Thursday, 22 September 2016

MANA SATU YANG BETUL ATAUKAH NAJIB CUBA DIMALUKAN PMO?


Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat.

Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya.

Ini kerana, menurut Najib, deklarasi yang diusahakan itu tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya dilakukan menurut amalan lazim iaitu sama ada melalui Parlimen atau sistem pilihanraya yang melibatkan rakyat.

Membaca berita yang tersiar itu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa Najib sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan usaha untuk menyingkirkannya?

Sudah tentu jika kenyataan seperti itu mahu dikeluarkan, ia lebih sesuai dilakukan oleh pihak Istana Negara sendiri. Namun, jika pihak Istana Negara tidak berbuat demikian dan oleh kerana  pemakluman mengenai pertemuan dengan Tun Mahathir itu dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Najib sendiri, ia lebih berupa pernyataan mengenai pendirian baginda kepada Perdana Menteri semata-mata.

Apakah ia perlu dijadikan kenyataan umum dengan Najib seolah-olah membela dan mempertahankan dirinya sendiri?

Tidakkah dengan Najib sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut menunjukkan beliau begitu terdesak dan agak terganggu dengan pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu?

Dalam masa yang sama, di media-media sosial pula tersebar kenyataan media penuh empat perenggan yang dikeluarkan oleh Najib itu.
Meneliti kenyataan itu, ramai yang  perasan mengenai wujudnya beberapa kesilapan fakta dalam kenyataan media itu, antaranya:- 

- dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.

- pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di  Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.

- dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.

Benarkah ia surat asli yang dikeluarkan oleh Najib? 

Jika ia benar, mengapa berlaku kesilapan-kesilapan fakta yang besar seperti itu?

Bukankah ia sesuatu yang memalukan Najib dan Pejabat Perdana Menteri atau PMO?

Bagaimanapun, beberapa portal masih memuatkan fakta pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu berlangsung di Istana Bukit Malut Langkawi, manakala yang lain-lain sudah melakukan pembetulan atau menulisnya berdasarkan pemahaman sendiri bahawa majlis mengadap itu berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Agar mengejutkan juga, di laman facebook dan twitter milik Najib langsung tidak ditemui berita dan hebahan surat mengenai perkara itu. Mengikut kebiasaan dan amalam lazim, Najib sudah tentu suka memuatkan kenyataan media seperti itu kerana ia adalah kenyataannya sendiri, lebih-lebih lagi juga merupakan kesempatan untuk merendah-rendahkan perjuangan Tun Mahathir dan PPBM.
Hanya di laman facebook dan twitter PMO Malaysia, terdapat kenyataan media Najib itu. Ia nampak berbeza dengan kenyataan media yang tersebar sebelum itu dengan semua kesilapan fakta sudah diperbetulkan.

Tetapi kenyataan itu menunjukkan ia dimuatkan pada jam 10.34 malam sedangkan di portal-portal berita, ia sudah boleh dibaca sebelum itu lagi.

Apakah kenyataan media asal itu sudah dipadamkan dan digantikan dengan kenyataan baru yang fakta-faktanya sudah diperbetulkan?

Kiranya ia benar, amatlah malang kerana baru beberapa hari lalu Rosmah Mansor dimalukan dengan berita penarikan gelaran "Lead by Example" oleh Unesco, sekarang Najib pula diaibkan oleh kenyataan yang disediakan oleh PMO sendiri. (SH 22/09/2016).

91 comments:

  1. Jumpa obama, jumpa agong..nampak sgt hidup tak tenang. Takut kena ambil tindakan. Kalau tak pun, takut persepsi buruk. Orang macam ni nak perintah malaysia lagi 1 penggal? Lagi dia cuba tutup lubang, lagi busuk jadinya. Esok bila dah tak pegang kuasa, semua tembelang pecah. Nasib kau la najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ni kerja dia signed saja. Mana dia pernah baca.
      PM remote control Malaysia yg pertama mungkin juga di dunia

      Delete
    2. Betul...nasib rakyat Malaysia ada PM hanya sign saja tanpa baca. Pengerusi 1MDB tp tk tahu menahu apa yg berlaku. Tak kenal Jho Low tp bergambar dgn Jho Low. Tak kenal Saiful Bukhari, Saiful dtg nk bcg biasisiwa, Saiful dtg nk mengadu kena liwat

      Delete
    3. Takut lah tu. Pencuri sentiasa hidup dalam kegelisahan. Macam ayam betina nak bertelur

      Delete
    4. Hai selalunya main sain aje yang ni kenyataan tak bersain...latu salah-salah boleh adjust balik...patutlah layar dikembang sauh dilabuh dan macam-macam kenyataan yang tidak menggambarkan seorang pemimpin contoh..bangang, bangsat, haramjadah..dll

      Delete
    5. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. semua nya sudah bercelaru sekarang.

    saya yakin bahawa kenyataan media yg asal d sediakan dgn secara gopoh tanpa semakan secara teliti.

    saya juga berasa janggal kena apa pejabat penyimpan mohor raja2/istana negara tidak mengluarkan sebarang kenyataan.
    mungkin dari seg protocol PMO tlh membuat kesilapan.

    utk menjernihkan keadaan elok kira nya tun m n pihak istana Negara mengluarkan kenyataan ringkas.

    ReplyDelete
  3. Yg menghairankan Raja Petra boleh kata Tun M telah dimalukan oleh YDP Agong. Dan nampak sangat juga yg beliau seorang penulis upahan yg sejak beberapa tahun ini sudah bertukar tuan.

    Nampak sangat RPK mereka-reka cerita. Bagaimana dia boleh dengar perbualan 4 mata antara Agong dan Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rpk muka tk dak nur....naik menyampah aku tengok. Berita drp orang fasik jangan percaya sama sekali

      Delete
    2. ...tukar2 tuan ni toyol shj. siapa yg beri makan (darah) banyak, tu lah tuan dia...jadi Raja Petra ibarat toyol..

      Delete
    3. Najib pun muka tak dak nur...macam nak pui aja
      kalau dia ada kat depan mata. Dah terbukti
      berkali-kali dia berbohong dalam isu
      berbagai-bagai...geng fasik jugak.

      Selagi kita tak dengar dari sumber Istana
      kita tak boleh percaya bulat-bulat.

      Ada kemungkinan suara Istana di-"hijacked".
      Orang yang nak tenggelam akan buat apa
      saja...tong berisi najis pun dia akan capai
      juga.

      Delete
    4. Kahkahkah...sejak dari mula aku tak pernah langsung raja petra ni. Muka & gerak tubuh PENIPU @ TEMBERANG tu jelas sgt. Sape2 yg percaya pada RPK = BANGANG LUAR BIASA!

      Delete
  4. Pemimpin yg tidak bermaruah dan bermoral akan melakukan apa saja utk menegakan benang basah pd rakyat yg penting YBhg Tun telah pun menyampaikanluwahan hasrat hati rakyat terhadap pemimpin yg zalim kpd Tuanku itu yg penting apa pun pru14 masa bn umno dikuburkan bersama pemimpinnya aaaammmiiiinnn

    ReplyDelete
  5. Sedangkan duit RM42million SCRI dan duit curi dari 1MDB RM2.6billion yg diberi JLow masuk akaun dia, dia bolih kelentong satu Msia & satu dunia, ni pulak berkenaan isu yg remeh ni.

    Mesti Mhdir beritahu Agong perkara diatas selain menyerahkan memo deklarasi tu. Perkara diatas lebih penting. Tak kan Agong masih hendak kekal PMnya yg kaki rasuah dan pencuri. Mesti Mhdir tegas kan ni.

    Jumpa utk serah deklarasi semata2, buat apa. Yg lebih penting Aong diberitahu Najib seorang pencuri yg mencuri duit 1MDB US$3.5-5bilion dgn JLow dan US$1.05bilion masuk akaun dia.

    ReplyDelete
  6. Kerja sesaorang untuk cari makan tak susah hanya tulis apa saja bagi menegakan benang basah,apabila ia nya diambil tindakan makamah dalam sisiatan akan berhenti saparoh jalan kerana tiada bukti.Inilah cara yang dilakukan olih orang-orang yang cari makan.

    ReplyDelete
  7. Logiknya Agung mesti di maklumkan dahulu akan tujuan Mahathir untuk mengadap. Yang pasti ianya bukan kunjungan hormat yang perlu diwar-warkan.

    Apabila Agung perkenan dan faham akan tujuan Mahathir lalu memperkenankan pertemuan tersebut bermakna Agung telah mencampuri tuntutan deklarasi rakyat.

    Agung tidak perlu berjumpa Mahathir sekira nya sekadar untuk dimaklumkan mengenai deklarasi rakyat yang boleh di ketahui dengan mudah di zaman sekarang.

    Bukankah sepatutnya Najib cuba menghalang supaya Mahathir tidak diberi kesempatan mengadap Agung.

    Kedudukan Najib memang bahaya.

    ReplyDelete
  8. Mahathir mengadap YDP Agung pun Najib dah malu. Najib pasal dia PM dapatlah mengadap YDP Agung.

    Kalau yang bawak deklarasi rakyat itu ialah Ibrahim Ali ke atau Ali Tinju ingat YDP Agung nak perkenakan dia orang untuk mengadap.

    Mengapa Najib tak wakil kan pada Zahid untuk mengadap YDP Agung atas urusan resmi sebagaimana Najib wakil kan Zahid ke PBB ?

    ReplyDelete
  9. Saat2 atau tanda2 akan tumbangnya dan tewasnya pahlawan Bugis semkin mnghmpiri waktu dgn trciptanya statemen2 mmpertahankan diri yg tak masuk akal pada mnusia yg mnggunakan akal..

    ReplyDelete
  10. Saat2 atau tanda2 akan tumbangnya dan tewasnya pahlawan Bugis semkin mnghmpiri waktu dgn trciptanya statemen2 mmpertahankan diri yg tak masuk akal pada mnusia yg mnggunakan akal..

    ReplyDelete
  11. mr budin..
    pasai johor nak bwat bangsa johor..agak agak teman depa dok pakat nak bwat bangsa ikot negeri masing-masing..
    nama mlayu udah takboleh d gunapakai sbb mlayu mmg tak beguna kalu nak pakai
    mlayu malas..mlayu bangsat..mlayu bangsa subsidi..mayu juai tanah..mlayu suka dok kedai kopi..mlayu nak makan kena suap..mlayu pak pandir..mlayu lebai malang..mlayu 4× haramjadah selagi ada nama mlayu belbagai masaalah tak dapat nak selesai bila dah takdak mlayu .segala masaalah yg bekenaan mlayu dpt d atasi dgn mudah..malaisa akn aman makmog..maju jaya..bagunan betengkat-tengkat sampe mampuih..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni berapa ponjot cekeroi dah kau bantai? Org cerita lain kau merapu cerita lain

      Delete
  12. Kan menteri dah cakap, pm sign surat tak bererti dia patut bertanggungjawab atas kandungan surat tu. Sebab tu saya rasa, sejak setahun lalu, tak ada pemimpin luar datang melawat najib, kecuali dari maldives, laos dan ukraine. Bila pemimpin luar datang, ada macam2 perjanjian dan MOU dibuat. Yer lahhh, nanti buat perjanjian 2 hala, media mereka akan tanya, sah kerrrr?

    ReplyDelete
  13. Surat PMO dan disambut pula oleh media sosial lain. Mengambarkan betapa terkesannya deklarasi yg di persembahkan Tun. Demi mempertahankan diri sampai tidak sempat menelliti maklumat dalam kenyataan penting seperti itu. Imej seorang PM perlu diambil kira kerana rakyat sentiasa peka dan menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dia orang kata mahathir baling gelas pon tak pecah

      Delete
    2. Skrang ni kalau gelas tu kena kepala nazri bersepai otak dia

      Delete
    3. Kalau terkena kote nazri mati pucuk serta merta

      Delete
    4. Kalau kena azalina...ermmmmmm

      Delete
    5. Kalau Nazri mati pucuk nanti Ali tinju nak usha line Bini baru Nazri.

      Najib tak boleh sebab dia YDP PERTABI Malaysia

      Delete
  14. Walk d talk. Itu prinsip Tun. Deklarasi tetap dipersembahkan. Diterima atau ditolak adalah kuasa Allah. Surat dari PMO adalah saksi betapa terkesannya perjumpaan dgn YDPA. Kesilapan2 dalam surat tersebut menceritakan segalanya. Cukup tetsirat.

    ReplyDelete
  15. Lantaran stress berat dan ketandusan idea maka MO1 merapu tak menentu......!!

    ReplyDelete
  16. Ini taktik tipu penjilat pok jib
    KERIS
    pahang

    ReplyDelete
  17. Kah kah kah kah...baling gelas tidak pecah.Sedangkan gelas terlepas Dari tangan pecah berderai dilantai....lawak....lawak nyer.

    ReplyDelete
  18. Tahniah tun
    Usaha dah dilakukan
    Cuma rakyat perpu fikir

    ReplyDelete
  19. Pok jib kelentong rakyat dan negara
    Tun selamatkan rakyat dan negara
    Keris pahang

    ReplyDelete
  20. Penjilat pok jib mecacai cerita kelentong
    Media dedah fakta
    Pentadbir negara makan rasuah
    Keris pahang

    ReplyDelete
  21. Laknat pok jib
    Laknat si semah
    Laknat penjilat pok jib
    Keris pahang

    ReplyDelete
  22. Tahniah Tun M..Tun M telah kotakan apa yang dijanjikan..untuk menyerahkan deklarasi Rakyat kepada YDP Agong.tanggungjawap Tun kepada mereka yang menyokong deklarasi ini telah tertunai dan terpulang kepada YDP Agong untuk menentukan tindakan seterusnya..

    ReplyDelete
  23. Najib kau ni dah nak sasau dah. Kau percayalah cakap aki ni. Terlalu banyak menipu sampai dia sendiri taktau apa yg dicakap. Aku ni berdoa tak berenti biar Allah tunjukkan kebenaran pasal bab najib razak ni. Insyaallah sikit2 Allah taala dah tunjuk. Najib ni pembohong. Org gila je yg sokong dia ni. Bukti jelas. Tengoklah salleh bajau, rahman bangang, mail sabri dan takyahlah nak sebut nazri yg ....

    ReplyDelete
  24. Syabas dan terima kasih Tun.

    ReplyDelete
  25. Inilah pemimpin yang kita nak. Tunaikan apa yang dicakap. Tun sentiasa berjaya cuma cepat dan lambat je. Kena bersabar dengan Tun ni.
    Najib sign sj yg pandai. Apa yang dia sign pun dia x tau. Sikit hari lg sign serah kemerdekaan negara pulak. Apa punya pemimpin mcm ni. Pencuri, penipu, pembohong. Menukar sejarah negara dari demokrasi ke kleptokrasi terpimpin.

    ReplyDelete
  26. Udah-udah ler pembangkang sekalian. Cukup-cukuplah buat fitnah terhadap DSN. Pembangkang patut bersyukur. Negara kita masih aman damai. Soal rasuah DSN itu soal peribadi. Bukanlah masalah negara pun. Yang penting kita buat kerja kita. Daripada duduk melalak tak tentu hala,kerja mana??? Pembangkang memerentah 5 negeri..apa perubahan? Hak milik Bumiputra semakin terhakis. At least DSN masih menjaga hak-hak bumiputera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANOM 13:28... POOORAH!

      Delete
    2. 1328 hanya fikirkan najib dgn rosmah saja.
      Diluar sana berapa juta orang hidup menderita akibat perbuatan najib.
      Syarikat2 gulung tikar. Pekerja2 hilang diberhentikan. Harga barang dan harga ubat makin naik
      Pelaburan dari luar negara hanya dendangan najib saja.
      Jumlah pelaburan bebilion ringgit hanya di atas kertas kosong. Duit pelaburan tidak pernah masuk. Yang ada hanya pengumuman terdesak drp najib.
      Itu pun kau tak reti reti lagi ker.
      Bukalah mata kau luas2.
      Diluar sana yg terkesan mungkin saudara mara kau juga.
      Kau seronoklah ada jaminan dedak
      Orang lain mcm mana?
      Nak tengok negara huru hara?
      Nak tengok rompakan di sana sini?
      Inilah perkara yg kita semua tidak mau lihat. Perkara yg kita semua takuti. Tetapi perkara ini tidak mustahil akan berlaku apabila desakan hidup memaksa dan ibu bapa tidak sanggup lagi melihat anak anak mereka kelaparan.
      Mustahil kau tidak ada anak tidak ada adik beradik tidak ada ibu bapa yg telah uzur yg memerlukan ubat ubatan setiap hari.
      Jgn sombong jgn bongkak dan jgn taksub anon1328.
      Perkara ini akan berlaku keatas diri kau juga.

      Delete
    3. Saya anon 13.28. Bersabarlah kalian. Antara dua mudarat. Adalah lebih baik kita pilih mudarat yang lebih baik dari mudarat yang lebih teruk. Adakah kalian sanggup menjual maruah bangsa ke tangan DAP? Seteruk-teruk DSN dan Rosmah, hak maruah kita masih terjaga.

      Delete
    4. Kalau dia buka mata luas2..xde lah dia cakap SOAL RASUAH TU SOAL PERIBADI. Bapak ko dulu berjimak dgn mak ko ikut lubang jubur ke sampai dapat anak BENAK LUAR BIASA mcm ni??? PM mana2 negara sekalipun kalau amik rasuah & salah guna kuasa..bole menghancurkan negara. Sudah pasti tidak lagi jadi isu PERIBADI kerana rakyat semua akan terkesan sama.

      Delete
    5. 13.28...Kita peduli maruah negara. Yang pi kata kita jual maruah bangsa kat DAP tu, merapu habissss.....kau dok kat felda mana ni?

      Delete
    6. Saya anon 13.28. Sudah terbukti dah pun. Lihatlah di Pulau Pinang sekarang. Mana hak Melayu? Di Selangor. Mana hak Melayu? Pembangkang pandai main isu maruah negara. Padahal dua kali lima saja...

      Delete
    7. Ya..pembangkang memang x sempurna. Tetapi ISU TERBESAR di sini adalah ROMPAKAN BESAR-BESARAN HARTA NEGARA & DUIT RAKYAT oleh pemimpin2 negara. Isu hak melayu ni kalau ko main kan zaman 80an & 90an ramai akan dengar ko berpenglipurlara. Bukankah sudah terbukti pemimpin2 melayu juga la yg jadi PENYAMUN. Bangga dgn hak melayu yg didendangkan selama ini? Layak dipanggil tuan kah Melayu ini sekiranya masih ramai menjadi KULI di negara sendiri???

      Delete
    8. Saya anon 1328. Orang Melayu muda lupa siapa yg angkat senjata tembak komunis. Org muda lupa bahkan jahil siapa yg bangkitkan perkauman kalau bkn DAP. UMNO bnyk berjasa pd negara. Ank2 muda je yg x sedar. Maklumlah..anak2 muda skrg manja. Minyak naik 10 sen pun bising. Dl2 ank masuk asrama sampai habis. Susah penat mereka tetap habiskan. Ank muda skrg mmg malas. Lembik. Bnyk bantuan kerajaan diberikan. Keje malas. Ngulor lebih. Ank2 muda yg sokong gerakan jatuhkn DSN mmg tak sedar diuntung.

      Delete
    9. Anak muda kepala bapak ko? Ko ingat yg komen2 kat sini budak2 mcm ko? Alhamdulillah income aku cukup utk aku sara family & anak2. Walaubagaimanapun masih ramai rakyat yg sengsara seperti yg diberitahu oleh Anon 14:16 dek perbuatan pemimpin2 yg rakus & tamak haloba.

      Delete
    10. Hehehehe..

      Mak Enon 13:28 .. Lawak betul..

      hahahaha..

      Takkan DAP aje, Kristian, Hindu, Buddha dll termasuk Yahudi sekali mana?

      Aku macam hang jugak. Asalkan pemimpin itu Melayu Islam, jgnkan rasuah! Kalau mereka nak main dgn anak bini aku pun aku redha aje..

      Huhuhu...

      Delete
    11. 1328...aset negara dah dijual pada China yang dikuasai parti komunis yang satu ketika dulu sokong Chin Peng dan Parti Komunis Malaya yang satu ketika dulu tembak askar anak muda melayu...apa komen ko? Oh lupa....ko tak tau apa apa. Maaf tanya.

      Delete
    12. kelihatan lucu, tatkala mendengar "lafaz" syukur terhadap segala nikmat yg masih dapat kepada diri dan kaum kerabatnya.

      Sambil ia mencela pada salah satu asbab utama ia memperoleh nikmat itu.

      benarlah peringatan akan keadaan golongan seperti ini betapa "lafaz" syukurnya itu hanya sekadar di kerongkong.

      bagaimana kamu tidak segan silu melafaz kesyukuran ? sedang janji Allahswt - tiada syukur kepada-Ku sebelum kamu bersyukur sesama kamu -
      1. Syukur sesama manusia adalah dengan kata2 yg baik, doa2 dan perilaku yg mulia.

      2. syukur kepada Allahswt adalah dengan menurut segala apa yg disyariatkan bersama niat.

      Sombong dan bermegah dengan segala nikmat - sambil mencela si pemerintah , inilah golongan yg lupa pada terikatnya fitrah setiap kejadian adalah dengan adanya "asbab" kecuali Allahswt yg Maha Tunggal.

      bagaimana manusia yg sombong dan megah itu dapat memenuhi keperluannya tanpa hadirnya "asbab" iaitu adanya pemerintah yg menunaikan hak2nya sebagai marhean?

      apakah kamu mampu mencari rezeki andai si pemerintah itu dar kalangan mereka yg tidak berlaku zalim, bodoh, dan tiada upaya ?

      Muhasabah diri, nescaya kamu akan malu pada setiap celaan yg kamu lemparkan pada sipemerintah.

      Muhasabah diri, nescaya kamu akan diperlihatkan betapa songsang dan dustanya sekalian politikus berhati serigala yg "membawa" kamu menaiki bahtera tanpa ber nakhoda.

      kamu ibarat biri2 dan mereka ibarat serigala.

      Selamat petang.

      Delete
    13. 17.01....kau tau pasal Ekonomi? Perdagangan antarabangsa? Forex? TPPA? Hubungan malaysia dengan EU/US vs China? Kadar pengangguran? Inflasi? Hutang negara ? Bajet? Apa kau tau?

      Saban hari merepek kat sini, tulis cerpen (cerita pundek), substance pon tarak.

      Delete
    14. EDRA, dijual pada syarikat pembekal tenaga CHINA bukan dijual pada negara CHINA. ia adalah urusan perniagaan yg mengandungi MOU dan kedaulatan negara tidak termasuk di dalam MOU tersebut.

      setelah politikus berhati serigala berjaya mensabotaj perancangan 1MDB
      untuk menampung hutangnya melalui terbitan BON dan senaraian di bursa saham.

      Akibatnya pemiutang mengkaji semula perjanjian dan menuntut hutang.

      1MDB harus mencairkan aset untuk membiayai hutang atau memohon kepada kerajaan atau diisytiharkan sebagai bankrup.

      menjual aset 1MDB kepada GLC akan difitnah sebagai bailout.

      para politikus berhati serigala tidak mensabitkan penjualan aset 1MDB sebagai menjual kedaulatan negara, kerana mereka mengetahui itulah antara hasil kejayaan mereka.

      Hanya si jahil yg sombong itu bertempik "betapa bodohnya 1mdb menjual aset negara" kepada pihak luar. sambil mengaitkannya pada kedaulatan.

      mereka tidak sedikitpun mengetahui, melainkan dari apa yg dikhabarkan oleh politikus berhati serigala.




      Delete
    15. EDRA, dijual pada syarikat pembekal tenaga CHINA bukan dijual pada negara CHINA. ia adalah urusan perniagaan yg mengandungi MOU dan kedaulatan negara tidak termasuk di dalam MOU tersebut.

      setelah politikus berhati serigala berjaya mensabotaj perancangan 1MDB
      untuk menampung hutangnya melalui terbitan BON dan senaraian di bursa saham.

      Akibatnya pemiutang mengkaji semula perjanjian dan menuntut hutang.

      1MDB harus mencairkan aset untuk membiayai hutang atau memohon kepada kerajaan atau diisytiharkan sebagai bankrup.

      menjual aset 1MDB kepada GLC akan difitnah sebagai bailout.

      para politikus berhati serigala tidak mensabitkan penjualan aset 1MDB sebagai menjual kedaulatan negara, kerana mereka mengetahui itulah antara hasil kejayaan mereka.

      Hanya si jahil yg sombong itu bertempik "betapa bodohnya 1mdb menjual aset negara" kepada pihak luar. sambil mengaitkannya pada kedaulatan.

      mereka tidak sedikitpun mengetahui, melainkan dari apa yg dikhabarkan oleh politikus berhati serigala.




      Delete
    16. Woi bangang...1MDB tu "syarikat pelaburan strategik" negara....strategik apa sampai hutang berbillion, lepas tu terpaksa jual aset pada negara luar? Apa hal sampai partner kat abu dhabi bawa 1mdb ke mahkamah tuntut bayaran? Aset EDRA adalah aset strategik dan sensitif, macam mana boleh dijual pada orang luar? Syarikat kalau kukuh dari segi kewangan, tak ada masalah disenarai di bursa, sabotaj la macam mana pon. Kau kata disabotaj, maknanya syarikat tak kukuh la bahlol. Kau tau BON tu apa? Nak tambah hutang lagi? Semua ni dah dibincangkan setahun dah....kau ketinggalan.

      Delete
    17. Kepada 17.01....september 2016, duta China ke malaysia , dr huang huikang bercakap secara terbuka bahawa China tidak akan bertoleransi terhadap sebarang keganasan dan extrimism di malaysia, sekira ianya mengganggu kepentingan China di Malaysia.

      Kenyataannya dilihat sebagai mencampuri urusan negara. Ianya tidak mengikut protokol diplomasi.
      Kerajaan kita tak mampu bertegas menentang campurtangan duta cina ini. Sekadar panggil ke wisma putra. Tiada kenyataan terbuka secara mengutuk kenyataan duta ini.
      Aeak tahu kenapa kerajaan kita senyap? Awak tahu tak isu kedaulatan negara berhubung jualan 1MDB ke China?

      Delete
    18. Kepada yg masih baru, sy ingin memperkenalkan yg Anon 17:01 ni dikenali sebagai abg mamat "nakhoda" hihihi.

      Anon 17:01...i da tanya byk kali, mak u free tak malam ni?

      Delete
    19. Kesian abg Nakhoda tu..

      Tak habis2 dgn politikus berhati serigalanya..

      Lagu "Yang Remeh Temeh" karya Pak Pandir tu 1000% tepatnya merujuk kepada si bodoh mcm dia (sila Google kalau Xtau liriknya)

      Dosa terbesarnya bukan sebab jadi bodoh, tapi sebab cuba membodohkan orang lain dengan cerita bodohnya.

      Kalau dia buat lawak bodoh macam amir raja lawak tu lagi bagus.

      Delete
  27. Pelik sungguh kerana pihak PMO atau Najib yang keluarkan kenyataan. Bukankah pertemuan adalah antara DYMM Agong dan Tun M yg mewakili rakyat. Sewajarnya pihak istana yang mengeluarkan kenyataan ini.

    Adakah PMO menunjukkan "kekuasaan" terhadap DYMM Agong?

    ReplyDelete
  28. Melakukan sesuatu perkara dalam keadaan berbohong, takut dan bersalah tentulah banyak lagi kesilapan berlaku.

    Maafkan atau ignore, itu jenis bodoh sombong , mana boleh diajar, dah tak dapat hidayah.

    ReplyDelete
  29. Betul ke ni kenyataan PMO? Apasal cincai sangat....aduuuuuuuhhhh. Attention to details, attention to details, attention to details, tak pernah belajar ke masa masuk U dulu? Kaaa budak lulus form 3 yang tulis? Harap2 itu bukan dari PMO, tapi palsu punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bos MO1 pun terlebih cincai inilah realitinya. Realitinya bermula disini.

      Delete
    2. Memang najip xabis belajar pun masa kat U dulu.

      Delete
  30. Kepada macai umno, baca article ni, "UN fears third leg of a global financial crisis", oleh Ambrose Evans Pritchard, akhbar The Telegraph hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa busy dgn dedaklah bro mana nak peduli ini semua.

      Delete
  31. Hantam sajalah NAJIB oii! Dia ni di peringkat "do or die"..

    ReplyDelete
  32. Saya sama sekali tidak percaya.....tak munasabah langsung... takkan Tuanku Agong bersikap seperti talam dua muka seperti itu....Baginda mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang keputusan.Takkan Baginda pergi bagitau Najib pula,ini dah terbalik kot dah ni.....

    ReplyDelete
  33. DYMM Agung tidak mencampuri urusan politik - tetapi punyai kuasa yg diperuntukkan didalam sistem raja berperlembagaan.

    Sekali lagi Tun M gagal menumbangkan Najib, UMNO dan BN.

    Maka tunggu dan sabarlah wahai golongan yg berkali-kali diperbodoh dan ditunggang oleh politikus berhati serigala pada saatnya PRU ke 14.

    erm, ataupun kalian boleh sekali lagi digembala untuk turun di jalanan dan berkelakuan bagaikan orang mabuk.

    tarikhnya 29 September 2016 (live n ekslusif).

    penajanya adalah NGO BERSIH yg bernaung di dalam COMANGO dan disokong oleh politikus berhati serigala.

    hehe.. teringat suatu waktu dahulu "drama spontan" terjadinya kematian di jalanan (siap diajar bersyahadah, dan dicela tanpa henti pasukan polis, dan kerajaan sebagai punca kematian,paling kelakar kematian itu "disahkan" oleh si hidup yg menyertai acara itu. aneh, esok si mati hidup kembali.

    sesungguhnya aku sedih dan malu melihatkan betapa bangsaku ini sangat besar nafsu dan kehendak, tetapi sangat lemah akal dan ilmu. tak serik2 diperbodoh dan ditunggang.

    hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau yang tak ada akal

      Delete
    2. Tak serik tunjuk bodoh tiap tiap hari....buat malu mak bapak kau jerr

      Delete
    3. andai awak benar-benar berakal

      Siapa ketuanya @ nakhodanya sesuatu yg dinamakan sebagai Pakatan Harapan ?

      Kenapa tidak didaftarkan agar ia terikat dengan undang-undang daftar pertubuhan ?

      Sedangkan fitrah alam haiwan juga terikat pada sifat ketua@raja@nakhoda.

      Sesungguhnya kamulah sebodoh-bodoh golongan, ini bukan kali pertama politikus berhati serigala membinakan sebuah bahtera yg tiada nakhoda di dalamnya.

      minta maaf sahabat.

      Delete
    4. 17.46...kau masih jauh ketinggalan. Kau sibuk padal nakhoda dan bahtera. Itu tak penting, bahtera kau bocor habis.

      Aku pulak tunggu langkah Tun seterusnya. Hari ni shafei dah pergi ROS, join bersama Darrel Leiking. Kau faham apa ini semua? Sabah bakal tumbang. Anyway tak guna layan kau pun, merepek lebih, bodoh tak boleh di ajar

      Delete
    5. To 17.46...your argument is a reflection of your lack of knowledge....stupidity of the highest order.

      Delete
    6. Saudara / saudari 17.21...awak tak ada ilmu untuk berbahas. Awak ni kalau jenis buat essay, isi kurang, goreng lebih. Patut la kena kondem selalu kat sini. Berhijrah lah ke mykmu, awak akan diangkat sebagai hero/srikandi di sana.

      Delete
    7. erm, niatku bukan untuk berbahas.. niatku hanya sebagai peringatan kepada kamu.

      hanya si jahil akan berkata urusan melantik ketua@nakhoda adalah perkara yg enteng.

      dan kerana itulah si jahil tetap akan diperbodoh dengan segala janji yg membuai nafsu serta kehendak.

      hmm, aku tidak mendapat keuntungan atau memperoleh kerugian atas segala celaan kamu.

      Sebaliknya kamulah golongan yg rugi , atas kesombongan dan kebodohan diri sendiri.

      pesan syariat "lantiklah dari kalangan kamu ketua atas sesuatu tujuan dan niat andai keadaan kamu melebihi dari seorang"

      bukankah setiap dari puak politikus berhati serigala punyai ketuanya.

      isu terbaru yg menunjukkan perilaku pentingnya sifat ketua@ nakhoda.

      satu dari puak politikus berhati serigala mendesak agar diadakan snap selection di Selangor.

      kemudian ditolak oleh satu puak lagi yg memegang kuasa pentadbiran.

      kemudian desakan (snap election) akan dibawa ke Majlis Presiden..

      Apa sifatnya Majlis Presiden tanpa kuasa pemutus ?

      apakah keputusan dibuat dengan balingan dadu ?

      atau ketiga-tiga puak itu saling memujuk@berkhianat seperti kawanan serigala ?

      adakah lah hukum rimba sekali lagi menjadi penentu (keputusan 2-1).

      inikah yg kamu gelar sebagai tahaluf siasyi ?

      hmm .. insaflah .. tidak akan kita semua menongkat langit selamanya.

      lantiklah Presiden untuk Pakatan Harapan.

      kemudian baru dia dengan segala macam impian dan mimpi.

      Tolong jadi manusia.

      Delete
    8. 18.54 manusia di sini bijak...engkau tongong

      Delete
    9. Goreng sampai hangit la 18.54

      Delete
    10. 18.54 lu bole pegi blah dgn nakhoda bilionaire lu !!!

      Delete
    11. Hai abg mamat "nakhoda"

      Mak u free tak malam ni?

      I teringin nak dapat zuriat yg benak luar biasa seperti u lah abg mamat "nakhoda"

      Tolong la jwb..bila free, bgtau i ok?

      Delete
    12. Mungkin lepas ni kita boleh buat kutipan amal. Hulur la sorang dua tiga posen. Pas tu bagi pada Org gila nk jd Nakhoda ni.

      Dapat duit besi setabung senyap la dia. Kesian benor aku nengok beriya bebenor dia membodohkan dirinya di alam siber ni (kalau di alam nyata mungkin dia dh kt ICU rahang bawahnya dah tercabut dek makan penampar lepas sorang sorang) demi sesuap dedak.

      Delete
    13. erm, kerasnya lisan cermin pada kotornya hati dan pasti dizahirkan dengan perilaku yg melampaui batas.

      Tidak aku hanya bersembang kosong selain meninggalkan pesan untuk saudara seagama dan sebangsa.

      Cukuplah dengan pendustaan yg kamu beriman sebelum ini.

      Di mana nisan Barisan Alternatif ?
      Di mana kuburnya Pakatan Harapan ?

      Kelak pasti akan ditanyakan

      Bila matinya Pakatan Harapan ?

      Politikus berhati serigala tidak jemu berjual beli pada segala janji, dan kamu tidak lelah untuk terus diperbodoh semahunya.

      Begitu banyak pelajaran dan tauladan andai kamu benar-benar golongan yang mahu berfikir.

      Hak marhean yg ditunaikan pemerintah kamu hinakan sebagai "Dedak".

      Maka sesungguhnya kamu hanya menghinakan hak yg kamu dapat dari si pemerintah.

      Malang sekali,
      Akal kamu begitu lemah,ubun-ubun kamu begitu lembut.

      Kehendak seluas langit,
      Nafsu ibarat gelora dilautan,
      Lisan umpama pahlawan,
      Perilaku bagai tiada pedoman.

      Aku masih ternanti-nanti barang siapa diantara kalian yg lancar lidahnya dengan adu domba, fitnah, prasangka buruk, lisan sekeras besi.

      Pada persoalan ku -

      Siapa Nakhoda kalian?.

      pst- aku tidak merujuk pada bahtera milik persendirian politikus berhati serigala. rujukkan ku pada Bahtera yg dinamai sebagai Pakatan Harapan.

      Selamat petang.









      Delete
    14. Kihkihkih...aah lisan saya memang agak kasar tetapi sungguh i amat ingin mengenali mak u la abg mamat "nakhoda"

      I janji yg i takkan "berhati serigala" dgn mak u. Malam ni dia free x?

      Kebiadapan ku utk mereka yg "berakal"

      Delete
  34. All those mistakes are nothing but additional signs that Malaysia is in a pretty bad shape these days. And it is going to get worse since the economy is expected to get worse next year. However, for every dark cloud, there is a silver lining: once we hit bottom, it would also mean that change that most of us are working for will be taking place.

    ReplyDelete
  35. Surat tu menunjukkan tahap kebodohan Kerajaan sekarang & orang-orang skeliling NAJIB. Sedih. Kita semua akn trime akibatnya klu biarkn trus org bodoh/bebal/pengampu yg perintah negara. Marilah kite sama2 buat prubahan.

    ReplyDelete
  36. Secara tersiratnya YDPA menerima mengadap informal meeting. Maksudnya sokong Tun LA tu

    ReplyDelete
  37. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete