Sunday, 30 October 2016

PAS BAKAL KECEWA LAGI...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Dewan Rakyat sessi ini mungkin tidak cukup masa untuk pembentangan kali kedua usul persendirian Akta 355 oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Cina, beliau memberitahu, Dewan Rakyat hanya mempunyai baki dua hari selepas perbahasan mengenai Bajet 2017 dijangka selesai, tetapi urusan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.
Mengikut kalender, terdapat 2 atau 3 usul berkaitan kerajaan sedang menanti untuk diluluskan selepas perbahasan bajet itu. Saya tak tahu sama ada kita masa atau tidak kecuali jika semua sanggup bermalam di Parlimen, kata Azalina lagi.

Beliau juga menyebut antara yang menanti dalam agenda selepas selesai perbahasan Bajet 2017 ialah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.

Dengan kenyataan Azalina ini, hampir pasti Pas akan kecewa lagi. Walaupun Azalina menggunakan perkataan "mungkin", ia sebenarnya sudah boleh dianggap mutlak bahawa memang tidak ada masa sama sekali untuk usul tersebut. Sebagai penjaga hal ehwal Parlimen, bicara Azalina adalah kata-kata Najib Razak.

Selepas Hadi Awang diberi ruang oleh kerajaan untuk membentangkan usul itu bagi bacaan kali pertama pada Jun lalu, malangnya sehingga kini ia seperti mahu dibiarkan tergantung begitu saja.

Pas pula sudah bergebang dan berjaja ke sana ini mengenai usul Akta 355 itu bagi sidang Parlimen kali ini. Mereka benar-benar yakin usul itu akan diberi masa untuk dibentangkan, malah pada 15 Oktober lalu, dua hari sebelum Parlimen bersidang, Pas turut mengadakan Himpunan Munajat dan Pidato Perdana di Melaka.

Dipetik dari laman Twitter Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan, beliau menggambarkan program tersebut sebagai "Himpunan Munajat dan Pidato Perdana Sokong Pinda Akta 355."

Jika pada hari pertama persidangan Parlimen, usul itu diletakkan dalam agenda keempat, di hari kedua menurun kepada agenda ketujuh, kemudian senyap begitu saja sehinggalah Bajet 2017 dibentangkan, jelas sekarang bahawa selepas perbahasan bajet selesai pun, masih lagi tidak terbuka ruang untuknya.

Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia sebelum ini ada menyebut, sama ada sesuatu usul persendirian itu dapat dibentangkan atau sebaliknya, adalah terserah kepada kerajaan memutuskannya.
Dalam maksud yang mudah, jika kerajaan mahu, maka terbukalah ruang seluas-luasnya untuk usul Hadi Awang itu. Sebaliknya, kalau kerajaan mahu berdolak-dalik, macam-macam alasan boleh dicipta untuk menidakkannya.

Soalnya, berapa lama Pas sanggup menunggu lagi untuk usul Hadi Awang itu?

Masihkah Pas tidak mahu percaya bahawa selagi MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah serta Sarawak membuat bantahan, Najib yang mengetuai UMNO dan kerajaan tidak mungkin berani memberi ruang kepada usul tersebut?

Mungkinkah usul meminda Akta 355 ini bukan saja menjadi usul yang tersangkut untuk bacaan kali pertama saja, bahkan akan terus tergantung untuk selama-lamanya?

Dengan yang demikian, jika Pas masih sayang untuk meminggirkan Najib dan UMNO dalam percaturan politik semasa, walaupun disedari sedang terlibat dalam skandal kewangan terbesar di dunia,  apakah selepas ini parti itu perlu mengadakan lebih banyak program munajat dan solat hajat agar dibukakan pintu hati Najib terhadap usul Akta 355 itu? (SH 30/10/2016).

52 comments:

  1. Ahli Pas yg benar2 Pas dh tentu kecewa.
    Tapi ini semua drama swasta Pasangan Pink Sedondong aje.
    Takdoknye nok kecewa guuu... Doh slalu sgt takdok di parlimeng. Ponteng sokmo makang gaji bute sibuk dok ceramoh sane sini kutip derma. Gaji dpt derma pong dpt juge nok mende lagi. Dok lulus usul pong dok jadi mende2..
    Ahli wajib taat kepade Tuang Presideng.. ke guane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu balik Trengganu makang ikang

      Delete
    2. Ikang dengang nasi kangkang

      Delete
    3. Jgn cepat berputus asa... PAS dah cuba tapi Sekiranya tidak berjaya kita kena redha ,semuanya ketentuan ALLAH. Manusia hanya merancang ALLAH yang menentukan. Kalau fikir logik akal mana mampu PAS perintah Perak Kedah dan Terengganu dulu. Tapi PAS berjaya perintah dgn izin ALLAH. Jgn berputus asa atas ketentuan ini wahai pejuang Islam. Kalu ALLAH mampu sejukkan api yg membakar Nabi Ibrahim takkan ALLAH tidak mampu menangkan ISLAM. Byk bersabar pejuang pejuang ISLAM kemenangan pasti akan muncul akhirnya. Insyaallah.

      Delete
    4. kena tipu lagi daaaa....

      Delete
    5. PAS akan menang pabila bersama UMNO diktator

      Delete
    6. Umpan dan perangkap untuk menghancurkan Pakatan Rakyat sudah "mengena" tiada apa lagi yg perlu dirisaukan oleh UMNO/BN.

      Bila dah masuk perangkap tak sembelih pun tak apa, biarkan mati terkangkang disitu.

      wala' jgn, tak wala'.......
      biarkan siluncai terjun dgn labunya...

      Delete
    7. Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.


      Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

      “Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).

      “Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.

      Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

      “Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.

      “Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.

      Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

      “Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.

      “Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.

      Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

      “Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.

      “Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.

      Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

      “Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

      “Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.

      Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.

      “Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.

      Delete
    8. Assalamualaikum,,, Buktikan PKR itu jemaah Islamiah atau PAN itu jemaah Islamiah yang lengkap dalam erti merangkumi seluruh aspek kehidupan.Atau buktikan Umno itu jemaah Islamiah atau apa apalah.cabaran ini ditujukan kepada mereka mereka yang menafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dan mengganggap PAS cuma sebuah parti politik yang gagal memerintah Terengganu dan Kedah.


      Buktikan juga di Terengganu tak ada peningggalan jasa PAS sampai hari ni, Tiada penghapusan tol jambatan Sultan Mahmud, tiada komplek pernigaaan Paka dan Bukit Kuang serta tiada pasar borong di Kemaman serta pasar Binjai.Itu sebagai tambahan saja tapi yang utama ialah buktikan samada PKR atau PAN atau Umno itu jemaah Islam yang lengkap dan besar sebelum mengatakan PAS tidak jaga Islam dan hanya sebuah parti poitik yang gagal.

      PKR sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355 serta menekankan kepada keadilan Islam, tapi setakat mana tindakan PKR dalam menuju keadilan Islam itu, apakah dengan qazaf sahaja keadilan Islam itu tertegak? bagaimana pula kes sekedudukan antara perempuan Muslim dan lelaki kafir? Apakah itu tidak termasuk dalam keadilan Islam?

      Bolehkah kita terima PKR sebagai jemaah Islam dengan penegasan mereka mengenai keadilan Islam tapi megambil sikap tunggu dan lihat kepada RUU 355.Kalau RUU 355 itu melampau dan cuma usul persendirian, apa pula sumbangan PKR untuk menjaga Islam dari terus di hina oleh LGBT, Liberal dan gadis Islam terus dizinai oleh lelaki bukan Islam?

      Begitu juga dengan PAN yang mendakwa progresif itu, di mana ciri ciri jemaah Islamiah yang dihendaki oleh Nabi terdapat dalam PAN? Adalah kerana mereka berbaik dengan DAP yang menentang Hudud itu sudah boleh diterima PAN sebagai jemaah Islamiah?

      Umno pula sudah jelas menerima Islam separuh dan menolak separuh yang lain.Ibadat ibadat perseorangan Umno cukup hebat,Masjid masjid antara yang tercantik di dunia, tetapi bila tiba untuk perlaksanaan hukum, Umno kata Hukum ALLAH itu tidak boleh dipakai di Malaysia sebaliknya hukum penjajajah yang lebih bersifat yahudi dan nasrani sesuai digunakan di Malaysia.Jemaah Islam kah ini?Bolehkah mereka jaga Islam kalau besifat begini?Bolehkah anak gadis muslim diselamatkan dari dizinai oleh pemuda bukan Islam?

      Cuba tanya diri kita sendiri, apakah jawabannya!

      Untuk perhatian, setakat ini cuma PAS satu satunya yang memiliki ciri ciri jemaah islamiah yang lengkap serta satu satunya jemaah yang berusaha meletakkan had atau sempadan kepada anak gadis melayu dari dizinai oleh pemuda bukan Islam, samada berjaya atau tidak masih belum dapat dipastikan. Tapi itulah kedudukan terbaik kita setakat ini, mengaku atau tidak.........

      Delete
    9. Assalamualaikum... Semuanya pasal PAS.PAS sudah lari dari perjuangan Islam, PAS sudah gugurkan tuntuntan Hudud, PAS sudah itu dan PAS sudah ini.Itu semasa PAS dalam PR tapi sekarang lain pula, PAS tak pandai berkawan, PAS kianat kawan,PAS nak berbaik dengan Umno,PAS nak tu dan nak ni, PAS dah gagal tarik sokongan orang melayu, PAS itu dan ini.Semuanya pasal PAS?


      Kenapa semasa dalam PR PAS kena, bila tiada lagi PR, PAS juga kena,istimewa sangat ker PAS. Apa istimewanya PAS? PAS cuma satu jemaah Islam yang lengkap, itu ajer.PAS cuma mahu melihat carahidup Islam diamalkan, PAS tak mahu keadilan Islam sahaja, PAS tidak mahu Qazaf saja untuk keadilan Islam walaupun ada orang kata undang undang Islam yang lain tu melampau.

      Tapi PAS tetap diserang.PAS tak mahu bersama pembangkang yang membelakangkan Islam tapi ada pula kata PAS tak Islam.PAS hanya nak kuasa sebab tu PAS mahu kembali kepada Umno dalam BN.Dakwaan yang loose dan tiada langsung fakta cuma berdasarkan andaian,Puncanya senang, sebab PAS tak mahu bersama parti pembangkang yang lain yang semuanya tidak endahpun nak jadikan Islam sebagai agenda utama selain hanya keadilan Islam atau paling tidak tiada parti pembangkang lain yang menghormati prinsip perjuangan PAS sebaliknya pembangkang yang lain mahu PAS ikut mereka.Sebab PAS tak mahu ikut PAS dilanyak.

      Dalam perikatan pembangkang ada satu parti yang jadi pengkianat PAS, tapi tak nak mengaku sebaliknya menuduh PAS sebagai parti melebel, parti kuat mengkafirkan orang, parti yang suka memaki orang dan parti yang tidak Islam.Tanpa sedar lebel yang diberikan itu hanya untuk pengkianat bukan kepada semua orang, kafir yang di dakwa pula ada disebut dalam kuliah kulian ustaz PAS yang memberi kuliau berdasarkan ilmunya, ilmu yang memberitahu buat A jadi A buat B jadi B dan orang orang yang berbuat perbuatan yang menuju kafir itu jadi kafir kalau tak bertaubat, itu ilmu yang dipadankan dengan perbuatan perbuatan berkaitan di mana dari segi maknanya perbuatan sebegini boleh di taman di jirat kalau mati yang bukan pula bermakna PAS nak taman orang orang ini di jirat.Itu perbandingan kepada perbuatan yang disenaraikan oleh ilmu mereka.Perkara inipun susah nak faham apatah lagi nak sedar dengan perbuatannya.Menyatakan perkara perkara ini tidak bermakna PAS tidak Islam sebaliknya PAS mengambil inisiatif untuk mengajar ilmu ilmu yang benar dari agama(bukan Ilmu yang benar mengikut akal).

      Tapi sebaliknya PAS tetap diserang kerana melebel tanpa mahu menyatakan siapa yang PAS lebel, TGHH dituduh kuat melebel tanpa mengambil kira siapa yang TGHH lebelkan itu.PAS tetap ditudih parti ortodok yang melampau tanpa mengambil kira institusi yang ada dalam PAS, tanpa mahu melihat bagaimana sumbangan PAS kepada sistem kewangan atau berbankan Islam dalam negara, tapa mengambil kira institusi pendidikan PASTI yang sudah berdiri teguh seiring dengan sistem pendidikan sekular dalam negara.

      Mana sumbangan parti parti pembangkang lain? di mana sistem pendidikan parti parti pembangkang lain terutama parti yang mengutamakan keadilan Islam walaupun mungkin ada yang mahu dakwa institusi pendidikan yang dimiliki oleh Ikram itu milik mereka tapi sedarkah mereka institusi ini masih mendapat sokongan PAS menerusi ahli dan penyokongnya yang masih menghantar anak anak mereka ke sana? Kalau nanti ahli dan penyokong PAS menarik keluar anak anak mereka, tahulah nasib mereka nanti sebab orang Umno dan DAP tak berminat hantar anak anak ke sekolah mereka sebaliknya lebih minat untuk hantar anak kesekolah Grammer atau St Taressa.

      Kita akan dengar lagi pasal PAS, sebab puak gerabak ini tak akan duduk diam selagi PAS tak ikut telunjuk mereka.

      Delete
    10. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah bersama dengan perjuangan PAS ingin melahirkan dalam kalangan masyarakat bukan Islam agar ‘berfikiran’ Islam.

      Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan berkata DHPP berusaha bagi membentuk pemikiran di kalangan bukan Islam dengan pemikiran Islam.

      Namun, kata beliau itu bukan bermakna setiap orang bukan Islam mesti menukar anutan agama masing-masing dengan memeluk Islam.

      “Bagi kita (DHPP) bila kita bersama PAS, banyak ditarbiah dan menerima dasar perjuangan PAS. Kita tahu, sebagai seorang bukan Islam kena menghormati kehendak dan keperluan orang Islam,” ujarnya pada sesi soal jawab Forum Perdana RUU Akta 355 “Biar Tahu Jangan Keliru” anjuran PAS Kawasan Setiu di Surau Tanjung Batu Rakit, semalam.

      Dua ahli panel lain iaitu Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Peguam Syarei, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani sementara moderator ialah Ustaz Mohd Khairul Nizam Razali.

      Menurut Dr Bala, penentangan orang bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu kerana terikut-ikut dengan segelintir orang Islam yang menentangnya.

      “Orang bukan Islam menentang RUU Akta 355 itu kerana mereka terikut-ikut dengan tindakan segelintir orang Islam sendiri yang menentang RUU itu.

      “Ada orang ingat saya ini ‘bodoh’ kerana menyokong RUU Akta 355. Saya sendiri pernah ditegur oleh seorang peguam sebuah parti politik pembangkang kerana menyokong RUU 355 itu sedangkan dia (peguam) sendiri tidak faham dengan RUU itu.

      “Ini bukan soal undang-undang tetapi soal logik. RUU Akta 355 itu adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah hak orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Bagi kita orang bukan Islam kenapa kita hendak menentang?” soalnya kepada hadirin.

      Katanya, undang-undang dan mahkamah syariah hari ini perlu diperkasakan semula melalui RUU Akta 355 bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

      “Pelaksanaan mahkamah syariah hari ini di bawah kerajaan Umno yang ‘jahil’ ini menjadikan orang bukan Islam kurang yakin dengan undang-undang di mahkamah syariah, banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.

      “Penentangan terhadap RUU Akta 355 itu kerana ianya dibentang oleh Ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi) dan jika (RUU Akta 355) dibentangkan oleh menteri, tak ada penentangan dan semua orang setuju belaka.

      “DAP kena faham parti PAS, Parti Amanah Negara pun kena faham parti PAS. Sebab itu, mereka lari dari PAS sebab tidak faham dasar perjuangan parti PAS untuk menegakkan Islam.

      “Niat untuk jadi ahli PAS adalah untuk menegakkan Islam, bukan hanya untuk menjatuhkan Umno. Ini tidak, untuk menjatuhkan Umno lari dari PAS. Sebab, apabila kita menegakkan Islam kemungkaran itu akan jatuh dengan sendirinya.

      “Saya rasa sedih, sebab saya pula kena ajar orang Melayu untuk menegakkan Islam dan menyokong undang-undang Islam.

      “Saya orang bukan Islam tetapi berfikiran Islam. Sebab untuk menjadi seseorang itu Islam bukan hak kita tetapi hak Allah SWT. Apa yang penting kita menghormati dan menghayati Islam lebih baik dari munafik-munafik yang menentang Islam,” ujarnya lagi.

      Delete
    11. LOGIKKAH kalau difikir-fikirkan hal ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng antara individu paling lantang mendesak pemimpin UMNO berundur jika berhadapan dakwaan integriti. Ketika Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik didakwa di mahkamah, Guan Eng bersungguh-sungguh mahu beliau meletak jawatan.





      Demikian juga semasa Dr. Mohamad Khir Toyo dikaitkan dengan dakwaan demikian, beliau meletakkan jawatan Ketua Pembangkang Selangor dan memulangkan semula Darjah Kebesaran Selangor.


      Tetapi malang sekali apabila terkena batang hidung sendiri, Guan Eng bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menuduh ada pihak lain pula yang cuba menjadikannya kambing hitam. Sedangkan ini soal integriti dan kredibiliti. Lebih menjengkelkan, ketika banyak pihak mendesak anak Penasihat DAP itu berhenti, dia dipertahan oleh semua kepimpinan tertinggi DAP dan juga pemimpin pakatan pembangkang. Dikatakan pula dia sebagai pemimpin memiliki integriti cukup tinggi.

      Guan Eng menghadapi dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua dakwaan tersebut dan dibenar ikat jamin RM1 juta. Kalau benarlah Guan Eng berpijak di bumi nyata dan bersungguh-sungguh untuk menunjukkannya seorang pemimpin sedar diri, amat wajar dia meletak jawatan Ketua Menteri dan juga jawatan di dalam politik.

      Cuma dalam situasi ini, kelihatannya DAP agak ‘tersusun perancangannya'. Benarkah? Semasa sibuk diusulkan desakan supaya Guan Eng melepaskan jawatannya, DAP 'pusing’ pula isu untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang. Motifnya cuma untuk menguji sentimen rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan rasuahnya. Sedangkan pilihan raya mengejut sebegitu tidak perlu di Pulau Pinang kerana mandat kerajaan memerintah sedia ada akan tamat sekitar Jun 2018.

      Apa perlunya muslihat pilihan raya negeri atau referendum sebegini? Padahal isu sebenarnya adalah isu peribadi Guan Eng atas kelemahannya sendiri sebagai Ketua Menteri dan kedudukan Setiausaha Agung DAP. Barangkali kerana tidak disokong kerajaan negeri pakatan Selangor dan bagi mengelak kecurigaan rakyat, isu mahu mengada pilihan raya mengejut senyap sehingga hari ini. Apatah lagi tiada wow factor mampu merealisasi kemenangan besar pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

      Andai kalau diadakan, sekutu Guan Eng iaitu PKR akan terkontang-kanting pula. PKR amat mengharapkan jentera pilihan raya Pas - yang tidak lagi bersama - untuk membantunya di Pulau Pinang. PKR tidak boleh mengharapkan PAN, parti serpihan Pas. PAN diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu baru setahun jagung. Belum membuktikan apa-apa.

      Sepatutnya DAP Pulau Pinang mengadakan segera satu mesyuarat tergempar untuk menentukan nasib Guan Eng. Bukannya dengan memanggil satu pilihan raya negeri yang kosnya akan melebihi RM100 juta yang merupakan duit rakyat atas alasan untuk 'membela’ seorang individu bernama Lim Guan Eng.

      Kepimpinan DAP Pulau Pinang diketuai pengerusinya, Chow Kon Yeow jangan terkeliru dengan permainan Guan Eng. Sepatutnya Guan Eng mengemukakan bukti-bukti di mahkamah untuk menentukan nasibnya sendiri. Bukannya rakyat Pulau Pinang dan rakan sekutu DAP iaitu PKR dan PAN yang terpaksa memikul batu jemala itu.

      Ketika Guan Eng masih berdiam diri terhadap desakan-desakan yang lepas supaya dia berundur, muncul lagi gesaan serupa daripada Pergerakan Pemuda UMNO. Pada 26 Oktober lalu, berpakaian serba hitam, himpunan aman yang diketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membawa bersamanya 3,000 orang meredah pekarangan Komtar di Georgetown.

      “Kamu jangan tuduh pemimpin lain, tuntut pemimpin lain letak jawatan sedangkan kamu sendiri korup. Kamu tidak berhak berbuat demikian atau bersuara,” kata Khairul Azwan kepada Guan Eng. Sekumpulan jurucakap lain termasuk Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim kemudian berucap di atas lori serta mengemukakan enam tuntutan mereka.

      Delete
  2. Ramai yg telah mengagak perkara begini akan berlaku pd usul ruu 355 tapi pas masih berdegil dan menaruh harapan yg tinggi usul itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua...percaya sangat dengan umno..kan hidup hidup kena kencing..tapi mungkin hadi tak kisah pasal kencing kali ni mahal reganya..mngkin 90 juta kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana usul nak dibahas pabila dewan maklum usul ini diubah dalam kedudukan empat ketujuh yang empunya pembawa usul sudah angkat punggung meninggal dewan kalau tahap inilah sipembawa usul tunjuk sikap tidak bertanggung jawab bagaimana hendak suruh pengikut dan penyokong taat pada pemimpin ,ulama semak yang tidak bertanggungjawab hanya tahu terima elaun haram dari pengundi yang memilih dia.

      Delete
    2. Anon 8:12,

      Belajar dulu perjalananan mesyuarat dewan...

      Bila tgh bentang; yg boleh adalah 'mencelah'. Itu pun atas budi bicara si pembentang berikan laluan. Bknnya terus berbahas time orang tgh bentang...

      Ada slot khusus utk membahaskan pembentangan...

      Tak de hal pun, time pembentangan sekiranya semua lari keluar. Setakat nak tahu apa yg dibentangkan; ada hardcopy bertulis pun utk sesiapa study balik dan kemulakan perbahasan...

      Bodohh... tp nk tunjuk pandai...

      Delete
  3. Itulah akibatnya kalau asik buat U-turn je. Buanglah tabiat U-turn tu.

    Tapi bukan semua ahli PAS yg sokong sedondon. Ada yg terang2 bangkang tak nak sedondon. Ada yg marah duit rakyat dirompak.

    Yang patut diutamakan ialah taat pada Allah dulu. Kalau pemimpin yg jauh menyimpang menyokong pekara haram seperti duit haram umpamanya perlukah disokong juga??

    ReplyDelete
  4. tak terfikir ke pd korg bhw hadi ini adalah trojan umno yg diserap kedlm pas? hadi tak pernah kena soal siasat oleh polis atau sb. walhal amanat dia telah memecahbelahkan umat melayu Islam dulu?

    pemimpim pas yg lain yg dah tubuh Amanah puas kena lokap isa...

    ReplyDelete
  5. Admin blog,
    Sebanar benarnya PAS dan umno hanya menyundal isu isu berkait dengan agama terutama PAS..umno dah biasa dah tak setuju hal ini..cuma PAs lebih menyundal sebab talian hayat pemimpin dan parti PAS terletak kepada label agama islam ..cuma pengikut tegar yang hati dah kematu dengan parti ini saja yang sanggup diperbodohkan serupa la juga dengan ahli umno.

    Tapi macam mana pun En budin akta 355 ini mungkin disimpan sementara waktu dan percaya la bila sudah dekat dengan PRU 14 simunafik munafik ini akan berkumandang lagi aluanan isu RUU355 ini untuk menipu orang melayu menyokong mereka mungkin dibuat bacaan kedua ketiga dibahas ini semua ambil masa sehingga PRU 14...semuanya anak Dajjal akhir zaman ingatla mereka ini manusia biasa yang tak boleh lari dari kemungkaran walaupun imej agama dan ilmu agama tinggi tapi manusia tetap manusia nikmat dunia tak pernah lupa ...selagi bergelumang dalam politik dunia yang menipu dan mengelirukan perkara biasa sebab paksinya KUASA...untuk mendapat KUASA semuanya halal.

    ReplyDelete
  6. kawe royak doh, kalu dap parti haram..
    amno parti hatamjadah..
    tapi takpa himpunan munajat tetap bejalang macang biasa. tin milo pong bejalang macang biasa-biasa..
    tuang presideng kena suroh ahli-ahli pas munasabah byk-byk sampe mampuih..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi punya lndon. Bikin sial saja di Msia

      Delete
  8. Ooiii Admin,

    Ni balau 21.21 sekor ni dah terlepas dalam blog ini.

    Tangkap cepat, kasi halau sama dia.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. RM90 juta dlm tangan. Pas tak payah turun padang untuk berdemo

      Delete
  10. Jika benar untuk memperkasakan mahkamah Syariah dan bukan kerana politik, maka Najib perlu dulu kan RUU.

    Apa kah penting sangat mengantung ahli parlimen selama 6 bulan sedang kan parlimen bersidang tak lebih dari dua kali sepanjang pengantungan ?

    ReplyDelete
  11. Mung ni belung stat mung dah cite tok jadi dah 355, mung gi maing daung 35 lagi baguih dari dok merapu dalang blog ni.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Eddie Ah Wang dok ketawa kihkihkih..RUU 355 tu wayang kulit ambo saja. Kihkihkihkih

      Delete
  13. HADI AWANG BUKAN CERDIK SANGAT, KTIA TENGOK MUKA DIA PUN KITA TAU ORANG TAK CERDIK, TAK MACAM NIK AZIZ, MAT SABU, DAN LAIN-LAIN LAGI. MUKA UNEDUCATED. BODOH BODOH CERDIK, SEBAB TU UMNO MAIN DIA.

    ReplyDelete
  14. Terbukti PAS parti yang tak mampu fokus byk perkara dalam satu masa. sibuk RUU bayak isu national lain mereka pandang seblah mata. sepatutnya kerja dibahagi2. yang ni fight RUU, yang ni lawan klepetokrasi 1MDB, yang ni sanggah GST... ni tidak kehulu kehilir atas satu isu. mcmni nak perintah negara?

    ReplyDelete
  15. Terbukti PAS parti yang tak mampu fokus byk perkara dalam satu masa. sibuk RUU bayak isu national lain mereka pandang seblah mata. sepatutnya kerja dibahagi2. yang ni fight RUU, yang ni lawan klepetokrasi 1MDB, yang ni sanggah GST... ni tidak kehulu kehilir atas satu isu. mcmni nak perintah negara?

    ReplyDelete
  16. Budin tak payah komen pasal RUU ni sbb BN mmg tak nak masuk campur sbb undi kapiaq. BErSAtu dan pembangkang lain pun tak akan sokong kalau berkuasa. Sbb semuanya nak jaga hati musyrik. Sbb musyrik penting. Tapi bila musyrik berkuasa depa akan rosakkan anak bangsa kita, rampas hak ber agama dari kita mcm China buat pd bangsa Ughiyur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM90 juta lagi penting

      Delete
    2. Anon...23:13

      Kamu ni asyik nak salahkan org kapir je...! Sikit2 org kapir. Woiii...tolol anon 23:13....rm2.6 bilion wang rakyat tu masuk ke akaun org kapir ke?? Dedak rm90juta tu masuk akaun parti kapir ka?? Bila nak saman WSJ dan SR...

      UMNO dan Pas dua2 tak boleh pakai. Mulut je sebut islam. Perangai dan akhlak jauh lebih buruk dpd perangai org kapir..!!

      Anon 23:13...kurangkan sikit makan taik tu...!! Puiiiii...kah kah kah

      Delete
    3. 23.13...pandangan kau ni low class betul. Ni dah abad ke 21 dah, kau sedar ke tak?

      Delete
  17. Dalam hal ini, saya amat sedih sekali apabila segelintir ahli parti kesayangan saya iaitu UMNO tidak mahu membawa usul RUU ke dalam parlimen. Namun, apa yang sedih lagi apabila mana RUU turut ditentang oleh pakatan pembangkang yang tidak lain tidak bukan cina komunis DAP, PKR dan AMANAH. Mereka telah memperkosakan PAS sehingga PAS menjadi sedemikian rupa. Semuanya di sini adalah salah pembangkang (PKR, DAP dan AMANAH tidak lupa juga BERSATU). Maka yang menyedihkan lagi apabila yang tetap disalahkan pada UMNO. Sikit2 salah UMNO. Saya tetap menyokong UMNO. Saya adalah Anti Semua Salah UMNO. Saya akan cuba berbincang dengan wanita kesayangan saya yg tidak lain tidak bukan Dato Rosmah mengenai RUU agar memastikan PAS akan bergabung dengan UMNO. Saya yakin dengan kegarangan dan kejantanan Dato Rosmah akan membuatkan RUU akan tetap di bawa ke parlimen..

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
  18. Din, Pas memang party yg paling tidak berperinsip and paling bodoh sekali dibawah Hadi Awang.
    Dedak 90 juta punya pasai sanggup Gadai Maruah dan prinsip !!!
    Sampai la nie saman pas entah kemana
    Percaya Lah, memamng org bodoh Saja yang Akan sokong pas nie !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Orang bodoh semulajadi=OBS.

      Delete
  19. Encik Din, saya berpendapat hal ini tidak patut diketengahkaan apabila perkara berbangkit itu belum tentu keputusan/kedudukannya.

    Kalau ianya dapat dibahaskan dalam sessi Parlimen sekarang ini (awas taktik UMNO!) dan perkara yang kita tidak sangka terjadi....baru padan muka kita semua.

    Hal mengenai PAS ni patut dibiarkan ddulu sampai kita tahu keputusan muktamad. LePAS tu 'bantailah'......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6.47,
      Bagi org yg terlalu pengalaman dgn politik PAS dan UMNO sudah dapat di baca tunggu la bila dekat PRU penyundal agama dan penipu bangsa akan mula menyudal isu isu agama semula.

      Delete
    2. Bak kata Arwah P Ramlee dalam sebuah filem beliau, "Inilah pancaroba hidup!"

      Delete
  20. Dah terang lagi bersuluh... Umno kaki kencing Pas suka kena kencing....

    ReplyDelete
  21. Dah terang lagi bersuluh... Umno kaki kencing Pas suka kena kencing....

    ReplyDelete
  22. Tak yah sibuk2 sngt mainan ruu355... ini lakonan mesti jd.. ubat bius paling power pru14 korang jgn memain... klu ramai org masjid sanggup gi mekah pakai duit 1mdb, korang rentikan la nak perbetulkn otak diaorg nie... tangguk besar sudah ade dlm air keroh, mesti kena.. ini skrip ala2 cerita munafik musti jd punya... baik muhasabah dgn arwah yg terjun jambatan tu, itu realiti... jgn smpai ade pulak yg nak follow, kena sekat, kena hambat punca2 kes...

    ReplyDelete
  23. TGHH orang baik dan x terlibat dgn mana2 skandal rasuah. masalahnya TGHH x bijak berpolitik dan emotional itu ja. Ahli2 PAS pun biarkan org yg x bijak bawak PAS masuk lumpur smpi lemas... malu aaahh..

    ReplyDelete
  24. Padan muka Haji Hadi. Tak percaya cakap ahli kerana termakan dedak.

    ReplyDelete
  25. Bubar jer parti PAS. Masuk UMNO semua. Hadi sewel mintak jadi menteri hal ehwal agama. Keluar fatwa undi UMNO masuk syurga.. hahahahahaha tuang presideng sakit otok

    ReplyDelete
  26. Sudah dijangka bab2 islam ini kena main saja hanya parti yg dunggu bangang saja syok sendiri konon perjuangjan islam klu politik wayang itu sama saja 2x5 habis cerita

    ReplyDelete
  27. Mungkin ramai tak tau pas dan umno sama sama tak mau usul tersebut dibentangkan cuma sekadar main wayang kulit saja

    ReplyDelete
  28. #Saya tak tahu sama ada kita masa atau tidak kecuali jika semua sanggup bermalam di Parlimen, kata Azalina lagi.#

    Dengan kenyataan ini, saya harap wakil rakyat PH tidak terperangkap jika pihak BN membuat AMBUSH dengan mengadakan perundian bila wakil rakyat tidak di dewan.

    ReplyDelete
  29. Ya Allah, kau lembutkanlah hati bangsaku terhadap agama Islam.

    ReplyDelete