Saturday, 7 March 2015

Berikutan Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?


Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Meskipun demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.

Najib tergambar ingin terus bertahan selagi terdaya walaupun kerisauan turut tergambar melalui beberapa perubahan dan tindakannya kebelakangan ini. Di samping mulai menukar gaya kepimpinannya kepada lebih Melayu dengan berjanji mempertahan agenda Melayu selagi ada bulan dan bintang, Najib juga sedia secara terbuka menunjukkan sokongan yang dimilikinya.

Selain menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Stadium Bukit Jalil minggu lalu, Najib dijangka sekali lagi mempamerkan sokongan yang dimilikinya dalam Perhimpunan Solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Ahad, 8 Mac ini di PWTC.

Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, sehingga ini dilaporkan seramai 173 daripadanya sudah menyatakan kesediaan  hadir untuk mengangkat tangan sambil menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Himpunan Solidariti 8 Mac ini, selain berujuan untuk menyatakan Najib masih memiliki sokongan daripada UMNO, ia juga secara tidak langsung mengesahkan kerusi yang didudukinya sudah tidak sekukuh dulu lagi.

Adalah dijangka, lebih banyak lagi perhimpunan menyatakan sokongan akan diadakan selepas ini. Najib juga dijangka akan meluangkan lebih banyak masa menghadiri perhimpunan seperti  ini untuk menunjukkan sokongan yang dimilikinya. Seperti biasa, umpama pokok yang hampir tumbang atau kerusi yang mulai bergoyang, Najib akan menerima apa saja bentuk kayu yang sanggup menjadi penahannya.

Dalam masa yang sama, bagi menunjukkan beliau masih pemimpin yang tegas dan kononnya berwibawa, semalam juga Najib mengumumkan untuk meneruskan tindakan saman yang diambilnya terhadap Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP berkaitan 1MDB yang sebenarnya sudah lama diancamnya sebelum ini.

Beberapa bulan lalu, Najib telah mengumumkan mahu mengambil tindakan saman terhadap Tony Pua jika enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung 1MDB.  Selain itu, Najib juga menghantar ancaman yang sama kepada Rafizi Ramli, Harakahdaily dan Pengarah Urusannya, Dr. Rosli Yaakob.

Meskipun Tony Pua sejak awal mengatakan tidak akan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya, persoalannya kenapa baru semalam tindakan saman itu diteruskan? Kenapa tidak sebelum ini?

Apakah tindakan saman ini untuk menunjuk-nunjuk kepada Ketua UMNO Bahagian yang bakal berhimpun pada 8 Mac ini mengenai ketegasan kepimpinannya dan tindakannya yang tidak mengalah dalam isu1MDB yang menjadi perbualan hangat itu?

Adakah tindakan saman ini akan menjadi "point" penting untuk memperolehi lebih sokongan dan menjadikan jeritan "Hidup Najib" akan lebih bergema daripada Ketua-Ketua Bahagian nanti?

Selain urusan ke mahkamah boleh dilewat-lewatkan, perlu diingatkan bahawa UMNO juga mempunyai sejarah pernah menarik balik tindakan saman terhadap Tian Chua dalam isu Lahad Datu dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas berkaitan isu penyebaran video lucah sebelum ini.

Mungkinkah saman Najib terhadap Tony Pua ini juga hanya acah-acah dan untuk menjaga hati Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebelum 8 Mac ini saja? ( SH 07/03/2015 )

6 comments:

  1. Pi mamposla Najib yang bangang ni.tak faham lagikah?Rakyat tak mahu pemimpin takut bini.Bawa celaka saja.

    ReplyDelete
  2. Anon 07:26 Perdana Menteri sebenar Rosmah Mansor mana takut bini (Najib Razak) itu pasal negara kita jadi macam ini. Nak jatuhkan Presiden Dumno kena gulingkan Perdana Menteri tiada tauliah itu dulu

    ReplyDelete
  3. Din,
    Tak ada apa yang berlaku pada hari ini nanti.Kita tengok lah suarax yang mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi pada Presiden
    Yang gigit jari kau lah Din
    Apa diheret mukax tak laku pada pelancaran buku tempoh hari
    Sanusi Junid ...frust setelah diganti jadi Orang kuat kat UIA...tak kan nak pegang jawatan sampai ke tua kut.
    Ibrahim Ali...PERKASA..KE kanan pun tidak ke kiri pun tidak
    A.Kadir Jasin....Masa dulu jadi Ketua Pengarang beberapa akhbar,tapi time Najib,langson tak ambil pot.Jawatan yg ditunggu di GLC tak dapat,frust.Attack 1MDB,tak jalan,attack FGV kantoi,lepas ni bodek TSMY.
    Sabaruddin...mesti ada sebab dia jadi begitu macam sdr lah dah menjadi Mantan.
    Dato Suhaimi.korek sendiri lah cerita dia
    Last not least of all the person Tamrin Ghaffar....cam mano kau bolih invite dia ini.Jatuh kan maruah dan kredibiliti sdr aja
    Kalau dah tak bersetuju dgn Kjaan ada baiknya terus jemput Pembesarx Oppo terus macam Mat Sabu ke,Rafizi Bapok ke baru ada umph..kan ..kan ada juga impactnya.
    Eh tak jemput TDM atau TDZ ke barulah terror.


    ,tapi time Najib langsong tak di ambil pot.Pegang jawatan di GLC pun tidak ,frust.Attack 1 MDB..tak jalan,lepas itu attack FGV ..kantoi juga,lepas ini bodek TSMY

    .

    ReplyDelete
  4. INILAH MALAYSIA NEGARA NO SATU TERBAIK DIDUNIA. PENYANGAK DANA NEGARA TIDAK BOLEH DIAMBIL SEBARANG TINDAKAN,TIDAK BOLEH SAMA SEKALI DISOAL SIASAT.SESIAPA YANG MENDEDAHKAN MAKLUMAT BERMAKNA SATU KESALAHAN KERNA DEDAHKAN MENMAKLUMAT RAHSIA KERAJAAN SEMUA MAKLUMAT SANGAK HARTA NEGARA ADALAH RAHSIA.BOM AL TANTUYA PUN RAHSIA .RASUAH KAPAL SELAM PUN RAHSIA.DANA RAKYAT BAGI PADA KAKI SAPU UNTUK 1 MDB PUN RAHSIA KERAJAAN.SYABAS SYABAS SYABAS KEPADA SEMUA PENGUASA MALAYSIA.TANIAH KPD HAKIM HAKIM,POLIS POLIS, SPRM SPRM,IMIGRESEN DAN TAK JUGA DILUPAKAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN TELINGA HIDUNG KOTE SERTA CIPAP YANG BANYAK MENIPU DALAM HAL INI.MOGA MOGA KAMU INI SEMUA DIDATANGI OLEH SATU CUKUP BERANI MENHAPUSKAN KAMU

    ReplyDelete
  5. 14.13
    APA KENA SDR INI LANGSONG TAK TENTERAM HATI SDR.kALAU TAK PERCAYA SEMUA MASUK DALAM HUTAN AJA LAH JADI POLIS,HAKIM,PENGUATKUASA,SPRM PADA BINATANG.SATU LAGI PILIHAN BERHIJRAHLAH,SAYA CADANG TAK JAUH NEGARA BAWAH KITA TENGOK MACAM MANA SDR BOLIH SURVIVE TAK.....CAKAP TAK GUNA OTAK,KALAU KATA NEGARA SENDIRI PENYANGAK,RAKYATNYA TERUTAMA SDR 20 KALI PENYANGAK....BINGAI.

    ReplyDelete
  6. Din,
    Kan dah katakan tak ada apa terjadi ,malah semua KB support Presiden Parti....gigit jari la sdr

    ReplyDelete