Tuesday, 28 April 2015

PM Ganti Najib - Pilihan Mahathir Atau Pilihan Parlimen?


Di ketika Tun Mahathir Mohamad makin meningkatkan serangan untuk mengasak pengunduran Najib Razak, siapa bakal mengisi kerusi Perdana Menteri nampaknya mula menjadi perbalahan.

Bekas Perdana Menteri itu sudah beberapa kali menyebut bahawa pengganti Najib ialah Muhyiddin Yassin berdasarkan kedudukannya  sebagai orang nombor dua dalam parti sekarang ini.

Kalau ikut adat UMNO, tentulah timbalan jadi pengganti, katanya dalam program Bicara Negawaran, baru-baru ini. Sebelum itu juga Tun Mahathir sudah pun menyebut nama Muhyiddin untuk menggantikan tempat Najib.

Mengukuhkan lagi keinginannya terhadap Muhyiddin, Tun Mahathir juga melahirkan keyakinan Muhyiddin tidak akan mengulangi segala kesilapan yang dilakukan Najib selama ini.

Sementara pelbagai peringkat dalam UMNO dilihat dapat menerima dengan baik kedudukan Muhyiddin  sebagai pengganti Najib, lain pula halnya dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Walaupun bersetuju dan menerima hakikat bahawa Najib wajib digantikan segera demi menyelamatkan masa depan negara, beberapa pemimpinnya lebih menaruh keyakinan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah berbanding Muhyiddin.

Bermula dengan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Raub daripada DAP, Arif Sabri Abdul Aziz yang mengatakan Tengku Razaleigh atau Ku Li lebih berkelayakan untuk memulihkan pelbagai masalah dalam negara berbanding Muhyiddin, terbaru ini Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang juga lebih bersetuju dengan kemampuan serta ketokohan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Mereka seolah-olah sepakat bahawa perlunya penggantian Najib adalah kerana negara diurus dengan begitu teruk dan sudah tentu penggantinya harus dipilih daripada kalangan yang paling berwibawa dan berkemampuan sekali.

Dengan dua nama kini sudah muncul dan semakin meluas diperkatakan sebagai pengganti Najib, bukan saja konflik mungkin timbul tetapi juga tidak mustahil bertukar menjadi persaingan siapa lebih dulu dapat merampas kerusi Perdana Menteri itu.

Melalui gerakan yang sedang dilakukan oleh Tun Mahathir sekarang, Najib akan ditekan atau dipaksa berundur atas kebimbangan UMNO dan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Penggantinya sudah tentu akan dipilih berdasarkan hireaki sepertimana dalam kes pengunduran Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Abdullah sebelum ini.

Tiada kesangsian lagi bahawa Muhyiddinlah pilihan untuk itu. Berapa lama usaha menekan Najib ini akan menemui titik kejayaannya banyak bergantung kepada ketahanan Najib untuk terus bertahan.

Walaupun arus bawah UMNO lebih memihak kepada Tun Mahathir, Najib pula menggenggam erat pimpinan atasan, terutama Ketua-Ketua Bahagian. Tetapi dengan Tun Mahathir semakin agresif melakukan asakan, sokongan yang diterima Najib bila-bila masa saja boleh runtuh kiranya Muhyiddin dan sebahagian pimpinan dalam UMNO mengambil pendirian memihak kepada bekas Perdana Menteri.

Jika ini berlaku, maka  Muhyiddin bukan saja dipilih berdasarkan hireaki dalam UMNO tetapi juga merupakan pilihan Tun Mahathir.

Bagaimanapun jika gerakan yang diusahakan oleh Tun Mahathir ini berlarutan lebih lama atau tidak berjaya, pertukaran Perdana Menteri mungkin terpaksa dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.

Jika ini dilakukan, tentunya nama Ku Li lebih menjadi pilihan berbanding Muhyiddin. Ini kerana usaha ini memerlukan kesepakatan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen PR seramai 88 orang.

Dengan penyertaan sebahagian Ahli Parlimen UMNO serta wakil dari Sabah dan Sarawak, PR yang terdiri dari Pas, PKR dan DAP mungkin tiada masalah untuk memberi sokongan kepada pertukaran Perdana Menteri jika calonnya ialah Ku Li yang diyakini mampu menampilkan kepimpinan lebih baik untuk negara.

Ia akhirnya akan membentuk kerajaan campuran yang merentasi sempadan kaum dan ideologi politik dengan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.

Sama ada melalui gerakan Tun Mahathir atau pilihan Parlimen, ruang untuk memperolehi Perdana Menteri baru nyata sentiasa terbuka dan dalam masa yang sama, peluang untuk Najib bertahan lebih lama turut  semakin sukar, kecuali jika beliau rela melihat hilangnya kuasa UMNO dan BN berlaku di bawah kepimpinannya. (SH 28/04/2015)

12 comments:

  1. Saya yakin Rosmah sekali-kali takkan izinkan Najib meletakkan jawatan PM. No way.

    Najib akan berundur andainya Parlimen meluluskan undi tidak percaya terhadapnya. Ini agak sukar berlaku kerana majoriti Ahli Parlimen BN (UMNO) adalah penyokong tegar Najib (dan Rosmah). Nak harapkan TS Muhyiddin bawa usul undi tidak percaya ke atas Najib, rasa-rasanya tidak mungkin, dia takkan berani buat begitu, tambahan lagi jika dia sedar harapan dia jadi PM melalui Parlimen hanyalah 50-50

    ReplyDelete
  2. Najib tidak menjawab pertanyaan dari Tun Mahathir berkaitan dengan kehilangan duit RM27billion dalam akuan 1MDB tapi telah memberi amaran....bahawa beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

    Apakah tindakan Tun Mahathir mahu menyingkirkan Najib dari kedudukannya akan menjadi sia-sia saja kita tidak tahu kerana Najib berkata dalam peribahasa bugisnya "apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh “bersurut pulang”.

    Ia lebih kurang sama seperti 'alang-alan menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang mandi biar semuanya basah'

    Dan saya tambah,... alang-alang jadi lanun biar bertaraf profesional. Polis tak tangkap, mahkamah tak jatuh hukum. Penjara pula tak tersentuh seperti jauh api dari panggang.

    Apa tindakan orang melayu bila lanun dah tunjuk gagah... ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melayu akan lantik lanun yang gagah jadi eaja. Sejarah Nusantara telah membuktikan hal ini.

      Delete
  3. Tuan Shahbudin,
    Sungguh lawak tengok badut-badut sarkas dari umno baru beramok sesama sendiri. Inilah dia yang dinamakan senjata makan Tuan. Tun Madet ni pun satu, bangang yang pi lantik Najib tu apake hal. najib dah dimandrem oleh rosmah, tak boleh buat apa-apa lagi.Madet akan jadi gila sepanjang usianya yang akhir akibat takutkan BN kalah PRU14. Jadi Madet sudah meroyan, najib pula pekak badak. Saya pasti Najib takkan jadi apa-apa, cuma yang pasti najib akan tersungkur ditangan Pakatan rakyat pada PRU14, tetapi bukkan pakatan yang difahami, kerana PAs bukan lagi kepercayaan rakyat. PAS parti pembelot.Hudud adalah senjata yang akan memakan PAS kerana PAS parti penipu dan mengsiakan harapan rakyat untuk perubahan. Madet akan berjaya sekiranya dari sekarang dia meminta maaf dari Anwar dahulu. Madet takkan berjaya selagi Anwar terus dianiaya. Lasi kali saya rasa Madet akan gila.Itulah hukuman dari maha Esa bagi manusia yang alpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka selalu bercakap Anwar dan PAS telah memecahkan orang melayu tetapi apabila mereka berjaya mengamankan Anwar di Sg Buluh dan menUGkan PAS mereka tetap bergaduh sesama sendiri.

      Delete
  4. Assalamualaykum Tuan Shah

    Penyelesaian kepada segala masalah salahlaku, salahguna kuasa dan budaya syok sendiri di kalangan pemimpin selama ini adalah dengan mengubah sistem 'demokrasi' ala UMNO kepada sistem demokrasi sebenar.

    1. Kembalikan hak memilih dan melantik kerajaan sepenuhnya kepada rakyat. Parti yang memiliki majoriti undi rakyat dalam pilihanraya umum adalah pemenang yang sah secara demokrasi dan mesti dilantik menjadi kerajaan, bukannya parti yang memenangi kerusi Parlimen/DUN terbanyak.

    2. Jawatan Perdana Menteri mesti dipertandingkan seperti amalan negara-negara demokrasi. Jika tidak dipilih secara langsung oleh rakyat, paling kurang jawatan tersebut mesti melalui pengundian atau konsensus ahli-ahli berhormat parti atau perikatan yang memenangi pilihanraya, bukannya melalui pemilihan parti tertentu.

    3. Dalam memastikan negara ditadbir oleh individu yang benar-benar berkelayakkan dan berwibawa, jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara juga perlu melalui proses pengundian atau konsensus.

    4. Institusi pengawalseliaan dan perlaksanaan seperti SPR, SPRM dan Jabatan Audit Negara mesti diletakkan dibawah Parlimen atau Majlis Raja-Raja. Ini demi memastikan badan-badan tersebut benar-benar bebas dan tidak menjadi alat pemimpin dan ahli politik.

    5. Jawatan Menteri Kewangan tidak boleh disandang Perdana Menteri. Ini demi memastikan tiada salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Ketua Kerajaan.

    InshaAllah sekiranya perkara-perkara di atas terlaksana Malaysia akan berubah dari negara berkerajaan 'imperial' kepada negara berkerajaan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. satu pun x betul. Selagi kita ditakuk Dunia Ketiga, selagi itulah rakyat hidup mencelakakan diri sendiri. Ahli parlimen pun mcm celaka. SPR pun mcm celaka. Badan2 gomen pun sama. Jabatan mufti lagi celaka.

    Nak harapkan ulamak memacu kebangkitan rakyat. Akhirnya rakyat yg x berpelajaran pula lebih berilmu dan kuat berbanding ulamak. Ulamak yg ada hanyalah asyik membodohkan diri sendiri dan terjerat dalam lubang biawak yg mereka sendiri masuk walaupun mereka tahu berjuta2 kali yg itu adalah lubang biawak.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya Najib telah mencabar kesabaran rakyat dan pihak keselamatan. Maksud najib...walaupun dia telah menipu...merompak negara Malaysia..tapi tiada sesiapa pun boleh menangkap beliau atau memaksa turun dari tahta PM.

    ReplyDelete
  7. Sudah nampak gegaran "gempa bumi" dalam dunia UMNO BN .....retak menanti belah ....

    tapi janganlah pak lebai kopiah putih terhegeh-hegeh nak membuat jambatan atas retakan UMNO .....

    ReplyDelete
  8. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete
  9. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete
  10. DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
    PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
    KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
    YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
    DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
    ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
    ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI NAWE
    JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
    HUBUNGI LANSUNG KI NAWE DI NO_0852_1837_9259_SAYA
    SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
    INI KISAH NYAT SAYA=

    ReplyDelete