Tuesday, 30 June 2015

Penyakit 1MDB, Felda Merebak Ke Mara?


Setelah didedahkan oleh akhbar The Age berkenaan pembelian apartment Dudley International House di Melbourne oleh Mara dengan harga lebih mahal sebanyak RM13.7 yang kemudian dikembalikan dalam bentuk rasuah melalui sebuah syarikat di Singapura, rupa-rupanya agensi itu juga memiliki tiga hartanah lain di Australia yang dibeli pada 2013 lalu.

Dalam keseluruhan empat hartanah yang dibeli oleh Mara melalui unit pelaburannya yang baru ditubuhkan iaitu Mara Inc Sdn Bhd itu, sejumlah RM375.4 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Sebagaimana yang didedahkan oleh Rafizi Ramli selaku Pengarah National Oversight and Whistleblowers atau NOW, selain apartmen di Dudley yang didapati dibeli dengan harga lebih tinggi, sebuah lagi hartanah yang beli oleh Mara Inc juga dibelenggu penyakit yang sama.

Beliau mendedahkan, hartanah di 333 Exhibition Street yang dibeli pada Mac 2013 itu didapati dibayar lebih tinggi sebanyak RM27 juta berbanding harga pasaran.

Woww...baru dua hartanah yang didapati dibeli dengan harga lebih mahal. Bagaimana dengan dua yang lain itu?

Pendedahan ini sekali lagi memburukkan imej agensi tersebut kerana Mara itu sendiri diambil daripada singkatan nama yang cukup murni dan terpuji iaitu Majlis Amanah Rakyat yang tentunya menuntut mereka yang berkuasa harus selalu amanah kepada rakyat dalam setiap sen yang dibelanjakannya.

Dalam aktiviti hariannya melalui tag amanah kepada rakyat itu, Mara secara khususnya menumpukan kepada bidang pendidikan, keusahawanan dan kemahiran bagi melahirkan anak bangsa yang maju dan mampu bersaing dengan kaum-kaum lain.

Lebih-lebih lagi dalam konteks pembelian hartanah di Australia, ia adalah untuk kegunaan pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di sana.

Meskipun siasatan sedang dijalankan dalam kes sebagaimana yang didedahkan oleh The Age itu, tetapi pada pandangan umum isu ini amat memalukan sekali kerana seolah-olah mereka yang mahu mengaut keuntungan secara tidak halal ini tidak peduli sedikit pun sama ada ia berkaitan pendidikan anak bangsa atau sebagainya.

Barangkali jika berkaitan masjid sekali pun, kiranya boleh buat wang, tetap akan dilakukan juga.

Berserta pendedahan The Age dan NOW itu, pihak berkuasa seharusnya melakukan penyiasatan lebih mendalam untuk membongkar kemungkinan berlakunya penyelewengan dan unsur-unsur rasuah didalamnya.

Ini adalah ujian kepada SPRM dan sejauh mana kerajaan benar-benar serius mahu menangani rasuah di negara ini.

Tidak sekadar penyiasatan biasa, sebaliknya siasatan secara forensik sehingga akar umbi perlu dilakukan untuk menyelongkar dan mendedahkan apa saja kecurangan yang mungkin berlaku dan seterusnya membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Belum kering bibir setiap rakyat membicarakan mengenai pembelian IPP dengan harga lebih tinggi oleh 1MDB, begitu juga dengan Felda yang membeli ladang di Indonesia dengan harga lebih mahal daripada pasaran, kini Mara juga seperti dijangkiti penyakit yang sama.

Lantaran itu, tiada pilihan selain membiarkan penyiasatan yang bebas dan telus dilakukan terhadap semua pembelian hartanah Mara ini. Mara harus segera dibersihkan dan dikembalikan kepada fungsi asalnya yang sebenar.

Begitu juga dalam lain-lain anak syarikat Mara, harus diperhatikan sama oleh SPRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan kalau-kalau sekarang ini lebih menjadi medan berlakunya "rompakan wang rakyat" daripada membela dan menjaga amanah rakyat. (SH 30/06/2015)

15 comments:

  1. Nanti keluar sikit bajet untuk buat Masjid, bayar sikit zakat harta, boleh settle la, tak payah SPRM nak siasat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang suka buat kenduri. Apa susah duit drp rakyat. Dia joli sajalah

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ini adalah contoh cikgu kencing berlari, murid kencing berdiri. Yang atas mentekedarah berbilion bilion yang bawah pun membaham juta juta. Pecah amanah, penyelewengan menjadi jadi sekarang ini sebab malaon No 1 bernama PM tu lagi jenis tak boleh percaya. Anak murid semua tau cikgu mereka kencing berlari, jadi apa salahnya murid murid kencing berdiri..lebih sopan sikit berbanding kencing berlari. Ya tak.

    Selagi cikgu jenis kencing berlari ni dikekalkan, jangan harap anak murid nak kencing duduk. Dengan hanya terajang dan penendang cikgu jenis begini dan ganti cikgu baru yang adaz etika, baru murid murid boleh diajar dan dibentuk. Maklumlah kepimpinan melalui teladan. Dah yang memimpin tu jelas lagi tak betul, apa lah heran yang dipimpin kat bawah juga tak betul. Era Mr & Ms komisyen malaon ni dah lama dah,,,sejak di kementerian pertahanan dulu lagi. Orang ni yang patut diterajang dulu kalau nak betulkan yang lain lain.

    ReplyDelete
  3. hapuskan rasuah,kezaliman,fitnah dan pembohongan...........suburkan sunnah , bertekad menuju jannah, hayati nasihat ulama supaya hidup tidak musnah.

    ReplyDelete
  4. Makanlah, kebaslah, bedallah dan selewenglah seberapa boleh dan mahu. Jangan takut dan khuatir. Pada PRU 14 nanti org2 di luar bandar dan di Felda akan tetap menyokong kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah....zalimnya kerajaan Malaysia ini...harga petrol naik lagi....gst menekan...cukai pun kena...zakat pun kena...sedangkan mrk menteri2 kedua2 pihak bersenang lenang dgn duit cukai rakyat....ku mohon ya Allah...Kau berikanlah sesuatu sebagai ibrah buat mereka ini semua yg telah menzalimi diriku ini....aku amat tertekan dgn kos sara hidup yg semakin tinggi ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amln ya Allah........perkenankan doa kami ini

      Delete
    2. Kita gunting rambut RM6 saja. Ada orang sampai minta sebutharga untuk buat rambut

      Delete
    3. Mana Abu Kassim, lama tak dengar cerita. Tak kan duk kerja balik tabir saja

      Delete
  7. Untuk renungan dan kita fikirkan kenapa MARA suka sangat membeli harta terutamanya untuk tempat pembelajaran seperti pusat pengajian tinggi (UiTM) anak anak di setiap negeri, terutama di ibu negeri selain bangunan yang dibina sendiri?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Dulu kini dan selamanya UMNO asyik memfaraid sesama mereka. Yg besar makan besar. Yg kecil makan kecil. Projek dan cable berpisah tiada. Direct nego amalan biasa. Harga markup juta2. Yang kaya bertambah kaya. Itulah cerita benar di Malaysia. Game ahli politik kita. Hidup Melayu!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete