Sunday, 8 March 2015

Negara Kini Sudah Aman Dan Selamat

Dalam pertemuan dengan kira-kira 160 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara hari ini, Najib Razak yang di pandangan mata kasar semakin goyang kedudukannya dari persepsi rakyat telah diberikan harapan dan keyakinan untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh lebih lama lagi.

Ketua-ketua bahagian yang hadir bukan saja memperbaharui ikrar dan sokongan, malah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Najib untuk menyelesaikan isu 1MDB yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Maknanya kini terserah kepada Najiblah bagaimana mahu menyelesaikan isu 1MDB ini. Apa pun bentuk dan cara penyelesaian yang bakal diusahakan oleh Najib, ketua-ketua bahagian ini akan akur dan patuh saja.

Begitu juga sama ada audit akan dilakukan atau tidak atau sama ada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) akan melakukan penelitian atau sebaliknya terhadap akaun 1MDB, semuanya juga sudah tidak bermakna lagi.

Ini kerana belum pun audit dilakukan dan tidak pun lagi diketahui ada  penyelewengan atau tidak, Najib sudah pun memperolehi sokongan daripada 160 Ketua Bahagian.

Ini sekaligus membuatkan Najib sudah boleh tidur lena dan tidak perlu risau apa-apa lagi. Dengan 160 daripada 191 Ketua Bahagian hadir serta memberi sokongan kepadanya, bermakna majoriti daripada lebih 3.5 juta ahlinya juga turut sudah memberi sokongan kepada Najib.

Tiadalah lagi selepas ini sebarang rungutan, perbincangan atau sosek-sosek di kedai kopi atau lobi hotel berkenaan rasa tidak puas hati berkenaan 1MDB ini.

Sudah tertutuplah juga dengan sendirinya segala isu mengenai hutang, pelaburan, pengambil-alihan dengan harga yang tinggi, simpanan di Pulau Cayman, Jho Low, kaitan 1MDB dengan mana-mana ahli keluarga Perdana Menteri dan sebagainya.

Tiadalah juga Najib perlu bimbang apa-ap dengan ketidakhadiran Muhyiddin Yassin serta beberapa Ketua Bahagian yang lain termasuk Mukhriz Mahathir dalam pertemuan itu. Dengan 160 Ketua Bahagian sudah berikrar sanggup "sehidup semati" dengannya, semua elemen lain hanyalah "kacang" saja selepas ini.

Kalau ada juga pihak lain selepas ini mahu terus mengancam kedudukan Najib, lebih baik lupakan saja usaha itu. Semuanya sudah tidak bermakna lagi kerana Najib sudah ada 160 panglima gagah berani bersamanya.

Semua isu 1MDB kini sudah dikira selesai. 160 Ketua UMNO Bahagian telah menutup segala-galanya. 

Walaupun pertemuan ini diadakan secara tertutup dan kehadiran Najib pula dilaporkan secara sembunyi-sembunyi atau melalui pintu belakang seperti  dalam babak "aci-aci buka pintu", Malaysia nampaknya sudah aman dan selamat dengan "tindakan bijak" 160 Ketua Bahagian berkumpul dan menyatakan sokongan kepada Najib ini.

Keadaan ini juga tentunya bakal merangsang sokongan rakyat yang lebih gemilang dalam pilihanraya akan datang di mana UMNO dan BN kini tentunya sedang berada di landasan yang betul untuk kembali memenangi majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Tidak memeranjatkan kiranya jangkaan kemenangan BN juga melonjak kepada 160 kerusi dalam pilihanraya nanti.

Alhamdulillah...barangkali inilah rahmatnya apabila Najib baru-baru ini mengumumkan beliau ingin mencontohi ciri-ciri Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya. (SH 08/03/2015)

9 comments:

  1. itu baru nak mencontohi ciri ciri dah jadi aman kalau ikut betul betul lagi lah penuh barokah
    dalam bab berhukum dengan hukum Allah mau ka ikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka [1192] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 500 JUTA , wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


      ANGKA RITUAL: SINGAPUR 2D/3D/4D/



      ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



      ANGKA RITUAL; KUDA LARI



      ANGKA RITUAL; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/



      ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND

      Delete
  2. 160 org KB yg bangang ini tak tahu berfikir dengan otak malahan mrk menjadi pak angguk saja

    ReplyDelete
  3. Apa yang diterangkan oleh Najib pada 160 Ketua Bahagian UMNO Baru berkaitan dengan krisis 1MDB tak ubah seperti Shafiee Keling membuat penerangan semula perbicaraan tertutup kes liwat Anwar-Saiful kepafa Wanita dan Puteru UMNO Baru.

    ReplyDelete
  4. pheeeewwwwwww
    finally able to get in via google cached from sak's blog
    direct url has been inaccessible since yesterday
    somebody somewhere can no longer take the heat?

    ReplyDelete
  5. Ya, saya pun baru hari ini dapat mengekses blog ini. Ini pun melalui pautan dari blog lain.

    ReplyDelete
  6. Din,
    Saya dah beritahu tidak ada apa yang berlaku pada 8 Mac dan ianya bolih dijangkakan.Najib tidak bolih disentuh jika akar umbi dan MT kukuh di belakang beliau.Sdr terpaksalah tunggu tahu 2016[pemilihan parti] atau 2018 PRU 14 untuk turukkan Najib
    Anon. 11.29..Betullah apa yang sdr katakan.Tak kan Najib dan TSSA nak kelentong macam Caix kelentong.Sudahx lah tu nak pertikaikan kes Anuar ini,dah kena 8-1 dah,suruh bela diri tak buat,suruh sumpah tak berani.Kalau kita fikirkan siapa yang sebenarnya menyumbatkan Anuar dalam penjara kalau tak 14 ekor loyar burok,wrong advice,defence tidak ada substances,langsong tidak ada bukti untuk menidakan perbuatan liwat,tidak ada cubaan untuk create elements of doubt....macam mana nak menang kes.

    ReplyDelete
  7. Blog tuan susah diaksess dalam 36jam yang lalu...tiada lagikah kebebasan bersuara?...teruskan tuan menulis. sepatutnya hujah dibalas hujah

    ReplyDelete
  8. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete