Wednesday, 7 September 2016

UMPAMA TERSARUNG STOKIN BUSUK


Masih kedapatan sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO, selain yang berjawatan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, yang tetap mengharapkan Najib Razak dapat meletak jawatan sebelum pilihanraya akan datang dan seterusnya memberi laluan kepada orang lain mengambil alih tempatnya.

Setelah pertemuan dan berbaiknya semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar, tidak sedikit yang jadi susah hati dan semakin hilang keyakinan mengenai masa depan UMNO dan BN.

Mereka kini melihat masa depan UMNO, selagi dipimpin Najib, semakin kabur dan tidak menentu masa depannya.

Di sebalik Zahid Hamidi mengatakan pertemuan dengan Anwar itu sebagai tidak ikhlas dan langkah terdesak Tun Mahathir untuk meraih sokongan pembangkang, kata mereka, apakah UMNO dan BN tidak jadi terdesak setelah melihat kedua-dua pemimpin itu berbaik semula?

Jika pada 2013, Anwar Ibrahim berjaya menjadikan 52 peratus undi popular rakyat memihak kepada pembangkang, apakah dengan adanya Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin bersama mereka, tidak mungkin angka itu menginjak kepada 65 peratus, 70 peratus atau lebih daripada itu?

Realiti itu tidaklah sukar untuk difahami. Bukan saja pemimpin pertengahan atau ahli-ahli biasa saja yang mudah memahaminya, malah majoriti Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan menteri-menteri UMNO  juga sedar mengenainya. 

Tetapi, ibarat "sudah tersarung stokin busuk", itulah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak ramai yang mahu memakai stokin busuk kerana ia membuatkan seseorang tidak selesa dan hilang keyakinan diri sepanjang hari.

Kadang-kadang,  disebabkan kesibukan dan tidak cermat, kerapkali antara kita tersarung  stokin busuk yang sudah beberapa hari tidak dibasuh. Ia memang tidak menyelesakan, malah merimaskan. 

Mahu ditanggal dan berkasut tanpa stokin, lagi kelihatan janggal. Mahu pergi ke kedai dan menukarnya di sana, terasa malu pula kerana baunya yang semerbak itu.

Mahu tidak mahu, jika sudah tersarung stokin busuk, terpaksalah seseorang itu memakainya sepanjang hari sehingga balik ke rumah pada lewat petang atau malamnya.

Itulah dilema pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Dalam UMNO hanya Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen yang benar-benar ada kuasa menyingkirkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Namun, mereka ini majoritinya sudah termakan budi Najib. Ada yang diberikan duit jutaan ringgit seperti yang berlaku kepada Shahrir Samad dan  Ahmad Maslan. Tun Mahathir ada menyebut sebelum ini, jika Shahrir Samad dan Ahmad Maslan menerima duit daripada Najib, adalah janggal jika Ketua Bahagian lain tidak diberikan sama duit oleh Najib.

Ada pula yang diberikan jawatan seperti menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat GLC supaya jadi termakan budi dengan Najib. Yang lain-lain, diberikan pula kontrak, peluang perniagaan, anugerah gelaran dan pelbagai lagi. Pendeknya, di kalangan Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen, tidak ada yang terkecuali daripada menerima habuan masing-masing.

Oleh kerana sudah termakan budi dan menjadikan mereka seperti seseorang yang tersarung stokin busuk tadi, apa lagi yang mampu mereka lakukan. Tidak selesa atau rimas, mereka akan terus memakainya biar bagaimana besar sekali pun masalah yang ditimbulkan oleh Najib.

Bukan mereka tidak sedar beban yang dibawa Najib kepada UMNO dan kerajaan. Bukan mereka tidak sedar  UMNO kini diambang kehancuran dan negara kian dipandang jelek di peringkat antarabangsa. Mereka tiada pilihan selain terpaksa menyokong dan mempertahankan Najib sehingga ke penghujung perjuangan.

Sebab itu, Tun Mahathir berulangkali menyatakan UMNO kini sudah jadi parti Najib. Yang dipertahankan bukan lagi UMNO, tetapi Najib. Selagi Najib ada, mereka akan terus mempertahankannya meskipun sedar ketidakselesaan yang diakibatkan olehnya sebagaimana tidak selesanya apabila tersarung stokin yang sudah busuk.

Kini, rakyat dan pengundilah yang mampu menjadikan peratusan 65, 70 atau lebih daripada itu benar-benar menjadi kenyataan supaya pemimpin tidak terus dipertahankan sepertimana seseorang tidak mahu menanggalkan stokin busuknya. (SH 07/09/2016).

34 comments:

  1. Tuan Budin,

    Saya melihat gabungan Tun M dan Anwar lebih kepada masalah negara yang telah menjadi begitu rumit. Kalau keadaan negara tidaj teruk, tidaklah kedua pemimpin yang terserlah kepimpinannya dalam dan luar negara, sanggup bergabung bagi menentang si 'perompak' Najib yang merosakkan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO BN hanya perlu dapat 10% saja undi popular untuk terus meneraju kuasa 222 kerusi parlimen.

      Setakat 52%-65%-70% tu, xder hal untuk UMNO BN risau. Memang nampak besar 90% pembangkang menguasai jumlah undi parlimen. Bayangkan 52% undi yang diperolehi, cuma mampu dapat 88 kerusi saja!!!

      Lojiknya dgn 65% pengundi menyebelahi pembangkang sekarang, BN boleh rebah. SUKAN PILIHANRAYA ADALAH SUKAN TERMAHAL DI DUNIA. Dgn pengadil, sistem, juri, pihak berjuasa menyebelahi BN, biarpun dengan 10% undi popular, UMNO BN terus menang dan menang. Itu belum dikira bantuan ustaz2 dan ulamak2 PAS dan UMNO lagi tu..

      Persoalan lain, mampukah gabungan PH mendapat 65% dan 75% undi? Rasanya tidak. Tak mungkin gabungan PH mampu mendapatkan jumlah undi antara 9.5 juta (65%) - 11 juta (75%) daripada 14,600,000 pengundi. Mmmg sukat nak percaya BN mampu memang 112 kerusi dengan hanya 1.5 juta undi sahaja. Jika ini berlaku, rakyat berani ke nak bangun? Nak nagkat telur pun tak mampu.. pergi mampos la kalo berani melawan. Cakap besar dah bertahun dah nak lawan. Phuiiiii..

      Delete
    2. Haa...anon 14:45 ni bagus. Ckp berdasarkn fakta &:bkn angan2 kosong. Selagi masih ramai yg percaya PRU14 jln terbaik utk jatuhkn si bijan...selagi tu la umno & menteri2 korup nya akan terus berkuasa. Bkn start era si bijan korupsi ni...dari era madey lg korupsi ni da berleluasa. Xyah nk menipu..open sket pemikiran tu..tgk history2 yg sudah & fikir logik akal. Pilihanraya bkn tmpt utk gulingkn si bijan tapi tmpt plg selamat utk si bijan terus berkuasa. Gabung la ape pn..undi la byk mane pun tetap gak umno mng. TiPu PiLiHaNRaYa..TuRuN JaLaNRaYa!

      Delete
    3. biasanya klu stoking dah tahap mcm tu.. kompom kaki dah kena cekam tahap benanah bau neraka...

      Delete
    4. Logiknya umno pandai menipu. Tapi menipu pun ada hadnya. Biarlah umno gulung tikar bagus untuk rakyat. Yang sengsara jika umno kalah ialah segelintir manusia saja. Inilah org yg mendapat manfaat dg melaung umno mempertahankan hak melayu dan islam. Adakah mereka ahli umno memperjuangkan hak melayu jika org melayu masih lagi daif? Pendapatan melayu masih lagi rendah berbanding dg bangsa cina. Apakah umno mempertahankan islam jika pemimpin umno mengamal"cash is king" dan suka menipu rakyat?

      Delete
    5. Tuan Shah,

      Bukan saja Ketua Bahagian UMNO, malahan ada Lebai Musang Berjanggut turut jadi mabuk dan mamai terkena "mandrum" dedak+nasikangkang umno/bn yg diketuai bijaN.

      Kesian walaun walaun yg sudah diperbodohkan oleh Lebai Lebai Musang Berjanggut...

      Delete
    6. Kalau Stokin Busuk sudah berjangkit kaki pon menjadi busok.

      Langkah seterusnya ialah potong saja kaki itu.

      UMNO akan teros dibuai mimpi bertilam dan berbantalkan duit penyelewengan khazanah rakyat dan membuatkan Bersatu lebih menyerlah.

      PRU dan Kuasa rakyat penntu segalanya.

      Semoga rakyat sedar dan selamatkan Negara Malaysia yg tercinta.

      Amin...

      Delete
  2. Kedua duanya sanggup melupakan segala persengketaan hanya kerana ingin mendahului kepentingan rakyat dan tanah air ini.
    Terima kasih ayahanda Tun dan terima kasih DSAI.

    ReplyDelete
  3. Tuan Budin,

    saya melihat apa yang tuan tuliskan di atas adalah perkara biasa yang akan di lakukan oleh mana mana parti politik.

    Ketua Bahagian, ketua cawangan, ketua sayap, ranting, dahan atau apa apa istilah yang di berikan, akan mendapat bahagian masing masing. Apa yang Najib atau kepimpinan UMNO atau macai Najib buat adalah tidak mengejutkan.

    Apa yang pentingnya di sini, adalah hukum sebab-akibat pertemuan TM dan DSAI. Sebabnya, hanya mereka berdua yang tahu dan kita berharapkan, keikhlasan dari mereka berdua untuk menghasilkan akibat yang baik untuk negara.

    Jadinya, orang orang yang di tugaskan bekerja, mestilah melihat bagaimana untuk meyakinkan rakyat di seluruh Malaysia bahawa kepimpinan Najib adalah busuk lagi membusukkan buat negara dan umat/bangsa Muhammad. Makanya, cantaslah penyakit dan daging busuk ini sehingga putus dan kita berharap, akan muncul satu pemikiran baru di dalam otak dan fikiran umat Muhammad bahawa tiada UMNO tidak bererti kemusnahan umat Muhammad

    decaf guest

    ReplyDelete
  4. Sdr budin,
    Sebenar benarnya la UMNO hanya tinggal nyawanya ditangan orang melayu,tiada apa lagi yang dapat menyambung nyawa umno dan BN selain dari melayu itu sendiri ini semua orang faham dan semua rakyat tahu.Persoalannya sekarang terletak pada orang melayu itu sendiri adakah mereka rela ditipu sepanjang masa oleh pengkianat bangsa yang kesemua pemimpin pemimpin utama ini berada dalam UMNO.

    Justeru itu pemimpin pemimpin pengkianat bangsa dan negara ini yang berada didalam umno ini akan buat apa saja sama ada menipu orang melayu ,memanipulasi jentera kerajaan semaksima mungkin dan mungkin juga menjalankan penipuan sistematik melalui SPR ini semua pasti berlaku tapi persoalannya masih letak ditangan melayu ...walau apa pun kerja jahat dan manipulasi dilakukan oleh pemimpin pengkianat bangsa dalam umno untuk menang PRU kalau orang melayu majoritinya sudah benci dengan mereka UMNO dan BN akan terkubur selama lama nya.

    Jadi wahai bangsa melayu pilihan ditangan kamu ,kalau kamu beriman dengan keimanan syariat islam sudah tentu kamu bangsa melayu yang beragama islam akan menolak pemimpin pendusta , sudah tentu kamu akan menolah peminpin tidak amanah dan sudah tentu kamu menolak peminpin zalim yang mengenakan cukai tambahan beban rakyat keluarga sendiri hidup mewah,boros dan membazir wang serta mencuri harta rakyat melalui 1MDB.

    Kepimpinan PENDUSTA ,TIDAK AMANAH dan ZALIM sangat sangat dibenci oleh Allah swt dan sudah terkeluar dari syariat islam sekiranya kamu mengaku beriman dengan allah dan masih memilih pemimpin yang mempunyai sifat sifat diatas adakah kamu masih boleh berbangga sebagai umat muhammad saw.Semua sifat diatas ada pada NAJIB ini bukan fitnah.

    ReplyDelete
  5. Tahniah tun m
    Jasa sepanjang zaman
    KERIS

    ReplyDelete
  6. Cash is King.
    Mereka ini sanggup menjadi hamba abdi kpd najib yg bertopengkan UMNO.
    UMNO adalah parti keramat
    Tapi najib bukan keramat

    Dalam UMNO ada se ekor ular sawa yg teramat besar, besar mulutnya, buncit perutnya, merah matanya dan terlampau huduh mukanya.
    Kononnya berdarah bangsawan dan pejuang lslam tetapi telah disumpah menjadi ular kerana kuat makan rasuah

    Dalam UNNO ada seorang ilmuan agama lslam cucu kpd seorang kiyai yg cukup tersohor di satu masa dulu di sebuah negeri di beting beras basah.
    Cucu kiyai ini dgn karamah kiyainya adalah orang yg pertama yg telah berjumpa dengan penderma RM2.6billion di tanah arab.

    Dalam UMNO ada seorang budak magic yg cukup terbilang kecerdikannya seperti Abu Nawas di Damsyik satu ketika dulu yg telah mengemparkan negara bahawa harga barang akan turun dgn magic GSTnya.

    Bersambung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih..budak magic tu akhirnya berkata kalau harga ayam mahal jgn makan ayam!!!
      Makan saja batu!!!!

      Delete
    2. Bukanlah...budak magic tu cakap satu kilo gula dapat buat 100 gelas TEH TARIK!

      Delete
  7. saya ingin saran kan kpd sdr budin utk menyebut 'pentadbiran rosmah/najib' (NR) pd artikel2 yg d tulis pd masa hadapan.

    saya perhatikan ds zahid hanya berperanan sebagai pemain simpanan saja. lebih teruk lagi banyak yg menyifatkan zahid sebagai 'court jester' saja.

    bagi menteri2 melayu yg lain, mereka sudah hilang pedoman n terpaksa ikut jadi badut terhormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..nk jadi menteri Najib mesti pandai berlawak dan IQ mesti rendah. Tu fasal Zahid dipanggil Zahid komedi. Semua kenyataannya lawak belaka.
      Menteri2 lain kalau bercakap menampakkan kebodohan mereka.

      Delete
  8. Daripada US$1.05billion duit 1MDB yg masuk akaun Najib, WSJ telah mengesan 500 transaksi( pengeluaran duit tu). pemberian duit kp Mat Maslan, shahrir, Zaharin Yssin(Umno) dan RM90 juta pada Pas..baru 4 transaksi. Ada 496 transaksi lagi yg melibatkan RM600juta lebih.

    Shahrir memaang bangang dan kaki makan dedak. Dari RM400,000 juta lebih dlm akaun Najib, dia dpt RM1 juta shj???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya banyak lagi pendedahan dari WSJ. Ikut trend paper us, mereka suka buat breaking news, mendahului agensi spt fbi, wh, doj, etc. Saya juga percaya bukti wsj diambil kira oleh fbi. Tunggu lah, makin seronok ni.

      Delete
    2. saya bersetuju.

      trankrip percakapan jho lo/rosmah /najib mungkin dlm simpanan CIA/FBI.

      'money trail' rosmah juga mungkin tlh d kumpul olih mereka.

      kita hanya tunggu n lihat bila ia nya akan d dedahkan.

      Hillary mungkin juga akan berjaya d lantik presiden USA bagi menggantikan OBAMA.

      d natara najib n anwar sudah tentu Hillary lebih bersimpati dgn keluarga anwar.

      saya hampir pasti bahawa dgn pengaruh anwar, najib akan hilang wibawa d kalangan presiden n kaki tangan 'white house'.

      ketika itu n jika najib masih 'survive', maka kiblat nya terpaksa lah menghala k arah China.

      'hidup melayu dlm pelukan China!!!'.

      Delete
    3. Sudah pon dalam pelukan China. Tak pernah dalam sejarah negara kita, duta asing bagi warning kat rakyat malaysia jangan kacau kepentingan negara mereka di sini....duta China tak ada masalah berbuat demikian. Tamparan hebat terhadap maruah negara.

      Delete
  9. Betul kah parti bersatu akan mandapat kelulusan pada hari jumaat ni. Jika benar Alhamdullillah. Mari kita roboh keangkuhan dan kesombongan umno yg telah dirosakan oleh segolongan manusia syaitan dan munafik yg belum pernah kita temui. Biar ianya ranap menyembah bumi. Mari kita pulih maruah negara ini yg telah dikotor dan dicemarkan oleh syaitan syaitan yang tamak, yg tlh lupa perjuangan, lupa tanggungjawab, lupa sumpah.Mereka mereka yg telah mengecewakan arwah arwah yg banyak berjasa kepada negara dan bangsa. Arwah arwah yg telah berjuang bukan utk diri mereka tetapi utk diwarisi kita dan anak2 cucu kita kelak agar negara ini tidak lagi dihina sebagai negara jajahan penjajah.

    Kita baru saja merayakan perayaan hari kemerdekaab. Datok nenek kita telah membebaskan kita dari cekaman inggeris kini kita dijajah oleh bangsa kita sendiri. Hidup kita, pencarian kita hendak dirompak bagi menyenangkan mereka. Cukup cukup lah. Kebanyakan kita adalah terdiri dari orang yg beriman dan tidak percaya dengan kekerasan. Don't take our kindness to be our weakness.

    There will be light at the end of the turnel. Hanya kepada Allah saya berserah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan utama...andaikata BERSATU menang & berjaya gulingkn Umno, adakah semua jemaah menteri dlm kabinet sekarang akan disiasat seluruh2 harta2 mereka dgn telus? Ingat...bukan si bijan saje yg nk kena sepak...menteri2 lain pun sama haramjadahnya x kira la mkn duit rakyat sket ke byk.

      Delete
    2. sudah tentu sekali. bukan saja pihak yg kalah tetapi pihak yg akan megambil alih juga wajib mengishtiharkan asset mereka.

      ini d amalkan olih pihak Indonesia. dari presiden hingga k ketua perkhimatan eg kapolri perlu memenuhi syarat ini.

      alang ke baik nya perkara yg serupa d laksanakan n d kenakan terhadap pimpinan yg baru kelak.

      Delete
    3. Nmpk mcm satu cita2 yg amat sukar en. Rahman. Tetapi andaikata berjaya dilaksanakan...inilah kejayaan plg besar nikmatnya yg rakyat dpt kecapi slps 59thn merdeka.

      Delete
  10. Itu baru stokin...spendar cam nerr?

    ReplyDelete
  11. Penyamum at it again. Read ostb. Nampak macam sudah tak ada duit dah dalam simpanan dalam negara. Semua dah dibawa keluar. Tapi kali ni payah sikit nak bawa masuk sebab ada mata mata sedang memerhati acc. kita. FBI, WSJ, SERAWAK REPORT DAN LAIN2 AGENCY. Geng semua dah dalam shit. Bagaimana ya. Nak suruh bini pinjamkan maklumlah perempuan susah sikit kalu berkenaan dengan duit ni. Depa kedekut sikit.

    Parti yg biasa dengan kemewahan mana mau kerja kalu fulus elek. Nak suruh ketua bahagian dan ajk panjat pokok pasang bendera pun susah, mana mau sebab kedudukan depa. Biasa musim election ni puak puak ni wallet penuh dengan note 50/100 saja. Sampai jatuh sekeping dua tak hairan.

    Susah susah. Senang saja biar lah orang macam jamal the innocent cari penderma. Kan dia orang baik banyak orang nak derma. Banyak lagi of its kind dalam umno. Dulu depa tolong bagi project dekat kita sehingga bergelar jutawan, laanie depa susah sikit jadi patut kita hulur bantuan. Bukan kah kita semua orang orang baik2 belaka. Suka menolong. The party dan ahli needs you now. Pakat pakat hulurlah. I know b'cos i was with you and not like u, thank God. I left b'cos could not stomach it anymore.

    ReplyDelete
  12. Delima pembesar umno. Bukan kami tidak tahu apa sedang berlaku dan akan berlaku tetapi boleh di ibaratkan, telan air lior basi, luah pulak dedak. Pening pening.

    ReplyDelete
  13. Saya masih ingat lagi Tengku Razali pernah bersuara tenang Ketua Bahagian disogokkan dengan wang yang begiu banyak sewaku kes raswah Najib ini bermula.....tetapi tiada siapa ambil pot pada masa itu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Kuli ni pun sama 2x5. Mcm yg semua sedia maklum...rasuah ni bkn la benda baru...dari zaman madey lg rasuah ni da berleluasa. Tetapi zaman si bijan da sampai tahap kronik! Umno & Rasuah berpisah tiada...Dulu,Kini & Selamanya.

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. gst haram paksaan ciptaan barua najib adelah penamat hayat bangsat tu pru14 amin....

    ReplyDelete
  17. Selagi spr tak telus.. Pembangkang akan terus kalah.. Ini yg paling masalah.. Juga pas yg akan buat pru nt pertandingan 3 penjuru.. Dgn pas yg kini mesra bn.. Semua ini yg menyebabkan ph terus kalah walau menang majoriti..

    ReplyDelete
  18. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete