Friday, 19 June 2015

Masihkah Ada Badi Untuk Parti Islam Baru?


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah "tawar hati" dan "putus kasih" terhadap parti itu. Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya "cai" telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut.

Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan sokongan diterima parti itu makin melebar bukan saja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga bukan Islam, kumpulan itu "dibersihkan"  dan seolah-olah tidak diperlukan lagi.

Pas hari ini menjadi seratus peratus dikuasai golongan yang dikenali sebagai kumpulan ulama dan mereka yang pro ulama. Kumpulan profesional semuanya kecundang dan tidak ubah mangsa pembersihan etnik secara total. Lebih buruk kumpulan profesional dan progresif Islam ini juga digelar "jebon" yang menggambarkan kebencian terhadap golongan itu.

Walaupun masih berteka-teki dan belum membuat keputusan rasmi, kelompok profesional ini secara umumnya boleh memilih sama ada menubuhkan sebuah parti Melayu/Islam yang baru atau menyertai parti tajaan PasMa yang sudah diumumkan penubuhannya sebelum ini.

Tiada gunanya lagi mereka terus kekal dalam Pas kerana bukan saja perbezaan lebih berpanjangan, malah akan membuatkan terus "sakit hati"  dengan kepimpinan barunya yang dilihat semakin tidak tentu hala tujunya antara keinginan mahu menumbangkan BN atau menghulurkan "tongkat"  kepada UMNO yang semakin lemas.

PasMa yang sebelum ini diura-urakan akan bertukar menjadi parti politik bagaimanapun dikhabarkan akan kekal sebagai sebuah NGO yang bertujuan memberi sokongan luaran kepada  PR agar terus kekal sebagai pencabar unggul untuk menyaingi dan menumbangkan BN.

Begitu pun, sementara parti baru itu masih dalam penantian dan kumpulan profesional juga belum menentukan hala tuju masa depan mereka secara rasmi, persoalan yang paling banyak berlegar sebagai tanda tanya ialah bolehkah parti itu bertahan lama?

Ramai juga yang optimis parti baru itu nanti akan menerima nasib seperti Berjasa dan Hamim yang hanya tinggal nama dan rujukan sejarah saja akhirnya.

Rata-rata bagaikan percaya bahawa Pas mempunyai badi tersendiri yang membuatkan sesiapa saja bekas pemimpinnya yang keluar daripada parti itu tidak akan dapat bertahan lama jika menubuhkan parti baru mirip sepertinya.

Selalunya Berjasa dan Hamimlah dijadikan contoh serta rujukannya.

Ada yang berkata kononnya ia adalah disebabkan nama Islam yang ada padanya, sementara yang lebih ekstrem pula menganggap hanya Pas parti yang diredhai Tuhan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Islam di negara ini.

Dahulu pun, parti serpihan daripada UMNO juga dianggap tidak mampu bertahan lama kerana kononnya perjuangan keramat untuk agama, bangsa dan negara yang dibawa oleh UMNO tidak mampu diambil alih oleh mana-mana parti selainnya.

Parti Semangat 46 kerap dijadikan rujukan bagaimana tidak mampunya parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya daripada bertahan lama.

Tidak kurang juga yang berkata, sesebuah parti mesti mempunyai ideologi untuk diperjuangkan, lantaran itu dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di negara ini, keperluannya sudah pun dipenuhi dengan  adanya UMNO dan Pas.

Tetapi kemunculan PKR yang sebahagiannya adalah serpihan UMNO, bahkan tanpa idelogi selain pada awalnya hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim dan kemudian melebar kepada memperjuangkan isu-isu semasa dan ketidakadilan yang merata dalam masyarakat, namun kini mampu bertahan dan menguasai Selangor membuktikan tiada badi dalam menentukan nyawa sesebuah parti itu.

Selagi ia mempejuangkan isu-isu yang dekat dan menjadi keperluan rakyat, ruang dan peluang untuk terus bertapak sentiasa terbuka.

Kemampuan PKR terus bertahan dan mendakap kuasa membuktikan badi itu sebenarnya tidak ada atau kalau ada, ia sebenarnya sudah terhapus. Jika dalam UMNO, badi itu sudah terhapus, tentulah tidak mustahil ia juga tiada lagi untuk melindungi Pas.

Apatah lagi dengan kelimpinan baru Pas daripada kumpulan ulama sepenuhnya sekarang, keupayaan mereka memperjuangkan isu-isu rakyat yang melibatkan pembongkaran rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, alam sekitar, perundangan dan sebagainya pasti lebih terbatas.

Di sinilah parti baru yang bercirikan Islam moden, progresif dan lebih menyentuh hati nurani rakyat, boleh mengambil tempat dan memainkan peranannya. (SH 19/06/2015)

25 comments:

  1. Tubuhkan parti TEMBOLOK.. terus terang ikhlas dalam missi dan perjuangan pengasas dan pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut pasal parti serpihan... individu serpihan pn ada jugak kn.. macam tuan shabudin.. serpihan drpd umno yg suka mghentam Pas.. tapi tetap brtahan lama.. sejauh manakh brtahan?? Tuan sendiri tahu.. tiada kena mengena dngan badi.. brtahan lama mcm PKR jugak.. he he

      Delete
  2. Tuan Shah,

    PAS kini tak layak disebut Parti Islam Se Malaysia tetapi lebih sesuai disebut Parti Angkatan Serban. Lihat saja..mana2 yang tidak atau jarang2 berserban atau berkopiah..abis ditebas belaka. Kalau anda ahli PAS tak berserban atau berkopiah, jangan sesekali pasang angan untuk bertanding kerana golongan selain puak serban dan kopiah merupakan kasta pariah bagi pemimpin atasan PAS.

    Bagi PAS asalkan anda boleh hafal quran, hadis dan ada kelulusan agama samada tak peduli apa pun Universiti, anda boleh jadi presiden dan timbalan presiden walau pun matematik anda diperingkat SPM tunggang langgang dan Bahasa English anda berterabur. Apa lagi kalau anda jenis Yes man dan pak angguk kepada Presiden dan Majlis Ulama PAS.

    ReplyDelete
  3. muslim sama sama ada gado ka?,apapasal,pasai apa sya tarak faham laa....tolon terang sama saya apa sebab....saya orang tak pandai islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...you orang kafir ye.... Muslim dengan Muslim ni sudah berbunuhan sejak zaman Khalifah Al Rashidin lagi. Saidina Ali , sepupu dan menantu Rasulullah berperang dengan geng yang diketuai oleh isteri nabi Saiyiditina Aishah. Perangai tersebut terbawa-bawa sehingga kini di seluruh pelosok dunia. Mau cerita lagi ke? Tak payah la kot.

      Jadi biasa lah jika ramai ahli PAS yang tidak puas hati terhadap ulamak palsu dalam PAS ingin menubuhkan parti baru. Kira OK la tu..... belum sampai peringkat berbunuhan lagi...setakat gelaran BARUA, PARASIT, JEBON dan tidak WALAON saja......

      Delete
  4. Replies
    1. Bn terkubur dan Pas pun akan terkubur. Maka tumbuh lah 'poko2' baru. Lumrah dunia dan alam sememangnya sebegitu. Jgn ingat akan ada selama lamanya..

      Delete
  5. Pada PAS, ekonomi dan politik bukan wadah perjuangan utama. Asas perjuangannya satu saja iaitu agama.

    Rakyat hidup susah hingga hidup ikat batu di perut mcm nabi sekalipun, mereka apa pedulik. Ini bukan perjuangan utama. Yg penting akidah. Sbb makanan dan punca ekonomi, ini benda boleh diminta dari langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..luaran shj agama...dalaman..fulus jugak..tu fasal LGE suh orang Pas letak jawatan...tak mahu.

      Pas disokong olih semua rakyat...duit derma melempah ruah...tu fasal golongan ulamak nak kuasai Pas..kuasa Pas, kuasai lah kantong kewangan...semua ekonomi dan wang, Bro..

      Ugama adalah topeng shj...

      Delete
    2. Betul itu. Bila dah pakai topeng senang pergi Golok cuci spark plug

      Delete
  6. Hamim dn Berjasa dulu dipimpin dan dianggotai oleh bekas ahli2 PAS yg kurang berkaliber. Dua2 berkubur bukanlah kerana badi PAS. Karut.

    Selepas golongan profesional dan progresif dlm PAS menaikkan imej, prestasi,persepsi dan penerimaan dpd msyrkt majmuk M'sia, mereka disingkirkan begitu mudah melalui 'cai' pro Presiden mereka. Apa nak jadi...!

    Dlm PRU 14 nanti saya tak nampak PAS boleh dapat undi dpd kaum Cina dan India. No way...! Nak dapatkan undi Melayu, khasnya yg di kampung2 dn Felda, bukannya mudah selagi UMNO ada berkuasa di bumi ini. UMNO lebih dr tahu yg mereka semua tak pandang serban, jubah, kitab Yasiin dn tasbih bila tiba hari mengundi.

    PAS sepatutnya dah lama tahu jika mereka tidak memerintah negara ini mereka tidak akan dapat apa yg mereka perjuangkan selama ini. Tengoklah mcmna sukarnya usul Hj Hadi nk dibentangkan dlm Parlimen. Itu baru nk bentang belum lagi untuk mendapatkan kelulusan Parlimen. Jauh panggang dpd api, tak gitu?

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, sebuah parti politik baru, serpihan PAS sekiranya di pimpin oleh pemimpin2 ternama dari kalangan professional PAS (apatah lagi jika ramai kalangan pimpinan profesional dalam PAS yg ikut bersama) takkan terkubur dengan mudah. Mgkn akan ada beberapa kekuatan yg boleh membantu kelangsungannya.
    1. Berada dalam satu pakatan bersama DAP dan PKR. Ini saja peluang yg ada utk menewaskan BN dalam negara majmuk spt malaysia.
    2. Pemimpin dan ahli yg berjuang utk Islam dan bkn utk kepentingan sendiri. Jd kenapa tidak kekal dl PAS sj? Kerana pendekatan yg berbeza
    3. Pada hakikatnya kekuatan PAS sblm ini banyak ditunjangi oleh golongan professional. Bila PAS perlukan duit utk anjurkan apa2 program,utk bg sumbangan kpd masyarakat, mereka akan mohon sumbangan. Dan biasanya golongan professional inilah yg akan mengeluarkan wang mereka memberi sumbangan. Golongan professional lah yg merancang gerakan ekonomi dan tarbiah secara tersusun. Malangnya jawatan pimpinan banyak dipegang oleh golongan ustaz yg jumud. Yg kadangnya tidak layak bahkan tidak melaksanakan tugas dengan baik pun. Maka golongan professional ini tidak dapat bergerak lebih maju ke depan.
    3. Oleh itu penubuhan parti baru amatlah baik untuk menjadi wadah perjuangan mereka yg berkehendakkan islam di negara ini. Ia juga baik utk PAS kerana kali ini mereka akan ada saingan. Pemimpin PAS tidak boleh lagi mengatakan PAS sahajalah parti politik yg memperjuangka islam jadi semua orang mesti menyokong PAS dalam keadaan mereka sendiri pun tidak mempunyai akhlak yg baik dan hati yg betul2 ikhlas. Kini mereka terpaksa membuktikan dgn amalan.
    4. Kita dapat lihat perjuangan islam yg ditunjangi oleh golongan professional denganbentuk yg lebih relevan dan memahami realiti dunia dan keadaan setempat pada hari ini lebih diterima oleh masyarakat. Contoh yg paling jelas adalah akp pimpinan erdogan di turki. Pks di indonesia. Bahkan di nefara sendiri organisasi seperti haluan, ikram dan abim (memang mereka tidak mengambil pendekatan politik. Yg dimaksudkan adalah bagaimana organisasi ini berjalan dgn baik kerana dipimpin oleh golongan professional beragama).

    Mungkin ada banyak lagi faktor lain.

    Saya bercakap dari pengalaman sendiri sebagai seorang professional tidak ternama yang telah belasan tahun berjuang bersama PAS.

    Yang benar,
    seorang professional tidak ternama

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tidak boleh memiliki Islam. Buat masa sekarang, Islam tak menjadi masalah besar kpd politik dan sosial negara.

      Sbb rakyat kebanyakan masih lagi kukuh beribadat dan hanya berapa persen saja yg sudah menjadi agnostik. Lihatlah kejatuhan institusi gereja di Eropah kerana sudah tidak percaya lagi pada gereja dan mufti (bishop) mereka yg banyak menipu dan menyebelahi raja2 dan pembesar menteri.

      Masalah skrg ialah Hadi Awang. Jadi apa2 sumer bergerak dlm selimut. Rupa2nya PAS hanya bertahan dgn TGNA sahaja selama ini. Bila TGNA tiada, topeng melayu PAS lebih terserlah berbanding agama yg diperjuangkan sendiri. Sbb tu masih ada hatinak berUG dgn UMNO. Agama hanya topeng dan sesuai untuk muallaf saja.

      Apa yg aku nampak, rata2 ahli PAS kampungan, mereka tetap fanatik dgn Haji Hadi dan segala ulam2 muda. Bagi yg perofessional PAS, Haji Hadi boleh blah. Begitu juga Harun Din.

      Delete
  8. Pada pandangan saya, tak timbul soal badi atau tidak dalam menubuhkan parti baru. Tapi yang menjadi persoalannya ialah adakah orang yang akan memulakan kepimpinan parti baru itu mempunyai kelayakan, ketrampilan, kewibawaan dan juga pengaruh. Apa motif perjuangannya.

    Selain dari itu orang yang akan menerajui parti baru mesti mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi menampong segala kos pentadbiran dan propaganda.

    Ketika keadaan masih panas dengan krisis muktamar PAS ke61, semestinya ada orang yang meyuarakan cadangan agar di tubuhkan parti baru.

    Tapi cadangan itu perlu disejukkan dulu agar ia tidak dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa kerana membina parti baru dalam keadaan kurang siuman akan menimbul banyak pekara buruk dari mendatangkan pekara baik. Akibatnya nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

    Dalam masa yang sama pemimpin PKR tidak boleh pandang ringan sikap pengundi yang anti PAS. Jangan berbohong kononnya Pakatan Rakyat masih wujud walau pun tidak formal lagi sedangkan hubungan PAS dengan DAP sudah tidak ada apa-apa dalam Rangka Kerja Dasar Bersama dan juga prinsip operasi kesepakatann yang dipersetujui.

    Oleh kerana itu parti baru berwajah islam sederhana memang patut di bentuk bagi menyaingi parti PAS sudah mula condong kepada sikap ekstrim dalam agama yang menimbulkan rasa marah dan benci oleh sebahagian rakyat Malaysia.

    Apa gunanya bersama dengan PAS tapi kalah dalam pilihanraya ?


    ReplyDelete
  9. Rakyat malaysia x kira apa jua bangsa dan agama da makin kenal dgn sifat pemimpin pas skg..2x5 dengan umno...lagi teruk ade la
    .sebengong2 umno xde la diorg bt senarai cai dlm pemilihan parti..so pas apa cerita??mcm ni ke parti bejuang atas nama agama..betul2 menjatuhkan martabat islam..memalukan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memalukan?oooo iti macam kaaa.. asrul sani kata muslim dulu dulu...itu istri nabi sama itu menantu nabi pun ada perang lagi.....sama saja....itu hal tara malu laaaaa......kasi 0-0 habis cerita......pengikut gado negare hancur, pemimpin korupt juga kaya...bodo punya peng hikut

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Kita boleh lihat sejauh mana keikhlasan seseorang berjuang dalam politik sama ada dia mengejar jawatan atau pun niat untuk perjuang islam.

    Di saat dia kalah baru kita dapat lihat their true colors and agenda2 mereka. Tak perlu sebut siapa. Bila kalah meroyan.. bila menang suka. Manusia biasa lah.

    ReplyDelete
  12. Rata2 komen dlm blog tuan shah ini merumuskan pas is gone! Indeed! Pas is gone! Tp. Isu ini memberi kesedaran kpd Ku bhw islam itu indah..pas hanyalah parti politik! nafsu ulamak n pro ulamak mereka melebihi keislaman mereka..mereka hanya tahu siku dan lutut! Dan otak mereka mmg kat lutut tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pelik kenapa pas jadi macam ni........dah ilang barakah....berkata tanpa ilmu yang manafaat.....insaflah yg bersengketa........bersatu teguh demi agama Allah....''Allah humma izzah islam wal muslimin''

      Delete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buk alimah.....judi tu haram...kalu mau main buk main seorang aja.....jangan palit dosa sama orang lain.....taubat ya buk alima

      Delete
  14. Kalau tak nak badi kena buat amanat tuang presideng.barulah chai wala, la ni klua pas jadi kafir

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete