Monday, 14 November 2016

NAJIB PERLU NASIHATI JAMAL ATAU LOKAPNYA SEBELUM 19 NOV, BERSIH 5 HARUS DIBIAR BERJALAN AMAN


Setelah berdarah hidung, pemimpin Kumpulan Baju Merah, Jamal Md Yunus tidak mustahil akan bertindak lebih agresif pada perhimpunan Bersih 5, 19 November ini meskipun beliau sebenarnya masih samar siapa yang menumbuk mukanya.

Lebih-lebih lagi beliau juga terlihat membuat ugutan "darah mesti dibalas dengan darah" dan "mahu mencincang" mereka yang mencederakannya itu.

Dalam hal ini, Jamal secara mutlak tidak sesuai dan tidak layak untuk berkecimpung dalam politik. Politik ialah tentang hujah dan sejauh mana seseorang itu  mampu menggunakan akal fikiran. 
Politik bukan untuk berada tenaga. KLCC dan Putrajaya tidak mungkin terbina kerana kekuatan tenaga, melainkan melalui keupayaan berfikir yang luar biasa.

Hasratnya melawan perhimpunan baju kuning dengan suatu perhimpunan baju merah pada tarikh, masa dan tempat yang sama tidak seharusnya berlaku dan dibenarkan. Ia hanya mengundang malapetaka. 

Bukan begitu cara menunjuk kekuatan atau ingin membela Najib Razak, malah imej Perdana Menteri dilihat bertambah buruk dan jelik di pandangan umum kerana perlakuan Jamal yang sedemikian.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika Jamal dan Baju Merah terus dibiarkan berbuat sesuka hatinya. Untuk itu, menjelang perhimpunan 19 November nanti, sesuatu perlu dilakukan terhadapnya.

Pertama, Najib sendiri perlu menasihati Jamal agar menghentikan segala aksinya. Dalam Najib selalu menyebut wassatiyah dan kesederhanaan serta kedudukannya yang sudah sedia buruk di mata rakyat dengan pelbagai isu, kelakuan Jamal hanya menghodohkan lagi wajah diri, parti dan kerajaan yang dipimpinnya.

Tidak ada kebaikan dan kelebihan sama sekali disumbangkan oleh Jamal. Sebab itu, daripada 191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, Jamal hanya bersendirian dan tiada wajah pemimpin lain yang tampil bersamanya.

Najib tidak ada pilihan, titik noktah mesti diberikan kepada Jamal. Biarkanlah Bersih 5 mengadakan perhimpunannya dengan aman dan serahkan kepada pihak polis menjaga keamanan di negara ini sepenuhnya.

Keberadaan Jamal secara bebas pada hari perhimpunan bersih diadakan hanya akan mengundang kekacauan dan bukannya menyumbang kepada keamanan.

Kedua, berdasarkan ugutan, ancaman dan kemungkinan Jamal bertindak di luar jangkaan, pihak polis harus menahan dan mengurungnya di lokap polis sebelum tarikh 19 November itu.

Berilah peluang beliau berehat dan bersantai di lokap polis pada tarikh tersebut dan sehingga perhimpunan bersih berakhir. Beberapa individu lain yang selalu dilihat bersamanya dan  ada kemungkinan untuk mencetuskan kekacauan  juga perlu ditahan dan disimpan di dalam lokap.

Hanya dengan demikian, perhimpunan bersih akan berjalan dengan aman. Perhimpunan bersih bukan untuk mencetuskan kekacauan atau merosakkan harta awam. Mereka hanya ingin meluahkan perasaan. Perhimpunan sebelum ini telah terbukti aman dan tenteram jika tiada provokasi dan gangguan.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Najib atau pihak polis harus bertindak dengan segera. Jika tidak, tanggapan ramai ialah Perdana Menteri sendiri merestuai dan suka dengan perlakuan Jamal dan Baju Merah selama ini. (SH 14/11/2016).

59 comments:

  1. Kahkahkahhhhh...

    Jamal Jamban,
    Polis tumbuk saya
    Budak Zuraidah tumbuk saya
    Zuraidah tumbuk saya
    Hidung saya dah sumbat sebelah ni, nanti kau Zuraidah

    Kahkahkahhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru permulaan Jamal,,kini giliran Ali Tinju pula untuk mendapat habuan dari budak2 bersih 5......!!

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. tergelak ak tengok perangai dato' seri mcm nie... udah macam gengster... kadang2 mcm tak percaya dia nie bergelar Dato Seri... pihak istana tak boleh nak nasihat ke...

      Ampun Tuanku... perangai mamat nie, dah macam Demang jahat dalam cerita Sumpah Semerah Padi... patut dinasihat atau diberi amaran... rakyat jelata kat bandar nie rase tak selesa dgn gerakkan baju merah nie dan tak sesuai klu orang bergelar buat perangai mcm kerbau naik minyak...




      Delete
    4. Jamal ni sedang melakukan Jihad utk tuhannya iaitu Najib. Sbb tu Najib bangga dengan jihad Jamal ni.

      Delete
    5. Budin, ada baiknya Jamal dibiarkan bebas. Kita tgk dia pun sama akan turun ke BERSIH bersama GRUP MERAH dan dibiarkan bertembung. Tak guna kita melarang kerana ini kehendak masing2.

      Sama2 bigot, baru best bertembung.

      Polis dan pihak berkuasa pun kecut perut dgn hulubalang Jamal ni. Gamaknya Hang Tuah dan Hang Jebat dulu pun mcm ni juga rasanya.

      Untuk Jamal, ahlan wasahlan. Meh turun Bersih.

      Delete
  2. Wakakaka
    Haritu sibuk bagai dalam tv3 tunjuk pukul pakai kayu, wakakaka kena tumbuk hidung pun darah wakakaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka, ingatkan hebat sangat Ilmu Parang Terbang Jamal Tongkol, rupa2nya YB Ampang ada Ilmu Penumbuk Terbang. Kan dah mendapat... Kih kih kih

      Delete
    2. Sekor ketua bahagian nih cuma 'KEBAL' kayu, batu dan besi jer kutttt.......bukulima, buku-ruas, siku, malah ludah kahak hijau pun boleh melenturkan 'KEKEBALAN' sekor nih hingga menjadi KEBEBALAN pada diri sekor nih yang riak, bongkak dia dah makan diri.......!!!

      Delete
    3. SHALOM ALEYKHEM
      Kebahlolan Melayu Sunni? Mana ada ilmu Kebal Bebal? Hanya Bangsa yang Bebal sahaja yakin dengan ilmu Kebal,
      Cuba jadi Yahudi, mereka cerdik dan berakal, bila berperang, mereka tidak perlu Panglimau Kebal dan Pengebom Berani Mati, cuma pakai drone dan robot, berjuta musuh mereka mampos dengan sekelip mata.
      Yahudi sekarang mereka dah cipta senjata Electromagnetic Weapon...tekan satu satu button,segala yang terbang, Parang Terbang, Kapal Terbang, Piring Terbang, Satelit Terbang dan Bom Terbang akan punah ditangkap Electromagnetic Power..

      Delete
    4. Saudara Admin Shahudin,

      Anon 12.21 ni rasanya ialah Non-Muslim atau mungkin juga dari keturunan Yahudi atau orang beragama Kristian.

      Sebutan salam yang dia beri iaitu "Shalom" ialah ucap salam orang Yahudi dalam Bahasa Ibrani atau Bahasa Hebrew iaitu bahasa rasmi negara Israel.

      Salam yang diucapnya itu bukan "Assalamua'alaikum" seperti mana yang kita orang Islam ucapkan mengikut sunnah Rasulullah saw.

      Harap maklum.

      Delete
    5. Bangang tak bertempat, Melayu berpendapat semua dari Yahudi adalah Kafir Harbie dan Zionist.
      Muhammad SAW pun berkahwin dengan wanita Yahudi. Lagi pun, Nabi Muhammad SAW pun berdarah Yahudi, dan moyangnya adalah Ibrahim AS, Yahudi. Kitab Zabul yang diturunkan kepada Ibrahim AS dalam Hebrew.
      Akibat fatwa songsang dari Ularmak Melayu, apa sahaja dari Yahudi termasuk Bahasa Hebrew itu HARAM dan Kafir Harbie.

      Shalom and Cheers

      Delete
    6. Anon 17.44,

      Dalam Islam tiap umat itu dilantikkan seorang Nabi untuknya dan diwahyukan satu kitab yang bersesuaian untuk dijadikan panduan umat yang berkenaan di waktu itu.

      Zabur Nabi Daud as, Taurat Nabi Musa as, Injil Nabi Isa as dan Al-Quran Nabi Muhammad saw.

      Umat Islam yang wujud pada masa kini ialah umat Nabi Muhammad saw.

      Jadi apabila Al-Quran diturunkan Al-Quran itu menjadi panduan untuk umat Muhammad saw. Tiap ibadah dan hukum semuanya hendaklah mengikut apa yang terkandung dalam Al-Quran. Begitu juga dengan perbuatan hendaklah mengikut Sunnah Nabi Muhammad saw.

      Apabila turunnya Al-Quran untuk umat Muhammad saw, Al-Quran itu telah override kitab-kitab sebelumnya.

      Jadinya panduan umat Muhammad saw ialah Al-Quran dengan mengamalkan Sunnah perbuatan Nabi Muhammad saw itu sendiri.

      Begitu juga dengan ucap salam, cara Rasulullah saw kami ucapkan salam ialah dengan menyebut "Assalamu'alaikum Warrahmatullahiwabarakatuh". Ucap salam seperti ini merupakan Sunnah Nabi saw kami dan itulah cara yang kami ikut apabila mengucapkan salam antara sesama saudara Islam kami.

      Tidak ada masalah untuk kamu ikut cara kamu dan kami tetap ikut cara Sunnah Rasulullah saw kami.

      Sekian.

      Delete
    7. Ini bukan Blog UMNO dan PAS, ketaksuban agama dan bangsa bukan perjuangan PKR, semua bangsa dan agama dilayan adil dan saksama.

      Delete
  3. We are living in an unusual time. And you dear Shah are not speaking to a typical leader of a modern country... So, what will be, will be. Sadly or finally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's seem dedakians plays important role nowaday.

      Delete
    2. ya doesn't matter true or false - everyday counts janji masyuukk.

      Delete
    3. As long as the mappadulung bogey culture remains in power, the Malay mind is in deep shit.

      Delete
  4. Tuan Shah,
    konsep politik orang orang BERAKHLAK ,TEGUH IMAN dan MAJU ialah dengan cara berhujah ,menguna FAKTA dan AKAL BIJAK serta menerima perbezaaan pendapat.

    Cara politik orang orang tiada AKHLAK ,KURANG IMAN dan LEMAH MINDA melalui BERGADUH ,MENGHASUT ,BENCI FAKTA , SUKA KEPADA FITNAH dan MENIPU..Jamal Jamban sinonim dengan cara ini dan Najib adalah sponsornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang....di Malaysia ni adakah orang politik berakhlak, teguh iman dan maju? Minda orang Malaysia begitu cetek sekali...yang pandai sikit, asyik mahu menipu saja dan yang kurang pandai, terus dengan kelemahan mereka. Amat sedih dan memalukan!

      Delete
  5. Mana mungkin kumpulan "DAJJAL" yang di taja oleh "SETAN YANG DI KENALI" di sumbat di dalam lokap. Sekira nya di laku kan, siapa yang akan menjadi pengacau di PRU 14 nanti? Tak best lah kalau di PRU tersebut aman, tenteram dan sejahtera lerana "SETAN YANG DI KENALI" biasa membiak di dalam zon yang kotor. Tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Saya benci pun nak sebut namanya. Semua tahu siapa dia dan tindakan2 samseng ni tajaan siapa. Semua orang yg berfikiran benci dan meluat...
      Perjuangan yang berpaksikan kepada duit takkan kemana2. Akan hancur..
      Apabila BN tumbang nanti, dan apabila umno berkubur, diharap kerajaan baru nanti sumbat dia dan "sponsors"nya dlm penjara..

      Delete
  6. Najib naik kepersada politik malaysia kerana keturunan, bukan kerana tokok kepimpinan diri.
    Inilah bahayanya jika sesuatu pertubuhan dipimpin oleh orang yg bukan selayaknya.
    Pemimpin yang lemah akal akan membawa negara menuju kehancuran.
    Sudah tiba masa rakyat yg cintakan negara menolak umno.

    Dari seluruh keluarga saya di Terengganu dan Kelantan "SELAMAT TINGGAL UMNO".

    ReplyDelete
  7. Membela najib tidak bertempat, buat kacau. Dalam banyak skandal yang berkait, najib tak boleh mahu pun tidak pernah menjawab persoalan salah lakunya ini. Diparlimen pun najib tidak boleh disoal kerana dia memang betul2 bersalah. Siapa saja cuba membicarakan isu 1MDB akan dikenakan tuduhan palsu demi menjaga kuasa tidak hilang. Tuhan maha adil, tiap yang bersalah akan menerima akhibatnya nanti. Dengan doa dan permintaan rakyat, najib dan kuncu2nya pasti akan tewas jua akhirnya. Ya ALLAH kau laknati lah mereka2 ini kerana menipu dan menyelewing duit rakyat dan negara. Amin!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah si Lanun Bugis nih tipu, kelentong lagi dalam Parliament yakni......Jho Lo tidak ada kena mengena dengan 1MDB!

      Tang kes di Singapura tuh dah terburai Jho Lo memang 'GATEKEEPER' 1MDB! Bukan tuh aje, GoodStar pun dah TERBUKTI milik penuh JHO LO....Najib, PACarimakan, BNM-Governor yang 'RAMBUT ALBINO' tuh nak kelentong apa lagi GoodStar bukan milik JHO LO?

      Delete
  8. Baju Merah ini adalah angkatan yang akan digunakan untuk mencetus huru hara di negara ini jika BN kalah PRU14. Tanpa kumpulan ini mana mungkin akta MKN dikuatkuasakan nanti untuk memgekalkan kuasa diktator Najib dan UMNO.

    Mark my words. This is what is being planned. That's why this Sekinchan fellow is so well-supported, wel-funded and protected by the police.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It could be well be as early as this weekend BERSIH's rally......the situation will be 'primed' for the taking......since Ketua Polis Najib dah dalam poket???

      Delete
    2. Adoi! If polis is not same as perwiraan then all is ahjibgor's wayang kulit oi...

      Delete
    3. setuju dgn anon 10.04. ini adalah option yg ada pada najib. sekiranya gelombang pengundi ke arah pembangkang maka akan digerakkan puak samseng ini utk mencetuskan kekacauan di tempat mengundi menyebabkan SPR terpaksa menangguh pilihanraya untuk satu tempoh masa.

      Delete
  9. D Sabah skrg surat layang yg d dakwa d tulis oleh Jamal has gone viral.
    Kalau d Sabah, saya fikir org Murut akan sumpit (blowpipe) Jamal dari jauh. Tak perlu sentuhpun.
    Org Bajau akan "semai" dia.
    Padan muka dia kena tumbuk.
    Jahat punya org. Msia bukan milik u seorg. Kita d Sabah pun ada hak.
    Sabah n Swak FORMED Malaysia. Baca sejarah. Kita bukan bodoh.
    Ceh Jamal.

    ReplyDelete
  10. What do you expect from a bunch of village idiots? Abad ke 21 dah, perangai masih macam kutu felda.

    ReplyDelete
  11. insya'allah 19/11 akan d hadiri olih semua lapisan masyarakat yg berbilang kaum.

    najib sedar yg dia d asak drpd semua penjuru. hanya tinggal jamal ikan bakar dgn kumpulan samseng nya yg tinggal.

    najib tidak akan selesa jika demo berjalan aman.
    lihat saja apa yg terjadi d Jakarta baru2 ini. demo damai yg d hadiri kaum muslimin9d nagger 500000) tlh menjadi kecoh selepas isya' olih kerana setengah mereka tlh d hasut olih 'agent provocatuer'.

    taktik yg serupa mungkin d gunakan utk menghuru harakan himpunan 19/11 kelak.

    ini taktik lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. himpunan haram kuning yang akan semestinnya tidak akan aman..dulu boleh pijak gambar2 pemimpin..pecak kereta..hina pemimpin..aman taik busuk kau lah..ini himpunan haram bersih tajaan dari tali barut yahudi..baju merah maralah menentang pengganas2..

      Delete
    2. Anon 13:55....sapa yang pengganas?....baju merah lah pengganas....Pengganas ni...orang yg dapat upah untuk mengganas...cuba kau tanya kepala2 baju merah tu...dapat upah tak?...mesti dapat punya...klau tak dapat....kau ingat balaci2 nak join ke?...ada otak tu...gunakanlah...

      Delete
  12. Jamal patut msk WWE kalau nak tunjuk kuat.

    ReplyDelete
  13. Satu soalan jer nak tanya. Kenapa suara dia kepit macam pondan lorong ek? Kata kebal dari ujung rambut ke ujung kaki tapi sora kepit. Hahahahahahahahahaha
    Macam clown sama macam bos dia Noh dan bos besar dia.

    ReplyDelete
  14. Bersih kena intip pergerakan Bugis....kalu dia keluar negara sebelum 19 Nov dan waktu perhimpunan diadakan, baik batalkan saja. Disyaki akan ada cubaan untuk membuat sesuatu tidak baik. Biarlah si JJ (kebetulan lak sebagai pengganti JJ yang lampau) bersantai dengan juak-juaknya dan tahulah dia membyar kos upahan nanti. Tolong jangan masuk perangkap.

    ReplyDelete
  15. Salam Bro

    Semua ini telah dirancang...Jamal samseng UMNO tak akan berani bertindak kalau tak ada tangan dibelakang...

    Seperti kata Tun M...Jamal dan baju merahnya adalah sebagai alat untuk mencetuskan huru hara...dan Najib boleh mengistihar darurat...KPN?...kenapa tak guna SOSMA atas Jamal samseng UMNO ni?

    Jamal dan UMNO tak boleh dipisakhkan....dan MO1 sebenarnya KETUA samseng UMNO ni.

    Ali Tinju mana?...Kulup Rani mana?...Zahid...Zahid Komedi sebagai Menteri yang bertanggung jawab dalam isu ini...tido ke?

    ReplyDelete
  16. ..beliau patut muhasabah diri sblum terlewat..jgn angkuh dan riak walau diri punya ilmu yg ampuh..sblum buku bertemu ruas, sebelum perut terisi asam dan garam baik beringat wahai jamal dan kuncu2nya..ada yg lg handal dan hebat dr kamu.

    ReplyDelete
  17. Saudara Din, tugas yang diberi oleh pemimpin kepada Jamal Yunos ialah untuk membuat kekacauan di Bersih 5.0 supaya pemimpin ada alasan mengistihar darurat di Malaysia. Lepas tu, pemimpin akan menggunakan kuasa darurat untuk menangkap semua pemimpin Bersih dan pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Perangai jamal nie macam budak tak sekolah.. Malah, budak tak sekolah pun lebih berotak dari dia.. Macam nie nak jadi YB?? Dia nak jadi contoh kepada orang lain, tapi orangnya jenis takder adab.. Agaknya spesis2 org macam nie jea yang tinggal dalam umngok.. Sorrylah umngok, memang 7 keturunan aku takkan mengundi umngok nie.. Perangai memang samseng.. Lagi baik aku undi cina daripada undi umngok yg ada banyak org2 macam jamal nie.. pi jual ikan masin lagi baik kau jamal daripada menyemak jea buat huru hara.. bodoh!!

    ReplyDelete
  19. Saya baru sahaja bermesyuarat dengan beberapa ketua cabang UMNO di Pulau Pinang sebentar tadi mengenai isu Dato Seri Jamal yang ditumbuk. Pihak kami iaitu seluruh ketua cabang UMNO seluruh Malaysia secara jujurnya tidak bersetuju langsung dengan aktiviti-aktiviti yang dilancarkan oleh Gerakan Baju Merah. Tindakan Baju Merah banyak menimbulkan provokasi yang dibimbangi menimbulkan banyak kelemahan sehingga diketahui oleh pihak lawan iaitu Komunis Bersih. Ini akan merugikan kami nanti dlm PRU14. Kami juga menggesa Dato Najib memberikan tindakan yang sewajarnya kepada Baju Merah agar tidak lagi mencetuskan provokasi. Biarkan sahaja Bersih dengan menyebarkan propaganda komunisma mereka.

    Laporan Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ini 'akai kurang' tapi berlagak cerdik saperti kamu ini org penting.
      Hentikanlah kerja bodoh ini. Takda untung apa apa.
      Katak puru tak boleh jadi raja katak, kulit menggerutu penuh dg puru.

      Delete
  20. belum berhimpun taik2 kuning sudah menampakkan ciri2 ala pengganas..jangan biarkan mereka menghuru-harakan negara sebelum terlambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sekor lagi katak puru..ha ha..ha..

      Delete
    2. Polis tumbuk saya ,polis tumbuk saya,polis tumbuk saya kahkahkah jamban oh jamban tanah tumpah darah ke hidung kamu tumpah darah???

      Delete
  21. Tepuk tepuk jamal kena tumbuk
    Ketua baju merah hidung berdarah
    Dengar cerita meraung semalaman sbb kena tumbuk
    Tunjuk kuat tapi sebenarnya lemah
    Parang melayang la konon
    Hampeh

    ReplyDelete
  22. Jamaljamban buat provokasi sbb di bayar utk itu.....bila huru hara darurat akan di istiharkan,maka p/raya ditangguhkan...maka selamatlah buat,sementara waktu.....tak ke bodoh tu? Salah tetap salah tu saja....

    ReplyDelete
  23. salam tuan,

    mohon tak setuju..najib patut arah jamal bukan nasihat..dan najib tak ada kuasa untuk lokapkan dia..

    tapi setuju sangat tentang kekuatan politik diukur dengan kepetahan berhujah..

    keep it up tuan..

    ReplyDelete
  24. Budin..ingat kes Nothing 2 Hide? MO yang sama digunakan oleh jamal jamban ni..kalau masa N2H ali tinju yang tak pasal2 buat kecoh..kemudian IG kata Najib takleh hadir atas sebab2 keselamatan...cara yang disama digunakan oleh Jamal ni..menimbulkan kekecohan supaya nnt boleh dikatakan keadaan mengancam keselamatan..dan akhirnya mungkin perkara yang tidak inginkan akan berlaku...nauzubillah

    ReplyDelete
  25. Ntah2 jamal upah org sendiri pukul dia..pastu salahkan org lain..kononnya nak condemnkan perhimpunan bersih..las las kebodohan dan kelemahan ko jugak yg org nampak..kak kah kah..ini wayang umngok selalu putar kat tv punya..

    ReplyDelete
  26. jatuh maruah dan ego kau kena tumbuk kt muka
    biar semua org nmpk
    mana nak sorok muka dah hidung kau berdarah
    satu malaysia senyum sinis kt kau jamal

    ReplyDelete
  27. Komen2 jamal bapok pun dah cukup nak tangkap dia. Mana gi akta sosma ke apa ke. Gunakanlah. Ni heboh tangkap org yg tak mengancam langsung. Jamal yg bebal ingatkan kebal nak darah ni. Semua org dah takut nak keluar umah dah.

    ReplyDelete
  28. tuan budin.
    pekara biasa-biasa dah mnjd luagbiasa..
    pekara mnjd tunging tebalik. mlayu yg tertindas cina plak nak bedemontrasi..
    maap beckp.
    cina nk bedemo apa hal, apa lg yg tak pueh hati.
    kita tengok apa tindakan gomen pada bangsa cina . mmg tiada.. dari bersih 1 sampe bersih 4 .habok pon tarak..paling -paling siram air paip dgn gas pedih mata..
    kalu mlayu memali ..gomen masok kampong buboh peluru.blom sempat nk pange abah. mlayu memali mati katak.
    bila cina terang-terang bwat demo tak kan hangpa nak tengok saja patut mau boboh peluru juga biag adil dan saksama
    angota polis bagi mabok dulu kaw-kaw nnti bila tengok cina nampak mlayu baru berani polis bubuh peluru habis-habisan
    kalu cina hangpa tak berani nak buboh peluru.mcm tak biasa pula.
    paling-paling habih demo mlayu dbkl pulak jd barua sapu sampah cina..

    ReplyDelete
  29. Yang penting...sapu BERSIH...najib rosmah umno bn
    Keris pahang

    ReplyDelete
  30. Mr Kulup Kipidap,...where are you?Kalau di Jepun ada Ultraman,....Malaysia ada DEDAKMAN.Pandai betul si Najib ni cari orang kuat dia.Jamal Si Ikan Tongkol,Ali Tinju dan Mr. Kulup adalah watak-watak yang setaraf dengan legenda sastera rakyat seperti Lebai Malang,Pak Kaduk,Si Luncai,dan Mat Jenin.Namun,mengikut pakar sastera,...masyarakat di Johor mendakwa ada seorang lagi lagenda sastera rakyat selepas Mat Jenin,....namanya ialah Mat Mazlan.Semua watak-watak ini akan dikenang zaman berzaman sepertimana orang Melayu ingatkan Si Kitol.

    ReplyDelete
  31. Jangan hairanlah ada pemimpin baju merah kena tumbuk ini semua kerja org umno kalau madih ingat ketika umno bn kuat didewan undangan negeri selangor pun ada adun DAP ditampar ini semua kerja kurang ajar umnolah tu dan org melayu yg bodoh jadi tak usah hairan baju merah nak tunjuk bangangnya

    ReplyDelete
  32. Elok lah tu melayu sokong and jaya kan misi perhimpunan cina. KASI SAPU BERSIH. 13 mei dulu cina guna lambang penyapu . Nak buat lagu mane. Ape lah punya melayu kalau ye pun nak tunjuk perasaan , jangan lah sampai join pertubuhan cina.. Dia tak nampak agak nye cina 5.0 ni pijak2 gambar ulama. Menyusah kan orang awam je. Pelancong pun takut nk datang malysia bersiar siar. Dah macam rusuhan perang. Elok2 malaysia aman damai now dah jadi huru hara... Kau nak ikut style luar negara tunjuk perasaan. Kau suka ke tengok melayu sama melayu gaduh. Cina 5.0 tak ada pulak kena tibai. Cina banyak suka wo. Sebab tu cina 5.0 ni perlu kan ramai pengikut. Puih perhimpunan haram tak bermoral.

    ReplyDelete