Monday, 27 April 2015

Najib Kini Merasai Perlawanan Sebenar Dalam Kariernya


Sepanjang  perjalanan karier politiknya selama ini sehingga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009, Najib Razak sentiasa dibentangkan "karpet merah" untuk memudahkan laluannya. Dalam UMNO, beliau hanya pernah bertanding bagi jawatan yang memerlukan lebih dari seorang pemenang, tetapi tidak pernah merasai persaingan bagi jawatan yang menghendaki seorang pemenang.

Jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO, semuanya dimenangi secara percuma dan tanpa pertandingan. Sebaliknya  jawatan Exco Pemuda yang ditandinginya buat pertama kali pada 1979 dan Naib Presiden UMNO yang mula ditandinginya pada tahun 1993, adalah jawatan yang memerlukan lebih daripada seorang pemenang.

Di peringkat UMNO bahagian Pekan pula, oleh kerana sejak awal sudah diberikan jawatan dalam kerajaan, Najib juga tidak pernah dilawan oleh sesiapa.

Dalam ertikata lain, Najib tidak pernah mengalami persaingan sebenar dalam merebut jawatan. Beliau hanya pernah bersaing dalam perebutan jawatan yang memerlukan ramai pemenang, manakala untuk jawatan yang memerlukan pemenang tunggal iaitu Ketua Pemuda, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO, semuanya dikecapinya dengan percuma.

Sebab itu, ramai yang mengatakan Najib bukanlah pemimpin yang benar-benar telah diuji dan teruji kemampuannya. Sejarah dan latar belakang keluarganya adalah saham terbesar yang membolehkannya mencapai apa yang dinikmatinya sekarang.

Tetapi dengan serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir terhadapnya, Najib bagaikan baru merasai perlawanan sebenar dalam karier politiknya.  Perlawanan inilah yang akan menentukan hidup mati dalam kerjayanya.

Kali ini juga tiada lagi karpet merah di laluannya. Bahkan Tun Mahathir yang selama ini berusaha membantu pendakian kerjayanya kerana ingin membalas budi Tun Razak, adalah juga orang yang menaburkan paku dan kerikil tajam agar Najib segera kecundang dan tersembam di tengah jalan.

Semuanya kerana Tun Mahathir tidak dapat menerima lagi kepimpinan anak Tun Razak itu yang disifatkannya terlalu banyak skandal dan lebih mungkin menyebabkan kekalahan BN dalam pilihanraya akan datang.

Isu 1MDB, Jho Low, Altantuya, Sirul, pemborosan serta pembaziran Rosmah, peningkatan hutang, lemah dalam menjaga hubungan kaum, tunduk kepada tuntutan pembangkang, mengalah dengan negara jiran dan banyak lagi faktor adalah antara sebab penolakan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu terhadap Najib.

Bahkan dalam isu 1MDB yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion dan sebahagiannya lagi didakwa lesap tanpa dapat dikesan, Tun Mahathir secara terbuka mengatakan tidak dapat memaafkan perbuatan Najib itu.

Tun Mahathir sekarang ini mahu menamatkan segera karier Najib dan enggan memberinya peluang sehingga pilihanraya akan datang.

Tidak dinafikan dengan serangan Tun Mahathir kian agresif dan sudah beberapa kali mengulangi perlunya beliau meletakkan jawatan untuk menyelamatkan masa depan UMNO dan BN, ia adalah cabaran terbesar bagi Najib sepanjang kariernya.

Adakah Najib mampu menghadapi cabaran ini? Atau beliau bakal kecuncang sama seperti musuh-musuh politik Tun Mahathir yang lain?

Melihat kepada apa yang berlaku sekarang, ternampak jelas bahawa Tun Mahathir tidak sekali-kali akan mengalah, bahkan dipercayai akan terus mengasak Najib lagi.

Najib juga setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengalah. Walaupun banyak berdiam dan tidak mampu menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, beliau mulai main sindir-sindir dan berkias dengan mengatakan tidak pernah keseorangan serta melabelkan bekas Perdana Menteri itu sebagai "orang tua"  yang perlu memahami orang muda.

Ramai pula yang percaya, berdasarkan riak wajah dan keyakinan yang dipamerkan oleh Tun Mahathir, beliau seolah-olah ada "kad akhir" yang akan ditunjukkannya nanti bagi memaksa Najib berundur.

Tun Mahathir, kata ramai pemimpin UMNO, tidak akan memulakan serangan dan mengajak sesiapa berlawan jika beliau tidak yakin akan memenanginya. Oleh itu, ramai menunggu episod-episod seterusnya untuk mengetahui siapa menang dan siapa kalah dalam pertarungan antara Tun Mahathir dengan Najib ini.

Jika mampu bertahan dan berjaya mengelak disingkir, Najib bakal menjadi satu-satunya pemimpin UMNO yang mampu menewaskan bekas Perdana Menteri itu. Jika tewas pula, beliau akan menambah-panjangkan lagi senarai mereka yang kecundang dengan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah sebelum ini telah pun berjaya ditewaskan oleh Tun Mahathir. (SH 27/04/2015)

22 comments:

  1. Bik mama tu wanita paling berkuasa..don't play2. Tak mgkn dia nak mengalah. Kita tengok & dengor jelah..

    ReplyDelete
  2. Itu Tun Mahathir tatak bolih kasi kalah itu LKS maa aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak babi (lufang) ni dah elok-elok Allah SWT kurniakan mak bapak lahirkan kamu dalam bangsa Melayu dan Islam tapi asyik nak menyamar dan menggunakan bahasa sasau dan minat nak menjadi kafir pulak?

      Delete
    2. Dia ni nak jadi cina, tapi mak bapak dia tak jadi kawin cina.Tu yang meroyan sangat tu.Buat apa dia jadi barua umngok, masuk dap lagi bagus terus dapat status cina. nak nyamar cina tapi kutuk melayu.orang melayu disuroh gaduh dgn cina barua umngok baik dengan tauke cina.babi betul.

      Delete
    3. Cina ke melayu ke adalah bangsa sahaja. Namun, yang menyatukan semua bangsa adalah agama islam. Islam tidak membezakan anda melayu atau sebaliknya. Tak baik sumpah, laknat orang lain. Sebagai orang islam kena jaga adab dan tatacara kita dalam bermuamalat, semoga allah berkati kita, amin

      Delete
  3. Tun Madet ni bangang.Beri najib naik jadi PM sebab hutang budi dengan tun Razak.Apa punya pemimpin bangang macam najib juga.Pilih pemimpin atas kebolehan bukan sebab hutang budi.Terserlahlah yang Tun Madet ni pun bangang macam Najib. Bagi orang bangang perintah negara, rakyat marhaen jadi mangsa. Eloklah parti bangang ni dilupuskan terus dari malaysia.Parti bangang menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bangang mcm ko pon wajib dilupuskan juga dari malaysia

      Delete
    2. Mahatir tu peribahasa yg sesuai utk dia tu, BODOH SOMBONG, jgn marah ya hakikat tu

      Delete
    3. Ada orang dah panas ponggong bila kata nabi mereka tun madet bangang.ha..ha..najib pun kata madet bangang.

      Delete
  4. matde bagi hilang duit dapat dikesan tapi lesap jugak
    sial betul la puak ni sama saja
    lani baru nak sedar salah pilih konon
    selagi omno susahlah jadinya
    omno kesayangan penjajah britis

    ReplyDelete
  5. Tun M bukan minat untuk selamatkan negara. Beliau mahu selamatkan UMNO. Walhal yang merosakkan negara ialah UMNO melalui pemimpin-pemimpin yang tidak memegang amanah.

    ReplyDelete
  6. Penyamun sama2 berkelahi. Biasalah.

    https://m.youtube.com/watch?v=PSem670mlCw

    ReplyDelete
  7. Dulu kambing banyak, serigala sekor. Sekarang serigala banyak, kambing sekor.

    Tgk bicara Tun M, jelas integrity nya tentang rasuah "kawan2 dlm UMNO" bole di terima asalkan jgn lebih2 sgt???.. Tiada sesiapa yg bole di harapkan utk pertahankan hak rakyat. Skarang masa terbaik tonton bibit terakhir drama..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykum Tuan Shah

    Ketika Dr Mahathir Mohamad mendedahkan serangan ke atas Mohd Najib Abd Razak tidak lebih untuk menyelamatkan UMNO Baru beliau membuatkan rakyat makin buntu dan gelisah. Di tambah dengan ugutan kerasnya jika pembangkang memerintah mereka akan korek dan dedahkan segala kerosakkan yang dilakukan UMNO cukup mengambarkan bahawa keutamaan Dr Mahathir dari pelbagai skandal Najib yang mengheret negara ke dalam bahaya adalah semata-mata untuk menyelamatkan parti yang ditubuhkannya itu dan individu-individu tertentu di era pentadbirannya.

    Dr Mahathir mengiakan tohmahan dan tanggapan umum bahawa segala macam kerosakkan yang berlaku di bumi Malaysia berpunca dari tangan-tangan pemimpin UMNO/BN. Halnya itu Dr Mahathir sanggup membakul sampahkan cadangan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebaliknya memilih Muhyiddin Yasin sebagai penganti Najib berbanding pemimpin berintegriti yang paling dihormati YM Tengku Razaleigh Hamzah.

    Pengunduran Najib tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat kebanyakkan kerana selagi 'the root of all causes' tidak diperbetulkan selagi itulah corak kepimpinan negara tidak akan berubah sekalipon sepuluh PM dari kalangan UMNO bersilih ganti.

    Setuju atau tidak 'kepincangan' yang berlaku hari ini dimulakan Dr Mahathir Mohamad sendiri. Dan kenyataannya baru-baru ini tidak menampakkan kekesalan dan keinginan untuk merubah. Siapa pon antara mereka yang menang, rakyat jualah yang terus menanggung akibatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli UMNO Baru paling takut tidak lain adalah Anwar Ibrahim. Ketiadaan orang melayu ini dalam politik tanah air membuatkan mereka rasa amat selesa.

      Dengar ceramah Tun Mahathir... Beliau tidak berapa kesah sangat tentang duit sebanyak RM42 billion yang hilang entah kemana cuma beliau mahukan Najib undur dari jawatannya itu saja.

      Dari kenyataan itu boleh dinalai bahawa apa saja keburukan sesama mereka mahu ditutup dibawah karpet saja.

      Permasaalahan yang berbangkit berkaitan dengan kerugian rakyat yang tanggong.

      Dalam hal ini mereka memang pakar mencari alasan dan memaksa seperti cukai GST yang diwar-warkan sebagai menguntungkan rakyat mengikut apa yang dikempenkan oleh Ahmad Maslan. Apakah benar GST baik untuk rakyat ?

      Pertelagahan antara Najib dan Mahathir adalah menjaga kepentingan diri seperti ketua samseng kerana masing-masing ada kawasan yang perlu dijaga demi kuasa dan ekonomi.

      Selain dari jubur saiful apa orang melayu tahu ?

      Delete
    2. Jangan bagi undi pada calun yang menolak hukum hudud, sesiapa yang undi calun tersebut adalah berdosa dan haram.

      Delete
    3. Anom 14:32 jangan ingat kau boleh masuk syurga dengan ugutan hukum hudud.kau pun bukannya maksum.sebelum nak perjuang hudud selesai dulu "Amanat haji Hadi".Ingat kami lupa ka?Haji Hadi kata umno kafir,sila jawab mengapa Hadi sekarang gila talak nak kawan dengan umno kafir.Kau bukan tuhan, jangan jadi bangang nak menghukum orang lain.kau ni memang manusia sial!

      Delete
  9. ASALKAN BUKAN UMNO YAHUDI. ABU!!!

    ReplyDelete
  10. Dalam salah satu pilihanraya, Najib hampir tersungkur dan hanya beroleh majoriti tidak sampai 300. Memang dia bukan seorang pejuang tapi hanya diberi peluang. Kini dia mensia2kan peluangnya dan mengecewakan banyak pihak.

    ReplyDelete
  11. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete
  12. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete
  13. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete