Sunday, 26 April 2015

Muhyiddin Tak Harus Berlengah Lagi - Sokong Mahathir Atau Bersama Najib?


Rasanya sudah lebih dari sekali Tun Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai calon paling layak menggantikan tempat Najib Razak sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin yang rapat dengan kedua-dua tokoh tersebut turut menulis nama Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti paling  munasabah bagi kerusi Perdana Menteri selepas Najib diundurkan.

Dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam UMNO dan kerajaan, memang tidak disangsikan bahawa Muhyiddin seharusnya diberikan kerusi Perdana Menteri jika pengunduran Najib berjaya dilakukan, meskipun nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah turut sama menjadi sebutan.

Tun Mahathir dalam program Bicara Negarawan di Taman Melawati semalam, mengulangi sekali lagi, bahkan seakan-seakan mengesahkan bahawa kerusi Perdana Menteri selepas ini bakal menjadi milik Muhyiddin.

Kalau ikut adat UMNO, tentulah timbalannya jadi pengganti, kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang sebelum ini juga pernah menyingkirkan Tun Abdullah Badawi dari kerusi Perdana Menteri.

Lebih dari itu, Tun Mahathir juga melahirkan keyakinannya bahawa Muhyiddin tidak akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Najib selama ini.

Saya yakin kalau dia naik, dia takkan buat benda macam itu. Dia tahu kalau buat macam itu, dia pun akan kena macam ini juga, katanya lagi.

Setelah melakukan banyak kritikan melalui tulisan di blog dan melalui sidang akhbar sebelum ini, Tun Mahathir buat pertama kalinya "turun padang"  dalam satu program Bicara Negarawan di Taman Melawati semalam untuk menjelaskan sebab-sebab beliau mengkritik dan mahukan Najib turun daripada jawatan Perdana Menterinya.

Jika Najib kekal lagi, BN akan kalah. Tanpa isu 1MDB dan Sirul pun, prestasi Najib tidak lebih baik. Saya minta tak banyak, cuma satu saja iaitu Najib letaklah jawatan, jelas Tun Mahathir lalu disambut tepukan gemuruh oleh ribuan yang hadir.

Sedianya beliau "turun padang" ini dianggap banyak pihak sebagai bermulanya program jelajah untuk menekan, mengasak dan akhirnya memastikan Najib dapat diturunkan sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Tun Abdullah bermula 2006 dahulu.

Adalah dijangka lebih banyak lagi program turun padang melibatkan Tun Mahathir selepas ini. Sebagai tokoh yang tidak pernah mengalah, malah kuasa besar seperti AS pun dilawannya, selagi Najib tidak mahu berundur, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu pasti meningkatkan lagi stamina serangannya.

Titik akhir bagi Tun Mahathir dalam perjuangannya ini tidak lain ialah Najib mesti berundur atau diundurkan.

Semalam saja, sudah ada beberapa pihak menemui penganjur di Taman Melewati untuk berbincang bagi membawa Tun Mahathir ke tempat atau negeri-negeri lain pula.

Dalam hal ini, oleh kerana nama Muhyiddin sudah disebut banyak kali sebagai pengganti Najib dan tokoh harapan untuk membawa kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, Timbalan Perdana Menteri itu tidak seharusnya berdiam diri lagi.

Muhyiddin, mungkin selepas berakhirnya pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh, harus menyatakan pendiriannya dengan segera. Beliau tidak harus berlengah lagi kerana sikap dan pendiriannya mungkin boleh mempercepatkan "ombak bertukar menjadi gelombang".

Apakah beliau benar-benar mahu bersama perjuangan Tun Mahathir yang disokong oleh majoriti ahli UMNO akar umbi demi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang atau ingin terus kekal bersama Najib dan bersama-sama memungkinkan kekalahan kepada parti itu?

Walaupun beberapa pemimpin UMNO seperti Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan hubungan Najib dengan Muhyiddin tiada masalah, sekarang bukanlah soal hubungan tetapi lebih kepada masa depan parti dan kerajaan.

Sekarang adalah masa untuk Muhyiddin membuat pilihan dan sama ada kepentingan parti atau Najib yang mahu diutamakannya?

Lebih lama Muhyiddin berdiam diri, lebih sukar untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN kerana "kerosakan" yang diakibatkan oleh Najib hakikatnya terlalu buruk dan tentunya memakan masa untuk dipulihkan.

Tun Mahathir sendiri dalam ucapannya semalam berkata, selepas pertukaran Perdana Menteri nanti, beliau akan terus bersama-sama berusaha bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN serta memastikan kemenangan dalam pilihanraya.

Lalu, tiada sebab untuk Muhyiddin berlengah dan bermain dengan masa lagi untuk menyatakan pendiriannya. Lagi pula, jika terus berdiam diri seolah-olah hanya Tun Mahathir saja yang mahukannya sedangkan beliau tidak teruja pun dengan kerusi Perdana Menteri itu. (SH 26/04/2015)

21 comments:

  1. Biarlah Najib kekal hinggga pilihanraya untuk rakyat tukar bukan setakat pemimpin tetapi parti dan kerajaan.
    Lepas tu rakyat desak kerajaan baru batalkan GST atau mulakan dengan 2% dan bukannya 6%.
    Satu Suruhanjaya Di Raja songket dan korek cerita 1MDB. Bawa ke muka pengadilan jika ada bukti penyelewengan.

    Itu lebih adil untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni barua belaan najib.Rakyat nak najib berambus dia nak lengahkan pula.Kalau Pak lah dipaksa turun mengapa najib tak boleh dipaksa turun lebih cepat kerana pemikirannya macam kangkong dan kaki menyamun harta negara.

      Delete
    2. Kluangman ini bukan setakat barua, beliau berasal dari kepala tahi sembelit yang Najib berak di awal pagi. Itu sebab pendapat dan pandangan "kepala tahi" ini terlalu busuk dan khianat terhadap segala-galanya.

      Delete
    3. hahahahahaha....kluangman...I love you.......hahahahahah....dah abih fakta nak tulih.....hahahaha

      Delete
  2. Tunggu bulan jatuh ke riba kot..

    ReplyDelete
  3. Mahathir tidak akan mudah diam. Selepas Pak Lah, kini Najib. Nanti Muhyiddin naik pula, mesti giliran Muhyiddin jadi mangsa. Mengapa pemimpin-pemimpin negara kena dicontrol oleh Mahathir? Hebat sangat ke lanun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir ni tak la hebat sangat, biasa biasa saja tapi kalau nak banding dengan manusia pukimak mcm hang ni, tujuh keturunan tok wan hang pun tiada tandingan. Kahkahkahkah.... Bodoh punya jakun

      Delete
    2. Sama la dgn hg anon 14.24. Kalau nak dibandingkan dengan keturunan tokwan hg dgn bapa hg dgn hg sekali bodoh piang. Main angguk ja. Apa yg depa kata.

      Delete
    3. Elok la hgpa ngan tokwan hgpa,. La ni kalo hgpa ngan tokwan hgpa dok hingaq , najib tak ketaq sikit pon, tp kalo chedet yg hgpa ckp lanun tuh bersuara, bkn takat najib je yg ketaq malah kaki bodek najib pon dok sengap.. Tu beza chedet ngan hgpa +tokwan hgpa semua., dia lanun ka, dia pencuri ka, dia bapak lanun ka, tp tiap kali dia bersuara, ada gak lah geng yg gelabah , anuar pon bersuara, najib siap ckp: ada aku kesah!.. Tu beza chedet ngan tokwan hgpa.. Ada paham

      Delete
  4. Mahathir bertindak mcm Amerika, menghapuskan/menukar agen atau proksi, dan mewujudkan proksi yg sentiasa bekerja menepati atau mempertahankan kepentingan tuan proksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat kau jadi proksi ahlul Bayt lagi bagus.Buat apa nak sembang kuat kat sini. Sini bukan tempat ahlul bayt.Tak caya tanya tokwan hang.

      Delete
  5. Penyokog Najib kata jangan kacau Najib. Biarlah Najib nak perhabis duit negara, nak berhutang 1MDB sana sini. Suka hati dia buat apa pun, nak buat GST ikut suka hati, sebab dia yang berkuasa sekarang, dia PM. Lagipun, dia bela kami, baik punya!

    Rakyat kata, cukuplah menjahamkan negara. Ini bukan negara bapak hang!

    Tapi ramai yang sekadar cakap kat kedai kopi je. Nak cakap, takut dengan bini PM. Serius takut!

    Bukan sahaja PM takut dengan bininya. Tapi semua Menteri dengan orang UMNO pun takut. Penjawat awam jangan cakaplah. Tak percaya?

    Yang ada keberanian cuma Tun M.

    Jadi tak pelik langsung kalau semua yang rasa sangat tergugat sedang beriya -iya serang Tun!

    ReplyDelete
  6. Najib takkan letak jawatan selagi istrinya tak izinkan. Belum puas melancong dgn jet yg baru tu....... Takkan kita tak tahu?

    ReplyDelete
  7. orang ramai benci gst depa pi menari diluar negeri
    banyak cantek

    ReplyDelete
  8. Ada ketika saya saya lihat Ibu Pertiwi dari kejauhan dan ada waktu sy terfikir lebih baik hujan batu dinegeri orang.Ada pemimpin parti dan Malaysia dtg sini(Jakarta)dan ngobrol dgn saya mengenai suasana politik Malaysia.DSN kalau dtg sini,ada kesempatan kami ketemu begitu juga Tun M,pernah saya undang atas nama satu pertubuhan disini, beliau ke Jakarta Dan beliau datang.saya agak keliru juga.Apa pun Ibu Pertiwi dan rakyat lebih penting dari semuanya.Mungkin juga satu hari nanti saya perlu bersuara dan mungkin juga bertempik agar pada pemimpin Msia agar utamakan rakyat dari kepentingan peribadi.Dan pasti saya boleh bersuara kuat dari sini.

    ReplyDelete
  9. Mu semua orang luar, Muhyiddin orang dalam. Mukhriz pun sama kan, belum terjun? bukan macam si luncai.... mereka ada cara sendiri untuk meneliti akaun 1MDB tu...orang2 blogers boleh terjun bila2 saja, orang2 lain kan nak peduli pun, salah tak pa, tak de stake yg besar cuma nak popularkan blog2 sendiri aje... hahaha...

    ReplyDelete
  10. Selagi namanya UMNO baru ni ...... boleh percaya ke?

    Rehat saja parti UMNO ni. Jadi pembangkang pun tak guna. Kalau nak jadi pembangkang kena pandai berdebat ....

    Kalau Najib jadi ketua pembangkang .... kah kah kah ...apa dia kata "debat bukan budaya kita"... tak dak teloqqqqq

    ReplyDelete
  11. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete
  12. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete
  13. Ayuh tun m pecat najib undur

    ReplyDelete
  14. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete