Thursday, 18 June 2015

PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas


Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan "lebih lajak dari laju" dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi.

Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan parti itu dalam muktamarnya adalah makna yang jelas bahawa tidak wujud lagi pakatan pembangkang yang ditubuhkah sejak 2008 lalu itu dikatakan tidak saja memberi kesan di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Bagaimanapun Pas mengatakan PR masih wujud kerana tiada sesiapa yang keluar daripada gabungan itu, melainkan hanya wujud masalah antara Pas dengan DAP sahaja. Sama seperti DAP yang tidak mengumumkan ia keluar daripada PR meskipun menyatakan gabungan itu tidak wujud lagi, Pas  juga bertegas mahu terus kekal bersama gabungan itu.

Dalam keputusan selepas mesyuarat Biro Politiknya pula, walaupun PKR mengakui secara formal gabungan itu sudah mati tetapi menggambarkannya kerjasama yang wujud selepas ini sebagai perkahwinan poligami yang sudah bercerai, namun kekal sebagai kawan.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga parti juga komited untuk mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dengan ini ribut-ribut dalam PR ini hanyalah umpama air berkocak dalam cawan saja. Ia barangkali sekadar "latihan" untuk saling memperbaiki diri, memperbetul kesilapan dan mencari cermin untuk saling melihat diri sendiri. Mungkin juga sekadar usikan atau "geli-geli" untuk UMNO, BN dan Najib yang sedang menghadapi tekanan daripada banyak penjuru ketika ini.

Sejak ketiadaan Anwar yang kini merengkok di penjara, hubungan Pas dengan DAP diakui tidak lagi seharmoni dulu. Pas tidak saja bermasalah dengan  DAP, tetapi juga bermasam muka dengan kelompok profesional dalam partinya sendiri.

Seolah-olah perjuangan Islam itu hanya milik kumpulan ulama dan kunci pintu syurga juga dipegang oleh mereka, Muktamar Pas baru-baru ini tidak saja menyaksikan ketetapan Dewan Ulama diterima tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP, bahkan kumpulan profesional, progresif dan bukan ulama juga disingkirkan terus daripada kepimpinan parti itu.

Selepas berakhir muktamar pula, tindakan membawa haluan masing-masing antara kumpulan profesional dengan ulama ini berterusan lagi dengan kedua-dua pihak saling menghimpun sokongan serta berbalas kenyataan di media.

Pemimpin kelompok profesional  berterusan mendesak Pas keluar daripada PR kerana mendakwa itulah maksud daripada tindakan memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya. Mereka juga diminta segera meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagaimana contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa yang lain.

Lebih malang, jika dulu ungkapan kafir, taghut, munafik dan sebagainya menjadi senjata serangan oleh kumpulan pro ulama, kini lutut dan siku pula dijadikan alat seolah-olah Islam itu suka benar berlawan dan berperang.

Kadang-kadang terfikir, inikah rupa bentuk keindahan dan kelembutan Islam yang mahu ditunjukkan kepada pihak lawan dan juga kepada bukan Islam?

Dari segi DAP pula, walaupun jelas mereka tidak ingin lagi bersama dengan Pas tetapi ini juga ruang untuk mengendurkan ego dan lebih bertolak ansur dengan rakan seperjuangan.

Tetapi daripada apa yang berlaku, jelas bahawa mereka masih mahu PR itu terus wujud. PR  akan lebih selamat dan kukuh dengan menubuhkan entiti baru yang turut disertai oleh sebuah parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan profesional daripada Pas.

Dalam hal ini, kumpulan profesional Pas yang disingkirkan secara pembersihan etnik baru-baru ini yang diketuai oleh Mohamad Sabu dan disertai beberapa tokoh lain, harus segera tampil dengan parti baru berwajah Islam progresif dan moden yang boleh diterima rakyat.

Mereka harus tampil bukan saja dengan perjuangan di masjid, surau atau berkaitan hukum dan keinginan menegakkan undang-undang Islam tetapi juga mampu menjadi juara dalam isu-isu rakyat seperti rasuah, pembaziran, penyonglapan wang negara sehinggalah kepada longkang tersumbat sekali pun.

Pas yang kini sepenuhnya dikuasai kumpulan agama dan pro ulama pula harus menentukan hala tuju mereka. Hubungan dengan kumpulan profesional barangkali sukar dipulihkan tetapi kepimpinan baru ini wajar menilai sama ada mereka mahu terus melakukan perubahan bersama PR atau sebaliknya. Berilah peluang kepada kumpulan profesional ini berjuang melalui wadah baru pula.

Ini bermakna, kiranya kesepakatan baru dapat dijelmakan, PR baru nanti akan dianggotai oleh PKR, DAP, Pas dan sebuah parti yang mungkin dipimpin oleh Mohamad Sabu tadi.

PR baru yang dianggotai oleh empat parti adalah lebih baik berbanding tiga parti yang ada sekarang. Dengan empat parti, walaupun jumlah kerusi pilihanraya yang bakal diperolehi setiap parti akan berkurangan, ia lebih menjamin ruang kemenangan serta kestabilan. Jika semua pihak sedia memperbaiki kesilapan, lebih bertolak ansur dan bersikap lebih matang, PR baru ini akan lebih kukuh berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun jika Pas tidak bersetuju dan enggan bersama-sama melakukan perubahan bersama gabungan baru itu, ada baiknya parti itu bergerak sendiri menuju syurga impian mereka atau jika merasakan syurga itu sudah ada di sisi UMNO, maka berbaik dan bergabunglah dengannya.

Ketika itu, PR baru yang dianggotai PKR, DAP dan sebuah parti Islam progresif ini pun dirasakan sudah cukup untuk mencorak perubahan dalam negara, lebih-lebih lagi jika Najib Razak masih memimpin negara dan terus berbalah dengan Tun Mahathir. (SH 18/06/2015)

27 comments:

  1. Melihatkan rekod2 Hj hadi selaku presiden PAS, kita semua tahu jika PAS masih lagi berada didalam PR, PR akan sentiasa gagal mencapai Putrajaya. Ini kerana bagi HJ Hadi dan PAS pimpinannya, mereka mempunyai agenda lain iaitu bukan mencapai kemenangan tetapi mengekalkan kuasa mereka dengan menyembunyikan hasrat hati mereka itu sebagai "mencari keredhaan bukan hanya kemenangan". Ini dapat dilihat pada ketika yang crucial yang mana PR berpeluang melakukan perubahan paradigm pada pemikiran pengundi Malaysia terutamanya melayu, PAS akan memainkan isu hudud dan bertelagah dengan DAP demi "Melayu dan Islam" kononnya. Ini jelas berlaku pada PRK T Intan dimana kebejatan politik yang bersimpul pada bangsa dan agama berpeluang dirungkai tetapi pada saat akhir PAS membuat adu domba... Kiat sepatutnya sudah mendapat satu perubahan yang "earth shattering" dari para pengundi tetapi PAS yang melihatkan bahawa perubahan tersebut akan merugikan politik pemimpin mereka bertindak melontar spanar kedalam perubahan tersebut. Sama jua dengan percaturan 16 sept, rakyat telah dinafikan satu perubahan dan kemajuan yg nyata hanya disebabkan oleh pemimpin2 yang pentingkn diri sendiri yang membelakangkan kepentingan rakyat.

    PAS sekarang ini sudah kehilangan pihak progresif didalam kepimpinan mereka. Fakta ini sahaja sudah cukup untuk kita mengatakan bahawa kehadiran PAS dalam PR yang baru tidak membawa apa2 munafaat. kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah mereka2 yang beriktikad denagn ketuanan melayu, cuma mereka itu adalah pendokong ketuanan melayu yang berserban dan berjubah. Rupa mereka mungkin berbeza tetapi pemikiran mereka tidak berbeza dengan UMNO yang suka nak menjentik non muslim dari berdakwah mengajak kepada Islam. To me, selagi Hj Haji dan juak2nya menguasai PAS, PR tidak memerlukan PAS. Rakyat juga tidak memerlukan mereka kerana selama ini pun, para pimpinan PAS yang mendokong dan memperjuangkan kepentingan rakyat telah ditendang dan dihambat keluar dari PAS. PR dan rakyat sudah tentu tidak mahukan satu lagi parti yang mesra UMNO dan mesra Najib....Unity government anyone??? No, thanks!

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Pakatan baharu hanya ada PKR, DAP dan PAS Baharu (bukan PasMa). PAS Asal ada tiga pilihan 1. bergabung dengan UMNO-BN atau 2. menjadi 'syaitan' yang mengekalkan 'iblis' di Putrajaya kerana mewujudkan pertandingan tiga penjuru PRU14 atau 3. tinggalkan politik dan bergerak sebagai pasukan daqwah/tarbiah demi 'keredhaan Allah'. PAS Asal sudah tiada tempat di persada politik Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ''keredhaan Allah'',''syaitan','iblis'......mind your language.....rasullullah pernah tegur kepada pelawat jenazah yg berkata ' simati ni masuk syurga'.....sambil baginda bersabda..' adakaah kamu ingln mengambil kerje AIIah'....ISLAM JUMUD....bergerak dim satu..segala nya dunia akhirat....berwajib waspada pada sang munafik daripada sang kapiq......suhbanallah azim

      Delete
  3. Status quo * BARISAN NASIONAL* mesti dilupuskan

    ReplyDelete
  4. Umno yang bersorak bila UG menguasai PAS dan keluar usul muktamar putus dengan DAP.. tetapi UG telah 2 kali dkelentong oleh Umno bila sekali lagi usul prevet Hudud diketepikan.. inilah yang dikatakan oleh Arwah TGNA jangan masuk lubang sama 2 kali kok dipetik lagi

    ReplyDelete
  5. Tun dicemuh dbuletin utama tv3suku.sudah beberapa mlm berlangsung.mungkin berterusan selama ramadan ini.kucing kurap cg bard mendapat peluang utk publisiti percuma(mungkin dpt upah juga).kot muka hensom tak apa juga tiap-tiap hari nak keluar tv ini muka mcm penyangak antarabangsa.apa punya tv3suku ni.nampak sangat merengnya.tp tak kisah la lg dkutuk tun lg tambah org sokong dia .lg nampak rupa sebenar tv3suku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak bodo nak cari makan bro. Inilah jadinya. Tak mampu berdikari, asyik nak membodek je kerjanya.

      Delete
  6. Muka pecah rumah adalah

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya Hadi yang gagal.Isu Amanat Haji hadi yang terang-terang kata umno kafir, tapi Hadi nak berkawan dengan kafir. Sebenarnya Hadi telah kalah dengan umno, sebab itu ia sedia jadi barua umno untuk menutup kegalalan dirinya,

    ReplyDelete
  8. Itulah kehebatan ulamak dlm PAS! Strategi politik mereka sukar di baca tp. Impaknya memberi kesan kepada politik tanah air. Malah, kehebatan mereka ini bukan sekadar ada siku tp otak mereka juga ada kat lutut! Awesome!

    ReplyDelete
  9. silap pas berpakat dengan pr n omno tanpa bertegas dengan prinsip
    kalau mau pakat terima prinsip perjuangan pas
    kalau tak mau boleh belah

    ReplyDelete
  10. Adakah PAS bawah Tuan Presideng AH betul-betul ikut Quran dalam konsep "strategic partnership"?

    Saya rasa tidak. Selagi puak mullah PAS bermimpikan "hudud ala PAS" maka mereka tidak akan berjaya dalam kancah poltik negara. Adakah Quran betul-betul ada menyatakan hudud ala PAS?

    Check dalam Quran ada tak ayat mengatakan :

    1. hukum rejam sampai mati
    2. hukum mati bagi orang murtad dll

    Check semula dalam kitab Bible? Ada agaknya.

    Harap PAS rajin-rajinlah research kitab Bible dan jangan melarang orang bukan Islam baca Quran samada bahasa Arab atau Melayu atau English. Kalau orang Arab Kristian, takkanlah mereka baca Quran tafsir Melayu!! Sudah tentu mereka baca Quran Arab.

    Orang Islam sekarang tidak maju kerana sudah jauh dari apa yang Quran maksudkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong bg contoh berapa org yg telah di rejam n dibunuh kerana melanggar hukum...rujuk Prof Zakir Naik yg menjelaskan tetntang hukuman Hudud ni... kecuali lah hang ni kafir yg tulin...

      Delete
    2. Ni lah masaalah bila bincang dgn "pejuang" Islam, di orang ni tak paham soalan. Mamat atas tu tanya di mana dalam Quran yg menghukum rejam dan bunuh. Yg mamat biol 06:06 ni pulak mintak contoh berapa ramai yg telah direjam dan dibunuh. Camana la pas periksa agaknya, soalan pun tak paham. Atau tak sekolah?

      Ringkasan dari soalan mamat kat atas tu (01:55) ialah, hukum rejam dan bunuh tu TAKDA DALAM QURAN, TAPI ADA DALAM BIBLE. Tak percaya, tanya Zakar Naik. Camana mengaku Islam dan berjuang atas nama Islam, tapi tak sedar ikut Bible.

      Ini la masaalah besar dgn orang2 Islam (Melayu laa, tu pasalla mundur), tak mahu membaca untuk menambah ilmu. Bila ada kemusykilan, tanya ustad. Lepas tu apa ustad cakap, terus anggok2. Lepas anggok2, mula la rasa hebat dgn "ilmu" yg dia baru dapat, lepas tu sebok la nak tarbi org lain...

      Hai... Melayu... Melayu

      Delete
    3. Kalau jahil jangan komen pasal hudud ye.. walaupun ayat rejam sampai mati tiada dlm Al Quran, hukumnya tetap ada.. belajar bab "nasakh & mansukh".. hukum mati untuk murtad ada dlm hadis nabi.. selamat berpuasa..

      Delete
  11. Tuan,

    YB bengap akal kontot tu bangga dengan siku dan lutut dalam jubah dia saja. Konon hebat la tuu tambahan pula penyokong2 bahlol bertepuk sorak bangga dengan ucapan dia. Tapi YB bengap ni jangan lupa bahawa siku dan lutut dalam jubahnya itu mampukah melawan dengan kapak, parang dan segala "senjata" lain yang mungkin dimiliki lawannya. YB mulut celupar dan emosional ni sama sekali tak layak menjadi pemimpin. Rakyat dan pengundi di Temerloh atau di mana saja tempat YB ni bertanding dalam GE akan datang perlu menolak jenis manusia bengap dan bahlol seperti ini yang cuma bisu dalam dewan tapi celupar diluar. Harap serban saja besar atas kepala tetapi akal tahap baghal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB Temerloh skrg ni adalah contoh terbaik pejuang aka follower Taliban. Kalau mahu Taliban kan Malaysia, sokonglah puak2 Serban bahlol seperti malaon Temerloh tu. Si Taliban ni cukup perasan dan lupa diri. Kalau tak kerana pengundi bukan Melayu mengundi PR ( bukan mereka nak sangat calon jenis bengong macam ni), tak kan merasa PAS dan sibengong ni menang di Temerloh. Elok mampos saja pemimpin jenis begini.

      Delete
    2. Cukup sabar nak tunggu GE 14 nanti...nak.tengok Si jubah "lutut & siku" ni masih gelar YB lagi...... Betulkah orang Temerloh ni sayang sangat pengikut Taliban ni?

      Delete
  12. Utan Palas n Hosba19 June 2015 at 05:59

    Noted.* BARISAN NASIONAL* mesti dilupuskan...renungkan... dlm dok kalut ni...kita sama2 nilai...adalah lebih mulia mkn lembu nfc n ayaq ketum dari mngkedarah babi n telan arak/tuak dgn cina dap.mca.grakan.pkr... mulia kah sgt cina yg sentiasa mencabar org Islam lari dari akidah n perjuangan...semua kena ingat dap lah paling dok cabar PAS...mcm2 dok kata kat PAS...biarlah golongan liberal islam dalam PAS tubuh party baru dan berjuanglah melawan PAS ORI

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiamat tetap berlaku.....jangan kita menjadi alat menjurus episode tersebut...berpegang kamu ke jalan Allah............subhanallah

      Delete
  13. Pas ni parti pasikulutut cakar u-turn, bila dia cakar orang lain dia akan cakar muka sendiri.kalau betul perjuangkan hudud bergabunglah dengan parti yang sedang memerintah iaitu umngok be end.Hudud senang dilaksana tinggal meminda lord reid.kalau nak gabung umngok ataupun pr terpaksalah pasikulutut buat uturn.itulah standard parti yang beramanat mengutuk umngok be end dan juga tidak mahu mengambil putrajaya.

    ReplyDelete
  14. Pasikulutut tamberang saja, belum pernah menang dun atau mp sabah sarawak sudah tunjuk u turn amanat hardy veto ke jepung bila nak bentang hudud.apa punya siku lutut cakar harimau tolol barua broker pil kuda kafir munafik amanat hardy tuuurrr.lagi senang label haramjadah (semua label dalam haramjadah)

    ReplyDelete
  15. Liverpool kata man city nawok nak beli rahim sterling
    madet kate najib nawok boleh settle masalah 1mbd
    pas ori kate pr baru nawok boleh mene pr14
    pahh ni apa kate kite test pr kat selango......ni tak nawok...siapa mene, mene mesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. dap ugut pkr buang exco pas, nuar tak de jijah fening.....bubar dun Selangor,ada tski gi buang.....mengong

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete