Saturday, 11 July 2015

Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan' Berbanding Najib

Bukan setakat sebelah tangan, tetapi tabik dua belah tangan kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dengan berani dan tidak menunggu terlalu lama untuk tampil mengesahkan bahawa pendedahan Sarawak Report mengenai akaun bank miliknya adalah betul dan benar-benar wujud.

Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih "jantan" berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orangramai.

Kalau boleh, seluruh negara harus memberikan tabik hormat dua belah tangan kepadanya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai "First Lady kedua tercantik di Asia" atas keberanian tersebut.

Tidak seperti suaminya, Najib yang sehingga sekarang masih tidak berani mengesahkan sama ada akaun bank yang didedahkan oleh Wall Street Journal adalah miliknya dan kemasukan wang ke dalam akaun tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, hanya tidak sampai dua hari, Rosmah melalui peguamnya tampil mengesahkan kebenaran dakwaan Sarawak Report itu.

Sambil mempertikaikan dari segi pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mahu Bank Negara bertindak mengenai kebocoran maklumat itu, peguam itu juga menafikan kemasukan wang yang didakwa Sarawak Report itu ada kaitan dengan 1MDB.

Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama "Roslan Sohari"  ke dalam akaun bank peribadinya.

Melalui kenyataan peguam yang dikeluarkan malam tadi juga, bagaimanapun tiada sebarang pengumuman sama ada tindakan saman atau surat meminta penjelasan terhadap Sarawak Report akan diambil atau tidak.

Berbeza dengan Najib, berdepan serangan berterusan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Report serta desakan ramai yang mahukannya menjawab dengan jujur tentang dakwaan pengaliran wang masuk ke dalam akaun peribadinya yang didakwa berjumlah RM2.6 bilion, beliau bukan saja tidak berani memberi jawapan yang meyakinkan, malah melencong kepada kata-kata,  "saya tak ambil wang 1MDB untuk peribadi"  dan "saya tidak pernah khianati amanah rakyat" atau yang membawa maksud seumpama dengannya.
Sudah lebih seminggu berlalu, masih tiada jawapan berlandaskan kebenaran dan fakta mampu diberikannya. Ancaman saman terhadap WSJ pula akhirnya bertukar kepada tuntutan meminta penjelasan saja.

Beberapa kali pula beliau sekadar berkata, kebenaran akan muncul akhirnya tanpa menyebut sama ada kebenaran itu untuk dirinya atau kebenaran yang sebenar-benarnya.

Selebihnya, dalam menghadapi tekanan itu, Najib seperti cuba menggunakan pendekatan menyampaikan mesej suci murni dengan bercakap hal-hal berkaitan agama, mengingatkan tentang Lailatul Qadar, berbuat baik, dosa, pahala dan sebagainya.
Beberapa hari kebelakangan ini, sama ada melalui ucapan, tulisan di FB dan Twitter miliknya, mesej suci murni itu ternampak lebih kerap diluahkannya berbanding sebelum ini atau ketika sambutan Ramadan tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin dengan menyampaikan mesej atau peringatan suci murni dan berkaitan akhirat itu, ia merupakan terapi yang mampu memberi ketenangan jiwa kepada Perdana Menteri berbanding tampil dengan keberanian menyatakan "ya" atau "tidak" berhubung dakwaan terhadapnya.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang perlu Najib pelajari daripada isterinya dalam bab keberanian ini, kalau pun beliau tidak mahu mempelajarinya daripada Tun Mahathir Mohamad atau pun Anwar Ibrahim.  (SH 11/07/2015)

23 comments:

  1. Kemungkinan Najib dan Rosmah telah melakukan plastic surgery menukar kemaluan mereka sebelum ni. Kemaluan asal Najib yg bertelo telah dipasang kpd Rosmah dan kemaluan asal Rosmah yg cam apam balik telah dipasang pada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Sial punya pak karta rusdianto. Kau tak rasa malu ker mengajak orang berjudi di bulan ramadhan ini.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Najib memperalatan agama utk meraih simpati, sesuatu yg tidak digunakan secara serius sebelum ini. Pendekatan memperkenalkan diri sebagai pahlawan bugis, x berkesan kerana rosmah lebih banyak langkah silat. Lebih baik je letak jawatan drpd dihantui hilang percaya drpd rakyat.

    ReplyDelete
  3. Rakyat dah hilang kepercayaan pd najib, lebih baik letak jawatan. Negara akan musnah ditangan najib?

    abuamir

    ReplyDelete
  4. Pemimpin rembat duit, semua jabatan kerajaan bersatu padu cover mengcover menunjukkan mereka2 ini suci dan skrab dgn Allah. Walhal penyangak penyamun wang rakyat adalah pemimpin, penguasa dan juga sebilangan besar pegawai2 peringkat tertinggi kerajaan. Masakan pegawai rendah x cari makan? Mustahil. Kerani Bank Negara pun balun duit, mungkin yg betul2 bersih cuma tukang kebun dlm jabatan kerajaan sahaja. Ada cikgu pun boleh pakai Vellfire. Meriah sungguh projek2 kerajaan boleh diratah semahu pegawai. Manakala staff gomen yg baik pula bermati matian menutup segala kebejatan ini dgn menunjukkan kualiti kerja mereka.

    Ini semua cara dan modus operandi cara org kerajaan bekerja.

    ReplyDelete
  5. Bang non walaupun terang2 menyontot china doll pun masih berani buat p.c untuk menafikan perbuatan beliau bersama roh maximum over 'kondifen'nya....itulah kekurangan najib berbanding aljuburi!!!!najib kena belajar di sungai buluh dulu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis pembawa kuman JE memang berfikiran sama seperti kamu. Adakah kamu keturunan spesis pembawa kuman JE itu?

      Delete
  6. Najib menghadapi kemelut dzaman cyber krn makcik feldapun sudah ada intenet.entah siapa lg yg akan percaya dgn keadaannya yg alim kucing itu.utusan yg sebesar begitu hanya sesuai utk djadikan kertas lapik n tv3 pula tlah dpandang sebagai tv3suku oleh org ramai.boleh jd hanya sesuai utk menonton senetron shj.iktiar najib hanya berharap kpd empat penyisat .apapun keputusanya adakah rakyat akan masih berpihak kpdnya
    sedang dia pula yg seakan menjadi ketua bg empat penyiasat itu.apakah dia masih kuat utk terus bertahan dkerusi ketua itu dgn membuat muka tebal n bebal

    ReplyDelete
  7. Agaknya 2 juta masuk dlm akaun Rossy tu duit kutu tak..? Maklum la mak2 datin group Rossy pun mcm makcik2 felda juga. Makcik2 felda main kutu ratus2... Mak2 datin main kutu juta2.. Kelas gituu.. Taraf dunia katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeemmm....tak terpikir aku bab main kutu.....kalau lebih 4 kepala dah sah....saksi boleh pakai......macik ros ..confirm and case close

      Delete
    2. Wkakakaka.. Hah apa lagi Geng Mak Datin masing2 buat la akuan bersumpah pasal duit main kutu sokong Datin Paduka Rossie. Inilah masanya nak tunjuk kesetiaan pada Mem Besar selain dari salam cium tangan aje. Kut2 dpt komisen bole shopping sakan menjelang raya ni. Kuikuikui...

      Delete
  8. Wang RM2 juta itu saja org nak beri pada Rosmah bukan dia yg mintak. Saya yakin pihak 'Forced Task' akan dapati tiada bukti untuk mengaitkan Rosmah dengan rasuah atau penyalahguna kuasa. Kes ini akan 'Gone With The Wind' shj. Tak caya tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  9. Sekarang dah terbukti kehandalan Minang Warrior. Takyah sembang lebih pun nak declare diri warrior. Kau usik akaun mak, mak sue kau kang. Mak yg shopping handbag korang lak busybody. What the. Dont judge the warrior by it height.
    Xena Minang. Dryheart.

    ReplyDelete
  10. Agaknya minah perasaan ni kalau bukan bini PM, boleh ke duit juta juta masyuk bertalu talu ke akaun dia?. Patut la anak anak dia belum pun hingus habis meleleh dah berjuta asset yang ada. Bertuah la jadi bini dan anak PM kan?. Asal anak PM, bisnes menjadi jadi dan duit bertalu talu masuk.

    Gaji PM berapa sangat tapi asset berjuta juta. BN dan anak PM ada gaji ke?. Tapi duit berkepuk kepuk, boleh beli rumah juta juta, boleh beli beg berjenama ratusan ribu dan boleh pula jadi producer filem modal juta juta. Hebat!. Adakah kebetulan atau satu suratan?.

    Malangnya SPRM tak berminat nak ambil tahu. SPRM cuma minat rasa enak ikan bilis. Paus dan jerung memang lah menakutkan?. Rakyat faham la kalau SPRM takutkan jerung. KPN pun sama, suka rasa ikan bilis, tamban dan kembung saja. Masing masing takutkan jerung. Sebab tu banyak jerung sana sini sebab SPRM tak pernah ambil kisah. Nak baham dan gigit sapa pun apa peduli asalkan tak gigit SPRM dan KPN. Nak survive beb. Buat apa susah susah buru jerung dan paus kan? Kan cari nahas.

    Tahniah la Rosmah dan anak anak Najib kerana anda hebat kerana diri anda sendiri. Anda hebat kerana Najib bukan PM. Anda hebat kerana anda memang dilahirkan sebagai orang yang hebat. Asal masyukkk apa peduli kan?. Halal haram apa kisah kan. Kerap pergi umrah...orang anggap anda memang alim dan baik. Memang mantap keluarga PM Malaysia. Happy long life lah yer. Doa doalah muga muga anda boleh melancung ke dalam jerjak besi nanti. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set rambut utk ditunjukkan pada bukan muhrim adalah lambang kealiman rosmah. Syukurrrrr..

      Delete
  11. Dah kebanyakan melayu jenis bangang dan bahlul, dulu, kini dan selamanya lah menyebabkan spesis jenis mentekedarah duit rakyat secara haram akan terus hidup dan membuat harta. Puak penyamun elit mentekedarah juta juta dan bilion bilion, melayu bangang masih tetap selesa dengan BR1M, kain batik, kain pelikat, sekampit beras, sekampit gula dan sehelai sejadah sumbangan ada makna. Sana sini jerit pekik Hidup Melayu tapi tak sedar melayu makin layu. Apa nak buat..dah melayu dijadikan jenis spesis yang takdirnya mungkin hanya untuk layu dan akhirnya reabah ke bumi. Melayu lah yang menyebabkan melayu terus layu, bukan bangsa lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Pandir dan Pak Kaduk adalah orang melayu dulu2.jangan pula lupa Tanggang, Luncai dan Mat Jenin.Apakah kisah mereka dijadikan tauladan atau jadi ikutan tertanam dalam mentaliti orang melayu.Pendek kata kalaulah pemimpin itu seperti pak pandir tentulah yang mengundi mereka ialah pak kaduk.bersorak gembira tapi kampung tergadai.sekian.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete