempat kerja, saya saja tanya pasal harga minyak naik. Tiba-tiba seorang macai yang ada kat pejabat jawab ...." emm kalau bagi PKR perintah lagi teruk jadinya negara ni...biarlah macam ni janji kita selamat.."Tengok teruknya tahap kebodohan macai umngok nie....Moral of the story , sebenarnya masih ramai lagi BONGOK2 yg menyokong kerajaan, nak cakap macam mana....memang kena tipulah jawabnya

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang kapla bu****h!!!!!

      Delete
  13. BUTOH BODOH YES YTL KL SENTRAL2 July 2015 at 02:02

    memang butoh pantat bodoh stupid cunt...UMNO MEMANG PALOI...BILA MELAYU NAK MAJU...

    ReplyDelete
  14. saya mohon pemuda umno atau wakil2 ngo atau pemuda dari pembangkang bangkit kan isu ini..kenaikan di musim perayaan amatlah tidak sesuai,membebankan pengguna dan hanya menguntungkan satu pihak sahaja..mohon tangguh ker bulan2 yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..semua dah perut boyot bang.. pemuda kebendernye lagi..dah jadi wanita dah.. baik pas..lagi2 umno..tambah2 lagi ngok2.. sumer perut boyot lembu kenyang.. xde masa nak tolong meh..

      Delete
  15. Minyak naik umngok tak akan ada u-turn.oleh itu jgn undi parti yang tak nak ke putrajaya.Betapa pentingnya tampuk kuasa diputrajaya untuk membuat dasar yang tidak membeban kehidupan rakyat.asalkan bukan pasno ug.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Jangan harap harga minyak akan turun selagi bn yg memerinrah.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete