Monday, 4 June 2018

MENGHORMATI PILIHAN RAKYAT


Pertama, negara kita adalah mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong harus bertindak mengikut nasihat daripada Perdana Menteri.


Dalam kes perlantikan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara, pilihan kerajaan itu sebenarnya hendaklah dihormati dan diterima kerana ia merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.


Kedua, Pakatan Harapan baru saja memenangi pilihanraya umum yang bermakna kemenangan itu adalah berdasarkan pilihan majoriti rakyat.

Oleh kerana rakyat sudah memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, bermakna calon Peguam Negara yang dinamakan oleh kerajaan kepada Yang Dipertuan Agong adalah juga bermaksud ia merupakan pilihan yang ada mandat rakyat bersama-sama dengannya.


Sehingga Pakatan Harapan menguasai kerajaan, pihak-pihak lain, termasuk UMNO yang cuba memainkan isu kaum dan agama di sebalik perlantikan itu, langsung tidak lagi relevan.


Mereka hanya boleh memainkan isu ini untuk meraih sokongan politik semata-mata, tetapi selagi rakyat terus memberi sokongan atau jika dalam pilihanraya seterusnya, Pakatan Harapan terus meraih mandat rakyat, ia juga hendaklah diterima dengan lapang dada oleh sesiapa pun juga.

Ketiga, jika pencalonan Tommy Thomas tidak dipersetujui kerana kedudukannya sebagai bukan Melayu dan bukan Islam, bagaimana sebelum ini mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam boleh memegang jawatan tersebut?


Peguam Negara bukan Melayu dan bukan Islam sebelum ini ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959), Cecil M Sheridan (1959-1963) dan Athinanapan (1970-1974).

Hanya selepas itu, semua Peguam Negara adalah terdiri daripada Melayu yang beragama Islam.


Jadi, seperti pandangan banyak pihak yang lain, pemilihan Tommy Thomas yang dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan tidak seharusnya menjadi masalah dan terus berlarutan menjadi polemik.


Ia harus segera ditamatkan supaya negara boleh terus bergerak ke hadapan tanpa banyak halangan. (ShahbudinHusin 04/06/2018)

67 comments:

  1. Sejarah menunjukkan ketiga-tiga khilafah monarki iaitu Bani Ummayah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyah pernah melantik orang-orang bukan Muslim ke jawatan2 penting kerajaan seperti Menteri, Ketua Perang dan bahkan juga Gabenor.

    Maka apa yang dicadangkan oleh Tun ini bukanlah sesuatu yang baru bagi umat ini.

    Islam dan Melayu hanyalah alasan semata-mata. Sekiranya benar Islam dan Melayu ada di hati mereka maka mereka tidak akan mengkhianati amanah kepimpinan yang diberikan.

    Hakikatnya mereka amat takutkan kekalahan di mahkamah dan disabitkan dengan pertuduhan dan kemudian memainkannya sebagai isu agama dan perkauman dan menarik YDPA ke dalam kancah konflik ini.

    Kita semua tahun DSN telah melantik John Asccroft, seorang peguam dari US untuk mewakilinya di dalam kes 1MDB, dan Tun M berpendapat Tommy Thomas adalah satu-satunya orang yang punya pengetahuan dan kemampuan yang cukup untuk bersaing dgn orang ini.

    Di antara John dan Tommy, John langsung tidak punya ketaatan dan kasih sayang kepada negara ini dan matlamatnya hanyalah duit semata-mata. Sesuai sangatlah dengan prinsip Cash is King Najib.

    Tommy pula sudah tentu telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab ini demi kecintaan kepada negara ini. Sebagai seorang multi jutawan yang tidak bergelar, sudah tentu penerimaan Tommy di atas pencalonan ini adalah tidak bermotifkan wang mahupun bintang-bintang gelaran.

    Sayangnya ramai umat Melayu yang masih tidak dapat menilai di antara keduanya.

    Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding menggunakan khidmat peguam swasta seperti yang Najib lakukan dengan TS Shafie Abdullah.

    Tun M perlukan sabitan sebab dengan sabitan Tun M dapat menuntut balik tanpa sebarang keraguan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kesemua harta hasil songlap 1MDB yang kini ditahan dan dibekukan di US. Bukan kecil anak jumlahnya dan demikian ia bukan satu urusan main-main yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

    Sekiranya kita mempunyai seorang yang punya legal minded dan integriti seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, nescaya kita tidak perlukan seorang bukan Muslim untuk menjadi Peguam Negara ini.

    Bahkan melihatkan kepada kebijaksanaan Almarhum Sultan Azlan saya percaya baginda mampu mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak, Raja, Kerajaan dan Rakyat.

    Pilihan Tun M kelihatan amat pahit untuk orang-orang Melayu yang masih keliru di dalam perbandingan kepentingan, tetapi bukankah semua ubat2 yang baik memang pahit sifatnya.

    Najib telah memberi terlalu banyak gula-gula terhadap bangsa Melayu di atas dasar cash is King dan Tun sedang cuba memberi ubat kepada penyakit ini.

    In shaa Allah Tun akan berjaya di dalam misinya untuk mengubati umat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sadara Budin...kadang2 rasa menyampah nak komen dan baca komen di blog anda kerana penuh dgn sampah kopipes pihak lawan..

      Kenapa anda biarkan kopipes sampah kuasai blog anda?....adekah anda syok sendiri lihat banyak bilangan komen yg sebanarnye kopipes sahaja?...dari seblm pru anda biarkan bolg anda dikuasai oleh lawan..

      Delete
    2. Sdr KBB.

      Di atas tu adalah tulisan saya sendiri yang saya kirim kpd 3 blog berasingan yang kebetulan membuat entry di atas tajuk yang sama.

      Delete
    3. Sejarah rakam pengkhianatan Parti Amanah Negara



      HANIPA Maidin, Pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara menyokong pencalonan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

      Kebanyakan respon penggerak Amanah di media sosial juga menunjukkan mereka menyokong pencalonan ini.



      Semuanya atas hujah kononnya Kafir berintegriti vs Muslim Korup (semuanya perihal isu pengurusan khususnya 1MDB, tanpa ada hujahan kepentingan umat secara umum). Bagaikan tiada
      muslim yang pada pandangan mereka berwibawa.

      Sekaligus bertentangan dengan semangat Kedaulatan Islam yang ditonjolkan oleh Raja-Raja Melayu dan majoriti umat Islam Malaysia.

      Pendirian Tommy Thomas :[1] Sultan Tiada Kuasahttp://www.malaysia-today.net/…/sultan-does-not-have-the-p…/

      [2] Malaysia bukan negara Islamhttp://www.malaysianbar.org.my/index2.php…

      [3] Mempertikai keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah
      https://www.malaymail.com/…/the-allah-decision-is-wrong-in-…

      [4] Tak guna tukar undang-undang selagi belum menangihttp://www.freemalaysiatoday.com/…/lawyer-useless-to-amend…/

      Amanah bersama PH menyokong pencalonan Tommy sekaligus membuktikan Amanah-PH memegang pendirian yang sama seperti Tommy dalam kedudukan Islam dan Melayu dalam negara. Mereka juga mempunyai interpretasi perlembagaan yang sama. Liberal dan Sekular.

      Sesungguhnya parti ini bukan lah dari kalangan kita dan mereka tidak mewakili kaum muslimin dalam sebarang urusan. Pengkhianatan mereka secara berterusan terhadap kedudukan umat Islam dan kedaulatan Islam amatlah mendukacitakan.

      Delete
    4. Menuju Negara Republik Sekular



      Fungsi utama pemerintah dalam Islam ialah menjaga agama dan mentadbir dunia berpandukan agama. Sehubungan itu, selepas merdeka daripada penjajahan British, sepatutnya muslim berpolitik di Tanah Melayu ini mestilah matlamatnya untuk mencapai kekuasaan penuh agar dua fungsi tersebut, terutamanya yang pertama, dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kekuasaan penuh itu bermaksud dominasi kuasa politik dan ekonomi sebagai dua kekuatan asas yang mampu mengetepikan sebarang halangan luar (rakyat bukan muslim dan kuasa luar) terhadap penghayatan agama sebagai satu cara hidup yang menyeluruh meliputi kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan bernegara.

      Malangnya penjajah telah mewariskan pemerintahan Tanah Melayu ini kepada sekumpulan elit Melayu UMNO (bukan marhaen UMNO) yang lebih mengagungkan cara hidup penjajah, walaupun agamanya Islam. Idealisme agama, bangsa dan tanahair di sisi mereka tidak lebih sekadar retorik yang mampu memanipulasi sentimen orang Melayu agar mengekalkan mereka sebagai pemerintah. Kemajuan yang diusahakan oleh mereka bertujuan memberikan sedikit keselesaan hidup bagi orang Melayu, tetapi bukan sekali-kali untuk merampas semula penguasaan penuh ekonomi daripada kaum Cina, yang seharusnya mengukuhkan dominasi kuasa politik orang Melayu seperti sebelum zaman penjajahan. Selepas menikmati sedikit keselesaan hidup, elit pemerintah pengkagum cara hidup Barat itu mula melampiaskan nafsu rakus serakah memakan kekayaan negara. Akhirnya, selepas lebih setengah abad merdeka, korupsi dan ketidakikhlasan kumpulan elit ini pada agama, bangsa dan Tanah Melayu mengakibatkan bukan sahaja kuasa ekonomi semakin mengukuh di tangan kaum Cina, malah dominasi kuasa politik turut berpindah ke tangan minoriti penguasa ekonomi yang semakin tamak dan menjarah itu.

      Dari satu sudut, peruntukan perlembagaan yang memberikan keistimewaan kepada Islam dan orang Melayu telah mengalami perubahan tanggapan di sisi umat Melayu setelah mereka melalui proses kebangkitan dan kesedaran Islam mutakhir ini, setelah berpuluh tahun peruntukan-peruntukan itu ditanggap sebagai kaedah untuk melindungi penduduk pribumi semata-mata. Kini pemahaman bahawa peruntukan perlembagaan itu memberi asas yang kuat bagi berdirinya syariat sebagai cara hidup secara umumnya dan sebagai rujukan perundangan “common” umat Islam secara khususnya, sepatutnya membuka jalan ke arah penghayatan Islam dalam negara sambil menghenyak ke pinggiran seruan mensekularkan negara.

      Tetapi, situasi perlembagaan yang memberikan keistimewaan kepada Islam dan orang Melayu ini diimbangkan oleh penjajah dengan menyerahkan kuasa kepada elit Melayu sekular UMNO, yang mengekalkan peruntukan perlembagaan itu tetapi tidak sekali-kali memperkasakannya.

      Masyarakat manusia sentiasa mengalami perubahan. Begitulah penjajah telah menjangkakan mana-mana bangsa yang dijajah akan kembali bangkit mendapatkan semula jati dirinya selepas puluhan tahun merdeka. Orang Melayu akan kembali kepada citra Islam dan Melayunya. Jika situasi ini digabungkan dengan peruntukan istimewa Islam dan Melayu itu, sudah tentu bangsa ini mendapat kemerdekaan yang hakiki daripada British.

      Berdepan dengan kemungkinan itu, penjajah juga telah menyediakan sekumpulan elit Cina yang memainkan watak antagonis sebaik Malaya mencapai kemerdekaan. Seruan yang mereka angkat sememangnya berlawanan langsung dengan semangat keistimewaan untuk Islam dan Melayu dalam perlembagaan. Seruan kesamarataan kaum dan agama, tiada istilah bumiputera dan bukan bumiputera, Malaysian Malaysia. Seruan mereka yang kontra dengan semangat perlembagaan ini pada hakikatnya memberikan nyawa yang panjang kepada elit UMNO yang memanipulasi sentimen orang Melayu untuk menolak DAP.

      Delete
    5. Selama puluhan tahun, kumpulan elit Cina ini, walaupun perjuangannya itu “unconstitutional” kerana mahu melawan peruntukan perlembagaan, kekal diberikan nyawa dengan berbekalkan dua tiga kerusi Parlimen. Mereka pemain simpanan, menunggu giliran apabila sunnatullah menghendaki yang di atas itu turun, maka yang di bawah yang akan naik itu ialah mereka, dengan segala seruan sekularisme dan kesamarataannya.

      Pintu untuk giliran mereka tiba apabila Anwar Ibrahim mengambil pendekatan agresif untuk menjatuhkan elit UMNO setelah dipecat oleh Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu, arus perdana pembangkang ialah menjatuhkan regim elit UMNO tanpa memikirkan langsung tentang kesan perpecahan orang Melayu ke atas peruntukan perlembagaan yang melindungi hak mereka dan memberi kedudukan istimewa kepada Islam. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa seruan kontra semangat perlembagaan DAP itu akan menjadi seruan arus perdana pada hari ini, sedangkan itulah alternatif yang disediakan oleh penjajah jika pewarisnya jatuh.

      PAS juga turut terjebak dalam matriks permainan kuasa tinggalan penjajah ini, apabila terlibat menggerakkan GERAK, seterusnya Barisan Alternatif, kemudian Pakatan Rakyat, bersama ayam tambatan peninggalan penjajah, DAP. Matriks permainan politik berasaskan perebutan kepentingan ini memang berkuasa tinggi untuk menguburkan ideologi Islam, sebaliknya menyuburkan ideologi liberal dan sekular. Ini disebabkan ideologi liberal dan sekularlah lawan pemikiran bagi semangat Islam dan Melayu yang terkandung dalam perlembagaan, yang selama ini menjadi talian hayat bagi elit UMNO. Mahu menembak elit UMNO tidak dapat tidak mesti ditembak pada tempat berpautnya, sentimen Melayu. Itulah ruang udara segar bagi bagi DAP. Itulah sebabnya, apabila PAS memilih untuk kembali bersama ideologi Islam, maka tercampaklah keluar daripada Pakatan Rakyat dengan membayar harga yang tidak sedikit.

      Bagi majoriti rakyat marhaen, yang tidak terdedah dengan pengetahuan mencukupi mengenai pertembungan ideologi, mereka akan menganggap segala drama politik ini hanyalah berpunca daripada isu rasuah, kezaliman, kerakusan berdepan dengan pejuang keadilan, pemimpin anugerah Tuhan yang bergabung dengan pemimpin yang dituduh zalim yang telah bertaubat, sedangkan hakikatnya kita sedang menuju ke arah negara berfahaman liberal sekular plural, multiracial sama rata sama rasa, tidak beragama. Seruan kontra semangat perlembagaan yang memberikan keistimewaan kepada Islam dan Melayu ini 20 tahun yang lalu adalah seruan yang dilihat songsang yang diperjuangkan oleh DAP. Hari ini seruan itu sudah dilafazkan oleh elit UMNO yang apabila sudah tidak berjawatan maka keluarlah warna sekular mereka yang sebenarnya yang selama ini ditutup di sebalik slogan pejuang agama, bangsa dan negara. Sedikit masa lagi, perlembagaan ini akan dirombak. Saya sudah menjangkakan perkara ini selepas PRU 2008 lagi, cuma tidak pasti sejauh mana Majlis Raja-raja kuat untuk menyekat arus liberal ini memandangkan rekod sejarah dalam isu Malayan Union dahulu.

      Segala perancangan musuh Islam ini bersenjatakan perang persepsi, yang dijanakan dengan kemas melalui media sosial hari ini. Majoriti rakyat yang sudah tidak dapat membezakan antara prinsip dan persepsi, terutamanya generasi muda, amat mudah menjadi mangsa perang persepsi ini. Muslim yang berpegang pada prinsip, akan melihat perjuangan politik itu ialah untuk memastikan agama terjaga daripada serangan pemikiran ideologi sesat liberalisme, sekularisme dan pluralisme, demokrasi buta agama. Manakala muslim yang kehilangan prinsip akan dibuai dengan isu GST, hutang negara dan sebagainya. Muslim berprinsip berpegang bahawa agama seseorang itu kriteria nombor satu dalam memilih pemimpin. Tetapi seruan muslim berprinsip ini diejek, dipandang sempit, tertutup, pelik, ekstrim dan dituduh tidak rahmah dan tidak harmoni dengan bukan muslim terutamanya DAP.

      “Islam telah datang dalam keadaan dilihat pelik, dan ia akan kembali dilihat pelik, maka syabaslah bagi orang-orang yang pelik (bersama Islam)” – Hadith

      Delete
    6. Tuan Budin,
      Tolong jangan tunjukan komen lebaiularmodern ni kerana kalau mepunyai fakta ok tetapi semua auta maka rasa mengacau saja. Ini adalah tinggalan atau sambungan cai2 umngok dulu. Cuma nama je tukar. Memang panjang umur juga pengkhianat ni.

      Delete
    7. Sdr John.. Saya tak maksudkan tulisan saudara...tapi sdra tengok kopipes lebaimodern.pejuang rakyat dan geng najis..ini senua gangguan kejora bodoos...

      Delete
  2. Sdr Shahbudin, berkenaan dengan wujudnya seorang yang bernama Athinanapan sbg Peguam Negara bagi tempoh 1970-1974 saya terbaca juga di FB tapi saya cuba google tapi tak jumpa.

    Mohon sdr Budin dapat bekalkan sumber maklumat tu. Saya tidak ada memori berkenaan perkara ini disebabkan pada tahun2 itu saya masih belum melihat matahari dan bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai sebagai Peguam Negara




      Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”.

      Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di- Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam.

      Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.

      (2) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam.

      Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

      (3) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam.

      Ini adalah kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016, Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang- undang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

      (4) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.

      (5) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan.

      Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.

      Delete


    2. (6) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.

      Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

      (7) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu.
      Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

      (8) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

      Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

      (9) Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”.

      Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

      (10) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”.
      Ini adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.

      Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim- hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

      Delete
    3. Jenuh juga saya mencari.
      Athi Nahappan adalah timbalan Menteri Undang-Undang, dan kemudian Menteri Undang-Undang didalam kabinet Tun Abdul Razak. Malangnya Athi Nahappan tidak lama memegang jawatan tersebut apabila meninggalkan dunia akibat stroke.
      Ketika itu, Menteri Undang-Undang adalah juga Peguam Negara, rasanya.

      Delete
    4. macai2 UMNO dan walaun2 PAS mengambil peluang dari isu ini kerana mereka tidak ada alasan dan hujah untuk menyerang kjaan PH yang baru berusia sebulan berkaitan soal salah laku, rasuah dan penyelewengan. Maka senjata yang berkarat itu juga digunakan kerana masih ada lagi orang2 melayu yang berkarat otak dan fahamannya. Geng Najib dan lebai moden tercari2 dan terkial2 untuk mencari kesalahan dan kelemahan kjaan PH dan isu ini digunakan untuk menggambarkan bahawa Malaysia sedang di sekularkan. Ini semua hanya labelan dan tohmahan yang tanpa bukti.

      Dan seperti yang berlaku dalam PRU14, rakyat akan menolak usaha2 mereka ini untuk menjadikan isu perkauman dan agama pusat kpd penghujahan dangkal dan cetek. Insyallah rakyat semakin cerdik dan dapat menilai dgn bijak. Mohonlah Raja2 faham bahawa rakyat Malaysia sedang menuju kpd Malaysia baru yang menolak persengketaan dan fahaman sempit ynag melaga2kan kaum serta agama. Raja2 seharusnya melancarkan perjalanan kerajaan yang dipilih dan bertindak untuk mempermudah bukannya menambah kekeliruan.

      Perlembagaan dan undang2 negara sudah sedia ada untuk memelihara keistimewaan orang melayu dan Islam, apa lagi yang ingin ditakwilkan dari perlantikan ini yang merupakan seorang penjawat awam yang berkhidmat di bawah PM, dikawalselia oleh Parlimen dan mengangkat sumpah taat setia kpd YDP Agong dan Raja2 Melayu? Apa lagi yang diperlukan? Memaksa masuk islam? janganlah sebegitu ekstrim pemikiran kita dgn kononnya berhemat bahawa orang islam adalah "the best of the best" sedangkan pengalaman lalu telah menunjukkan kpd rakyat bahawa yang beragama islam dan melayu itu juga boleh khianat dan menyamun orang2 melayu.

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
  3. Biar sesiapa pun yg disarankan untuk AG perlu disokong. Takkanlah kita nak menghukum seseorang kerana kaum dan agamanya? Apakah tak boleh ditukat kepada orang lain sekiranya kita tak berpuashati dengan prestasinya? Ini pendapat saya sahaja... tak perlu setuju pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan: Kedudukan, Kuasa dan Peranan



      Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia dan juga Pendakwa Raya Malaysia. Kedudukan, peranan dan kuasa Peguam Negara telah termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Sebagai pegawai undang-undang tertinggi Negara, Peguam Negara berkewajipan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri mengenai apa-apa perkara yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepadanya dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan dan undang-undang bertulis yang lain.

      Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common. Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera. Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah. Dalam erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum.

      Melalui pembacaan undang-undang yang ketat ke atas Perkara 145(3), akan membawa kepada suatu pemahaman bahawa Perlembagaan telah menyerahkan ke dalam tangan Peguam Negara kuasa budibicara yang mutlak untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan prosiding kesalahan jenayah. Bagi memberikan kesan terhadap perjalanan kuasa itu, di bawah Perkara 145 (3A), Peguam Negara juga dibenarkan untuk menentukan mana-mana mahkamah bagi sesuatu prosiding jenayah dimulakan dan dipindahkan.

      Pada tahun 1991, dalam kes Karpal Singh & Yang Lain v. Pendakwa Raya [1991] 2 MLJ 544, Mahkamah Agung telah dirujuk dengan persoalan undang-undang bagi memutuskan samada mahkamah mempunyai kuasa am yang sedia ada bagi mengawal prosesnya supaya tidak disalahgunakan dan untuk melindung orang yang dituduh dari penganiayaan atau mudarat dengan membatalkan prosiding yang sia-sia. Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh di bawah Akta Polis 1967 kerana mengambil bahagian di dalam perjumpaan di tempat awam tanpa mendapat kebenaran. Ketika menjawab persoalan undang-undang itu secara negatif, mahkamah menekankan bahawa kuasa perlembagaan Peguam Negara dalam Perkara 145(3) adalah muktamad dan tidak boleh disoal atau digantikan oleh kuasa budibicara mahkamah dan terpulanglah kepada Peguam Negara dengan memandang kepada keadaan khusus kes ini, menimbangkan penggunaan budibicaranya termasuk kemungkinan memasukkan ‘nolle prosequi’ oleh kerana kelengahan dan lain-lain keadaan kes itu.

      Delete

    2. Terdapat banyak keputusan Mahkamah yang mengesahkan kuasa budibicara Peguam Negara dalam mengawal pendakwaan jenayah. Antaranya ialah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Long bin Samat & Yang Lain v Pendakwa Raya [1974] 2 MLJ 152 yang memutuskan Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa budibicara yang luas kepada Peguam Negara dalam mengawal dan mengarah dalam semua pendakwaan jenayah bukan sekadar memulakan dan menjalankan mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan, tetapi juga untuk memberhentikan prosiding yang telah dimulakannya dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkannya apalagi untuk memaksa sesuatu pertuduhan diberatkan jika beliau berhasrat untuk meneruskan dengan pertuduhan yang lebih ringan. Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan walaupun terdapat keterangan bagi menuduh bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah di bawah seksyen 32 6 Kanun yang sama.

      Dalam kes terkenal, Johnson Tan Han Seng v Pendakwa Raya [1977] 2 MLJ 66, mahkamah telah menghuraikan kuasa budicara yang diberikan kepada Peguam Negara dalam memulakan sesuatu prosiding jenayah. Dalam kes tersebut, bagi kesalahan pemilikan senjata api secara haram, Peguam Negara mempunyai pilihan melalui tiga Akta Keseksaan yang boleh digunakan untuk memulakan pendakwaan di mana setiap pilihan akan membawa implikasi yang berbeza kepada tertuduh. Pertama, jika Peguam Negara mendakwa tertuduh di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, jika disabitkan tertuduh hendaklah dipenjara tidak melebihi 7 tahun. Kedua, jika tertuduh didakwa di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebatan dan ketiga, jika pendakwaan tertuduh dibuat di bawah seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, jika disabitkan, tertuduh hendaklah dihukum mati. Dalam hal ini, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menggangu kuasa budibicara Peguam Negara untuk memilih mana-mana undang-undang untuk memulakan pendakwaan terhadap tertuduh. Menariknya, Ketua Hakim Negara (ketika itu), YAA Tun Mohammed Suffian menyatakan Peguam Negara boleh mendiskriminasi dalam membuat pilihan bagi mendakwa seseorang dalam prosiding jenayah tanpa melanggar hak kesamarataan terhadap undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan.

      Baru-baru ini, dalam kes Pendakwa Raya v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan tertuduh untuk mengetepikan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya terhadapnya atas alasan pendakwaan yang berniat jahat, menindas dan berkonspirasi politik. Dalam kes itu, tertuduh telah dituduh melakukan persetubuhan luar tabii dengan bekas pembantu peribadinya iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Timbalan Pendakwa Raya berhujah walaupun Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan proses mahkamah, akan tetapi kuasa itu tidak terpakai dalam kes jenayah dan hanya bertujuan mengelakkan kegagalan keadilan. Tambahnya lagi, seksyen 54 Akta Relief Spesifik 1950 memperuntukkan secara jelas kuasa sedia ada tidak boleh digunakan bagi mengatasi undang-undang bertulis yang ada. Mahkamah memutuskan hak untuk mendakwa terletak kepada Peguam Negara. Walaupun laporan pemeriksaan perubatan ke atas mangsa tidak menunjukkan bukti kemasukan adalah relevan kepada tertuduh untuk menimbulkan keraguan tetapi ianya tidak konkslusif dan keputusan mendakwa bukanlah dibuat berdasarkan laporan tersebut semata-mata. Isu samada berlakunya kesalahan seperti yang didakwa tidak boleh diputuskan sehingga keseluruhan kes pendakwaan dikemukakan. Adalah dilihat keputusan mahkamah itu berlandaskan prinsip perlembagaan yang terpakai berhubung kuasa Pendakwa Raya untuk memulakan prosiding kes jenayah.

      Delete
  4. Susah susah lantik je Ni Amar Al Doremoni sebagai AG.... Dia pun pandai kecek omputih....dulu seorang wartawan asing tanya dia..." How are you going to implement the hudud...."
    Dia jawab selamba je...."....just chop their hands like that...."sambil menggayakan orang menetak sesuatu....memang briliant la dia ni....otak bergeliga kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee [1996] 2 MLJ 544, di mana beliau telah dituduh bagi kesalahan di bawah Akta Polis 1967. Tertuduh telah memohon melalui usul pemula di hadapan Mahkamah Tinggi untuk kebenaran agar satu perintah larangan dikeluarkan kepada majistret bagi menahannya daripada membicarakan kes terhadap tertuduh atas alasan ianya merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Mahkamah Rayuan memutuskan badan perundangan menerusi seksyen 173 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa majistret harus mendengar keterangan yang boleh dikemukakan oleh pihak pendakwaan selepas seseorang tertuduh menuntut perbicaraan terhadap pertuduhan yang telah dibuat terhadapnya. Majistret tersebut tidak mempunyai kuasa sedia ada untuk menggantung prosiding dan untuk membebaskan tertuduh atas pertuduhan yang dibuat tanpa mendengar keterangan menyokong. Atas premis ini, kuasa Peguam Negara dalam memulakan dan memberhentikan prosiding tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak termasuk mahkamah. Selain itu, Peguam Negara juga mempunyai kuasa budibicara untuk mendakwa tertuduh bagi suatu kesalahan dari Akta yang berbeza dari Akta di mana tertuduh pada mulanya ditahan. Dalam kes Pendakwa Raya v. Chan Kam Leong [1989] 1MLJ 326, Mahkamah memutuskan tindakan penahanan tertuduh di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 tidak menghalang Pendakwa Raya untuk mendakwa tertuduh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

      Kuasa kawalan pendakwaan Pendakwa Raya di bawah Perkara 145(3) perlu sentiasa dipatuhi dan tidak boleh dikompromi oleh mana-mana agensi penguatkuasa di mana sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan pendakwaan menjadi tidak sah dan terbatal. Dalam kes Pendakwa Raya v. Chua Chor Kian [1998] 1 MLJ 167, Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan perlanggaran kuasa oleh pihak polis yang memutuskan untuk mendakwa tertuduh dengan mengabaikan kuasa Peguam Negara bukan sahaja bertentangan dengan kepentingan tertuduh tetapi juga perampasan kuasa hak perlembagaan sebuah institusi menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes ini, pihak polis telah mendakwa tertuduh bagi kesalahan pemilikan dadah di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 tanpa mendapatkan pandangan dan pendapat dari Pendakwa Raya terlebih dahulu dan mengakibatkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

      Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yakni memberikan kuasa mendakwa kepada pihak lain selain Peguam Negara adalah tidak sah dan terbatal. Pada tahun 1997, Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam kes Repco Holdings Bhd [1997] 3 MLJ 681, seksyen 126(2) Akta Industri Sekuriti 1983 tidak sah kerana bertentangan dengan perlembagaan kerana memberikan kuasa mendakwa kepada Pengerusi Suruhanjaya. Suruhanjaya Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa atas kapasitinya sendiri kerana ia jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan kuasa mendakwa secara eksklusif kepada Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya. Lanjutan dari kes ini, pindaan seksyen 377 Kanun Acara Jenayah telah dibuat dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengambil langkah pembaikan di mana semua saman yang dikeluarkan selepas kes itu dibuat atas nama Pendakwa Raya.

      Delete
    2. Kadir Jasin & PH ingat semua Melayu itu perasuah & penyangat ke?



      Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

      Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH yang didominasi oleh PKR dan DAP.

      Malaysian Insight menulis kononnya empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

      Untuk menambah keyakinan rakyat mereka berkata pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

      Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.

      Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

      The Malaysian Insight menulis Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

      Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

      "Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.

      Dia juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

      Syed Akbar Ali ini bodoh tentang peranan raja-raja Melayu. Walaupun raja-raja Melayu bukan baik sangat tetapi mereka ada hati perut untuk pertahankan Islam dan Melayu. Itu tugas raja-raja Melayu sejak zaman British lagi iaitu menjadi simbol agama Islam. Kalau raja-raja Melayu jadi bodoh macam Syed Akbar tidak rasa Islam itu penting maka mana rakyat nak bertaut?

      Seorang lagi dikatakan tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

      Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

      "Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya.

      Apa A. Kadir Jasin ingat semua Melayu Islam itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri? Sehingga tak ada Melayu yang baik nak dilantik?

      Delete
  5. Ada tak apa2 halangan di bawah perlembagaan yg menghalang mana2 kaum dari menjadi AG? Rasanya tak ada. Mungkin masa deraf perlembagaan umno terlepas pandang perkara ni.. Ehhh! Aku sebut umno ke? Kalau salah harap dimaafkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkaitan isu yang sama, pada 11 September 2009, Mahkamah Tinggi Temerloh telah memutuskan bahawa seksyen 120 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah tidak sah dan terbatal kerana telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan tempatan untuk memulakan pendakwaan yang jelas bertentangan dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes tersebut, Majlis Perbandaran Temerloh telah memulakan pendakwaan ke atas pemilik kedai Pasar Mini GSM, Encik Subramaniam Gopal, terhadap empat pertuduhan bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen pada 2006.

      Keputusan kes ini memberi implikasi yang besar kerana ianya boleh memberikan kesan kepada tindakan pendakwaan yang dijalankan oleh semua pihak kerajaan tempatan di seluruh negara selain menimbulkan kesan kewangan yang boleh mengancam tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Dalam menyampaikan penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir tidak bersetuju dengan pendapat bahawa jika niat parlimen untuk memberikan kuasa budicara mutlak kepada Peguam Negara, maka perkataan seperti ‘mutlak’ atau ‘hanya’ perlu dinyatakan secara jelas dalam Perkara 145(3) Perlembagaan. Menurutnya lagi, ini adalah kerana perkara tersebut sebaliknya ada menyatakan pengecualian kepada kuasa Peguam Negara iaitu dalam kesalahan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Tentera. Beliau menambah jika penggubal undang-undang mempunyai apa-apa pengecualian dalam pemikirannya, sudah tentu mereka juga akan menyatakannya.

      Dalam beberapa kes lain, Mahkamah juga telah mengisytiharkan beberapa peruntukan undang-undang sebagai tidak sah dan terbatal atas alasan yang sama seperti seksyen 58(2) Akta Imigresen 1959/63, seksyen 28B(3) Akta Perihal Dagangan 1972, seksyen 92A Ordinan Hutan (Sarawak), seksyen 39 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (Sarawak) dan seksyen 40A Enakmen Hutan 1968 (Sabah). Walaubagaimanapun, dalam amalan sekarang, penasihat undang-undang di kementerian, jabatan dan sesetengah pihak berkuasa tempatan merupakan pegawai undang-undang yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara di mana mereka ini juga telah diwartakan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di bawah seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah bagi menjalankan kuasa-kuasa pendakwaan yang diberikan kepada Pendakwa Raya.

      Keputusan dalam mentadbir pendakwaan kes jenayah bukanlah sesuatu yang mudah bagi Peguam Negara. Sudah menjadi keperluan, beliau tertakluk kepada kewujudan bukti yang mencukupi, sekurang-kurangnya suatu kes prima facie boleh dibuktikan di mahkamah. Paling tidak dalam beberapa kes, terdapat keadaan yang termasuk dalam ‘kawasan kelabu’ di mana keputusan untuk tidak mendakwa juga dibuat atas kepentingan awam iaitu alasan kenapa Peguam Negara diberikan kuasa untuk membentikan pendakwaan. Kuasa budibicara untuk memberhentikan sesuatu prosiding jenayah boleh dilaksanakan pada bila-bila peringkat perbicaraan sebelum penghakiman disampaikan. Dalam kes Poh Cho Ching v. Pendakwa Raya [1982] 1 MLJ 86, dua orang tertuduh masing-masing telah dituduh bagi kesalahan memberi dan menerima rasuah. Akan tetapi, selepas itu pertuduhan ke atas pemberi rasuah ditarik balik oleh Pendakwa Raya dan di akhir perbicaraan, penerima rasuah telah disabitkan. Penerima rasuah tidak berpuashati dengan keputusan itu kerana penarikan balik pertuduhan ke atas pemberi rasuah telah mencacatkan sabitan terhadap dirinya. Mahkamah Tinggi memetik seksyen 254 Kanun Acara Jenayah yang membenarkan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh ditarikbalik oleh Pendakwa Raya (nolle prosequi). Dalam konteks ini, mahkamah memerhatikan kuasa budibicara yang mutlak telah diberikan kepada Peguam Negara di mana beliau hendaklah melaksanakannya dengan penuh keadilan tetapi persoalan samada beliau melaksanakannya atau tidak bukanlah kuasa mahkamah untuk menghakiminya.

      Delete
    2. Semua pihak perlu hormati kuasa Agong
      MOHD HAFIZ ISMAIL 4 JUN 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.5K
      Zainul Rijal Abu Bakar
      Zainul Rijal Abu Bakar
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia meminta semua pihak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong, dalam membuat keputusan mengikut Perkara 145(5) berkaitan perkenan dalam pelantikan Peguam Negara.

      Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana jawatan tersebut disandang seseorang dengan perkenan Baginda dan bukan hanya daripada nasihat Perdana Menteri.


      “Adalah penting Perkara 40 (1) dan (1A) dirujuk dan diamati dengan menyeluruh mengenai keperluan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya di dalam budi bicara Baginda.

      “Oleh itu, perkataan nasihat bukanlah suatu ketetapan mengikat Yang di-Pertuan Agong kerana ia lebih bersifat panduan dan bukannya arahan yang dinilai mengikut hemat, kebijaksanaan dan hikmah Baginda,” katanya dalam satu kenyataan.

      Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan agama Islam di negara ini kerana lantikan Peguam Negara perlu melibatkan individu yang mampu memelihara agama itu pada setiap masa dan keadaan.

      “Tambahan pula, kami juga musykil jika lantikan dibuat di kalangan pihak yang bukan di dalam ahlinya maka akan mengundang suatu percanggahan terhadap tujuan utama pelantikan oleh Yang di-Petuan Agong.

      “Saya juga berpandangan bahawa seorang Peguam Negara menurut Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah adalah juga merupakan seorang Ketua Pendakwaraya bagi sesebuah negara dan semestinya Peguam Negara yang bakal dilantik hendaklah mempunyai pengalaman sebagai Peguam Litigasi Jenayah yang kukuh dan kuat bagi menjaga kepentingan Malaysia. Perkara yang sama juga telah ditegaskan oleh Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram,” katanya.

      Menurutnya, dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama ALLAH antara lain akan memelihara Islam pada setiap masa.

      “Hal ini menjadikan Baginda mempunyai tanggungjawab berperlembagaan (constitutional obligation) untuk memelihara Islam pada setiap masa.

      “Oleh itu Baginda hendaklah melantik seorang yang dapat memelihara Islam pada setiap masa. Malah lantikan Peguam Negara adalah dalam perkenan Baginda (at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong), justeru itu tidak seorang pun boleh memaksa Baginda memberi perkenan sedemikian.

      “Kami berdiri teguh di belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu di dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan Baginda untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati Baginda di dalam pelbagai perkara termasuklah kedudukan Baginda dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jati diri yang kukuh di samping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara,” katanya.

      Justeru, beliau memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar membuat petisyen kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan bagi mentafsirkan sama ada maksud nasihat di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah wajib diikuti ataupun dalam budi bicara Baginda.

      “Hal ini penting bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Peguam Negara tersebut,” katanya.

      Delete
  6. Macai umno dan pas cakap AG non muslim menunjukkan PH tak pertahan Melayu dan Islam...

    Woi macai2 umno dan pas yg munafik..ini aku nak komen

    1. TIADA dalam Perlembagaan yang memperuntukkan AG mesti Melayu dan Islam..betulkan aku jika tersilap sebab aku bukan pakar Perlembagaan.

    2. Selama ini umno dan pas mendabik dada kononnya kamu pertahan Melayu dan Islam...tengok apa jadi? Yang kaya raya cuma....(korang isi sendiri)

    3. AG Melayu Islam macam Apandir tu ke yg korang pilih? Choiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam Negara juga mempunyai fungsi yang tidak kurang penting berhubung dengan prosiding sivil di mahkamah di mana kerajaan atau mana-mana agensinya merupakan pihak dalam pertikaian tersebut. Dalam era teknologi maklumat dan perkembangan ekonomi yang begitu pesat, peranan Peguam Negara dalam aspek ini telah begitu jauh berbeza dari masa lepas. Kepentingan awam adalah keutamaan dalam menyelesaikan kes-kes-kes sivil di mana terdapat situasi Peguam Negara perlu masuk campur bagi menghalang dari berlakunya penipuan komersil walaupun sebelum berlakunya penipuan itu iaitu dengan mengambil langkah-langkah pencegahan melalui nasihat kepada kerajaan supaya sesuatu kes tidak perlu dipertikaikan di mahkamah kelak.

      Peranan Peguam Negara dalam pentadbir prosiding jenayah dan sivil lebih jelas berbanding kuasanya sebagai penjaga kepentingan awam. Dalam kes London County Council v. Attorney General [1902] A.C 165, mahkamah memutuskan jika berlaku salahguna kuasa dalam sesuatu jabatan kerajaan di mana ianya melibatkan kepentingan awam, maka Peguam Negara perlu menimbangkan untuk memulakan litigasi di mana Peguam Negara dalam menjalankan tugas rasminya mempunyai hak untuk didengar bagi pihak Kerajaan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Perkara 145(4) menyatakan dalam menjalankan tugasnya, Peguam Negara berhak untuk didengar di mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal.

      Walaupun Peguam Negara mempunyai kuasa budibicara untuk menjalankan prosiding jenayah, ianya tidak termasuk tatacara jenayah dan bidangkuasa mahkamah. Sebagai contoh, sesuatu kes yang berlaku di Ipoh tidak boleh dijalankan di Shah Alam kerana bertentangan dengan seksyen 121 Kanun Acara Jenayah dan di bawah seksyen 170 Kanun yang sama, Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesuatu kes itu perlu dibicarakan secara bersekali atau tidak. Dalam kes warga Peru, Jorge Enrique Pellon Tellon v. Pendakwa Raya [1998] 4CLJ 278, Mahkamah Rayuan memutuskan kuasa Peguam Negara untuk memilih kesalahan mana bagi mendakwa tertuduh terhenti pada masa tertuduh dibicarakan di mahkamah kerana mahkamah hendaklah membicarakan kes berdasarkan undang-undang tatacara dan keterangan yang terpakai.

      Sejarah telah membuktikan dalam menjalankan tugas awamnya, Peguam Negara telah menggunakan kuasa budibicara dengan berhati-hati dan bertanggungjawab bagi menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan, pengaruh dan fahaman politik kerana undang-undang hendaklah sentiasa dihormati. Secara kesimpulan, adalah selamat untuk direkodkan bahawa kuasa Peguam Negara dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu yang mutlak dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Walaupun begitu, mahkamah boleh, walaupun jarang, tidak membenarkan sesuatu relif kepada Peguam Negara seperti penghakiman Farewell L.J dalam Attorney General v. Birmingham, Tame & Lea District Drainage Board [1910] 1 Ch 48 yang memutuskan terpulanglah kepada Peguam Negara memulakan sesuatu prosiding, tetapi ianya adalah untuk mahkamah bagi menentukan apakah keputusan kepada prosiding tersebut.

      Delete
    2. Terdapat banyak hadith-hadith yang memperingatkan umat Islam tentang munculnya pemimpin-pemimpin dan gerakan-gerakan yang menyesatkan umat Islam. Menjadi kewajipan kita untuk meneliti ciri-ciri pemimpin dan gerakan yang dibawanya supaya kita tidak terjebak didalam gerakan tersebut hingga merosakan amalan kita.

      1. Para pemimpin sesat:

      Dari Aus yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      «إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»

      “Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban). Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kalian menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kalian mengingkari mereka dengan hati, agar amal kalian tidak sia-sia.”

      2. Para pemimpin bodoh:

      Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah ﷺ berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:
      «أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ »

      “Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad). Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahwa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah ﷺ . Yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam.

      3. Para pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.

      Dari Ubadah bin Shamit berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      «سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»

      “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk menaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah)

      4. Para penguasa yang memerintah dengan mengancam kehidupan dan mata pencaharian.

      Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      «سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»

      “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudianmereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).

      5. Para pemimpin yang mengangkat pembantu orang-orang jahat, dan mengakhirkan shalat(mengabaikan syariah).

      Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      « يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»

      “Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalianjangan menjadi pemungut cukai, pegawai kanan, dan polis.” (HR. Thabrani).

      Ada riwayat lain seperti hadith di atas dengan matan yang sedikit berbeza:

      عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا

      Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah mereka berdua berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

      Akan datang atas kalian pemerintah yang rapat dengan seburuk-buruk manusia dan melewat-lewatkan solat (sehingga terkeluar) daripada waktunya. Maka barangsiapa antara kalian yang menemui keadaan ini janganlah menjadi pegawai kanan, jangan polis, jangan pemungut cukai dan jangan (pula menjadi) bendahari." Ibn Hibban dalam Sahih-nya (4586).

      Delete
    3. 6. Para pemimpin diktator (kejam).

      Rasulullah ﷺ bersabda:
      «إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»

      “Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar). Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.

      Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      «وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»

      “Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak kalian tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani).

      7. Para penguasa zindik (pura-pura iman).

      Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
      «صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»

      “Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).

      حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

      Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).

      Delete
  7. Bila masuk bab pilih calon2 utk jawatan2 penting sibuklah melayu2 suci dan maksum berhujah kononnya wajib diambil orang melayu dan Islam. Bukan ke sebelum ni AG adalah melayu dan Islam? Bukankah sebelum ini PM yang terpalit dgn skandal pencurian wang rakyat YANG TERBESAR didunia ni adalah melayu dan Islam? Melayu dan Islam telah membuatkan Malaysia terkenal diserata dunia...untuk perkara yang salah.

    Sekiranya Tommy Thomas itu seorang warganegara dan berkelayakan untuk menduduki jawatan tersebut dimanakah salahnya? kita telah didedahkan kepada kebobrokan PM yang berbangsa melayu islam dan disokong dan dilindungi oleh seorang AG korup yang juga beragama islam dan...melayu! Adakah orang melayu dan islam tidak ada yang menjadi pencuri, penyamun, perogol, pengkhianat dan segala peng yang melakukan kedurjanaan? Jika jawapannya ialah ADA,mengapa soal bangsa dan agama ini dijadikan kriteria memilih calon yang sesuai?

    Bukankah akhlak, kejujuran, tindak tanduk yang berintegriti, tiada pilih kasih, kekal berprinsip merupakan kriteria yang penting untuk jawatan ini? Hieraki pemerintahan Malaysia sudah jelas diperuntukan jawatan PM sebagai pemimpin utama kerajaan ialah dari orang melayu dan islam. Dimanakah salah dan silapnya seorang yang bukan beragama islam dan bukan melayu yang berkelayakan dan terpandang sebagai paling dihormati oleh rakan2 sejawatnya tidak boleh dilantik untuk membantu perdana menteri bagi melaksanakan undang2 dan pentadbiran negara yang bukan sahaja mempunyai warganegara dari kaum melayu dan beragama islam bahkan ramai juga berbangsa bukan melayu dan bukan islam. Kesemua jawatan2 tertinggi sudah terisi dengan pemimpin2 yang beragama Islam dan dari kalangan melayu. Perlukah juga kita menyisihkan kemahiran, bakat dan kualiti yang ada dikalangan bukan melayu demi melayu dan Islam? Sifat orang2 melayu bukan begitu dan saya juga amat jelas bahawa Islam juga tidak lah mempunyai ciri2 apartheid.

    Kita faham bahawa Raja2 Melayu sangat prihati akan kedudukan bangsa melayu dan umat islam tetapi keperihatinan yang melampau itu sendiri berkemungkinan akan membantutkan perkembangan sihat dan kemajuan fikrian pada bangsa melayu dan umat islam amnya. . Ini semua untuk kepentingan negara. Amat penting negara kita mempunyai pegawai2 yang berkelayakan, berbakat, berkemahiran tidak kira ianya adalah dari bukan melayu dan bukan islam. Adakah ada orang2 melayu ingin memilih doktor melayu islam untuk merawat sakitnya sedangkan dia mengetahui ada doktor pakar dari kalangan bukan melayu yang mampu dan lebih layak merawatinya? I don't think so. Begitu juga dengan negara. Negara memerlukan seorang pakar bagi merawatnya dan jika pakar itu adalah dari bukan melayu adakah kita akan menolak pakar itu merawat negara kita yang sedang sakit ini?

    Raja2 melayu perlu melepaskan pelukan erat mereka kpd bangsa jika mereka mahu bangsa melayu bangkit gagah, berprinsip dan mampu bersaingan dipersada dunia. Niat Raja2 memang baik tetapi di zaman globalisasi ini, apa yang diperlukan oleh bangsa melayu bukanlah perlindungan tetapi galakan dan pertolongan agar mereka dapat berdikari dan menyahut cabaran persaingan. . InsyaAllah apabila diberi peluang orang2 melayu dapat bersaing di dunia ini dgn jayanya seperti mana yang telah dibukti oleh ramai pemikir2, karyawan2, doktor2, ahli2 sains berbangsa melayu yang telah menempa nama dipersada dunia.

    Akhir sekali, calon AG itu adalah pilihan sepakat dari PH dan TUN M sebagai Perdana Menteri merasakan bahawa Tommy Thomas adalah pakar yang terbaik yang diperlukan oleh negara ketika ini. Tolak ketepi soal perkauman dan agama dan lihat lah calon itu berdasarkan kriteria2 yang diperlukan untuk jawatan itu.Jika dia memenuhi kriteria dan mendapat sokongan kerajaan dan PM, masih ada sebab lagi kah untuk kita menolak?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERLANTIKAN AG BARU

      1. BERCANGGAH DENGAN SEMANGAT PERLEMBAGAAN MENGUTAMAKAN ISLAM MELAYU DI MANA LANTIKAN BUKAN ISLAM MELAYU
      TELAH MENGGURIS KEUTUHAN INSTITUSI RAJA DAN MELAYU

      2. WALAUPUN ISLAM HANYA DINYATAKAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA. TAPI PINDAAN TERBARU TIDAK DIBUAT UNTUK MENJELASKAN ISLAM
      SEBAGAI ADDIN MENCAKUPI SEGENAP KEHIDUPAN IBADAT, MUNAKAHAT, MUAMALAT DAN SIASAH. SETAKAT PERUNTUKAN YANG ADA HANYA DIFAHAMI SEBAGAI RELIGION
      BERBENTUK RITUAL. OLEH ITU KEMUNGKINAN DIPERKOTAK-KATIK KAN OLEH BUKAN ISLAM MELAYU ADALAH TERLALU BESAR.

      3. KERAJAAN PH TIDAK MENGHORMATI RAJA-RAJA MELAYU DENGAN MENGEMUKAKAN CADANGAN HANYA SATU NAMA SAHAJA. KEADAAN YANG SAMA INI DIMULAKAN SEMASA LANGKAH KAJANG
      OLEH PKR.

      4. KERAJAAN PH MEMANG DARI AWAL LAGI DIKESAN MENGAMALKAN POLITIK PERCANGGAHAN KEPENTINGAN DI MANA TELAH MELANTIK MENTERI KEWANGAN YANG SEDANG DIBICARAKAN
      DI MAHKAMAH. TOMMY THOMAS ADALAH PASUKAN PEGUAM MENTERI TERSEBUT. KEADAAN INI DIHALALKAN OLEH MAHATHIR YANG TERNYATA MENUNJUKKAN SIKAP DIKTATOR SEPERTI DULU.

      5. TOMMY JUGA LEMAH BERBAHASA MELAYU DAN INI MENAMBAHKAN LAGI KEKUSUTAN HUBUNGAN DENGAN RAJA-RAJA MELAYU.

      6. SATU PERSATU SIRI-SIRI MENYAKITKAN DAN MEROBEK-ROBEKKAN INSTITUSI RAJA DAN MELAYU DILAKUKAN OLEH PH BERMULA DENGAN MELAKUKAN TOHMAHAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU MELENGAH-LENGAHKAN PERLANTIKAN MAHATHIR KETIKA MALAM PRU. ROBEKAN TERUS DILAKUKAN DENGAN MENYERAHKAN MENTERI KANAN BUKAN ISLAM MELAYU YANG MASIH DALAM PERBICARAAN.

      7. PAN MENUNJUKKAN SIKAP MEMBERI SOKONGAN PENUH. ITU SEMUA MEMBUKTIKAN PAN HANYA KUDA TUNGGANGAN DAP.

      8. PKR PULA BERSIKAP TIDAK TETAP PENDIRIAN YANG PASTI AKHIRNYA TUNDUK KEPADA DAP.

      9. PENDAPAT SEPERTI RAFIDAH & GENG TIDAK DAPAT DITERIMA KERANA MEREKA BERFAHAMAN SEKULAR, LIBERAL DAN PLURIS. MERAKA BERFAHAMAN CETEK TENTANG ISLAM YANG SYUMUL.

      10. SEMUA INI DILAKUKAN UNTUK MENCABAR RAJA-RAJA MELAYU DI MANA JIKA ADA CANGGAHAN SI DIKTATOR INI AKAN MENJADIKAN DIRI SEBAGAI REPUBLIKAN DENGAN MEMBUANG RAJA-RAJA MELAYU. DIKTATOR TUA NAK MAMPUS INI SUDAH TAHU BILA BENTENG INI MUSNAH MAKA MELAYU SUDAH TIADA TEMPAT BERNAUNG LAGI.

      11. MAHATHIR KEMBALI MENJADI MAHA ZALIM, MAHA FIRAUN, MAHA KEJAM DAN MAHA NAMRUD.

      14. KESUDAHAN DI PENGHUJUNG ADALAH PENGHAPUSAN BENTENG MELAYU ( INSTITUSI BERAJA) DAN BENTENG ISLAM ( PAS ).

      Delete
    2. Sdr Nick.

      Komen yang sangat bernas dan jitu.

      Syabas bro.

      Keep it up and on.

      Delete
    3. 7 Pekara Ini Kenapa Tommy Thomas Tidak Layak Menjadi Peguam NegarA


      1. Beliau tegas mengatakan bahawa "Malaysia is not an Islamic State" (The Malaysian Bar, 18 Nov 2005).

      Kenapa kerajaan tegang dengan Istana? Mana tidaknya sumpah agong itu sendiri adalah beliau akan memelihara agama Islam, sudah pasti beliau tidak akan lantik peguam negara yang akan merosakkan teras negara ini.




      2. Beliau tidak boleh berbahasa Kebangsaan dengan fasih menurut MAPIM.

      Peguam negara mestilah orang yang mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bagaimana belau akan menasihati YDPA jika beliau sendiri tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik ?



      3. Beliau adalah peguam kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Di dalam buku beliau, pada tahun 2013 beliau mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng dibawa pulang dan ditanam di Malaysia.

      Dalam buku yang sama juga, Chin Peng disifatkan sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka”.

      Sungguh ironi bagaimana orang akan dilantik sebagai peguam negara itu adalah orang yang menyanjung tinggi musuh negara suatu ketika dahulu.

      4. Beliau menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai tiada asas dalam perlembagaan dan undang-undang (Anything But The Law, 2016)

      Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang sudah jelas termaktub di dalam perlembagaan sengaja diseleweng tafsirannya untuk kepentingan golongan hak sama rata.


      5. Pada 1 Feb 2014, beliau pernah mempertikaikan kuasa raja-raja dalam krisis perlantikan menteri besar Selangor.

      6. Beliau mempertikaikan keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah (Malay Mail, 25 Okt 2013).

      Ketika mana umat Islam berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah daripada menjadi permainan halus dakyah kristian, Tommy Thomas terus menjadi barisan hadapan yang mempertikaikan keputusan mahkamah pada ketika itu.




      7. Beliau adalah bekas peguam yang mewakili Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sekarang dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM.

      Jika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara, ia akan bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat. Situasi ini membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang mana kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara. Sudah tentu ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

      Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu diisi daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

      Di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan Yang Di Pertuan Agong menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama Allah antara lain memelihara agama Islam pada setiap masa. Ia menjadi tanggungjawab berperlembagaan bagi Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa.

      Oleh itu setiap lantikan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong, orang yang dilantik itu mestilah berupaya antara lain memelihara Islam pada setiap masa.

      Delete
  8. Senang cerita, jika agong tak setuju, pergi terangkan kpd dia kenapa pakatan memilih calon ini. Minta mengadap. Anwar kena jelaskan kpd agong. Anwar masih relevan utk meyakinkan agong dan raja2 dlm hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk mengisi jawatan peguam negara walaupun dilaporkan nama Tomy Thomas tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

      Kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan percaya cadangan yang dikemukakan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang negara.

      "Mengikut Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak (melantik peguam negara) berdasarkan nasihat perdana menteri.

      "Jadi kita berpegang kepada prinsip itu," katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah petang ini.

      Beliau juga memberitahu usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah berkenaan.

      Justeru, kata Dr Mahathir "tidak ada manfaat" bagi beliau memberi penjelasan lanjut mengenainya.


      Daripada kenyataan Tun Mahathir tersebut 2 janji manifesto Pakatan Harapan telah dilanggari iaitu Janji 11 dan Janji 15.

      Muka surat 53 Manifesto Harapan menulis;
      Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan dan peranan ini perlu dikekalkan. Tetapi wujud konflik kepentingan apabila Peguam Negara juga berfungsi sebagai Pendakwa Raya kerana kerajaan adalah seperti “anak guam”
      kepada Peguam Negara. Adalah amat janggal apabila seorang peguam juga memegang kuasa mutlak untuk menentukan sama ada anak guamnya akan didakwa atau tidak.

      Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa adalah lebih baik sekiranya jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diasingkan agar konflik kepentingan boleh dihapuskan. Ini juga sesuai dengan amalan di negara-negara yang mengamalkan sistem Westminster seperti Malaysia.

      Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil langkah segera untuk memisahkan tanggungjawab Peguam Negara daripada Pendakwa Raya.

      Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
      Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.


      Dalam JANJI PAKATAN HARAPAN kepada rakyat apabila menyokong mereka menumbangkan Najib Razak iaitu memastikan Peguam Negara menjadi penasihat undang-undang utama yang bebas bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.

      Tapi malangnya manifesto ini seperti juga manifesto yang lain cuba dilanggari oleh kerajaan Harapan setelah mereka "membeli hati" rakyat. Tak sampai 100 hari kerajaan Harapan cuba 'kencing' rakyat dengan pelbagai alasan.

      Apabila tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan juga majlis raja-raja, kerajaan Harapan cuba pula membelakangi Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Adakah Tun Mahathir akan menjadi Tun Mahathir dulu akan membuang kuasa Agong lagi?

      4 komponen parti dengan 113 MP dalam kerajaan "buta mata" untuk melihat janji mereka pada rakyat sebelum PRU-14 lalu. Dalam Janji 11 ada tercatat untuk tidak mencontohi BN dan UMNO dalam menerima nasihat raja-raja.

      Lagi malang parti AMANAH yang sebelum ini lantang mengkritik PAS jadi bisu dan tuli dalam pelbagai isu. Mereka sibuk dengan "ghanimah" kejar ruang dan peluang untuk mengisi nafsu. Hilang pertimbangan agama selama ini menjadi panduan. Sekarang parti AMANAH adalah "PASU BUNGA" dalam kerajaan HARAPAN.

      Muka surat 45 Manifesto Harapan menulis;
      UMNO dan Barisan Nasional tidak memperdulikan nasihat dan kebijaksanaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka hanya mengambil pandangan yang memberi faedah politik kepada mereka sahaja, dan mengenepikan pandanganpandangan yang tidak selesa pada mereka Majlis Raja-Raja Melayu pernah bertitah agar kes 1MDB diselesaikan segera. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional sehingga hari ini tidak mengendahkan titah tersebut.

      Delete
    2. Majlis Raja-Raja Melayu pernah bertitah agar institusiinstitusi kawal selia negara dijaga. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus memanipulasi pasukan Polis DiRaja
      Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, untuk kepentingan politik mereka. Duli-Duli
      Tuanku berkali-kali mengingatkan agar keharmonian antara kaum dijaga. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus membiarkan politik perkauman yang sempit dimainkan, termasuklah oleh pemimpin mereka.
      Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita. Kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan kerajaan pusat akan dihentikan.

      Yang sangat menghairankan kita ialah sikap DAP dalam isu Peguam Negara. Kalau dalam isu Menteri Pendidikan dan lain-lain isu yang melanggari JANJI PH mereka bersuara untuk mengikut manifesto. Tapi dalam isu ini mereka pula bersama-sama nak langgari Janji mereka buat sebelum ini.



      Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mencadangkan agar janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk melantik peguam negara (AG) dari kalangan anggota parlimen (MP) dikaji semula.

      Menurutnya, dengan melaksanakan janji itu kononnya akan menghadkan bakat yang ada kerana kemungkinan yang bukan anggota parlimen lebih layak.

      Katanya lagi "Situasi yang juga mungkin timbul apabila tiada anggota parlimen yang sesuai yang mana semestinya adalah tidak munasabah mengehadkan pilihan calon peguam negara hanya dari kalangan anggota parlimen.

      Untuk berdalih Ramkarpal berkata "Tidak dapat diragukan, mungkin ada calon yang berpotensi untuk jawatan peguam negara yang kebetulan adalah anggota parlimen tapi tidak semestinya hanya anggota parlimen yang dipertimbangkan untuk jawatan itu.

      Satu soalan saya nak tanya, berapa masa engkau orang ambil untuk membuat manifesto Pakatan Harapan setebal 203 muka surat itu. Lagi satu yang pergi membuat manifesto itu bodoh dan tak faham situasi negara ke?

      Kenapa kamu berjanji sedangkan kamu tak mahu laksanakan?
      Kamu ingat rakyat bodoh dan boleh dipermainakan sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional mempermainkan rakyat? Kamu tahu ada ramai orang Islam yang berjuang Islam pun turut pangkat kamu ketepi perjuangan agama dengan harapan jatuh Najib dulu baru kita baiki negara dan buat Islam. Apa mereka ini nak jawab di sisi tuhan mereka kerana kebodohan mereka menyokong kamu?

      Delete
  9. Udah dpersetujui dlm muafakatan PH bang Shah..apa lg..kita perlu perlantikan AG kadar segera supaya proses pendakwaan dlaksanakan..banyak kes tu bang Shah oii..x sabar tuu beb..
    puak pembangkang pula mencari alasan remeh temeh..x sekata biasalh..
    Kami setuju pandangan bro nick..
    melayu udah dsemai benih2 rasis..terpelihara dek ketaksuban ulamak jengkel..ini lah pernampakan betapa hodohnya melayu yg menyongsang dr pembelajaran pengetahuan pendidikan sebenar agama yg danutinya..bg puak ini udah sebati naluri perkaumannya serta kecenderungan menterbalikan ajaran agama hinggkan mengelirukan penganutnya serta bangsanya
    tiadalh salah sekiranya kami berkata mereka2 ini orang2 yg menambah keburukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang mengatakan JAKIM mendakwa dan menghukum orang ramai sesuka hati adalah satu kekeliruan kerana undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa Pendakwa Syarie dan sememangnya JAKIM tidak campur tangan, demikian pandangan yang dikongsikan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

      Menyentuh isu hendak memansuhkan JAKIM, IKSIM dan sebagainya, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu berkata, ianya bertujuan untuk menyetarakan agama Islam dengan agama lain dan ini tidak dibenarkan oleh Perlembagaan.

      “Kalau kita lihat dalam Jadual 9 Senarai Satu Butiran 4(K) Perlembagaan Persekutuan mengatakan isu-isu penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang Persekutuan adalah kuasa Persekutuan bukan negeri.”

      Menurutnya, ramai yang keliru menyatakan Islam adalah seratus peratus hak Negeri dan sebenarnya ia tidak begitu dalam Perlembagaan Persekutuan. “Memang Islam pada umumnya adalah hak Negeri yang mana kuasa ketua agama untuk negeri-negeri adalah Sultan dan itu tidak dipertikaikan tetapi ada juga kuasa-kuasa yang diuntukkan kepada Persekutuan.”

      Beliau berkata, Jadual 9 Senarai 1 Item 4(k) yang mengatakan bahawa penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud Undang-undang Persekutuan ini kuasa Persekutuan. “Jadi apa maksud undang-undang diri lain bagi maksud Undang-Undang Persekutuan ini, sebagai contoh Undang-Undang Persekutuan kita terdapat perbankan Islam atau Tabung Haji atau hubungan diplomatik luar negara.”

      Menurut beliau, umpamanya dalam Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, ada perubatan Islam di dalam perkara itu dan undang-undang Persekutuan tersebut memerlukan penentuan hukum syarak dan ia dilakukan oleh JAKIM.

      “JAKIM perlu menentukan sama ada satu perubatan Islam itu adalah perubatan Islam ataupun syirik ataupun sebagainya.”

      “Jadi mestilah ada suatu Badan Persekutuan yang diwujudkan bagi menentukan hukum syarak dan badan itu adalah JAKIM,” katanya.

      Menurut beliau lagi, “Tak bolehlah Kementerian Kesihatan pergi bertanya kepada negeri-negeri, maka JAKIM-lah yang perlu dirujuk di Peringkat Persekutuan.”

      “Begitu juga dengan isu Tabung Haji, Akta Tabung Haji, macam mana kita nak aspek kalau kita bagi semua kepada negeri-negeri. Negeri-negeri terpaksa berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatan kuota dan tempat untuk Jemaah Haji, itu tidak boleh.”

      “Sebab hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara bukan negeri dengan negara.” “Jadi JAKIM-lah yang mempunyai kuasa untuk berunding dengan kerajaan Arab Saudi menentukan bagaimana kuota, penerbangan, penginapan dan sebagainya untuk Jemaah Haji yang diletakkan tugas atas Lembaga Tabung Haji.”

      “Begitu juga dalam Akta Perbankan Islam yang mana Bank Negara adalah menentukan satu produk itu menurut hukum syarak ataupun tidak, yang menentukan halal haram ataupun tidak adalah daripada JAKIM di peringkat perbankan Islam mengikut syarak ataupun tidak.”

      “Takkan pula Bank Negara nak berunding dengan 14 buah negeri, bayangkan satu negeri bersetuju dan satu negeri tidak bersetuju ia akan menyukarkan perlaksanaannya.” Jelas beliau, sebab itu dikatakan JAKIM sebenarnya sangat-sangat berperlembagaan di bawah Item 4(K).

      Delete
    2. “Jadi siapa pun yang memerintah, Perlembagaan Islam itu tidak boleh diubah.” “Kalau ia menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan maka perlulah memberikan efek kepada peruntukkan-peruntukkan ini bukan hanya membiarkan sebagai dekorasi sebegitu sahaja.”

      “Suka saya menyangkal, dakwaan Tawfik Ismail yang berkata, JAKIM mendakwa orang ramai dan meletakkan berbagai lagi kesalahan.”

      “Sebenarnya itu bukan fungsi JAKIM sebaliknya, itu fungsi Jabatan Pendakwaan atau Jabatan Agama Islam, jelas dia sendiri keliru yang mana satu JAKIM yang mana satu jabatan agama dan yang mana satu Jabatan Pendakwaan dan Mahkamah Syariah dan sebagainya.”

      Menurut Dato` Zainul Rijal, pihak berkenaan sembrono menuduh secara pukal terhadap JAKIM sedangkan dalam undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa pendakwa Syarie, malah JAKIM tidak campur tangan pun.”

      “Semua itu sudah disebut di bawah Akta Pentadbiran tetapi bekas Ahli Parlimen ini barangkali tidak membaca undang-undang yang dibuat dulu,” katanya. Dato’ Zainul Rijal bersetuju JAKIM dan institusi Islam Persekutuan lain diletak terus di bawah Majlis Raja-Raja. Peletakan ini adalah dalam aspek kebertanggungjawaban, kebebasan dan pelaksanaan tugas supaya pihak eksekutif tidak mencampuri urusan Islam.

      Namun, pihak Kerajaan masih perlu memberi dana dan latihan kepada institusi ini kerana Kerajaan diberi mandat melaksanakan tugas Yang di-Pertuan Agong melalui Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan. Ketua Eksekutif sebenar bagi Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong.

      Delete
  10. Buddin...kena betulkan fakta tu..Athinanapan tu adalah law minister...bukan AG lah !!!!!! Dua jawatan tu adalah berbeza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Attorneys General of the Malayan Union


      Kenneth O'Connor (1946–1948)

      Attorney General of the Federation of Malaya

      E. P. S. Bell (1948) (acting)
      Stafford Foster Sutton (1948–1950)
      Michael Joseph Hogan (1950–1955)

      Thomas Vernor Alexander Brodie (1955–1959) (Merdeka 1957)
      Cecil M. Sheridan (1959–1963) (Post Merdeka)

      Attorneys General of Malaysia

      Abdul Kadir Yusuf (1963–1977)

      Hamzah Abu Samah (1977–1980)
      Abu Talib Othman (1980–1993)
      Mohtar Abdullah (1994–2000)
      Ainum Mohd Saaid (2001)
      Abdul Gani Patail (2002–2015)
      Mohamed Apandi Ali (2015–2018)
      Engku Nor Faizah Engku Atek (2018) (acting)

      NOTE:


      Thomas Vernor Alexander Brodie (1955–1959) (Merdeka 1957)
      YDP Agong was DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

      Cecil M. Sheridan (1959–1963) (Post Merdeka)
      YDP Agong was DYMM Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan jamalullail

      Correction : Athi Nahappan was Law Minister. Not AG.

      Delete
    2. Surat Terbuka Kepada Mereka Yang Hendak Menggugat Hak Keistimewaan Melayu/Islam



      Surat terbuka ini aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tanpa prejudis. Tujuannya adalah agar orang Melayu/Islam mesti mempertahankan hak mereka walaupun dengan darah manakala orang bukan Melayu mesti rasional dalam membuat tuntutan. Hal ini demi mengekalkan keharmonian kehidupan rakyat dan kesejahteraan Negara.

      Belumpun sebulan PH menguasai Putrajaya macam-macam desakan dan kebiadapan dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap hak-hak keistimewaan Melayu. Manakala keputusan PM Mahathir boleh dibaca sebagai mengiyakan kehendak dan katadua DAP. Hak keistimewaan Melayu memang kontradik dengan prinsip DAP.

      Bukan sahaja DAP, boleh kata bukan Melayu memang sebolehnya mahu hak keistimewaan Melayu dihapuskan. Malangnya ada dari kalangan Melayu pro-PH yang konon berfikiran terbuka, bersetuju hak itu dihapuskan demi sebuah Negara Malaysia yang maju, adil dan berdaya saing.

      Apa yang aku faham hak keistimewaan Melayu ini sudah termaktub sebagai kontrak sosial apabila Tanah Melayu merdeka. Antara kompromi timbal balasnya ialah orang bukan Melayu khususnya Cina dan India diberi kerakyatan mengikt prinsip Jus Soli.

      Prinsip Jus Soli ini diperkenalkan oleh British pada 1945 dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip penjajah ini lebih menguntungkan pendatang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah.

      Ok. Maknanya, aku beri satu dan dapat satu. Engkau setuju dan aku setuju. Kalau ketika itu bukan Melayu tak setuju Melayu diberi hak keistimewaan maka sudah pasti Melayu juga tidak akan prinsip Jus Soli. Bukan begitu?

      Maka sejak belum merdeka lagi kaum Cina dan India sudah berkayuh sampan pulang ke tanah leluhur mereka. Sepatutnya tiadalah timbul soal kompromi yang sebenarnya sangat menguntungkan bangsa Cina dan India itu. Maka, Tanah Melayu sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu dan bangsa pribumi yang lain sepenuhnya.
      Pendatang yang dibawa bekerja di lombong dan estet termasuk dengan anak cucu mereka sepatutnya diberi dua pilihan iaitu sama ada pulang ke negara asal atau terima untuk hidup di bawah naungan pemerintahan Melayu. Bukan begitu? Bolehlah pembaca melihat apa yang diamalkan di Indonesia?

      Ok.Mudah kata, kalau bukan Melayu menuntut atau mencabar hak keistimewaan Melayu agar dihapuskan baik secara terang atau halus, maka apa salahnya dirungkaikan semula kontrak sosial era merdeka dulu. Bersetujukan untuk dimansuhkan kerakyatan yang dijadikan tukar ganti itu? Kalau bersetuju, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Orang mengantuk disorongkan bantal.

      Ini bukan bercakap tentang sensitiviti bangsa atau semangat asobiyah. Aku bercakap mengikut apa yang aku faham dari sejarah penubuhan negara. Melalui surat terbuka ini, aku mengajak rakyat Malaysia seluruhnya berfikiran rasional agar jangan ditimbulkan lagi rasa tak berpuas hati yang boleh mengundang bencana. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.

      Jangan ada Melayuku bersikap bodoh sombong yang nanti kuburmu dikencing oleh anak cucumu sendiri di kemudian hari. Jangan ada cabar-mencabar, dendam kesumat dan segala unsur yang boleh menyebabkan tanah air ini bermandi darah lagi. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan kejutkan harimau dari tidur dengan menarik ekornya.

      Surat terbuka ini merujuk kepada cubaan menghapuskan JAKIM, pelantikan AG, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong dan peranan parti chauvanis DAP yang sedang menungggang Mahathir, PAN dijadikan terompah dan PKR dijadikan tali pemacunya. Tunggulah apa lagi selepas ini. Aku ingatkan bangsa ini, “jangan terhantuk baru terngadah”.

      #NekadBersamaIslam
      #MalaysiaSejahtera

      Delete
  11. 145(3): The [AG] shall have power, exercise able at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offense, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial.’

    Clause 3 prohibits the AG from dealing with proceedings before Syariah Courts and Military Courts. As far as Syariah matters are concerned the AG has no role.

    so, there should be an issue if the ag is not a muslim nor a malay!

    so why now umporno has become so 'muslim' than others, but then they were like satan raping whatever comes to mind!....and all are muslim and malay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. correction "...there should NOT be an issue if the ag is not a muslim nor a malay!

      Delete
    2. Semua pihak perlu hormati kuasa Agong
      MOHD HAFIZ ISMAIL 4 JUN 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.5K
      Zainul Rijal Abu Bakar
      Zainul Rijal Abu Bakar
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia meminta semua pihak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong, dalam membuat keputusan mengikut Perkara 145(5) berkaitan perkenan dalam pelantikan Peguam Negara.

      Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana jawatan tersebut disandang seseorang dengan perkenan Baginda dan bukan hanya daripada nasihat Perdana Menteri.


      “Adalah penting Perkara 40 (1) dan (1A) dirujuk dan diamati dengan menyeluruh mengenai keperluan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya di dalam budi bicara Baginda.

      “Oleh itu, perkataan nasihat bukanlah suatu ketetapan mengikat Yang di-Pertuan Agong kerana ia lebih bersifat panduan dan bukannya arahan yang dinilai mengikut hemat, kebijaksanaan dan hikmah Baginda,” katanya dalam satu kenyataan.

      Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan agama Islam di negara ini kerana lantikan Peguam Negara perlu melibatkan individu yang mampu memelihara agama itu pada setiap masa dan keadaan.

      “Tambahan pula, kami juga musykil jika lantikan dibuat di kalangan pihak yang bukan di dalam ahlinya maka akan mengundang suatu percanggahan terhadap tujuan utama pelantikan oleh Yang di-Petuan Agong.

      “Saya juga berpandangan bahawa seorang Peguam Negara menurut Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah adalah juga merupakan seorang Ketua Pendakwaraya bagi sesebuah negara dan semestinya Peguam Negara yang bakal dilantik hendaklah mempunyai pengalaman sebagai Peguam Litigasi Jenayah yang kukuh dan kuat bagi menjaga kepentingan Malaysia. Perkara yang sama juga telah ditegaskan oleh Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram,” katanya.

      Menurutnya, dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama ALLAH antara lain akan memelihara Islam pada setiap masa.

      “Hal ini menjadikan Baginda mempunyai tanggungjawab berperlembagaan (constitutional obligation) untuk memelihara Islam pada setiap masa.

      “Oleh itu Baginda hendaklah melantik seorang yang dapat memelihara Islam pada setiap masa. Malah lantikan Peguam Negara adalah dalam perkenan Baginda (at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong), justeru itu tidak seorang pun boleh memaksa Baginda memberi perkenan sedemikian.

      “Kami berdiri teguh di belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu di dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan Baginda untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati Baginda di dalam pelbagai perkara termasuklah kedudukan Baginda dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jati diri yang kukuh di samping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara,” katanya.

      Justeru, beliau memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar membuat petisyen kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan bagi mentafsirkan sama ada maksud nasihat di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan tersebut adalah wajib diikuti ataupun dalam budi bicara Baginda.

      “Hal ini penting bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Peguam Negara tersebut,” katanya.

      Delete
    3. The issue is the YDP Agong normally acts on the advice of the PM but there is the Rulers' Council to whom he may refer when having any doubt in giving his assent.

      No where is stated that the AG must be a Malay but his appointment needs assent by the Agong.

      Maybe stretching the point too far to think or talk about amending the Constitution. The easiest way out is appoint a Malay.

      Pandi may be a doddy but there are so many Malays qualified for the post out there.

      We need to bear in mind that Malays constitute about 60% of the population.

      It's not riding rough shods but as a non-Malay nominee appears to be problematic, it's very justifiable to nominate a Malay now.

      Delete
  12. Ada sesiapa ingin meneka apa yang di maksudkan Tun Hasmah bila dia mengata kpd pemberita

    Siti Hasmah: "Esok adalah hari yang genting".

    Ada kah berkaitan Majlis Raja2 bersidang esok dan calon AG elom di putuskan?

    Atau Rosmah di soal siasat dan memberi keyataan kpd SPRM esok?

    https://www.malaysiakini.com/news/428199

    ReplyDelete

  13. Madey : Hanya Tommy Panamera saja calon AG

    Apa ? Panaemera ?porshe Pantatmera ker ? ooo ini ke dia lawyer paling kaya di dunia... pegi pasar pakai pantatmera ???

    aiii... boleh kawtim laaa kalau jiwa dah minat porshe bentley hummer...

    apa kata LGE bagi pantatmera 2018 kpd Tommy Kawtim ni utk tarik balik saman kesnmahkamah


    SEBAGAI BALASAN TOMMY PANTATMERA INI AKAN TARIK BALIK







    KES RCI MADEY DAN DIAM 30B



    KAAHHHHHHH


    APA YG KAMI TULIS NI

    AKAN DI SEBUT NAJIB ESOK



    DALAM NST DAN TV3 SUKU


    kami dah secara tak sengaja jadi TEAM.MEDIA PBANGKANG 68 ANGGOTA tanpa dedak taw tau tau !!!!

    ReplyDelete
  14. Kenapa Mereka Tolak Apandi Ali Dan Mahukan Tommy Thomas?

    Ramai yang menonton TV setiap kali seseorang Raja Melayu bersumpah bagi menerima perlantikan sebagai seorang Yang Di Pertuan Agong (YDPA). Namun satu unsur yang paling penting dalam keseluruhan istiadat mengangkat sumpah itu yang ramai orang tidak sedar ialah sumpah yang dibaca itu sendiri.

    Teks penuh sumpah itu sendiri terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam Jadual Keempat Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong:

    BAHAGIAN I

    SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG

    Kami …………………………………………………. ibni ………………………………………. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
    Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
    maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

    Teks yang di baca YDPA bermula dengan Baginda bersumpah di atas nama Allah. Dan yang sangat penting kita sebagai warganegara Malaysia ini sedar ialah Baginda YDPA bersumpah “Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam”

    Di atas tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah inilah penting Baginda pastikan sebarang perjalanan Kerajaan itu selari dengan sumpah (Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam) dan sebarang perlantikan itu tidak akan mengganggu tugas dan tanggung jawab yang telah Baginda YDPA bersumpah.

    Maka desas-desus yang kita dengar bahawa Baginda YDPA menolak cadangan perlantikan Tommy Thomas untuk jawatan Peguam Negara itu adalah HAK Baginda YDPA.
    Malah Tommy Thomas sendiri pernah menulis tentang kuasa Raja-Raja dalam menolak cadangan perlantikan (The Power Of The Rulers In Rejecting Appointments-2007) … the Conference of Rulers is entitled to reject a candidate for appointment submitted to it if a majority of Rulers deem him unsuitable for the constitutional office of judge.

    ReplyDelete
  15. Tajuk tulisan saya di atas ialah kenapa “mereka” mahu tendang Peguam Negara sekarang, Apandi Ali dan mahukan yang baharu, dengan cadangan nama Tommy Thomas?

    Cuba kita lihat Apandi Ali. Apabila nama beliau naik untuk lantikan sebagai Peguam Negara pada tahun 2015, ada pihak yang membantah. Tetapi tidak ada isu perlantikannya dari kalangan Raja-Raja Melayu. Malah masyarakat awam menerima sahaja perlantikan beliau.

    Tetapi bagi mereka yang mengenali dan mengetahui keputusan kes-kes yang yang pernah beliau hakimi faham tentang pendirian Apandi Ali ini. Yang paling penting dalam hal-hal kepentingan Agama Islam.

    Contoh, kes Kalimah Allah yang dibawa ke Mahkamah Rayuan pada 2013. Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu, Apandi Ali memutuskan bahawa ““Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity … it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country.”

    Perkara penting dan sangat asas yang dibawa oleh Apandi Ali dalam keputusan tersebut ialah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang sering disalahgunapakaikan oleh sesetengah pihak:
    Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.

    Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

    Beliau menulis dalam keputusan tersebut:

    [31] It is my observation that the words “in peace and harmony” in Article 3(1) has a historical background and dimension, to the effect that those words are not without significance. The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution. It is pertinent to note that the fundamental liberties Articles were grouped together subsequently under Part II of the Constitution.

    Kepentingan dan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sama dengan agama-agama lain hatta isu kebebasan beragama. Malah ditekankan beliau bahawa agama lain “boleh diamalkan dengan aman dan damai” (kebebasan beragama) itu mempunyai implikasi syarat yang sangat penting iaitu pengamalan agama lain tidak boleh mengganggu “aman dan damai” Agama Islam itu sendiri.

    Inilah di antara perkara utama yang menjadikan pihak yang memusuhi Islam amat benci dengan Apandi Ali. Sebab itu jelas, perlantikan orang seperti Apandi Ali tidak menimbulkan masalah demi melaksanakan tugas dan sumpah YDPA, iaitu memelihara Agama Islam dalam setiap masa.

    Namun, kehadiran kerajaan baharu dan keputusan-keputusan yang dibuat kini kita dapati amat selari dengan perjuangan musuh Islam yang selama ini sentiasa memerangi kedudukan agama yang sudah beratus tahun memerintah Tanah Air ini.

    ReplyDelete
  16. Cuba kita lihat Tommy Thomas (TT) pula.

    1 Dalam bukunya (2006) sendiri telah menyatakan bahawa Malaysia ini bukan Negara Islam. Ini amat jelas bahawa pendiriannya terhadap kedudukan Agama Islam di Tanah Air ini. Bagaimana hendak dia laksanakan sumpah Baginda YDPA iaitu untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam”

    2 Beliau pernah mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar pada tahun 2014.

    3 TT mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kalimah Allah. Beliau mengatakan bahawa keputusan tersebut bukan sahaja salah tetapi tersangat salah. Bayangkan orang seperti ini yang akan membawa dua lagi kes Kalimah Allah ke Mahkamah tahun ini. Ya, ada lagi dua kes (a). Sidang Injil Borneo, (b). Jill Ireland.

    4 TT adalah peguam ketua Komunis Chin Peng. Beliau menulis bahawa Chin Peng adalah “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century”. Orang yang membela perjuang Komunis menjadi Peguam Negara – cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada Tanah Air kita.

    5 Beliau juga menolak Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara kerana kononya tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan. Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik sebagai Peguam Negara yang banyak menyanggahi dasar-dasar Negara?

    Malah senarai ini jauh lebih panjang jika pembaca sudah banyak menerima pelbagai pesanan WhatsApp lain.

    Sebagai penutupnya, pembaca MESTI SEDAR tentang kedudukan seorang Peguam Negara. Beliaulah nanti yang boleh menikam kembali YDPA ataupun mana-mana Raja. Kita lihat peranan Peguam Negara yang amat penting ini:

    Perlembagaan Persekutan Perkara 145 (3): Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
    Ini yang bakal berlaku kepada kes-kes kepentingan Agama Islam.

    DAN MALAH HANYA Peguam Negara yang boleh memulakan tindakan sivil atau jenayah ke atas Yang Di Pertuan Agong atau mana-mana Raja:

    Perlembagaan Persekutan Perkara 183: Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

    Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

    Inilah pisau yang mampu menikam balik Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-Raja Melayu.

    SEBAB ITU perlantikan Peguam Negara sangat penting diteliti sesungguhnya oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  17. BERITA PALSU: Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara bukan laporan Astro AWANI

    KUALA LUMPUR: Satu berita dengan tajuk Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH ditularkan dengan meletakkan logo Astro AWANI sebagai menerbitkan laporan tersebut adalah TIDAK BENAR.

    Laporan yang turut memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dipercayai mula tersebar HARI INI.
    Sehubungan itu, Astro AWANI meminta agar orang ramai agar tidak mempercayai sumber yang tidak benar ini.

    ReplyDelete
    Replies



    1. INI KERJA KEPALA PANTEK


      RED BEAN ARMY



      TOLOOOONG LAH PDRM BAGI NASEHAT KPD ANAK TOKONG NIII



      TAK LARAT MASUK WHATSAPP FITMAH YG D BUAT ORG BUKAN ISLAM.JAHIL TAKDE AGAMA NI DALAM SOSIAL.MEDIA


      NAMA.PUN BUKAN ISLAM... TULAR FITNAH KELOLAAAN


      RED BEAN ARMY

      p.s hentikan sebelum kami emmm paham paham laaaa yeeer

      Delete
  18. Costitutional Law expert Professor Shad Salem Faruqi, UM, pun menyebut AG bukan Melayu dulu termasuk Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959) and Cecil M. Sheridan (1959-1963).

    Brodie tak masuk kira sebab it di zaman British kolonial termasuk sikit zaman baru Merdeka.

    Tapi di zaman Tengku A Rahman rasa nya tak ramai peguam Melayu dan amat kurang yang cukup pengalaman dan layak jadi Peguam Negara.

    ReplyDelete
  19. Pabila kaduk naik junjung

    Selepas PH mencapai kejayaan PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, kedengaran suara-suara sumbang dan desakan demi desakan daripada golongan minoriti atau ultra kiasu yang sangat menyakitkan hati. Ia sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mahukan keadilan. Ya..semua mahukan keadilan. Tidak berkecuali. Tetapi keadilan bukan fair and square, sama rata dan sama rasa atau seorang sebiji. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, atau memberikan hak kepada yang berhak. Jika tidak faham lagi, mari berjumpa saya.

    Inilah akibat apabila kaduk sudah naik junjung. Mereka terlebih perasan bahawa kejayaan PH PRU14 adalah kerana undi mereka. Maka masa inilah mereka mahu menuntut segala yang selama ini terbuku di hati.
    Saya sudah cukup masak dengan strategi ultra kiasu, mereka akan desak dan tuntut seekstrem-ekstremnya. Mereka tahu ia tidak masuk akal, rakyat (pribumi) akan marah memberontak. Namun, mereka tahu kerajaan sentiasa mendengar. Mereka tahu kerajaan tidak akan memenuhi sepenuhnya tuntutan ekstrem itu. Tetapi mereka amat yakin kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kejayaan terbesar mereka. Itulah strategi ultra kiasu yang sebenar sejak dahulu saya perkatakan. Apakah kita buta dengan permainan licik ini?
    Saya tegaskan di sini, adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak atau bahasa lain, diskriminasi perlindungan itu juga adil. Jika Melayu masih perlu hak istimewa, berikan selagi mana tidak disalahgunakan. Bukan hapuskannya, kerana ia termaktub dalam perlembagaan Perkara 153. Itu bukan bermakna bangsa lain, yang tidak disebutkan dalam perlembagaan berkaitan hak istimewanya tidak perlu dibantu. Bantulah kerana Islam adalah agama yang adil. Tetapi dengan berkata, hapuskan hak istimewa itu, maka tidak adil namanya.

    ReplyDelete
  20. DAP Desak DYMM SPBYD Agong Setuju Pemilihan AG ???

    Kononnya Agong kena terima kerana ianya salah-satu manifesto PH dlm PRU lepas????

    Ha...ha...ha....

    Toll X mansuh....X nak cerita?
    Petrol X turun X nak cerita?
    PTPTN X mansuh X nak cerita?
    BR1M jumlah turun dan penerima dikurangkan X nak cerita?

    Yang tu semuanya salahkan Najib, kononnya hutang dah jadi RM 1.2 Trillion.
    Agong X terima AG soh cadangkan Melayu/Islam sebab Mahkamah Syariah di bawah Mahkamah Civil, nak salahkan Agong pulak!!!
    Asyik cari alasan dan menyalahkan orang lain!!!!

    Ini kah kerajaan yang kononnya akan mengamalkan "good governance" dan "transparency" ????

    Sedikit demi sedikit DAP dah tunjuk siapa yang sebenarnya berkuasa dalam kerajaan PH......
    Dah macam Kerajaan negeri Perak boneka DAP 2008 ????

    ReplyDelete
  21. Hah, "budak hingusan" Kerry Okspod, yang dulu istiharkan dia nak jadi PM di umur 40, sedar Tun M menyindir dia -

    Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak menganggap saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno sebagai sesuatu yang serius.

    Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir bertujuan menyindirnya.

    “Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

    Semalam, Dr Mahathir berpandangan Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan itu adalah calon yang paling layak untuk kembali memperkasakan Umno.

    Katanya, Umno kini dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti selepas kehilangan kuasa kerajaan persekutuan dan di kebanyakan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Jumaat lalu, Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini budak tingkat 4 yg jadi puncs kemarahan tun kpd pak lah..

      Delete
  22. Pilihan tun sangat di sokong kerana tun lebih tahu ape yg dia dia buat...perlembagaan tidak halang ape ugama dan bangsa AG..

    Tspi sekarang Agong yg tidak setuju...penolakan oleh Agong bukan kerana ada kepentingan peribadi baginda..

    Jadi saya akur dengan keputusan Agong....tentu ada pilihan kedua yg hampir sama dgn pilihan pertama...

    Pensyarah undang2 di universiti pon pakar undang2 dan perlembagaan jugak .... Orang melayu pon tak kurang hebat jugak...thomas dilantik pendakwaraya..

    ReplyDelete
  23. YANG SEBENARNYA ADA, KRISIS PAKATAN HARAPAN

    Apa yang sedang berlaku sebenarnya antara Putrajaya dan Istana Negara dalam soal pelantikan Peguam Negara? Apakah kita sedang di ambang krisis antara eksekutif dan raja berperlembagaan?

    Atau apakah sebenarnya ada krisis lain yang sedang bergolak di bawah radar?

    Namakanlah ia apa saja – politik tunjuk kuasa atau politik rebut kuasa, krisis tetap krisis.

    Terlepas daripada semua itu, apa yang pasti, Pakatan Harapan sendiri sedang bergelut dalam satu masalah yang juga sudah sampai ke tahap krisis: kegagalan menunjukkan sikap dan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya agenda perubahan yang ia janjikan dalam pilihan raya umum yang lalu.
    Di tengah-tengah apa yang namanya pertembungan personaliti, percaturan pengaruh puak dalam parti, atau krisis perlembagaan, Pakatan Harapan ada satu krisis – krisis komunikasi. Atau ada juga yang melihatnya sebagai krisis rebut kerusi.



    Rakyat memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.

    Dalam soal pencalonan Tommy Thomas, seorang peguam kanan dan pakar perlembagaan sebagai pengganti Mohamed Apandi Ali, orang mula bertanya, bukankah Pakatan Harapan sebelum ini berjanji Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan.

    Itu janji Pakatan Harapan dalam manifestonya Buku Harapan, dokumen yang memperhaluskan semua janji-janji yang diteriakkan di pentas ceramah sepanjang kempen PRU14.

    Orang bertanya, apa sudah jadi?

    Orang bertanya, apakah masih terpakai lagi Janji 15 yang menggariskan kenapa dan bagaimana akan ada dua pejabat yang terpisah antara Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara.

    Orang bertanya, masih ada lagikah janji itu?

    Ini bukan pertanyaan yang berlebihan. Ini pertanyaan yang bertebaran, sejak terbit laporan bahawa empat parti dalam Pakatan Harapan sepakat mahu Thomas menggantikan Mohamed Apandi Ali.

    Pada era orang membaca tajuk berita, ini realiti yang mesti dihadapi bukan saja oleh Pakatan Harapan.

    Banyak pemimpin dan parti politik lain pun berdepan masalah yang sama – orang tidak faham hujung pangkal cerita tetapi sudah membuat rumusan itu dan ini, atau segelintirnya tahu dan faham tetapi sengaja buat tidak faham kerana ada muslihat dan kepentingan lain.

    Dalam keadaan begitulah, Pakatan Harapan harus lebih cekap menjawab pertanyaan, lebih tangkas menangani tohmahan dan lebih arif membaca kemungkinan.

    Rakyat memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.

    Kalau ini bukan janji yang kritikal dan tidak termasuk dalam 10 janji dalam masa 100 hari, ya, jelaskan.

    Kalau tempoh selepas menang pilihan raya sekarang ini waktu peralihan dan janji-janji itu akan dilaksanakan kemudian bersekali dengan rombakan institusi, ya, jelaskan.

    Kalau pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara itu mesti terlebih dahulu melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, ya, jelaskan.

    Kalau Peguam Negara Apandi yang sedang bercuti sekarang tidak boleh diharapkan untuk melakukan semua perubahan itu, maka itu perlu dilantik seorang yang lain yang akan kemudian mengotakan janji-janji itu, ya, jelaskan.

    Soalnya sekarang, siapa yang menjelaskan semua itu? Adakah ini kerja Pakatan Harapan atau ini kerja masing-masing empat parti DAP, PKR, Bersatu dan Amanah? Atau ini sebenarnya masalah aku, engkau – Bersatu kata PKR yang buat; PKR kata DAP yang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apadir Ali tidak layak kerana tak mau dakwa najib kes rompakan 1 mdb...

      Delete
  24. Jangan melenting kalau orang bertanya kerana bukan baru sekali ini Pakatan Harapan ternampak membelakangkan manifestonya sendiri. Dalam masa tiga minggu sejak menang PRU14 ini, sudah ada beberapa yang dilanggarnya – kata orang.

    Orang tidak lupa bagaimana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang, kalau ikut manifesto, tidak boleh pegang jawatan menteri dinamakan sebagai Menteri Pendidikan. Orang tidak lupa bagaimana ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilantik melalui Parlimen.

    Orang memerhati, dan pembangkang – sekarang UMNO, meneliti.

    Kalau ada yang menjelaskannya, apakah penjelasan itu cukup? Kalau rasa sudah cukup, kenapa masih ada yang tidak faham dan berbunyi.

    Ketika Pakatan Harapan menonjolkan segala sesuatu yang berlaku sekarang ini sebagai “Malaysia Baru”, ia harus juga menunjukkan jalan ke arah budaya politik baru. Sudah, sudahlah zaman mengkritik hanya semata-mata untuk mengkritik, menghentam semata-mata untuk menghentam tanpa jelas betul atau salah.

    Ini masa untuk politik hujah. Ini masa untuk bersaing dengan polisi. Inilah masanya, ketika pemimpin Umno seperti Najib Razak yang dahulu sering mengelak berhujah pun sekarang sudah mula berbahas dan menjawab.

    Inilah masanya.

    Pakatan Harapan sekarang masih lagi boleh berbulan madu. Umno belum betul-betul jadi pembangkang. Tetapi sebulan dari sekarang, apabila Umno sudah selesai memilih ketua baru, sudah mula ternampak hala tuju, bersiap-siaplah.

    Ketika itu nanti, Pakatan Harapan tidak lagi boleh terus terbelit dalam masalahnya sendiri – namakanlah ia apa saja, baik politik tunjuk kuasa atau politik rebut kuasa.

    ReplyDelete
  25. Anwar cautions against slipping into old ways
    The PKR de facto leader warns against Pakatan Harapan becoming 'Umno 2.0'.

    GEORGE TOWN: PKR de facto leader Anwar Ibrahim today warned Pakatan Harapan (PH) against slipping into “the old ways” of doing things, especially when it comes to differing points of view.

    Speaking in an interview carried live on Invoke’s Facebook, Anwar said it was strange that some who called themselves liberal became ultra-conservative when it came to the issue of power, to the point where they could not be criticised or told off.

    Calling this an outdated way of viewing things, Anwar said he had also told Prime Minister Dr Mahathir Mohamad that there were young leaders in PKR who held very strong views on issues.

    Although he said he did not agree with all of these views, Anwar added that such leaders should be given space in order to bring out their talent.

    “There will be differences in views, and sometimes a slip of the tongue. Then we control. Controlling is okay.

    “But to block such views, to have a slanting view of this, or to even pressure such a person for having a voice, this is representative of the old regime.”

    Giving the example of PKR vice-president Rafizi Ramli, Anwar said the former MP could be “controversial”.

    “I agree with some of his views and disagree with others. For instance, I know for a fact that a certain statement is true, but then I am of the view that it is better for Wan Azizah to deal with this while I talk to the prime minister,” he said, referring to Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Anwar said there must be some leeway due to Malaysia’s new situation following the May 9 polls.

    “We need Malaysians to be calm. But what I disagree with is that it is as though you cannot have differing arguments within this new government. If you disagree, it means you are racist.

    “This is only restarting the culture that we have become so used to – that Umno culture,” he said.

    Anwar had been asked to comment on Rafizi’s claim that Mahathir had made Cabinet appointments without consultation with other parties.

    Rafizi also caused a stir when he reportedly said Mahathir was not the main reason PH had won in the May 9 general election. He said PH had taken Putrajaya on the back of bread and butter issues coupled with the implementation of the goods and services tax by the Barisan Nasional government.

    Umno 2.0?

    Anwar said there was a very real possibility of PH becoming an “Umno 2.0” where leaders use the coalition as their gravy train, and dissent and criticism are not tolerated.

    He pointed to Mahatma Gandhi’s struggles in India, and those of Nelson Mandela in South Africa, which had led to change. However, he said, the countries had returned to their old ways very quickly.

    “Umno 2.0 can happen. We need to have constant reminders, as well as disciplinary action, to prevent PH from becoming Umno 2.0.

    “Apart from that, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must be strengthened so that it can carry out its tasks more effectively.

    “MACC cannot just be reduced to hunting down Umno leaders involved in corruption or misappropriation of funds. Yes, such efforts to hunt them down can continue, as they have been rampant for far too long.

    “But that does not mean MACC cannot also hunt PH leaders who are found to have been involved in such offences,” he said, adding that tolerance of such actions was a sure-fire way of returning to the old ways.

    ReplyDelete
  26. Rafizi pertahan dakwaan Dr M lantik menteri tanpa restu PKR - N'kini.

    Ap kah di mahukan setiap keputusan di bawa kpd PKR dahulu sabelom di resmikan?

    Dia nak gomen by committee ke?

    Bila boleh baik pulihkan keadan negara yang dah di godeh Najib?

    ReplyDelete


  27. YANG JAHANAMKAN UMNO ADALAH HASIL TANGAN TUN


    YANG AKAN JAHANAMKAN HARAPAN JUGER ADALAH TUN



    PAKAR JAHANAMKAN ORG

    DIALAH TUN ....


    puak haprak awas yer nak bodek Tun bagi no plate MALAYSIA 2020 pun agak agak la yer... ni rasuah dari BUDAK HINGUSAN ANTONY LAKLOK MENTERI KECEK TAELOR..KPD BOSSNYA TUN

    ReplyDelete
  28. Mahathir kembalikan keyakinan pelabur - duta Jepun. Demikian di laporkan di M'kini.

    Duta Jepun yang kata begiu, Makna nya betul lah keyakinan Jepun melabur di negara ini hilang di zaman Najib bedebah.

    Tun M benar2 tahu apa yang perlu di buat. Tidak lagi jual tanah dll ke Cina Kominis hingga menjejas kedaulatan negara ini. Mcm pendehaka Najib buat dulu.

    ReplyDelete
  29. Appointing Tommy Thomas As AG Promotes Cronyism, Say Lawyer Groups
    Pakatan Harapan is promoting cronyism by insisting on appointing Tommy Thomas as the Attorney-General, say lawyer groups.

    They said this is because Thomas is Finance Minister Lim Guan Eng’s counsel in his ongoing corruption case.

    Concerned Lawyers for Justice (CLJ) secretary-general Fatihah Jamhari and Young Professionals (YP) chief executive Faidhur Rahman Abdul Hadi said Pakatan Harapan was going against its promise to restore the rule of law.

    “The proposed appointment of Thomas only serves to perpetuate the notion that this new government has all the hallmarks of the old Barisan Nasional government when it comes to cronyism and abuse of power, as he is Lim’s counsel in the ongoing corruption case against him.

    On May 21, the High Court postponed Lim’s corruption trial as his lawyers planned to propose to the new AG to drop the corruption charge.
    “If Tommy is appointed as AG, he will be put in a precarious position of respecting his office and the confidentiality privilege he has for his client.

    “Why would anybody with an ounce of ethics want to place himself in such a position?” they said.

    CLJ and YP added that an AG should also be an excellent criminal law practitioner.

    “But Thomas is not known as a criminal lawyer … his firm does not even list criminal law defence as its area of practice,” they noted.

    By virtue of Article 145(3) of the Federal Constitution, the AG is also the highest-ranking public prosecutor in the country, and is also known as the Public Prosecutor (PP).

    “Knowledge and experience is needed for him to evaluate cases and exercise his discretion to institute, conduct or discontinue any proceedings,” they said.

    They agreed that racial and religious backgrounds were immaterial.

    “What truly matters is the fact that they must understand the constitutional and legal provisions as well as the subtle nuances of our local narratives and history.

    “The AG is in charge not only of prosecution and legal conduct for the government suits, but also renderS legal advice to the Government on all relevant, legal matters as stipulated in Article 145(2).

    “This includes advice on Islamic laws or other laws that affect the five pillars of our social contract under Articles 3, 152, 153, 181 & Part III.

    “How can we expect a person who is not familiar with the peculiarities of our Constitution to work in the best interest of safeguarding the interests that lie in it?

    “For example, Thomas had once clearly declared that Malaysia is a secular state, much to the insult of Article 3 of the Federal Constitution.

    “He had also said in the past that Rukunegara has no legal bearing. This is on top of his personal feelings for Chin Peng, a communist, who was regarded as an insurgent to the country,” they said.

    CLJ and YP also pointed out Tommy’s inability to converse well in the national and official language of Malaysia, pursuant to Article 152.

    The powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 145 must be read harmoniously with the spirit of the entire Federal Constitution, taking into consideration of the oath taken by the ruler to uphold the sanctity of Islam as the religion of the Federation, they said.

    ReplyDelete
  30. Nampak nya bagus penerangan Anwar beri kpd Raja2 yang dia temui -

    Anwar had wanted to assure the rulers that Pakatan Harapan was not being controlled by the Chinese-majority DAP, which was part of the coalition, as claimed by Umno and Barisan Nasional in the run-up to last month’s general election.

    “I told them not to worry because the government was not under DAP, and there were no attempts to eliminate the power of the rulers,” Anwar was quoted saying at an Abim event.

    “The constitutional monarch will not lose power. I explained all this to them."

    Harap penerangan itu juga dapat mengimbaskan apa yang bekas mnteri Umno Nazri Aziz kata "royalty .. shoud not dabble in politcs".

    ReplyDelete
  31. Isunya bukan pasal Melayu & Islam tapi 'welcome back cronyism'. Malaysia baru konon.

    ReplyDelete