Monday, 4 June 2018

TUN MAHATHIR YANG BERJIWA BESAR.....


Sebelum pilihanraya, jika kita imbas kembali, macam-macam yang diperkatakan oleh Pas dan Hadi Awang terhadap Tun Mahathir Mohamad.


Tun Mahathir tidak saja dikata sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri, dinasihat lebih baik hanya bermain-main dengan cucu di rumah dan disarankan melebihkan masa berada di atas sejadah, malah di satu peringkat, Hadi Awang mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan itu lebih layak menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja.

Semuanya, seperti yang mudah difahami oleh semua orang, Pas dan Hadi berbuat demikian ialah lebih selesa berperdana-menterikan Najib Razak dan mahu memberi kelebihan kepada anak Tun Razak itu untuk mengekalkan kuasanya.


Tetapi, setelah Najib kehilangan kuasa dan Tun Mahathir yang dulu dikata macam-macam itu berjaya menjadi Perdana Menteri, lain pula yang terjadi akhirnya.


Hadi dan Menteri Besar Terengganu daripada Pas tiba-tiba menjadi antara yang paling dulu mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir.

Sudah tentu pertemuan di Putrajaya pagi tadi adalah atas permintaan pihak Pas dan Hadi yang ingin berjumpa dengan Perdana Menteri dan bukan Tun Mahathir yang ingin bertemu dengan mereka mereka.


Ternampak, cepat dan pantasnya Hadi dan pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir mendahului pimpinan kerajaan negeri lain yang diterajui oleh Pakatan Harapan sendiri.


Agaknya inilah yang dikata matang dan sejahtera!

Atau datangnya mereka berjumpa Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu ada tujuan nak minta apa-apa? 


Hmmmmm.....(ShahbudinHusin 04/062018)

104 comments:

  1. maki hadi lepastu baik balik


    ini bukan cara islam tapi cara keling

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi yg dtg jumpa tun
      Kau jgn tk wala... munafik haraki jebon nama kau nnti

      Delete
    2. SPRM reveal surat daripada Raja Saudi berkenaan derma Arab ke akaun Najib Razak.

      Derma ini didermakan kerana Baginda sangat menyanjungi usaha Najib Razak mengangkat nama Islam melalui "Global Movement of Moderates."

      Baginda menderma melalui akaun syarikatnya iaitu Blackstone Asia Real Estate.

      So tiada kes rasuah ke atas Najib Razak berkenaan isu sumbangan Raja Saudi.

      Sebelum PRU14, Tun Mahathir kata Pak Arab yang gila saja akan derma pada Najib. Lalu mereka mengaitkan derma ini dengan duit 1MDB.

      Betullah cakap para ulama. Sekarang kita hidup di zaman Fitnah (akhir zaman).

      Fitnah mereka berjaya.

      Delete
    3. Fitnah kapla bapak ko..kenapa najib tak tunjuk surat kpd DOJ cuci nama dia?....

      Delete
    4. Sang Takfir Awang itu betul2 dah jelma jadi Sang Munafik.

      Delete
  2. Anwar said there was a very real possibility of PH becoming an “Umno 2.0” where leaders use the coalition as their gravy train, and dissent and criticism are not tolerated.

    to block such views, to have a slanting view of this, or to even pressure such a person for having a voice, this is representative of the old regime


    DALAM.BLOG NI BYK CIBAI UMNO 2.0

    KUTUK TEGUR TUN SIKIT DAH melompat puak puak yg d bayar dedak oleh party cap munge tajaan DIAM ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daim mengaku jumpa anwar beberapa kali di penjara bincang nak selamatkan negara...jadi faktor anwar tidak boleh diketepikan dlm misi tumbangkan najib dan umno....dan tak boleh syak yg bukan2 kpd Daim..

      Delete
    2. Kalau mengata orang, mesti sanggup dikutuk orang... ke guaner...?

      Delete
    3. Ada gerakan sulit untuk halang Anwar jadi Perdana Menteri?


      Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendakwa terdapat gerakan sulit untuk menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

      Berdasarkan satu sumber dalaman, Badrul berkata, beliau percaya ada satu gerakan dinamakan “Third Force” yang bercita tinggi dalam politik yang diselia oleh Kalimullah dikesan cuba untuk melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar agar peralihan kuasa untuk Anwar menjadi Perdana Mentari dalam tempoh dua tahun ini gagal.

      Katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kumpulan ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar dari menjadi Ahli Parlimen.

      "Kumpulan ini dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak.

      "Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti. Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat.

      "Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang.

      "Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik," katanya yang dipetik menerusi blognya.

      Chegu Bard berkata, Kalimullah dan “Third Force” nya perlu tahu bahawa janji pilihanraya Pakatan Harapan kepada rakyat adalah Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih.

      "Ini janji Pilihanraya yang dibuat (Pakatan Harapan) kepada rakyat sama saperti janji Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan lain lain.

      "Ramai sebenarnya sokong penuh dengan pendapat Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan menang bukan atas faktor Mahathir semata-mata.

      "Jika faktor Mahathir maka sudah pasti Pribumi (PPBM) menang 50 kerusi Parliamen dan bukan hanya 12 kerusi Parliamen saja.

      "Selain itu, semua perlu berhati-hati supaya memastikan Kalimullah dan agen pemodal tua tidak terlibat dalam urusan pemilihan parti PKR yang akan diadakan pada tahun ini," katanya.

      Tambah beliau, ramai mahu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak lain seperti yang ramai cita-citakan ke arah perubahan Malaysia. - Utaranews.com

      Delete
  3. Aku respect pd Tun M, berjiwa besar dn mengenepikn persengketaan demi kebaikan ummah. Moga dlm usia sebegini, apatah ianya berlaku dlm bln Ramadan, Allah Taala terima kebaikn yg dilakukan. Bg pihak Pas, mulakan kebaikan dgn membantu kerajaan PH yg menguasai Putrajya.Demi agama, bangsa dn negara, ianya utk rakyat. Dari segi royalti, Tun M dah tentu ada keputusannya. Mintak dn mhon berhikmah, maka dptlah jwpn yg baik. Ingat...maaf tetap maaf, tapi tidak lupa..

    ReplyDelete
  4. Aku respect pd Tun M, berjiwa besar dn mengenepikn persengketaan demi kebaikan ummah. Moga dlm usia sebegini, apatah ianya berlaku dlm bln Ramadan, Allah Taala terima kebaikn yg dilakukan. Bg pihak Pas, mulakan kebaikan dgn membantu kerajaan PH yg menguasai Putrajya.Demi agama, bangsa dn negara, ianya utk rakyat. Dari segi royalti, Tun M dah tentu ada keputusannya. Mintak dn mhon berhikmah, maka dptlah jwpn yg baik. Ingat...maaf tetap maaf, tapi tidak lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro tt..TM berjiwa besar..kamu pun berjiwa besar..angkat tabik u..

      Delete
    2. Yang sedihnya masih ramai lagi pewalak2 Hj Hadi yang sampai hari ni masih mengkafirkan Kjaan PH atas sebab PH tertegak dgn kerjasama pemimpin2 non muslim yang mereka gelarkan sebagai kafir harbi. Keyakinan mereka begitu tinggi bahawa kerajaan PH ni tidak mendapat redha Allah dan mereka semuanya mendoakan kjaan PH hancur.

      Apa yang bakal terjadi apabila pewalak2 Hj Hadi ni apabila mereka melihat Hj Hadi menurunkan martabat tinggi sebagai "ulamak tersohor" menghadap dan hormat kepada ketua kjaan yang tidak mendapat redha Allah ni? Adakah mereka akan mengalami mabuk pagi? Hang over? Pening migrain? Otak berserabut?
      Berapa ramai yang mungkin berlumba2 ke Hospital bahagia kat Tg Rambutan nu? Atau mereka akan bertekad bahawa ini adalah strategi bermuka2 hipokrasi yang diamalkan ole ulamak tersohor bagi menikam belakang kjaan PH? Apa2 pun aku dari dulu satu benda pun tak percaya kat Tuang Presideng PAS ni. He is no ulamak to me!

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
  5. budin

    hadi tak perlu minta


    DALAM PERLBAGAAN DAH SEBUT KERAJAAN PUSAT KENA BAYAR 5%


    TAPI AG DULU DULU KATA TAK PAYAH BAYAR SEBAB TUN SURUH. NAJIB SURUH


    PAK LAH DULU DAH NAK BAYAR TAPI


    AG KATA

    AG KATA


    AG KATA


    AG YG MELAYU ISLAM TAPI DALAM KAPIR HARBI

    HADI NAK INGATKAN TUN.. BAYAR CEPAT SIKIT 5%

    ORG TUA SEPARA NAYNYUK BOLEH BUAT LUPA

    BAYOR LER CEPAT WEIII KPD KELAMTAN TEGANU

    JGN BAGIBALASAN HYTANG 1TRILLION PULAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ade dlm perlembagaan...perjanjian dgn petronas jika dlm pesidir pantai 3 batu nautika...telaga minyak terletak diluar pesisir pantai lebih 3 batu nautika..

      Delete
    2. Jangan mudah berjanji kepada pengundi kalau liat untuk tunaikan


      Jangan mudah berjanji kepada rakyat kalau liat untuk menunaikannya, kata bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lokman Adam.

      Beliau merujuk kepada janji Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 pakatan itu untuk menghapuskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya memerintah di peringkat Persekutuan.

      "Sebelum PRU-14 Pakatan Harapan berjanji, hari ini perintah, esok hapuskan GST, tapi apabila menang Tan Seri Dr Zeti Akhtar Aziz (Majlis Penasihat) memaklumkan perlu lebih dari 100 hari untuk hapuskan GST.

      "Manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyatakan berhenti kutip GST serta merta yang mana memperlihatkan semua pemimpinnya mengeluarkan kenyataan berbeza," kata beliau.

      Beliau berkata, ketika pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) 2014, kutipan yang dibuat ialah RM18 bilion tetapi tahun lepas kutipan dari GST RM44.3 bilion yang mana berbeza RM26.3 bilion sementara hasil minyak 2014 ialah 66 bilion, tetapi pada 2016 berbaki RM30.1 bilion.

      “Kita hilang hasil RM35.1 bilion, maknanya GST selamatkan kita bila negara hilang hasil minyak. Itu pun, kita masih tak cukup RM8.8 bilion.

      "Kerajaan PM Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) cuma potong belanja pengurusan RM5.5 bilion, dan baki tak cukup lagi RM3.3 bilion, PM Najib tampung dengan penjimatan yang dibuat melalui rasionalisasi subsidi,” jelasnya.

      Tambah Lokman Adam, kerajaan ketika itu hentikan subsidi pukal beberapa barangan tertentu dan diganti dengan subsidi bersasar bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

      Beliau berkata, bekas perdana menteri, Najib selamatkan negara ini dari menjadi seperti Saudi, Mesir, Tunisia, Jordan dan negara-negara lain yang menaikkan harga minyak untuk rakyatnya berlipat kali ganda.

      “Kita juga terselamat tak jadi macam Brunei yang memotong gaji penjawat awam 20 peratus.

      “Di Malaysia, PM Najib apung harga minyak, minyak RON95 dari RM2.30 seliter turun sehingga RM1.60 seliter, malah gaji penjawat awam bukan sekadar tidak dipotong, naik pula dua anak tangga gaji,” kata beliau.

      Beliau berkata, tetapi bila Pakatan Harapan menang kerana janji mahu memansuhkan GST dan memperkenalkan kembali SST, mana nak cari duit tampung kehilangan hasil minyak RM35.9 bilion.

      Selain itu, katanya, mana juga nak cari duit ganti lebihan GST berbanding SST RM26.3 bilion sedangkan jumlah kehilangan RM62.2 bilion.

      “Jawapannya mudah! Mungkir Janji, Buat U-Turn, Ubah ke 0% GST dan akhir sekali bila semua pilihan yang ada tidak boleh tunaikan juga apa yang mereka nyatakan dalam manifesto… Menteri Kewangan yang baru, Joseph Lim Guan Eng kata …pengumuman bahawa GST akan dihapuskan adalah palsu.

      “Kepada kerajaan Tun Mahathir DAP, lain kali berfikir sebelum berjanji.

      "Bukan berjanji baru fikir macam mana nak tunaikan, Nasi sudah jadi bubur, terlajak perahu boleh berundur, terlajak janji merana pengundi,” tabahnya. -Utaranews.com

      Delete
    3. Rumah dah dtinggalkan..penghuni baru tentulh mau ka si cuci bro..
      Jgnlh kasi lari fokus..rakyat udah tentukan..PH memang struggling but doing their best to adjust..keadaan akn bertambah baik dlm 4 thn mendatang..umnobn ntah ada ntah tdak..namun nak dpt balik payah..mcai x perlulh sumbat cp yg lari jauh dr topic blog ini..hormat sikitlh bhai..lu pun patut ada rasa jiwa besar..betul x..

      Delete
  6. Itulah hardiey..lidah bercabang. Apa yg dia buat, tak lama dia sendiri menafikan. Buruk moral mulut tp masih dijadikan pemimpin parti suci. Dia ingat rakyat ni bodoh dan mudah lupa. Nasiblaa tun tu tak kesah mana, kalau aku..dh lama aku terajang hardi Syiah tu. Itupun haji tu tak tahu malu lg. Aku yakin, satu hari nanti sihaji lidah bcabang tu akan kembali memaki tun, bila tun tak sehaluan dgn apa yg dia nak.will see

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dia puak pakatun versi umno 2.0

      PAS DAN.HADI DAH MENANG SUDAH LA OIII

      NAK.MEREPET PULAK

      INI MASA UTK BINA NEGARA

      LURUSKAN SAF !!! AHLI MUNGE WOII

      JGN BAWAK PERANGAINPARTY LAMA KAU KE SINI UTK JADI UMNO 2.0


      INGAT PESAN NUAT TUUUU

      Delete
    2. Nak bina negaralah ni malaysiabaru tengkorak oii. Kau tak knal aku, jgn nk bahasakan aku mcm mcm. Aku dh lama ikuti komen2 kau, aku twngok kaulah macai membabbuta.

      Delete
    3. Apakah amalan Kroni Kapitalisme kembali dibawah kerajaan PH?


      Baru-baru ini, tokoh korporat hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing yang mendiamkan diri sejak 16 tahun lalu menarik perhatian apabila mengumumkan akan memulakan projek pembangunan bakal menelan berbilion ringgit di Langkawi.

      Projek Bandaraya Baharu Langkawi, yang dijangka bernilai kira-kira RM30 bilion itu akan dibangunkan di atas 81 hektar tanah yang ditebus guna di barat pulau tersebut, bakal dimulakan oleh oleh kumpulan syarikat Pek Khiing dalam waktu terdekat.

      Projek berkenaan melibatkan pembinaan kira-kira 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersial, kemudahan dermaga untuk kapal penumpang dan kapal layar serta kemudahan lain.

      Mengulas perkara itu, Felo Institut Pulau Pinang, Dr. Wong Chin Huat menyifatkan penganugerahan kontrak berbilion ringgit berkenaan seolah-olah akan kembalikan amalan kroni kapitalisme yang terjadi pada tahun 1980-an dan 1990-an.

      Chin Huat berkata, beliau sejak dulu menyatakan kebimbangan beliau secara terang-terangan dengan mengatakan perkembangan berkenaan sangat mengganggunya.

      “Ini bukan keputusan populis atau keputusan untuk jangka masa pendek, namun dengan meluluskan projek mega seumpama ini, kita lihat ianya menjurus kepada ciri kroni kapitalis antara tahun 1980-an sehingga 1990-an," kata beliau dalam laman media sosialnya.

      Meskipun beliau tidak langsung menyebut mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan berkenaan, tetapi umum dapat membuat kesimpulan bahawa ia terjadi semasa zaman pemerintahan Perdana Menteri keempat.

      Chin Huat yang juga penyokong tegar Pakatan Harapan berkata, rakyat juga perlu tuntut ketelusan dan tanggungjawab ekoran perkara ini.

      Catatan Chin Huat tersebut turut mendapat reaksi balas daripada pengguna laman sosial Facebook sehingga dikongsi 49 kali selain luahan yang senada dengan Chin Huat.

      Kebanyakan mereka juga merupakan penyokong kerajaan Pakatan Harapan yang turut sama menyatakan rasa bimbang jika undi mereka untuk kerajaan baharu itu tidak banyak membawa perubahan.

      Namun bagaimanapun, Mahathir yang Anggota Parlimen Langkawi dalam satu kenyataan turut mempertahankan keputusan tersebut dengan menyatakan mana-mana individu yang ada wang untuk dilaburkan di Pulau Langkawi adalah dialu-alukan.

      Kata Perdana Menteri itu, projek berkenaan akan dilaksanakankan di negeri Kedah dan hanya kerajaan di negeri Jelapang Padi itu mempunyai hak untuk meluluskan atau sebaliknya berkaitan projek itu.

      Untuk rekod, media pernah melaporkan Pek Khiing didakwa gagal menyiapkan empangan hidroelektrik Bakun di negeri Sarawak namun mendapat pula pampasan RM950 juta semasa 1990-an. - Utaranews.com

      Delete
  7. kenapa Pas menang di kelantan teganu ???


    sebab

    PENGARUH TUN TAK BOLEH PAKAI DI SANA

    RAKYAT KELATE YG ALIM.LAGI BIJAKSANA TAK.PECAYA KPD UMNO DAN WARIS WARIS UMNO SPT CAP MUNGE.. INI PESAN DAN LEGASI NIK AZIZ


    JGN PECAYA PUAK DARAH BIRU WALAU DIA BERTUKAR JADI MERAH MUNGE

    jangan pulak lantik org kalah dlm.kabinet... busyuuuk jadi nyer cabinet puak puak kalah PH niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pasal tu...perantau muda duduk kt k.lumpur, P.jaya, Shah Alam dan lain2 bandaraya tak rasa apa yg mak bapak dia kt kg rasa..sebab itu dorang undi PAS...

      Delete
    2. Bekukan projek mega, rakyat yang jadi mangsa


      Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan membatalkan dan membekukan beberapa projek yang sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan pimpinan Barisan nasional (BN) dilihat akan menjadikan rakyat negara ini sebagai mangsa terutamanya dalam aspek pembangunan luar bandar.

      Mengulas lanjut, Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap projek yang diluluskan oleh Kementerian Rakyat supaya turut diluluskan oleh kerajaan PH.

      Katanya, kerajaan PH perlu lebih terbuka dengan projek yang dilakukan untuk kepentingan rakyat bukannya hanya mementingkan politik semata-mata.

      “Mana-mana projek yang telah diluluskan untuk Kementerian rakyat, saya minta agar diteruskan. Jangan kerana bertukar kerajaan, rakyat yang menjadi mangsa, hanya kerana menteri dulu yang luluskan menteri sekarang batalkan. Sedangkan yang kita telah putuskan dan luluskan untuk kepentingan rakyat miskin.

      “Rumah PPRT, Jalan luar Bandar, jalan perkampungan orang asli dan sebagainya. Jangan jadikan mereka mangsa hanya kerana perbezaan fahaman dan politik.

      “Saya harap semua projek untuk kepentingan rakyat yang dah diluluskan perlu diteruskan kerana saya difahamkan semua projek yang diluluskan tetapi belum dilantik kontraktornya, ataupun belum dilaksanakan walaupun dah lantik kontraktor, telah dibekukan dan ada kemungkinan akan dibatalkan,” katanya.

      Menurutnya, sebagai bekas menteri pembangunan luar bandar, beliau bersedia untuk bekerjasama dan memberi pandangan sewajarnya demi kebaikan rakyat.

      “Sebelum ini juga ketika BN memerintah, pembangkang terbuka untuk menyatakan pandangan mereka yang mana baik kita terima. Saya harap ketika saya nanti begitu juga,” katanya. - utaranews.com

      Delete
    3. Malaysiabaru ...betulkah telahan yang kamu katakan itu bahawa rakyat Kelantan semuanya alim2 belaka .

      Menurut statistic , Kelantan mempunyai peratusan terbesar mengzahirkan anak luar nikah ( no offence to the kelantanese ).
      Bagitu juga dengan bilangan penagih dan penghidap HIV ..Kelantan telah mendahului .

      Delete
    4. Bro mb..lagakan jgn x lagakan..puak sebelah sana sedang hebat melaga2kan..
      Hahahahamusim laga..

      Delete
    5. Sbb PAS mengang di Kelante dan Trengganu ilah kerana MElayu2 sana tu masih anti Cina. Pada mangkok2 tu semua, daripada undi PH yg ada DAP cina baik undi PAS atau umno. Bodoh! Parti BN pun ada juga cina.
      AKu rasa yg bagi undi kat PAS sbb kelante terkenal dgn sifat (rasis kekitaan.kedaerahan dan anti cina yg kuat. Jdi watper nak bagi PH menang. Lagi satu melayu2 Kelante dan Trengganu termakan dgn dakyah PAS dan UMNO, klau undi PH, sama mcam undi cina DAP. Nanti cinta memerintah negara.
      So what i can say abt the dungus melayu Kelante dan Tregganung ialah (bukan semua melayu negeri2 tu) melayu ni masih otak "feudal" Theya re guillables...

      Delete
  8. Hadi dah kehilangan tempat bergantung...jadi kena jual muka kpd tun nak bodek bajet untuk kelantan dan terengganu..Pas bukan reti cari duit...

    Dulu tun ajak jatuhkan najib hadi jual mahal kerana percaya mustahil umno boleh di kalahkan...lobai hadi sendiri tiada keyakinan kerana telah di beli oleh najib...

    Lobai hadi juga nak jilat Dap...
    Lobai hadi dan pas tak boleh di percayai dan tak boleh di buat kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi pakai kopiah warna merah...tak pakai kopiah hijau...bijak jugak lobai ni..

      Delete
    2. Jangan mengganggu status Islam bagi orang Islam di kad pengenalan- Perkasa


      Cadangan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Miri,Dr Michael Teo Yu Keng meminta pemansuhan agama Islam daripada kad pengenalan memang mendapat perhatian ramai khususnya umat Islam.

      Pemansuhan itu disifatkan sebagai kurang ajar dan seperti sengaja mahu mencetuskan ancaman kepada agama Islam dan mencabul perlembagaan negara.

      Sehubungan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak mengganggu perpaduan nasional walaupun negera telah diperintah oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

      Timbalan Presidennya, Datuk Sirajudin Salleh memaklumkan, walaupun kerajaan telah bertukar tidak bermakna perlembagaan negara juga boleh ditukar.

      “Demi perpaduan nasional dan kelangsungan negara yang aman damai, Perkasa ingin mengingatkan pemimpin bukan bumiputera ini supaya sedar Malaysia adalah negara yang sama, cuma kerajaannya sahaja yang baharu.

      “Kenapa nak ganggu orang Islam? Label Islam di kad pengenalan hanya untuk mengenali orang Islam.

      “Kita beri amaran kepada individu atau organisasi bukan Islam supaya jangan mengganggu status Islam bagi orang Islam di kad pengenalan,” tegas beliau.

      Selain itu, Sirajudin turut menyindir golongan yang menyokong Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) kerana begitu gembira menyambut kemenangan kerajaan baharu dalam PRU14 baru-baru ini seolah-olah kerajaan baharu menyokong mereka.

      Jelasnya, adalah sangat menyedihkan jika kerajaan baharu mengikut segala cadangan dan menyokong kumpulan LGBT yang jelas bertentang dengan Islam dan masyarakat.

      “Perkara dengan tegas tidak akan merestui kumpulan ini kerana sudah LGBT adalah kumpulan manusia songsang yang akan memporakperandakan hidup berkeluarga dan bermasyarakat,” katanya. - utaranews.com

      Delete
  9. Hadi ketinggalan masa. Dia ingat ni jumpa najib kat putrajaya ... web .org lain dah ke pm rupanya.

    Demi kesipuan diteruskan juga jumpa tun.

    Patutnya hadi jumpa najib kat pasar ramadan.

    Tak lama lg walaun akan jerit pulak hidup tuuuun.

    Ni hidup bro. Najib is finished

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga daging dan tayar kereta meningkat menjelang Aidilfitri


      Bermula 1 Jun lalu, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus sudah pun dimansuhkan dan perkara ini sepatutnya memberi kesan akan penurunan harga barangan keperluan harian.

      Tetapi, menerusi tinjauan di pasar harga daging lembu dan kambing segar tetap meningkat sejak bermulanya ibadah puasa Ramadan berbanding hari biasa.

      Fenomena ini dilihat berlaku hampir setiap tahun dan seperti tiada penyelesaian dan kebanyakkan pengguna akan merungut apabila terpaksa menghadapi kenaikan harga barang sehingga ada yang melebihi 40 peratus berbanding harga sebelum ini.

      Terdapat peniaga yang menaikkan harga daging lembu tempatan antara RM36 sekilogram berbanding RM35 sekilogram sebelum ini. Manakala, harga daging kambing naik RM28 sekilogram berbanding RM26.90sekilogram. Sementara itu, harga ikan kembung pula naik 10 sen daripada RM15.90 kepada RM16.

      Segelintir peniaga akan memberi alasan terpaksa menaikkan harga kerana pembekal telah menaikkan harga daging, permintaan tinggi pelanggan dan bekalan harga lembu hidup mahal.

      Dalam pada itu, barangan lain yang turut menunjukkan peningkatan adalah tayar kereta jenis Dunlop yang dijual pada harga RM185 berbanding RM175 sebelum ini.

      Kedua-dua barangan ini didapati naik harga kerana antara barang yang mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang musim perayaan.

      Sementara itu, pengguna dinasihatkan untuk menjadi pengguna bijak dan membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui tentang kenaikan harga barang yang mendadak.

      Pengguna juga disarankan untuk membuat perbandingan harga dan membuat persediaan awal untuk mengelakkan membeli barang pada saat akhir menjelang hari raya Aidilfitri yang dijangka akan berlaku kenaikan harga barangan mentah secara mendadak. - utaranews.com

      Delete
  10. nglish
    Bahasa
    中文
    Daftar
    Log Masuk
    The Malaysian Insight
    Editorial Seksyen
    Komen Daim petanda untuk gabenor Bank Negara
    The Malaysian Insight
    The Malaysian Insight
    Dikemaskini 13 jam yang lalu · Diterbitkan pada 4 Jun 2018 7:00AM · 1 komen
    Lagi
    Komen Daim petanda untuk gabenor Bank Negara
    Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim berulang kali mengatakan urus niaga jual beli tanah bernilai RM2 bilion dilakukan bank pusat dengan kerajaan adalah tulus. Tetapi, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin berpandangan sebaliknya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2018.

    GABENOR Bank Negara Muhammad Ibrahim sepatutnya gementar. Sangat-sangat gementar.

    Sebabnya: komen Daim Zainuddin jelas membayangkan kerajaan baru Pakatan Harapan percaya ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan keputusan bank pusat itu membayar RM2 bilion untuk sebidang tanah milik kerajaan.

    Urus niaga yang diselesaikan tergesa-gesa itu adalah untuk membantu pentadbiran Najib melangsaikan hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

    Dalam satu wawancara dengan Straits Times, Daim berkata: "Ada alasan untuk mempersoalkan bagaimana cepat, rapi dan apa sebabnya urus niaga itu dibuat."


    "Pembelian tanah itu contoh yang baik kenapa kebebasan BNM, proses urus tadbir dan pelantikan ketua institusi yang kritikal sangat mustahak bagi pentadbiran sekarang."

    Kata-kata Daim itu bersengat, dan petanda suatu alamat.

    Bukan saja Daim adalah pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan tetapi lebih penting lagi, seperti yang disebut akhbar Singapura, beliau duduk dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama dua jam selepas makan malam, hampir setiap hari. Mereka duduk berbincang tentang pelbagai masalah dan cabaran yang diwarisi daripada pentadbiran Najib.

    Pertemuan itu selalunya berakhir dengan pesan Dr Mahathir kepada Daim untuk "selesaikan itu dan ini".

    Lama-kelamaan, semakin jelas pada Daim dan yang lain-lain dalam kelompok terdekat Dr Mahathir bahawa satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam salah guna dana awam dan urus niaga yang mencurigakan.

    Hanya dengan berbuat demikian, mereka yakin kerajaan baru ini akan dapat menanam rasa takut untuk menyeleweng pada pegawai kerajaan di semua peringkat.

    Muhammad Ibrahim mempertahankan dalam beberapa kenyataan medianya bahawa pembelian tanah RM2 bilion itu menguntungkan.

    "Ia dibeli pada harga pasaran dan menguntungkan," katanya.

    Urus niaga yang menguntungkan ialah apabila kedua-dua pembeli dan penjual bertindak atas kepentingan masing-masing dan bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak.

    Masalah dengan Gabenor BNM ini ialah senang untuk mengeluarkan kenyataan media.

    Tetapi lain pula pandangan Daim dan Majlis Penasihat Kerajaan, terutamanya apabila bekas menteri kewangan itu berkata ada sebab untuk mempersoalkan bagaimana cepat, rapi dan apa sebabnya urus niaga itu dibuat.

    Muhammad Ibrahim wajar rasa gementar. – 4 Jun, 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabenor bank negara ni seorg lagi suku sakat najib bugis yg bakal panas bontot....

      Delete
    2. Guan Eng jangan main politik dengan status kewangan negara


      Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung hutang negara yang didakwa Pakatan Harapan mencecah RM1 trilion hanya bermotifkan politik dengan menyebut pelbagai angka yang tidak tepat, kata mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

      Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, berkata Setiausaha Agung DAP itu hanya bertindak mengelirukan rakyat tanpa memberikan penjelasan secara terperinci berkaitan hutang tersebut.

      Beliau berkata, Menteri Kewangan itu mengkritik pasaran kewangan dengan mendakwa hutang negara mencecah RM1 trilion tanpa memberikan sebarang butiran.

      “Namun, selepas pelbagai pihak termasuk saya sendiri mempersoalkan, beliau menjelaskan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita,” kata Najib melalui di laman media sosial Facebook beliau.

      Najib berkata, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga terus menegaskan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) yang dibatalkan kini bernilai RM110 bilion meskipun Singapura dan Malaysia sebelum ini menganggarkan ia akan menelan kos maksimum RM72 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

      “Beliau (Guan Eng) mendakwa, angka inflasinya RM110 bilion termasuk kos faedah.

      "Bagaimana angka ini dipetik kerana ia tidak jelas sebagai tender antarabangsa yang memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mencadangkan pakej pembiayaan mereka hanya ditutup pada Disember 2018," soal bekas Presiden UMNO itu

      Tambah beliau, Guan Eng tidak mempedulikan permintaan banyak pihak bagi mendedahkan kajian perlaksanaan dan ekonomi untuk projek berkenaan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

      “Bagi kepentingan ketelusan, laporan ini harus didedahkan kepada orang ramai untuk menentukan sama ada kepentingan terbaik Malaysia disampaikan dengan membatalkan projek tersebut," katanya. - Utaranews.com
      Share This

      Delete
  11. Bagaimana kita hendak maju kehadapan
    Sekiranya hal AG pun tak boleh dapat keputusan
    Rakyat pula seperti tuah dan jebat lagaknya berlawan
    Semuanya punya sebab tersendiri, jelasnya akan perbezaan..

    Bukankah semua orang dah nampak
    Kuasa rakyat memberi impak
    Siapa yang seleweng tak boleh berlagak
    Pasti akan dijatuhkan rakyat akan dipijak..

    Jadi janganlah risau siapa yang dipilih
    Tak mungkin berani melakukan yang alih alih
    Berilah peluang kepada negara untuk dipulih
    Pelaku kes 1mdb sekarang ketawa terkikih kikih..

    Sokongan semua pihak amat siperlukan
    Baik yang marhaen mahupun bangsawan
    Kebejatan yang berlaku mesti diperbetulkan
    Masa depan rakyat dan negara jadi keutamaan..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas Kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pemerintahan negara kira-kira tiga minggu lalu, banyak perubahan yang berlaku dalam negara.

      Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengumumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan antara agensi yang akan dinilai kembali penubuhannya.

      Meskipun begitu, ahli kumpulan liberal G25, Tawfik Tun Dr Ismail menolak rancangan kerajaan untuk menilai kembali peranan agensi berkenaan. Sebaliknya beliau menggesa kerajaan agar JAKIM dibubarkan serta merta.

      Kata beliau yang merupakan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, JAKIM merupakan satu badan yang mubazir (redundant) sebagai badan agama.

      Beliau turut mempersoalkan sama ada usaha untuk menyelamatkan JAKIM sebenarnya usaha untuk menjaga air muka Perdana Menteri.

      “Mahathir tidak mahu mengaku bahawa penubuhan JAKIM adalah salah dan ianya dilakukan hanya semata-mata untuk meletakkan dirinya sebagai lebih Islam daripada PAS," dakwanya.

      Tawfik berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kerajaan berhubung pelantikan sebuah jawatankuasa demi menentukan nasib JAKIM, samada untuk mengekalkan peranan sekarang atau mengembalikan jabatan berkenaan kepada peranan asalnya.

      Selain itu, beliau turut mendakwa JAKIM telah melebihi peranan asalnya dan mungkin perkara ini menjadi sebab kepada tindak tanduk kontroversi jabatan berkenaan dan lain-lain badan agama yang mengikut jejak langkahnya.

      Katanya, ada isu-isu merepek seperti isu hot dog dan root beer serta tindakan terhadap kedai buku Border, selain tindakan memalukan Mustafa Akyol

      Tawfik dikenali kerana sering mengkritik kewujudan JAKIM sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini, beliau juga pernah meminta JAKIM dimansuhkan.

      Beliau mendakwa sebelum adanya JAKIM, umat Islam bebas untuk mengamalkan Islam sebagaimana yang mereka mahu dan mereka bebas untuk melakukan apa pun sesuka hati.

      Kata ahli kumpulan liberal G25 itu, Malaysia sekarang dilanda Arabisasi, dan masyarakat sedang meninggalkan budaya Nusantara.

      Beliau juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, JAKIM sebenarnya tidak ada apa-apa tugas atau fungsi tertentu. - Utaranews.com
      Share This

      Delete
    2. Menolak pilihan rakyat.sama2 kita tunggu kesudahan isu ini...hurmmmm

      Delete
  12. 'M'sia Baharu' Belum Berubah Kata Siti Kasim Bila Temubual Dengannya Batal..


    KUALA LUMPUR 4 Jun - Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim sepatutnya menghadiri program temubual di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini.
    Walau bagaimanapun, temubual yang bertajuk ‘Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan semula’ itu dibatalkan pada saat-saat akhir hingga menyebabkan Siti Kasim mempertikaikan tindakan tersebut.
    Siti Kasim yang juga aktivis hak asasi manusia berkata, istilah ‘Malaysia Baharu’ yang diraikan pelbagai pihak di negara ini disifatkan masih belum berubah.
    “Suara-suara progresif masih perlu mencari kaedah lain untuk didengari.
    “Saya tidak akan berdiam, tuan-tuan dan puan-puan. Saya akan sentiasa menjadi suara kamu dan kepada sesiapa yang didakwa,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.
    Dalam masa sama, Siti Kasim turut mempersoalkan sama ada Barisan Nasional (BN) masih mengawal agensi berita kerajaan itu.
    Katanya, beliau betul-betul tidak tahu siapa yang menarik balik temubual yang sepatutnya dikendalikan oleh Teshmina Kaoosji itu.
    “Ini adalah cabaran yang masih perlu dihadapi. Saya fikir individu atau beberapa individu cukup tinggi dalam rantaian arahan sama ada di Bernama atau di Kementerian Komunikasi dan Multimedia - kebebasan editorial dihalang,” katanya.
    Sementara itu, Siti Kasim turut berkongsi beberapa status Penolong Pengurus Bernama, Iwan Reaz Ridzuan Ghazali yang tidak setuju dengan temubual tersebut. - UTUSAN ONLINE.

    ReplyDelete
  13. Mengapa Lim Guan Eng Menipu?

    Semasa menjawab soalan wartawan pada sidang media bertarikh 31 Mei lalu, Lim Guan Eng telah berbohong dengan mendakwa bahawa peruntukan bonus Aidilfitri sebanyak RM500 untuk kakitangan awam dan RM250 untuk pesara kerajaan tidak disebutkan dalam Bajet 2018. Beliau bahkan menyatakan bahawa bonus RM400 untuk kakitangan gred 41 ke bawah sahaja dan RM200 yang ditetapkan kerajaan Pakatan perlu dibentangkan nanti di persidangan parlimen akan datang sebagai perbelanjaan tambahan melalui Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan.

    "Yang ini bukanlah dalam bajet 2018, kita pun dah semak. Itulah sebabnya kita perlu buat Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan". "Yang RM400 pun kena pohon tambahan".

    Apakah Guan Eng sengaja berbohong walhal pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat disiarkan di kaca TV dan begitu banyak rakaman dan liputan berita di Internet dengan ucapan bekas Perdana Menteri menyatakan dengan jelas peruntukan RM500 dan RM250 itu yang akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan menjelang Hari Raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rang Undang Undang Perbekalan 2018 bahkan telahpun dibentangkan di Dewan Negara oleh bekas Menteri Kewangan ke 2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dibahaskan selama lima hari bermula 4 Dis 2017 dan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara, kemudiannya diwartakan sebagai Akta Perbekalan 2018. Mengapa Guan Eng berbohong dengan fakta yang boleh dicari dengan mudah di Internet ini?

      Apakah Guan tidak tahu bahawa Jabatan Akauntan Negara telahpun mengeluarkan surat pekeliling Bilangan 5 Tahun 2017 yang disiarkan bulan Disember tahun lalu, yang boleh diakses melalui laman web rasmi ANM ini?

      https://www.google.com/url…

      Tidak syak lagi Menteri Kewangan yang sedang dibicarakan di mahkamah atas DUA pertuduhan rasuah itu telah berbohong kepada seluruh kakitangan awam dan pesara kerajaan!

      Di dalam pekeliling JANM bil ke 5 bukan sahaja menyatakan dengan jelas jumlah RM500 untuk SEMUA kakitangan awam dan RM250 untuk pesara seperti yang termaktub di dalam Akta Perbekalan 2018 itu, bahkan telah ditetapkan tarikh pembayaran iaitu pada, 7 Jun 2018, kaedah pembayaran, dan kod urusniaga.

      Pernyataan Guan Eng bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat untuk bayaran RM400 yang hanya akan diberikan kepada kakitangan gred 41 dan ke bawah itu sahaja adalah pembohongan yang melampau terhadap kakitangan awam kerana jelas dinyatakan dalam pekeliling bahawa peruntukan tambahan perlu dibuat sekiranya peruntukan tahun 2018 TIDAK MENCUKUPI, bukannya untuk memberikan bonus tersebut.

      Di bawah perkara 3.2 dinyatakan:

      Kementerian/Jabatan hendaklah membayar Bayaran Khas Tahun 2018 menggunakan peruntukan tahun 2018. Sekiranya peruntukan ini tidak mencukupi, permohonan peruntukan tambahan hendaklah dibuat kepada Perbendaharaan.

      Delete
    2. Mengapakah wang yang telahpun disediakan peruntukannya sebanyak RM500 seorang itu "dicuri" RM100 dari setiap seorang kakitangan kerajaan dari yang bergaji RM1200 sebulan sehingga yang bergred 41 yang mana gaji minimumnya dalam lingkungan RM2100 itu? Manakala untuk kakitangan yang bergaji RM3600 (gred 44) dan ke atas di ambil keseluruhan bonus RM500 yang telah diperuntukkan untuk mereka untuk tujuan apa? Tidak cukup dengan itu, peruntukan RM250 untuk setiap pesara kerajaan juga dirampas RM50 setiap seorang oleh pihak kerajaan hari ini untuk apa? Apakah kerajaan tidak peka akan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi?

      Di dalam sidang media itu juga Guan Eng berulang ulang kali menyebut hutang kerajaan yang kononnya disembunyikan selama ini berjumlah RM1 trilion, dan alasan inilah yang telah digunakan olehnya untuk menjustifikasikan segala potongan terhadap bonus, pembatalan projek, penangguhan janji pilihanraya dan sebagainya. Sungguh malang apabila ramai yang percaya bahawa jumlah RM1 trillion itu adalah jumlah hutang kerajaan, walhal ia telah dicampur dengan liabiliti kerajaan seperti PPP, lease payment dan jaminan kerajaan yang tidak pernahpun dikira sebagai hutang kerajaan oleh mana mana negara di dunia ini dan juga agensi agensi kewangan antarabangsa. Bahkan Lim Guan Eng sendiri semasa menjadi Ketua Menteri mengisytiharkan Pulau Pinang memiliki 0% hutang sedangkan apa yang sebenarnya terjadi ialah kerajaan pusat menukarkan hutang aset air Pulau Pinang sebanyak RM655 juta kepada LEASE PAYMENT sebanyak RM14.55 juta setahun selama 45 tahun. Mengapa dia menggunakan definisi hutang yang berlainan kini untuk kerajaan Malaysia? Jumlah liabiliti dan jaminan kerajaan juga sebenarnya telah lama disiarkan oleh Bank Negara malah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di laman web Bank Negara. Ini juga telah disahkan sendiri oleh Tan Sri Zeti. Selain soal hutang, apa yang perlu juga dilihat ialah kemampuan kerajaan untuk membayar hutang, dan kerajaan sebenarnya terbukti mampu membayar hutang yang perlu dibayar, iaitu hanya 12% dari jumlah pendapatan negara.

      Persoalannya mengapa Menteri Kewangan berbohong soal hutang 1 trillion, diulangi dari masa ke semasa? Mengapa berbohong soal bonus kakitangan awam dan pesara malah mengambil wang yang telah diperuntukkan untuk mereka? Dan mengapa ramai yang berdiam diri?

      - Faiq Khalifa

      Delete
    3. Bajet tak cukup...najib hutang banyak sangat...

      Delete
  14. Mahathir says the ECRL project contract is strange

    The Edge Malaysia Monday 4th. June 2018

    Money from the RM55 billion loan given out by a Chinese bank for Malaysia to build the East Coast Railway Line (ECRL) is being kept abroad, paid to the Chinese construction company in China.

    This is not the normal way it is done, whereby the loan would have been drawn down in Malaysia and paid to the foreign company’s local subsidiary since the project is in Malaysia.

    This unusual arrangement was disclosed by Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during an interview with The Edge (see Cover Story on Pages 70 to 73).

    “That [ECRL] contract is strange,” says Mahathir. “The contractor must be from China and the lending is from China. And the money is not supposed to come here but [kept abroad] to pay the contractor in China.”

    The contractor for the ECRL is state-owned China Communications Construction Co Ltd (CCCC) and the loan is from the Export and Import Bank of China (Exim).

    Mahathir added that the payments to CCCC are not on the basis of work done but according to a pre-determined timetable, which is also not normal.

    He confirmed that there are suspicions that some money paid for the ECRL was to be used to retire 1Malaysia Development Bhd’s debts and to buy certain companies, and that his government intends to review and renegotiate the terms of the project with the various Chinese parties.

    Sources say the ECRL can be built for under RM40 billion but the contract was inflated to RM60 billion (now expected to cost as much as RM70 billion) when it was signed in 2016.

    They allege that the extra RM20 billion was to be used to help 1MDB meet some of its debt obligations and for the purchase of two companies linked to Low Taek Jho, or Jho Low. The companies are Putrajaya Perdana Bhd and Loh & Loh Corp Bhd.

    According to a document sighted by The Edge, the RM60 billion contract sum was to be divided into three components:



    1. CCCC’s cost and profits

    The Chinese contractor’s building cost was estimated at RM27 billion and it was to make a profit of RM2.729 billion for a total of RM29.72 billion, which would make up about 49.5% of the contract sum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cont'd....

      2. The takeover of 1MDB’s assets and liabilities

      Under the proposal, CCCC was to appoint a non-related nominee company to acquire some of 1MDB’s assets. The assets to be taken over are a piece of land in Ayer Itam, Penang, valued at RM1.3 billion; a 100% stake in Brazen Sky Ltd, which owns Brazen Sky fund units that are supposedly worth US$940 million (RM3.76 billion); US$1.56 billion (RM6.24 billion) of 1MDB Global Investment Ltd fund units; and a 100% stake in 1MDB Energy Holdings Ltd.

      The sale of assets would help 1MDB offload US$3.5 billion bonds issued by 1MDB Energy Ltd (1MEL) and 1MDB Energy Langat Ltd (1MELL) to the nominee company. By doing that, the interest expenses of US$1.28 billion for seven years between 2016 and 2022 would be taken care of by the ECRL soft loan.

      By 2022, the nominee company would then redeem the two tranches of bond paper with the remaining cash from the Exim bank loan. The debt paper was issued for 1MDB to buy power generation assets between 2012 and 2014, and guaranteed by International Petroleum Investment Co (IPIC).

      The total sum of US$4.78 billion, or RM19.12 billion, to be spent for this component would make up nearly one third of the soft loan raised under the ECRL project.



      3. Purchase of stakes in Loh & Loh Corp and Putrajaya Perdana

      The document also said the nominee company of CCCC was also to buy a 90% stake in Loh & Loh Corp for US$244 million and a 70% stake in Putrajaya Perdana for US$71 million. A total of US$315 million, or RM1.26 billion, was to be spent on acquiring these two companies.

      It is not clear if the drawdown of the RM55 billion Exim Bank loan has happened according to the document sighted and only a thorough review by the new government under Mahathir will shed some light on the matter.

      Malaysia Rail Link Sdn Bhd, project owner of ECRL, had RM14.5 billion of debt directly guaranteed by the federal government as at end-2017.

      Delete
    2. Kontrak ECRL ini ibarat kontrak penyediaan tali gantung untuk rakyat Malaysia .

      Apa kata Geng Najib , Malaysiabaru ???

      Oh ya , di mana my great friend ..Mr. J ??

      Where is that idiot unknown ??

      Delete
    3. Kami berdiri teguh di belakang DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Raja raja Melayu.

      Untuk makluman semua, Peguam Negara Malaysia ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

      Bagaimana seorang Peguam Negara yang bukan Islam(walaupun layak dilantik) mampu menasihati YDPA dan PM berkaitan hal hal perundangan Islam di negara ini?

      Maka, dengan besar harapan saya pada malam yang mulia ini saya merayu agar kita semua sebagai rakyat yang waras boleh ambil perhatian.

      Perkara ini adalah sewajarnya diambil serious dan dititikberatkan oleh seluruh umat Islam yang prihatin dgn apa yg berlaku sekarang. Mereka mesti bersatu tanpa mengira fahaman politik termasuklah NGO Islam mesti bersatu...bukannya jadi ahli Bersatu beb !!!!!

      Delete
    4. A CONSTITUTIONAL crisis could be looming between the newly-elected Pakatan Harapan government and the Malay rulers over the appointment of the new attorney-general.

      More than 10 days ago, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad wrote to the Yang di-Pertuan Agong asking that he remove Apandi Ali as the A-G and replace him with top lawyer and constitutional expert Tommy Thomas, the unanimous choice of all PH leaders.

      Amanah, Bersatu, DAP, and PKR felt that the appointment of a respected legal name would be the right signal to send to Malaysians and the rest of the world that the new government was serious about reforming the country's institutions.

      Also, this appointment would ensure the presence of a skilled litigator in the chambers to handle all high-profile cases, including the prosecution of those involved in the 1MDB scandal.


      But that letter from Dr Mahathir to the King has not been acted on, leading to a standoff between the popularly-elected government and the palace.

      Instead, there have been messages relayed from the palace, seeking that PH drop its choice of Thomas.

      Dr Mahathir was asked to consider several candidates, including a former high court judge and a serving court of appeal judge.

      The Malaysian Insight understands that other Malay rulers have also supported the King's position, adamant that the A-G should be a Malay/Muslim.

      This impasse and possible constitutional crisis was alluded to by two noted bloggers close to PH.

      In a post titled "Another Crisis Brewing: Country is Not Out Of Danger Yet”, Syed Akbar Ali said that Dr Mahathir's choice for the A-G position was being blocked because he was not a Malay or Muslim.

      "There is nothing in the federal constitution which says that non-Malays and non-Muslims cannot be appointed as the attorney-general, " he noted, adding that cabinet and key civil service appointments were the sole discretion of the PM.

      Dr Mahathir and PH leaders have refused to back down. They still believe that Thomas is the best man for the job. The plan is to offer the 66-year-old a two-year contract as the A-G. He ‎wants to return to private practice after that.

      At the core of this standoff is the question: Should key appointments to the government be the purview of a popularly-elected prime minister, or must he bow to the wishes of a constitutional monarch?

      ‎Blogger Kadir Jasin noted that the federal constitution puts clear limits on the authority of a constitutional monarch.

      As for this notion that all key positions should be held by Malays, the former newspaper editor offered a scathing response.

      "What's the use of having Malays in high positions if that Malay is cruel, corrupt, and someone who collaborates with thieves and speculators?” he asked, adding that integrity was more important than race.

      Political observers said that the Malay rulers had no reason to worry about Malay rights being overlooked under a non-Malay A-G.

      The duty of looking after Malay interests and Islam can easily be ‎handed over to the Solicitor-General.

      Observers also warn that the Malay rulers should be careful because there is already a view among Malaysians that there was an unnecessary delay by the palace in swearing in Dr Mahathir as prime minister after GE14.

      Given the euphoria in the country and the reservoir of goodwill and affection Dr Mahathir has earned from ordinary Malaysians for saving the country from Najib Razak, ‎it is clear who they will support in this impasse

      Delete
    5. JANGAN SALAHKAN AGONG, KERAJAAN PH PERLU BERSIKAP SENSITIF
      rhg | June 3, 2018
      Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata, walaupun ramai pendokong dasar pentadbiran kerajaan hari ini berfikiran liberal namun mereka perlu adil kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Malaysia masih lagi terikat dengan tatasusila Perlembagaan.


      Oleh itu beliau meminta pendokong kerajaan PH sekarang ini supaya tidak menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya kerajaan PH perlu lebih sensitif.

      “Tommy yang terkenal dengan kes pembelaan Chin Peng, seorang komunis yang dibela oleh beliau melalui buku beliau sebagai pejuang kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Razlan, ada banyak lagi sebab kenapa Tommy tidak sepatutnya dicadangkan untuk jawatan Peguam Negara, namun Kerajaan memgambil risiko ini hanya kerana sengaja mahu mewujudkan polimik dalam negara demi mewujudkan sebuah negara liberal.

      
“Saya nasihatkan kerajaan untuk terus berpegang kepada prisip negara yang berpegang kepada Raja Perlembagaan, dan pilihlah Peguam Negara yang adil dan saksama untuk menasihat Kerajaan, bukannya seorang boleh di khuatiri peganganya terhadap perlembagaan dan kemungkinan akan membawa bahana terhadap keputusan kerajaan sekira pertembungan diantara isu agama,” katanya.

      Utusan

      Delete
    6. HELLO GENG NAJIB .

      KAMU TAK BERANI KAH NAK MEMBERI PANDANGAN DI ATAS ARTIKEL YANG SAYA PAPARKAN ITU .

      Delete
    7. Buat pak dini,

      Dah nama pun balaci najip

      Tarak teloq pun serupa najip jugak la dia tu

      Jangam harap dia nak jawab

      Sebab dia tau kopipes je

      Delete
    8. Pak diny...setakat ni kan projek ECRL tu masih berjalan seperti biasa..hari tu kan Duta China dah tegaskan pembinaan berjalan denagn lancar, dah mencapai 15%. Kerajaan PH dah berikan jaminan akan meneliti dengan lebih mendalam berkaitan feasibility projek tu. Malah Tun Daim pun menegaskan hubungan dua hala dalam semua bidang adalah penting bagi Msia dan China. Rakyat amat2 yakin projek ini akan diteruskan setelah dilakukan semakan semula terma2 serta syarat2nya agar mengujudkan win-win situation bagi kedua2 negara. Buat masa ini, Msia cannot effort to jeapordize kepentingannya dalam hubungan dengan super power spt China ni...Takkan lah Pak diny tak tau berapa banyak peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh projek tu setakat ni untuk rakyat Msia...kalau Pak ada masa, cuba tanya YB Kulasegaran, menteri sumber manusia PH yang baru tu..dia ada jawapannya Pak !!!!!

      Delete
    9. Memang Malaysia tidak bolih menggugat projek ini kerana dia di laksanakan olih syarikat milik kerajaan PRC.

      Apa yang ingin saya nyatakan adalah cara pelaksanaannya . Cuba kamu baca apa yang dinyatakan olih Tun Mahathir itu elok2 .

      There are so many vested interest forthcoming from the stupid project . From the pricing being blotted up by 20 billion in order to cover loses made by 1MDB up to the details of the agreement .

      Please don't tell me ,as intelligent as you , you don't understand the core subject of information ???

      Delete
  15. PEGUAM NEGARA
    rhg | June 4, 2018
    oleh Ab Jalil Backer

    1. Peguam Negara tidak perlu seorang pakar perlembagaan. Bukan beliau yang menentukan tafsiran undang-undang dan Perlembagaan. Tafsiran Perlembagaan dibuat oleh Mahkamah bukan Peguam Negara.

    2. Saya boleh namakan beberapa orang Islam yang layak menjadi Peguam Negara, malangnya Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau tidak lebih boneka DAP.

    3. Mahathir boleh sahaja mencalonkan, Kamarul Hisham Kamaruddin, bekas pendakwaraya yang sangat fasih english; atau Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

    4. Ada beberapa nama lagi yang boleh dipertimbangkan termasuklah Hakim Mahkamah Tinggi yang ada sekarang.

    5. Malangnya Mahathir bukan mahu mencari sesiapa yang paling hebat untuk menjadi Peguam Negara. Beliau hanya mengikut cakap DAP dan orang yang boleh memenuhi nafsu amarahnya terhadap golongan tertentu.

    6. Jika beliau pentingkan kredebiliti tentulah beliau tidak akan melantik Ghani Patail menyiasat kes 1MDB. Orang yang pernah beliau tuduh “menjual” Pulau Batu Putih kepada Singapura.

    Orang Melayu dan Islam di negara ini redha sajalah. 😂

    ReplyDelete
  16. CHINA: HILANG CERITA GADAI-GADAI NEGARA NI SEMUA DAH?
    Adamyan | June 4, 2018


    SEBELUM PRU14 yang lepas, bukan rahsia Datuk Seri Najib Tun Razak acap kali dituduh orang-orang Pakatan sebagai menggadaikan negara ini kepada China. Banyak projek bernilai tinggi hasil kerjasama dengan negara tersebut, disifatkan pembangkang pada ketika itu sebagai “menggadaikan negara”.
    Gambar di atas adalah diantara buktinya. Puak ini tak boleh nak beza antara pelaburan dan penggadaian.

    Begitu kuat propagandanya itu sehinggakan kemenangan tipis mereka dalam PRU14, dianggap sesetengah pihak sebagai satu kemenangan menyelamatkan negara ini dari kembali dijajah!! Itu yang dua tiga hari selepas PRU14, asyik dengan lagu-lagu patriotik saja di corong radio yang biasa menyiarkan lagu rock lama-lama.

    Tapi setelah mereka berkuasa, tidak ada apa mengenai kerjasama dengan China – yang dulu dikatakan sebagai menggadaikan negara ini, yang berubah. Betullah orang tua ada cakap sana sini projek (dengan China) akan dibatal tapi turut disebutkan, ia bergantung kepada rundingan dengan kerajaan China – taklah batal terus.

    Hari ini kita diberitahu oleh wakil Majlis Orang-Orang Tua pulak – yang tidak berperlembagaan, bahawa hubungan dengan China ini penting dan perlu dikendali dengan berhati-hati. Eh, ke situ pulak? Gadai ke tak gadai ni ceritanya?

    Kalau isunya “menggadaikan negara” seperti yang hebat dicanang sebelum PRU14 yang dulu, apa nak bincang-bincang, kasi batal sajalah kan? Atau maksudnya takdelah Najib nak gadai apa pun dulu tu ye tak? Itu yang boleh bincang-bincang lagi. Ini faham mudah sajalah.

    Yang hari tu penyokong-penyokong kata cubaan nak gadai negara tu apa cerita? Mana orang-orang tua ni semua untuk membetulkan salah tanggapan tersebut, ke sengaja dibiarkan untuk menjatuhkan kerajaan pada waktu itu? Jadi betullah apa Najib cakap, BN kalah sebab fitnah dan penyelewengan fakta – kerjasama dengan China dalam beberapa projek bernilai tinggi ini yang kononnya mengadaikan negara ini – adalah diantaranya?

    Setelah 10 janji dicapati, dalam hal konon negara digadai kepada China, nampak macam rakyat ditipu lagi.

    ReplyDelete
  17. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak pernah menukar dan campur tangan dalam pelantikan Gabenor Bank Negara adalah satu pembohongan. Malah kenyataan beliau bahawa langkah membenarkan Perdana Menteri melantik gabenor Bank Negara akan menyebabkan bank pusat tersebut tidak lagi bebas merupakan satu kenyataan nyanyuk.

    Dalam temu bual dengan Bloomberg yang dipetik oleh Malaysiakini.com, Mahathir dilaporkan berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik gabenor Bank Negara atas nasihat Perdana Menteri.

    Apakah ini bukan campur tangan politik? Jika pentadbiran kerajaan tidak boleh campur tangan dalam Bank Negara Malaysia siapa yang menentukan polisi kewangan negara, Kerajaan atau Bank Negara secara terasing?

    Menurut Mahathir lagi, pada hari beliau mahu melaksanakan kawalan mata wang, gabenor bank pusat dan timbalannya, ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.

    “Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang ‘ketiga’, iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor.

    Mungkin Mahathir lupa bahawa pada 1998 selepas beberapa ketika Tan Sri Zeti Akhtar menjadi Pemangku Gabenor Bank Negara, beliau membawa masuk sekutu kuatnya, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, sebagai Gabenor Bank Negara pada 1998 sehingga 2000. Zeti hanya dilantik sebagai Timbalan sahaja.

    Mahathir mungkin boleh membohongi sebahagian generasi muda yang malas membaca dan buta politik.

    Kita tidak menyatakan keputusan Mahathir salah atau tidak baik kepada negara.

    Sudah tentu kerajaan perlu campur tangan dalam pelantikan Gabenor Bank Negara kerana ia termaktub dalam Perlembagaan bahawa Yang Di Pertuan Agong melantik Gabenor Bank Negara atas nasihat Perdana Menteri.

    Yang kita kesalkan ialah Mahathir secara terang-terangan memberi maklumat yang salah kepada rakyat. Hanya orang terdekat dengan beliau boleh memberitahu kita apakah beliau seorang pembohong atau sudah “pelupa”.

    Apa yang kita mahu tunjukkan ialah dakwaan bahawa kerajaan MAHATHIR tidak campur tangan dalam urusan Bank Negara adalah satu pembohongan terang-terangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Catatan

      Memang benar Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak meletak jawatan mulai 1 September 1998. Sehari kemudian Timnbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.

      Tapi bukankah aneh perletakan jawatan serentak dua orang kanan Bank Negara ini berlaku pada hari yang sama kerajaan melaksanakan kawalan modal dan matawang? Bukankah ini jelas campur tangan kerajaan dalam Bank Pusat yang Mahathir cuba nafikan?

      Mahathir kata beliau tidak memecat Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Jadi mengapakah mereka meletak jawatan pada hari kerajaan mahu Bank Negara melaksanakan kawalan modal?

      Pada zaman Mahathir adalah perkara biasa kita melihat pemegang jawatan besar meletak jawatan secara tiba-tiba apabila tidak mengikut kehendak Mahathir.

      Delete

  18. Jika dahulu pembangkang (kini Kerajaan) amat marah apabila isteri Mantan Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor membuat 'cameo' di dalam urusan pentadbiran mahupun urusan tidak rasmi Kerajaan.

    Kini, suami Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim pula membuat perkara yang sama. Dulu mereka menyampah dengan DS Rosmah, sekarang mereka mendiamkan diri dengan tindakan sama oleh DS Anwar Ibrahim.

    Sekadar bertanya, apa jawatan DS Anwar di dalam Kerajaan? Setakat suami TPM tidak perlulah terlalu ke hadapan mengatasi isteri.

    DS Anwar perlu cepat-cepat meminta si isteri mengosongkan kerusi Parlimen Pandan bagi membolehkan beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen. Kali ini namanya Langkah Pandan pula.

    Ada juga pemberat kalau jawatan Ahli Parlimen jadi perantara, dari jawatan suami TPM. Malu parti PKR. DS Anwar BUKAN PM, TPM atau ahli kabinet Kerajaan.

    Namun beliau dilapor menghadap YDP Agong bagi selesaikan isu kerajaan berkaitan pelantikan bekas peguam kes banglo Lim Guan Eng sebagai peguam negara. Adakah PM atau TPM sudah tak mampu selesaikan krisis Kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adooiii doonia dah terbalik , dolu isteri Najib PM memacam depa kata skg laki jijah lebih sudu dari kuah alahaiii... depa sengap sunyi ..

      Dulu orang yang ngaku Top Dog dah jadi stupid dog dog.. Setakat 12 kerusi nak bengkeng dengan kerusi majority memang gila khinzirlah namernya..

      Nyawa di dihujung tanduk hayat pun dah nak abis akhirnya jadi anjing suruhan TopDog DAP

      "jangan mampos dulu" itu macai top dog yg cakap.

      kesian dihujung hayat usia tersisa dibazirkan untuk fitnah dosa akhirnya jadi anjing suruhan TopDog@DAP


      kesiannn..

      TopDog@DogDog...

      Delete
    2. Mak Badak dengan Anwar banyak perbedzaan lah .

      Selain suami TPM , dia adalah ketua umum parti pemerintah .

      Mak badak kerjanya asyik nyondol Najis je .

      Delete
  19. Tabung Harapan sama ke dengan Sumbangan Rakyat Korea Selatan?
    BY PEWARIS MELAYU | PUBLISHED 4.6.18
    Oleh : Mohd Syahir

    Ada yang samakan Tabung Harapan dengan usaha rakyat Korea Selatan menyumbang kepada kerajaan untuk membayar hutang mereka pada akhir 90-an.

    Ada banyak beza derma rakyat Korea Selatan semasa Krisis Kewangan Asia dengan Tabung Harapan yang dilancarkan Kerajaan Malaysia sekarang.

    Pertama, Korea Selatan berhutang dengan IMF sejumlah US$58 bilion semasa krisis kewangan Asia memuncak pada tahun 1997 yang mengakibatkan bank dan syarikat-syarikat bungkus, ratusan ribu rakyat kehilangan kerja, pelabur asing membawa keluar berpuluh bilion US Dollar sehingga ekonomi dan sistem kewangan lumpuh.

    Malaysia pula tidak pernah berhutang dengan IMF ataupun World Bank, 97% hutang kerajaan adalah dalam Ringgit Malaysia dan hanya 3% dalam matawang asing. Kerajaan Malaysia berhutang dengan rakyat Malaysia sendiri melalui institusi kewangan dan pencen seperti bank-bank, syarikat insurans, KWSP, KWAP dan Bank Negara. Ini bermakna menyumbang kepada Tabung Harapan untuk mengurangkan hutang negara bermakna anda membayar diri anda sendiri seperti yang saya terangkan di sini:

    https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10215848891273210

    Kedua, rakyat Korea Selatan menderma kepada kerajaan mereka emas bukannya duit. Ini kerana Korea Selatan berhutang kepada IMF dalam matawang US Dollar. Emas pula didagangkan di pasaran antarabangsa dalam US Dollar. Jadi sumbangan emas yang dibuat rakyat Korea Selatan pada waktu tersebut sedikit sebanyak membantu kerajaan mereka membayar semula hutang kepada IMF.

    Untuk Tabung Harapan, rakyat Malaysia menderma matawang Ringgit kepada kerajaan yang berhutang kepada rakyat Malaysia sendiri dan akhirnya duit itu kembali kepada rakyat melalui KWSP, KWAP, Bank Negara, bank-bank dan syarikat insurans. Apabila hutang diselesaikan, bon-bon kerajaan akan berkurang dan institusi-institusi ini akan terpaksa melabur di dalam aset yang lebih berisiko tinggi berbanding bon kerajaan.

    Menyamakan Tabung Harapan dengan usaha rakyat Korea Selatan membantu membayar hutang kepada IMF menunjukkan kejahilan rakyat Malaysia dalam memahami selok belok kewangan kerajaan dan sejarah ekonomi di Asia.

    Semangat patriotik rakyat Korea Selatan diarahkan kepada tujuan dan niat yang betul bebas daripada pengaruh propaganda politik. Tujuannya jelas, bayar hutang dalam matawang asing kepada IMF.

    Apa tujuan Tabung Harapan? Bayar hutang negara dalam matawang tempatan kepada rakyat Malaysia sendiri.

    Genius.

    Rujukan: How gold helped South Korea repay its debt - Business Insider:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng Najib yang tersiot ,

      Malaysia tidak pernah berhutang dengan IMF kerana kebijaksanaan Tun Mahathir . Itu kamu jangan lupa ya ......

      Delete
    2. Hutang dalam ato luar negara dan bunga hutang kena bayar...masalahnye mana ade bajet nak bayar...

      Najib bayar dgn cara kutip gst dan naikkan harga minyak dan hapuskan subsidi....laung kononnye gst dipulangksn kpd rakyat...

      Delete
  20. 100,000 peneroka Felda ‘mengemis’ duit raya
    Posted onMonday, June 4, 2018 -06-04 16:15:29'
    #MalaysiaMemilih #FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib

    Dulu tak minta pun dapat, sekarang terpaksa mengemis.

    Tradisi pemberian duit raya kepada semua peneroka seperti diamalkan kerajaan B­arisan Nasional (BN) amat diharap dapat diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan bagi membantu meringankan beban kewangan warga Felda untuk menyambut kedatangan 1 Syawal.

    Apatah lagi, pendapatan kira-kira 100,000 peneroka Felda di seluruh negara juga tidak menentu ketika ini akibat kejatuhan harga sawit dan getah antaranya akibat faktor cuaca.

    Peneroka Felda Jengka 22 di sini, Abd. Hamid Shafie, 60, berkata, pemberian duit raya kepada peneroka akan menunjukkan kerajaan sentiasa bersama warga Felda dalam apa juga keadaan sekali pun.

    “Perbelanjaan pasti lebih daripada biasa berikutan persediaan menyambut Syawal tidak lama lagi. Ketika ini, hasil sawit agak merosot berikutan kesan cuaca panas.

    “Tekanan semakin membimbangkan kerana harga sawit berada di bawah RM500 satu tan metrik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, UMNO dilaporkan sekali lagi mendesak Kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak menjadikan isu hutang negara sebanyak RM1 trilion sebagai alasan tidak memberikan bantuan hari raya kepada kumpulan yang se­ring mendapat manfaat itu daripada kerajaan terdahulu.

    Sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu, seramai 94,555 pe­neroka Felda di seluruh negara dilaporkan menerima insentif khas dan dividen Felda Global Ventures (FGV) sebanyak RM780 seorang dengan jumlah keseluruhan RM73.35 juta.

    Sementara itu, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerajaan Pakatan Harapan diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menonjolkan imej dan kredibiliti yang lebih baik.

    Beliau berkata, majoriti masyarakat tanah rancangan itu masih mengharapkan tradisi pemberian duit raya diteruskan kerana perbelanjaan mereka meningkat pada musim pe­rayaan.

    “Pemberian duit raya akan diingati oleh masyarakat peneroka kerana budaya orang Melayu sendiri sangat mengingati orang yang berbudi serta berjasa,” katanya ketika dihubungi.

    Dalam pada itu, Peneroka Felda Dahlia Jengka 3, Mat Nayan Putih, 72, pula berkata, pembe­rian duit raya membolehkan ketua isi rumah berbelanja lebih sebagai persiapan awal hari raya.

    “Masyarakat peneroka amat menghargai sumbangan duit raya bagi meringankan beban kami membuat persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 6, Saharuddin Lela, 60, turut berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat meneruskan tradisi pemberian duit raya kerana boleh membantu mengurangkan beban kewangan peneroka.

    “Pemberian duit raya adalah pendekatan mesra bagi membantu peneroka menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo pangkah PH boleh mintak..kalo pangkah BN mintak dgn geng najis laa...felda pon tak ade bajet...

      Delete
  21. Raja-Raja Melayu adakan perbincangan khas mengenai isu Peguam Negara pada Selasa
    Posted onMonday, June 4, 2018 -06-04 03:19:16'
    Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

    Syed Danial berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

    “Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan Peguam Negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

    Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan: “…Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

    Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

    Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.



    ReplyDelete
  22. Jasa Najib yang buat kafir laknat dan puak Islam liberal berjuang habis-habisan menjatuhkan beliau!!
    Posted onSunday, June 3, 2018 -06-03 15:27:24'
    Barisan Nasional bawah DS Najib Razak telah memperuntukkan

    1. RM80 juta untuk Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz,
    2. RM30 juta menaik taraf maahad tahfiz di seluruh negara.
    3. RM65,278,640.00 telah disalurkan kerajaan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) dan institusi tahfiz melalui dana Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang dikendalikan oleh Jakim.
    4. RM50 juta, latihan GiatMara untuk tahfiz berdaftar
    5. RM400 juta subsidi haji
    6. Gaji RM850 dan Elaun untuk 16,000 siak dan bilal
    7. Elaun 33,000 guru kafa iaitu RM900 sebulan.

    Sekarang dengan Guan Eng dan bini jaga MOF semua ini dah dimansuhkan atau digantungkan, iaitu diketika PKR dan DAP sedang mendesak Jakim dimansuhkan.

    Ini belum kita huraikan peruntukan lebih 3.5 bilion ringgit bagi inisiatif berkaitan dengan transformasi, subsidi dan pembangunan bumiputera.

    Adakah peruntukan untuk syiar islam dan bumiputera pada era pemerintahan Pakatan Harapan akan masih sama dengan zaman pemerintahan Dato’ Sri Najib dan Barisan Nasional?

    Sedangkan kita sudah Nampak satu persatu dimansuhkan dalam tempoh 20 hari Pakatan Harapan memerintah!

    ReplyDelete
  23. KL Seremban Express Way: Teresa Kok penipu besar mengenai pemansuhan tol!!
    Posted onSunday, June 3, 2018 -06-03 23:20:49'
    Belum 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, sudah pelbagai alasan yang diberikan kepada rakyat mengenai kesukaran menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto mereka.

    Dalam masa sama, PH juga dilihat cuba melakukan apa sahaja untuk mengambil kredit terhadap sesuatu perkara yang bukan merupakan usaha mereka.

    Di laman Facebook, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa cuba mengelirukan rakyat apabila mengakui bahawa pemansuhan tol di di jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway adalah salah satu janji yang ditunaikan PH.



    Kenyataan tersebut kemudiannya ditempelak Ahli Exco Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd. Yusoff yang mengingatkan orang ramai bahawa tol yang dihapuskan di lebuh raya berkenaan pada 1 Jun tempoh hari bukanlah hasil usaha kerajaan.

    Sebaliknya, bayaran tol dimansuhkan disebabkan oleh kontrak konsesi yang telah tamat pada jam 12 malam, 31 Mei lalu.

    “YB @teresakok, jangan claim sesuatu yang bukan usaha anda. Tol Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway dihapuskan bermula 1 Jun 2018 bukanlah jasa kerajaan PH.

    “Ia dihapuskan kerana kontrak konsesi tamat pada pukul 12 malam 31 Mei 2018,” ujar Nurul Islam di laman Twitter miliknya.

    Pada 31 Mei lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di kedua-dua jajaran lebuh raya itu bermula 1 Jun 2018 seiring dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, LLM berkata, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

    Penamatan tersebut memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari dan disebabkan itu juga, terdapat penyokong PH yang bertindak memuji kerajaan kerana dikatakan berjaya menunaikan janji.

    Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To, operasi tol yang bermula ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir bersama BN sememangnya tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

    “Kedua-dua konsesi itu yang berada di bawah syarikat ANIH Bhd. dan tidak pernah dilanjutkan tempoh konsesi oleh kerajaan BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Tun Razak

    “Justeru, penyokong kerajaan tak payah ‘perasan’. Mereka patut terus tuntut PH untuk menghapuskan segala tol di Malaysia seperti dijanjikan dalam manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan tempoh hari.

    Dalam pada itu, tindakan Teresa yang mendakwa bahawa pemansuhan tol berkenaan merupakan salah satu janji yang ditunaikan kerajaan PH ternyata tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya, sindrom ‘syok sendiri’ oleh pemimpin dan penyokong PH ini masih tidak boleh dibendung sejak kemenangan mengejut mereka pada PRU-14 yang lalu sedangkan masih banyak janji yang belum ditunaikan

      Delete
  24. Budaya kronisma dan nepotisme kembali di zaman pemerintahan Pakatan Harapan
    Posted onSunday, June 3, 2018 -06-03 14:36:45'
    Tindakan Tun Mahathir memberikan projek Langkawi New City yang bernilai RM30b kepada sahabat karib beliau iaitu Tan Sri Ting Pek Khiing adalah dilihat sebagai satu tindakan yang sangat gopoh dan apakah perlu Tun bertindak sedemikian ? Mengapakah Tan Sri Ting Pek Khiing begitu istimewa kerana baru dua puluh hari Pakatan Harapan memerintah, beliau sudah menerima projek begitu besar dari Tun Mahathir.

    Amalan kronisme dan nepotisme telah mula kembali di dalam negara kita. Apakah tindakan Tun ini telah mendapat persetujuan daripada pihak Kabinet atau ini adalah sikap kebiasaan Tun sebagai seorang diktator dan begitu biasa dari dulu membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan terlebih dahulu.

    Bagaimana pula dengan pemimpin serta Menteri daripada parti DAP serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ada di dalam kerajaan hanya mampu membisu dan melihat sahaja perkara ini sedangkan sebelum ni mereka begitu lantang mempertikai dan menentang amalan kronisme dan nepotisme serta agenda intergriti dan rasuah. Adakah kesemua mereka iaitu Menteri daripada DAP serta PKR sudah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya.

    Kini ternyata dan telah terbukti bahawa kesemua mereka seumpama lembu yang telah dicucuk hidungnya mengikut sahaja kehendak Tun Mahathir.

    Yang menjadi persoalan ialah bagaimanakah seorang pemaju seperti Tan Sri Ting Pek Khiing yang pernah gagal pada satu ketika dahulu di dalam Projek Empangan Bakun di Sarawak serta telah menimbulkan pelbagai isu boleh begitu senang diberikan satu projek besar yang bernilai billion ringgit tanpa ada sebarang tender dikeluarkan sekaligus menidakkan peluang kepada kontraktor Bumiputera, tidakkah ini melanggar pengumuman kerajaan bahawa tidak ada lagi projek ‘direct nego’ atau Pemberian projek khas tanpa ada sebarang perbincangan dan diluluskan oleh Menteri Kabinet.

    JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN
    DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
    Presiden
    JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek tu cepat2 diberi kepada kroni kerana dia takut bila DSAI naik PM nanti, dia dan kroni takkan mersas dapat projek besar macam tu... dah tentu dia kena cantas.. jadi sementara jadi PM ni lah, on the sport terus bagi pada tokey Bakun yg bankrap 30b..herannya tanpa open tender projek senang2 aje bagi kat kroninya..DSAI, Rafizi n the gang taknak komen ke???....Harta ismeth kutty diluar negara apa citer??? Tak nak suruh SPRM siasat juga ke ????

      Delete
    2. PROJEK KRONI KINI KEMBALI…
      INI NEGARA TUN YANG PUNYA…😂😂
      Dah lama tak dapat projek besar lagi mega… Kali ni kasi hentam kaw2.....buat bekalan anak beranak tujuh keturunan beb !!!!!

      Delete
    3. keh..keh..keh..... apasal salah undi PH hari tu.. ni la padahnya. Rakyat Msia yang waras nak ucapkan setinggi2 tahniah pada yang undi PH..anda secara tak langsung sedang menghidupkan kembali budaya kronisma sebijik masa zaman Tun M dulu tu..syabas..keep up the good work...👍

      Delete
    4. CINA NI BANYAK DERMA MASA PILIHARAYA KAT PH……NAK BALAS BUDI BALIK KENA LA BAGI PROJECT MACAM TU…….TUN M DENGAN KRONI KKAN BERPISAH TIADA. BERI KAT KRONI2 ADA PERSEN MASYUKKKK BHAI !!!!!!!

      Delete
    5. Rakyat tengok dah macam tagline iklan TRIVAGO pulak… “penyamun yang sama.. kroni yang sama.. kenapa perlu bayar lebih..?”

      Delete
    6. Sememangnya Cina banyak derma kat UMNO/BN sampaikan bendera dacing , t~shirt , kain rentang pada PRU 14 semuanya pemberian dari Cina .

      Tak tahulah saya jika Geng Najib dengan Dato Sawandin tutup mata atau buat2 tak Nampak . Mana tidaknya , seluar dalam orang lain bocor , jelas dia Nampak . Sedangkan seluar dalam sendiri penuh lubang2 tak Nampak .

      Delete
    7. Geng najis ni kaki tenberang...kopipes dari blog temberang...

      Vina mana yg dapat projek mega?...ting phek khing dah umum batal...

      Delete
  25. YDPA Bukan Bodoh! Mengapa Kerajaan PH Masih Berkeras Pilih Tommy Thomas?


    Dalam hal pemilihan Tommy Thomas ini pada teknikaliti perlembagaan sememangnya tiada salah. Cuma jelas cacat dari sudut berhubung menasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dalam hal ehwal perundangan Islam.

    Nama yang diusul oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir ini telah ditolak oleh YDPA, Sultan Mohamad V. Mengikut perlembagaan perkara 145 (1) adalah dengan nasihat Perdana Menteri dalam melantik Peguam Negara (AG) dan Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Keywordnya adalah "NASIHAT".

    Bukan mendesak dan bukan mengarahkan YDPA untuk menerima bulat-bulat. Jika YDPA tiada hak untuk menafikan cadangan atau nasihat ini. Maka fungsi "check & balance" telah gagal di sini.

    Ya kita sedia maklum pengalaman puluhan tahun PM dalam urusan pentadbiran negara. Tapi jangan kita anggap YDPA tidak mampu memperolehi maklumat tentang calon AG yang tidak kredibel ini.

    Tugas YDPA bukan sekadar simbol!!
    Apa YDPA tiada akses kepada maklumat-maklumat berikut:
    Sultan Tiada Kuasa - http://www.malaysia-today.net/2014/02/01/sultan-does-not-have-the-power-say-tommy-thomas/
    Malaysia bukan negara Islam - http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=2020
    Mempertikai keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah - https://www.malaymail.com/s/549797/the-allah-decision-is-wrong-in-constitutional-law-tommy-thomas
    Tak guna tukar undang-undang selagi belum menang - http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/12/lawyer-useless-to-amend-bad-laws-now/
    Apakah Kerajaan PH fikir, YDPA tiada maklumat tentang calon AG yang mempertikaikan kuasa Sultan, mempertikaikan mahkamah syariah, rukunegara, kedudukan agama Islam dan isu kalimah Allah sebelum ini? Bukankah jelas mudarat besar jika perlantikkan diperkenan!

    Apa kerajaan PH fikir, YDPA tidak tahu bahawa calon AG ini juga adalah peguambela bagi pihak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam perbicaraan kes rumah banglo murah? Bukankah ini ketara conflict of interest.

    Tindakan keras kepala Kerajaan PH kali ini seolah merendah-rendahkan kedudukan YDPA yang memainkan peranan penting dalam check and balance.

    Gambar bawah pula terdapat beberapa maklumat tambahan yang sedang viral tentang calon AG ini. Apakah YDPA perlu ambil masa lama untuk crosscheck maklumat berikut? Sudah tentu tidak! Apa kerajaan PH tidak boleh fikir tentang semua ini?




    Bila semua maklumat sudah ditentusahkan. YDPA sudah pasti akan menilai berdasarkan mudarat besar yang bakal diterima. Kita sudah nampak ancaman pada isi rumah. Adakah kita akan menjemput masuk ancaman tersebut?
    Kita TOLAK!!

    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade ker perundangan islam di malaysia?...bawah AG sde peguam islam..

      Delete
  26. Rakyat Dirasuah Tayangan Piala Dunia! Tutup Kegagalan Laksana 10 Janji 100 Hari!!


    Pengundi ditipu bulat-bulat Pilihanraya kali ini. Sekarang pengundi mula sedar helah kerajaan PH lakukan dalam melengah-lengah perlaksanaan manifesto serta mencari seribu satu alasan bagi mengalih fokus rakyat jauh-jauh dari manifesto mereka.

    Sejurus menang PRU, perkara pertama dilakukan adalah dengan melakukan serangan politik terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melakukan serbuan dan rampasan barangan peribadi sehingga kasut dan pakaian cucu beliau juga dirampas.

    Seminggu berkuasa, wacana berita yang terpampang di dada akhbar dan televisyen adalah berkisar isu serbuan dan rampasan yang dikaitkan dengan mantan PM, isu 1MDB dan isu hutang negara. Ulang siar tiga isu ini, berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap manifesto mereka.

    Tidak semena-mena, Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah mengumumkan 50% manifesto sudah terlaksana!? Apa penanda aras mengukur kejayaan 50% ini?


    Mansuh GST - Zero rated tidak dikira mansuh. Itu ubah peratusan. Bermakna beberapa bulan negara kehilangan hampir RM10billion pendapatan cukai
    Menyiasat skandal besar- Isu Forex dan Terowong dibakulsampahkan
    Kaji Projek Mega - Batal Projek manfaat rakyat seperti MRT3, HSR. Tapi luluskan projek kondo mewah 30billion di Langkawi
    KWSP untuk suri rumah - Mereka janjikan tapi dicilok dari gaji suami? Bagaimana dengan nasib ibu tunggal.
    Tangguh Bayaran PTPTN - Terpaksa ditariksemula kerana baru sedar implikasi laksana penangguhan ini
    Hapus hutang peneroka Felda - Belum Laksana.
    Subsidi Petrol Bersasar - Mekanisme dicadangkan menggalakkan manipulasi. Maka mekanisme apung mingguan dikekalkan.
    Skim Peduli Sihat - Bertindan dengan skim dan bantuan kesihatan sedia ada. Dilihat tiada keperluan.
    Kembali status Sabah & Sarawak - tiada apa usaha dilakukan setakat ini.
    Samaratakan gaji minimum cth:RM1500 - Teragak-agak.

    Jika melihat kepada semua manifesto ini, tiada satu pun berjaya dilaksanakan! Sekali lagi Kerajaan PH menipu rakyat dengan angka 50% kejayaan.

    Mereka sedar, bahawa mereka telah menjanjikan manifesto populis umpanan beracun yang telah berjaya memancing undi PRU lepas. Jelas mereka tidak menjangkakan kemenangan ini.

    Kesudahannya, pelbagai sandiwara terpaksa dimainkan supaya rakyat tidak menuntut atau marah dengan manifesto yang mereka sudah nilaikan semula sebagai suatu yang mustahil dilaksanakan.

    Har ini semua barisan kepimpinan kerajaan PH mula menyuarakan bahawa 10 janji tidak dapat ditunaikan dalam 100hari. Sebagai langkah damage control, rakyat disuapkan pula dengan rasuah tayangan percuma Piala Dunia 2018

    ReplyDelete
  27. Mansuh Tol atau Tamat Tempoh Konsesi? Jangan Tertipu!


    Semalam lagi sudah hebah di laman facebook kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tentang penamatan tempoh konsesi tol di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway.

    Kata kunci disini adalah "PENAMATAN TEMPOH".

    Agak pelik mengapa pro kerajaan PH gagal memahami kenyataan rasmi LLM ini. Ramai pula bersorak kerana telah mengandaikan Kerajaan PH telah berjaya tunaikan janji mansuhkan tol.

    Mereka berulang menafikan kebenaran seperti mana mereka gagal memahami definisi jumlah sebenar hutang negara yakni RM680billion bukannya RM1trillion atau RM1.3trillion. Malangnya mereka tetap berpegang pada angka Trillion.

    Fakta disini, kontrak konsesi jajaran tersebut sememangnya sudah dijadual tamat pada 11.59pm 31 Mei 2018. Sebab itu tiada lagi tol dikutip bermula 12pagi 1 Jun.

    Projek jajaran ini mula beroperasi pada era Perdana Menteri Ke-4 dan kontrak terbabit tidak diperbaharui oleh Perdana Menteri ke-5 mahupun Perdana Menteri ke-6.

    Jadi tiada sebarang campur tangan kerajaan PH di sini. Hitam putihnya jelas, "tempoh konsesi tamat". Ini bermakna kerajaan PH masih belum memansuhkan sebarang Tol lebuhraya seperti dijanjikan dalam manifesto.

    Untuk pengetahuan kos mansuhkan atau ambil alih semua konsesi lebuhraya bertol menelan belanja yang sangat besar sehingga RM400 billion! (DI SINI).

    Memandangkan sumber pendapatan dari cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hilang kerana sudah zero rated. Apakah idea menyenaraikan IPO Petronas salah satu cara kerajaan PH langsaikan sebahagian kos ambil alih nanti? Tak mustahil!

    ReplyDelete
  28. Rakyat Dipukau Penipuan Hutang Negara


    Apa wayang yang sedang dimainkan oleh Kerajaan PH? Sejak menguasai Putrajaya tindak tanduk kerajaan tampak cuai, banyak kesilapan serta berlaku konflik kenyataaan antara pemimpin. Atau sebenarnya segala kesilapan kenyataan oleh perdana menteri dan menteri kewangan tentang hutang negara sengaja dibuat-buat.

    Kita semua ketawa tentang cacamarba kenyataan hutang negara oleh kerajaan. Pada mulanya RM600billion, selepas itu RM1trillion, kemudian kembali kepada angka RM600billion. Adakah mereka benar-benar tidak tahu tentang angka hutang serta definisi hutang negara?

    Kita boleh terus tertawakan mereka, tapi jangan kita lupa barisan pakar ekonomi, pakar kewangan, ahli perniagaan yang berada di belakang mereka. Apakah Tan Sri Zeti bekas gabenor bank negara tidak nasihat tentang definisi hutang negara sebenar? Apakah Jomo profesor ekonomi tidak jelas tentang situasi semasa ekonomi negara? Jadi...

    Mustahil mereka tidak tahu ratio hutang negara kini berbanding GDP adalah dalam 50.8%!




    Dari sini tergerak untuk meneliti semula perjalanan nilai ringgit, saham, harga minyak dan kenyataan berkaitan ekonomi selepas 9hb Mei. Kebiasaannya, mana-mana negara yang berlaku peralihan kuasa selepas pilihanraya akan berlaku panik pada pasaran saham. Bermakna kejatuhan saham adalah dijangka untuk beberapa minggu.

    Ini berikutan pelabur masih kabur tentang hala tuju dan dasar kerajaan baharu dalam memacu ekonomi negara. Dalam masa seminggu lebih RM2billion modal telah ditarik keluar pelabur. Kemerosotan ratus juta modal terus berlaku pada minggu berikutnya dan BSKL jatuh lebih 60 mata. Ekoran daripada itu kedudukan ringgit turut terjejas menghampiri RM4 bagi USD1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kecelaruan pasaran, kerajaan tampak bersahaja dan agak lembab dalam meyakinkan semula pelabur. Kesannya banyak saham-saham syarikat gergasi negara seperti perbankan dan petroleum mengalami kejatuhan. Seolah kejatuhan saham ini sengaja dibiarkan untuk satu tempoh beberapa minggu mendatang.

      Dalam pada itu, kerajaan terus melakukan beberapa kejutan lagi pada pasaran seperti usaha membatalkan projek-projek mega negara iaitu ECRL, HSR dan MRT3. Dengan alasan mengurangkan Hutang Negara. Kemudian mereka mengumumkan sesuatu pelik dengan membentuk Tabung Harapan, sekali lagi alasan kurangkan Hutang Negara diberikan. Ada gambaran negatif bila Tabung ini dibentuk. (perkara ini akan dihuraikan kemudian dan alasan Korea Selatan pernah lakukan adalah perbandingan yang tidak setara dengan situasi negara sekarang).

      Semua pengumuman ini telah menakutkan para pelabur dan aliran keluar modal terus berlaku. Sebelum itu kerajaan juga ada bercadang untuk menyenaraikan IPO Petronas bagi menjana RM150-200billion apabila 25% saham diniagakan. Cuba teka tujuan apa buat semua ni? Ya. kurangkan hutang negara!



      Rakyat pula bagai dipukau dengan alasan kerajaan mengenai Hutang Negara! Mereka mengangguk tanpa memahami situasi hutang negara dan definisi sebenarnya. Istilah ini sengaja digembar-gembur berulang kali sehingga rakyat mula percaya bahawa kerajaan tidak boleh laksana semua manifesto dalam 100 hari kerana hutang negara.

      Bukan sahaja rakyat, malah para pelabur juga turut terpedaya dengan mainan hutang negara ini dan bertindak membawa keluar modal. Tapi melihat kepada panik pasaran begini, apakah barisan pakar dibelakang kerajaan tidak menyuarakan kebimbangan? Atau sengaja membiarkan dan suatu langkah sulit lebih besar sedang diatur oleh mereka?

      Apakah barisan taikun-taikun bilionair dalam dan luar negara yang tiba-tiba muncul selepas PRU14 ada kene mengena dengan pengumuman rancangan menyenarai IPO Petronas! IPO Petronas merupakan saham mewah/mahal! Rakyat marhaen hanya mampu membeli jumlah kecil unit sahaja bila IPO ini disenaraikan.




      Siapa yang akan memborong majoriti unit nanti! Adakah kita akan membiarkan pegangan saham Petronas biar dikuasai oleh pelabur luar? Sudah pasti keutamaan kepada warga negara yakni taikun-taikun billionair disebut tadi.

      Kita lihat sejauh mana kerajaan pakatan akan terus bermain wayang manipulasi perihal Hutang Negara ini!

      Delete
  29. Sejarah Hitam Terukir Apabila Negara Majoriti Islam Diperintah Kerajaan Majoriti Bukan Islam


    Sudah menjangka perkara ini bakal berlaku. Bila melayu-Islam cuba ingatkan, kami dituduh rasis dan penghasut. Bila melayu-Islam cuba sedarkan, kami dituduh kolot dan cuba menakut-nakutkan.

    Walhal gerakan bukan Islam ini telah mula berlaku sejak beberapa PRU lalu. Lebih garang usaha mereka selepas tsunami pertama yang membawa kepada 5 negeri jatuh ke tangan pakatan. Bukan mempertikaikan kemenangan.

    Tapi bimbangkan akan matlamat kepimpinan bukan Islam dalam pakatan terutamanya dari DAP. Bimbang akan usaha mereka yang telah menerima sejumlah RM1.2billion dana serta latihan gerak saraf terus dari Israel. (Rujuk pendedahan bekas strategi DAP - Mohamed Razali)

    Bimbang akan penglibatan terus dari pihak evangelis gereja dari dalam dan luar negara. Dimana pihak gereja menyokong penuh pakatan bagi menumbangkan BN dengan apa jua strategi.

    Banyak sudah pendedahan tentang matlamat gereja dalam membawa negara majoriti Islam ini Ubah menjadi negara kristian. Anda sedar tidak perkataan "Ubah" sering dilaung-laungkan mereka sebagai isyarat arah tuju mereka.

    Selepas gerakan Ubah gagal. Mereka beralih kepada Harapan, dimana idea asal slogan ini adalah "Hope" yang dicadangkan sendiri oleh pemimpin kristian DAP. Namun perkataan "Harapan" digunakan kerana faktor psikologi bahasa yang lebih dekat dengan majoriti rakyat.

    Dengan kata "Harapan" inilah menjadi tunggangan mereka dalam usaha kononnya untuk menyelamatkan Malaysia?!

    Sebelum Harapan menjadi slogan dalam gerakan politik pakatan. Cubalah jejaki video-video dakwah dan ceramah gereja dalam dan luar tentang Malaysia. Anda akan perasan intipati tentang menyelamatkan Malaysia. Dari apa?

    Bagi yang mengikuti gerakan evangelis anda akan tahu bahawa bagi mereka, selagi ada yang bukan kristian maknanya perlu diselamatkan. Kini gerakan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

    Peringatan sudah disampaikan banyak kali tentang matlamat DAP disebalik pakatan. Suara sinis mengatakan tentang jumlah calon pakatan majoriti adalah Islam. DAP hanya bertanding jumlah kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang mereka tidak sedar adalah peratus kemenangan jumlah kerusi yang dipertandingkan DAP. Peratusannya tinggi berbanding komponen lain dalam pakatan. Setiap PRU konsisten berlaku pertambahan kerusi buat DAP.

      Bila perkara ini sudah terjadi, mereka mengatakan tetap ada wakil pemimpin Islam dalam kerajaan dan pemimpin utama masih Islam. Mereka sedar akan perkara ini. Tapi begitulah skrip yang keluar bagi menyedapkan perasaan mereka.

      Mereka tambah pula dengan skrip lain seperti hak istimewa melayu Islam sudah terpelihara dalam perlembagaan. Tidak boleh diubah. Yakin mereka.

      Mengiyakan dulu dakwaan mereka. Tapi mereka tak sedar walaupun perlembagaan tidak diubah. Polisi berkaitan tentang hak melayu dan Islam boleh diubah.

      Tidak sampai sebulan Pakatan memerintah kita sudah mula mendengar pelbagai desakan dan tindakan pro Pakatan menyentuh hal sensitif melayu dan Islam.

      Antaranya lebih 17,000 kakitangan ditamatkan. Ditambah pula angka-angka kakitangan bawah JASA dan SPAD diberhentikan. Lebih mengejutkan khidmat 3,600 guru yang mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dibuang oleh kerajaan pusat kini!

      Mereka yang diberhentikan ini pula majoritinya adalah melayu Islam! Rata-rata sudah berkeluarga dan miliki komitmen tinggi, tambahan semua berlaku saat tiba bulan Ramadhan dan bakal tibanya Syawal.

      Selain itu sudah timbul suara biadap mempertikaikan Institusi Istana. Ada dengan biadap mendesak mansuhkan agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kini mereka desak pula UiTM dibuka kepada bukan melayu!

      Melayu Islam yang menyokong pakatan nampak akan perkara ini. Namun tetap berdalih dengan pelbagai alasan. Malah ada pula yang merestui tindak tanduk bukan Islam menyentuh sensitiviti Islam dan melayu. Apa pemimpin utama Islam lakukan? Jawapan mereka adalah mempertimbangkan.

      Kita menafikan perkara ini mustahil berlaku sebelum ini. Kita tidak boleh biarkan kesilapan sama berulang. Tidak mustahil pelbagai perubahan dasar dan polisi melayu-Islam lebih drastik boleh berlaku apabila Kerajaan majoriti bukan Islam yang sedang berkuasa.

      Betullah kata Ustaz Kazim. Tak perlu tunggu lima tahun mereka dah boleh ubah macam-macam. Sama ada kita bangkit pertahankan, atau kita sanggup menanggung dosa membiarkan perubahan demi perubahan sehingga melayu-Islam terhakis di Malaysia.

      Delete
  30. Nasib Sabah Dan Sarawak Di Bawah PH Masih Terus Kekal Terabai



    Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, Pakatan Harapan ada meletakkan salah satu janji mereka untuk sentiasa memelihara kebajikan warga Sarawak dan Sabah walaupun kerajaan bertukar tangan. Malah, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) turut akan dipatuhi sepenuhnya dan Pakatan Harapan berjanji untuk memulangkan apa sahaja hak kerajaan kedua-dua buah negeri ini yang telah terambil secara sengaja ataupun tidak.

    Tidak kurang juga janji Pakatan Harapan yang mahu terus membangunkan pelbagai infrastruktur berprofil tinggi yang dilihat mampu memangkin kekuatan ekonomi bagi kedua-dua negeri ini. Malah, menurut kenyataan Tun Dr Mahathir semasa kempennya, wakil dari Sabah dan juga Sarawak tidak akan dilupakan semasa mereka membentuk kabinet kerajaan kelak.

    Hari ini, sudah 26 hari berlalu, tidak ada seorang pun wakil dari Sabah dan Sarawak diangkat sebagai menteri penuh ataupun sekurang-kurangnya Timbalan Menteri dalam apa jua kementerian. Malah, langsung tidak disentuh mengenai kebarangkalian kajian semula MA63 yang mungkin akan dikaji semula sekiranya terdapat pertindihan kuasa dan sebagainya.

    Lebih mendukacitakan adalah, terdapat perkhabaran yang besar kemungkinan projek berimpak tinggi seperti Pan Borneo Highway yang hari ini begitu giat di bangunkan di Sarawak dan Sabah juga berhadapan dengan tidak lagi diteruskan. Ini kerana, menurut Kementerian Kewangan, perbelanjaan untuk membina lebuh raya ini cukup tinggi dan berkemungkinan besar kerajaan tidak mampu menanggungnya.

    Agak menghairankan keranapada dua pembentangan Bajet yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini, tidak pernah walau sekalipun beliau tidak memperuntukkan bajet untuk meneruskan pembinaan lebuh raya yang pertama seumpamanya di Kepulauan Borneo berkenaan.

    Sebaliknya, baru beberapa puluh hari mengambil alih tampuk pemerintahan, projek berimpak tinggi seperti Pan Borneo mahu dikaji semula keboleh laksanaannya. Apakah warga Sarawak dan Sabah terpaksa berhadapan dengan penafian hak kepada kemajuan yang begitu merekaidamkan selamaini?

    Terbaru, Petronas dalam satu kenyataan mempertikaikan hakmilik petroleum yang berada di perairan Sarawak.Dalam kenyataan berkenaan, Petronas mempersoalkan, apa hak Sarawak menghalang Petronas dari terus menjalankan operasi mereka? Adakah kerajaan Sarawak cuba menidakkan hak kerajaan pusat terhadap "permata hitam" yang ada di Perairan Sarawak itu sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukalah diingatkan bahawa tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abangg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (Abang Joe) telah merasmikan penubuhan Petroleum Sarawak (PETROS) sebagai salah satu cara kerajaan negeri menjana pendapatan sendiri menerusi hasil bumi berkenaan dengan bantuan kerajaan BN dan Petronas.

      Hari ini, sebaik kerajaan pusat bertukar tangan, perkara ini timbul semuladan lebih memburukkan keadaan, terdapat sumbet menyatakan, hasil royalti petroleumyang diterima Sarawak dan juga Sabah akan kekal sebanyak 10 peratus dan bukannya 20 peratus seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan hari ini.

      Sudahlah selama 22 tahun rakyat Sabah dan Sarawak terabai dengan pembangunan tidak seimbang semasa era Perdana Menteri keempat. Kini, muncul era Perdana Menteri ke7, walaupun orangnya masih sama, keadaan dan layanan yang diterima Sabah dan Sarawak tidak banyak berubah berbanding era Perdana Menteri ke 4.

      Benarlah seperti kata bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Haji Adenan Bin Haji Satem (Al Fatehah), "Sarawak sudah berada pada era 6 Perdana Menteri. Daripada kesemua enam Perdana Menteri ini, hanya Datuk Seri Mohd Najib sahaja yang ikhlas mahu membawa Sarawak mahupun Sabah kearah kemajuan yang lebih sempurna".

      Hari ini, Abang Joe berhadapan dengan cabaran yang bukan alang kepalang yang terpaksa beliau hadapi. Sebagai sebuah negeri milik Barisan Nasional Sarawak, sudah semestinya tekanan dari sudut politik dan ekonomi akan terpaksa beliau hadapi walaupun secara amnya, Sarawak mampu untukkekal bertahan sendirian tanpa perlu mengharapkan sangat bantuan dari pusat.

      Delete
  31. Banyak sungguh topic yang dibawa olih Geng Najib ini .

    Sama ada dia betul2 hebat lagi bijaksana ..atau pun dia ni IBARAT TONG NAJIS yang menyimpan segala jenis sampah dan kekotoran ???

    ReplyDelete
  32. Calon Peguam Negara perlu mempunyai sikap 'peduli Raja, peduli Islam'…
    TERAKHIR DIKEMASKINI: 04 JUN 2018 BY ROSLI ISMAIL



    Perkembangan mutakhir memperlihatkan isu pemilihan Peguam Negara perlu dilaksanakan secara bijak dan berhemah selaras dengan kepentingan dan kemaslahatan agama Islam. Ia juga harus melalui proses tanggungjawab meluas dalam kerjaya undang-undang kekananan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

    Sesuai dengan perkembangan kesedaran agama yang sihat di kalangan orang Malaysia dan di peringkat global, dalam keadaan negara kita berprinsipkan Raja Berperlembagaan, adalah wajar jika calon Peguam Negara itu mempunyai sikap 'peduli Raja, peduli Islam'.

    Peduli Raja bermaksud memahami, menghormati dan mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu. Peduli Islam ertinya calon itu mestilah orang Islam dan mempunyai kefahaman serta penghayatan Islam sepenuhnya termasuk hal-ehwal undang-undang syariah.

    Ini adalah kerana banyak perkara berkaitan perundangan memerlukan persetujuan Peguam Negara.

    Sudah pasti jika calon yang tidak memahami, menghormati dan mendaulatkan kepentingan Institusi Raja-Raja Melayu, dia tidak akan menginsafi prinsip ini dan akan begitu mudah menyetujui tindakan yang boleh mendatangkan mudarat besar kepada keyakinan rakyat terhadap institusi diRaja.

    Dari segi perundangan syariah pula, kebijaksanaan Peguam Negara (melalui Bahagian Syariah di AGC) memastikan tindakan pentadbiran dan pemurnian perundangan Syariah dapat dilaksanakan secara berkesan dan berdiplomasi tinggi kerana ia turut melibatkan 'prerogatif YDPA dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama'.

    Oleh itu, amatlah wajar bagi Peguam Negara memahami prinsip pentadbiran undang-undang syariah di negara. Ini adalah penting agar tidak berlaku kepincangan dalam pelaksanaan perundangan di negara ini yang membabitkan masyarakat pelbagai kaum. Kemurnian amalan sedia ada ini perlu dikekal dan dipertahankan.

    Unit Komunikasi Strategik
    Ibu Pejabat UMNO
    Kuala Lumpur
    4 Jun 2018

    ReplyDelete
  33. KUALA LUMPUR, 3 JUN - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berharap tidak dianiayai oleh pihak-pihak tertentu oleh kerana dendam politik yang kini dirasakan olehnya selepas kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menakluki takhta Kerajaan Malaysia.

    Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia berkata, apa yang dilihat pada hari ini seolah-olah kerajaan baharu ingin menekan lawan mereka kerana dendam politik yang telah disimpan sejak sekian lama.

    " Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat perlu memakmurkan, memajukan dan mensejahterakan rakyat bukannya menindas pihak lawan," kata jamal.

    " Contoh seperti saya, saya bukanlah penjenayah atau pengganas tetapi saya adalah pemimpin politik, pemimpin masyarakat yang ingin mendedahkan apa yang berlaku di dalam kawasan kita yang dibimbangkan oleh masyarakat," kata jamal lagi.

    Jamal kini dikenakan tindakan hukuman lebih daripada 9 kes termasuk kes yang dahulunya tiada tindakan tapi masih di dalam pemerhatian (KIV), tiada tindakan lanjut dan fail sudah ditutup (NFA) kini telah dibuka semula untuk siasatan.

    Hal-hal kecil seperti laporan polis tentang gambar yang telah disunting dan telah pun disiasat pula turut dibangkitkan kembali dan membuatkan Jamal perlu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan pihak polis serta kes lain pula dibuka untuk siasatan sehingga tempoh reman perlu bersambung-sambung sehingga selesai.

    " Bagi saya perkara tersebut adalah tidak masuk akal dan saya percaya mereka diberikan tekanan oleh pihak atasan untuk memberikan tekanan politik terhadap saya," kata jamal.

    " Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang tetapi apabila melihat apa yang telah berlaku terhadap saya pada hari ini seperti nama saya yang telah disenarai hitam dan diletakkan dibawah langkah keselamatan khas oleh pihak PDRM, serta beberapa penguatkuasaan, saya percaya pihak kerajaan telah memberi arahan kepada mereka untuk membuat perkara-perkara berkenaan bagi memberi tekanan kepada saya," kata jamal lagi.

    Apa yang telah berlaku terhadap Jamal sehingga hari ini juga dianggap sama seperti kezaliman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu masa dahulu yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad.

    Jamal turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia tentang apa yang telah terjadi kepadanya kerana apa yang berlaku adalah semata-mata demi dendam politik yang dilakukan oleh kerajaan PH demi menjatuhkan kredibilitinya sebagai kepimpinan masyarakat.

    Dalam pada itu, Jamal menyeru masyarakat diluar sana bersama-sama dengannya untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara kita ini yang telah dikhianati oleh kepimpinan kerajaan PH yang menjalankan sistem kukubesi yang menekan lawan mereka. - KITAIKINI

    ReplyDelete
  34. Jamal Tidak Dapat Bertarawih Angkara Sikap Kerajaan PH
    Editorial
    04 Jun 2018

    KUALA LUMPUR, 4 JUN - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terkilan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai umat islam untuk bertarawih ketika umat islam kini sudah melaksanakan ibadah berkenaan yang sudah memasuki hari yang ke - 19.

    Jamal yang kini terpaksa menyembunyikan diri akibat diburu oleh pihak berkuasa menyatakan, dari bermulanya malam ramadhan beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya untuk melakukan ibadah tersebut kerana percaya beliau akan ditangkap dan dikenakan tindakan sebagai tahanan politik gara-gara pihak berkuasa telah membuka lebih 9 kes siasatan bersambung untuk menahan dirinya sehingga kes-kes tersebut diselesaikan.

    Dalam pada itu, Jamal percaya, pihak berkuasa telah diberi tekanan oleh kerajaan PH yang dipimpin oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat tindakan terhadap dirinya kerana dendam politik yang disimpan oleh kerajaan PH sewaktu mereka menjadi pembangkang Malaysia suatu masa dahulu.

    Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu turut memohon maaf kepada rakyat malaysia tentang apa yang telah berlaku kerana setiap apa yang dilakukan olehnya semata-mata untuk membuka minda Kerajaan Negeri Selangor tentang isu permasalahan rakyat seperti Isu Air, Pesta Arak, Rumah Urut, Kedai Judi dan lain-lain lagi yang tidak disenangi oleh masyarakat khususnya di Negeri Selangor.

    "Saya berharap tolong jangan aniaya saya, apa yang saya lakukan sebelum ini demi kepentingan masyarakat dan negara," kata jamal. - KITAIKINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jamal tak sempat berak pun ko nak komen....geng....dah kalah tu buat cara kalah....

      Delete
  35. Woi apa blog ni jenis geng potostat ni. Tak reti nak komen sendiri ka lahanat

    ReplyDelete
  36. Patut dio promote blog dia kalau ada orang nak folo... Abang budin tolong blog setan setan ni, meyemak jer kat dalam nu

    ReplyDelete
  37. wow! pakaian hj hadi mantap.

    itu saja komen saya. tk.

    ReplyDelete
  38. Dr M Lantik Menteri Tanpa Restu PKR -Rafizi


    Susulan pembentukan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), tokoh gabungan itu, Rafizi Ramli, tanpa disangka-sangka mendapat maklum balas ramai pihak berikutan dakwaannya bahawa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

    Hari ini, Rafizi mempertahankan tindakannya itu, berkata peranannya untuk memastikan pihak eksekutif mesti menggunakan prinsip sama yang diterima pakai oleh Majlis Presiden HARAPAN dalam pembuatan keputusan, lapor wawancaranya dengan BFM.

    Beliau berkata kesemua empat parti itu ialah rakan kongsi yang sama tarafnya dalam kerajaan sebagaimana juga kedudukan mereka dalam Majlis Presiden HARAPAN dan oleh itu peraturan pembuatan keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan memastikan keterlibatan semua pihak mesti dikenakan.

    "Kita perlu memastikan asas dan prinsip kita dapat dilaksanakan sejak dari awal lagi. HARAPAN dibina sejak tahun 1998 (berdasarkan) satu konsensus, perjanjian dan keterangkuman.

    "AMANAH jauh lebih lemah dulu, berbanding PKR atau DAP ketika kami memulakan HARAPAN, tetapi kami memberi AMANAH kedudukan dan taraf yang sama dalam pembuatan keputusan.

    "Oleh itu, sesiapa yang mengetuai kerajaan HARAPAN mesti membenarkan sikap inklusif dan rundingan dalam membuat keputusan. Penting untuk mengingatkan hal itu sejak dari mula lagi," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua hari selepas pilihan raya pada 9 Mei lalu, timbul ketegangan mengenai pelantikan kabinet awal kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang masih dalam penjara ketika itu, tidak boleh menyertai mesyuarat berkenaan.

      Akhirnya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pantas membentuk kabinet sebelum 14 Mei, mengumumkan empat menteri kabinet pertamanya itu yang dilaporkan tanpa mendapat restu PKR itu.

      Rafizi kemudiannya mengkritik hal ini yang mencetuskan kecaman dari netizen yang menuntut beliau membenarkan Mahathir menjalankan tugasnya tanpa gangguan. Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang selepas itu mempertahankan Rafizi, telah mendapat kira-kira 10,000 komen pada laman Facebooknya, yang kebanyakannya kritikal.

      Dalam wawancara BFM itu, Rafizi mencadangkan golongan kelas menengah bandar kelihatan sedang dalam suasana kegembiraan melampau yang hadir tiba-tiba dan menjadi penyokong setia "seratus peratus" kepada HARAPAN, sehinggakan tidak boleh menerima sebarang percubaan untuk mengkritik kepimpinan gabungan itu.

      Kesetiaan kelas menengah Malaysia

      "Masalah dengan rakyat Malaysia golongan kelas menengah umumnya adalah kamu cenderung memberikan kesetiaan seratus peratus dan kesetiaan terhadap apa yang kamu mahu percaya.

      "Hanya kerana golongan kelas menengah Malaysia memberikan sokongannya kepada kerajaan HARAPAN, tidak bermakna kami tidak boleh mempersoalkan hal itu dan tidak mempunyai perbezaan pendapat," katanya.

      Rafizi berkata agak mudah untuk mengkritik pendapat pihak lawan, tetapi sukar untuk menyediakan semak dan imbang.

      Kelas pertengahan, kata Rafizi, menjadi golongan yang paling sukar untuk diyakinkan kerana sikap meninggi diri terhadap mereka yang berada di luar zon selesa mereka.

      "Hanya kerana kamu tinggal di Bandar Utama atau Taman Tun. Kamu fikir orang di luar lingkaran keselesaan kamu tidak bijak seperti kamu.

      Delete
    2. "Selama dua atau tiga tahun yang lalu, saya sering meyakinkan kelas menengah Malaysia bahawa para pengundi di luar kelompok bandar mereka sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukan untuk negara ini.

      "Pada masa lalu, kelas menengah Malaysia juga yang selalu mengatakan'kita tidak boleh mengubah kerajaan', 'rakyat Malaysia terlalu bodoh', 'orang Melayu tidak peduli terhadap rasuah', 'orang Melayu boleh dibeli dengan RM100' .. .

      "Sebetulnya, kelas menengah Malaysia yang merasakan (HARAPAN) tidak mempunyai rancangan untuk mengambil alih kerajaan kerana BN akan melakukan berbagai perkara secara tidak demokratik.(Soalan) Bagaimana dengan rampasan kuasa, bagaimana dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara)," katanya.

      Beliau berkata pentadbiran HARAPAN perlu berhati-hati bagi mengelakkan ketidakpuasan hati orang Melayu yang masih belum merasa yakin dengan persekitaran baru jika kadar pembaharuan terlalu cepat itu dan akan menggusarkan mereka.

      "Sekiranya terdapat satu ancaman besar terhadap pembaharuan yang kita cuba lakukan ini adalah kita terlalu tidak sensitif terhadap rasa tidak terjamin Melayu dan kegusaran Melayu.

      "Bahawa kita boleh mengasingkan orang Melayu di luar zon selesa kelas menengah di kawasan bandar. Itu boleh mendorong (sokongan) mereka ke arah Umno dan PAS," katanya.

      Beliau berkata trend penduduk Malaysia menunjukkan populasi Melayu akan terus berkembang sebagai blok mengundi terbesar.

      "Sekiranya kamu tidak cukup berhati-hati, kamu akan membuat kumpulan pengundian terbesar di Malaysia merasakan mereka diketepikan dan merasa terancam, maka kamu boleh menjangkakan keadaan yang lebih buruk.

      "Selepas PRU14 lalu, tiada lagi perkara seperti cara tertentu bagaimana corak pengundian sesuatu kumpulan. Mereka boleh mengubah sokongan berdasarkan apa yang mereka fikir baik bagi mereka," katanya.
      MINDARAKYAT

      Delete
    3. Bangsa melayu tersangat2 setuju 200% dengan kata2 Rafizi ni...sepatutnya kalau dia dapat bertanding dan menang dalam PRU14 lepas, dah tentu dia lah calon menteri kewangan yang disokong oleh seluruh rakyat Msia !!!! Hidup Rafizi....

      Delete
    4. Genh Najis dah beubah warna kerana nak pecahbelahkan PH....Dulu Geng Najislah yg kuat menentang Rafizi kerana mendedahkan mak lembu songlap wang kerajaan 250 juta dari lembu NFC...Geng Najis tuduh Rafizi kaki fitnah...

      Delete
    5. Geng Najis menzahirkan kebodohan menganalisa trend politik orang melayu luar bandar...

      Umno dapat 54 kerusi kerana undi melayu luar bandar...kepala bodoh majoriti melayu luar bandar yg ditabam oleh umno blm berubah...mereka percaya bulat2 ape yg umno cakap hatta presiden umno merompak pon mereka tak percaya kerana tiada dlm siaran tv3 dan utusan malaysia....pru 15 barulah mereka akan berubah jadi cedik...

      Delete
  39. Kepala otak kau Malaysiabaru.. bukan Tun yg ajak Hadi atau Tun pergi jumpa Hadi, hng nak kata Tun berbaik balik. Mata buta ka!? Dlm gambar tu kan Hadi yg jumpa Tun di Putrajaya. Dlnm FB pun Tun sebut berbuka tangan dan dan hati bila Hadi dtg jumpa Tun.
    Eh kau terlalu marah sgt kat TUn, sampai artikel tu pun tak baca betul2. Malaysiakentut lah kau ni

    ReplyDelete
  40. https://suara.tv/05/06/2018/agong-perkenan-perlantikan-tommy-thomas-sebagai-ag/

    ReplyDelete
  41. Nak mintak jadi penasihat ke nak mintak jadi king maker atau jadi Kong.

    ReplyDelete