Saturday, 4 July 2015

Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!


Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain, Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.

Pihak yang melancarkan serangan ini patut berdepan dengan tindakan akibat dakwaan yang dilakukan itu. Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah untuk menggulingkan kerajaan, akan menemui kegagalan, katanya dalam jawapan melalui Facebooknya malam tadi.

Bagaimanapun sehingga ini tidak dipastikan siapakah yang bakal diambil tindakan undang-undang itu? Adakah ianya WSJ? Adakah ia  Sarawak Report yang sebelum ini banyak melakukan serangan terhadapnya dan didakwa bekerjasama dengan WSJ itu?

Atau adakah saman itu akan diambil terhadap "tok dalang" bernama Tun Mahathir yang dituduhnya secara terbuka memainkan peranan di belakang tabir serangan terbaru ini?

Melalui kenyataan yang dipetik dalam Sinar Harian oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Khairun Aseh, beliau hanya menyatakan bahawa Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berikutan laporannya yang didakwa bersifat jenayah fitnah, berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah serta meragukan.

Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir  sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?

Jika benar Najib mempunyai bukti mengenai peranan atau penglibatan Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ itu, sudah tentulah "tok dalang" itu perlu diambil tindakan undang-undang terlebih dahulu berbanding WSJ atau Sarawak Report.

Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenalpasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, "tok dalang" boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya.

Lagi pula, menuduh Tun Mahathir sebagai dalang dalam laporan WSJ yang mengaitkankannya dengan pengambilan wang untuk kepentingan peribadi sedangkan ia diketahui sebuah akhbar perniagaan berpengaruh di dunia dengan usia sudah menjangkau 125 tahun dan jumlah edaran sebanyak 2.5 juta sehari, adalah suatu pertuduhan yang berat dan serius terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Kecuali tindakan saman turut diambil terhadap Tun Mahathir, tuduhan sebagai dalang ini sebaliknya akan membuka ruang untuk bekas Perdana Menteri itu pula mengemukakan saman kepada Najib. (SH 04/07/2015)

14 comments:

  1. Kemuncaknya akan tiba jua. Siapa yang kecundang dan siapa yang bersorak menang. Seni berpolitik dan seni kewartawanan terjalin indah. Dunia sudah berubah. Teknologi canggih banyak mendedah. Seni para hackers membuat kerja lebih mudah. Satu demi satu akan terdedah. Malam akan terang bagaikan siang. Wartawan utusan terkebil kebil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. sedarlah pemimpin...kamu dilantik dan diamanahkan untuk kesejahteraan raayat, sayangi lah mereka....ehsanilah mereka,kamu berdua adalah di lantik.....sedarlah,sedarlah demi Malaysia Negara aku....

    ReplyDelete
  3. Kita sama2 tunggu tindakan PM Najib menyaman Tun M, WSJ dan S'wak Report serentak untuk buktikan beliau tak bersalah.

    Paling tidak pun PM Najib kena saman Tun M dulu yg dianggapnya sbg 'dalang'.

    ReplyDelete
  4. saman Mat Sabu dan Anwar Berahim sekali. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahlawan bugis ni hanya berani saman harakah dan rafizi. Saman orang puteh alamatnya bakal masuk penjara.

      Delete
  5. Sang Wira Bangsa4 July 2015 at 19:06

    Peguam Negara akhirnya bersuara. Dakwaan dokumen siasatan jejak wang 1MDB oleh WSJ adalah benar. Kita tunggu samada Ghani Patail berani membenamkan Najib demi Mahathir atau beliau sudah tidak takut 'rahsia' beliau ditangan Mahathir didedahkan. Makin menarik wayang antara Mantan PM dan Presidente Del Bugisee ini. Kita saksikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat Ghani Patail dilantik menjadi AG oleh Mahathir sebagai ganjaran kerana berjaya memenjarakan Anwar dalam kes liwat1 dulu dgn cara yg kotor.

      Jika kita tahu perkara ini, dalam keadaan beliau sendiri tersepit dgn kes saman oleh Peguam Rosli Dahalan dan Dato Ramli Yusuf, kita boleh agak bekah mana Ghani Patail akan berpihak untuk menyelamatkan batang tengkoknya - Mahathir atau Najib? Juga kita aian faham statement Ghani Patail tentang serbuan keatas SRC...

      Delete
  6. marilah kita sama2 berdoa semoga krisis ini berakhir dgn kebaikan
    dah tak larat rasanya hati ini risaukan masa depan anak2 bangsa agama dan tanah air

    ReplyDelete
  7. mesti cikgu bard ketua samm seronok dengar bila haji najib kata tun m dalang,disebalik semua itu.saman ja habih cerita aku nak tengok sampai kemana? dan sapa yang akan kena,sedangkan saman keatas rafizi pun tak ketahuan .nak berdebat pun tak ada teloq,ada hati saman wsj.simpan ja lah 'saman' tu boleh buat koleksi pribadi.

    ReplyDelete
  8. Semuanya kenyataan politik yg tanpa bukti,sama dengan sebelum ini dan hingga kini mengenai tuntutan peribadi tun m sampai kini ianya tinggal di takuk itu dan di ulangtayang.benda yg sama tanpa penjelasan lebih lanjut.
    Hanya Nafi semua persoalan yg di timbulkan dan minta bukti tetapi dia sendiri tidak pernah keluarkan bukti lepas tu cerita lebih saman maka jadilah maka jadilah PERNADA MENTERI KE-6 BAPA SAMAN NEGARA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.....that's the slogan I have been long waiting for to crop up again...BSN- bapa saman Negara/ buang saja najib..

      Delete
  9. new pr 2.0 without bastard hadi awang and pas ulama will go all out then to win that rural area in next ge 14.we will go toe to toe no doubt knowing bn importing 1.5 million bangla next 3 year to remain in power.its up to all qualified citizen who can vote to make thier vote counted.

    pr baru 2.0 tanpa hadi awang dan ulama pas akan berjuang habis habisan untuk memenangi kawasan2 luar bandar yg masih jadi kubu punca bn masih berkuasa di putrajaya pade pru 14.kite akan lawan cukup2 kerna bn dah beritahu akan import 1.5 juta bangla 3 tahun berikutnya untuk terus berkuasa.terpulang pada anda semua yang layak mengundi untuk jadikan undi anda masing2 bermakna.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete