Tuesday, 7 July 2015

Najib Kian Terasak, Tiga Akaun Bank Adalah Miliknya

Pasukan petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak  akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan enam akaun bank bermula 6 Julai 2015 lalu (semalam).

Walaupun tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera menimbulkan persepsi bahawa dakwaan Wall Street Journal pada Jumaat lalu hampir menuju kebenarannya di mana akaun bank yang didakwa itu benar-benar wujud.

Siapakah pemilik enam akaun bank yang dibekukan itu?

Itulah persoalan yang bermain di kepala rakyat sekarang dan dalam laporan terbaru Malaysiakini pula, ia melaporkan tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan itu adalah milik Najib.

Najib pula di sebalik didakwa menerima wang tersebut, sehingga ini belum mengesah atau menafikan memiliki akaun bank sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu.

Beliau hanya menafikan tidak pernah mengambil wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.

Namun, dengan laporan tiga akaun bank itu adalah milik Najib, sebahagian dakwaan WSJ itu seperti sudah ada jawapannya.

Siapa pemilik tiga akaun yang lain yang dibekukan itu?

Ada kemungkinan ia adalah milik SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang dipercayai menyalurkan wang tersebut serta sudah diserbu pejabat mereka sebagaimana pengakuan Peguam Negara, Gani Patail pada Sabtu lalu.

Dengan pendedahan Malaysiakini bahawa tiga akaun bank yang dibekukan itu milik Najib, ia sekali lagi memberikan tamparan kepada Perdana Menteri untuk terus bertahan mengekalkan jawatannya.
Belum pun tindakan saman mahu dilakukan dan Najib sendiri sedang terkial-kial mengaku sama ada benar atau tidak beliau mempunyai akaun di Ambank, pembekuan enam akaun bank, termasuk tiga yang dikatakan milik Najib ini tentu saja menyebakan isu ini makin menarik perhatian dunia.

Dalam masa yang sama, sokongan rakyat akan terus merudum terhadap Najib berikutan pendedahan terbaru ini kerana belum pernah seorang Perdana Menteri dibelit dengan isu yang sebegini memalukan.

Sementara rakyat semakin meyakini laporan WSJ ada kebenarannya,  Najib pula kian terasak dan terkapai-kapai untuk mempertahankan dirinya.

Ini membuatkan Najib semakin tidak banyak pilihan sekarang ini - berundur atau akan diundurkan. (SH 07/07/2015)

54 comments:

  1. ini dokumennya panas panas panas kahkahkahkah http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??





































      TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??

      klik di sini.

      Delete
  2. Kantoi.... Kalau masuk acct nominee selamat. Tapi nak sapu semua. Duit tu utk GE13 dan sendiri la. Tak percaya pada nominee.

    ReplyDelete
  3. Terbaik tuan shah...

    Doa org yg dizalimi Allah perkenankan...
    Alhamdulillah...1 julai aku memulakan doaku di tengah malam bersungguh2...Allah Maha Mendengar....seksanya aku terasa dgn pelbagai kenaikan harga barng....minyak...tol...gst...
    Ya Allah....berkat puasa ramadan ini...Kau tunjukkanlah kekuasaanMu kepada pemerintahku...sekiranya mereka menyeleweng berikan sst agar menjadi ibrah buat mrk....bukakan lg satu persatu penyelewengan mrk melalui pelbagai saluran....
    ayuh...di bulan ramadan ini kita berdoa shj..sbb di Malaysia ini..hanya ini shj caranya utk turunkan kebejatan pemimpin...bukan spt negara lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin ya robbal 'aalamiin!

      Delete
    2. dah ku cakapkan dulu akaun tu akaun Najib.Berita negara orang makan babi yang mendedahkan. Harap ulama malaysia semua ulama penipu dan bisu.

      Delete
  4. Anonymous1 July 2015 at 00:22

    Ya Allah....zalimnya kerajaan Malaysia ini...harga petrol naik lagi....gst menekan...cukai pun kena...zakat pun kena...sedangkan mrk menteri2 kedua2 pihak bersenang lenang dgn duit cukai rakyat....ku mohon ya Allah...Kau berikanlah sesuatu sebagai ibrah buat mereka ini semua yg telah menzalimi diriku ini....aku amat tertekan dgn kos sara hidup yg semakin tinggi ini....

    Reply

    Replies

    Anonymous1 July 2015 at 01:36

    amln ya Allah........perkenankan doa kami ini

    Anonymous1 July 2015 at 06:28

    Kita gunting rambut RM6 saja. Ada orang sampai minta sebutharga untuk buat rambut

    ReplyDelete
  5. SAH! BETAPA JENIS DAJAL DAN BARUANYA PEMIMPIN UMNO BN SATU INI! AKU YAKIN KAKI KAKI AMPU PEMIMPIN JENIS BARUA INI PERLU JUGA DISIASAT HABIS2AN AGAR SAKI BAKI BARUA DAN DAJAL DALAM UMNO TIADA LAGI?

    APA KABAR MASLAN? APA KABAR KU NAN? APA KABAR PARA PEMBODEK DAN PENGUSAP TELUR NAJIB SEMUA?. LIHATLAH BETAPA ALIM DAN WASATIYAH NYA PEMIMPIN ANDA INI.

    JANGAN LUPO TENTANG C4 DAN ALTANTUYA! JANGAN LUPA TENTANG KEMATIAN PENGASAS AMBANK! JANGAN LUPA TENTANG FGV! JANGABN LUPA TENTANG CERITA SUNDAL DI PD!

    BONGKAR! JANGAN TAK BONGKAR ! TERBUKTI SUDAH UMNO BN SARANG MUNGKAR !!!

    ReplyDelete
  6. Semua asset Najib serta keluarga termasuk Rosmah juga perlu dibekukan untuk tujuan siasatan. Jangan cuma nampak dalam Ambank saja...yang dah terlepas macam mana?. Elok tahan passport Najib serta anggota keluarga beliau secepatnya. Jangan sampai malaon ni terlepas ke Khazastan atau ke ceruk rantau lain. Patut la anggota keluarga Najib termasuk anak tiri kaya raya luar biasa. Rupanya ada amalan luar biasa juga.

    ReplyDelete
  7. Haha..Najib trus hidup bebas.. yg kena tangkap cuma kambing dan ikan bilis. POLIS SPRM PEGUAM sumer memainkan peranan.. iaitu duduk diam-diam.. telur memasing kecut..jawatan sumer dilantik PM dan kuncu2..

    ReplyDelete
  8. Kalo Najib blah.. datang Muhiddin ngan kuncu-kuncu pulak. Sama je modus operandi kalo datang dari BN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa ingat itu Uncle Lim manyak babut maa aa .

      Delete
    2. itu uncle Lim sudah tua sudah mau mampus. Ambil pencen sajalah boleh duduk rumah main majung sama nyonya.

      Delete
  9. SAJA NAK TANYA.. AG, BNM, PDRM, SPRM, KETUA HAKIM SEMUANYA REPORT PADA SIAPA EH?

    ~ Arwah Pak Sindang

    ReplyDelete
  10. Apa kabar Harun Din?. Sudah sah 3 akaun Ambank terlibat kepunyaan Najib. Adakah jin salah bagi info sehinggakan sanggup mempertahankan Najib?. Mana perginya logik akal itu?. Logik akal bukan fakta. Kena faham ini dulu. Sekarang fakta menafikan logik akal Harun Din. Patut la PAS caca marba sebab tindakan diambil berdasarkan logik akal dan tidak fakta. Inilah lembik dan mangkok hayunnya pimpinan ulama PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedarlah professor...yang paling kuat dugaan ialah yang tinggi ilmunya dan yang banyak hartanya.............

      terima kasih,
      pacjk yg doif

      Delete
    2. untuk pak prof arung ding, jangan jadi golongan si penongkat langit...doa selepas sembahayang '' ya ALLAH akhirilah umur kami didalam keadaan baik''....apa maksudnya?

      Delete
  11. Sita najib,siasat tangkap penjara.boleh ke?kalau yg perlu menangkapnya asyik membodeknya sj.apa ni org nak raya buat naik harga minyak.tak menyempat tunggu lepas raya.ambil untung dr org balik kg ke.nanti tol pulak naik.apa ni najib rm pulak yg turun.baik ko turun sekali jib.jib tersepit tak turun kena turun lg kena.rasakan kau la jib.org jahat mmg akan kena juga.apa punya kepala kankung

    ReplyDelete
  12. Baru saya sedar sejak terbitnya berita hangit SI PROPA NAJIB ni...ramai penyokong dan wakil rakyat jadi RABUN MATA dan BUTA SEMENTARA kerana yakin dgn penuh pelusuk HATI NALURI bahawa PAHLAWAN BUGIS yg di sanjong masih ada KEJANTANANnya dan baru saya tahu kelayakan sijil OXFORD tidak bermakna pemiliknya CERDIK ...sijil EKONOMI yg ada kat PUTERI PUTERI melayu hanya cop jari LEMBU yg di istirafkan oleh SEORANG KETUA NEGARA yg bersijil HALF PASS SIX je....mungkin mereka mereka ni TERKENYANG TERAMAT SANGAT.. sampai separah sedar OTAK MEREKA hanya boleh berfungsi bila nampak warna warna dan bau duit duit yg di sogok oleh pemberi yg menyatakan TIDAK TERGAMAK utk MAKAN DUIT RAKYAT...saya rasa semua insititu PENDIDIKAN yg maha MEGA terutama UNIVERSITI perlu di tutup segera kerana KEBIJAKSANAN tidak menjamin masa depan anak anak kita..
    JADILAH SEPERTI KETUA NEGARA KITA yg di cemar NAMA DAN KETURUNANnya ...tak perlu pandai tapi masih boleh jadi PM atas sijil kelayakan MENIPU dengan mendapat BAN 6 aje.

    ReplyDelete
  13. Sang Wira Bangsa7 July 2015 at 23:28

    Mohon sama-sama kita kongsi dan amalkan doa ini semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaanNya dan memperlihatkan yang bathil itu bathil, yang benar itu benar.


    Bismillahirahmanirahim

    Ya Allah Ya Tuhan Kami. Kami haramkan dari bahagian Kami hasil yang dikutip penguasa melalui cukai-cukaian menjadi upah, ganjaran dan habuan kepada mereka yang tidak amanah kepada jawatan mereka, tidak adil terhadap penghukuman mereka, tidak mencegah kebathilan dengan kudrat mereka, tidak menghalang fitnah dengan akal mereka, tidak menentang penginayaan dengan ilmu mereka dan tidak jujur dengan janji-janji demi nafsu-nafsu mereka.


    Ya Allah Ya Tuhan Kami. Sesungguhnya doa hamba-hamba Mu yang terinaya tiada hijab di sisi Mu. Dengarlah dan segerakanlah permintaan-permintaan Kami. Celakalah ke atas mereka sepertimana Engkau mencelakakan kaum-kaum terdahulu yang menzalimi. Dan celakalah mereka yang menggunakan ayat-ayat Mu untuk menipu daya.


    Ya Allah Ya Tuhan Kami. Ampunilah Kami, peliharalah iman Kami, kukuhkan taqwa Kami, hindarkan Kami dari fitnah dunia, tunjukkan dan pimpinlah Kami ke jalan yang lurus yang Engkau redhoi dan mudahkanlah urusan (perjuangan) Kami. Amin

    ReplyDelete
  14. Muga Najib tidur lena selena lenanya. Andalah pejuang rakyat sebenar! Hidup Najib! Jangan tak hidup! Katakan akaun2 bank itu milik Najib bin Razak lain. Katakan! Jangan membisu! Mana mungkin Wasatiyah kamu menipu! Kamulah pahlawan sebenar. Semangat Bugis! Pantang menyerah kalah, pantang dicantas rebah. Andalah pahlawan yang mengukir sejarah. Tiada yang lain melainkan Najib Bin Razak, darah Bugis sejati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumbangnya wira bugis( self proclaim) disebabkan oleh seorang wanita........jauhi 3 taa

      Delete
    2. Katakanlah..katakanlah.....katakanlah akaun akaun bank itu milik Najib bin Razak Baginda

      Delete
  15. Untuk membuktikan bahawa Najib Razak tidak bersalah menyamun duit rakyat melalui 1MDB, FELDA, MARA, TABUNG HAJI, KWSP, maka dia wajib melakukan sumpah lahanat dalam 30 buah masjid setiap negeri di Malaysia.

    Jika upacara sumpah lahanat itu dapat dilaksana kan dengan sempurna dan disaksikan oleh Saiful Jubur maka kami rakyat Malaysia akan percaya bahawa Najib Razak adalah perdana menteri Malaysia yang suci tanpa dosa.maka sokongan padu akan diberikan kepada Najib.

    Kami berserta Setiausaha Agung Umno Adnan Mansor dan seluruh ahli Umno akan bertenang sambil berfikir secara rasional berhubung "serangan" yang dilakukan terhadap Najib Razak yang jelas menipu dan terus menipu dan menipu lagi kemudian memasukkan duit rakyat kedalam akuannya.

    Kita memang percaya Najib tidak akan khianat rakyat Malaysia kerana duit yang disimpan dalam akuannya itu bukan untuk dirinya sendiri tapi akan diberi kan pada ahli UMNO untuk berkempen dalam pilihanraya yang akan datang. Mana-mana wakil rakyat pembangkang yang menang bertanding dalam pilihanraya akan dibeli dengan duit itu.

    Jika tidak membeli wakil rakyat, duit itu akan dijadikan sebagai sumbangan pada ahli parti pembangkang yang dipilih jadi anai-anai dalam parti.

    Biar melayu bodoh asalkan pemimpin hidup senang lenang.....HARAMJADAH !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pissst....negara Malaysia mengamalkan rasuah, perlu kan duit yang banyak untuk menang dalam pilihanraya..... ahli UMNO Baru pasti gembira kerana dapat share......terutama ahli Majlis Tertinggi he..he..he..

      Delete
    2. mintak macik pacik felda karat biru totok jadi SAKSI upacara sumpah tersebut...saksii lagi ramai lagi bagussss...

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. 3 akaun Najib yang dibekukan tu ialah akaun duit gaji dia, akaun duit beniaga dia dan akaun duit dividend amanah..besok AG cakap tiada kemasukan RM2.5billion.

    Akaun Najib dimana RM2.5 billion dimasukkan tidak dibekukan...ini menurut laporan WSJ...

    Org Msia jangan percayakan sangat Malaysian investigators...kalau tiada laporan WSJ, perkara ni senyap sunya...Sekarang WSJ dh bukan teemberang mereka lagi..akaun yg mereka lapur bukan diantara yang dibekukan...

    ReplyDelete
  18. Kepimpinan Malaysia hari ini telah berjaya membuktikan pada dunia bahawa negara ini memang negara "Darul Rasuah". Slogan "Malaysia Boleh" telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang paling tinggi kadar aktiviti rasuah. Pimpinan nombor satu negara telah menunjukkan teladan yang "baik" melalui konsep Kepimpinan Melalui Teladan dengan mengamalkan rasuah dan putar belit secara besar besaran.

    Inilah sebenarnya "Guru Berak Berdiri, Murid Kencing Berlari", satu teladan yang cukup "baik" dari seorang yang diamanahkan rakyat. Nampaknya undang undang pencegahan rasuah yang ada ketika ini sama sekali tidak mampu untuk mengekang dan mencegah perbuatan rasuah secara besar besaran. Kepimpinan baru kelak WAJIB berusaha untuk memperbaiki dan mengemaskinikan lagi undang undang sedia ada agar ianya lebih berupaya menakutkan mereka yang mahu jadikan jawatan dan kedudukan yang disandang sebagai batu loncatan untuk mengkayakan diri, keluarga dan kroni secara tidak wajar. Jika hukuman pengedar dadah adalah mati mandatori ditali gantung dilihat bukan suatu yang kejam, maka sampai masanya perasuah yang melibatkan wang dan harta yang luar biasa besar perlu kepada hukuman mati ditali gantung.

    Sebenarnya selama ini kepimpinan negara tidak pernah serius untuk melakukan sesuatu yang mampu memngekang rasuah sebaliknya membiarkan lompong ini terus wujud agar peluang membina kekayaan melalui karir politik terus terbuka. Hampir semua orang tahu rasuah adalah musuh negara, satu aktiviti yang telah terbukti mampu meruntuhkan sebuah negara berdaulat namun sehingga hari ini tidak ada kepimpinan negara yang berusaha untuk menamatkan dan menutup lompong yang wujud sejak sekian lama.

    Tiada lagi harapan yang boleh disandarkan kepada pimpinan UMNO BN untuk merealisasikan perkara ini kerana setelah sekian lama berkuasa, perkara seperti ini tidak pernah diendahkan melainkan rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama sebulat suara membenarkan dan memberi peluang kepada kepimpinan parti alternatif untuk melaksanakan keperluan yang jelas amat penting ini demi masa depan dan keutuhan negara.

    Slogan dan kempen Anti Rasuah di kaca tv dan media massa pemerintah hanyalah sekadar hiasan indah yang tidak pernah dihayati dan diselami baik oleh pimpinan dan penguasa tertinggi negara. Apa yang berlaku hari ini kepada orang nombor satu negara Malaysia adalah bukti dan testimoni bahawa UMNO BN sama sekali bukan wadah yang tepat untuk memacu Malaysia kearah negara yang berdaulat dan dihormati. Pembongkaran kes 1MDB dan ratusan juta RM yang dipindahkan ke akaun peribadi pemimpin nombor satu negara secara diam adalah kemuncak betapa rasuah dan tata kelola wang negara tidak berada dijalan yang betul. Jika rakyat Malaysia berterusan membodohkan diri hanya kerana "rasuah" mikro dan mini yang berupa umpan team perasuah negara ini, maka tunggulah kehancuran Malaysia dan tidak mustahil negara ini akan menuruti jejak negara Greece yang muflis dan hilang maruah sama sekali. Akhirnya rakyat yang merana sedangkan pelaku rasuah mega ini mencari penempatan baru dan membina kehidupan super hebat atas kelicikan mereka memperbodohkan rakyat Malaysia.

    Mulai detik ini, katakan NO kepada UMNO BN. CUKUP CUKUP SUDAH. Buka ruang kepada barisan kepimpinan alternatif untuk membukltikan mereka lebih baik dari apa yang telah dipamirkan kepada kita selama ini. Hayat UMNO BN wajib dikuburkan dalam GE akan datang walau dengan apa cara sekali pun. Sengketa Najib dan Mahathir yang dipertontonkan kebelakangan ini telah pun menelanjangkan banyhak perkara yang tidka betul baik oleh kepimpinan UMNO BN sebelumnya mahu pun sekarang. Maka jangan terus biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh slogan2 bombastik dan serba plastik dan janji janji palsu, UMNO BN WAJIB ditamatkan hayatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko merepek apa ni setan??? Turun la jalanraya, konsisten mcm Thailand dan Indonesia. 4 bulan..6 bulan..even 10 bulan.. Mmg jamin runtuh punye BN.

      Bersorak sorai berdemokrasi. Kumpulkan doa-doa berjuta2 lori berderet2 disepanjang jalan dr Perlis ke Sabah pun, x akan turunkan BN punyer. Daulah terpendam rejim mencengkam segala2. Allah x akan bantu langsung jika harapkan doa dan menulis dan membongkar itu ini dalam diam2. Usaha turun padang perlu ada.

      Rakyat masih mabuk, khayal dgn segala bagai ruang keamanan yg ada, x akan tunjukkan perasaan punyer. Dgn kepimpinan PR terutama PAS yg masih seronok saling melancap sesama sendiri lagi, jangan haraplah berdoa berjuta2 lori ini nak makbul tanpa usaha turun ke jalanraya.

      Delete
    2. apa konsistent bro...fru kasi asap sama pancut air, 2 minit lu sudah beterabooo lari.......konsistent konon.....cakap boleh laaa.....turun padang konon....lu ingat ajak laayat main kondang kondi ka.....lu semangat sudah kental ka

      Delete
  19. Patut la Harun Din dan Haji Hadi sayang sangat Najib, mahu terus beri peluang pada Najib kekal berkuasa sehingga tamat tempoh, agar boleh rembat dan balun sebanyak banyak mungkin harta negara?.Ada bahagian ke?. Nampaknya tak sempat nak agih agihkan duit tu yer?. Tentu frust menungging orang kuat PAS dua orang ini kan?.

    Ikutlah panduan Harun Din dan Haji Hadi. Tanpa 4 saksi mata yang melihat perbuatan Najib, maka PM ini kekal tidak bersalah. Najib perlu dibenarkan terus memerintah dan terus membalun duit negara sebanyak yang beliau mahu. Tanpa 4 saksi, Najib perlu dibebaskan dari tuduhan. Adakah ini yang dituntut oleh Islam???

    ReplyDelete
    Replies
    1. anua di jel sebab liwat saiful......ada 4 saksi? ini tak adil....tok guru dan prof. kena memberi pandangan adil ,baru boleh cakap pasal islam....it's simple matter...adil or tak adil....ahli pas totok, ini macam lu pilih ketua........apadaaa

      Delete
  20. Masih ramai yang berangan-angan supaya Najib ditangkap dan berhenti jadi PM. Percayalah, perkara begini tidak akan berlaku. Anda boleh berdoa semahu anda, cacilah Najib semahu anda, karanglah doa berlori-lori semahu anda, perkara yang anda harapkan tidak akan berlaku..

    Lihatlah kes Altantuya, yang sudah terbarai sohai, Najib tak akan tumbang dengan kes sebegini. Mungkin pun, PRU14 kelak, BN akan kurang 2-3 kerusi saja daripada 140 yang ada skrg ni.

    Kerana apa? Kerana rakyat sendiri pun penakut!!!! Turun jalanraya pun takut!!!! Takat turun 1 juta penuh KL sekalipun, tak ada apa-apa kesan pun. Sudah berapa kali buat himpunan, Kerajaan BN cuma goyah dlm membuat keputusan saja. Rembat duit macam biasa, salahguna kuasa terus berleluasa. Rakyat di mana-mana setakat sembang kedai kopi saja. Tiada satu pun gerakan yang tuntas untuk memberikan tekanan kepada rejim BN.

    Akhirnya kes ini jadi seperti kes wanita Mongolia juga. Senyap begitu saja. Walaupun hari ini, gegak gempita Najib alami tekanan Maha Hebat. Daulah Terpendam akan terus mengampu Najib semampu boleh.

    Tak berani turun jalanraya berminggu-minggu, lupakan sajalah nak tukar Rejim BN. Jika dianalisis di negara dunia ketiga, tidak pernah wujud pembangkang menang pilihanraya. Berhentilah berkhayal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kau sepupu dgn Allah ke nak menentukan doa orang?
      Kau nak bawak dakyah tuhan Anwar kau pegi jalanraya kau ajaklah puak2 kau. Memekak tepekik merosak keta polis tukar bendera tu mmg keje bodoh. Aku taknak ikut jadi bodoh.
      Pegi jalanraya tapi Anwar tetap duduk penjara. Orang takde pedoman boleh la buat mcm tu.

      Delete
    2. Woitt bangang, polis sendiri yang rosakkan kereta sendiri nak tuduh orang lain yang rosak.Woitt mangkuk,polis kat malaysia ni hanya jadi barua najib.

      Delete
    3. Yang aku nampak beruk pijak keta polis adalah. Sama mat pondan ramai2 belasah polis trafik sorang. Ramai boleh la. Cuba sorang.
      Korang la bodoh jadi baruah gay tua. Dengan cukong dap. Sampai tua la gamaknya jadi bodoh kaldai. Repomasi.

      Delete
  21. Pihak berkuasa malaysia sedang dihakimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah? Siapa yang jadi hakim? Rakyat? Apa rakyat boleh buat? Mengundi? Allah nak tolong? Kambing sungguh la semua ini..

      Kita-kita ni sembang kedai kopi, memang hebat la. Hakikatnya, nak buat tempat pacak roket pun boleh. Kalo sembang romen bini, boleh la. Baru foreplay 2 minit, dah sibuk nak pancut. Hampeh.

      Delete
  22. Poyooo lah barisan parti pakat2 kat Malaysia, pakat pun bawa rebah masuk kandang babi DAP, Lagi nak minta rakyat bagi peluang kat barisan alternative pulak perintah Malaysia. Sama jeee, parti DAP dan PKr lagi rakus makan duit rakyat, negeri bawah mereka lagi jadi sarang nyamuk aedes angkara tak reti urus negeri dan diri sendiri. Nuar Jubo patut didoakan mati cepat, agar segala dosa beliau dapat dibawa mati, bumi Malaysia pula bebas dari hukuman akibat perlakuan sex beliau yang tidak mengenal tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno makan babi kau tak kisah pula. makan rasuah sama dengan makan babi,Siapa kata. Madet, ketua lanun umno yang cakap.Bingai betul puak haramjadah ni.

      Delete
  23. well done apek and your think tank......tak rugi pok jib amik mu sebagai ahli pi9kir......pakar reverse osmosis.....1-0

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Malaysiakini menipu lagi. Siapa kena kencing kali ini? Siapa yang dah kena kecing berkali-kali? Siapa yang kencingkan rakyat yang buta hati. Malaysiakini!!

    ReplyDelete
  27. Penyokong pakatan suka telan kencing Malaysiakini. Pasal tu makin bebal..

    ReplyDelete
  28. Lagi Bukti .... Jom Terjah !!

    http://scalar2u.blogspot.com/2014/06/smart.html

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. Ya Allah hancurkan pemerintah yg zalim. Gantikan dgn yg terbaik.

    ReplyDelete