Thursday, 10 November 2016

ADUHHH...LURUH JANTUNG MEMBACA SURAT TERBUKA, TAPI SAHUTLAH CABARAN INI!!

Tanpa ragu, cabaran yang dilontarkan oleh peguam Hanif Khatri Abdulla kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad  agar beliau membuka kembali kertas siasatan terhadap Najib Razak berkaitan 1MDB dan SRC International dengan memohon semula Bantuan Guaman Bersama atau MLA melalui Jabatan Peguam Negara, adalah sesuatu yang wajar dan relevan.

Rakyat Malaysia seluruhnya juga tentu akan menyokong dan tabik dua belah tangan kepadanya jika berbuat demikian.

Tidak guna beliau sekadar gagah membuat surat terbuka dengan bait kata-kata yang indah dan mempersonakan, tetapi tidak berani bertindak kepada suatu "ibu kes" yang menjadi perbualan rakyat dan perhatian seluruh di dunia.

Tangkap dan dakwalah berapa banyak kes yang lain, ia pasti tidak sama dengan kes melibatkan Najib berkaitan 1MDB dan SRC International. Tambahan lagi, berkaitan SRC misalnya, Najib sendiri mengaku menerima wang itu, cuma mendakwanya tidak tahu ia datangnya daripada SRC, tapi tetap enjoy membelanjakannya.

Walaupun diketahui juga semasa SPRM dipimpin oleh Abu Kassim Mohamed, agensi itu telah dua kali memohon MLA tetapi ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali sebelum kes melibatkan Najib diarahkan tutup, tidak menjadi kesalahan bagi Dzulkifi mengemukakan permohonan itu sekali lagi.

Jika permohonan kali ini ditolak juga oleh Peguam Negara, sekurang-kurangnya diketahuilah bahawa beliau telah cuba berusaha sedaya upaya untuk menyiasatnya semula.

Cuma, halangannya ialah Peguam Negara yang tidak memberi kebenarannya. Dengan itu, Dzulkifli tidak akan dipersalahkan lagi sampai bila-bila.

Yang penting, beritahulah kepada rakyat semua bahawa beliau mahu memohon semula MLA kepada Peguam Negara agar proses siasatan dan usaha memperolehi dokumen di luar negara dapat dilaksanakan segera.

Tidak susah, itu saja yang perlu dilakukan oleh Dzulkifli.

Dalam warkah terbuka sempena 100 hari perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baru-baru ini, antara bait-bait ayat mempersonakan yang dilafazkan oleh Dzulkifli yang ditujukan kepada Yang Berhormat, ahli-ahli politik dan pemimpin masyarakat ialah, "Jangan kamu khianati amanah rakyat. Jangan hanya mahu didendang dan dijulang di persada takhta, sedang pertimbangan dan kepentingan rakyat dibiar alpa.

"Segala janji yang ditaburkan, harus dijelmakan menjadi lebih dari sekadar harapan.  Hentikan membuai para marhaen dengan ciptaan dan dongengan yang mengaburi kebenaran, sedang jari jemarimu terus rakus meragut habuan.

"Laksanakanlah 5 amanah yang dituntut dan perjuangkanlah nasib rakyat yang dahagakan pembelaan dan perjuanganmu. Yakinkanlah kami dengan menentang kebejatan rasuah dan salah guna kuasa. 

"Agar lenyap dan hilang di dunia, segala racun yang menjadi pemusnah merobek nilai-nilai bangsa."

Kepada penguatkuasa undang-undang pula, Dzulkifli berpesan, "Amanah dan kuasa bukan perkara mainan untuk diinjak dan dijual buat lacuran. Amanah dan kuasa ini kurniaan Allah SWT yang dituntut kejujurannya buat mengabdi kepada rakyat dan negara. 

"Sedarlah bahawa khazanah dan harta negara itu adalah hak rakyat dan bukan milik peribadi buat memenuhi nafsu kepentingan diri. Apatah lagi untuk dikhianati dan dijual beli.

"Hentikanlah meragut hasil duniawi dan lunaskanlah khidmat serta janji sebagai hamba rakyat yang sejati. Lewat ini semakin banyak anak-anak mata yang memerhati. Hati-hati saudaraku, hati-hati.

Buat mereka yang masih mabuk dengan suapan, beliau juga menitipkan peringatan, "Dengarkanlah laungan amaran ini. Buat kali yang sekiannya, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan rasuah dan salah guna kuasa!

"Janganlah terus dangkal mendabik dada, kelak terancam nyawa dan raga, tersembam rebah ditimpa bala.

"Awaslah! Api perjuangan ini semakin hangat membara. Gendang tempurnya semakin lantang bergema, gegak gempita menggegar angkasa. Biarku gugur melayang nyawa mempertahankan nusa, pastiku rempuh si durjana pengkhianat bangsa!

Aduhhh...begitu bersemangat bunyinya, boleh luruh jantung membacanya!

 Tapi,  segala-galanya tidak akan bermakna kalau memohon semula MLA pun tiada keberaniannya! (SH 10/11/2016)

53 comments:

  1. Nie pahlawan mane pulak nie kah kah...ckp mcm gunung berapi sedang meletus..pui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia akhir zaman, ramai manusia munafik bermain kata kata tetapi tidak beramal dengan apa yg diperkatakan...
      Tidak kira samada yg berjubah, berserban, berketayap, bersongkok, bertanjak, berjilbab...,
      berbohong, bermain dengan kata kata untuk mengabui mata manusia sudah menjadi amalan tanpa rasa bersalah dan segan silu..
      Ingat lah didunia kamu boleh berbohong dan berpura pura, di hadapan Allah SWT di padang mahsyar lidah kamu tidak akan mampu berbohong lagi.

      Delete
    2. kekeke..teringat MAHARAJA LAWAK yang akan tiba.. kekekeke

      Delete
    3. Habaq kat Dzulkifli ni, KEPALABUTUH HANG!!!

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Ketika pemberita bertanyakan kepada Pandikar Amin Mulia, Speaker Parlimen apa yang Najib buat di kamar Speaker pada hari sesi penggulungan bajet 2017? Langsung tak masuk sesi perbahasan pula.

    Pandikar kemudiannya menjawab begini.

    "Dia datang, dia duduk, lepas tu dia tengok perbahasan melalui CCTV.

    Dia mahu melihat cara kementerian kewangan".

    Adakah Najib gembira melihat hujah penggulungan usul bajet 2017 oleh Johari ketika ditanyakan pemberita?

    Maka Pandikar menjawab lagi.

    "Dia senyum. Dia tak sebut apa-apa".

    Najib kemudiannya dilaporkan meninggalkan Parlimen ketika perbahasan usul bajet 2017 melabuhkan tirainya dan ketika sesi pengundian bermula.

    Bajet 2017 menyaksikan 117 mengundi untuk sokong. 70 membantah, 11 berkecuali dan ponteng 28. Najib termasuk antara yang memonteng sidang parlimen pada malam itu.

    ReplyDelete
  3. Kentut takat bunyi jerr kuat tapi kalau bau tak ada....tak power.

    ReplyDelete
  4. The letter should have a reminder too that the power one possesses today would be taken out tomorrow to be given to the more appropriate party! This has been the case from the beginning of time - the most recent is the win by Trump the non politician over the rest of the power elite in his country who seem to have forsaken the common people over the years... You have been warned. Janji Allah swt itu benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please boys stop being hypocrites: you go all out to catch the corrupted mice BUT you pretend the Malaysian Official #1 did not rob the nation!?
      Even the UFOs must know about this galactic joke!!!

      Delete
    2. Bro 21:57, jangan dan henti kaitkan dengan Allah Taala. Tak payah tunjuk kita ni alim atau bertaqwa. Sikit2 nak kaitkan dengan tuhan. Biar tuhan buat kerja dia. Benar tu biarlah kerja dia.

      Ini salahguna kuasa adalah kerja kita. Hubungan sesama kita. Manusia dengan manusia. Biar kita yang selesaikan. Kenapa orang buat salah, tuhan pulak amik port nak hukum? Tak cukup lagi ka peruntukan hukuman dalam kubur dan alam akhirat nanti.

      Manja sangat Islam ni. Sikit2 agama, sikit2 tuhan. Amerika xder la pulak sikik2 tuhan dan agama. Mahu sesuatu apa, usaha sendiri. Tuhan nak bagi ke tak, itu hak Dia. Dia punya pasal xnak bagi.

      Ini usaha pun macam sial. Takat gebang kuat kat blog. Sila meninggal atau bunuh diri sajalah.

      Delete
    3. Saya pun meluat dengan pembaca blog atau fb suka buat komem pada hidup pengakhiran seperti di alam masyar lah?di akhirat lah..wei bangun lah wahai bangsa ku.Jika asyik mengharapkan tuhan je buat kerja kau orang,di waktu yang sama kau orang semua dok layan drama di astro..

      Delete
  5. Pong Pang! Pong Pang! Pong Pang!
    Nah! Dah dipulangkan pada empunya dulang!
    Pong Pang! Pong Pang! Pong Pang!
    Tepuk tepung dalam dulang!

    ReplyDelete
  6. Tuan Shah,

    30 juta penduduk Malaysia kini boleh jadi saksi dan lihat samada Ketua Pengarah ini lebih takutkan Allah atau jauh lebih takutkan Najib Razak. Cabaran peguam Hanif Katri ini kita boleh jadikan sandaran untuk menilai siapa sebenarnya Ketua Pengarah baru SPRM ini. Jika perkara semudah ini gagal dilakukannya berarti Dzulkifli Ahmad ini tak lebih penjaja karpet, cuma bezanya penjual karpet menjual karpet, tapi Dzulkifli Ahmad ini memperdagangkan nama Allah semata mata untuk kepentingan diri sendiri dan karirnya saja.

    Satu dunia menuduh Najib Razak adalah perasuah besar tapi Najib dan UMNO BN menafikan ini. Inilah masanya untuk Dzulkifli mau pun Najib Razak membersihkan namanya dengan mengarahkan Peguam Negara Appandi membenarkan MLA bagi memudahkan SPRM terus menjadi kebenaran berkaitan kes 1MDB ini. Soalnya kenapa Affandi Ali enggan kalau bukan kerana campurtangan Najib Razak. Sudah terang lagi bersuluh bahawa lantikan Peguam Negara dilakukan oleh PM Najib dan PM Najib samada menafikan atau tidak, telah memainkan peranan untuk Peguam Negara tidak membenarkan MLA ini. Tidak diragui lagi bahawa PM Najib Razak bersekongkol dalam perkara ini. Dan jika dakwaan ini tidak benar, maka Najib Razak perlu lakukan sesuatu agar Peguam Negara membenarkan MLA yang dipohon oleh SPRM. Dzulkifli Ahmad selaku ketua baru SPRM yang gah bersumpah dengan nama Allah perlu buktikan perkara ini dengan mendesak dan memberi tekanan kepada Peguam Negara untuk membenarkan ini. Andai ianya masih tidak berlaku, penbgunduran Najib Razak sememangnya adalah WAJIB dan FARDU untuk semua masyarakat MAlaysia khususnya yang beragama Islam kerana jelas Najib Razak telah memainkan peranan daripada membenarkan keadilan dinegara iniu ditegakkan sedangkan ajaran Islam sendiri menuntut begitu. Tidak tahulah kalau Isalam ajaran PAS berbeza pula sehinggakan pimpinan PAS lebih rela Najib terus kekal dan mengharapkan ditumbangkan melalui pilihanraya sedangkan PAS selama ini konsisten mendakwa pilihanraya berjalan secara tidak adil. Jadi apakah PAS dan pimpinanya selesa meneruskan kebodohan mereka selama ini???>

    ReplyDelete
  7. Aku ingat Parti PIS sahaja yang pergunakan nama Allah...

    ReplyDelete
  8. siapa Hanif Khatri Abdulla siapa Dzulkifli Ahmad apa kes,takda kes, ini kes sudah selesai sudah dilayan, kali ini dilayan sudah tanya soklan tadi apa kes hanif dipukul dzul ka, 1mdb masalah negara awak siapa mau tanya lebih2 ... tahu dah lapuran pungutan suara dlm talian utk bebas anwar sudah tutup .... nampak gaya fbi & doj 1mdb pun ditutup, mau buka disini semula. akai pakai la. saja bikin cerita dongeng lagi, tanya apa kes, takda kes lagi mau cerita, mana ada masa mau layan, tak suka pru14 boleh undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon23:03
      Engkau ni memang bebal dan bodoh sebab terlalu banyak makan dedak dan tak boleh berfikir dengan waras..lain kali jangan terlalu OVERDOSE makan dedak takut tak reti nak bezakan ada kes atau tak ada..elakan menonton tv 3 suku dan tv 1& 2 supaya otak kamu tak terpengaruh dengan putar belit dan pembohong yang di sebarkan oleh mereka.

      Delete
    2. maksudnya dibagi dedak maka hasrat penguam tu didiamkan seribu bahasa.

      Delete
  9. Rasa meloya baca warkah Tuan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Peguam Negara tunggu dedak BIJAN. KP SPRM diam membisu utk jaga periuk nasi. Menulis dengan hebat tak guna kalau tak berani laksana. Pooooorah!!!!!!!!,!,!,!,!,!,

    ReplyDelete
  10. Najib pun berkata-kata,"Bila layar sudah dikembang,sauh dilabuhkan,halilintar membelah bumi,tidak ku undur walau seinci.."maka serta merta telur En.zul tersedut masuk ke dalam hilang.Sekian.

    ReplyDelete
  11. Betul tu Tuan Shahbudin "Tindakan" bukan "Laungan" yang di tuntut!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Wah, keje 100 hari pun nak tulis warkah.. Nak jadi sasterawan negara pulak ker...kehebatan bukan sekadar dengan kata kata manis en zul, buktikan dengan tindakan..sahut lah cabaran peguam tun tu..ada beran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat warkah 100 hari dia tu kawan kita Fan Tun kat sini boleh kilas balik lah..
      Kalau cakap tak serupa bikin nak buat apa!!!
      Buat kertas calit punggung boleh ler

      Delete
    2. Pak Samad Said tentu senyum-senyum kambing.
      Libas balik Pak Samad...

      Delete
  14. sasamikin!!! cakap tak serupa bikin.

    sasaran se besar gajah ada d depan mata. ada berani ambil tindakan.

    sudah lah!!!. najib terbatuk sedikit saja sudah bergegas utk memberi bantuan dgn membawa tank oxygen.

    cari makan mas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat cari makan tapi curi makan

      Delete
  15. Kalu yang lantik pemberi dedak, dedakman perlu sayangi jawatan dan membalas budi. hanya cakap berbunga dan memberi peuang kepada orang ramai mentafsir makna, nampak sangat hanya lidah tak bertulang, tangan bertulang besi, berurat dawai tapi terkurung takut kehilangan jawatan. cakap sahaja, tindakan hampehhh

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. teringat aku filem p.ramlee
    - pendekar bujang lapok.
    tapi liriknya ditukar.
    bila zul nak buka semula kes 1mdb.
    bila zul nak buka semula kes 1mdb.
    bila zul nak buka semula kes 1mdb.
    bila zul nak buka semula kes 1mdb.
    bila zul nak buka semula kes 1mdb.
    eh! berapa banyak
    bila zul nak buka semula kes 1mdb da.
    iya tak iyalah, ada teloq ke dia...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Undi dlm talian di Marika untuk pembebasan Anwar under out of service, bangkali fbi & doj 1mdm pun di kiv. Dzul ni beri amaran pada umum tapi loya buruk cari jln mau ungkit balik cerita karut marut, dey Najib takda rasa apa2 pun kenapa speech dia utk Najib. Org skrg mau maju. Takpa boleh cari Rusia, England gantikan Fbi & Doj Marika. Dipersilakan. Tapi Dzul buka fail mlm sikit, Tahu dah kalian kalu maka Najib dimalukan lagi cerita kosong, ingat dia bodoh ka, tunggu ja la pru14 tgh tahun depan.. Boleh..

    ReplyDelete
  20. Sudahlah, Din. Tabur dedak aje, semua beres. No problem!!! Orang begini mana ada maruah?

    ReplyDelete
  21. Chehhh!!!! Alangkan yg berserban tebal & berat 5 kilo pon boleh menjual ayat2 berunsur hadis dan agama, inikan pulak yg beruniform dgn tergantung pangkat2 kebesaran tanpa memakai ketayap. Sekadar cakap berdegar dgn nada Islamik modal air liur aje, apa nak heran...??

    ReplyDelete
  22. Tangkaplah seberapa banyak perasuah yang terima rasuah bawah RM2.6 Bilion, Dzulkifli tidak boleh berbangga dan mendabik dada malah dia akan dikutuk dan dihina kaw-kaw. Tak usahkan Najib, menteri-menteri yang dikatakan ada kes rasuah (contoh: Khairy Jamaluddin dan Jamil Khir) dia tak berani nak sentuh. Kes Pas terima RM90 Juta daripada Najib yang dilaporkan oleh Sarawak Report, dia dah siasat ke belum?. Ada berani ke?? Ada teloq ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:25.
      Tapi kalau pasal kes banglow
      KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng,
      yang tak berapa sen tu, wah bukan
      main SPRM ligat, cepat dan laju...

      Delete
  23. Rakyat kena bertindak semenkan pengkhianat ini satu demi satu.Agar Kedaulatan Undang-Undang dapat dikembalikan.Mereka main kotor dan kita masih menontonnya.Apabila demokrasi sudah dimatikan oleh kerajaan Najib,apakah kita masih perlu pertolongan sistem ciptaan Najib ini untuk selesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
  24. Sang algojo berdendang puisi syahdu bunyinyer.....pirrraaahhh...pi tangkap MO1 tu dulu....tutup jer jabatan algojo tu...perabis boreh jo....kah kah kah

    ReplyDelete
  25. mlayu sembang bikin bimbang. hajat d hati nak balas orang punya kangkang..
    alih-alih kangkang sediri pakat serah dekat orang biag orang tibai sukahati secara terang-terang..
    dulu-dulu suka main meriam buloh, bunyi berdentum-dentam orang tak mate, telinga sendiri jd pekak badak..
    bila dah pekak badak lain yg d ucap lain yg pulak yg d bwat.maka jd lah pekara ckp tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  26. Salam

    Cakap Tak Serupa Bikin dan Bikin Tak Serupa Cakap.

    Buat kerja dulu...Jangan tangkap seluang sahaja...tapi bapak haruan mengganas dialpakan.

    ReplyDelete
  27. Tuan Hj Dzul ni kira dh tersalah tulis warkah le ni ..... Konon Puitis dan syahdu gitew ..... last last jd bahan jenaka rakyat 1Malaysia. tapi x pe tuan hj dzul, tunjukan pada rakyat malaysia yg tn hj akan laksana dan tunaikan apa yg disebut dlm warkah tu. Otherwise you are just another mangkok ayun .... don't you think so tuan hj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas ini bolehlah Skop Production (Yusof Haslam) buat filem bertajuk "Surat Dari Dzulkifli" (macam filem Indonesia "Surat Dari Praha"). Mungkin ramai yang tidak tahu filem P.Ramlee "Panggilan Pulau" asalnya bertajuk "Dzulkifli", dan yang bagusnya suruh Pak Samad buat skenario aslinya. Manalah tahu, untung-untung menang untuk kategori tersebut dalam Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) tahun depan.

      Delete
    2. Anon 12:24. Aku setuju.
      Kah... kah... kah...
      (ketawa guling-guling).

      Delete
  28. Tuan Budin
    Kita nak tengok Datuk Dzul buat kerja dan jangan pandai baca puitis saja tanpa berbuat apa2 untuk mengilirukan rakyat malaysia.
    Rakyat malaysia banyak yang cerdik pandai dan tak banyak yang bodoh macam ahli2 umno 3 juta orang.
    Sila tangkap dan siasat ahli2 poltik daripada UMNO@BN dan ketua penyamun@MO1 sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org2 pangkat besar pilihan najib kat malaysia ni tak payah buat kerja
      berpuisi syahdu dan kaitkan sikit dgn agama sudah mencukupi utk merasakan diri tu gah
      macam hero la

      Delete
  29. Yang hang duduk sebelah Pandi Dobi tu buat apa? Kan dia larang SPRM daripada memberi sebarang bantuan kepada mana-mana pihak luar negara yang meminta pertolongan Malaysia dalam siasatan 1MDB mereka?

    Daripada jelik aku dengar hang bermadah, lebih baik hang nyanyi apo nak di kato, kalo bule nak bising-bising kat pekan Tampin pun sekurang-kurangnya aku terhibur.

    ReplyDelete
  30. Semua tu wayang poyo je Budin... 'kokok aje bederai,ekor bergelumang tahi'

    ReplyDelete
  31. Kita sebagai kerajaan tak guna cakap berdegar2 tetapi tidak berni bertindak jadi kalau benar apa yg lafazkan apa lagi ditunggu kuasa ada ambillah tindakan separti yg disarankan oleh peguam Hanif jika itu dilaksanakan barulah kita dihormati dan disanjung rakyat jadi sama2lah kita lihat apa sudahnya

    ReplyDelete
  32. Warkah dari seorang HAJI yg sedang syok sendiri. Bersyair gurindam kekenyangan makan dedak haram.

    ReplyDelete
  33. Yang tahu siapa pencuri wang 1mdb dan masih tidak menjalankan amanah Allah selepas 100 hari mendapat ganjaran daripada wang rakyat ialah manusia khianat yang bernama haji Dzul

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. Semuanya cakap-cakap kosong untuk menyedapkan telinga saja. Akhirnya nanti, jadi berani cakap, tak berani bikin. Cakap lain buat lain.

    ReplyDelete
  36. Mungkin ramai yg tak sedar Dzulkifli turut memperli Najib,ala ala pukul anak sindir menantu gitu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. benarkah begitu?
      tapi bila lihat gambar bersama uniformnya tu
      aku lebih percaya abu ksssim daripada dia...

      Delete