Thursday, 27 November 2014

Pengekalan Akta Hasutan Demi Untuk Najib Selamatkan Diri


Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.

Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.

Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.

Satu-satu isu yang terus diperkatakan  oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.

Walaupun kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat memberi pujian dan sanjungan kepadanya berikutan pengekalan Akta Hasutan itu, tetapi adalah jelas Najib dilabel sebagai pemimpin yang mungkir dengan janjinya sendiri.

Meskipun tidak dinafikan pihak yang berbelah bagi selama ini kembali menyokongnya, tetapi Najib akan terus kehilangan sokongan rakyat biasa yang berpegang kepada janjinya sebelum ini. Kumpulan ini yang kebanyakannya daripada golongan bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar, dipercayai akan terus menjauhi Najib berikutan tindakan mungkir janjinya itu.

Bahkan mungkin juga mereka tidak mempercayai lagi apa juga janji-janjinya selepas ini.

Dengan ini, Najib sekurang-kurangnya belajar satu perkara iaitu jangan mudah berjanji sesuka hati.  Berjanji sesuka hati sebenarnya bukan saja merbahaya ketika memadu kasih atau sedang dilamun asmara tetapi juga dalam dunia politik. Ketika mengemukakan janji dahulu, Najib jelas terbuai dengan keinginan menjadi pemimpin yang liberal dan terbuka tetapi akhirnya terkulai kerana tekanan daripada dalam UMNO sendiri.

Jika dahulu beliau lebih berhati-hati sebelum melontarkan janji, tentulah keadaan tidak menjadi kalut seperti sekarang ini. Barangkali Najib kena menghayati lagu nyanyian Saloma "Apa Guna Berjanji" sebelum melontarkan janji-janjinya di lain kali.

Tetapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan ini setelah berjanji untuk memansuhkannya sejak 2012 lagi ialah semata-mata untuk memastikan masa depannya terus kukuh dalam UMNO.

Oleh kerana rata-rata mereka dalam UMNO mahukan akta itu dikekalkan, ditambah dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang tidak berubah serta penarikan balik sokongan oleh Mahathir Mohamad terhadapnya, jika Najib terus mahu memansuhkannya, ia tentu akan menyebabkan kedudukannya lebih mudah digoyang lagi.

Oleh kerana ingin terus mempertahankan kedudukannya, Najib terpaksa mengalah dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya itu. Lebih-lebih lagi timbalannya, Muhyiddin Yassin turut lantang mahukan akta itu dikekalkan.

Kiranya gelombang penolakan ini tidak sekuat sekarang, sudah barang tentu Najib akan terus berpegang kepada janjinya untuk menghapuskan akta tersebut.

Ini juga tidak dapat ditolak ada kaitan dengan kemungkinan UMNO akan mengadakan pemilihannya pada 2016 iaitu sebelum berlangsungnya PRU 14 dan tidak lagi menangguhkannya seperti biasa. Kalau pun pemilihan UMNO diadakan selepas pilihanraya umum, Najib tidak mahu sokongan terhadapnya lebih longgar lagi.

Ketika ini, gambarannya ialah Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat biasa yang menganggapnya sebagai seorang yang mungkir janji terlebih dahulu berbanding kehilangan terus sokongan dalam UMNO dan kumpulan kanan dalam masyarakat. 

Mungkin selepas meraih semula sokongan dan kekuatan kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat itu,  beliau akan memikir cara lain pula untuk mengambil hati golongan yang kecewa dengan janji palsunya itu.

Tetapi, walaupun sudah membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan, Najib juga bakal terus ditekan lagi selepas ini agar mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Dengan kejayaan kumpulan kanan mendesak sehingga Najib mengalah dan terus mengekalkan Aka Hasutan, adalah dipercayai gerakan agar dikembalikan ISA dan Ordinan Darurat akan lebih rancak lagi selepas ini. Mereka tidak akan berhenti setakat Akta Hasutan saja.

Adalah dipercayai selepas ini, demi mempertahankan kedudukannya, Najib akan terus berlembut dengan kumpulan kanan yang berada dalam UMNO dan juga dalam masyarakat. Semuanya demi memastikan kedudukannya dalam UMNO dapat diselamatkan terlebih dahulu. (SH 27/11/2014)

22 comments:

  1. What we can expect from him, bab berjanji ni berapa byk dia dah langgatr Yg ketara bab naik minyak dan yg terkini pasal akta hasutan ni. He has no balls..no courage..no trust..too much NO! Kesian rakyat Malaysia..termasukla aku..

    ReplyDelete
  2. mat sabu kata apa nak takut..dap lawan mca ngan gerakan..kalo dap menang sama la kerusi cina..x ada beza pun dalam penubuhan kerajaan...yeaaaaaaayyyyyyyyy..org melayu pun bersorak seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape yg ko merepek ni labu... Tlg guna akal yg Allah swt bagi. Buat komentar yg bernas

      Delete
    2. betul..itu statement mat sabu dlm kempen pilihanraya yang lepas..

      Delete
    3. anon 10:24
      yg bernas bg ko cuma komen yg mengutuk kerajaan..

      Delete
    4. Memang la perlukan komen yg bernas bila kerajaan buat benda salah. Setakat sokong membabi buta, baik jgn hidup ada akal fikiran.

      Delete
  3. Ape yg ko merepek ni labu... Tlg guna akal yg Allah swt bagi. Buat komentar yg bernas

    ReplyDelete
  4. Najib kekalkan Akta Hasutan utk menjamin Rosmah terus menjadi 'PM' Msia. Bodohnya ahli2 Umno dan pengikut mereka.

    Sekarang kalau tuduh Najib dicontrol olih Rosmah dan Rosmah sebenarnya 'PM' Msia tak bolih lagi kerana dikira menghasut.

    Dan nak tuduh Rosmah perabihkan duit rakyat bolih juga dikira menghasut dibawah Akta Hasutan.

    ReplyDelete
  5. Melihat berita di portal media yg menjurus jpd pembangkang spt tmi,mkini..malaymail online....seeloknya akta hasutan dikekalkan...sbb pmbangkang belum pndai beradab...baru rasa sedikit kuasa habis satu malaysia nk di pecah belah....bezakan antara mmbangkang dan mmecah belah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang pecahkan siapa?siapa yang membela hantu macam Perkasa dan isma dan lain-lain.Woit gunalah otak.Nak menyamun harta negara umno pecah-belahkan melayu tapi mereka tidur satu katil dengan tauke cina.Kau ni buta ka?Perkasa dan isma hanyalah barua umno.itu saja.

      Delete
    2. cool jgn gaduh..nnti kita iktiraf anwar ibrahim. kita akan ubah nama lorong hj taib dengan nama lorong anwar ibrahim..

      Delete
    3. Anon 12:13

      Kau pun sama seperti ahli UMNO Baru bahalol yang bersidang dalam dewan PWTC tuu.. Jenis menghabiskan beras orang melayu saja.

      Delete
    4. Spt biasa penyokong tegar pkr akan mempertahankan seolah2 "apa salahnya kami pkr berak berlari kalau puak umno berak merata"....bro! jadilah yg terbaik...bukan sama buruk atau lebih busuk...

      Delete
    5. Anon 13:16

      Zaman sekarang parti hanyalah alat saja bersatu mencari keselesaan hidup... setakat ini parti mana yangmemperjuangkan nasib rakyat ?

      Hanya orang bodoh dan orang yang suka mentekedarah rasuah saja yang akan berkata....."apa salahnya kami pkr berak berlari kalau puak umno berak merata"....demi pertahankan pemimpin parti yang korup, yang membawa lari duit keluar negara, yang tidak menepati janji.

      Jangan samakan kepandaian melayu baru dengan kebodohan melayu UMNO Baru. Amat sial...1Malaysia

      Delete
    6. Pengikut gerombolan umno mana ada otak.. Buat statement setakat nak bagi panas jer... Bukannya reti nak jawab dgn keupayaan cognitif.

      Delete
    7. Tuan

      Najib telah membawa transformasi kepada UMNO yang akan membuat akar umbi UMNO akan menikmati taraf hidup yang setanding dengan taraf hidup dinegara maju dengan mengekalkan Akta Hasutan.

      Hangpa semua bawak baliklah Akta Hasutan tu kat kampong masing-masing. Gunalah akta hasutan tu nak li beli beras, beli kereta mewah, buat rumah mewah. Hangpa s3mua dah jadi OKB. Bagi yang nak tambah bini, yang gunalah akta hasutan 1948 tu wat hantaran kahwin!

      Tang duit hangpa jangan tanya. Duit negara, kontrak projek kerajaan dan p3lbagai habuan yang diperuntukan oleh baj3t tahunan tu hanya untuk Najib, pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka sahaja.

      Najib dengan murah hati bagi habuan lumayan untuk hangpa semua - pengekalan Akta Hasutan 1948! Hangpa ambiklah. Hangpa semua dah dinaikkan taraf menjadi melayu yang kaya raya sekarang. Apa susah barang keperluan naik. Apa susah petrol naik. Apa nak risau GST tahun depan. Hangpa s3mua sudah kaya dengan habuan Akta hasutan yang Najib bagi kat setiap orang daripada hangpa yang sokong dia!

      Delete
  6. Indahnya persidangan UMNO yang aman dan damai, yang perempuan manis dengan berbaju kurung, yang lelaki perkasa dengan berbaju melayu, tiada acara baling-baling kerusi, boikot keluar dewan, maki-maki hamun, semuanya tertib, sopan santun, hormat menghormati, inilah kelebihan UMNO parti keramat orang melayu, begitu teguh bersatu dibawah kepimpinan DS Najib, seperti pepatah melayu ibarat air dicicang tidak akan putus, walau apa masalah yang mendatangi diharungi dengan semangat berjuang yang murni, ikhlas, demi ugama, bangsa dan negara, tahniah juga buat bekas presiden Tun Mahathir yang hadir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini memang indah persidangan UMNO Baru tu.... tapi perlu diingat itu hanya persidangan saja bukannya pemilihan pemimpin UMNO Baru.

      Muhyiddin dalam ucapannya telah meminta agar pemilihan parti diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang.... yang ini akan menentukan ahli UMNO Baru itu sama ada yang jantan atau betinanya akan berperangai seperti beruk atau bersopan seperti manusia berakal...sama-sama saksikan nanti.....he,,,he,,.he...

      Delete
  7. jgn puji lebih sgt..sat g mesti ada beruk mai maki..x caya..tunggu

    ReplyDelete
  8. Moral isu yang terlepas pandang ialah "berpegang pada janji".Apakah persepsi umum terhadap pemimpin yang tahu menabur janji tapi tak tahu mengotakannya?

    ReplyDelete