Sunday, 12 July 2015

MESEJ UNTUK KBAB51

Kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KBAB51 di Twitternya, sila faham dan hadam betul-betul mesej daripada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan ini sebelum ingin meneruskan hasrat mencari pembocor maklumat dalam isu pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal.

Isu pokok yang perlu disiasat dan dicari kebenaran bukanlah mengenai pembocor maklumat tetapi menyiasat kesahihan maklumat itu terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan jenayah.

Menghebohkan untuk mencari pembocor maklumat ketika penyiasatan isu sebenar baru saja bermula hanya akan menjadikan keraguan orangramai lebih bertambah terhadap fungsi pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan itu. 

Begitu juga kepada pemimpin politik dan NGO yang membuat gesaan agar dicari serta ditangkap pembocor maklumat terbabit, mesej yang disampaikan oleh Musa Hasan ini tentu saja merupakan pencerahan yang sebenarnya.

Terima kasih, Musa Hasan. (SH 12/07/2015)

Keghairahan Khalid mahu mencari pembocor maklumat ketika siasatan baru saja bermula hanya akan menjejaskan keyakinan orahgramai terhadap pasukan khas yang ditubuhkan kerajaan.

19 comments:

  1. Pandangan Musa Hassan, bekas KPN itu adalah antara testimonial dan bukti bahawa KPN hari ini adalah barua atau "burung Belatuk" kepada pemerintah. Barua atau "burung belatuk" hanya pandai mengangguk dan tidak pandai untuk menggeleng atau membantah. Polis selalu menyeru orang ramai memberi maklumat terhadap sebarang kegiatan jenayah. Tapi bila rakyat respon terhdap seruan berkenaan, polis pula mahu menyalahkan pengadu dan rakyat dan membuat uguitan. Maka polis aka KPN hari ini tak ada bezanya dengan samseng atau mafia yang akan mengancam pengadu yang cuba melaporkan aktiviti samseng mereka yang menyalahi undang undang. Jika itulah realitinya polis Malaysia, maka elok benarlah kalau nama PDRM ditukar menjadi PDSM misalnya. Itu kan lebih sesuai?. Tapi Musa Hassan juga harus ingat, beliau diangkat menjadi KPN kerana jasa besar apa?. Dan rakyat pun masih belum lagi bagaimana seorang samseng bekas KPN melebamkan mata Dato Sri Anwar Ibrahim yang berada dalam perlindungan dan jagaan mereka.

    Maka terimalah kenyataaan bahawa memang KPN atau polis tak banyak bezanya dengan samseng. Sebab itu kegiatan samseng yang berleluasa sukar dibendung kerana samseng pasti melindungi sesama mereka. Kes peguam Rosli Dahlan dan Dato Ramli Yusuf yang menyaman Ghani Patail, bekas KPN MUsa Hassan dan SPRM membenarkan lagi hal ini. Tidak kah begitu?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Jawapan terbaik kita ABUkan Umngok dari Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Rakyat yang insaf tidak akan gentar terhadap ugutan penggunaan undang undang seperti ini demi membongkarkan pembohongan pemimpin yang tamak haloba mencuri harta rakyat demi memenuhi nafsu serakah mereka yang tidak pernah cukup. Percayalah lebih banyak ugutan sebegini dikeluarkan ianya cuma akan menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  4. kalau ikut style khalid sekarang,dah pasti lanjutan kontrak lagi 10 tahun,menjadi duta mana mana negara dikehendaki selepas bersara yang penting kena jadi macai najib!!!!ACAB!!!!!ACAB!!!!puihhhhh

    ReplyDelete
  5. Takut saya nak buat laporan polis atas kejadian samun dikawasan taman saya baru2 ini!!!takut saya pulak ditahan dan jatuhi hukuman seksyen 302!!!

    Only in Malaysia...
    ACAB...
    save Malaysia..
    Orangatasbangsat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dulu PDRM akan memberi hadiah wang tunai yg cukup lumayan kpd orang ramai jika dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yg tertentu.

      Skrng ni kalau kita bagi maklumat jenayah kpd PDRM ....jawapannya akan makan diri sendirilah.
      Jadi orang awam tak payahlah cegah jenayah. Tak payahlah jadi rakan corp dan polis bantuan.

      Tutuplah jabatan Audit Negara

      Tutuplah SPRM


      Delete
  6. Huru hara akan bertambah parah jika org atasan rupa begini.bercakap mcm nabi bertindak macam b...sedang org atasan itu menjadi org atasan krn org bawahan juga.selidik diri sendiri juga n bertindak mengikut iman.byk org kita bertindak ikut yg lain sbb iman tak seberapa.berusaha n berdoa semoga semua nya akan menjadi baik.kekuasaan akan jatuh bila tiba masanya spt kapal terbang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah Perdana Menteri pun berani songlap duit negara

      Delete
  7. Selagi ada Momok Puaka tercongok mcm Sang Kelembai menjeling sana menjeling sini ingat mereka2 tu berani ke? Momok batuk sikit jer cepat2 mereka2 tu salam cium tangan pakaikan kasut segala..

    ReplyDelete
  8. dulu masa kes tokya mamat ni buat apa
    ni pun satu jugak
    walaupun kenyataan mamat ni betul

    ReplyDelete
  9. aku pun tak nak komen apa terhadap kbab51 ni setiap kali apa yang diungkapkan oleh kbab51 ni akan timbul tanda tanya adakah dia sedang 'backup' pemimpin tertentu. tiap kali dia bersuara ada saja yang perkara tersembunyi,kekadang dia lebih sudu dari kuah.terlebih over.tak nampak kbab51 lebih bertanggungjawab,seolah2 dia berlepas tangan terhadap isu2 yang lepas atau yang sedang berlaku.akan ada 'kambing hitam'.komen lebih2 kang aku lak kena siasat.hiii takutnya aku.

    ReplyDelete
  10. Consider the following. If the task force produces a report, where will it submit it to? To whom will it submit the report? Most likely to the PMO and to the PM.Let’s not be made silly fools by our PM and the government. Answer this. Will the PM approve a report that wrongs him?

    Read Sakamongkok AK47

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya KBAB ni tuntut pada Najib dana kenaikan gaji pegawai2 yg masih tertangguh. Brapa ramai pegawai yg naik pangkat makan gaji tangga lama? Claim2 staf yg perlu dinaikkan. Itulah yg kene di buat. Jaga kebajikan pegawai sendiri.
    Yang duk ikut permainan org politik buat apa. Org tu terang2 dah susahkan kau bila dia hapus ISA.
    Apapun longlive to warriors and ronin2 low yat. Korang memang real. Unsung warriors terus buat keje.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Najinb ni tahu ker baut kerja???

    ReplyDelete
  14. Mcmana dia ni bole jadi KPN? Kalau nak cover up tu ngaku ajelah.. Buat gelak org je.. lbb baik paku2 hang yg warna warni tu pi humban ke laut lah..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete