Thursday, 2 July 2015

Menunggu Sikap Sebenar Shafie Apdal Pada 7 Julai Ini


Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 7 Julai depan di mana Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sudah berjanji untuk memberi ulasan atau penjelasan mengenai pembelian empat hartanah oleh Mara di Australia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat.

Sebagaimana yang dilaporkan, Shafie akan membuat penjelasan itu dalam majlis berbuka puasa anjuran German Malaysian Institute pada tarikh tersebut.

Pada mulanya, melalui pendedahan oleh akhbar The Age, hanya apartment di Dudley International House yang didapati dibeli dengan harga lebih tinggi sebanyak RM13.7 juta yang kemudian didakwa dikembalikan dalam bentuk rasuah kepada beberapa pihak dalam Mara Inc yang menguruskan pembelian itu.

Tetapi melalui pendedahan selanjutnya oleh NOW atau National Oversight and Whistleblowers yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, rupa-rupanya tiga lagi hartanah tersebut turut juga dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Melalui penyiasatan yang dilakukannya, NOW mendapati perbezaan harga belian berbanding harga pasaran bagi keempat-empat hartanah yang dibeli oleh Mara itu ialah kira-kira RM129 juta yang dipercayai diselewengkan dalam bentuk rasuah dan kepentingan peribadi.

Lantaran itu, NOW kini mempersoalkan ke mana dan masuk ke poket siapa wang berjumlah RM129 juta tersebut?

Lalu, tentu saja menarik untuk menunggu apakah ulasan dan penjelasan oleh Shafie Apdal pada 7 Julai nanti?

Jika dalam ulasan awalnya sebelum ini mengenai pembelian apartment di Dudley, beliau mengatakan semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan dan hanya terdapat satu perjanjian saja dalam pembelian itu atau maksud tersiratnya ingin memberitahu tiada sebarang unsur rasuah berkaitan dengannya, apakah penjelasannya pada 7 Julai nanti menjurus ke arah mempertahankan Mara Inc juga?

Dalam isu 1MDB, Shafie Apdal adalah antara menteri yang jelas berbeza pendapat dengan Najib Razak dalam kaedah penyelesaian syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat dengan hutang serta mempunyai pelaburan meragukan itu.

Selain tidak menghadiri beberapa perjumpaan yang diadakan Najib bagi mengumpul sokongan sebaik kemelut 1MDB meletus, termasuk bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di PWTC dan ketika program bersama rakyat di Tawau, Shafie juga agak pantas menolak kata dua Perdana Menteri yang mahu menteri-menterinya meletakkan jawatan jika enggan bersamanya dalam menangani isu tersebut.

Naib Presiden UMNO itu dengan nada sinikal bertanya kembali, takkan bertanya soalan mengenai 1MDB suatu kesalahan dan perlu letak jawatan?

Ketika itu, ramai yang memuji pendirian dan sikapnya berkenaan  ketelusan dan kebenaran, tambahan pula ramai menteri yang lain lebih suka memilih berdiam diri atau menyokong Najib walaupun tiada hujah mampu ditampil untuk mempertahankan 1MDB.

Namun skandal hartanah Mara yang meletus ini bagaikan ujian kepada Shafie tentang sejauh mana prinsip sebenarnya  berkaitan kebenaran dan ketelusan serta keinginannya menegakkan perkara itu dalam kerajaan.

Kalau dilihat reaksi awalnya yang mengatakan pembelian apartment di Dudley itu "semuanya mengikut prosedur", ternampak seolah-olah beliau cuba melindungi serta menafikan wujudnya unsur rasuah, walaupun  Pengerusi Mara, Annuar Musa telah menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM dan pihak berkuasa di Australia juga masih menjalankan siasatan.

Annuar juga kurang puas hati dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan tiada unsur pecah amanah dalam pembelian hartanah itu dan berhasrat bertemu polis bagi memberi kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan.

Dalam hal ini, apakah pada 7 Julai nanti, Shafie sekali lagi mengatakan, bukan saja hartanah di Dudley, tetapi semua keempat-empat pembelian Mara Inc itu dibeli mengikut prosedur dan tiada unsur rasuah atau beliau akan bersikap terbuka kepada penyiasatan pihak berkuasa serta menunjukkan kebenciannya kepada sebarang unsur kecurangan sebagaimana sikapnya dalam 1MDB sebelum ini? (SH 02/07/2015)

20 comments:

  1. Menteri2 UMNO ni sumer terpaksa jaga perut sendiri. Bukan senang nak iduo mewah ni Budin.. awek keliling..china doll boleh petik saja.. duit berjuta2 boleh amik bila2 masa saja.. lihat saja belanjawan diumumkan saban tahun..jabatan kerajaan dapat ciput ja..lain2 dikebas menteri2 ni awal2 lagi.. gomen servant sok diam jer..sama2 telan..sama2 la dok diam2.. dok diam2 boleh pow diam2.. bising kaloo.. akhirnya jadi mcm Anwar..takde kes boleh diciptakan kes..sumbat masuk dalam.. lebih baik diam2 cover.. boleh hidup senang bro.. Hadi Awang xdpt sesen pun sanggup berUG .. inikan pula Pi'e Thorbaek..kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah dah ada seorang menteri penuh UMNO mengaku bahawa dia kaya. Dia berkuasa dan dia digilai ibarat seliberiti hollywood dan dia tidak akan bertanding lagi dalam pru 14 nanti

      Delete
  2. Wahai pimpinan UMNO dan kuncu-kuncu!!! Kamu semua di beri amanah oleh rakyat dan amanah oleh Allah untuk menjalankan keadilan di muka bumi ini.

    Keadilan dari segi politik, ekonomi, pendidikan dsb. Memang dari segi luaran nampak macam biasa saja, tapi hakikatnya kehidupan rakyat di bumi Malaysia ini semakin susah, segala-galanya ..... wang.

    Tapi bagi ketua lanun UMNO/BN tak susah. Hidup mewah. Ke luar negeri setiap tahun. Tidak ada rasa peluh di dahi.

    Ingatlah Tuhan Maha Melihat apa yang engkau orang semua kerjakan. DIA Maha Melihat apa dokumen yang kamu sorokkan, DIA Maha Melihat apa wang yang kamu pegang dan DIA Maha Melihat hati-hati kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita laknat kan mereka seperti Allah laknatkan kaum yahudi dan iblis hingga ke akhir nafas mereka..........yaAllah kami di zalimi, Kau maha mengetahui apa yang kehendaki...makhbulkan doa kami ini.....

      Delete
    2. Tak salah berdoa kepada Allah, berdoa saja boleh mendatangkan pahala. Namun telahpun beratus-ratus tahun rakyat berdoa kerana ditindas, adakah doa mereka dimakbulkan? Tidakkkkk, kerana Allah sudah berjanji untuk membalasnya selepas hari kiamat. Teruskan berdoa, tiada salahnya. Malah anda akan mendapat ganjaran pahala sebesar gunung Uhud setiap kali berdoa.

      Namun, gue berjanji, Allah akan tangguhkan permakbulan doa tuan tu selepas kiamat berlaku. Ini adalah janjiNya juga. Mmg gue pasti sbb Dialah juga memberitahu yang tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan sesuatu kaum itu mengubahnya sendiri.

      Jadi, bantuan daripada Allah dalam dalam mengabulkan doa tuan, sudah tiada ertinya lagi buat masa ini. Jangan berangan-angan yang doa tuan akan makbul walaupun tuan sedang disembelih atau dipijak-pijak kepala tuan sekalipun.

      Tuan, siksaan tuan tidaklah seteruk rakyat Palestine mahupun Rohingya. Adakah tuan melihat doa rakyat-rakyat negara ini dimakbulkan? Sorilah tuan ya. Mungkin tuan terasa teripu ataupun tersinggung, namun inilah realiti kehidupan. Hentikanlah berangan-angan Tuhan akan menggunakan kuasa tanpa hadnya untuk membantu tuan. Janjinya membantu tuan adalah selepas hari kiamat.

      Untuk mengubah nasib dan mendapatkan sedikit tuah ini, hanya tenaga-fikrah-pergemblengan-penyatuan-tanpa'henti'siang'dan'malam tuan-tuan diperlukan. Jampi serapah hinggakan tuan-tuan merebus segala kitab-kitab suci agama tuan-tuan sekalipun, tidak mendatangkan apa-apa kesan. Buka mata dan terbeliakkan ia, semuanya nihil! Malah golongan pembesar-dan-kaya ini hanya akan terus kentut besar ketawa melihat gelagat tuan-tuan berdoa dan telah dijanjikan penangguhan oleh Yang Maha Berkuasa.

      Bangunlah, bina angkatan tuan-tuan dan bangun melawan dengan semangat waja serta cerdik menyusun langkah. Terlalu banyak onak dan duri dalam melawan satu sistem daulah yang telah lama bertapak ini. Fikrah tanpa bangun melawan adalah kerja yang sia-sia.

      Delete
  3. Orang kampung yang bodoh macam saya tak tahu apa itu 1MDB, peranan MARA atau Tabung Haji. Tak tahu istilah korporat, TAPI yang kami tahu MENTERI BN SEMUANYA PENIPU dan BANGANG. Bodoh2 kami, kami lebih bijak dari menteri BN sebabtu kami tak pangkah mereka masa PRU.

    ReplyDelete
  4. Di Malaysia ni toyol toyol cukup cekap, Sejak dulu sampai sekarang, berbilion billion duit negara lesap dan bocor, tak ada satu bpk toyol atau mak toyol yang boleh ditangkap. Bomoh bomoh yang dipertanggungjawabkan pun tak boleh nak jampi serapah walau pun duit pengeras dan upah puluhan kali disapu. Dulu pakai bomoh BPR dan sekarang bomoh SPRM. Ingatkan bomoh baru ni lebih hebat tapi kong kalikong juga. Bilion duit berterusan lesap non-stop dari BMF, PERWAJA, KLANG GATE, SCORPEEN hinggalah 1MDB dan terbaru MARA, tapi tak ada sekor bpk dan mak toyol yang boleh diberkas. Agaknya bomoh yang ada sekarang ni pun jenis cari makan duit pengeras dan pengabih beras saja! Kalau aku ada kuasa Peguam Negara yang ada sekarang dah lama aku tendang keluar. Kunci utama ada kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jabatan kerajaan ditelurkan begini. Sistem2 ini dibangunkan secara sistematik untuk menjaga parti pemerintah. Atas propaganda menjaga rakyat, kesemua jabatan2 ini dipergunakan cukup2 sebagai benteng pertahanan parti pemerintah. Petik sahaja jabatan mana sekalipun, semuanya beraksi yg sama saja. Birokrasi dijalankan secara asas. Jabatan agama, jabatan mufti, jabatan zakat, name it what you want, semuanya nak menjaga 1% orang2 kaya dan berpengaruh termasuk institusi diraja untuk terus hidup senang lenang sampai kiamat. Tanpa setitik peluh pun mereka ini bekerja, saban hari boleh kutip berjuta2 untuk berbelanja dan makan dan guna apa saja secara percuma aka free.

      Agama Islam diperkudakan untuk membodohkan rakyat dan menundukkan kemarahan rakyat. Ayat2 Allah melalui Quran dan hadis Qudsi serta hadis2 sunnah nabi disebarkan meluas untuk menenangkan kemarahan orang ramai yg hidup tertekan. Imam2 masjid diberi elaun RM900 sebulan untuk terus kuat berkempen membacakan ayat2 agama untuk membodohkan, membonsaikan dan menenangkan fikrah kemarahan rakyat. Kaedah ini berjalan 24jam tanpa henti. Imam berkempen agama setiap hari atas alasan suruhan agama, menteri2 pembesar kerabat raja bersenang lenang menjarah apa saja projek membeli itu ini barang2 mewah untuk terus hidup berseronok sementara jabatan2 kerajaan dikudakan dan digajikan sebagai benteng keselamatan para pembesar2 dan saudagar2 untuk terus mengutip pelbagai cukai dan terus berfoya2 sehingga kiamat. Raja diikat sebagai ketua agama, mereka memiliki gedung judi dan arak (yg dilarang agama) dan jabatan mufti dan agama langsung x amik port pun. Segala dosa rakyat diampun dgn denda dgn menggunakan mahkamah agama. Duit masyuk bro. Sama mcm 2 kereta eksiden sesama sendiri. Pemandu yg bersalah, didenda beribu2 ringgit dan dibayar kpd kerajaan (melalui jabatan polis dan jpj), bukan kpd pemandu atau kereta mangsa keadaan yg teraniaya! Tak ke pelik sistem ini?

      Almaklum, rakyat negara dunia ketiga ini cukup jumud dgn agama. Hal agama menjadi sensitif dan tak semena2 sesuai sangat dimajukan industri agama ini untuk membodohkan orang ramai (bukan seperti diajar nabi SAW untuk mencerdikkan org ramai). Agama digunakan untuk buat duit dgn mendenda dan membodohkan dgn mencari ayat penenang kemarahan dan menundukkan kemarahan rakyat yg hidup susah. Mereka digalakkan memohon doa yg Allah diharapkan segera mengabulkan. Namun ini semua x kunjung tiba sbb Allah dah bagitau semua ini x dibalas cash, tunggu saja slps kiamat nanti. Semua dah jene main. Kahkahkah.. ini semua lawak kambing sungguh.

      Delete
    2. Mesyuarat jabatan2 kerajaan hanya dihidangkang air mineral saja.
      Mesyuarat pak menteri mendapat hidangan ibarat santapan di raja

      Delete
  5. Sang Wira Bangsa3 July 2015 at 00:15

    Makin ramai pemimpin UMNO yang menentang Mohd Najib Abd Razak atau menyokong Dr Mahathir Mohamad 'dilondehkan' satu persatu. Namun kerja londeh melondeh tersebut tidak akan dilakukan 'orang dalam' sebaliknya diserahkan kepada Pembangkang.

    Rafizi Ramli dan NOW dibekalkan maklumat dengan tujuan ia dibocorkan kepada umum. Ini cara Najib untuk menjatuhkan lawannya selain mengalih perhatian umum dan menutup kesilapan serta kelemahan pentadbirannya. Hebat juga penasihat baharu Najib, bukan?

    Tidak boleh menyalahkan Rafizi Ramli yang melakukan pendedahan kerana ahli Parlimen muda ini perlu menjuarai isu untuk kekal relevan dan berpengaruh dalam persada politik tanahair. Sekalipon tindakannya itu bakal memangsakan dirinya sendiri selepas 'membantu' Najib bertahan lebih lama di kerusi kuasa dengan mengaib dan menjatuhkan pesaing Jeneral Bugis itu, namun untuk jangka masa panjang Rafizi sebenarnya berjaya menghancurkan UMNO dan pemimpin-pemimpin korup yang ramai itu, termasuklah Najib sendiri.

    Politik di Malaysia, khususnya dikalangan UMNO-BN telah memasuki fasa - you play, you win, only to lose! Maaf, tiada jalan selamat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, saya rasakan Rafizi ni seperti metos nyamuk membunuh fir'aun. Kita dihidupkan dengan metos-metos haramjadah begini dan berterusan menjadi "victim of faith".

      Bagi pembesar-pembesar UMNO dan BN, peranan jabatan-jabatan kerajaan dengan pekerjanya 1.4 juta orang, sudah cukup utuh untuk "menjaga periuk nasi" mereka selama-lamanya. Masakan tidak, duit cukai dikutip dan dibelanjakan 1% sahaja untuk menggajikan para haramjadah ini untuk terus kekal berkuasa menjadi tuhan sehingga kiamat.

      Mereka telahpun mengambilalih tugas tuhan dengan menyuruh kita bersyukur segala bagai, malah menugaskan para imam dan mufti untuk berterus membodohkan kita dengan ayat-ayat agama yang suka benar kita mendengar dan terasa nyaman bahagia walaupun hidup kita ditekan dan diperah keringat setiap hari untuk membayar cukai bagi para pembesar terus hidup mewah dan bersenang lenang.

      Lihat sahaja institusi raja, kenaikan segala cukai tak ada seekor pun bising. Kalo bising pun, 2-3 hari jer sebab perut sudahpun boyot kenyang dengan duit elaun dari hasil cukai duit rakyat dan komisen-komisen projek seantero kawasan jajahan mereka. Semuanya diam sebab duit masyuk tuan. Semua elaun-elaun terjamin setiap bulan (nak lebih kena tubuh kompeni dan buat bisnes modal hasil kutipan duit cukai rakyat juga), apa derang nak ambil peduli. Sudah macam lembu kenyang, berak pun sambil mengiring. Pembesar jantan betina ini terus menjana wang dalam pelbagai sektor hasil dari belanjawan saban tahun yang disediakan untuk mereka merembat semaksimum mungkin. Tak cukup, PM boleh tambah 60,000 juta lagi, JUST LIKE THAT!!!! Para cukong disediakan untuk dialibabakan projek-projek supaya dilihat ekonomi berkembang dengan pesat. Hakikatnya disebalik para pembesar ini, muka cukong-cukong yang sama sahaja membuat kerja. Namakan sahaja cukong yang ada. Sistem ini dibangunkan supaya kekayaan berlegar dikalangan pembesar-dan-cukong supaya mereka terus hidup bersenang lenang menjarah keringat rakyat melalui cukai dan harta negara. Tidak akan ada muka-muka lain dikenali melainkan mereka-mereka yang selalu dikurniakan pingat saban tahun hasil dari muka-muka hodoh yang sama. Pingat dan darjah kebesaran ini adalah untuk mencantikkan wajah-wajah mereka yang hodoh YANG BERLEGAR DIJABATAN-JABATAN KERAJAAN TERMASUK PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN SENDIRI dan memastikan mereka berterusan selamat menjaga para pembesar 14 buah negeri. Sekali sekala, nama ahli sukan dan artis diiklankan dengan pingat-pingat untuk membodohkankan orang ramai dan langsung tidak berguna kepada rakyat ini.

      Sistem sudahpun terjamin tuan. SPRM? SPR? JABATAN PEGUAM? JABATAN MUFTI? JABATAN PELAJARAN? KEMENTERIAN PERTAHANAN? Lihatlah lawak jenaka para pegawai kerajaan yang dilantik! Nikmatilah sebelum kita berhenti bernafas semahu kita. Tiada langsung mana-mana tuhan dari mana-mana-mana agama pun, dapat berbuat apa-apa malah tidak mahu mengambil port langsung malah ada yang berjanji untuk membalas selepas hari kiamat. (1/2)

      Delete
    2. Pemerintah korup sebab sistem yang dibangunkan. Sistem yang kompleks ini sengaja dibangunkan begini supaya rakyat bawahan berbalah sehingga pening dan tidak tahu mana kepala dan mana ekornya, lalu akhirnya senyap begitu sahaja. Isu-isu hangat ditimbulkan pelbagai jabatan hanyalah sebagai iklan sabun untuk merancakkan dan menyatakan pegawai-pegawai serta haramjadah-haramjadah mereka ini membuat kerja.

      Nah, Rafizi ini adalah sebahagian dari mereka. Parti PAS mahupun Parti Haramjadah mana sekalipun, adalah hiasan dan iklan-iklan sabun dan syampoo untuk memeriahkan drama di waktu petang, pagi dan malam. Adakah pembesar dan raja-mahupun-sultan ini duduk diam? Tidak tuan, penjarahan demi penjarahan keringat hasil rakyat ini diteruskan dengan aktif, seaktif drama-drama TV dimainkan dan diselitkan dengan iklan. Ini adalah demi kesenangan untuk mereka berterusan enjoy sehingga ke anak cucu piut miut dan hari kiamat.

      Golongan kaya pembesar berjumlah 1% ini, tidak akan membenarkan anda dan kita semua menjadi kaya, malah akan terus menekan seboleh mungkin sehingga kita semua menjadi papa kedana dan menyembah bantuan hanya daripada para pembesar dan orang-orang kaya ini. Period. (2/2)

      Delete
    3. Sang Wira Bangsa3 July 2015 at 11:34

      Pendapat saudara ada benarnya. Namun kurang adil meletakkan segala tuduhan dan kesalahan kepada pembesar negeri/Sultan dan Raja. Institusi agama juga tidak bersalah.

      Sistem yang ada kini tinggalan penjajah. Dan yang meneruskannya adalah Regim UMNO. Jika UMNO berkehendak dari dahulu ia mampu merubahnya. Zaman Imam Islam Hadhari berkuasa dengan kekuatan 92% kerusi Parlimen UMNO mampu membesarkan kekuatan Melayu dan memulangkan hak rakyat serta mengurangkan 'do re mi' institusi Beraja dan agama. Namun ia tidak berlaku.

      Bukan ianya tidak pernah berlaku dan tidak boleh dilakukan. Dr Mahathir Mohamad berkali-kali mewujudkan krisis perlembagaan. Krisis ini menyebabkan Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Kehakiman di'tune'kan. Ia menunjukkan UMNO ada kudrat dan 'nerve' untuk melakukannya namun hanya bertindak jika bersesuaian dengan mereka (baca memberi kelebihan dan meningkatkan kuasa mereka). Bukan kerana demi kepentingan umum.

      Pemimpin UMNO tahu untuk mereka terus kekal di kerusi kuasa dan menjadi Tuan kepada bangsa Malaysia (sistem penghambaan moden) hanyalah melalui Raja dan agama. Dua institusi ini dibiarkan berada antara rakyat, undang-undang dan perlembagaan.

      Pemimpin UMNO juga tahu politik perkauman mampu membuat mereka kebal dan kekal relevan. Dengan berbekalkan kewujudan Sistem Beraja ala boneka, institusi agama berketuakan yang lemah agamanya dan parti politik 'racist', selagi itu UMNO akan kekal menjadi Tuan.

      Sistem 'parti majoriti mengetuai kerajaan' juga sentiasa memberi kelebihan kepada UMNO. Jika pemilihan ke jawatan PM dan TPM dibuat melalui proses pilihanraya nescaya sudah lama wakil UMNO tidak berjaya.

      Untuk mengukuhkan proses demokrasi sebenarnya di Malaysia, mengembalikan kuasa sebenar rakyat dan sekaligus menjadikan bumi bertuah ini aman makmur dan maju, UMNO dan segala 'penyakit bawaannya' perlu di'neutralise'kan. Maka Rafizi telah memainkan peranan yang betul. Dan kita rakyat mesti bersamanya. Saya tidak mahu bercakap tentang PAS. Dalam soal mentadbir negara, PAS sudah hilang kredibiliti dan peluangnya. Ia sudah tidak relevan.

      Delete
    4. Ya..saya sama pendapat dengan tuan SWB.

      Namun peluang Rafizi membuka pekung PM dan mengheret ke muka pengadilan tetap kekal masih samar-samar kerana jentera daulah beroperasi dengan nyaman sekali.

      Jentera daulah ini seperti yang kita maklum, ianya dibangunkan untuk menjaga dan menyelamatkan apa kerja buat dan kerja jahat parti tinggalan penjajah serta institusi beraja dan juga membahagiakan jabatan-jabatan kerajaan memerintah.

      Tugas sukar jika Rafizi juga tak ketinggalan akan direkayasakan kes seperti DSAI. Buat masa ini, keadaan Rafizi tidak langsung membimbangkan BN. Cuma kita sahaja masih bersorak sorai yang peluang Rafizi berbuat demikian menampakkan hasil. Watak Rafizi ini akan hilang bila pemusnahan karakter beliau akan dimulakan jika benar-benar mengganggu BN. Buat masa ini, BN hanya terasa geli-gelinya sahaja. Kerana pengaruh Rafizi hanya berlegar dikalangan kecil orang-orang PR sahaja. Makcik pakcik kampung langsung tak kenal. Apatah lagi umat melayu UMNO totok atau BN totok, sudahpun membunuh segala karakter pemimpin pembangkang yg ada. Ini kerana karekter buruk pemimpin pembangkang telahpun awal-awal lagi dihancurkan spt Haji Hadi yg dikenali orang-orang kampung. Bila Haji Hadi memegang PAS, tak nampak apa-apa pun fungsinya. Hanya berkokok malah membantu pula pembangunan karekter buruk BN.

      Delete
  6. Ya..semuanya ikut prosedur.....prosedur yang tak betul...kahkahkah..

    ReplyDelete
  7. http://www.sarawakreport.org/2015/07/sensational-findings-prime-minister-najib-razaks-personal-accounts-linked-to-1mdb-money-trail-malaysia-exclusive/

    berita lawak hari ini..TV takkan siarkan punyer..apatah lagi surat kabo..mampoih

    ReplyDelete
  8. cerita sebenar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  9. Terjah punggong Miss Vee

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Ianya open secret. Politik adalah pintu menimba kekayaan dgn beraneka cara dan prosedur. Projek dan "cable" berpisah tiada. Kecil besar. Semua level. Harta negara difaraid sesama mereka.

    ReplyDelete