Monday, 31 October 2016

IMDB TERNYATA LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN


Petang ini bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.

Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan  perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.

Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.

Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.

Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA,  tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus  merupakan sebuah "entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur". 

Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.

1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan. 

Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara  secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.

Jika diteliti ucapan perbahasan Muhyiddin, Shafie mahupun Husni, di mana dalam ucapan mereka terdapat hal-hal berkaitan minit mesyuarat kabinet yang didedahkan?

Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.

Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?

Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.

Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa  menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya. (SH 31/10/2016).

33 comments:

  1. Agensi Daulah; BNM, PDRM, PAC, SPRM...INSTITUSI PEMBUAT UNDANG2***PARLIMEN sendiri dimandulkan hanya kepentingan diri seorang MO1..bahana rakyat naungan Yang Dipertuan Agong...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9.50,
      Nak buat macam mana semua diatas tu bangsat dan mempariakan orang melayu.. 1MDB bukan tak boleh sentuh tapi melalui 1MDB banyak harta kerajaan dan bumiputra telah tergadai pada syarikat dari China..tapi melayu otak bangsat masih dok megah dengan pergi haji wang bantuan 1MDB.

      Saya ulang semula yang diatas tu termasuk la agong kut semuanya ketika ini dah tak ada faedah untuk orang melayu hanya semakin hari semakin mempariakan bangsa melayu ...semua diatas adalah bangsat.

      Delete
    2. Panduan buat kes di atas :

      Diriwayatkan oleh Muslim, 1650, dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

      مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَى غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَلْيَأْتِهَا وَلْيُكَفِّرْ عَنْ يَمِينِهِ

      “Barangsiapa yang bersumpah, dan dia melihat yang lainnya itu lebih baik darinya, maka pilihlah yang lebih baik dan tebuslah sumpahnya.”

      An-Nawawi rahimahullah berkata: “Dalam hadits ini ada dalil bahwa barang siapa yang bersumpah melakukan sesuatu amalan atau meninggalkannya.

      Sementara melanggar itu lebih baik dari pada mengulur-ulur sumpah. Maka dia dianjurkan untuk melanggarnya dan diharuskan menebusnya (kaffarah) dan hal ini telah disepakati.”

      Delete
    3. Justice delayed is justice denied betul tak?

      Delete
  2. Tanpa campur tangan raja2 kecuali memang raja2 ingat rakyat menderita dan buat tak tahu skandal mo1 maka amat malang lah malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan harap apa2 dan berhenti dari berharap.

      Delete
  3. 3 berita kurang menyenangkan pagi ni...saham dan warrant FGV jatuh lagi, dan 5000 lebih staffs GLCs akan kena terminate. Betul kata Tuan OSTB, melayu miskin dulu. Dan ekonomi arab saudi tengah tenat, nett foreign assets bank negara dia jatuh usd7.4b di bulan september. Apakah saudi akan minta kita derma balik kat dia orang? Pak arab tgh pening kepala, tiada persetujuan di kalangan ahli OPEC untuk kurangkan pengeluaran minyak, tapi boros habis, laaa ni dok survive dengan cash reserve jerrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu tak lama lagi, mungkin dalam 10 tahun lagi, GLC seperti FGV, MRCB dan Sime Darby akan mengemis kepada MOF dan Khazanah, tanpa sedekah jariah duit rakyat, GLC2 ini akan berkubur tanpa nesan.
      Semua orang tahu yang GLC telah menjadi lubuk emas orang UMNO dan BN merompak duit Negara dengan cara halal toyibban, pemberian contract dan procurement hanya untuk company yang ada bau2 bacanng2 dgn orang2 BN dan UMNO sahaja, top management mesti dari orang BN atau meteri2 yang kena tendang dari cabinet adalah taktik UMNO dan BN.
      Sejarah telah membuktikan GLC seperti Pernas,KOSATU, BMF, MAS,CIMB, MAMINCO, PEWAJA STEEL menjadi tugu peringatan kerja2 jahat orang2 UMNO dan BN, kegagalan company ini adakah disebabkan kelemahan pengurusan? Hanya CFO dan Manager yang berfikir pakai buah kerandut boleh approved harga screw driver RM 300 sebatang. Dah lah tu, screw driver dari China, harga RM 5 ajer! Melayu, China dan India kena kencing lagi

      Delete
    2. Padan muka dgn negara arab bodoh tak bertempat,selain pemerintah mereka banyak berlagak sombong dengan banyak menggajikan pekerja luar asing untuk mereka dengan gaji yang tinggi, mereka juga amat bodoh dalam ekonomi kerana sanggup menderma hampir 2.6billion tanpa dapat timpal balik..

      Delete
  4. Pencuri 1MDB dibiar tanpa disiasat dan yang melapor ditangkap. Apa dah jadi malaysia ini, duit banyak dah hilang. KPN dan PN buat2 bodoh macam tak kisah. Apa iblis dan setan bisik ditelinga mereka ini. Rakyat mahu orang2 yang menipu dalam skandal 1MDB ini diambil tindak segeranya. Walau PM dan koncu sekira terlibat, jangan takut, hukuman ALLAH lebih besar. KPN dan PN perlu bertuabat jika selama ini cuba melindungi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kpn kata masih siasat tapi tak jumpa saksi lagi.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Bangkit mogok bantah seluruh negara
    Bangkit rakyat..
    Keris pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal jamban kepala lanun baju merah tak bagi. Depa ada parang terbang..

      Delete
  7. Cik Nurul Hudah kena padam tu mesti berniaga, kalau berniaga kena buka blog sendiri .... saja nak bagi cadangan.

    1mdb tak mungkin kebal sebab kalau ada bukti kukuh mesti kena dakwa saperti Guatamela seumpamanya.

    ReplyDelete
  8. aku mohon pada Allah supaya dicabutlah kuasa pemerintah yang zalim itu, dan binasakanlah dia dan kumpulannya. janganlah dipandang doa ini untuk keburukan penzalim itu tetapi untuk memulihkan keadaan dan kesejahteraan negara dan kesejahteraan dan kebajikan rakyat kebanyakan

    ReplyDelete
  9. Kekebalan 1MDB berdasarkan sokongan institusi Islam.

    Bukti memang kukuh namun denied by melayu muslim Apandi dan melayu muslim khalid. Turut menyokong adalah harussaini mufti perak dan shukri mufti kelantan

    ReplyDelete
  10. 1MDB BAKAL MENJADI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN NEGARA

    Perlembagaan Persekutuan yg telah dirangka oleh Lord Reid merupakan salah satu bentuk penjajahan kaum British di Malaysia. Ianya mengatasi pemerintah yg tertinggi iaitu Yang di Pertuan Agong. Namun, perlembagaan itu merupakan perlembagaan toghut (jin dan syaitan). Oleh itu, sebagai alternatif kpd perlembagaan toghut itu, UMNO berusaha utk menjadikan 1MDB sbg ganti kpd perlembagaan persekutuan sedia ada. Dengan adanya Perlembagaan 1MDB, siapa2 pun tidak boleh mengkritik perlembagaan tersebut. Dgn erti kata lain, ianya adalah kebal. PAS begitu brsungguh-sungguh menyokong 1MDB kerana ianya adalah salah satu usaha menggantikan perlembagaan toghut British Dajjal. Begitu juga beberapa mufti yg mengrluarkan fatwa haram menjatuhkan kerajaan adalah suatu yg terpuji kerana sepatutnya umat Islam menyokong utk menggantikan perlembagaan toghut dgn prlembagaan yg lebih 'Islamik' iaitu 1MDB. Syabas Dato Najib dan barisan2 penggubal 1MDB.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang kalau nak meqapu pi buka blog sendiri la pelaq woii...

      Delete
    2. Utk apa2 posting Kellie's castle, biarkan jer tak yah komen...

      Biarkan dia hanyut berbuai ke bulan ke bintang sendiri. Selagi ada yg teman, dia akan lebih menjd2...

      Delete
  11. This case is a high profile case, ex minister,national security..so every action by the police must been very keen..peoples watching and justified their action..i dont think they are going to do something stupid...

    ReplyDelete
  12. Anonymous 11:34, awak tahu Apandi dan khalid ni ada kuasa dikuasai oleh PM, jika nak ikut undang2 dan menyabitkan PM kemahkamah tentu sebelum perkara itu berlaku, mereka berdua pasti kena buang. Bukti banyak dah berlaku kerana orang yang banyak sekandal ini kebal undang2 tetapi bukan dengan ALLAH. Doakan beliau akan dilaknati ALLAH, amin....

    ReplyDelete
  13. tangan kanan najib tu tangan haram. najib sokong hudud dan tangannya yg sepatutnya di kerat dulu sebab dah sah dia mencuri. apa2 yg dilakukan oleh tangan kanan najib pencuri adalah haram, dan tak boleh sah apa2 yg dilakukan oleh tangan tu seperti tandatangan dokumen dan sebagainya. TANGAN KANAN NAJIB MEMANG HARAM.

    ReplyDelete
  14. Lambat-laun kebenaran akan tersingkap jua satu-persatu dan kebatilan pasti akan lenyap,inilah sunatullah(masa dan detiknya pasti akan tiba),cuma kita terkilan,pelik,hairan,musykil dengan gerak-geri Golongan Agamawan (terutama pemimpin PAS)yg makin hari-makin bercelaru,rakyat bawahan rasa Tertipu, Pemimpin-pemimpin banyak Menipu,Agama Islam menjadi Lesu & Layu,Inilah hakikatnya Negara Malaysia Tanah airku,Kepadamu Ilahi kami rakyat Mengadu,memohon diberikan restu untuk rakyat kembali Bersatu,menolak Pemimpin yang Kuat MENIPU!!.

    ReplyDelete
  15. Kita sedang ditertawakan oleh masyarakat dunia.....jangan nanti generasi kita akan datang menyalahkan kita hari ini kerana gagal bertindak!

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Kan dah Najib kata "dulu lain sekarang lain"?

    ReplyDelete
  18. Bagus tu dgn adanya 1MDB nnti klau ada pelajar sekolah org awam yg suka bt ona tiba2 tegur 1MDB boleh ditahan bwh akta bgus tu kan 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak sekolah pun kalau sebut saja 1MDB boleh dapat cuti..

      Delete
  19. 1MDB ternyata lubuk emas untuk ketua2 lanun seperti jamal jamban dan ali tinju.
    Ketua lanun yg sentiasa mendapat liputan meluas oleh media tv3 suku dan utusan msia.
    1MDB ini lah yg membeli ketaatan lanun segala lanun yg ada dalam umno.
    Maka tidak hairanlah apabila umno hari ini menjadi parti samseng jalanan yg membela tuan besar mereka.
    Mula2 beli orang. Lepas tu beli undi.
    Inilah product umno.
    Parti parang terbang.
    Ini kah generasi yg kita semua mahu?

    ReplyDelete
  20. Kan majoriti rakyat semasa PRU-13, memang memilih & suka utk jadikan Msia nih mengundur ke blkg menjd negara dunia ke-3...

    Then, standarlah utk negara2 dunia ke-3 - segala undang2, akta, enforcement dsb; hanya TERGUNAPAKAI utk rakyat2 marhein shj. Selain puak2 marhein - shielding dgn kekebalan. Tuh yg machai2 UMNO beriya2 menjilat2 utk termasuk sekali dgn kerabat2 kebal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan muka barang makan, rumah, petrol naik.....subsidi ditarik....duit rakyat lesap.....esok pangkah la dacing lagi ye.....

      Delete
  21. TS911 SLOT, a web-based football wagering site and a thorough web-based gambling club, the best quality and the most famous at any point Guaranteed to be a similar voice from north of 2,000,000 genuine clients each day, making our site reliably the most well known from the past 2017. Also it's probably going to be considerably more in 2020. Apply today and get free credit!!! The most extreme worth is 2,000 baht. The focal point of the first floor incredible football wagering site has gathered every one of the wagers inside our site. We are prepared to serve all speculators totally. Extensive internet betting, simple to play, bring in genuine cash, regardless of whether it is football wagering Single football wagering, twofold football wagering, which is the most well known web-based games wagering. have the most betting accomplices The chances that we give are more than different sites. There are chances to look over, including MY, ID, EU, HK, live football wagering or other ts911 slot sports.Throughout 1 day, not just that You can in any case wager beginning from just 10 baht!!! It is a decent chance for the people who have a low financial plan and need to have cash to spend or acquire more for quite a while, you can do it. since our site is as yet significant Apply for at least only 100 baht. The cash you apply for, the framework will be utilized as credit for you to wager in the manner you need. It resembles pursuing free. Likewise, we additionally work on the framework to have the option to login.It's quite easy to go through the website page by supporting a wide range of gadgets. wagering on cell phone Computers, PCs, tablets, iPads, including you can get to the game just by composing your Username and Password in the case at the highest point of the site and snap to login. That is it, you can promptly go to our play page. Increment solace for each and every individual who comes to utilize the assistance.

    ReplyDelete