Sunday, 21 June 2015

Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat


UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.

Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.

Apa yang menjadi  perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui kenyataan media saja.

Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?

UMNO Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.

Ramai yang menyifatkan tindakan MBPP meruntukkan struktur tersebut tetapi tiada usaha bertahan atau menyerang balas yang bersungguh-sungguh daripada UMNO Pulau Pinang sebagai satu lagi bukti menunjukkan parti itu semakin "tidak selamat"  kedudukannya.

Ini kerana ia memperlihatkan kehilangan upaya UMNO Pulau Pinang dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi simbol atau mercu perjuangan parti itu.

Ada juga yang berkata kepimpinan UMNO Pulau Pinang hanya tahu "main selamat" dan tidak peduli pun sama ada parti itu selamat atau sebaliknya.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah banyak kali mendesak agar Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana  menurutnya UMNO dan BN "tidak selamat" dalam pilihanraya umum akan datang jika  Najib terus memimpin parti dan negara.

Najib terlalu banyak skandal dan semua kaum tidak lagi menyokongnya, begitulah antara kata-kata yang pernah diluahkan oleh Tun Mahathir.

Ketika berlangsungnya forum Nothing To Hide di PWTC awal bulan ini yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir bagi menjawab isu-isu berkaitan 1MDB, Najib telah dinasihatkan oleh pihak polis agar tidak menghadiri program itu kerana dianggap "tidak selamat" baginya.

Ketika itu ramai keliru bagaimana faktor keselamatan boleh menjadi suatu bentuk ketakutan kepada Najib untuk berforum bersama Tun Mahathir sedangkan ia diadakan di ibu pejabat UMNO sendiri dan kehadiran pula hanya sekitar 2000 hingga 2500 peserta sahaja.

Kini dengan tindakan meruntuhkan struktur tulisan UMNO di Pulau Pinang, hakikat bahawa UMNO semakin "tidak selamat" tambah melebar lagi.

Daripada kebimbangan mengenai nasibnya dalam pilihanraya akan datang, bersemuka dengan Tun Mahathir dan berforum di bangunan sendiri hinggalah kepada struktur tulisan UMNO, semuanya sudah "tidak selamat" lagi.

Selepas ini apa lagi yang tidak selamat agaknya?

Jika sudah begitu banyak yang "tidak selamat", apa yang masih selamat di bawah UMNO dan Najib ini? Atau ini tanda-tanda benar bahawa UMNO memang "tidak boleh diselamatkan" lagi? (SH 21/06/2015)

24 comments:

  1. Memang tak boleh diselamatkan lagi UMNO ni. Bagus juga untuk rakyat. Sekurang kurangnya dapat juga rakyat bernafas kembali bila BN dah pupus dari Malaysia tercinta.

    ReplyDelete
  2. UMNO mau mati lor rr ,PR sutak mati . PAS manyak kacau , PKR pon manyak kacau .

    DAP manyak steady maa aa , Wa manyak sukak itu macam lea aa .

    ReplyDelete
  3. pak ajik pung heren.....najik doh nasihak ahli, jange amno jadi mace pati jepong LDP hak kaloh dulu..tapi LDP rebound balik....umno beleja laaa..jangan amal korupsi.......tengok mr lubang sekare doh berkepak...ubah lah,jadi ahli politik hak ceredikk...

    ReplyDelete
  4. PRU14 nanti, UNDILAH PARTI CAP ATM MACHINE, kami akan pastikan wang anda habis kami gunakan.

    ReplyDelete
  5. Lepaih ni duit rakyat yang tak selamat walaupon kate menabong sejak dari kecil.sedangkan tabongan nak haji pon tak grenti slamat.

    ReplyDelete
  6. Awang Selamat Utusan Malaysia pun da mula rasa tak selamat Bro. Ha..ha..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Go to HELL with UMNO......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dahsyat....sampai macam ni sekali kebencian raayat terhadap UMNO

      Delete
    2. Macam mana tak benci. Masa bentang bajet kata lain. Janji nak buat pembangunan untuk rakyat bukan main nak rak lagi. Semuanya untuk faedah rakyat belaka. Lepas dapat bajet buat lain. Buat pula benda yg pelik pelik. Kemudian suruh semua kementerian dan jabatan berjimat dan pulangkan duit lebihan semula. Siap janji nak bagi insentif lagi sebanyak 50%.

      Ini bajet gila babi namanya. Negara lain di dunia ni pun tak pernah buat macam ni. Ini kata kata Perdana Menteri sendiri. Cakap tak serupa bikin punya manusia.

      Delete
  9. Perjuangan bangsa melayu d masa depan kian rapuh....malah mungkin lenyap.
    Satu2 parti yg d harap telah d musnahkan oleh seorg presiden yg langsung tidak mempunyai sifat berani jujur dan amanah dlm berjawatan.
    Kini....
    Tatkala maruah telah tergadai,apakah nilai perjuangan bangsa d bumi msia bertuah ini ?
    PM...ANDA SELAYAKNYA MELETAK JAWATAN DAN HADAPI MASALAH ANDA SENDIRIAN TANPA MELIBATKAN RAKYAT.
    RAKYAT...BANGUN LAH HADAPI KEMELUT INI DGN BIJAK....ANDA LAH PEMIMPIN SEBENAR.

    ReplyDelete
  10. Perjuangan bangsa melayu d masa depan kian rapuh....malah mungkin lenyap.
    Satu2 parti yg d harap telah d musnahkan oleh seorg presiden yg langsung tidak mempunyai sifat berani jujur dan amanah dlm berjawatan.
    Kini....
    Tatkala maruah telah tergadai,apakah nilai perjuangan bangsa d bumi msia bertuah ini ?
    PM...ANDA SELAYAKNYA MELETAK JAWATAN DAN HADAPI MASALAH ANDA SENDIRIAN TANPA MELIBATKAN RAKYAT.
    RAKYAT...BANGUN LAH HADAPI KEMELUT INI DGN BIJAK....ANDA LAH PEMIMPIN SEBENAR.

    ReplyDelete
  11. Yang selama ini taat setia kepada UMNO ini hanyalah rakyat marhen yang tidak ada apa apa jawatan pun di peringkat cawangan. Hanya ahli biasa saja yang sayangkan UMNO ni.

    Yang berjawatan dalam UMNO hari ini semuanya PENYAGAK belaka.

    Tindakan MBPP itu amat tepat sekali. ketua perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang tak pernah ambil pedulli pun hal parti. Sehinggalah DAP bukakan mata kita semua. kalau tidak sampai sekarang PM tak tahu. PM dok syok sendiri lagi...

    Panglima Bugis tu dok percaya sangat ketua ketua bahagian UMNO dok buat kerja. La ni baru dia tau. La ni baru padan dengan muka dia...Depa ni dok perabis duit rakyat saja. Dok sibuk dengan projek sana projek sini. Hal parti depa tak pernah ambil peduli pun. Nak lingkup pun linkuplah ...janji apa yang ada depa kebas perabih.

    Rakyat marhaen lama dah dok habaq pi, tapi PM tak mau percaya. La ni PM baru hang tau..Sama ada hangp percaya tak percaya mampuih pi kat hanglah PM oiiii. Kami dah cukup meluat. Kali ni mampuih pi kat hangpa pulak lah. Jangan dok harap kami nak bergantung hidup kat hangpa, macam ketua ketua bahagian tu. Jangan dok ingat kami nak percaya atau nak tolong hangpa lagi dah.

    Inilah yang dikatakan jemuan jemuan dalam UMNO. Manusia yang tidak tahu erti malu. Guna kuasa politik untuk cari makan...pulun sampai ke isang.
    Hang tak pernah kenyang selama lamanya.

    Pungkoq hang lah Tok Non!!!!!



    ReplyDelete
  12. aku tunggu saat gembira bg rakyat msia baru, kebebasan beragama tanpa takut utk lakukan apa, hak samarata kaum, melayu tak usah takut, hak sama rata saja, kalu hilang hak kuota masuk u ke nk kerja itu nasiblah, hak nak berniaga kalu tak dpt nasiblah sbb tak da kauliti, kuota beli rumah sama, kalu melayu tak dpt beli rumah nasiblah sbb tak cukup duit kena kerja kuat lagi, barang harga kedai semakin murah mungkin peniaga china sukahati sbb BN/UMNO sudah mampus, peniaga china sudah cukup untung dah, kos hidup akan jadi rendah, jadi baki dari gaji akan banyak boleh la nak sertai mana2 pesta tanpa halangan agama, untuk enjoy2 tak boleh ke??

    JAKIM? pedulikan dia, apa dia boleh buat kalu kita nak buat pesta sexual merdeka, ini kjaan msia baru wooi, pemodal besar mesti suka kalu dasar perlindungan tiada lagi, dasar tak adil sudah hapus, syt besar masuk anak2 kita dpt kerja, mesti gaji banyak wooi, hidup didunia kita punyai, kita kuasa, seronoknya masatu.

    ReplyDelete
  13. MACIK-PACIK FELDA..., ADA BEZA PUASO TAHUN NI.....JANGAN BIMBANG DAPEK BONOS RAYO NANTI, DAPEK SEPOSEN RUGI SEHINGGIT, MENANG MANGKAH TANAH TERGADAI+ BUNGA LAGI KENO BAYAR!!!!!!.......padan muko,...tak den simpati pun.....dasar makhlok bongok,bodo sombong,nongkek langit

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  14. Najib ni ... Melayukah ..... atau Bugiskah ..... atau Omputih Celup. Dia lebih suko ambik omputih jadi penasihat.

    Dia tak tak minat pegi staidum bolasepak Malaysia. Dia lebih minat manchester united....

    Dia tak minat cuti kat Langkawi atau kat Sabah. dia lebih minat cuti kat US/Eropajh yang ada sejuk dan snow. Kak Mah mana mau cuti kat Malaysia. Buat malu ..

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya tiada apa tentang tidak selamat atau akan jahanam politik UMNO Baru. Keadaannya tetap sama seperti dulu kini dan selamanya ia tidak berubah, masih lagi menipu, merompak, salah guna kuasa dan tunjuk samseng.

    Perubahan yang berlaku dalam UMNO Baru hanyalah rambut mereka yang dulunya lebat kini dah jadi botak, warna rambut kening dan misai mereka dulu hitam kini dah mula pudar macam tisu jamban. Muka dulu nampak kacak tapi sekarang dah bertukar macam muka pecah pintu rumah orang.

    UMNO Baru akan kekal memerintah sehingga hari kiamat, kecuali jika semua pemimpin parti itu dijangkiti penyakit anjing gila, digantikan dengan yang baru pun akan berjangkit dengan penyakit itu maka ada kemungkinan parti itu akan bubar dengan sendirinya.

    Tapi sehingga hari ini ramai orang tidak tahu bahawa UMNO Baru dan Barisan Nasional tidak pernah bertanding dalam pilihanraya.Bagi orang UMNO Baru, pilihanraya adalah pesta mengagihkan duit rompakan. Orang yang betul-betul bertanding dalam pilihanraya adalah kakitangan SPR dan jentera kerajaan.

    Sebagai contoh jelas dan terang...... Apabila dikatakan dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    SPR berkata pada badan pemantau BERSIH 2.0 "Kumpulkan bukti seberapa lengkap dan buat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berkait rasuah supaya disiasat," Berbeza jika perilaku itu terjadi pada pemimpin pembangkang. Tindakannya juga berbeza.

    SPR, POLIS, SPRM, PEGUAM NEGARA, HAKIM, MAHKAMAH berpihak pada siapa dalam isu pilihanraya ?

    Najib menyangggah pandangan Mahathir kononnya UMNO Baru akan kalah dalam pilihanraya ke 14 sebagai tidak benar kerana dia yakin akan menang dengan bantuan jentera kerajaan dan 1MDB melalui berbagai saluran dengan berbagai jenis nama bantuan bagi menutup skandal menipu.....

    Hidup lanun 1MDB.....

    ReplyDelete
  16. masa akan menentukan.....dulu adun pembangkang cakap umno cilaka.....wah melompat sakan, sikalang laayat cakap..mampui la umno.....apa mau buat...buat bolo jee!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lu apek tuo..dulu syok syok duduk luar lu pi jolok punggong olang...sikalang sudah duduk sg buluh...tunggu cukup time laaa baru boleh kluarr..

      Delete
  17. Anda pasti suka yang ni ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete