Saturday, 29 November 2014

Beranikah Najib Mendakwa Jurucakap Perhimpunan UMNO Dengan Akta Hasutan?


Beberapa cabaran kini menanti Najib Razak di sebalik keputusannya untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948  di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu setelah dua tahun lalu berjanji mahu memansuhkannya.

Kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat yang gembira dengan pengekalan Akta Hasutan tidak akan berhenti setakat ini saja. Mereka kini bakal menumpukan tekanan agar Najib mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Kejayaan menekan Najib sehingga Akta Hasutan tidak jadi dimansuhkan adalah kejayaan bagi kumpulan ini dan sekaligus merupakan "lesen besar"  untuk mereka melakukan gugatan yang seterusnya.

Berbanding Akta Hasutan, lebih ramai golongan kanan ini berpendapat bahawa menghapuskan ISA adalah salah satu tindakan "paling bodoh"  yang dilakukan Najib selaku ketua sebuah kerajaan.

Jelas bahawa mereka ini belum cukup puas hati selagi ISA dan Ordinan Darurat tidak dikembalikan sama. Mereka hanya benar-benar gembira dan puas hati dengan kepimpinan Najib jika beliau sanggup memulihkan semula semua akta-akta tersebut.

Ini sekali lagi merupakan tekanan yang berterusan kepada Najib kerana sementara beliau terus ditekan oleh kumpulan kanan yang "mahu paha setelah mendapat betis", sebaliknya golongan liberal dan pejuang kebebasan pula mahukannya komited dengan janji-janji pembaharuan dan keterbukaan yang selalu dilaung-laungkannya.

Golongan liberal dan pro hak asasi yang turut disokong oleh pembangkang tidak menunggu lama untuk menyerang dan mengecam Najib sebagai seorang yang mungkir janji setelah Akta Hasutan ini diumum untuk terus dikekalkan.

Golongan ini bukan saja berikrar akan terus berjuang ke arah penghapusan Akta Hasutan, malah mulai melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai, mungkir janji serta mudah mengalah kepada tekanan. Najib juga diperingatkan bahawa janji adalah suatu komitmen.

Dianggap sebagai janji terbesar kepada rakyat yang dimungkirinya ialah membatalkan pemansuhan Akta Hasutan, rakyat juga tentunya tidak lupa dengan beberapa janji Najib seperti tidak menaikkan harga minyak dan ikrar lebih mendengar keluhan rakyat bawahan, turut juga dimungkirinya sebelum ini.

Dengan ini, bersama banyak janji lain yang tidak ditepati serta janji berkaitan pemansuhan Akta Hasutan, ianya bakal memberi kesan besar kepada sokongan BN dalam pilihanraya akan datang, terutamanya daripada pengundi bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar atau separa bandar.

Di kelompok yang lain, Najib kini mula dilihat sebagai pemimpin yang paling lemah, mudah mengalah dan tidak kukuh pendiriannya. Beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang tidak memikir dengan mendalam sebelum mengumumkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Ramai yang menganggap keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan ini semata-mata untuk kepentingan diri dan masa depannya yang semakin kelam dalam UMNO. Beliau dikatakan hanya ingin meredakan kemarahan dalam partinya sendiri yang ternyata masih kuat dengan aliran kanan dan konservatif.

Tambahan pula, sebaik Akta Hasutan terus dikekalkan, Dewan Merdeka di mana sedang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO ketika ini terus bergema dengan ucapan banyak jurucakap yang terus menyentuh isu-isu kaum dengan menyerang pihak lain yang dianggap cuba mengancam dan menggugat mereka.

Tanpa menyedari bahawa Dewan Merdeka bukanlah Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang memberikan kekebalan untuk bercakap apa saja, ramai jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO seakan terlupa hakikat ini. Banyak nada rasis, perkauman, serangan dan sentuhan hal-hal sensitif melibatkan kaum lain dapat didengar dalam perhimpunan kali ini.

Sebagai meraikan kejayaan mengekalkan Akta Hasutan, lebih ramai yang tampil mahu menjadi juara bangsa pada perhimpunan kali ini kerana menganggapnya suatu kejayaan bagi mereka.

Untuk membuktikan bahawa Akta Hasutan dikekalkan tidak semata-mata untuk kepentingan dirinya atau UMNO, sesuatu yang harus Najib buktikan ialah berani mengenakan dakwaan di bawah akta tersebut keatas mana-mana jurucakap Perhimpunan Agung UMNO kali ini yang didapati melampau dari segi menyentuh isu berkaitan kaum, bangsa atau agama lain.

Jurucakap-jurucakap ini hakikatnya tidak kebal sama-sekali sepertimana wakil-rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bercakap dan berhujah. Dewan Merdeka PWTC bukanlah Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang mempunyai  kekebalan dan melindungi sesiapa daripada bercakap apa saja. Najib tidak harus "double standard" kerana akta ini seharusnya dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Jika ini dapat dilakukan Najib sebaik berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO, beliau mungkin dapat meraih sedikit kepercayaan daripada rakyat yang selama ini ragu-ragu dengan tujuan dan keikhlasannya mengekalkan Akta Hasutan itu. ( SH 29/11/2014)

9 comments:

  1. mat sabu kata apa nak takut..dlm pilihanraya dap akan lawan mca ngan gerakan..kalo dap menang sama la kerusi cina..x ada beza pun dalam penubuhan kerajaan...yeaaaaaaayyyyyyyyy..org melayu yg mls berfikir bersorak girang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape yg ko merepek ni labu... Tlg guna akal yg Allah swt bagi. Buat komentar yg bernas

      Delete
    2. penyokong umno ni buta huruf.tak perlu layan,sebab itulah standard macai umno.

      Delete
    3. mat sabu kata apa nak takut..dlm pilihanraya dap akan lawan mca ngan gerakan..kalo dap menang sama la kerusi cina..x ada beza pun dalam penubuhan kerajaan...yeaaaaaaayyyyyyyyy..org melayu yg mls berfikir bersorak girang

      Delete
    4. Melayu Khinzir 11:19,

      Betul tu sorakan kamu kerana selama ini Melayu terseksa kerana selama 57 tahun merdeka DAP sebagai parti memerintah hanya pandai menipu, merompak dan menyamun bangsa Melayu sahaja. Belainan pula dengan UMNO sebagai pembangkang bersama parti Melayu lain iaitu MCA dan MIC yang tulus ikhlas membela rakyat.

      Delete
    5. mudahnya mat sabu calculate..patut senang kena tiau ngan guan eng..anon kat atas ni mesti tukang sorak je masa ceramah..fikir malas..keja nak khinzirkan org je..no point nak balas hujah utk backing abg sabun dia la tu

      Delete
  2. Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan mengambil tindakan segera terhadap individu yang terlibat bawah Akta Hasutan selepas ia diperkasakan.... seolah-olah sudah jadi senjata yang akan ditusukkan kedada musuh.....

    Helo melayu UMNO Baru.... Pak Lah dah ingatkan bahawa UMNO Baru dapat kuasa dan berkuasa sehingga hari ini atas sokongan rakyat bukan guna akta untuk kekal berkuasa.

    Oleh kerana itu untuk dapatkan sokongan maka dekati rakyat dan fahami kesusuahan hidup mereka. Bantu dengan adil agar semuanya hidup aman dan sentiasa sokong UMNO Baru hingga kiamat.

    Jika ugutan, atau tindakan kasar berselindung disebalik akta bagi menundukkan rakyat seperti yang pernah dilakukan oleh British, Jepun dan juga Komunis.... memang pasti ada beberapa pemimpin yang bakal jadi korban akta tersebut namun UMNO Baru juga akan terima nasih seperti kuasa besar itu duduk dalam Muzium Negara..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam perhimpunan itu Najib kata GST tidak membebankan rakyat..... seperti biasa ahli UMNO Baru bertepok tangan tanda setuju dalam kebangangannya.....

      Dalam penggulungan itu juga Najib kata Anifah ditawarkan RM100 juta untuk lompat parti sambil menuduh bahawa parti pembangkang yang mengamalkan rasuah bukan parti UMNO Baru. Semua ahli bertepok tangan tanda setuju.

      Tapi Najib tak sedar rakyat 1 Malaysia tahu apa yang telah dia lakukan dalam rampasan kuasa dalam kerajaan negeri Perak beberapa tahun yang lalu.... bapak segala rasuah.

      Alahai ahli UMNO Baru...bergaya mengalahkan kasta bangsawan tapi mentaliti kelas ketiga..... tanpa dubur saiful siapa lah UMNO Baru... he...he..he..

      Delete
    2. Anon 19:12

      Ahli-ahli UMNO tak heran pun dengan GST. Geng 15 orang perwakilan UMNO dari Kota Bharu yang buta huruf tu g3mbira sakan. Dalam PAU tahun ini Najib dah anugerahkan mereka kem3wahan, kesenangan macam rakyat kat negara Scandinavian tu. Ahli-ahli UMNO akar umbi sudah kaya raya dengan hadiah Akta Hasutan 1948 tu!

      Mereka balik ke kampong masing2 naik kereta mewah sebab depa bayar dengan Akta Hasutan. Masing-masing balik nanti akan buah rumah-rumah besar dengan akta hasutan. Depa dah tak makan ikan maein dengan kicap lagi. Depa boleh pi makan kat hotel-hotel 5 bintang. Anak bini depa jangan ceritalah, bini saja, perhiasan g3lang emas, intan belian dari pergelangan tangan sampai ke ketiak.

      Hang dok risau kat depa pasai GST? Depa tak heran la. Najib dah bagi akta hasutan kat depa. Kita patut risau kita......

      Delete