Tuesday, 7 July 2015

Mahu Tapi Malu, Muhyiddin Perlu Dibantu


Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah "mahu tapi masih malu-malu", manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah "tiada perasaan malu" lagi.

Jika di negara lain, pemimpin yang ditimpa musibah seperti Najib ini pasti sudah lama berasa malu dan mengambil keputusan mengundurkan diri secara baik dan terhormat. Dalam konteks sejarah Perdana Menteri Malaysia pula, beliaulah yang paling buruk prestasi dari segi sokongan rakyat, tetapi tidak malu untuk terus bertahan seolah-olah cukup gemilang.

Berdepan dengan kedudukan Najib yang kian meruncing susulan dakwaan terbaru oleh Wall Street Journal, Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin mahu terus melangkah dan menunjukkan keberaniannya sebagaimana pernah mendesak Tun Abdullah Badawi mempercapatkan pengunduran pada 2008 lalu tetapi perasaan "malu-malu" itu membatasi langkah seterusnya.

Sudah tentu jika melakukan sekali lagi desakan seperti itu, beliau akan dituduh semata-mata mengejar kepentingan peribadi lantaran jawatan Perdana Menteri secara automatik akan terjatuh ke pangkuannya.

Susulan kenyataan akhbar yang dikeluarkannya dua hari lalu mengenai dakwaan WSJ itu, Muhyiddin sepantasnya diminta oleh banyak pihak agar berbuat sesuatu yang boleh menyelamatkan UMNO dan negara.

Ini kerana melalui tuduhan WSJ mengenai penyaluran wang ke dalam akuan peribadinya, Najib masih belum memberi jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan itu. Beliau hanya membuat penafian kosong tanpa menyentuh mengenai benar atau tidaknya kewujudan akaun bank sebagaimana yang didakwa itu.

Sementara Najib membuat penafian, WSJ tetap berpegang kepada laporan yang mereka tulis dengan menyatakan ia berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan sudah diteliti.

Lantaran itu, ia menyebabkan UMNO mulai berbelah bagi dan rakyat pula makin menjauhkan sokongan dan kepercayaan terhadap Najib.

Antara tindakan yang diminta Muhyiddin bertindak ialah sama ada mengusulkan Perdana Menteri mengambil cuti atau meletakkan jawatan dengan segera, tambahan lagi dalam kenyataan akhbarnya Timbalan Perdana Menteri juga menyebut dakwaan WSJ itu adalah bersifat peribadi terhadap Najib.

Di mana-mana saja ketka ini boleh didengari keinginan agar Muhyiddin segera bertindak kerana isu yang timbul ini dianggap peluang terbaik yang tidak seharusnya dilepaskan. Ia dianggap sebagai momentum kedua yang membuka ruang untuknya menjadi Perdana Menteri, setelah momentum pertama sebaik video ucapannya di Janda Baik yang tersebar luas itu, dibiarkan begitu saja.

Dua hari lalu, blog ini juga mencadangkan agar Muhyiddin maju selangkah lagi dengan mengusulkan Najib bercuti agar penyiasatan yang sedang dijalankan oleh sebuah pasukan petugas khas dapat berjalan dengan licin dan tanpa gangguan.

Ini kerana sebagai orang nombor dua dalam parti kerajaan, beliaulah yang paling layak mengusulkan cadangan itu terhadap Perdana Menteri demi maruah parti, rakyat dan negara.

Dalam perkembangan terbaru pula, sejumlah 12 persatuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa atau UIA turut tampil mendesak Najib agar bercuti dan Muhyiddin memangku tugasnya sehingga penyiasatan selesai dijalankan.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa juga mencadangkan agar Muhyiddin bersama Peguam Negara segera menghadap Yang Dipertuan Agong bagi mengambil alih kepimpinan negara yang sedang kritikal ketika ini.

Adakah Muhyiddin akan terpanggil bertindak sebagaimana kemahuan ramai itu? Adakah beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri?

Lebih penting, tidak mahukah beliau menyahut kehendak rakyat yang semakin meningkat agar negara ini segera diselamatkan?

Sebenarnya bukan Muhyiddin tidak terpanggil atau enggan menyahut kehendak ramai itu. Beliau mahu, cuma masih malu-malu.

Perasaan malu-malu Muhyiddin tentu saja akan berkurangan jika lebih banyak kumpulan masyarakat sedia tampil dan memberikan sokongan kepadanya.

Pemimpin, parti politik, NGO, individu berintergriti dan pelbagai kumpulan berpengaruh dalam masyarakat seharusnya tampil memberi sokongan dan rangsangan kepada Muhyiddin kerana isu yang berlaku sekarang bukan lagi bersifat kepartian, sebaliknya demi menyelamatkan serta menjaga maruah negara di persada antarabangsa.

Para pemimpin UMNO yang masih berbaki setia terhadap Najib, sedarlah bahawa ketika ini adalah masa untuk memikirkan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

Jika semua sayangkan negara, Muhyiddin yang "mahu tapi malu-malu" harus terus dibantu serta dirangsang, manakala Najib yang tiada perasaan malu itu pula tentu saja perlu "diajar" kali ini. (SH 07/07/2015).

13 comments:

  1. Salam Shah,

    seperti mana yang saya pernah sebutkan lalu, Pak Din mengambil langkah yang sangat sangat berhati hati, beliau juga tidak mempunyai kaliber untuk jawatan PM. Cuma yang dia dapat adalah Auto PM aje

    Sekain

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. doh meluat ngan senerio ni......satu babey satu lembab...sampai bila....rokyat makin paroh......stop politicking......start build up the nation.......u politician knows nothing about raayat suffering.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa jangan dipanjangkan lagi isu ini. Perlulah satu keputusan & tindakan daripada pihak TS Muhyiddin disebabkan PM Najib tidak dapat meyakinkan rakyat perihal isu dakwaan peribadi terhadap beliau oleh Wall Street Journal Asia. Ini bukan soal 'kesetiaan', ini adalah soal 'integriti' & 'ketelusan'. Dalam masa yang sama pihak Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya telah mengambil sikap berdiam diri semenjak kenyataan media yang dikeluarkan oleh TS Muhyiddin mendesak siasatan terperinci dijalankan ke atas WSJ. Kami rakyat Malaysia memohon agar TPM Muhyiddin dapat segera mengatasi kemelut yang melanda ini demi Malaysia yang tercinta. #SayaSokongMuhyiddin

    ReplyDelete
  4. muhyiddin tiada karakter seorang pm...dia tak mampu membuat keputusan bagi halatuju nya....dont expect him to do more...he is a dinosaur

    ReplyDelete
  5. Muhyiddin sudah awal awal lagi mengeluarkan kenyataan media beliau menyokong Perdane Menteri dan meminta siasatan terperinci dilakukan. Usaha mendesak Najib adalah cubaan bagi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini oleh pihak yag tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh

    ReplyDelete
  6. Najib kena buktikan akaun yang dinyatakan oleh WSJ itu bukan beliau yang punya. Kalau tidak ini akan jadi macam cerita Ali Koggia - ' duit ini bukan aku yang ambil '.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat terkini yang telah bocor keluar dari Ambank,akaun berkenaan adalah milik sah Najib. So Padan muka pada pencacai umngok dalam blog ini.

      Delete
  7. Org Rome dulu kata, "Not that we don't love you anymore, but we love Rome more".

    Muhyiddin dah sepatutnya bercakap kpd Najib lebih kurang sprt ayat tersebut di atas sambil meminta Najib dgn secara terhormat melepaskan jawatan PMnya buat sementara sehingga selesai kemelut yg dihadapinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak din dah cakap dah......mamat tu buat tak kisah....dah mabuk pangkat

      Delete
  8. Berapa Undang-Undang Negara dilanggar oleh Najib?
    Mengapa AG tidak mula tindak?
    Makhaman boleh menentukan. Ini bukan politik lagi. Ini kes jenayah.

    ReplyDelete
  9. Kenapa nak suruh pakdin pojaan hatiku menanggung balak pulak. Ini bukan kecik anak punya balak yang pakdin nak pikul. Ingat penyamun buat kerja sorang2 ke? Tak kan tak tahu sapa2 gerombolan tu. Pakdin orang suci tak akan sekali2 nak bergabong dengan mereka. Nak jadi ketua pula pada puak2 ni? Nanti apa2 jadi pasti pakdin kena jadi kambing hitam.

    Pakdin bukan tak nak mengadap agong. Pakdin tak hanya tak sanggup mengadap puak2 penyamun ni yang pasti datang minta buat itu ini supaya mereka jadi suci bersih. Ini satu kerja gila bagi pakdin.

    Pakdin tahu dia tak ada geng nak buat kawan supaya lancar urusan pentadbiran. Ini jam bukan lagi masa senang. Rakyat sekarang dok mengetap bibir menahan sabar. Silap2 haribulan dengan pakdin sekali rakyat lumatkan.

    Maka ambillah jalan terbaik, pakdin duduk diam2 sambil banyak istifar. Biar isu ini berjalan sampai tammat jalan ceritanya. Apa nak jadi esok serah saja pada Allah taala.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete