Friday, 10 July 2015

Akaun Bank Najib Dan Rosmah Suatu Kebanggaan Baru Negara


Dua hari lalu, para penyokong dan pentaksub Najib Razak nampak begitu gembira apabila Peguam Negara, Gani Patail menafikan ada akaun bank milik Perdana Menteri turut termasuk dalam enam akaun yang dibekukan oleh pasukan petugas khas pada 5 Julai lalu.

Seolah-olah dapat menyuci dan membebaskan Najib daripada segala dakwaan yang dibuat oleh The Wall Street Journal atau WSJ sebelum ini, penafian itu disambut baik, malah mereka yang menyebarkannya segera dianggap mempunyai niat jahat terhadap Perdana Menteri.

Belum pun lama bergembira, tiba-tiba mereka "tersedak"  apabila Gani muncul lagi semalam menjelaskan bahawa dua akaun bank milik Najib yang didedahkan oleh WSJ tidak tersenarai dalam pembekuan itu kerana ia sudah pun ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 lalu.

Dengan penjelasan ini bermakna akaun bank milik Najib di Ambank yang didakwa oleh WSJ adalah destinasi terakhir pengaliran masuk wang berjumlah hampir RM2.6 bilion adalah benar-benar wujud.

Maka yang mahu ditunggu-tunggu daripada pasukan petugas khas selepas ini ialah apakah benar berlaku kemasukan wang sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu?

Menjadi penantian juga untuk diketahui ialah mengapakah akaun kepunyaan Najib itu ditutup? Adakah ia ditutup untuk mengelakkan agar tidak dapat dikesan lagi?

Adakah ia ditutup kerana wangnya telah dipindahkan ke akaun lain, dilaburkan, sudah habis dibelanjakan atau disimpan dalam bentuk tunai di mana-mana?

Walaupun Peguam Negara mengatakan beberapa dokumen berkaitan akaun bank yang ditutup itu sudah diambil oleh pasukan petugas khas, nampaknya  isu lebih menarik perhatian umum.

Dengan pengesahan Gani Patail bahawa akaun bank itu benar-benar wujud, cuma sudah ditutup, persoalan mengapa Najib mengelak-ngelak daripada memberi jawapan tepat mengenai dakwaan kemasukan wang ke dalam akaunnya tentunya sudah pun ada dalam pemikiran setiap kita sedangkan ia hanya memerlukan sebutan antara "ya" atau "tidak" saja

Cumanya, harapan rakyat ialah pasukan petugas khas ini benar-benar jujur, amanah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka. Walaupun secara amalannya, Peguam Negara dan SPRM melaporkan tugas mereka kepada Perdana Menteri manakala Gabenor Bank Negara kepada Menteri Kewangan dan kedua-dua jawatan itu disandang oleh Najib, moganya mereka tidak lupa bahawa pertanggungjawaban kepada rakyat dan Tuhan adalah segala-galanya dalam kes ini

Hanya Ketua Polis Negara terkecuali melaporkan tugasnya kepada Najib kerana ia berada di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dijaga oleh Ahmad Zahid Hamidi tetapi amarannya terhadap pembocor maklumat melebihi skandal yang sedang didedahkan, mula menimbulkan bibit-bibit kebimbangan di kalangan orangramai.

Lantaran itu, saranan yang mahukan Najib bercuti sementara pasukan petugas khas ini menjalankan tugasnya, bukanlah sesuatu yang tidak berasas sebenarnya.

Dengan bercuti atau dicutikan, pasukan petugas khas ini tentu saja lebih diyakini rakyat dan apa-apa keputusan mereka juga tidak akan diragui lagi berbanding jika Najib masih tercongok sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sedangkan beliau juga adalah suspek yang sedang dicurigai.

Selain pengesahan mengenai akaun itu, menjelang lewat petang semalam, penyokong dan pentaksub Najib terpukul lagi apabila Sarawak Report dalam pendedahan terbarunya melaporkan mengenai kemasukan wang ke dalam akaun milik Rosmah Mansor berjumlah RM2 juta dalam tempoh 10 Februari hingga 23 April 2015.

Pendedahan yang cukup lengkap dengan nombor akaun bank yang dikatakan milik Rosmah, jumlah wang, tarikh wang dimasukkan dan siapa yang menguruskan kemasukan wang itu,  pastinya sukar dinafikan dan menambahgoyangkan lagi kedudukan Najib.

Belum pun Najib mampu menjawab  dakwaan berkaitan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya dan minggu lalu tersebar video rakaman bagaimana Rosmah dilayan umpama "Cinderella" dengan dipakaikan kasut oleh pembantunya,  kini isterinya itu sekali lagi mendatangkan beban baru yang bakal menjadi perbualan umum.

Sebagai isteri yang selalu digambarkan oleh pembantunya bahawa Rosmah hanyalah seorang suri rumah saja, rakyat kini ghairah ingin tahu daripada manakah datangnya wang sebanyak RM2 juta yang boleh didepositkan ke dalam akaun peribadinya dalam  tempoh tidak sampai tiga bulan itu?

Adakah Rosmah akan mengatakan ia tabungan lama atau pemberian tanda kasih sayang daripada suami tercinta?

Jika pemberian daripada Najib, daripada mana dan bagaimanakah pula wang itu diperolehi?

Atau apakah ia datang daripada sumber-sumber lain yang hanya Rosmah saja tahu mengenainya?

Adakah sehari dua nanti Rosmah juga akan memberi jawapan yang cuba mencairkan hati rakyat seperti, "saya tak ambil wang negara atau Permata untuk kepentingan peribadi" atau "kalau ia wang curi, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi?"

Walaupun kita sebagai rakyat merasakan ini satu lagi bahana untuk negara, Najib dan Rosmah sekurang-kurangnya sedang berdepan masalah yang sama dan ini membolehkan keduanya saling berpakat, bekerjasama dan bahu membahu antara satu sama lain menyelesaikan apa yang sedang dihadapi.

Dalam sejarah negara, belum pernah ada Perdana Menteri dan isteri yang "sama-sama naik" seperti ini dan ia barangkali suatu "kebanggaan baru" setelah bertahun-tahun kita hanya berbangga dengan KLCC dan  Putrajaya saja. ( SH 10/07/2015)

37 comments:

  1. Akaun kedua ditutup pada mac 2015...bukan ke waktu itu isu 1mdb tgh heboh? Kena siasat transaksi akaun tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. MARHABAN YAAA RAMADHAN . BULAN YANG PENUH BERKAH

      Assalamu alaikum wr wb.

      saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KASENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,
      Ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,
      Sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KASENG dan dengan senang hati MBAH KASENG mau membantu saya..,
      ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubunginya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya 4D kemarin yaitu (5502)
      silahkan hubungi MBAH KASENG DI ; (0823 1434 8847) Atau Untuk Lebih Jelasnya ; >>>>KLIK DISINI<<<<




      INILAH KISAH NYATA YANG TAK BISA KAMI LUPAKAN SELAMA INI...!!!





























































































































































      Delete
    3. TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??





































      TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??

      klik di sini.

      Delete
  2. "SATU LAGI PEMBOHONGAN WSJ" pecaya lah NAJIB DAN ISTERI nya pasti terlepas dari kemelut ini..nak tahu mengapa? Sebab NAJIB ada BERBILLION dan begitu juga isterinya..di MALAYSIA buat masa ni ramai orang yg bergesel bahu dgn PM adalah orang yg BERBILLION hawa nafsunya..tidak ketinggalan juga KETUA KETUA BANK yg bertepok bahu dgn NAJIB..percaya lah NAJIB DAN ISTERINYA akan di lepaskan dan di dapati tidak bersalah..KALAU RUKUN NEGARA boleh di kotakatekkan ini kan PERLEMBAGGAAN PERUNDANGAN NEGARA.. jangan lah kita berkeyakinan dgn isu semasa yg boleh menjaminkan NAJIB DAN ISYERI di heret ke muka pengadilan sebab kita mesti ingat KUASA BERNILAI BERBILLION ada pada NAJIB...harap semua RAKYAT MALAYSIA terima seadanya KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA...KEDAULATAN UNDANG UNDANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yakin ka hati rakyat semua macam kau terima seadanya.

      Delete
  3. Tapi apakan daya.entahkan ia entahkan tidak.
    lautan hati alangkah dalam nya
    pantai di hempas berubah tidak
    ombak mendatang berkecai sudahnya.

    ReplyDelete
  4. Tapi apakan daya.entahkan ia entahkan tidak.
    lautan hati alangkah dalam nya
    pantai di hempas berubah tidak
    ombak mendatang berkecai sudahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. Tapi apakan daya.entahkan ia entahkan tidak.
    lautan hati alangkah dalam nya
    pantai di hempas berubah tidak
    ombak mendatang berkecai sudahnya.

    ReplyDelete
  6. Makin lama makin bertambah pendedahan tentang akaun bank Najib & Rosmah di alam maya. Negara kita belum pernah hadapi situasi begini sejak Merdeka.

    Pelik juga pengedaran wang berjuta-juta RM (bahkan bermilion) di dalam dan di luar negara pihak Bank Negara tak tahu. Aneh sungguh sistem pengawalan yg digunapakai olehnya tidak dapat mengesan apa yang telah terjadi. Bank Negara tak boleh berdiam lagi nampaknya kerana Orang Kampung Pun Dah Tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bimbang En Mustapha, badan-badan kerajaan sedia membantu kedua-duanya. WSJ dan SR, boleh dedahkan berjuta-juta lagi kebejatan Najib semahu mereka. Namun, jabatan-jabatan daulah ini bersedia untuk mengcover tahap maksimum demi menjamin rakyat terus dibodohkan dan penguasa dan pemimpin terus lena diulit mimpi kaya-raya dengan hidup atas duit cukai rakyat.

      Rakyat juga akan terus dilenakan dengan bantuan chicken-chicken ala BRIM disamping ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan kosong serta dosa pemimpin dicuci dan sucikan sebaik mungkin. Untuk menyedapkan kuah muah dan kuih muih perencah skandal ini, ada juga dickhead dari parti-parti pembangkang dijemput untuk memeriahkan lagi pesta menibai duit rakyat di tengah hari rembang, juga harga barang terus dinaikkan agar rakyat gembira dengan segala cukai dan keperitan hidup dapat dilupakan.

      Kebejatan terancang ini akan terus berjalan dan berulang-ulang tanpa rasa malu mahupun bersalah selagi rakyat terus mabuk dan lena juga hanya beberapa kerat membuat pertunjukkan "turun ke jalanraya" sebagai iklan sabun tatkala kayak menonton drama indonesia atau filipina.

      Datang hari raya nanti, Najib bersalaman, segala dosa dicuci secukupnya. Nak lagi bersih, singgahlah ke Masjidil Haram barang 2-3 hari. Habis cerita.

      Delete
  7. Pemikiran mudah. Kenapa mak tutup akaun? Mcm kita ni memang xda duit tutup akaun. Ada masa ke PM nak fikir buka tutup akaun? Pembantu peribadi pun ramai nak urus banking dll. Bila PM yg berada boleh main2 tutup akaun adalah satu kepelikan.mcm x relevan dgn gaya hidup orang berada dan berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaku ingat akaun yang jadi isu tu macam nilai kau punya akaun ka , tak pelik lansung kalau pihak tertentu buat lapuran tentang perkara luar biasa pasal akaun ini sudah tentu pemilik akaun yang perangai macam lanun akan berusaha menutup akaun itu , malangnya orang yang buat lapuran juga jadi mangsa yang kejam kacau cari sendiri la sipa orang ini ,tak kuasa aku nak cerita .

      Delete
  8. Syukurlah Ros dah serah pada Allah, jgn buat fitnah di bulan Ramadan. Itu ajaran Quran, bagus sangat kata2 hikmah Rosmawatul Adawiyah. Sekali serah hamek kau baru tau langit tinggi rendah. 
    Bagi couple ni tahanan rumah dulu. Tahan semua paspot dan freeze sekali asset mrk inside out. Pasrah je lah korang. Layan karok raya kat Kajang dgn Sg Bulooh la lepas ni. Berikan layanan spt Hosni eid Mubarak. Congrats doa Rosmah, Idris, Syed Habshee semua termakbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mungkin berlaku. Tuan semacam tidak faham akan fungsi jabatan kehakiman, jabatan polis dan seluruh pasukan jabatan-jabatan kerajaan. Malah jabatan-jabatan mufti dibentuk untuk menjaga kepentingan raja, pemerintah dan penguasa.

      Tuan boleh lihat nanti, jika ada rumah PM mungkin diserbu, hanya periuk belanga atau mungkin mangkuk tandas dicabut sbb bukti taik najib rosmah ada lalu masuk dalam guri taik ni..ianya yang disita untuk siasatan. Seperti pejabat 1MDB, hanya komputer yang disita. Orang tak ada pun ditangkap.

      Delete
  9. Agong n majlis raja2...tlglah rakyat yg sedang bingung n kelam kabut..mencari tempat mengadu...hanya kuasa raja2 agaknya yg dpt menurunkan jibby pondan nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja Sultan apa kesah..duit kita dikutip bulan2 masyukkkk.. Jibby ditangkap ka..Jibby lepas ker..apa derang pedulik..

      Mereka lebih selesa melancap sepanjang hari bersama anak beranak mereka...

      Delete
  10. Negara Malaysia memang hebat dan luar biasa. Patutlah slogan "Malaysia Boleh" dijadikan motto. Tak pelik kah hangpa?. Rumah hangpa dikatakan dirompak di si N. Kemudian hangpa nak siasat dan lantik si N sebagai kepala penyiasat. Semua penyiasat penyiasat yang dilantik perlu repot dan bertanggungjawab kepada si N perompak tadi?. Adakah hangpa pikiaq siasatan tu boleh membongkar siapa perompak sebenaq?

    Kes songlap dan bantai duit 1MDB berbillion ni pun sama. Najib didakwa sebat duit tu dan Najib adalah tertuduh dalam rompakan ni. Kemudian para penyiasat yang menyiasat kena buat laporan siasatan pada Najib, si "perompak" tadi. Adakah ini jalan yang betul?. Boleh percayakah anda kepada "perompak" ini untuk mengepalai siasatan?.

    Memang luar biasa Malaysia. Entah sistem haram jadah apa yang diguna pakai. Orang yang dituduh merompak pula dijadikan kepala kepada siasatan. Kalau ditempat lain, perompak bila dah disyaki merompak, mereka sama sekali tak diberi kepercayaan. Tapi di Malaysia ni suspek yang merompak diberi jawatan penting untuk menyiasat kes rompakan yang dia sendiri dikatakan terlibat. Sistem perundangan haram jadah apa yang dipakai di Malaysia ini?.

    Apa yang aku perhatikan, terang terang Malaysia ni seakan dipimpin puak perompak dan penyamun saja. Dan rakyat Malaysia pula semacam bangang kerana masih terus bagi peluang kepada perompak untuk terus memimpin. Adakah rakyat Malaysia semua dah diberi "nasi tangas dan nasi kangkang" oleh barisan penyamun dan perompak ini?.

    Bagi aku, sistem yang ada di Malaysia yang didakwa dakwi sebagai sebuah negara Islam dengan Hadhari dan Wasatiyah entah ke jadah apa nama lagi ni lebih teruk dan hina dari negara negara lain yang pemimpinnya makan "b..i". Berbanggalah wahai rakyat Malaysia dan teruskan lah bagi peluang kepada puak puak penyamun ini sejak dulu, kini dan selamanya. Bukankah negara Malaysia bertambah hebat. RM jatuh merudum....berbanggalah. Muga sampai kiamatlah mereka mereka ini terus diberi mandat. Biar hidup melarat demi pemimpin keparat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..inilah uniknya Melayu Islam Malaysia. Bro tak leh enjoy segala lawak yang ada, elok bunuh diri sajalah. Ini lawak rembat duit di siang hari betul2 matahari tepat di atas kepala.

      Delete
  11. Duit hasil meniaga kankung je tu.kelas org borosmah ni meniaga kankung boleh dpt juta juta.dpt buka syarikat buat filem d holiwood dgn banganya pangil leonardo lg buat berllakun filem lucah.beli rumah mewah lg utk tempat anak anak bercuti sambil bercanda canda yg rakyat pula dihidangkan dgn gst.semoga doa rakyat yg d aniaya d dengar Tuhan.sosok yg jahat akan jatuh ketempatnya juga.Tuhan mmg mendengar cuma pemimpin yg zalim ini hanya menungu masanya barangkali.apakah langit akan terus menyebelahi najib setelah bumi dbodohkan olehnya.ternyata langit sudah memberi sedikit jawapan.sedikit tanda tanda barangkali bkn utk najib sj tp kita semua.najib nampak nya buat buat tak faham.suara rakyat hanya gurauan barabkali krn ramai kakinya boleh menjawab.suara rajapun kakinya sudah kata raja itu akan dbelasah nanti.kaki sudah terlajak kata rasanya.bukan kaki cina atau india tp kaki melayu yg patut menjaga hak raja raja ini.ternyata byk kaki sampah semua nya kecuali kaki kaki yg lbh berkuasa.kaki empat yg sedang menyiasat atau sedang bermain sandiwara utk dtonton oleh rakyat jelata.apapun yg pasti rakyat jelata bkn semuanya kaki sampah atau kaki bodoh.mari kita tengok sapa yg dpt kencing kali ini.jika najib ada kaki kaki yg berkuasa dlm negara.rakyat ada langit yg lebih berkuasa.puasa hanya tingal beberapa hari sj lg.sila gunakan masa keemasan utk berdoa utk kesejahteraan negara n aman dr pemimpin yg zalim n tamak haloba

    ReplyDelete
  12. Saya fikir Dato Mufti Perak yang berani untuk menegur pemimpin politik ini perlu memberi komen tentang kes 1MDB ini dan juga tentang akaun bank Najib ( dan yang terkini akaun bank Rosmah). Malahan semua alim ulama tak kira berkhidmat dengan kerajaan mahupun bebas perlu beri pandangan tanpa segan silu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..lu boleh cakap la. C4 dok tunggu ni.. lps mampos, anak bini pulak susah nak cari makan.. kita boleh cakap rezeki dari Allah.. tapi bukannya bangun setiap pagi, dgn berdoa saja, tup-tup ada 10k bawah bantal..

      Ini mufti ostat sumer pun cari makan, kesian kat derang.. kene letup kang, syurga kemana , neraka kemana.. agama boleh dijual beli bro.. lagi diam, lagi alim, lagi masyukkkkk...

      Rakyat sumer BUGHOH!!!!! Kepala hotak la lu Harussani..

      Delete
    2. Hmm baru terbaca kisah isteri pilot MH17. Gaji punyer banyak pun, selepas setahun kematian suami, hidup keluarga dah tak keruan dah menagih janji bayaran bantuan daripada MAS dan kerajaan Malaysia. Ini suami yang bergaji besar ni. Pencen pun tak ada.

      Jika mufti ni kene C4, anak bininya alahai lagi la..

      Delete
    3. ada jugak dengar suara2 angin bayu King Jib bayar pampasan kat sedara belah2 China senyap2 for mh370. Tu yg sampai jatuh nilai ringgit kot, Banyak sgt hutang dan pampasan bodoh nak bayar.

      Kebenaran Akan Terbukti Akhirnya.

      Delete
    4. Ibrahim Darus.
      Buat apa nak kenon kat Mufti dan Alim ulama?
      Mereka bukannya ahli politik atau ahli perniagaan.
      Mufti dan alim ulama tak cari makan dengan politik.Jadi tak perlulah nak kaitkan dan memlngaibkan mereka dlm perkara ini.
      lainlah kalau negara ini mengamalkan hudud

      Delete
  13. depa ni alumni geng TOTO...... Tolong Orang Tipu Orang.

    ReplyDelete
  14. Raja-Raja apa guna? Undang-Undang mana pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja-raja gunanya untuk melancap. Duit cukai dah cukup bagi derang makan anak beranak sehingga kiamat. Kalo sibuk-sibuk kang nanti, nak melancap anak bini pun tak boleh hati senang sikik.

      Undang-undang dicipta dibangunkan untuk rakyat bawahan. Semua raja-raja, ahli-ahli tertinggi parti pemerintah dan penguasa tertinggi parti pemerintah TERKECUALI.

      Lihatlah saja skandal Khir Toyo, Projek Kondo Lembu Syahrizat 250 juta, 1MDB, VK Linggam, dan terkini, kes 2 juta Rosmah pula, semua jabatan-jabatan kerajaan pemerintah akan saling mempersembahkan orkestra pelbagai alat muzik baguih dok ada. SPRM main biola, SKMM luncur ski, PDRM siap kuak lentang lagi, lagi-lagilah Jabatan Peguam Negara, pakat lawan kentut hang aku, begitu juga Bank Negara Malaysia dengan acara gimnastik.

      Itu blom lagi Cikgu Bard dan Presiden PAS serta Mursyidul Amnya. Semua ni peserta-peserta cemerlang dalam tarian inang zapin yang bakal membuahkan pingat projek anak menantu cucu cicit kelak.

      Delete
    2. Cikgu bad aka kucing kurap tu ker. ???? Tak payah ambil pot kat dialah. Dia tu gila sebelum ditakdirkan.

      Cikgu lulusan SPM yg ingin menjadi YB kpd rakyat Msia.. Di Rembau kalah. Di Sg.Acheh pun kalah. Last last kena gantung keahlian oleh pkr, parti sendiri.

      Bila dah kena gantung keahlian oleh parti sendiri, melalak sana melalak sini. Keji parti sendiri. Keji kawan kawan sepejuangan sendiri. Maki hamun ikut suka hati. Masa kat Sg. Acheh pun dah kena penampar tapi masih tak sedar diri juga.

      Dulu maki najib maki rosmah. Londeh sana londeh sini. Cerita pasal cincin berlian rosmah. Pelecehkan rosmah. Skrng ni tiba tiba nak jadi perlindung najib perlindung rosmah. Nak jadi champion dlm isu 1mdb isu wsj. Manusia jenis apa mcm ni. Sekejab jadi lalang sekejab jadi ular sekejab jadi belut.

      Ada hati nak berdebat dgn Tun Mahathir. Pergi pejabat Tun macam penyangak. Bila kena halau marah tak tentu pasal.

      Woiii che gu bad. Sedarlah diri sama. Cermin muka dulu. Tun Mahathir tu standard kau ker?
      Keling mabuk tepi jln tu baru standard kau. Kau pergilah berdebat dgn mereka.

      Kalau nak bagi makan anak bini pun ambillah upah pekerjaan yg elok sikit cik gu oiii

      Delete
    3. Cik gu bard ni mmg BARUA. Pokoknya asal dapat fulus saja.

      Dia ni pada awalnya cicak sahaja. Selalu termakan kapur. Lepas tu jadi biawak. Selalu curi ayam dan makan bangkai. Skrng ini dah jadi buaya. Barua ni tak pilih bangkai. Apa saja pun dia bedal demi untuk mengisi perut.

      Delete
  15. Yang sebenarnya melayu yang bangang.kenapa ahjib gor yang penipu tu sanggup diaorang undi kasi menang.Ini kali kasi k.o. sama Barisan Najis dari parti UMNgOk.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Roslan sohari dah kantoi....

    Rm 2juta dari mana? Rosmah? Manager di JPM?

    Habislah korang....

    ReplyDelete
  18. Kena nombor kut,mana kita tahu ban tinggi punya,

    ReplyDelete
  19. Mummy : Eleh.. 2j pon dia org dah kepoh satu dunia. Celah gigi I aje tu kan Puppy. Kampung betul la dia org tu. Joli katak mana la cukup takat 2j. Tapi kan Puppy, nasib baik masa si Dippy kecoh2 pasal I ada kontrol 26b takde siapa nak siasat... Fuhhh... lega sikit I.. kikikikikiiii

    Puppy : I pon lega juga Mummy.. Nasib baik I dah tutup 2 akaun I tu..
    Heheheeee.. padan muka dia org tak dapat freeze kan. Macam kentut kita juga.. Masa kentut memang bau, dibawa angin lama2 hilanglah bau.. Kahkahkahkahhhh.. Kan Mummy.. kan... kannnn...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete