Thursday, 10 November 2016

KESERONOKAN AKAN MEWARNAI RAKYAT MALAYSIA JIKA BN DAPAT DIKALAHKAN


Keseronokan adalah penting dalam kehidupan. Ia kadang-kadang merupakan motivasi untuk terus hidup dengan ceria dan gembira. Keseronokan tidak semata-mata berkaitan hiburan, muzik, melancong atau seumpamanya, tetapi juga disebabkan perkara-perkara baru yang dapat dirasai.

Bagi seseorang yang biasa makan nasi, sesekali dapat makan steak atau spagheti, ia adalah keseronokan. Mereka yang selalu makan kari kepala ikan merah atau kerapu  di kedai mamak, dapat merasa kepala ikan salmon, tentunya juga suatu keseronokan.

Mendapat hadiah daripada anak, walaupun cuma sebuah topi atau sarung telefon bimbit, adalah keseronokan bagi seorang ayah. Seorang isteri atau ibu juga akan merasa seronok apabila diberikan pinggan mangkuk atau set perhiasan dapur yang baru.

Pokoknya, perkara atau benda baru adalah menyeronokkan. Begitu juga dalam politik dan pentadbiran negara, kita sentiasa memerlukan perkara-perkara baru untuk memastikan kehidupan kita terus dalam keadaan yang menyeronokkan.

Tun Mahathir Mohamad tiba-tiba bertukar menjadi pengkritik Najib Razak, keluar UMNO, kemudian menubuhkan parti baru dan bergabung dengan pembangkang, adalah keseronokan dalam dunia politik negara. Jika tidak, segalanya-galanya seperti lesu dan kurang stamina.

Berada dalam pemerintahan UMNO dan BN sejak lebih 60 tahun lalu, harus kita akui sudah tiada lagi keseronokannya. Lebih-lebih lagi dengan Najib  menjadi Perdana Menteri dan Rosmah Mansor menjadi bayangan kepada banyak kecelaruan dan kerosakan dalam negara, keseronokan sebenarnya sudah lama menghembuskan nafas akhirnya.

Jika Najib, UMNO dan BN terus menang lagi selepas PRU 14 nanti, lagi tiada keseronokan akan kita hadapi. Semua yang akan berlaku selepas itu semunya sudah boleh dijangka. 

Kita pasti  akan melihat lebih banyak perbelanjaan dan pembaziran, sementara Najib terus dengan retorik dan lakonan politiknya yang memualkan.

Kita juga akan menyaksikan Zahid Hamidi secara perlahan-lahan akan dipinggir dan dikurangkan kuasanya semata-mata untuk memberi laluan kepada sepupu Najib, Hishammuddin Hussein. Anak Tun Hussein Onn itu mungkin akan dijadikan Menteri Kewangan, kemudian Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Najib.

Hishammuddin kemudian akan menaik dan melorongkan orang-orangnya pula dan tidak mustahil Khairy Jamaluddin akan berada di lapisan yang seterusnya.

Semua skripnya  sudah boleh dijangka jika UMNO dan BN berkuasa lagi. Ia langsung tiada keseronokan kerana rakyat akan tetap juga dengan susah derita menanggung beban kenaikan kos, cukai GST, penarikan subsidi, kemewahan golongan yang berkuasa dan sebagainya lagi.

Tetapi, cuba bayangkan keseronokannya jika Najib, UMNO serta  BN kecundang dan kuasa baru mengambil alih kerajaan nanti? 

Kita bukan saja akan dapat Perdana Menteri baru yang disertai dengan penghapusan cukai GST serta beberapa pendekatan lain yang baik untuk rakyat, tetapi kita juga akan ternanti-nanti untuk menyaksikan bagaimana nasib Najib seterusnya.

Kita akan berteka-teki sama ada Najib akan berdepan pelbagai siri pendakwaan di mahkamah atas banyak kecurangan yang pernah dilakukannya, khususnya berkaitan 1MDB, terus berjuang melalui UMNO atau barangkali akan pindah bermastautin di luar negara?

Begitu juga dengan menteri-menteri UMNO yang ada ini, apakah mereka akan terus kekal dalam negara atau bagi yang kaya raya dan banyak masyuuk di sana sini, apakah mereka terus setia mempertahankan parti atau akan memilih kehidupan bebas di negara lain?

Setelah UMNO hilang kuasa, kita juga mungkin melihat Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin akan bangkit menyalahkan Najib kerana tidak mahu berundur lebih awal dan kerananya telah menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Di mana pula beradanya nanti Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Annuar Musa, Nazri Aziz, Ahmad Maslan, Idris Haron, Ismail Sabri dan sekian ramai pemimpin pengampu setelah UMNO hilang kuasanya?

Lebih penting, kebenaran tentang skandal 1MDB, Jho Low, Riza Aziz dan segala-galanya hanya mungkin terdedah jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan. 

Selagi Najib terus berkuasa, hanya harapan kosong yang dijanjikan kepada kita mengenai syarikat pelaburan paling bermasalah itu.

Jika mahu disenaraikan, banyak sekali perkara-perkara baru yang akan muncul satu persatu dan tidak dijangka kesudahannya jika Najib, UMNO dan BN dapat dikalahkan.

Tidakkah ia merupakan keseronokan kepada kita dalam meneruskan kehidupan dan menghadapi hari-hari mendatang nanti?

Oleh itu, sebagaimana pilihan pengundi Amerika Syarikat yang telah mencetuskan keseronokan dunia setelah memilih Donald Trump sebagai Presiden yang baru, pengundi-pengundi PRU 14 akan datang juga tidak harus melepaskan peluang untuk menampilkan keseronokan bagi diraikan oleh 30 juta rakyat Malaysia.

Mulakanlah tekad itu mulai sekarang.  (SH 09/11/2016).

49 comments:

  1. "BOLEHKAH DIKALAHKAN?" Pada saya adalah mustahil dengan adanya juak-juak yang sanggup menjual hargadiri dan banyak yang berkepentingan..sudah pasti setiap tipudaya akaan digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepandai-pandai percaturan manusia....bijak lagi percaturan Allah Taala.

      Kadang2 cerita tak jadi macam mana yg kita pikir. Ada yg jadi sebaliknya. Allah maha berkuasa. Tunggu dan lihat saja.
      Wallahualam.

      Delete
    2. Setuju dgn anon 13:25.

      Apa pun doa saya untuk BN ditumbangkan in shaa Allah.

      BN adalah ibarat pokok yang melindungi kera bernama Najib dan ibarat kelambu yang menyimpan nyamuk bernama Najib.

      Selainnya faham2 sendirilah

      Delete
    3. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji itupun buat biaya anak sekolah di kampung sedangkan hutang banyak sama majikan kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah dan saya sudah bingun tidak mendapat solusi gimana cara untuk membayar hutang terpaksa saya hubungi MBAH dan minta angka bocoran karna di SINGAPURA ada pemasangan togel angka yang kemarin di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta dalam bentuk uang indo dan saya sudah bisa melunasi hutang Rp.50.juta sama majikan sisanya rencana mau pulag kampung untuk buka usaha saya bagi saudarah-saudarah di indo maupun di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah lansung hubungi nomor hp (-082-370-357-999-) MBAH SERO demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
  2. Tuan Shah,
    Kita berhajad dan berdoa agar UMNO BN dalam rejim najib ini dapat di tolak dari tampuk kuasa bukan hanya kerana nak seronok melihat mereka jatuh dan najib , Rosmah dan anak mereka serta kuncu kuncu penyamun dibawa ke muka pengadilan yang lebih penting kita mahu etika rasuah ,pembaziran dan kelemahan pemimpin pemimpin umno BN lain serta bermasalah di tamatkan serta merta kerna mereka ini sudah diperingkat membaban negara dan merugikan generasi akan datang.

    Kalau UMNO dan BN sentiasa dapat menunjukkan kepimpinan ber AMANAH dan bijaksana serta tidak zalim dengan beban cukai serta mempunyai pelapis kepimpinan ceremerlang tiada bermasalah tidak lah kita nak sibuk sibuk mahu menjatuhkan umno BN tapi sekarang sudah sampai peringkat UMNO BN wajib dijatuhkan bukan lagi atas kehendak kita tapi kalau ikut syariat sudah WAJIB ditolak, sebab penyelewengan ,penipuan dan Zalim dengan bermacam cukai yang bebankan rakyat tapi pemimpin hidup mewah dan boros.

    ReplyDelete
  3. Parti parti pembangkang hanya memerlukan sedikit matang dan rasional, the rest rakyat akan sokong.

    BN sudah kalah sebelumnya dari segi sokongan rakyat cuma secara teknikal dari segi jumlah kerusi menyelamatkannya.

    Perubahan sempadan akan berpihak kepada meteka tetapi Sabah dan Sarawak bukan lagi fix deposit untuk BN kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Shah
      Kenapa tak ulas tentang prosiding mahkamah yg sedang berjalan di Singapura sekarang ni ke atas suspek2 BSI yg terlibat dgn pengendalian wang berkait dgn 1MDB??

      Delete
  4. apa seronoknya kalau nak menang mesti kuat fitnah..mesti minta dana yahudi..mesti demo haram tiap tahun..mesti bergabung dengan dapig2 yang anti islam..dan lagi dan lagi..sudahlah nak berbohong berpolitik 24 jam macam mana nak rakyat sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg fitnah?...kes 2.6 billion dan 42 juta tu...fitnah ke?...APCO tu syarikat mana?...melayu punya ke?...Dap anti islam....mca, mic, gerakan tak anti islam ke?...sapa yg banyak berbohong politik sekarang?....pemimpin umno yg banyak berbohong politik sekarang ni...sikit2 salahkan cina dap...pemimpin umno curi duit rakyat...salahkan dap sebab bocorkan maklumat....macam tu ke umno nak pertahan islam?....nama aje islam....tapi kebas duit rakyat...pemimpin macam tu ke yg kau sokong?....balaci betul la kau ni.

      Delete
    2. Kan dah kena 10.31. Kalau tak tau lebih baik diam

      Delete
    3. Bezanya penduduk luar bandar US dengan penduduk luar bandar msia ialah majoriti penduduk luar bandar US berpengetahuan walau pon tiada pendidikan pasca sekolah menengah; dan majoriti penduduk luar bandar msia pula..macam si 10.31.

      Delete
    4. Teringat kisah Marcos dan OJ Simpson yg digelar untouchable tapi akhirnya terjerat dgn kesilapan sendiri.

      Delete
    5. anon 13.14....betul tu terutamanya di felda-felda...jauh panggang dari api...beza langit dengan bumi dengan penduduk luar bandar US...

      setakat main tuduh-tuduh takde bukti tak payah laaa menyalak si anon 10.31...menyerlahkan keb*d*h*n sahaja....

      Delete
    6. Mana boleh kita mempercayai pemimpin yg munafik selalu bercakap bohong, pembohongan yg besar sekali beliau mengatakan mahathir meminta drpdnya bermacam macam, bila tidak d beri tun terus menghemtam beliau, ini lah satu pembohongan yg paling besar, tun orang yg cukup berinteriti, hadiah yg tun terima semasa menjadi pm pun bermillion harganya, tetapi tun tinggalkan dan berkata itu semua hak rakyat bkn hak beliau atau famili, tetapi pemimpin lain semua diorang kebas dan beri kpd famili dan sanak saudara

      Delete
  5. #Drain the swamp.

    #Get rid of those corrupt people and those who protect them, and those who want to be associated with them.

    So sorry, budaya Melayu adalah lemah matematik, cakap besar dan all sort of bigotry. Dgn lemahnya matematik, logik akal adalah maksimum boleh pergi ialah 10% daripada kemampuan sebenar. Jangankan budak universiti pun menggelupor nak faham matematik ni, inikan lagi rakyat2 yang berjuta tiada peluang access kepeda sistem pembelajaran berkualiti. Bahasa Inggeris hanya dikuasai kurang 5% Melayu, lain Melayu sumer sibuk nak jadi arab.

    Lemah matematik, lemahlah segalanya. Ekonomi lingkup, teknologi jadi haramjadah. Sumer cukup dgn bomoh jampi dan mantera ja. Apa nak harap lagi buat masa terdekat ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% agreed. Bila lemah matematik, maka tak pandailah buat analisa spt bajet negara, kos pelaburan projek dan hasil (ROI), hedging, dll. Ahli parlimen pon tak tau apa nak tanya sbb lemah matematik, balik2 tony pua dan org DAP serta rafizi yg mampu dissect the figures. Bila baca statistik MITI dan bank negara, semua ternganga mulut. Org PAS langsung tak tau apa.

      Delete
    2. Yg nak jadi arab faham ka apa itu arab? The arabs create no technology, produce no product, teach no knowledge, export no skills, innovate no shit. They are a bunch of lazy people with tonnes of easy cash, that's all ( dulu easy laaa, skrg cedok savings dah).

      Delete
    3. R u sure arabs teach no knowledge??...ibnu sina, al-khawarizmi, al-jabbar dan bnyk lg scholar arab, kaji siapa mrk sblum mlontar tuduhan yg dah terhantuk baru nk mengaduh...yg omputih dok guna skrg tu alhasil inovation dr knowledge mrk2 ni klu nk skit hint...siapa yg nk jd arab?? Kamu agama kamu, aku agamaku...aku tak perlu mnusia mcm kmu tuk menasihati ku dlm urusan agama ku anon 12.41

      Delete
    4. 14.34 i said the arabs teach no knowledge...i didnt use past tense, i didnt say the arabs "taught" no knowledge....i am talking about the present days, zaman skrg, right now..aku bukan cakap pasal orang arab di zaman kegemilangan mereka yg dulu...paham? Zaman kegemilangan arab semua org tahu, tak perlu dipertikaikan. Nak tembak pon kaji la dulu.

      Delete
    5. Anjing yang sama menyalak? Bahasa dan tonasi di atas semuanya sama. Nak kutuk Islam, tak berani, takut jadi kafir-harbi, jadi bahankan Arab. Sama kes budak Melayu dulu2, nak bakar masjid takut kafir, jadi bakar kuil Sikh yang rupanya macam masjid.
      China dan India tiada yang Anti-Arab. Dia boleh berniaga sama2 dan bersaing secara adil di Bukit Bintang. Arab bukan tamak seperti Pendatang Indon..Chow Kit jadi Madura, bila orang Malaysia bagi muka sikit..Tak ramai lagi orang Kedah, Kelantan dan China yang berniaga di Chow Kit seperti tahun 80an.
      Orang Melayu dah lama duduk dan makan bersama China dan India dari Zaman Sri Wijaya. Emak, Bapa dan Bini kami pun ada yang Arab, China dan India. Kami bangga dengan nenek-moyang kami, walaupun kami Islam.
      Hati2 orang Malaysia, ada Pendatang Indon cuba pecah-belahkan perpaduan Melayu dengan Arab, China dan India.

      Delete
  6. Seronok bila berubah dari yg buruk kepada yg baik. Adakah indeks kegembiraan rakyat yang dikatakan oleh BIJAN pada tahap yang tinggi?
    Jika BIJAN tiada kuasa lagi maka keseronokan spt Tuan Budin cakap akan hadir dlm kehidupan kita. Siri perbicaraan boleh dijadikan dokumen yang kekal dalam sejarah negara. BIJAN akan dikenang sebagai BAPA KEMUSNAHAN Malaysia.
    Ayuh. Kita pastikan BIJAN kecundang untk kita menikmati kegembiraan walau pun tak kaya.

    ReplyDelete
  7. bukan itu saja M'sia akan diwarnai dgn mahkamah tangkap siapa2 dulu yang buat onar termasuklah mantan. Itulah kemajuan yang dimahukan.

    ReplyDelete
  8. Semalam saya berjumpa dengan Raja Bomoh Ibrahim Md Zin di Kedai Kopi 666 utk membicarakan kemenangan Trump dalam PRU USA. Beliau berkata kemenangan Trump itu menunjukkan bahawa Dato Najib akan memenangi PRU14 nanti. Berkata beliau, walaubagaimanapun pembangkang hanya sedikit sahaja memotong BN sama seperti Hillary Ang di US. Saya amat lega sama sekali apabila mendengar ramalan Raja Bomoh sebegitu. Saya amat confident bahawa BN akan menang PRU14 nanti dgn menyusuli kemenangan Trump yg mana reputasinya jatuh seperti mana Dato Najib.

    Laporan Alumni Newcastle University.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha percaya pada bomoh rupanya menatang nih...patut laaa sel-sel otak tak bersambung....kih kih kih...kesian si kellie's castle....

      Delete
    2. Kenapa tak tanya raja bomoh tu bila dia nak mati? Dia tahu ker bila?

      Delete
  9. Tapi kalau tak Ber Hassan Malek, tak ber Ahmad Maslan tak begitu seronok.... kita boleh minta RTM atau TV3

    ReplyDelete
  10. Hai bro percaya kata-kata bomoh?.mengucaplah panjang-panjang jangan tergelincir nanti,menyesal tak sudah nanti.

    ReplyDelete
  11. Bljr kat Newcastle konon. Tapi pecaya bomoh. Sahler ko kelentong. Sahler ko bljr kat tmpt jin bertandang kellies castle..bodoh!

    ReplyDelete
  12. Salam Bro

    Kita harus matang. Dengan dunia maya tanpa sempadan kita dapat mengakses apa jua berita dan informasi sama ada fakta atau auta. Kita mesti matang dan berpengetahuan untuk membuat satu "informed Decision"....Bukankah kita sepatutnya telah berada ditahap ini?...Malangnya ramai dikalangan masyarakat kita hari ini hanya mendengar dan percaya kepada apa yang ingin didengar dan dipercaya walaupun fakta dan hakikat menyatakan sebaliknya.

    Saban hari kita bersalin pakaian...dan pakaian yang telah lusuh atau tak selesa dipakai biasanya kita buang atau dijadikan kain lap. Kenapa kita tak takut untuk bertukar pakaian...begitu juga dengan politik dan kerajaan...Kita mesti buang dan ganti kerajaan yang sudah tidak baik dan sukar dipercaya...itu bukan bererti berakhirnya segala yang kita nikmati. Kerajaan dan pemimpin silih bertukar ganti dimana jua sekali pun...Di Jepun dan Korea Selatan, ini menjadi satu lumrah...tapi mereka tetap maju dan agenda negara tetap berjalan lancar. Di negara kita...Kelantan, Trengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang telah mengalami proses ini. Adakah mereka mati dan mundur dengan pertukaran ini?...Telah sampai masanya kita menukar Kerajaan Pusat yang diketuai oleh MO1...Kalau Kerajaan Baru itu nanti juga seperti kerajaan MO1...kita tukar lagi...Tak jadi masaalah.

    Rakyat memilih kerajaan...Siapa menerajui kerajaan bukan perkara pokok...asalkan mereka mesti peka dan sedia berkhidmat untuk kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

    Tidak memilih BN dan UMNO bukan titik noktah terakhir untuk rakyat Malaysia...malahan ianya adalah titik permulaan menyelamatkan negara dari bencana.

    Bersedialah untuk berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pemikiran melayu kampung, kalaulah UMNO itu diibaratkan ubat gigi colgate, mereka akan mempercayai hanya jenama colgate sebagai ubat gigi...jenama jenama lain dianggap tiruan dan yang lebih teruk lagi ada yang menganggap tiada ubat gigi selain colgate. Inilah SETTING pemikiran melayu kampung yang telah diBEKUkan akal warasnya oleh regim UMNO sekian lama.

      Delete
    2. Satu pendapat yg tepat sekali, orang melayu mesti berubah, kerana umno sudah terlalu lama memerintah, menteri2 yg kaki bodek tak percaya yg mereka akan kalah

      Delete
  13. sebab politik, rakyat bersengketa sesama mereka.....what the hell man?! suka kah kalian bergaduh sesama kita..?! yg gelak, org atasan mcm bijan dan gne-naug-mil

    ReplyDelete
  14. Samada barisan baru menang atau BN kekal memerintah negara, apa yg lebih penting ianya memberi lebih kebaikan kpd rakyat.

    Jgnlah kita menjadi spt negara2 yg berjaya menumbangkan pemimpin2 diktator dan korup tetapi keadaan dlm negara menjadi bertambah buruk. Yg menjadi mangsa adalah rakyat yg semakin menderita. Lihatlah apa yg terjadi kpd Libya, Mesir, Iraq, Iran, Indonesia, Filipina dan lain2. Adakah kualiti hidup rakyat di negara2 berkenaan menjadi bertambah baik selepas berjaya menumbangkan pemimpin2 mereka?

    Oleh itu kita memerlukan seorang pemimpin berpengalaman dan bertanggungjawab utk menerajui barisan baru ini.

    Berilah sokongan dan kepercayaan kpd TDM utk menggalas tugas yg berat ini. Kita mahu rakyat dapat menikmati kehidupan yg lebih baik, bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang atas tu bagus dah, sampai kat line tdm, tu memang haprak. kalau orang yang ada otak boleh fikir memang tahu tdm memang banyak punca kerosakan agama, bangsa dan negara pada masa kini

      Delete
    2. Yg merosakkan agama ialah pemimpin munafiq yg suruh rakyat berbelanja dgn berhemah tp dlm diam dia dan bininya berbelanja mewah berjuta2.

      Sedang rakyat kena bayar GST dia dapat semua free dan hidup dgn mewah.

      Cakap takutkan Allah tp dalam diam merembat duit rakyat berbilion2. Kata amanah tp duit rakyat yg dalam tanggungjawabnya pun boleh lesap berbilion2.

      Kos sara hidup rakyat menjadi tinggi gara2 tamak org ni. Bila negara banyak hutang, rakyat kena jadi kuli batak bayar hutang. Tapi hidup dia sekeluarga luak pun tidak. Malah 7 keturunan pun makan tak habis

      Satu dunia bercakap, satu Msia malu.

      Inilah org perosak agama, bangsa dan negara.

      Delete
    3. TDM is millions times better than Najib

      Delete
    4. Nak bandingkan dengan Libya, Mesir, Iraq, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, Morocco, South Sudan, Somalia, Nigeria, Palestine? Pemimpin dia orang dari dulusampai sekarang semua korup, lintah-darat, bodoh dan useless.
      Ada pemimpin mereka peduli dengan nasib rakyat mereka menjadi pencuci jamban atau basuh bontot atau penyedap orang2 Arab, Jepun, China dan Mat Saleh.
      Orang Malaysia akan jadi bangsat seperti bangsa2 ini kalau kita biarkan pemimpin yang korup memerintah.
      Tengok Israel, walaupun sentiasa diancam pengganas, rakyat hidup mewah dan senang macam orang US dan
      Kalau aku Donald Trump, aku bagi satu bom atom ke Libya, Mesir, Iraq, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar, South Sudan, Somalia, Nigeria, Morocco, Palestine. Selesai satu masalah dunia, tiada lagi pendatang haram dan pengganas.

      Delete
  15. tak sabar-sabar nak tenguk ,Mak badak kena hukum gantung kerana 'mengarahkan polis' bunuh Altantuya,dan menyuruh kolonel haryati C4 badan altantuya.kerana takut bila orng buat DNA,anak dlm perut altantuya ,adalah anak najib.menanantimu wahai mak badak.

    Warighhh mu,dari sri menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putus tali gantung tu sebab mak badak tu berat nak mampus...

      Delete
    2. Insya-Allah kalau 2 org tu kena dakwa kita akan dapat tengok macam2 pekung yg disembunyikan akan keluar satu persatu.

      Delete
  16. Parti2 pembangkang ini sebenarnya harus diberi peluang tapi masalahnya adalah hadi dan kuncu2nya, parti pas bagus. Terkeluarnya pas dalam pakatan adalah gara2 hadi dan kuncu setelah kematian TGNA. Jika di masih ada, pembangkang tiada krisis hingga hari ini. Tak payah cakap hal keburukan hadi, dari tingkah laku serta tindak tanduk nya kita dah dapat agak. Dia seorang ulama pasti tahu apa dia buat. Jangan sentiasa salahkan orang lain, cermin diri dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masaalahnya...dia takut nak tengok muka sendiri dalam cermin...takut nampak benda lain.

      Delete
  17. Senonok melihat apabila Najib jatuh, Menteri yg mempertahankan Najib didakwa atas tuduhan bersubahat. Mereka dituduh bersubahat kerana menyembunyikan fakta dan pertahan kesalahan Najib. Baru real seronoknya. Penuhkan sel Hotel Sungai Buloh dgn "Dedakman".

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. TDM pon sama jugak...dok pikir poket sendiri jugak masa zaman dia dulu...cuma tidak terdedah seperti BIJAN kena sekarang...oleh kerana zaman TDM dia tidak beri kebebasan media...internet tidak gah mcm skrg...konklusinya, dua2 sama ada kepentingan dlm berjawatan...tiada siapa yg menyerlah sbg pemimpin setakat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau ada bukti bawa ke sprm, jangan sedap mulut saja

      Delete
  20. Keruntuhan Kerajaan Umno/BN memang amat rakyat nantikan. Enough is enough!!!

    ReplyDelete