Friday, 3 July 2015

Penafian 1MDB Tidak Memadai, Najib 'Si Pahlawan Bugis' Wajib Tampil Dengan Bukti


Umpama seorang ustaz atau lebai kampung, Najib Razak semalam mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak akan masuk syurga jika mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama terus melakukan adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan.

Beliau kemudian memetik sebuah hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga. Ini peringatan untuk kita semua," katanya lagi.

Tentunya kita rasa berbangga dan menghargai ingatan ini kerana ia menggambarkan ketinggian akal budinya sebagai pemimpin utama negara ini.

Tetapi hari ini Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan sensasinya menerbitkan tulisan yang mengaitkan penyaluran dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadi milik Najib Razak.

Memetik ianya daripada dokumen siasatan kerajaan sendiri, WSJ percaya ia adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ianya berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dalam masa yang sama, Sarawak Report juga mendakwa, sejumlah wang melalui syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB turut dipindahkan ke dalam tiga akaun peribadi milik Najib di sebuah bank tempatan.

Jumlah wang yang dipindahkan dan nombor akaun bank yang dikatakan milik Najib Razak juga didedahkan dalam laporan itu.

Sudah tentu ini merupakan pukulan terbaru kepada Najib yang mungkin mula berasa selesa dengan isu 1MDB yang mulai mengendur kesannya dan kemudian tanpa ragu-ragu pula menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan lagi.

Apakah pendedahan ini tidak betul atau fitnah?

Dalam reaksi segeranya, 1MDB menafikan laporan WSJ itu dengan mengatakan syarikat pelaburan itu tidak pernah sama sekali menyalurkan sebarang dana kepada Najib.

Melihat bagaimana dakwaan ini didedahkan, penafian daripada 1MDB saja tentunya tidak mencukupi. Sekadar membuat penafian dan mengatakan ia laporan tidak bertanggungjawab, sesiapa pun boleh melakukannya.

Oleh kerana yang dituduh dan dilibatkan secara langsung ialah ialah Najib sendiri, maka beliau wajib tampil dengan penjelasan dan bukti-buktinya sekali.

Tanpa ada pilihan lain dan sebagai Pahlawan Bugis, beliau perlu berani tampil dengan bukti atau dokumen bahawa beliau tidak pernah menerima dana tersebut dan tunjukkanlah juga nombor akaun bank yang didedahkan itu bukan miliknya.

Kemudian, ambillah pula tindakan undang-undang terhadap WSJ dan Sarawak Report jika terbukti laporan yang mereka terbitkan itu adalah palsu, tidak benar dan fitnah.

Kiranya semua tindakan ini tidak diambil, ia adalah merbahaya kepada masa depannya kerana akan menjuruskan tanggapan umum beliau sudah terjerumus kepada perbuatan tidak amanah sebagai pemimpin.

Ia bukan saja bahaya kepada kedudukannya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

Untuk pengetahuan Najib, agama juga sering mengingatkan, selain fitnah, adu domba dan menghancurkan perpaduan, perbuatan pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat adalah lebih dulu dihisab dan ditolak daripada memasuki syurga. ( SH 03/07/2015)

32 comments:

  1. Makin Ketara Masa Depan Najib, makin ramailah Adviser atau Penasihat akan di Tabalkan olihnya....Berapa Ramai Agaknya Penasihat / Official Adviser PM sekarang selain dari yang bertaraf Unofficial?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. PERGI MAMPUSLAH INDON

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Laporan Sarawak Report pun tak ada bukti. Suruh SR bagi bukti dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin bersangka baik, tapi komen Mamat ni loyer buruk!

      Delete
    2. ini virus baru... pencetusnya DSNTAR @bogey worrior......virus creat symptom of answered question of what been asked of for the answer.......well done lkw and co.......putar lagi.....everything one day have to stop when something dries out....

      Delete
    3. Bila Haji Jib bon bersabda, babi pun boleh terbang.

      Delete
    4. SR satu hal, tapi WSJ satu hal. Cuba buat homework sikit tentang WSJ. Dah berusia lebih satu suku abad dengan pengedaran lebih 2.5 juta naskhah sehari. Media ini bukan standard macai macam Utusan, TV3 dll...ia takkan cagarkan kredibilitinya untuk menyiarkan berita yang tidak diyakini sumbernya. Apatah lagi berita itu membabitkan PM sebuah negara.

      Delete
    5. WSJ bukan calang2 penerbitan. Mereka bukan bodoh. Mereka bukan tak tahu isu saman menyaman. Mereka sudah bersedia. Berita itu memang minta disaman. Maka bila kes masuk mahkamah akan terbongkar kesah yg terpendam. Bongkah air batu dibawah sana masih sgt besar. Masih panjang ceritanya. Akhirnya rakyat baru sedar. Nasi sudah menjadi bubur. Sama2 kebulur membayar hutang negara.

      Delete
  3. SR tidak ada kuasa...kalau bukti dikeluarkan pegawai kjaan terlibat akan kena kerana bocorkan rahsia...nasib engkau la labu....teringat kata ore dulu2...jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai...saya yakin kebenaran akan muncul...dari siapa atau kebenaran siapa...kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  4. SR tidak ada kuasa...kalau bukti dikeluarkan pegawai kjaan terlibat akan kena kerana bocorkan rahsia...nasib engkau la labu....teringat kata ore dulu2...jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai...saya yakin kebenaran akan muncul...dari siapa atau kebenaran siapa...kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  5. SR tidak ada kuasa...kalau bukti dikeluarkan pegawai kjaan terlibat akan kena kerana bocorkan rahsia...nasib engkau la labu....teringat kata ore dulu2...jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai...saya yakin kebenaran akan muncul...dari siapa atau kebenaran siapa...kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  6. Berita ini belum viral lagi dikalangan rakyat. Ianya langsung x membuatkan rakyat marah sehingga turun ke jalanraya beramai2. Najib boleh berdiam diri sehingga berita ini menjadi sejuk dan basi begitu sahaja. Hanya warga internet sahaja tahu. Itupun kadar penembusan internet hanyalah 2%. Yg percaya mungkin 1%. Mustahil PDRM dan jabatan2 ciptaan daulah tampil mengambil tindakan utk merehatkan PM spt dilakukan kpd top guns MARA.

    ReplyDelete
  7. cerita sebenar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  8. Tak pernah PM PM Malaysia yang lain dibabitkan sehingga begitu rupa. Sial apa dengan PM sekarang ni?. Sial berbini "R" agaknya !

    ReplyDelete
  9. Rasanya inilah kali pertama dalam sejarah M'sia TWSJ melaporkan ketidakamanahan dan penyelewengan wang negara (rakyat) yg dilakukan seorang PM kita.

    Jika laporan TWSJ itu tak benar PM (Najib) kita WAJIB ambil tindakan undang2 terhadap TWSJ demi maruah negara dan nama & jawatan beliau sendiri khasnya.

    Masyarakat luar bandar dan Felda tak berapa kerat yg tahu tentang laporan TWSJ itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib hanya berani saman harakah dan rafizi saja.Orang putih mana Najib berani.Najib ni pahlawan taik kucing je.

      Delete
  10. Ha ha .... pokok pangkalnya, kalau abang Najib ni betul-betul tak bersalah, kenapa dia tidak berucap dalam TV siaran langsung seluruh negara dalam TV1, TV2, TV3, Astro untuk menerang keadaan sebenar???? Ini tidak, dia hantar orang itu orang ini dalam TV1 siaran langsung dan saya lihat orang suruhan Najib ini pun tidak tentu arah apa perbahasan mereka ... sampai pihak PR pun di katakan "teroris" , walhal pihak UMNO tak ada pun pakar .... cuma tukang jilat aje cara mereka bercakap. Tak ada hujjah yang bernas...cuma mendindingkan Najib...... kah kah

    ReplyDelete
  11. 5 July 2015, "Saya tidak tahu menahu akan hal itu". Ini jawapan Najib.

    8 July 2015, AmPrivate Bank serta merta diarahkan BNM untuk henti operasi untuk siasatan SPRM dan Forensik Kewangan PDRM.

    15 July 2015, Utusan dan akhbar UMNO totok akan mainkan berita lain untuk alihkan perhatian rakyat. Jika ada berita gempa bumi, itu cukup cantek. Najib arahkan bantuan dihantar segera. Dosa-dosa disucikan segera.

    17 July 2015, Harun Din dan Hadi Awang turut bersedih dgn nasib mangsa gempa.

    20 July 2015, Rumah terbuka hari raya. Najib bersalam salaman dgn rakyat jelata.

    25 July 2015, siasatan lengkap! SPRM umum akaun AmPrivate Bank palsu.

    26 July 2015, Harussani menegur sikap segelintir masyarakat mudah percaya kpd internet.

    27 July 2015, Ahmad Maslan, Hasan Malek dan Sabri Ismail sudah ready dgn lawak masing2.

    1 August 2015, harga minyak dinaikkan 10 sen. Semua rakyat bersorak sorai gembira dgn harga baru.

    Wayang yg sama dimainkan. Biola lain2 jer.



    ReplyDelete
  12. aaaargh!!!!! macam mana boleh silap...dulu siakap senohong gelama ikan duri...selalu cakap bohong lama lama mencuri,..sikalang aaa gelama ikan duri siakap senohong......lama punya kes curi,sikalang hari hari ciakap bohong...........apadaa politik bawak geng totok karat biru makcik pacik felda sampai sekarang kena tipu...... hancus m'sia

    ReplyDelete
  13. Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...di keheningan pagi ini...aku bermunajat padaMu....aku telah dizalimi dengan kenaikan harga minyak...cukai gst...tol..dll...begitu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah kini Ya Allah...Kau tunjukkanlah satu persatu setiap penyelewengan yg dilakukan oleh mereka melalui pelbagai saluran Ya Allah...biarlah ianya menjadi ibrah buat mrk.
    Hamba yg merasa dizolimi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin....YA RABBALALAMINN...

      Delete
    2. Insya Allah. Wailallahi tul ja'ul umur.

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Tut..tut tiba2 PMO atau Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan duit bukan untuk kegunaan peribadi Najib, bermakna bacaan bodoh kita semua betul duit dikeluarkan dan betul pakai akaun peribadi Najib cuma guna bukan untuk peribadi Najib. Pening gua!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pening bila duit dah tak ada dlm akaun. Yang ada cuma unit. Apa itu unit dlm akaun???Seumur hidup inilah pertama kali aku dengar simpan unit dlm akaun

      Delete
  16. " I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy "

    But....
    " I believe it is good for Malaysia to be ruled by my bini "

    1MDB 1 Minang Dan Bugis

    ReplyDelete
  17. Agak2 begini taklimat PM pada ketua bahagian UMNO " ya duit MDB masuk dalam akaun saya untuk kegunaan tuan tuan juga. PRU kita perlu banyak dana utk menang.setiap bahagian akan diperuntukan RM xxx juta.". Hidup PM! Jerit ketuaketua bahagian sambil mengangkat penumbuk.

    ReplyDelete
  18. Ah Jib Ahjib. Dia bercakap je keluarlah ular2 kecik dari bibir mungil dia tu. Lagi nak ceramah bab agama. Apa ingat dia panggil ulamak ustad buka puasa dan semayang terawih kat Sri Perdana tu dia boleh jamin masuk syurga ke?
    Semayang jemaah, tapi cakap bohong, mencuri, makan yg haram, kedekut pun ada bagi zakat kain batik dgn towel je. Syurga manalah nak terima kau Jib. Buat syurga sendirilah. Syurga Maqasid Syariah. Dikhaskan untuk mereka2 yg taat dan menepati indeks sahaja.

    ReplyDelete
  19. Apa pun aku sokong admin shahbudin yg keluarkan artikel ni...pakat2 la kita kupas ye...

    ReplyDelete