Sunday, 13 November 2016

AHHH...JANGAN TERLALU JAUH TERTINGGAL BERBANDING KOREA!!


Himpunan Bersih 5 akan diadakan Sabtu depan, 19 November. Ia hanya kira-kira seminggu saja lagi daripada sekarang. 

Berdasarkan mood rakyat terhadap Najib Razak, UMNO dan kerajaan sedang berada di kedudukan paling rendah ketika ini dan program jelajah di seluruh negara telah diadakan dengan jayanya, tidak mustahil demonstrasi aman Sabtu depan itu akan mengundang kehadiran yang melimpah ruah dan di luar jangkaan.

Selain itu, promosi percuma yang diberikan oleh Kumpulan Baju Merah terhadap Bersih 5  yang berbaju kuning sejak beberapa minggu lalu dengan pelbagai insiden yang menjadi bualan masyarakat, turut dipercayai mampu menyumbang kepada keghairahan orangramai untuk turut serta menghadirinya.

Berapakah dijangka akan turun pada 19 November nanti?

100 ribu? 200 ribu? 500 ribu? Atau lebih daripada itu?
Berapa pula Kumpulan Baju Merah yang bertujuan untuk menghalang Perhimpunan Bersih 5 yang berbaju kuning, mampu mengerahkan kekuatannya?

300 ribu? 30 ribu? 3 ribu? Atau sekadar 300 orang?

Di Korea Selatan, situasi yang hampir sama dengan Malaysia di mana demostrasi mendesak perletakan jawatan presiden negara itu juga sedang memuncak dan membuak-buak.

Semalam, diadakan demonstrasi besar-besaran dengan pihak penganjur menganggarkan sejuta rakyat telah turun dan berhimpun dalam demonstrasi yang sudah memasuki minggu ketiga diadakan.

Mampukah demonstrasi 19 November nanti menyamai jumlah di Korea Selatan itu?

Kalau tidak sejuta, bagaimana kalau separuh daripadanya?

Atau, setidak-tidaknya suku daripada sejuta itu?

Berdasarkan keghairahan rakyat negara kita terhadap drama-drama Korea, diharapkan sekurang-kurangnya contohilah juga semangat rakyatnya yang sedang membara ketika ini.

Dapat mencapai suku atau 20 peratus seperti mereka pun sudah cukup membanggakan sebenarnya.

Bersama dan satu semangat dengan mereka menunjukkan kita tidak bersendirian di dunia ini melakukan perkara yang sama. 

Ahhh...yang penting jangan terlalu jauh kita tertinggal berbanding semangat rakyat Korea. (SH 13/11/2016).

38 comments:

  1. Di Korea, rakyat bebas berdemo secara aman tampa gangguan.

    Rakyat bebas turun tampa sebarang ugutan dan pihak berkuasa memberi kerjasama setelah mendapat permit.

    Berbanding Malaysia, jauh berbeza.
    Rakyat diugut untuk meluahkan perasaan dan dinafikan berkumpul secara aman dan berbagai cara dibuat untuk mengagalkan perhimpunan walaupun permit sudah mohan dari awal.

    Hak rakyat berkumpul secara aman di nafikan.

    Ini lah democracy cara Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ni negara bigot half past six. Dahlah bangang, bigot2 ni bacul dan x boleh ditolong lagi. Sama mcm redneck dan klukluxklan.

      X ada apa lagi boleh dibantu, duhai deplorable half past six bigots. Yg berkualiti tersangatlah sedikit, x sampai 1%. Apalagi nak diharapkan kpd sang bacul dan si pengecut. Sistem yg ada pulak, boleh dimain2 ala bola saja. X suka, gi tinggal di bulan. Hihhi..

      Delete
    2. Di Korea tidak ramai penjilat dedak dan rakyat lebih tahu yang mana moral-akhlaq baik/halal dan yang mana moral-akhlak burok/haram dari sudut "good governance".

      Golongan agamawan mereka juga tidak menjilat dedak upahan pemerintah.

      Delete
  2. Jamal kena tumbuk sampai berdarah hidung di ampang point. Padan muka dia! Bersilat hentak bata, patah papan macam kebal, diri sendiri lembik kena tumbuk. MO1 next...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu patut diguni jer..pastu campak jer ke dalam sungai kat Sg Besar atau Sabak Bernam tu..ingat orang Melayu segan sangat dengan bangsa BANJAAAAAAR dia tuh..sedor le diri sikit.

      Delete
  3. Di Malaysia demokasi. Bukan demokrasi. Sedangkan perhimpunan jalanan dipelupori oleh umno sendiri ketika menentang Malayan union pada 1946.

    ReplyDelete
  4. Pada 19hb ni akan belaku pertembungan baju kuning dan baju merah seperti yang di rancang. MO1 akan istihar darurat. PRU14 akan di gantung.

    ReplyDelete
  5. Jamal mendakwa ditumbuk oleh 'budak YB Zuraida'. Berdarah hidung.. Ingatkan kebal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero baju merah kena tumbuk.
      Terjerit jerit...Polis tumbuk saya!!!...Polis tumbuk saya!!!!....Suara macam bapok.
      Ingatkan kebal.

      Delete
  6. Ye ke jamal kena tumbuk berdarah hidung???Tak cayalah sebab hari tu tengok video dia kat blog Milosuam dia macam kebal semacam aja kena pukul dengan kayu nampak ok aja....Ntah2 Jamal lain kot......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal lain kot?....mungkin jugak....mungkin HANTU JAMAL....atau.....JAMAL HANTU....

      Delete
    2. Sian Jamal... kena pukul belakang sampai bedarah hidung.... nampak nau pembongak eh

      Delete
    3. Itulah...siapa suruh pi kacau orang. Kan dah kena

      Padan muka!!!!!

      Delete
  7. Mmm.. Saya bukan nak perlekehkan rakyat Malaysia. Dari pemerhatian saya, rakyat kita ni reti kecih dalam fb atau media sosial je. Bila diajak untuk berhimpun, masing-masing pakat tengok sesama sendri. Aku tunggu kau dan kau tunggu aku. Silap- sikap cakap je berdegar-degar. Bila sampai hari yang dijanjikan, masing-masing berlengkar dakam kain selimut.
    Maaf jika komen saya ini meruntuhkan moral kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tuan, ramai yg berani kata kot belakang ja. merungut pasai najib. ajak turun KL tak mau. yg kerja kerajaan ni nk ajak pi dengar ceramah politik pun takut.dok peluk tubuh harap org lain tolong fight. last2 orang tua tu jugak kena ke depan. just for the record I'm going down to K

      Delete
  8. Selagi makan nasi, nak kebal setakat mana sijamal tu..akhirnya kelubang kubur juga..sedarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dedak rasanya boleh kebal kot......

      Delete
    2. Mesti dia dah pi mengadu kat tuan dia MO1 tu...Malam tadi

      Delete
  9. melayu dgn melayu ka bergaduh ... aduh teroknya. bangsa lain gelak sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu nggok...

      Yang bertempur tu adalah yg menindas & yg tertindas..

      Walau bagaimanapun hamba kena tabik kat Jamal kerana dia berani ke depan..

      - Tun Tan Sri Datuk Seri Dr Hj Bonggok bin Hj Bacul.. pacal yg hina.

      Delete
    2. UMNOngok menyamun Melayu, UMNOngok kencing Melayu ...aduh teruknya, sekandang BABI gelak sakan

      Delete
    3. Tan sri datuk seri haji dedak...mcm kera kena belacan saja aku tengok dia tu...
      Polis pukul saya...Polis pukul saya..Polis pukul saya.
      Tak lama lepas tu...Budak YB zuraidah tumbok saya...
      Mana satu yg betul ni????
      Sempat lagi nak main drama pula
      Buta sungguhlah Tan sri Datuk sri dedak ni. Sampai dia boleh tak kenal siapa pukul dia.. ketawa sungguh bila aku tengok gelagat babi umno ni.
      Woiiiiii...pi ambil mc lah.

      Delete
    4. 21:36 ayat "melayu gaduh sama melayu, org cina, india ll tepuk tgn" lapok dh..
      Prinsip kena jelas integriti lawan kleptokrasi. Tak kira apa bangsa la..

      Delete
  10. Klu kerajaan tak bole terima kritikan kerajaan apa ni??klu rakyat tak bole meluahkan pendapat kenapa minta rakyat mengundi. Harapkan yang berhormat semua jadi yang bangsat.bongkak dan egoist.klu 19 ini kerajaan guna taktik Kotor jadi nasib Gaddafi atau ceaucescu. Ini pilihan Mao hutang.

    ReplyDelete
  11. Harga minyak masak semakin mahal. Ayuh kita turun di jalanan 19 November ni untuk menyuarakan hak kita..

    ReplyDelete
  12. Jamal Jamban dah kena belasah sampai berdarah hidung. Tengok kat kinitv

    ReplyDelete
  13. Tak lama lagi harga jagung makanan ayam pon naik sebab USD 1 = RM 4.72 dan akan di ikuti olih kenaikan harga ayam

    ReplyDelete
  14. Niaga ikan bakar dah lingkup..skrg jamal jamban niaga demo lak..penyamun kencing penyamun..kabarnya dapat 3 juta dr bapak penyamun untuk baju merah...agak2 masa mintak tu bajet utk 300k org...tp..kalau kita tgk..x brp kerat yg join baju merah..balik2 muka yg sama jer...memang banyk untung jamal jamban niii..lps ni leh mintak tambah bajet lg dgn bapak penyamun...sama2 kencing mengencing...

    ReplyDelete
  15. Polis pukul sayaa..polis pukul saya..budak zuraida pukul sayaa..zuraida pukul saya..saya pukul sayaa..saya dipukul disaya..Gila ape ko ni jamal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan sri datuk sri haji dedak tu memang sewel.

      Delete
  16. Tak ramai pun takpe..yang penting rakyat seluruhnya sedar hak mereja untuk guling hancur lenyapkan rosmah najib umno bn
    Keris pahang

    ReplyDelete
  17. Time will show. When i dont know. Vote is secret. Yellow vs red = drama vs jokes

    ReplyDelete
  18. Abaikanlah dia ni.
    Demonstrasi adalah aktiviti perhimpunan/perarakan yg sudah pernah berlaku di negara ini dan bukan benda yang baru atau ianya suatu keganjilan.

    Perhimpunan baju merah yg menyatakan sokongan buat pakajib tak perlu sibuk kat tim baju kuning ni. Nampak sangat dia ni mengejar publisiti murahan memandangkan TV 1-TV 9 memang menyokong pakajib.

    PDRM yg dah tau karakter jamal kenalah bijak mengatur supaya perhimpunan pd 19 nov secara aman tidak diganggu gugat oleh peserta baju merah.

    Jamal nak berhimpun carilah masa dan tarikh lain. Dah jadi ketua bahagian selalunya orang yg berhemah.... tak gitu!!!!!




    ReplyDelete
  19. PDRM tu apa ya ??? Pasukan Dalang RM ke ?

    KPN tu apa ya ???? Ketua Penjilat N ke ??

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Biar betoi, kena tumbuk dari belakang berdarah hidung. Bahaya tu jamal tumbokan maut tu. Hang kena buat check-up terutama otak hang. Hang kata geng zuraidah memyebabkan kedai tutup tapi semua orang tau kehadiran hampa yg membuat kedai tutup. Depa semua takut dengan aksi aksi kepahlawan yg hampa dok tayang. Lani tau dah, badan hang tak lut, tapi kepala hang lembut. Nasihat aku dekat hang lain kali pakai helmet.

    Seperkara lagi macamana hang kena tumbok dari belakang. Dimana hang semasa tu. Lari pi dudok belakang orang2 hang kah. Pemimpin jenis apa ni. Pendekar ponen apa ni. Apa pemimpin pemimpin umno lanie dah takdak tel*q dah kah. Ada pemimpin pemimpin dengan pemberita pun takut, Kalu berdebat lagi cepat lah lari menyorok.

    Apa lah nasib orang2 melayu, dulu terpaksa berarak menentang malayan union, ingat kah setelah berjaya boleh dudok rehat menikmati hasil perjuagan. Tak lama pun anak cucu depa kena turun sekali lagi. Kali ni kena tentang parti yg tok nenek depa tubuhkan pulak.

    Orang melayu bangsa yg taat dan lemah lembut, tetapi jangan ingat depa bodoh dan boleh diperbodohkan oleh pemimpin, kalu yg ada tak dijaga bila hilang jangan ditangisi.

    Jika tangan ini yg mengangkat maka tangan ini jugak lah yg akan menurunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun hairan kena tumbuk dari belakang tapi macam mana hidung boleh berdarah dan spec tak pecah?????
      Lepas tu suara dia pula sebiji macam kartun doraemon..hehehehehehe

      Delete
  22. Eknomi dan nilai ringgat akan hanya stabil andaikata ahli2 umno ada sikit keberanian mendesak najib berhenti dari PM. Selagi najib masih jadi PM, eknomi kita akan suram. Rskyat akan merima akibatnya menanggong beban kesengsaraan. Wahai ahli2 umno, jangan takut untuk turunkan najib untuk krbaikan bersama. Parti kuat malaysia makmur. Tentu ada pemimpin yang lebih baik dari najib didalam umno untuk diketengahkan sebagai PM. Biar orangnya jujur dan ikhlas dan tak ada skandal. Ayuh ahli2 umno bola dah dikaki, apa lagi. Jangan bertidak jika dah terlambat, buruk padah nya.

    ReplyDelete