Wednesday, 7 September 2016

APAKAH BERTEMUNYA TUN M DENGAN ANWAR SEBAGAI PERSEDIAAN JIKA BERSATU TIDAK DILULUSKAN?


Tidak ada sesiapa dapat menafikan bahawa pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim setelah 18 tahun bermusuhan, adalah "rahmat besar"  kepada parti-parti pembangkang dalam usaha untuk menyingkirkan Najib Razak.

Gabungan pembangkang yang ditunjangi Pakatan Harapan dan Bersatu kini mendapat lebih keyakinan daripada rakyat untuk terus menggerakkan perubahan. Apabila dua tokoh berpengaruh yang selama ini bermusuhan, sanggup melupakan perbezaan atas keinginan bersama menyelamatkan negara, rakyat juga tidak teragak-agak untuk turut serta.

Blog ini dalam artikelnya pada 17 Mei lalu, berikutan tersebarnya surat Anwar yang meminta pimpinan PKR agar berhati-hati terhadap muslihat Tun Mahathir, pernah menyarankan agar kedua-dua pemimpin berkenaan bersatu hati dan melupakan persengketaan jika benar Najib yang sama-sama mahu disingkirkan.
Ketika itu, Tun Mahathir sudah keluar UMNO dan mula berbaik-baik dengan pimpinan parti-parti pembangkang termasuk PKR, tetapi terlihat masih membuat beberapa ulasan yang tidak menyeronokkan mengenai Anwar. Ia kemudian disusuli pula dengan surat yang ditulis Anwar dari dalam penjara yang turut menyebut mengenai kronisme dan nepotisme.

Hari ini, semua kita tentunya bersyukur kerana Tun Mahathir dan Anwar benar-benar sudah berdamai. Walaupun pada permulaan ini ia mungkin hanya berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara, namun ia pasti berkembang menjangkau pelbagai isu lain dari semasa ke semasa.

Dengan berbaiknya Tun Mahathir dan Anwar, lebih ramai yang berani dan terbuka bercakap mengenai perubahan. Ikut hukum akal, selain Najib sendiri semakin terbelenggu dengan banyak isu ciptaannya sendiri, sukar diterima dan hanya keajaiban saja yang mampu menyelamatkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi, mengapa Tun Mahathir memilih untuk bertemu dan berbaik dengan Anwar pada tarikh 5 September 2016?

Jika kita masih ingat, parti Bersatu yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin, telah mengemukakan pendaftarannya pada 9 Ogos yang lalu. Mengikut janji Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi, tempoh 30 hari diperlukan oleh sebuah jawatankuasa penilai yang akan mencadangkan kepadanya, sama ada Bersatu memenuhi segala syarat untuk diluluskan atau sebaliknya.

Ini bermakna, menjelang 9 September ini, cadangan jawatankuasa itu sudah sepatutnya berada di atas meja Zahid Hamidi untuk beliau umumkan sama ada  pendaftaran Bersatu diberikan kelulusan atau tidak.

Dalam hal ini, apakah Tun Mahathir sengaja memilih untuk bertemu dan berdamai dengan Anwar beberapa hari sebelum Bersatu sepatutnya menerima jawapan, sebagai satu cara untuk memberi tekanan kepada Najib dan kerajaan?

Kiranya pendaftaran itu diluluskan dalam beberapa hari akan datang, Bersatu dengan sendirinya akan mendapat lonjakan politik yang tinggi kerana ia berlaku beberapa hari saja selepas bersalamnya Tun Mahathir dengan Anwar.

Rakyat akan melihat Bersatu sebagai parti yang benar-benar untuk perubahan dan Najib semakin tidak selamat kedudukannya.

Jika Bersatu tidak diluluskan pula, ia dengan sendirinya memberi gambaran bahawa Najib dan kerajaan sedang ketakutan dan cuba melakukan sekatan terhadap kewujudan parti itu.

Persepsi berkenaan akan didendangkan dengan seluas-luasnya yang akhirnya menjelmakan Najib sebagai pemimpin yang tidak demokratik, menyalahgunakan kuasa serta takutkan cabaran. Bersama ketakutan seperti berdebat dan menjawab isu 1MDB serta derma RM2,600 juta di Parlimen sebelum ini, imej Najib tentu saja kian tersudut di hati rakyat.

Bermakna, sama ada Bersatu diluluskan atau tidak, Tun Mahathir lebih dahulu menghitung untung ruginya. Percaturannya ialah berbaik semula dengan Anwar.

Malah, jika Bersatu tidak diluluskan sehingga PRU 14 akan datang, dengan termetrainya hubungan baik dengan Anwar itu, tidak memeranjatkan jika PKR akan menjadi wadah pilihan sementara bagi Kumpulan Tun Mahathir untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.

Melalui hubungan yang sudah terjalin dengan Anwar, Tun Mahathir lebih mudah merundingkan penyatuan itu bersama PKR nanti. Penyokong Tun Mahathir yang ketika ini rata-ratanya sudah dapat menerima Anwar, tidak lagi menjadi masalah untuk bersama-sama dengan PKR. (SH 07/09/2016).

47 comments:

  1. Apa jaminan andaikata Umno berjaya ditumbangkn slps PRU14...semua jemaah menteri beserta exco2 hatta jawatan plg kecil dlm Umno skalipun akan disiasat asal usul harta2 mereka? Sbb nye..bkn stakat si bijan ni je nk kena pakej pelempang 'pergi balik'...semua yg berjawatan dlm Umno pun wajib kita rampas harta2 mereka bagi balik pada rakyat dari jawatan plg kecil hingga la ke kepala penyamun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sangat2. Biar para penyamun ni berbaris panjang biaq rakyat bagi penampar pegi balik baru pueh hati.tak sabaq dah menanti saat itu.aku dah lama dah dok taram.....

      Delete
    2. Simpan baik2 nama dan alamat semua pemimpin umno termasuk ketua bahagian dan ketua cawangan..tak sabar nak tengok siasatan besar2an ke atas mereka semua tu.

      Delete
    3. Jamal ikan tongkol dan Prebet sapu Ali kalah tinju tu mesti disiasat sehingga ke akar umbi.

      Cakap besar sungguh mereka berdua tu sekarang ni. SPM pun tak ada.

      Delete
    4. Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.

      Ada dikalangan kumpulan reformasi mengucap tahniah kepada Mahathir dan Anwar kerana sanggup melupakan persengketaan silam. Katanya marilah kita bergabung di bawah panji-panji Pakatan Harapan menuju kejayaan dengan satu tekad meruntuhkan tembok dan benteng besi terakhir Umno/BN dalam PRU-14 dan Putrajaya semakin dekat di hati kita pahlawan rakyat berbilang kaum, satu bangsa dan satu negara.

      Katanya gabungan Mahathir-Anwar akan meruntukkan krorupsi Najib dan kroninya. Negara Malaysia akan selamat daripada 'perompak wang rakyat'.

      Saya menjadi bingung dengan sesetengah kumpulan reformasi yang dulu sanggup bermandikan gas pemidih mata, masuk longkang, balai dan lokap tapi kini macam hilang pedoman bila agenda reformasi telah bertukar menjadi agenda peribadi nak jatuhkan Najib semata-mata.

      Agaknya antara Najib dan Matahir siapa RAJA PEROMPAK?

      Saya tak perlu menjawab persoalan ini. Untuk jawapan terbaik ialah Anwar Ibrahim kerana dia pencetus reformasi rakyat. Mari kita dengar apa kata Anwar yang disediakan oleh kawan saya.



      Kalau mengikut apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim, Mahathir lagi banyak sapu duit rakyat berbanding dengan Najib. Kenapa kita boleh bersama dengan RAJA PEROMPAK bersalam dan memaafkannya dan menyerang TIMBALAN RAJA PEROMPAK? Dimana rasionalnya?

      Jangan jadikan politik ini untuk kepentingan dan tujuan peribadi dengan menepikan masalah sebenar rakyat.

      Delete
    5. persediaan dua blok pembangkang – Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – masih berpaut pada banyak kemungkinan.

      Sama seperti komponen BN, pihak pembangkang – DAP, PKR dan Amanah dari Pakatan Harapan dan PAS serta IKATAN dari Gagasan Sejahtera– masih bergelut dengan isu perbalahan dalaman mereka sendiri.

      Yang sedikit berbeza ialah, kini BN lebih cenderung menjurus pada perpaduan sementara kemunculan Parti Pribumi Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir mungkin merumitkan lagi keadaan di dua blok pembangkang itu.

      Pada asasnya Parti Pribumi mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Ia juga mahu bertanding kerusi yang pernah ditandingi Pakatan Rakyat tetapi tewas pada Umno.

      Parti Pribumi kini mengintai 88 kerusi yang dimenangi Umno-BN pada PRU13 lalu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan. Namun RoS mempunyai kriterianya sendiri untuk meluluskan pendaftaran atau tidak.

      "Buat masa ini ada 88 kerusi Umno yang telah ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU13 tetapi telah dimenangi (semuanya) oleh Umno.

      "Semestinya tumpuan Parti Pribumi adalah pada 88 kerusi yang telah dimenangi oleh Umno yang mungkin akan menjadi sebagai asas perbincangan di antara mereka dengan PKR, PAS dan Amanah.

      "88 kerusi ini adalah satu jumlah yang besar dan saya jangka kebanyakan kerusi ini adalah kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, dan sebahagian lagi ditandingi oleh PKR," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad.

      Soalnya mahukah PAS memberi laluan kepada Parti Pribumi? Begitu juga dengan Amanah. Relakah memberi laluan pada parti serpihannya, Amanah yang terang-terangan menyatakan ia mahu menggantikan PAS?

      Adakah DAP akan bersetuju? Ia adalah seteru falsafah perjuangan PAS. Adakah ia sanggup bekerjasama pula dengan Parti Pribumi dan memberi laluan pada parti baru itu bertanding di kerusi-kerusi yang ia pernah kalah pada BN?

      Akhir sekali, seandainya Parti Pribumi dapat merampas sebilangan besar kerusi Umno dan berjaya pula memiliki kerusi-kerusi yang gagal dimenangi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13, redhakah kedua-dua blok pembangkang itu taat tunduk pada parti Dr Mahathir?

      Delete
    6. Lama tak dengar kenyataan Ketua Komunikasi parti PAN si Khalid Samad. Bukan apa sekurang-kurang kita boleh berhibur dengan pelbagai kenyataan yang melucukan.

      Hari ini Malaysiakini menyiarkan berita, Parti Amanah Negara (PAN) telah menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kawasan majoriti Melayu.

      Antara petikan kenyataan Khalid Samad ialah;

      Ketua Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, itulah pendirian parti itu dalam sebarang rundingan untuk bekerjasama sebagai sebuah pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

      "Kita mesti mencari jalan demi perpaduan pakatan pilihan raya. Mereka (BERSATU) tidak semestinya perlu menyertai Pakatan Harapan," kata Khalid.


      "BERSATU akan bertanding di kerusi majoriti Melayu manakala PAN akan meletakkan calon di kerusi yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu," jelas Khalid lagi.
      Ada beberapa perkara yang boleh kita bahaskan di sini;

      1. Khalid Samad bercakap ni dah mendapat restu bos besar dia atau belum? Maksud saya DAP dah setuju dengan kenyataan ini, atau dah semak dengan DAP nak buat kenyataan? Bukan apa, takut nanti kalau bos besar tak setuju terpaksa buat u-turn pula.

      2. Khalid bercakap ni pakai akal atau bercakap pakai nafsu? Kawan saya bertanya katanya yang lucunya dalam keghairahan dan nafsu meluap-luap untuk berkuasa dia lupa bahawa kerusi Parlimen Shah Alam itu kerusi majoriti Melayu. Takkan Khalid Samad nak bertanding di PJ Utara? Nak bagi kepada BERSATU?

      3. Kata kawan saya lagi, kerusi DUN Morib dan DUN Hulu Kelang yang dicuri dari PAS juga majoriti pengundinya Melayu. Kesian si pencuri 2 orang tu nak bertanding di mana nanti.

      Si Saari tu banyak kali pilihan raya dia suka bertukar parti daripada sokong UMNO (IRC) dia tak bertanding, masuk PKR bertanding kalah, kemudian masuk PAS dapat DUN. Buat lari dan mungkin PRU-14 nanti bertanding atas tiket BERSATU pasal DUN tu kawasan Melayu khas untuk bersatu, tak begitu Khalid Samad?

      Kalau mengikut kenyataan Khalid, PAN akan bertanding kawasan campuran dan bukan Melayu yang dengan jelas menunjukkan PAN mengharapkan bantuan bos besarnya.

      Satu yang saya masih tertanya-tanya, NAK KE DAP NAK BAGI KERUSI KEPADA SI PENCURI PARTI PAN NI?

      Delete
    7. Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

      Bekas perdana menteri itu diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

      Anwar kelihat tersenyum dan bertegur sapa serta bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

      Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

      Ini dipanggil sandiwara politik. Kadang kala musuh boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi musuh kerana mereka berhajat sesuatu berbeza dengan politik Islam yang diajar dan dibawa oleh PAS, prinsip perhubungan adalah berdasarkan kepada Islam.

      Jadi tak hairan kalau ada ahli-ahli PAS yang masuk parti PAN nilai Islam mula terungkai, lihat sahaja kepada Mujahid Rawa yang mufti yang sokong RUU 355 pun dia pertingkaikan demi nak tarik sokongan bukan Islam. Bila matlamat politik lebih penting daripada Islam, itu jadinya.

      Berkenaan dengan Anwar dan Mahathir mereka hanya berbeza sedikit aje. MAHATHIR KELUAR MASUK UMNO, ANWAR PULA KELUAR MASUK PENJARA. Kedua-duanya menjadikan politik untuk mencapai matlamat singkat.

      Mahathir dulu sanggup haramkan UMNO demi nak kuasa, Kemudian keluar lagi UMNO nak singkirkan Paklah dan kini dia keluar UMNO dan nak jatuhkan UMNO kerana nak selamatkan 'wangnya' yang berada pada kroni yang mana kroninya kian menjauh kerana dia sudah hilang taring!

      Apa salahnya untuk bersalam dan tepuk bahu Anwar kalau setakat nak 'perbodohkan' dia dan pengikutnya.

      Tun Mahathir selambar aje jumpa Anwar, bersalam. Dia tak minta maaf pun. Pada akhbar dia jawab liwat isu lain. Apa yang dia dapat ialah Anwar sambut dia, pengikut Anwar mulai menjilat Mahathir, seolah-olah apa yang dibuat kepada Anwar adalah betul tapi yang tak betul hanyalah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016

      Delete
    8. rampas harta menteri umno
      buat byr hutang negara

      Delete
    9. Ramai nye macai2 si bijan dlm blog ni tulis pjg2 pastu copy paste kat setiap entry. Nmpk benor "panas punggung" nya kahkahkah. Jgn la copy paste benda yg same kat setiap entry, org zaman skrang baca skali pun da fhm...yg jenis x fhm2 ni macai2 si bijan...sbb tu buta mata pekak telinga dgn segala mcm tok nenek rasuah & slh guna kuasa yg semakin meruncing!

      Delete
  2. Matlamat utama adalah DEMI MEMBELA RAKYAT, MEMERDEKAKAN FIKRAH DAN KEHIDUPAN RAKYAT

    ReplyDelete
  3. Tolong cari jalan yang paling cepat utk musnahkan MO1. Apa saja jalan..biar dia tak tidur malam atau jatuh sakit, biar dia runsing, biar dia kena serangan jantung.

    ReplyDelete
  4. Budin,
    Cadangkan pada parti-parti pembangkang, buat survey sokongan rakyat contohnya setiap 6 bulan. Pelbagaikan/perbanyakkan pola umur, kaum di kawasan bandar & luar bandar. Dari situ kita boleh nilai adakah rakyat malaysia sedar tentang bahayanya najib dan masalah yg dia bawa kepada rakyat dan negara. Selagi tak capai % yg kita mahukan, kena lipatganda usaha. Hasil survey tersebut dari masa ke semasa boleh buat najib, rosmah, menteri2 panas bontot & tunduk kpd tekanan kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Tun dan juga Anwar,
    Kedua mereka berjiwa besar
    Selamatkan negara terus tercemar
    Oleh pemimpin yang buat onar

    Rakyat melihat hiba dan pilu
    Dua pemimpin tersohor Melayu
    Buang yang lama ambil yang baru
    Demi negara bersatu padu

    Rakyat mengharap pertemuan ini
    Tidak sebentar bukan sekali
    Berterusan ia menjadi bukti
    Pemimpin sekarang wajib diganti

    Bila Tun Anwar bergabung
    Pencacai dedak tersekat halkum
    Menjerit mereka berlagak sombong
    Tewas nanti terimalah hukum..

    Rakyat berdoa penyatuan ini
    Bertambah erat hari ke hari
    Disokong rakyat pelusuk negeri
    Pemimpin khianat mana nak lari?


    ReplyDelete
  6. Mahathir is always ahead of his political enemies....tua tapi otak first class....tak lulus Bersatu, kalau dia masuk PAS atau DAP, lagi umno pening kepala.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss vee mau sewa pantat ker. Babi punya lndon

      Delete
    2. Ko ni miss v kan...lain tkde!! Asyik nak ajak org memuki je keje ko ni...!!

      Delete
    3. Ko tak ada harga diri ke miss vee ko tak malu ker. Lama2 sumpahan orang terkena ko juga. Ko jadi juga sundal seumur hidup

      Delete
    4. LOL!!! Kesian & lawak aku tengok si Miss Vee nie .. hahahaha..

      Lawak kesian..

      Delete
    5. Pantat dia tak laku sebab tu dia try kat sini.

      Delete
    6. Alaaa korang semua nie.. sekurang2nya aku berniaga cara halal dan aku tak curi duit rakyat.

      Miss Vee..

      Delete
  8. A,kum. Dikawasan Saya dipenuhi oleh fanatic pas. Sukarnya Saya untuk mempengaruhi org sekeliling tentang pas yg sudah lari Dari tujuan asal penubuhannya. Apa yg Saya dpt Cuma sindiran tentang banyak makan garam, soal syurga neraka jgn cakap la. Tu diklang. Bayangkan jika dikelantan, terengganu Dan kedah. Bagi Saya PH perlu menyelesaikan masaalah undi 3penjuru dlm menghadapi pru14. Kalau Tidak Semua yg diusahakan Cuma sia sia. Tgk prk SB Dan KK boleh dijadikan rujukan. Harap semua parti PH boleh bertolak ansur demi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..x dinafikn kalau manusia tu da taksub ttg sesuatu perkara mmg ini la jadi nya. Bab ore tua klate ni toksah cite la...kalau kelar tgn tu silap2 darah yg kuar kaler hijau sama kaler ngan bendera PAS. Umno & Rasuah berpisah tiada...PAS & entot berpisah tiada.

      Delete
    2. Mana ada orang pas yg pandai semuanya bodoh bodoh belaka. Perut buncit. Diri tak terurus. Perangai pun tak senonoh.
      Orang beragama semuanya berakhlak mulia.Tak macam orang pas.Maki hamun orang sesuka hati. Air muka masing2 pun mcm beruang gila nak mengawan.

      Delete
  9. pru 14 bersatu menang 35 kerusi parlimen,pkr 32,dap 32.parti sahfie pula 10 kerusi di sabah cukuplah jadi kerajaan baru negare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda masih lg percaya bahawa pilihanraya yg ada selama ini adlh telus?

      Delete
  10. kalau tidak silap saya, ROS mempunyai kuasa serta wawenang sepenuh nya utk memberi pertimbangan kpd sesuatu permohonan.

    kita lihat saja tahap 'independence'; keberanian serta caliber ROS sekarang.

    kalau permohonan d luluskan maka kita ucapkan syukur Alhamdulillah.

    jika d tolak tanpa alasan yg munasabah maka kita bolih lah membuat kesimpulan bahawa pengaruh politik tlh mengenakan halangan.

    kita tunggu saja 'verdict' nya jumaat ini.

    ReplyDelete
  11. Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Azalina Othman, Shahrizat Jalil, Ismail Sabri, Sharkar Shamsuddin, Adnan Yaakob, Tengku Adnan, Ahmad Maslan, Shahrir Samad, Khaled Nordin, Annuar Musa, Jamal Yu os, Tengku Razaleigh, mufti Pahang, mufti Perak dan mungkin ramai lagi tokoh2 brilliant dlm dunia mereka sendiri kelihatan begitu bersungguh2 mempertahankan sambil menaik lonjak imej perdana menteri kesayangan ramai, Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, seorang pahlawan Bugis yang tampan lagi perkasa.

    Namun tidak dipastikan samada tindak tanduk mereka dilakukan secara sistematik berasaskan perjuangan bersepadu atau hanya sekadar sesi2 menguji kepetahan yg berpayung di bawah satu konsep Bodekan Kecundang.

    Jika ditakdirkan di suatu hari nanti Najib ditumbangkan dari kedudukan dan jawatan PM, tokoh2 di atas tadilah sebenarnya yg menumbangkan beliau.

    Bukan TDM. Bukan Anwar. Bukan pembangkang. Bukan 1mdb. Bukan Rafizi. Bukan Gerakan Selamatkan Malaysia. Bukan Rosmah. Bukan Bukan Bukan.

    Yg menjatuhkan Najib adalah tokoh2 brilliant tadi.

    Mengapa? Ini kerana kehadiran mereka bukan sekadar bagaikan tikus membaiki labu, malah lebih teruk dari itu.

    Elok-elok orang ramai nak rasa kasihan kpd Najib, disebabkan kehadiran tokoh2 brilliant tadi rasa kasihan bertukar menjadi benci.

    Kalau setakat bencikan Najib seorang tak apalah juga. Lebih dari itu tokoh2 tadi turut sama dibenci sekali. Dan inilah manifestasi kebencian yg sangat membahayakan Umno dan BN.

    Sebelum meletak DAP sebagai kafir harbi pernahkah mufti Pahang meneliti intipati perjuangan DAP yg banyak menjurus kpd nilai2 Islam?

    Saya pernah terbaca dlm Utusan Malaysia MB Pahang pernah buat kenyataan dlm satu majlis di Pahang bahawa sesiapa yg tidak menyokong DS Najib adalah berdosa.

    Benarkah mufti Perak tak mahu ulas mengenai 1mdb kerana kurang arif tentang ekonomi dan sudah disahkan tiada kesalahan oleh peguam negara?

    Benarkah spt kata Salleh bahawa sentuhan Mahathr adalah sentuhan maut?

    Zahid pernah berkata seorang penderma Arab. Lepas itu ramai penderma lebih dari seorang. Dan selepas itu pula memang ramai tetapi mewakili seorang penderma. Selepas ITU ??

    Benarkah TDM tidak pernah memberi apa2 sumbangan dan jasa kpd negara?

    Oleh itu PM wajar menimbangkan tindakan2 segera terhadap tokoh2 brilliant yg dinyatakan tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zahid tu adalah anak cucu kiyai tersohor di perak. Kecik2 dah belajar agama sehingga ke universiti.
      Akhirnya tersungkur dalam tong taik jugak

      Delete
  12. diluluskan dengan harapan orang akan kata amno tak takuuut

    ReplyDelete
  13. Bersih 5 patut buat di putrajaya..cakap banyak tak jalan. Khemah 3 hari, najib pasti turun takhta.

    ReplyDelete
  14. Parti Bersatu adalah parti yang ditubuhkan untuk menumbangkan parti umngok.Janganlah hairan bin ajaib bila parti Bersatu akan bergabung dengan mana-mana parti yang punyai matlamat yang sama.Pis yang telah beramanat mengkapirkan umngok pun boleh sedondon pink kaler, tuang amanat mengangkat bakui sendiri sebagai punahsehat.

    ReplyDelete
  15. Sekali lagi nak nasihatkan pihak pembangkang..jika benar nak memerintah negara ini, buktikan kerjasama kamu dan PASTIKAN SATU LAWAN SATU pada PRU nanti. In sya Allah kamu akan menang.

    Jika tidak..kamu hanya bermimpi.

    ReplyDelete
  16. Tekan mesti tekan. Tak kisah lulus ke tak pendaftaran Bersatu.

    Tak masuk akal tak di lulus. Rang Memorandum and Articles of Association mesti dah di teliti dek bekas Timbalan PM dan di susul dek bekas PM. Mengarut kalau di kata ada yang tak kena, tak boleh lulus.

    Kalau tak lulus atau di lewatkan itu mesti tindakan sengaja. Tindakan politik. Bodoh punya kerja. Satu dunia melihat kebodohan itu. Takkan takda kebebasan ber"association" dalam negara ini. Nak jadi pemerintahan kuku besi macam Singapore di bawah Lee Kuan Yew ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 07:09 depa ni mana berani nak lulus pendaftaran Bersatu pun. Takut terkiok kiok.

      Itulah cakap besar lagi.

      Orang ni pertualang. Orang tu pertualang. Sedangkan perang dunia pertama, perang dunia ke dua dan perang teluk pun boleh ditamatkan.
      Semua pemimpin negara negara berperang tu boleh berdamai dan duduk se meja. Apatah lagi persengketaan Tun Mahathir dengan DSAI.

      Pemimpin pemimpin UMNO sekarang ni bukan cerdik sangat pun. Jepun yang kena bom atom dengan Amerika pun boleh berdamai semula. Malaysia yang pernah dijajah oleh Jepun yang terkenal dengan kekejamannya pun boleh melupakan kisah silam. Berapa banyak syarikat dan kereta Jepun di Malaysia sekarang ni.Berapa ramai rakyat Malaysia yang pergi menuntut ilmu di Jepun.Adakah rakyat Malaysia yang menuntut di Jepun dan bekerja dengan syarikat2 Jepun di Malaysia ni pertualang kepada negara?

      Tu lah aku kata pemimpin UMNO ni bodoh bodoh dan pandir pandir belaka. Masih tak sedar diri lagi. Diri sendiri yang menjadi pertualang kepada agama, bangsa dan negara. Kemudian nak tuduh Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

      Buta kayu sungguh dia orang ni.Gelarang saja besar Tan sri Dato seri. Tapi akai tarakkkkk. Tapi kalau dok menutuh macam nazri no. 1.Sampai botak kepala kepala.

      Delete
    2. betul tu. Punggong dia pun timpus tinggal tulang saja. Isi entah kemana.

      Delete
  17. Kita orang Melayu/Muslim Malaysia banyak sangat berpaut pada Agama. Kita dok berdoa, siang dan malam! TAPI apakah kesudahannya? Sini dok laungkan Islam, sini dok laungkan Melayu TAPI Setan-setan juga yang masih dan tetap berkuasa. MANA SILAP KITA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kita sahaja.. dunia Islam (baca: berbudaya Arab) dimana2 pun sama juga..

      Tuhan telah sediakan tiga (3) jalan lurus.. kalau hidup kita tidak diberkati didunia ini, mana mungkin kita akan diberkati diakhirat kelak?

      Dimana agaknya silap dunia Islam..

      Delete
    2. Mufti pahang dengan timbalan mufti perak kalau teringin sangat nak main politik letak saja jawatan tu.

      Mainlah politik betul2.
      Asalkan jangan jadi talam dua muka, tali barut dan kaldai kpd orang orang tertentu saja.

      Kalau nak makan dedak buat cara nak makan dedak senang cerita.

      Delete
    3. Anon 07:31, itu dinamakan budaya kehidupan badan besar otak kecik.Tak reti nak memerintah.Dapat derma dikembalikan (dermalah sangat).Pegang kuasa diperkudakan untuk menafikan kebenaran, hidup bergelumang kemungkaran si munafik.rembat dan rembat apa saja didepan mata- masa depan belakang kira.

      Delete
    4. Anon 09:53 bersambung..

      Kalau taksub bahawa rezeki itu datang drp manusia, dan bukan dari Allah, lalu sanggup menjadi pengampu & baruah pada boss - sila jgn mengaku dan mengelar diri itu Mufti: buat malu kaum kita sahaja..

      Delete
    5. Anon 0731
      Silapnya adalah org2 yg berfikir seperti tuan.
      Jgn islam separuh2.. Islam adalah cara hidup di dunia. Sbb itu kita harus beragama.. Berpaut pada agama.
      Bukan salah islam apabila sesuatu itu terjadi. Salahkan penganut yg tidak ikot apa yg islam ajar dlm kehidupan.. Contoh. Jgn sokong org buat kerosakan.. Jgn rasuah.. Jgn mencuri.. Amanah. Jgn menipu.. Bila apa yg diajar islam tak diamalkan.. Inilah kesannya pada yg lain. Islam takda yg silap dimana2.. Penganut agama yg silap.. Takda salah dlm agama. Takda salah dalam bangsa. Yg salah adalah manusia yg tidak ikot apa yg tuhan yg maha pencipta suruh dan tinggal apa yg dilarang..

      Delete
  18. Dah lulus BERSATU
    cepat birang ahli
    Daftar online cepat sikit
    Ramai rakyat tunggu
    Nak ceramah bersatu cepat
    KERIS pahang

    ReplyDelete
  19. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete