Monday, 24 October 2016

AHLI2 PARLIMEN BN JAUH LEBIH MEMALUKAN


Bukan saja Najib Razak tidak hadir, malah majoriti Ahli-Ahli Parlimen BN tidak berada di dalam dewan ketika Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapannya membahaskan Bajet 2017.
Bahkan jika diimbas, tidak seperti menteri-menteri kewangan  sebelum ini, Najib diketahui umum sejak dulu memang jarang benar meluangkan masa mendengar ucapan wakil-wakil parti pembangkang berkaitan belanjawan.

Adakah Najib merasakan belanjawan yang dibentangkannya sudah begitu sempurna sehingga tidak mahu langsung mendengar pandangan-pandangan lain yang berbeza?

Kenapa marah orang lain keluar dewan jika diri sendiri dengan sengaja bersikap sombong dan mementingkan diri tidak mahu mendengar pendapat serta pandangan orang lain? 

Tidakkah tindakan sengaja tidak hadir itu jauh lebih memalukan?  (SH 24/10/2016).

62 comments:

  1. Inilah legasi Najib.

    Satu satunya PM yang cakap BOHONG dalam Parlimen. MP ponteng sidang?...kalau Ketua Klepto ponteng...penyamun 40 pon ponteng jugak...Public Holiday!...sopping sakan Depavali.

    Elaun sidang parlimen semua claim...tapi ponteng.

    Bapak dia punya Parlimen...inilah pilihan pengundi yang bijaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najob mcm pondan ja. Nak bahas kebende. Nak cakap hal sendiri pun gagap. Mujur ada Pandirkau tolong cover.

      Delete
    2. Tuan Shah
      Sejak bila najib suka ditegur....Yg kita nampak selama ni....dia tak suka dikritik. Sape berani kritik, tegur, komen, semua kena pecat, digantung, ditukar, disoal siasat. Hinggakan reporter omputih bukak mulut tanya pun kena bawak balai.

      Jadi perkara mereka TAK HADIR dalam bahas bajet pembangkang ni dah memang DIJANGKA......rupanya dah bertahun2 dia org AMALKAN tak nak dengar bahas pembangkang.

      Kalau macam tu JANGAN MARAH bila pembangkang pun buat TINDAKAN YG SAMA keluar dewan tak nak dengar pembentangan BAJET IMPIAN kerajaan.

      Tapi yg herannya bila pembangkang keluar dewan berita TV tunjuk.....dan najib pun komen "rakyat boleh nilaikan sendiri"........tapi bila dia org TAK HADIR bahas pembangkang tentang bajet tu.....TV tak tunjuk pun.

      Inilah ONE WAY administration. Apa nak buat inilah parlimen Malaysia. Suka tak suka kena terima bulat2 apa yg dibentangkan.....jangan tegur2....tanya pun tak boleh.

      Delete
    3. Kalau masih sokong BN lagi tak tahu nak kata apa la saya.

      Delete
    4. Najib tak hadir perbahasan, lain kali tak payah bentang belanjawan di parlimen. Buat sidang akhbar & kalau nak selamatkan diri, keluar laporan bercetak je. Suruh macai edar. Buang masa..

      Delete
    5. Anakanda Tun Razak...

      Delete
  2. tak satu lagi heboh nak lawan bn

    ReplyDelete
  3. Bajet nasi lemak, tak payah bahas lah. Baik pi kempen kat kampong2 cerita pasal 1mdb, derma 2.6b dan rm90 juta, lagi ada faedah.

    ReplyDelete
  4. ya 14:36 betul tu ... ini patutnya Mahathir & grup kena lakukan/kempen supaya pengundi luar bandar paling ramai terutama di Felda2 besok hanya bagi unudi pada parti bunga raya pru14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen....berkat dgn apa yg ko cakap tu insya-Allah PPBM akan menang dengan sokongan dari warga felda hendaknya.....ameen ya Allah.

      Delete
  5. Potong peruntukan ipta, belanja puluh juta untuk program bini sendiri. Bukan setakat beban berat badan, Rosmah dah jadi beban negara..jilake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. inilah program yg rakyat nak. Program bodo Rosmah utk rakyat bodo. Sama bodo sama sekufu la. Yahoo..

      Cakap berapi2 pun x guna. Kene tsunami baru nak jenuh keriau itu ini. Nama pun bigot dunia ketiga, standard la.

      Delete
  6. Bagi 'walkover' je bajet tu TAPI catit 'under protest'. Pergi cuti saja selama tempoh sidang belanjawan tu patut dibahaskan. Tak ada 'accountabiliti' punya BN!

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya buat balik di balas baik. Buat jahat dibalas jahat. Sbb tu ler BN x dtg dewan. Pembangkang buat onar ms pebentangan Bajet 2017. Janganler meroyan ea. Cerminkan diri sendiri tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak to PM...lead by example..kalau pembangkang hampeh, jangan la di balas hampeh..tunjukkan awak tu ada integriti..ni tidak..sama je...boleh pulak main balas balik nak datang taknak datang...apa la nak jadi dgn Malaysia ni..

      Delete
    2. Sian wakil rakyat tahan banghal gaban jadi wakil, Mmg ea padan yg mencalon pun sama banghal gaban .... poorah.

      Delete
    3. Inilah 'world class' punya PM. Entah macam mana boleh jadi tak tau....integriti = zero!

      Delete
  8. Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020.

    Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

    Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

    Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing.

    Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

    “Membenarkan pekerja-pekerja tidak sah yang sedia ada untuk mendaftar dan menjadi diri mereka pekerja yang sah pada kos yang munasabah dan membolehkan mereka untuk bekerja untuk majikan yang berbeza tetapi dengan kontrak yang tetap”.

    “Pekerja-pekerja sah cenderung untuk menjadi pekerja tidak sah kerana mereka menghadapi masalah besar jika hendak menukar majikan, satu dasar sumber manusia yang lebih adil dan telus akan membetulkan keadan ini,” menurut dokumen itu.

    Apa dasarnya? sepatutnya sebagai satu bajet yang lengkap, pembangkang perlu memperjelaskan secara ringkas dasar yang akan diperkenalkan.

    Paling banyak cadangan pembangkang yang dibantah ialah menjadikan ratusan ribu pelarian yang ada di negara ini sebagai pekerja menggantikan kebergantungan kepada pekerja asing.

    Ini menurut sesetengah pihak adalah kerja gila kerana membenarkan individu tanpa kemahiran masuk dan bekerja di negara ini atas nama pelarian yang tidak diketahui lanjut berkaitan latar belakang mereka.

    Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

    Malah lebih lucu, pembangkang mencadangkan agar pekerja asing ini mempunyai persatuan sendiri seperti CUEPAS.

    Maka jangan terkejut nanti kalau ada pekerja asing membuat demo di Sogo kerana membantah majikan mereka. Ini idea gila pembangkang.

    Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

    Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa untungnya kalau bajet ipta dikurangkan? Mengurangkan bijak pandai dlm negara?

      Delete
    2. 17.15...kau bawak teksi uber, bini jual nasi lemak, ok? Anak2 kau belajar takat form 3 pon cukup. Besar nanti anak yg laki bawak teksi, yg pompuan jual nasi lemak, ok tak? Dan, jangan lupa guna barang second hand!

      Delete
    3. Bro Najib tak seburuk YG dikata najib mau tutup legasi Mahathir ... bajet trg Najib bindkan pembeli teksi baru PROTON Savvy (yg Mahathir kata Najib mau kasi lingkupkan) dgn br1m+rebatrm4000 duit muka ... tak kan lah yg selebihnya tak boleh buat pinjaman, jiran saya kalu rajin kdg2 1/2 hari ja boleh masyuk bersih 200 iggt co kali 25 hari sudah brp bro .. takkan tak boleh baya cicilan bulanan.
      YANG NAK DITUTUP HANYA LEGASI KRONA KRONI TU JA
      17:21 ko cakap seolah2 setiap bergaji jurutera.
      Akai ada ka tu pasal ko pandang org bawah bangsat. watak ko eksyen je kecik2 telanjang bulat dah mati sama jugak jadi hina org.

      Delete
    4. Woi 17.45...br1m dapat sekali gus ke?....klau rakyat dah tak ada duit....nak naik teksi ke?....kau kerja mati- matian....dia senang2 kebas duit rakyat...itu pun kau sokong?....dah berapa banyak cliam posting hari ni dapat?....senang2 boleh masyuk 200 inggit kan?

      Delete
    5. Bapa sedara aku panggil Pak Lang sorang pemandu teksi. Tipu boleh dapat bersih RM200 sehari. Baru kejap aku call tanya dia......dia kata kalau setengah hati dah boleh dapat RM200 macam anon 17.45 tu cakap.....semua org nak bawak teksi.

      Pak Lang aku kata kadang 1 hari dapat dalam RM50 pun ada.....habis tinggi RM100 tapi payah nak dapat BERSIH RM100 sehari.....lepas tolak duit minyak dan kadang2 tolak tol....BERSIH dapat kurang dari RM100. Kalau yg kena bayar duit sewa teksi company lagilah kurang.

      Bayangkan 17.45 tu kata boleh dapat RM200 dlm setengah hati. Jadi cuba pikir....tu baru setengah hari kerja....kalau cukup 1 hari dapat lebih lagi kan.....PENIPU..!!!

      Kalau macam tu pendapatannya.....tak adalah skim sewa beli teksi....baik org beli teksi sendiri dan bayar je loan bulan2...lagi senang tak betkait dgn org lain.

      Pikir logiklah....adik aku engineer baru keluar U pun start gaji RM2800....walhal ada ijazah IPTA. Dapat beli kereta je....rumah pun tak mampu nak beli lagi.

      Ini bajet angan2....realitinya tak macam tu pun.

      Delete
    6. Sori salah taip...."setengah HARI".

      Delete
    7. Toksahlah nak memenangkan idea najib yg merendahkan IQ org melayu..belajar tinggi2, bwk teksi, jual nasi lemak..kononnya x pilih keje...itu smua nak tutup kelemahan pentadbiran dia yg x dapat menyediakan pekerjaan pd golongan graduan sepenuhnya..apa la punya pm, suka pusing fakta..

      Delete
    8. Anon 20.50, betul kata saudara sebenarnya dia nak menutup kelemahan gagal sediakan pekerjaan untuk graduan2. Pelaburan asing pun dah kurang, banyak kilang2 ditutup. Tanya pekerja swasta mereka semua tahu banyak kilang ditutup. Tak payah jual temberang laaaa......

      Eloklah umur pencen penjawat awam tu diturunkan balik ke 55 sebab waktu umur macam tu ekonomi rumahtangga dah boleh dikatakan kukuh. Jadi janganlah tamak nak kerja sampai 60 tahun.

      Bagilah peluang pada golongan muda yg baru NAK HIDOP. Mereka baru mula dari kosong, baru nak beli kereta, rumah, kawin, besarkan anak pinak.

      Pikir logik laaa woiii.....!!

      Delete
    9. Bawa teksi dapat rm200 sehari? Mimpi la kau bangang. Nak merapu pon logik la sikit. Aku selalu ambik teksi kat lrt bukit jalil. Drebar pon ada cakap, penumpang dah kurang. Yang duduk kawasan perumahan sekitar bukit jalil dan sri petaling pun sanggup jalan balik rumah dalam 20 ke 30 minit, nak jimat duit.

      Delete
  9. SEDARKAH kita, khususnya para penjawat awam bahawa dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2017 tiada sebarang usaha untuk menghargai penjawat awam melalui pemberian intensif khas atau bonus?

    Malah mungkin ramai juga tidak sedar bahawa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada tahun 2016 yang lalu juga menunjukkan pembangkang tidak berminat untuk menghargai jerih perih para penjawat awam.

    Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan itu, kebanyakannya hanya memperlekehkan Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional.

    Manakala inisiatif daripada pembangkang kearah kesejahteraan rakyat dalam bajet tersebut tidak begitu ketara.

    Misalnya soal perumahan rakyat, di Selangor dan Pulau Pinang pun pembangkang gagal laksanakan rumah mampu milik untuk rakyat.

    Apatah lagi kebajikan penjawat awam. Dalam bajet alternatif pembangkang pada 2016, mereka mahu kurangkan penjawat awam sebanyak 1%.

    Ini kerana Lim Kit Siang pernah menyatakan dalam RoketKini bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia adalah yang teramai di dunia.

    Pada Lim Kit Siang, penjawat awam ini satu pembaziran baginya.

    Dan tidak hairanlah juga pembangkang dengan rasa tidak bersalah sanggup mencadangkan agar peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dikurangkan sebanyak RM10 bilion iaitu daripada jumlahnya pada 2016 sebanyak RM20.3 bilion kepada RM10.3 bilion sahaja pada tahun 2017.

    Sedangkan mungkin ramai tidak tahu di bawah Jabatan Perdana Menteri terdapat 58 agensi termasuklah pejabat urusetia bekas Perdana Menteri yang sekarang adalah sahabat karib DAP iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.

    Selaku rakyat dan penjawat awam yang waras, seharusnya mampu berfikir sejauhmana keseriusan pihak pembangkang dalam membela nasib kehidupan mereka di negara ini.

    1 November 2011, Tony Pua pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia.

    Pada 31 November 2011, Setiausaha kepada Tony Pua iaitu Kiam Wee juga pernah berkata DAP akan melaksanakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” jika mereka menguasai Putrajaya.

    Inilah bahaya pembangkang dan DAP, kalau dapat kuasa habis semua akan dibuang mereka. Bukan sahaja bonus tiada dalam belanjawan pembangkang, mereka juga ada niat hendak buang kakitangan awam di Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjawat awam terlalu ramai di malaysia. Terlalu banyak kementerian dan jabatan, tak munasabah. Patut dikurangkan sehingga 40%. Pengurangan harus beskala jangka panjang, bukan sekali gus, boleh di offset dgn pengurangan pengambilan penjawat baru. Ingat, sekali mereka jawat jawatan, rakyat kena tanggung gaji dan pencen sampai mati.

      Delete
    2. Ko citer le apa pun..MO1 must be taken down and prosecuted and his assets forfeited to the Government including his family assets his wife included.Period.

      Delete
    3. Apa ko ingat bentangkan bajet ni nak pikir org gomen aje ker?? Gaji nak naik...bonus nak tapi kualiti kerja masih di takuk lama gak.

      Mentaliti tak payah cakaplah kat sini.....such a BIG GAP compared to those working in private companies.

      We in the private sector we have to compete, work hard and add in more value, from day to day we have to learn new things.....chase the latest method & formula with the latest technology so that we won't be left behind.

      In order to cope up with the latest method n technology, we have to enhance our ability n thinking too.

      Our morning break is just 15 minutes. Lunch 1 hour. Daily prayer time just half an hour. Tea time just 15 minutes. But....most of the time.....we don't have the time to go for tea n many times we skip our lunch.

      We don't have the sweet time....chit chatting, gossiping in the cafe or prolong the break time. All we have to do is to cope with the time given to complete our work for the day n avoid any backlog.......n many times we have to bring back our work home n complete it before the next day starts.

      Memang jaauuuuuh jurang perbezaan pekerja swasta dgn pekerja gomen.

      That is why the way of our thinking, ability n the quality of work have so much difference.
      This is the reality of life.

      Delete
    4. Sokong 19.45...in the private sector, during times like this, everyone is just hanging on to the job. Nobody thinks about career path, it doesnt exist. When a few people leave, the replacements are in smaller numbers, or none! The job scope expands as you need to take extra responsibilities. Long hours are normal. Job security doesnt exist. You need to perform. And to repeat what 19.45 has said...ada perbezaan ketara dari segi pemikiran, keupayaan dan kualuti kerja di antara sektor awam dan swasta. Kita perlu belajar dari spore. Di sana, gaji awam dan swasta setara. Kualiti pekerja setara. Keupayaan dan daya saing pon setara. Naik pangkat sektor awam di sana semata mata kerana keupayaan dan performance, bukan sebab dah lama bekerja jadi bos kesian hantar pi kursus itu ini untuk naik pangkat.

      Delete
  10. Memalukan! Pakatan Harapan Tidak Tahu Membezakan JPM Dan PMO

    BAJET Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR, DAP dan PAN.

    Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu, diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.

    Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.

    Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.

    Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO).

    Perkara ini memang sungguh memalukan. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami.

    Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM? JPM terdiri daripada 58 jabatan, 15 Badan Berkanun, 14 syarikat, 5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa. Anda boleh melayari laman JPM di http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms untul melihat maklumat lanjut.

    Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak 10 bilion dilakukan terhadap Agensi, Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas. Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan negara?

    Ramai juga kakitangan awam yang akan dipecat kalau mengikut perkiraan bajet pembangkang.

    Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.

    Perkara seperti ini tidak pernah terlintas dalam pemikiran pemimpin kanan pembangkang.

    Oleh itu mereka sememangnya tidak layak untuk mentadbir negara. Sesungguhnya hanya pemimpin terpilih sahaja wajar menerajui negara kita.

    Bajet 2017 yang dibuat pembangkang adalah bajet serkap jarang. Ribuan orang akan hilang kerja jika diikut bajet fantasi pembangkang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg cekapnya skrg? Ringgit tak laku, 200000 graduan tarak kerja, hutang negara makin tinggi, jalan sekitar kl penuh berlubang...SPAD ada, JPJ ada, tapi bas dan lori berasap hitam legam pon tetap ada. Apa yg cekapnya?

      Delete
    2. Hutang negara bertingkat2 tu cekapla tuuuuu.......duit rakyat lesap sampai sekarang tak tahu ke mana....cekap la tuuuuuuu......jawapan pun tak bagi....banyak la ko punya cekap..!!

      Blah laaa luuuuu....!!

      Delete
    3. Cekap la, songlap duit dari 2010, kantoi 2016...ratus juta plak tuh..goverment servant la katakan

      Delete
    4. 17.33....dont talk bullshit...!
      Dont u have any shame, this country has become a laughing stock. The whole world is laughing. They know what's going on n u're still in your fantasy world...with your fairy tales bedtime story....!!
      Get lost....

      Delete
  11. Kalau ahli-politik UMNo-Najib tidak mahu dengar pendapat 'WAKIL Rakyat' kita di Parliament... bermakna Kerajaan tidak mahu mendengar pendapat Rakyat yang memilih pemimpin pembangkang.

    Oleh itu... dimana lagi kita boleh 'memaksa' mereka dengar apa yang Wakil kita cakap... melainkan di jalanraya.

    Jika mereka tak mahu dengar di Parliament... mari kita paksa mereka dengar bantahan kita, di Himpunan Bersih 5,... 19 Nov. ini.

    ReplyDelete
  12. Perlu reformasi di dalam organisasi BN mengikuti perkembangan jaman. Jaman sudah berubah, arah angin politik sudah berubah

    ReplyDelete
  13. Senario biasa dari bn, mungkin untuk membalas dendam pembangkang kluar dewan ari tu...what do we expect from najib and his cabinet ministers..takda profesionalisma langsung...should we let this kind of people run our country...i dont think so..kalo x sedar lg tak tau le...shame on u..

    ReplyDelete
  14. Kalu felda dah tak bagi undi bukan bn saja masuk tong sampah tapi nakhoda dia sendiri pun terbang lebih awal.

    ReplyDelete
  15. Jangan lupa perbelanjaan pejabat FLOM kena tanggung juga.

    ReplyDelete
  16. Dari dulu najib memang tak jawab isu2 penting, dia memang penakut. 100% penakut. Takut kena soal. Itu belum lagi kena tangkap/soal siasat. Mau terkencing dalam seluar.. pergi mana2 bodyguard berpuluh orang. Rosmah mungkin faham perangai najib sebenar. Itu sebab rosmah ambik kesempatan, pulas telur najib & arahkan najib ikut telunjuk dia. Ini realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tanya apa2....nanti kena bawak balai.

      Delete
  17. Tindakan MP tepat dan betul. Mereka bukan kesah sangat, bukan faham sangat pasal BuyJet2017.
    Apa yang nak dihujah, dibahas, lebih baik ponteng.

    Yang bentang, yang melentang, yang melingkup BuyJet 2017 adalah Najib, dia buat dia jawablah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting bagi MP umno berapa byk projek & kontrak boleh diujudkan dan macam mana nak songlap.

      Seorang MP umno ada berpuloh puloh buah syarikat dan ratusan kroni.

      Contoh yg paling baik adalah zahid komedi sendiri. Berpuloh puloh syarikat yg dia ada. Tun Mahathir pernah tanya dia drp mana dia dapat duit ratusan juta. Zahid kata drp bisnes.

      Oleh itu. Bila masa zahid buat kerja untuk rakyat dan kerajaan dan mcm mana dia ada masa yg begitu byk untuk mengurus perniagaan.

      Mana satu yg jadi keutamaan? Berniaga atau bekerja dlm kerajaan?

      Delete
    2. Sokong bro 21:48 1000% tetapi ramai orang2 melayu yg masih buta lagi. Masih bersikap tak pa. Apa pun tak pa.
      Maka tak hairanlah kalau wakil rakyat dan menteri2 makin lama makin mua.
      Makin lama makin tamak haloba.
      Sapu apa saja sebab rakyat bersikap tak pa. Bersifat tak kisah.
      Tengoklah badan wakil rakyat dan menteri2 semua.
      Ada yg kurus ker?
      99% daripada mereka ni badan gemok macam kerbau.
      Pakai seluar pun terlondeh. Perut masing2 dah landur macam buah. kundur.
      Duduk dalam kereta pun mana pernah pasang seat belt.
      Buncit punya pasal kalau pasang seat belt mesti mampus punyalah.

      Delete
  18. Bagus juga Najib dan skuad penyamunnya kosongkan dewan tu.Memang selepas ini penyamun dan perompak sekelian tidak lagi perlu hadir ke situ,kerana rakyat akan bertindak melalui PRU nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN tgh rehearsal kurang2kan seat dlm Parlimen... Taklah alami kejutan budaya pengosongan seat slps PRU14...

      Delete
  19. Husni dropped a bombshell in parliament..kaboommmm!!

    Bekas Menteri Kewangan 2 bertanya kepada Menteri Kewangan 1 apa tujuan 1MDB ditubuhkan? Jawab Jib jangan tak jawab. Berbilion-bilion wang dana 1MDB digelapkan dan disalah guna (misappropriated) tetapi tiada undang-undang dikenakan kepada mereka yang mengendalikan urus niaga tersebut. Jawab Jib jangan tak jawab.
    Bekas Menteri Kewangan 2 yang telah berkhidmat selama 7 tahun di MOF, yang baru sahaja meletak jawatan pun masih lagi tidak tahu hujung pangkal 1MDB, mana ekornya dan mana kepalanya apatah lagi kita sebagai rakyat jelata?
    Sehingga beliau terpaksa meletak jawatan dan membawa kesemua soalan-soalan yang selama ini terbuku dalam hati beliau ke Dewan Rakyat dan bertanya bagi pihak rakyat!!
    Selama 7 tahun di MOF beliau boleh sahaja bertanya kepada bos beliau tetapi mengapa beliau memilih Dewan Rakyat? Ya, sebab beliau sendiri masih tercari-cari jawapannya. Masih lagi musykil dan keliru dengan jawapan putar-belit yang sememangnya tidak masuk akal. Kalau orang yang dah bersama dengan 1MDB sejak ianya ditubuhkan 7 tahun yang lalu sehingga hutang terkumpul sebanyak 50 billion pun masih lagi samar-samar berkenaan tadbir urus dana tersebut, apatah lagi Rahman Dahlan dan Salleh Keruak yang beriya-riya benar duk menjawab bagi pihak Najib? Apatah lagi Ahmad Maslan dan Annuar Musa? Apatah lagi Azalina Othman dan Ismail Sabri? Apatah lagi kita ni sebagai rakyat jelata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas menteri unit..kasi gegar itu parliament...jawab jib, jawab...

      Delete
  20. Najib kan xde roti telur bwg.itu yg dia x dtng parlimen truk btul dia ni.itulah mnusia yg brnama jibby jebam jebul menteri pun longkang pukang

    ReplyDelete
  21. Apa2 BN dari dahulu trbaik smpai skrng.apa2 pembangkang plongkang di sini lg teruk x matang dlm politik.krja pembangkang dok cari salah krajaan.dari Gerhard Wottenburg (Solden)

    ReplyDelete
  22. Binatang pun tahu malu inikan pula manusia org lain semua tak betul tak tuhulah ini jenis apa aganya

    ReplyDelete
  23. Binatang pun tahu malu inikan pula manusia org lain semua tak betul tak tuhulah ini jenis apa aganya

    ReplyDelete
  24. Najib dan konco2 tak yah masuk parlimen lah...Tun kata semuanya dungu...satu sen pun tak guna

    ReplyDelete
  25. Jangan sebut Dewan. Tengok perangai mereka kat luar tu. Lagi memalukan !

    ReplyDelete
  26. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh ada kawan2 saya dan terdengar juga yg byk bergaji rendah, sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete
  27. Binatang pun tahu malu inikan pula manusia org lain semua tak betul tak tuhulah ini jenis apa aganya

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Budin tolong tapis posting yang tak ada kena-mengena di atas ni.

      Delete
  29. Tahniah harapan terus berjuang
    Keris pahang

    ReplyDelete