Tuesday, 25 October 2016

SOALAN2 YANG TERLEWAT DARI HUSNI


Ramai orang nampaknya amat teruja dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen semalam, meskipun sebahagian pertanyaan itu sebenarnya adalah biasa-biasa saja.

Misalnya, soalan  mengapa 1MDB ditubuhkan, pakcik saya yang hanya seorang guru pencen sudah menanyakan soalan itu kepada saya kira-kira lebih setahun yang lalu kerana menurutnya, bukankah kerajaan sudah ada badan pelaburannya sendiri iaitu Khazanah Nasional untuk menjalankan aktiviti pelaburan?

Sebab itu, bila baru sekarang Husni bertanyakan soalan itu, kita juga mahu bertanya kepadanya, kenapa sejak dulu ketika sama-sama berada dalam kabinet, beliau tidak menyoal sendiri kepada Najib?

Dalam pada itu, barangkali sebahagian soalan-soalan itu Husni sendiri tahu jawapannya, manakala sebahagian yang lain mungkin tujuannya kerana mahu Najib Razak sendiri menjawabnya di Parlimen. Hanya Tuhan yang tahu tujuan dan nawaitu Husni itu.

Tidak perlu juga rasanya didetailkan apa soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Husni itu kerana video ucapan beliau dan transkrip mengenainya sudah bersepah-sepah di media sosial dan whatsapp grup sekarang ini.

Bagi mereka yang sudah mengikuti isu 1MDB ini sejak dulu, masalah dan kepincangan mengenai syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib itu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Husni memang sudah lama dalam perhatian ramai.

Hal-hal berkaitan wang pencen RM4 bilion yang kononnya dipinjam untuk perlombongan, terbitan bon, Aabar PJS Ltd, IPIC, Bandar Malaysia, mengapa tiada tindakan terhadap pengurusan 1MDB, kes di mahkamah timbangtara sehinggalah kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Amerika, semuanya adalah kebimbangan yang ada di hati rakyat mengenai tingkahlaku Najib yang dianggap membahayakan masa depan negara serta diperbualkan di mana-mana.

Tidak ada sesiapa yang bersetuju dengan segala kemelut 1MDB, lebih-lebih lagi apabila kemudiannya dalam akuan Najib ada wang RM2,600 juta, Riza Aziz, anak tirnya tiba-tiba jadi tauke filem di Hollywood sambil mampu membeli banyak hartawan mewah di luar negara, percutian di kapal mewah bersama Jho Low dan pelbagai kecurigaan yang lain yang berlaku silih berganti.

Tetapi ketika segala kemelut itu berlaku, Husni adalah Menteri Kewangan Kedua dan beliau pernah ditugaskan oleh kabinet untuk menjadi jurucakap mengenai sebarang isu berkaitan 1MDB.

Soalnya, adakah waktu itu beliau pernah bertanya apa-apa soalan yang tidak difahaminya sekarang, sama ada kepada Najib sendiri mahupun kepada pengurusan 1MDB?

Jika dulu tidak pernah bertanyakan sebarang soalan, kenapa hanya baru sekarang mahu bertanya?

Kenapa juga waktu itu beliau tidak berusaha mencari jawapan atas kapasitinya sebagai menteri dan jika maklumat didapati disembunyikan atau jawapan yang diperolehi tidak memuaskan hatinya atau jelas ada "kong kali kong" dalam 1MDB, atas dasar apa beliau sanggup kekal bersekongkol duduk dalam kabinet bertahun-tahun lamanya?

Perlu diingat bahawa Husni meletakkan jawatan bukan disebabkan tidak setuju dengan 1MDB atau enggan bersama dengan ketidakjujuran Najib berkaitan syarikat pelaburan itu, tetapi hanya kerana tidak mahu dipindahkan ke kementerian lain yang dianggapnya bertentangan dengan hasrat hatinya mahu kekal di Kementerian Kewangan sehingga pencen.

Husni tidaklah seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir yang berani bersuara mengenai 1MDB ketika masih berjawatan dan akhirnya sanggup hilang kedudukan serta jawatan kerananya.

Beliau berundur hanya kerana tidak setuju dipindahkan dari lubuk Kementerian Kewangan. Husni jauh sekali sedia meletakkan jawatan kerana isu 1MDB, sebaliknya hanya pertukaran kedudukan dan jawatan yang membuatkannya berundur, satu tindakan yang terlalu kecil dari segi harga perjuangan.

Bayangkan, apa jadi jika dalam rombakan tempohari, Najib tiada perancangan untuk menukarkan Husni atau bersetuju untuk terus  mengekalkannya lagi sebagai  Menteri Kewangan Kedua? 

Di mana dan mirip ke mana suaranya sekarang ini? 

Mungkin mustahil soalan-soalannya semalam masih  dapat dengari di Parlimen, tetapi adakah Husni masih mahu bertanyakannya secara bisik-bisik atau ketika pertemuan empat matanya dengan Najib?

Ada kawan-kawan berkata,  soalan-soalan Husni di Parlimen semalam adalah gambaran ingin menebus rasa bersalah dan tekanan perasaan yang ada dalam dirinya selama ini.  Beliau mungkin mahu menebus dosa dan kesalahan silamnya.

Namun, ia adalah tindakan yang terlewat, tambahan lagi jika disedari bahawa pengunduran dirinya daripada kabinet bukan ada apa-apa kaitan dengan 1MDB. Cuma tidak mahu dipindah keluar daripada Kementerian Kewangan saja.

Malah,  jika sejak 2009 atau tahun-tahun kemudiannya,  beliau sedar ada kesalahan dan kepincangan dalam 1MDB yang ditubuhkan oleh Najib yang dipapancaturkan oleh Jho Low, sebaliknya Husni hanya mampu mendiamkan diri, tidak bertanyakan soalan, jauh sekali untuk menjadi seberani Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz, beliau tetap bersalah dari segi amanah kepada seluruh rakyat Malaysia ini.

Mudah-mudahan Tuhan memberi keampunan dan memberkati hari-hari mendatang di baki usianya nanti. (SH 25/10/2016).

66 comments:

  1. Saolan Husni adalah copy paste saolan rakyat bertahun lamanya..

    Masa bertanya sudah berlalu..
    Sekarang masa bertindak..
    Susun strategi..
    Bersatu hati..
    Atau penyamun terlepas lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Biar lewat dr terus berdiam spt MP BN yg lain. Suara Husni lebih kuat kesannya berbanding suara MP Pembangkang dan suara Tun M.

      Delete
    3. Haha.. habaq nak gi ngaji agama kat Jordan.. khakkkkk thui..

      Delete
    4. Tuan Punahsihat!!!
      Tolong beri jawapan.

      Jawapan nya begini boss:

      Tak perlu jawap sbb tidak ada saksi untuk semua isu yg ditanya.
      Semua itu tohmah dan fitnah kafir harbi yg nak merosakkan pepaduang orang melayu.

      Delete
    5. soalan yang sama juga, klu ditanya pada tahun depan... saya jamin ianya tidak akan dijawab dengan penuh ketelusan, rasional, yang memuaskan hati rakyat yang telah ditinggikan kerana ilmuny...


      Delete
  2. Tuan Shah...
    Soalan rakyat lebih relevan dari soalan husni.

    Kalau nak soalan yang betul2 real....sila tanya rakyat sendiri.

    Kalau diberi peluang bersuara....ramai yg akan ambil peluang menyoal.

    ReplyDelete
  3. Husni pengkhianat negara. Sanggup bersekongkol dgn pembangkang utk jatuhkn Dato Najib. Mukris and the gang nmpak ler cerdik sikit walaupun licik. Tp husni ni menggali kuboq sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri kewangan jawab jangan tak jawab.. Jangan jadi pengecut... Ini soalan Dr wakil rakyat bn.

      Delete
    2. Gali kubur umno, bukan kubur sendiri..dia dah letak semua jawatan kecuali ahli parlimen. Apa dia nak hairankan?..lain la keruak & rahman dahlan. Tgh syok pegang jawatan, tengah kumpul harta. Padan muka umno. Biar dia jadi gunting dlm lipatan. Biar dia buka pekung najib. Mungkin husni tau sesetengah perkara yg kita tak tau masa jd menteri kewangan 2.

      Delete
    3. 01.47....yg ko takut sangat org soal najib tu kenapa??? Kalau najib suci lagi bersih...apa yg nak risau dan takut?? Kalo terbukti tak salah, lagi senang nak bagi sebijik sedebuk tepat atas muka pembangkang atau pengkhianat negara.

      Inilah peluang najib nak malukan pembangkang dan pengkhianat negara semua tu. Baik ambik kesempatan ni utk jawab semua soalan dan tunjuk kat rakyat Malaysia dia tak salah.

      Ini kan peluang baik nak kenakan pembangkang dan pengkhianat negara....betul tak??

      Delete
  4. Hutang 1mdb bukanlah hutang negara sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mabuk ke? Gabenor bank negara, datuk muhammad ibrahim pernah bagi jaminan hutang 1mdb akan dibayar/ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Ia skrg 100% milik MoF inc. Hutang SRC RM4 billion dgn kwap, hutang bandar malaysia RM2.4 billion dgn tabung haji, 2 bon dijamin ipic sebanyak RM14 billion, terbitan sukuk patuh syariah RM7.4 billion. Total RM27.8 billion..belum masuk interest. Anggaran interest 15 tahun sbyk 5% hampir RM20 billion. Bila diletakkan di bawah MoF inc..automatik jadi hutang negara. Kerajaan tanggung hutang 1mdb, najib terlepas, rakyat jadi mangsa.

      Delete
    2. Ko ni memg bangsat ler.........Otak jer ada tapi akal takda....So ko ni dah sama ngan binatang tau...Binatang ada otak tapi takda akal....Hutang tu tanggugan kerajaaan ler bodoh.....

      Delete
    3. Ni mesti lulusan UPSR shj. Lebih teruk dari MakCik Felda. Langsung tak tahu apa2 & tak faham apa2.

      Delete
    4. I dont think husni is asking on behalf of the people..if not he will ask the question earlier after his resignation and let people know the truth about 1mdb...maybe its just a play or a gag between him and a prime minister..we will see..

      Delete
    5. Saya percaya anon 1:52 hanya quote hujah Ketua Perbendaharaan Negara Sarigar Abdullah. Tindak tanduk mamak ini mengingatkan kita sejarah kejatuhan Melaka. Diceritakan seorang mamak berjawatan Bendahara telah bersubahat dengan penjajah menjadi punca kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah berulang, barangkali.

      Delete
    6. 01.52 ko giler ke hapa?? Kalo 1MDB bukan hutang negara....habis hutang sape?? Hutang nenek aku ker....nenek ko??

      Delete
    7. sama spesis dengan si jamal jamban ikan bakar nih...

      Delete
    8. "Hutang 1mdb bukanlah hutang negara sebenarnya.." by Anon 01:25

      ~ another SRP failure detected
      ~ misunderstand what he read
      ~ person with no idea about basic finance - cost of capital
      ~ manusia paling kesian...

      Delete
    9. ~ manusia penjilat

      Delete
  5. Lambat pun lambat lah, nk buat camna kalau baru sedar... Harap2 ikhlas dan jujur terus lah lepas ni. Jgn seperti melepas batuk di tangga pulak.

    ReplyDelete
  6. Tngu husni kena pecat dr umno kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh kawan2 saya yg byk bergaji rendah sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni la yg bawak hujah palsu kononnya bawak teksi stengah hari boleh dapat bersih lebih 200?

      Bila dah kantoi menipu kau karang cerita lain pulak

      Ingat org xperasan? Bodoh

      Delete
    2. Betul tu Mr Tajul rasanya dia ler tu....

      Delete
    3. 03.00 kantoi...kalau ilmu tahap ahmad bashah, baik dok diam2. Nak merapu pon logic sikit

      Delete
    4. Hello Mr Tajul & the gang, nyatakan negara mana yg lbh baik kerajaan menjaga kepentingan majoriti bumiputra? Hanya Bn Umno dulu kini dan akan serahkan pada ... takdirnya bila dan bagaimana tertabal dgn sendirinya menjadi penguasa dunia dan masa tu korang tertanya oh ini yg dikatakan M'sia bumi bertuah. Hanya masa menentukan mudah2an kita diblog ini menyaksikan kehebatan kepimpinannya mengislam sedunia. Amin ya rabbul alamin

      Delete
    5. 09.31...jaga kepentingan bumiputera terbaik di dunia ialah umno...umno dulu, bukan umno skrg.

      Negara mana yg tubuh dana, lepas tu dana ada skandal billion billion, hantar wang pada kompeni ciplak, audit dana pon tunggang langgang, lepas tu siasatan audit dirahsiakan, bukti aliran wang tiada tapi rakyat diminta percaya cakap pemimpin, menteri kewangan pon tak tau hujung pangkal dana, heboh satu dunia?

      Masa terdesak gini baru la mula cakap dari segi agama. Pirah.

      Delete
    6. Melalut la 03.00 ni...tulis panjang isi kurang macam budak form 1

      Delete
    7. Nak buat propaganda atau bagi nasihat kat sini boleh tapi kau kena paham org sini bijak bukan tahap mat motor...paham 0300?

      Delete
    8. 9.31 bangang tahap gaban. Satu dunia tahu pasal skandal duit Malaysia tapi ko yg dalam Msia ni tak tau. Ko ingat Singapore suruh tutup 2 bank tu saja suka2, gurau2 ye??? Ko ingat semua negara yg siasat pasal duit berkait dgn 1MDB tu saja main2 isi masa lapang ye??

      Ko tak payah tanya Mr Tajul la.....
      Ko jawab dulu kenapa dulu ye ye suruh rakyat tunggu laporan audit tapi pastu bila dah siap laporan tu kenapa pulak diOSAkan?? Sampai sekarang banyak soalan dalam kepala rakyat tak terjawab-jawab lagi.

      Boleh bagitau apa yg ada dalam laporan audit tu yg ye ye sangat nak dirahsiakan??


      Delete
    9. pepehal yg pasti bn menang bergaya kalu congak logik pembangkang masih tak boleh jelmakan 1 lwn 1 masa pembuangan undi nanti .... korang boleh mimpi sampai mati jongkeh.

      Delete
    10. Anon 11.17 jangan riyak. Jangan kau nak mendahulukan Allah. Kau pula yg lebih tahu dati Allah.

      Kalau pun penyamun menang tapi aku yakin org munafik akan dijatuhkan Allah juga satu hari nanti. Yg batil tak mungkin bertahan lama. Tentu ada balasan. Contoh Namrud, Firaun, Hitler.

      Benda ni akan ambil masa sbb Allah bagi peluang bertaubat. Tapi kalau terus menerus rakyat menanggung susah kerana sorang penyamun. Allah akan jatuhkan dia atas doa org yg dianiaya.

      Banyak sebab musabab lain yg boleh jadi. Bukan hanya sebab 1 lawan 1. Allah maha besar. Jangan sombong bongkak macam kau yg tentukan semua.

      Delete
    11. Setuju 18:34,
      Hishamuddin pernah dgn bongkaknya suatu waktu dahulu menyatakan kerusi2 di bumi Johor, 100% milik BN. Based on track record. Tub2, PRU waktu itu, ada kerusi terlepas gara2 'silly mistake' waktu penamaan calon...

      Peranvangan Allah lah yg lebih sempurna...

      Delete
  8. Ini soalan Husni yang membangkitkan persoalan baru di mata umum. Aku ambil dari blog Din Turtle. Tiada siapa yang bertanyakan soalan ini selama ini. Mungkin sebab beliau asal orang dalam jadi beliau lebih 'privy' dari kita rakyat marhaen. Ya kenapa pembayaran diberikan oleh KWAP secara sekaligus? Tidak berdasarkan tempoh kemajuan? Soalan beliau:

    “Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus?

    “Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.."

    ReplyDelete
  9. Payback time. Whatever the reason only Allah knows. Spt keimanan sesaorang. (Good question. Better late than never. Good move najib). Bodoh sombong. I wonder what will be the answer . Tuan speaker pls rule. Adakah soalan ini subjudice.

    01:47, no comment. Gone case. Sampai tak tau nak beza antara baik dan jahat. Pun nak komen juga. Terpulang lah ini negara yg mengamalkan demokrasi, hak bersuara.

    ReplyDelete
  10. Sdra SB,

    1. Its never too late

    2. Husni may be bound by oath

    3. I believe a lot of things husni was not informed.

    4. Whilst in service, he was jnder gag order.

    5. Well, husni is no muhyiddin or mukhriz or shafie.

    6. My honest opinion is husni wants answers by najib or his henchmen. I notice he is not really in the know...lots of things not told to him. Probably kena ugut whilst in service....u never know

    ReplyDelete
  11. Husni = Broken Record.

    Record Owner = Najib !

    ReplyDelete
  12. Husni, you have the support of the rakyat. Keep asking questions. Secondly, tell your fellow umno members nationwide that you are asking those questions. Encourage umno members to ask the same questions. Understand that the majority of umno members dont know what to ask, therefore; guide them step by step.

    ReplyDelete
  13. Dear Shah, truly there is no need for that very last paragraph of yours for as you have put it so well between the lines... where is the honesty of it all? Game people play. Yes, indeed, it is a cleansing process for him plus it is to make sure that once the world come down hard on the people behind the 1MDB shenanigans they will let him go without much questions.

    But the truth is that he was one of the main gurkhas while he was in the finance ministry. And have I got news for him and his kind: their days are numbered. And people's prayers are for justice from Allah swt even while they are still alive and kicking and continue to play games with the rakyat and the rest of the world. For the latter, just look at the tens of billions of ringgit allocated to the east coast railway line project… to cover up the big hole in 1MDB? Heh?

    Stay tuned!

    ReplyDelete
  14. Anonymous25 October 2016 at 03.00
    Cerita kau ni panjang sangat lah. Contoh nya senang saja. Ada seorang alim tua, selama 80 tahun sentiasa beribadat siang malam dan pastinya banyak pahalanya. Pada suatu hari dia terransang melihat seorang wanita lalu merogol wanita tersebut. Adakah dosa merogol itu dapat dihapus dengan ibadatnya selama 80 tahun itu? Begitu jua dengan UmNooo kau sekarang!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia 03.00 bukan paham pon. Tahap felda.

      Delete
    2. tahap baju merah...

      Delete
    3. Felda la deposit kekal umno dulu kini dan selamanya kan kan kan. skrg ni baju merah jaga hang pembangkang masuk kena halau dgn penyapu buruk. hehehehe.

      Delete
    4. Baju merah yg menteri2 sendiri pun tak setuju cara samseng dan suruh ambil tindakan. Padan muka!!

      Delete
  15. Salam Sdra Shah

    Husni...Husni...Husni

    Apa ko cakap semua orang dah cakap.
    Ko tu orang "dalam"...
    Kalau ko cakap macam tu masa ko dalam geng Najib kan bagus. Nasib ko pasti sama macam TSMY, DSSA dan DSMM....kami tabik mereka kerana berani bercakap. tapi ko lain pulak...ko sendiri berhenti bukan dipecat...dah tu ko membisu je. Kini ko cakap macam orang mengutuk bekas bini yang dah dicerai...walhal masa jadi bini bukan main puji...cantik...loving je.

    Sdra Husni...cakap dalam Parlimen tak de makna...ko masih berlindung dibawah Akta Parlimen...kalau ko anak jantan...cakap apa yang ko tau...walaupun ko tertakluk kepada OSA...tapi kalau ko pasti apa yang berlaku itu satu jenayah...OSA tak OSA...sudah menjadi tanggung jawab ko sebagai seorang manusia apatah lagi seorang muslim untuk berkata benar dan tidak bersubahat atau melindungi jenayah.

    Ikutilah TSMY, DSSA dan DSMM....dimata rakyat mereka lebih bermaruah.

    Sdra Husni...selagi ko membisu...ko tetap bersubahat. Ko tau apa yang berlaku kerana ketika itu ko memang bersama mereka.

    Mana jantan kamu Sdra Husni?...atau munkin ko jantan tak dak teloq?

    Hutang 1MDB kami tanggung...ko ada duit dan pencen menteri...apa susah...kami rakyat yang terhimpit ni mana nak mengadu nasib?

    ReplyDelete
  16. Husni Just Unit....????
    Sila jelaskan Just Unit tu dulu kalu betol2 rasa bersalah. Kerana dh takde jawatan nak main baling2 batu sembunyi tangan pulak. Mustahil bekas menteri kewangan ke-2 tak tahu apa2. Just Unit.. Just Unit...

    ReplyDelete
  17. Kita berharap jalan cerita spt drama Bijan dan Black Rose rekaan Deepak tidak berlaku disini. Atau drama Sirul nak buat PC terbuka dgn Mahfouz.

    Tut..tut Deepak dan Sirul diam seribu bahasa kenyang.

    Tengok pada performance Husni dari Kinitv, nampak juga gaya ada political posturing. Soalan2 pun bukan cepumas penuh mirip main ditepi2 air gaya Tuan Ibrahim bukan hardcore jenis Tony Pua atau Rafizi. Taknya, Timbalan Menteri MOF akan jawab subjudis atau masih dalam siasatan atau nasihat2 akan diambil Kira dalam perancangan TN50..spt jawaban2 standard Husni dululah. Ingat kita wawancara Husni diTV mengenai units dan pelan rasionalisasi 1MDB, hampeh sekali.

    Paling tidak akan keluar diluar Parliament, prestasi Husni tidak bagus diMOF sehingga tidak tahu kedudukan 1MDB, sebab tu dicdgkan tukar Kementerian.

    U-turn begini telah dan akan berlaku dgn dedak dan tawaran tawaran baru. Habis cite.




    ReplyDelete
  18. BETTER LATE THAN NEVER.
    Gurkah semasa dalam kabinet Najib or not, dosen't
    matter in the least. Yang penting, Husni sudah
    keluar dari kabinet dapor Najib itu.
    CARA atau SEBAB dia keluar pun tak penting lagi
    untuk diungkit-ungkit.
    Yang penting, sekarang dia sudah berani bersuara!
    Dia bertanya soalan-soalan CEPUEMAS yang selama ini banyak yang kita tak tahu.
    Contohnya pembelian tanah TRIX oleh Syarikat Cina
    yang tak perlu bayar harga apa-apa hingga ke tahun 2022.
    Lepas ni, mungkin Husni akan keluarkan sedikit
    demi sedikit rahsia lain yang diketahuinya.
    Lain padang, lain belalangnya.
    Lain orang, lain caranya.
    Respect his keberanian kerana semua ini memerlukan
    KEBERANAIAN.Bukan senang nak menentang arus.
    Dan BERSYUKURLAH Husni sudah ada keberanian untuk
    mendedahkan semua yang dia tahu.
    Semua ini PERANCANGAN ALLAH.
    Jangan ingat pencuri boleh lepas dan ketawa berdekah-dekah di atas kebodohan kita semua.
    Kita berdoa setiap hari agar Allah menunjukkan kebenarannya. Sekarang sedikit demi sedikit
    kebenaran itu terlondeh.
    Mengapa mahu diperlekehkan Husni yang mendedahkannya sesudah dia bukan lagi menteri....???
    BERSYUKURlah diatas tindakan Najib menukarkan Husni
    ke kementerian lain, otherwise sampai sekarang dia
    terus senyap kerana terperangkap dengan macam-
    macam hal yang kita tak tahu - keperluan hidup,
    kerjaya, kesetiaan kepada UMNO & PM dan yang paling besar, TAKUT menentang arus. Bukan senang nak terjun
    dari tempat yang selamat ke dalam arus yang deras.
    It takes gut!
    So, berSYUKURLAH NAJIB BERTINDAK TUKARKAN HUSNI.
    Allah beri peluang Husni bersuara.
    SUARA HUSNI LEBIH BERMAKNA DARIPADA 1000 SUARA
    PEMBANGKANG. HUSNI ORANG DALAM, ORANG LEBIH PERCAYA
    KEPADA KATA-KATANYA DARIPADA SUARA PEMBANGKANG.
    Tambah lagi, dia tahu banyak rahsia sebab dia
    kerja dalam kementerian kewangan 5 tahun.
    Kepada Husni, bertabahlah.
    Mulai hari ini, anda akan dinilai.
    Bukan sahaja di nilai, bersedialah untuk DISERANG
    dengan pelbagai tuduhan jelik sebagaimana yang
    menimpa Tun Mahadir, Muhyiddin, Shafie Afdal dan
    Mukhriz.
    Hidup memang penuh cabaran.
    Semoga anda dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  19. Tahniah harapan terus berjuang
    Keris pahang

    ReplyDelete
  20. Husni agaknya baru saja tersedar dpd tidur dan mimpi indah tahun-tahun yg lalu. Tindakannya memang dah terlewat, namun 'it's better late than never'.

    Mungkin beliau telah bertaubat dan merasakan perlu bertanggungjawab berbuat sesuatu demi kepentingan rakyat dan negara. Mari kita ikuti setakat mana perjuangannya selepas ini.

    ReplyDelete
  21. Husni agaknya baru saja tersedar dpd tidur dan mimpi indah tahun-tahun yg lalu. Tindakannya memang dah terlewat, namun 'it's better late than never'.

    Mungkin beliau telah bertaubat dan merasakan perlu bertanggungjawab berbuat sesuatu demi kepentingan rakyat dan negara. Mari kita ikuti setakat mana perjuangannya selepas ini.

    ReplyDelete
  22. Kita mesti menunjukkan sokongan kepada mereka yg ingin berubah sebagai contoh kepada org lain supaya berubah..Kalau kita mahu lebih ramai berubah kita kena positif dan sokong..bukan perlekehkan perubahan org lain..macam mana org nak berubah kiranya kita tak mahu terima perubahan mereka..Ramai yg teragak agak untuk berubah dan kiranya kita masih menghukum mereka yg ingin berubah maka Kita perlahan proses ini..Kita jadikan emosi sebagai raja..maka sia sia sahaja kita tiada apa2 alan mendorong mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Kita bagi peluang pada orang yg dah sedar dan mahu berubah.

      Delete
  23. Bila org nak berubah marah..bila orang nak berubah kutuk..Bila org tak berubah marah juga..Maka apa sebenarnya kita mahu..Allah dah takdirkan Husni berubah walaupun agak lewat..kita harus bersyukur..Contoh ketakutan berubah itu hanya kayalan yg perlu diatasi dengan keberanian..Dulu lain sekarang lain..Maka marilah kita berubah bersama sama..untuk berjaya pru 14 Kita pun perlu berubah..bukan emosi yg tertinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berubah memang mudah, nak istiqamah tu yang sudah, kalo berkawan dengan penipu walaupun tidak menipu, susah org nak percaya..thats what happened to husni...he has to prove himself but it takes time for people to accept...

      Delete
  24. Dia sepatutnya bukan tanya soalan tetapi berikan butir2 salahlaku mangkok2 yg terhadap 1mdb telanjangkan mereka buka seluar mereka sapu duit rakyat rasuah itu sepatutnya berlaku janganlah nak main wayang je sama dgn pembodek yg lain tak payahlah buang masa je

    ReplyDelete
  25. Dia sepatutnya bukan tanya soalan tetapi berikan butir2 salahlaku mangkok2 yg terhadap 1mdb telanjangkan mereka buka seluar mereka sapu duit rakyat rasuah itu sepatutnya berlaku janganlah nak main wayang je sama dgn pembodek yg lain tak payahlah buang masa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pikir mcm tu. beliau xkan xtau duduk jd menteri kewangan juga kan? tiap minggu msrt kabinet. knpa sebagai menteri kew2 x tanya? tsmy dan dssa saja yg bertanya .

      Delete
  26. sdr shah

    nasi dah jadi bubur. bubur pulak dah basi. jawapan dan tindakan selanjutnya ialah pru 14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ditiadakan pru14 dek najip nnt dh le

      Delete
  27. What been asked by Husni...is to be reflected to the rest of BN MPs..he him self no 2 man in the MOF also blurrs with this 1MDB fiasco..how can the rest of the MPs know very well ....so..they just talking nonsense..in explaining to the rakyat....

    That is what i believed he is trying to convey....

    Tambun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, found what Malays use to say GALATNYA kalu tak
      Quote below

      Husni’s son, Khalid, his father’s proxy in New Pantai Expressway Sdn Bhd

      Molppong jo ko jang.

      Delete
    2. mesti ada sebab kenapa DSHH hendak ditukarkan ke kementerian lain..blh jadi sebab 1mdb..dan sebab itu lah yang menjadikan punca dia meletak jawatan..

      Delete