Thursday, 22 September 2016

BERUANG DAN ANGGUR MASAM


Ada suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan.

Ketika berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera menggamit seleranya.

Keinginan untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti tidak dapat ditahan-tahan lagi. Apalagi, beruang pun segera melompat untuk meragut buah anggur yang tergantung-gantung itu.
Sekali melompat, tangannya tidak sampai untuk mencapai buah anggur itu, lalu dicubanya sekali lagi. Gagal lagi. Dia melompat lagi, tetapi gagal juga memetiknya.

Berkali-kali cuba melompat, sehingga akhirnya keletihan tetapi tidak juga dapat dipetiknya anggur itu.

Baru disedarinya bahawa buah anggur yang sedang masak ranum itu agak tinggi dan tak sampai dek capaian tangannya, meskipun telah cuba melompat untuk memetiknya berkali-kali.

Beruang akhirnya duduk termenung memikirkan nasib dirinya. Tidak lama kemudian, dia berbisik kepada dirinya, "kenapa bodohnya aku bersusah payah melompat untuk memetik anggur yang sebenarnya masam dan tidak enak untuk dimakan itu?"

Dia kemudian berlalu pergi, tetapi dalam hatinya tetap ada rasa kesal dan sesekali tertoleh-toleh buah anggur yang gagal dipetiknya itu.

Lumrahnya begitulah - kalau dah tak dapat anugerah, akan dikatalah tak terhegeh-hegeh. Cuba kalau dapat?

Mujurlah ada kisah beruang dan anggur masam, dapatlah juga Salleh Said Keruak meneruskan pembodekannya dengan mengatakan  "tak terhegeh-hegeh" dengan anugerah. (SH 22/09/2016).

65 comments:

  1. Si karabau tu mmg pernah terdengar cerita anggur masam tu tetapi dia nak buat mcm mana sebab seumur hidup dia dia dok makan rumput masam pemberian tuannya.

    Orang dah mandi dalam swimming pool tetapi si karabau tu masih dok berkubang dalam lumpur lagi. Di situlah dia mandi dia berak dia kencing dan dia minum.

    Begitulah kisahnya nasib si karabau yg dicucuk hidung sepanjang hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Allah masih sayang umat islam malaysua, pengkhianat bangsa MESTI TUMBANG. Kecuali umat islam malaysia sudah dibenci Allah...azab kita semua berpanjangan.

      Delete
    2. Syabas 08:42,

      Fenomena ini telah & sedang berlaku kpd Bani Arab yg sangat2 ditaksubi oleh kebanyakan orang2 Melayu Islam.

      [Sedangkan Allah telah mengutuskan Rasul-Nya yg terakhir untuk mengIslamkan Arab - dan bukannya untuk mengArabkan Islam.]

      Allah telah sediakan tiga (3) jalan yg lurus merentasi dunia & akhirat -

      (1) jalan bagi mereka yg diberkati-Nya (2) jalan bagi mereka yg dimurkai-Nya dan (3) jalan bagi mereka yg sesat.

      Kalau kita masih sesat atau dimurkai-Nya didunia ini, mana mungkin kita akan diberkati-Nya diakhirat kelak?

      Ingat Bani Melayu - "Amal makruf, nahi mungkar". Kalau Allah telah meninggalkan kita, tiada lain yg dapat membantu kita.

      Jika kita redha dan dukung pencabul, penipu, perompak & penindas, maka kita sekaligus dicabul, ditipu, dirompak & ditindas.

      Janji Allah itu pasti, dan hisab-Nya adalah tunai.

      ~ Salam Jumaat.

      Delete
  2. Mungkin kisah beruang yg tak tergapai anggur itu juga jadik serupa dgn pengharapan majoriti rakyat Msia...

    Sejarah dunia pernah membuktikan, kerajaan zalim yg majoriti rakyatnya meluat menyampah, tak pernah dapat ditumbangkan melalui pilihanraya...

    Kerana - masih ada hati2 rakyatnya yg berbolak-balik meliuk-liuk...

    Unless, dgn pecahan sokongan kpd sang pemerintah sedia ada; 20% menyokong -80% tak menyokong...???

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan zalim yang tidak dapat diubah umpama taik.Bila berusaha tidak juga dapat selain Dari taik, maka bila dapat taik berusahalah cari formula until mewangikan taik.Mungkin sebusuk-busuknya taik kalau dicuci boleh dimakan.

      Delete
  3. Sdr Budin,
    Saya teringat lagu rentak zapin SM Salim berjodol Pantun budi , ada rangkap pantun yang sungguh relevan dgn isu ini , rangkap pantun berbunyi begini;

    Datuk laksamana ke bangka hulu,
    Berlayar kapal membawa dagang,
    Bagaimana kapal nak lalu,
    kuala sudah dilengkong karam.

    Begitu la dengan rejim Najib rosmah ini dah nak buat macam mana keliling dunia semua dah tahu dan Najib rosmah pun dah macam nak terkepong kita tunggu saja En Budin.Cuma yang tinggal si tonggol tonggol pak menteri macam siKerabau itu kulit tebal dah tak tahu malu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan Shahbudin,
    Dari penelitian saya dalam beberapa posting tuan yang lepas, nampaknya sekarang meriam berpeluru dah di hala ke blog tuan dengan para tentera siap sedia menyerbu dan menceroboh ke blog ini untuk menegakkan benang yang basah lunyai.

    Kadang2 kita boleh geli hati tergelak sorang bila mana membaca posting karat mereka. Apa pun terima kasih kerana menghibur kami dengan lawak santai anda.

    Sekian.


    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru dunia terbuka.. baru demokrasi..

      lantakkan aje dia org tu...

      asal duit aje, semua dia sebat...

      klu jenis muslim la, cuma nak bg tau.. ade2 jenis pendapatan yg kita tak boleh nak makan...





      Delete
  5. Sdr Budin,
    Saya teringat lagu rentak zapin SM Salim berjodol Pantun budi , ada rangkap pantun yang sungguh relevan dgn isu ini , rangkap pantun berbunyi begini;

    Datuk laksamana ke bangka hulu,
    Berlayar kapal membawa dagang,
    Bagaimana kapal nak lalu,
    kuala sudah dilengkong karam.

    Begitu la dengan rejim Najib rosmah ini dah nak buat macam mana keliling dunia semua dah tahu dan Najib rosmah pun dah macam nak terkepong kita tunggu saja En Budin.Cuma yang tinggal si tonggol tonggol pak menteri macam siKerabau itu kulit tebal dah tak tahu malu.

    ReplyDelete
  6. Istilah baru ros-jib maka malapetakalah 2 orang ni
    Keris pahang

    ReplyDelete
  7. Salleh keruak ni x habis2 menghiburkan rakyat Malaysia...bila idea lawak dia nak habis!!???

    ReplyDelete
  8. Moral of the story = sour grape :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story = fatty cant jump:)

      Delete
    2. Thats fatty boom..boom..

      Delete
  9. apa nak jadi apa nak jadi
    kalau duk macam ni
    tak lama lagi kalau ada pru
    duk kena tipu lagi persempadanan semula sedang
    di atur dan dicatur
    apa nak jadi

    ReplyDelete
  10. Kan baik di ceritakan HIKAYAT SIBADAK yg PEKAK.
    Si emak BADAK yg suka pakai pakaian di anak dara di KUDA BELANG tapi di sebabkan dia PEKAK.di sentiasa berperaksangka yg orang mengatakan di bodoh serta buruk perangai berpakaian ala ala anak dara kuda belang.
    Tapi Ada seekor BABI hutan yg suka makan TAHI BADAK Cuba meyakinkan BINATANG DALAM HUTAN yg BADAK Tu pandai Dan berkelulusan PERMATA.
    So apa pun MONYET MOYET BERTERIAK SAKAN di katakan monyet monyet Tu semua terkena belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bang budin... cerita pasal mimpi seorang perempuan kaya tersadong jongkong emas, pastu muka tetomos tahi ade tak... lepas tu dia cakap.. " fuhh sib baik mimpi"...


      Delete
  11. Kerajaan zalim yang tidak dapat diubah umpama taik.Bila berusaha tidak juga dapat selain Dari taik, maka bila dapat taik berusahalah cari formula untuk mewangikan taik.Mungkin sebusuk-busuknya taik kalau dicuci boleh dibuat produk kesihatan Dan boleh juga dimakan untuk kesihatan Dan kecantikan.

    ReplyDelete
  12. Din, kau jangan tambah hatiku yang luka, mana nak letak kemaluan..

    ReplyDelete
  13. Letak dalam henbeg birkin

    Lepas tu simpan seribu tahun untuk dikaji antiquity coalition ;-p

    ReplyDelete
  14. Ni mana hilangnya Nakhoda sewel tu? Selalu ada je cerita tikus la serigala la dah macam national geographic la pulak. Baru dapat dedak agaknya tu tengah diam dok mematuk dedak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro bila aku baca post 'mat nakhoda' tu aku tengok lenggang lenggok bahasanya tu aku rasa dia tu bukan lelaki tp pempuan. Jadi elok panggil dia makcik nakhoda je.

      Delete
    2. selamat petang,

      Alangkah malang andai akal dibuang, nafsu dijunjung.

      Kamu bermimpikan sesuatu yang membuai kehendak bagai hidup di atas kayangan.

      kemudian dipelawa menaiki sebuah "bahtera" tanpa bernakhoda, maka kamu menaikinya ibarat org mabuk.

      tiada seorang dari kamu yg serik diperbodoh berulangkali hanya berbekalkan janji politikus berhati serigala.

      Bukankah kamu punyai iktiqad,iman, ilmu dan akal. kemana hilangnya ?

      sesungguhnya kamu hanya menzalimi diri sendiri.

      di sini aku tak jemu bertanyakan kepada kamu - siapa nakhoda kalian di dalam bahtera yg gah itu ?

      Delete
    3. Woi nakhoda...alangkah tenginnya temberang mu bagai bau lori tanki indah water....serigala pon lari...politikus umno jerrr boleh tahan...ptuiiiiii

      Delete
    4. mahukah kalian andai aku ceritakan sebuah kisah benar yg tercatat didalam perjalanan masa ?

      bagaimana diwaktu itu kalian (para pembenci pemerintah,pentaasub politikus berhati serigala) .. saat dimana kalian benar-benar menyangka inilah kepimpinan yg diredhai dan wajib disokong.

      Indahnya bahtera yg dinamakan sebagai Pakatan Rakyat.

      Kalian saling menjulang panji-panji milik "saudara" baru, berjabat tangan, berpelukan, bermanis muka disulam kata2 yg baik dan mulia.

      Tiba-tiba ketua2 puak menyatakan "tiada nakhoda didalam Bahtera ini".

      tetapi kalian terlalu mabuk dibuai angan dan nafsu (tidak pernah merasa cukup dengan segala nikmatNya).

      Seharusnya kalian menyedari bahawa dengan tiadanya ketua@nakhoda, sesungguhnya tiada "tahaluf siasyi".

      hanya pendustaan yg nyata.

      Maha Suci Allah, kemenangan di 5 buah negeri disambut bagaikan syiar Islam kembali bersinar.

      Sedang hakikatnya, kalian tidak menyedari betapa besarnya pengkhianatan yg bergulung diantara puak2 yg berdusta demi membolot kuasa diatas kemenangan yg diperolehi.

      sesungguhnya aku merasa sedih melihatkan saudaraku dan bangsaku yg begitu senang didustakan hanya melalui janji2 yg ditabur oleh politikus berhati serigala.

      bahtera yg bernama Pakatan Rakyat sudah tenggelam bukan kerana kuatnya badai dilautan. Ia karam kerana tiadanya nakhoda yg mengemudi.

      Kini bangsaku sekali lagi berbondong-bondong menaiki bahtera baru, tanpa nakhoda, hanya diisi dengan janji dusta.

      Tatkala bahtera kalian sekali lagi karam. maka salahkan diri sendiri atas kebodohan yg kamu sangat merasa megah dengannya.

      Delete
    5. Woii nakhoda buta,
      Lu jilatla nakhoda billionaire lu tuuuu, untung2 bole tumpang sekaki duit rembat tu.

      Lu yg tak sedar bahtera lu yg nak karam dek beratnya duit haram dan dosa menipu, menganiaya manusia lain.

      Delete
    6. erm, sanggupkah kamu dibelit kembali pada lisanmu yg memanjangkan fitnah dan adu domba ?

      segala kemungkaran dan kezaliman membuatkan kalian membenci hatta mahu menumbangkan pemerintah.

      Aku sangat cemburu dengan neraca pertimbangan yg kamu miliki.

      Kalian kelihatan "yakin" dan "berani". sehingga kamu sangat dicintai oleh gerombolan non muslim dan politikus berhati serigala.

      sebaliknya di atas segala tuntutan syariat yg ditunaikan aku memilih untuk bersama-sama pemerintah.

      Mulianya keadaan ku adalah semata-mata bahteraku masih punyai nakhoda yg mengemudi.

      Hinanya kamu kerana tiada "mengetahui" siapa nakhodamu..

      Sedarlah, kamu sedang masuk ke dalam gaung yg tiada berdasar, sehinggalah kamu sanggup menyedarkan diri.

      Delete
    7. Anon 17.12 kau yang hina kerana sanggup bersekongkol dengan penyeleweng amanah. Mulia apa kalau nakhoda kau kalau berbilion-bilion wang rakyat boleh lesap dalam waktu pentadbirannya?

      Aku akan percaya bahawa nakhoda kau seorang yang mulia kalau dibentangkan terang-terangan semua BUKTI-BUKTI HITAM PUTIH yang KUKUH dan RELEVAN yang dapat menunjukkan bahawasanya nakhoda kamu itu TIDAK BERSALAH dan semua dokumen serta siasatan luar itu adalah fitnah belaka.

      Apakah cukup dengan hanya memberi alasan dengan AIR LIUR saja tanpa dikemukakan BUKTI-BUKTI HITAM dan PUTIH?? Apakah dengan CAKAP-CAKAP saja boleh dijadikan bahan bukti??

      Adakah kenyataan yang dibuat Loretta Lynch AG US tu tidak benar? Kalau benar siasatan DOJ itu tidak betul maka perlulah ia DIBANTAH dan DIBUKTIKAN bahawa ianya TIDAK BENAR.

      Sila TUNJUK BUKTI bahawasanya ada siasatan yang dibuat ke atas wang yang dibayar kpd Aabar samaran dan bawa ke PENGADILAN dalang yang terlibat dalam penipuan tersebut.

      Sila bawa balik wang rakyat yang lesap berbilion tu.

      Jangan heboh nak mengata orang hina dan kau mendabik dada kata kau kononnya mulia. Kau perlu SEDAR HINANYA kau hanyut didendang tanpa kesahihan yang NYATA !!

      Bodohnya kau kuman di seberang kau nampak tapi gajah dan badak di depan mata kau buta tak perasan.

      Delete
    8. Minta semua tolong "pedulikan" Anonymous 17.12 tu. Tah datang dari mana tah. Dulu2 tak der pun dia dlm blog ni.

      Jangan dilayan atau dijawab posting dia. Buat je macam posting dia tu tak wujud.

      Bia dia melalak sorang2. Abes citer.

      Pigi masuk pertandingan penulisan sastera la woiiiii.......dari ko menyemak kat sini.

      Delete
    9. selamat malam,

      telah berulangkali aku katakan segala kisah mengenai 1MDB telah dinoktahkan hasil siasatan oleh badan yg diberi amanah iaitu PAC dan SPRM.

      Inilah dua badan yang diberi akses penuh terhadap urusan dalaman 1MDB,
      tiada bukti untuk mensabitkan Najib.

      Hatta hujah dari Menteri Luar Arab Saudi mengakui 2.6b adalah sah di dermakan kepada Najib dari kerajaan diraja Al Saud, atas niat sebagai dana kempen PRU. dan derma itu punyai kepentingan antara kedua negara.

      hasil siasatan PAC,SPRM serta hujah pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, cukup untuk membatalkan khabar fitnah yg dijaja oleh WSJ dan sekutunya. Tanpa perlu memulakan saman.

      mengapa di OSA ?.ia adalah hasil pertimbangan peguam negara dan dipersetujui oleh
      kerajaan.

      Hmm, mengapa tidak kalian yang "menuntut" pada lidah si kafir, penulis2 blog, politikus berhati serigala serta "bijak pandai" di alam maya agar melampirkan pembuktian yg melampaui keraguan ?

      setiap pembuktian memerlukan asas yg kukuh.

      1. sumber yang disahkan wujud
      2. tarikh, masa, alibi
      3. saksi
      4. pengesahan
      5. dokumen berupa slip, penyata, diperakui.
      6. rakaman CCTV, set-up (perangkap, atau spontan) atau sekadar audio.

      Bukan sedikit yg berkubur kariernya akibat dari pendedahan WSJ dengan bersandar pada semua pembuktian yg dinyatakan.

      Mengapa kisah mengenai 1MDB tidak disertakan pada ke enam2 sandaran ini?

      Mengapa kisah 1MDB menjangkau melebihi 3 tahun?

      Cukuplah dengan khabar palsu - FBI punyai bukti selain dari apa yg dikhabarkan oleh WSJ.

      DOJ turut menawarkan habuan andai terdapatnya maklumat terbaru mengenai "penyelewengan" 1MDB. yang membawa maksud mereka juga tidak mempunyai bukti yg kukh.

      sama-sama kita nantikan kesudahan saman sivil yg difailkan.

      tamat kisah 1MDB, Najib, isterinya, UMNO, BN serta pemerintah.

      tatkala aku menyatakan keadaan ku lebih "mulia" berbanding keadaan kamu yg "hina",

      ia bukan berniat untuk mencela, tetapi dirujuk khusus didalam urusan kamu yg tiada bernakhoda@ ber ketua didalam Pakatan Harapan.

      apakah salah jika aku hanya menyatakan sebuah kebenaran dan hakikat. sedihnya ia hakikat yg benar-benar melukai bangsaku.

      kamu yang begitu sombong dan angkuh, tanpa mahu menggunakan akal.

      sekali lagi aku bertanya. Dimana ketua pengemudi di dalam bahtera Pakatan Harapan ?











      Delete
    10. Anon 17.12,

      Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Adakah UMNO boleh hidup tanpa Melayu...?


      Itukah the main concern saudara - sustain political power lebih penting, rather menjaga kebajikan rakyat...?

      Delete
    11. politikus berhati serigala mengajarkan kepada sebilangan marhean bahawa setiap kesulitan yg mereka hadapi adalah sepenuhnya hasil dari kebodohan, kekejaman,kemungkaran dari pemerintah.

      Inilah jalan yang menghidupkan roh sekalian politikus berhati serigala.

      Lalu mereka membinakan sebuah bahtera tanpa nakhoda berkali-kali.

      Siapakah yang membodohkan diri ?

      Marhean yg menaiki bahtera tanpa nakhoda atau politikus berhati serigala yg membina bahtera ?

      Bukankah politikus berhati serigala itu juga terpalit dengan sifat2 bodoh, kekejaman dan kemungkaran hasil kerja tangan mereka di negeri-negeri yg ia kuasai ?

      Sesungguhnya hidup bukan sekadar untuk mengejar segala kelazatan hidup.

      Sebagai muslim, wajar untuk bermuhasabah, lihat ke dalam diri berapa besar nikmatNya yg dapat kepada diri, anak isteri, kaum kerabat, sanak saudara, sahabat handai dibawah pemerintahan yg kamu sangat bencikan.

      ingatlah ada dari kalangan umat Islam di luar sana yg hanya mampu "melihat" dan "mendengar" betapa besarnya rahmat Allahswt yg dapat kepada kamu di sini.

      kamu boleh bertukar bahtera melalui sistem demokrasi dengan satu undi yg kamu miliki. gunakan ia dipandu ilmu, iman dan akal.

      Sebab itu aku tanyakan dimana nakhodanya bahtera yg diberi nama Pakatan Harapan.

      Jika ada, aku mendoakan agar segala cita-cita yg di isi didalam bahtera itu agar berjaya dan di dalam rahmat Allahswt.

      Seandainya nakhoda itu adalah dari jemaah yg bersyahadah serta sebangsa denganku.

      aku hanya datang memberi ingat dan pesan atas akidah dan bangsa yg sama.

      Jangan kamu diperdaya.
      Jangan kamu dikurnia pemerintah yg jauh lebih buruk.
      Jangan kamu tergadai hak bangsa.
      Jangan kamu tiada upaya dalam menegak syiar islam.
      Jangan kamu dicela generasi anak cucu kelak.
      Jangan kamu menyamaratakan hak agama dan bangsa untuk mendapat redha gerombolan non muslim.

      jangan lihat siapa aku.
      fikirkan apa yg cuba aku sampaikan.

      Delete
    12. Kahkahkah...rahmat Allah xde kena mengena dgn kerajaan yg korup.

      Lidah kafir tak boleh percaya kan?

      Lidah pemimpin munafik boleh percaya?

      Jawab soalan aku tu.

      Jgn pula cakap tak munafik...sebab bukan sikit janji2 pemimpin yg tidak ditepati & dimungkiri.

      Delete
    13. Sedihkan...

      Yg akar umbi, tahu pulak akan kewujudan & kekuasaan Allah...

      Yg pucuk tampuk, ada ingat ke akan kewujudan & kekuasaan Allah...?

      Delete
    14. Rasulullah saw bersabda:

      “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.”

      Lalu baginda ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?”

      Baginda menjawab: 
      “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum/awam.”

      (Riwayat Ibnu Majah)

      Delete
    15. Firman Allah swt di dlm Al-Quran:

      "(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka."

      "(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

      "(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya."

      "(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?"

      (Surah Muhammad: Ayat 21-24)

      Delete
    16. Malangnya - sang akar umbi itulah yg bermati-matian secara membabi-buta mempertahankan sang pucuk tampuk...

      Delete
    17. Yg pucuk tampuk - Bukan ke bila mereka mendapat kuasa, mereka merasakan seolah2 sudah menjadi 'maha' berkuasa ke atas segala-galanya; mengatasi kekuasaan Allah, hinggakan segala-galanya dirasakan dengan mudah boleh 'dibeli'...?

      Na'uzubillahi min dzalik...

      Yg akar umbi - dah lah diperbodoh. Berwawasan pulak tak kenal erti penat-lelah memperbodoh2jan yg lain...

      Delete
    18. Anon yg suka bersastera cerita pasal bahtera tak bernakhoda nih, tak habis-habis dgn prinsip khurafatnya 'hanya UMNO shj' yg boleh membela Melayu & Islam...

      By the way - yg mendpt LABA SUPER BESAR ketika UMNO yg memerintah memegang kuasa pun, spt Jho Low misalnya... Islam @ Melayu ke mamat tuh...???

      Delete
    19. Sebab tu aku dah bgtau sebelum ni. Masih bangga dengan hak melayu yg didendangkan Umno selama ini?
      Mat Nakhoda x jawab soalan aku tu..

      Lidah kafir ko cakap tak boleh percaya..

      Lidah pemimpin munafik boleh percaya @ tak?

      Delete
    20. Erm, selamat pagi sahabat.

      Aku akui begitu cemburu melihatkan kalian punyai "neraca" pertimbangan yg mampu menembusi sesuatu yg dihijab.

      Lalu kamu "mengetahui" apa yg ada didalam hati dan niat sipemerintah.

      kamu yg diulit segala macam nikmat dari Allahswt dibawah pemerintahan yg sangat kamu musuhi.

      Kemudian berkata segala nikmatNya itu tiada berkait atas usaha,ilmu dan niat si pemerintah.

      lucunya segala kesulitan,kemungkaran,kezaliman yg turut kamu memikulnya .. tanpa segan kamu merintih dan mencela atas fahaman ia ber asbabkan hasil pekerjaan si pemerintah.

      Maha Suci Allahswt, lihatlah pada keadaan kamu yg "dikelilingi" gerombolan non muslim yg jelas akan memaut tengkukmu atas "pertolongan" yg mereka berikan.

      hatta mereka tidak sedikitpun "redha" untuk membaiah jemaah kamu sebagai Nakhoda di dalam Pakatan Harapan.

      Dengan dua bahtera telah pun karam, ia tidak sedikitpun memberi kamu pelajaran pada sifatnya gerombolan non muslim yg mengelilingi kamu.

      dua penggal "terikat" didalam pendustaan "tahaluf siasyi" .. gagal untuk kamu mengetahui roh dan matlamat gerombolan non muslim yg memaut kuat batang lehermu.

      bukankah dahulu kamu "memuliakan" mereka sambil mencela saudara seakidah dan sebangsa denganmu.

      kamu merintih pada si polan (kekayaan,kemegahan,kuasa) yg mengiringi sipemerintah dan mereka2 yg berpaut rapat padanya.

      Lalu kamu lupa politikus berhati serigala juga tidak lepas dari kekayaan,kemegahan dan kuasa, dan mereka juga diiringi si polan yg sangat dekat padanya (kronisme).

      Ajaibnya kalian bertanyakan apa yg dapat kepada marhean ?

      Apa kata kamu mencari tahu apa hak2 yg wajib ditunaikan pemerintah kepada marhean (menurut pada syariat, bukan pada kehendak hawa nafsu). dan jangan lupa belajar juga hak2 sipemerintah yg wajib pula kamu tunaikan.

      Ia bukannya "khurafat" hanya UMNO dan BN adalah sebaik-baik pemerintah, selagi mana Pakatan Harapan tiada dilantik Nakhoda, bukan menyediakan tiga atau empat kemudi di dalam satu bahtera ( Majlis Presiden). kerana fitrahnya bahtera itu akan membawa kamu pada kecelakaan yg jauh lebih membinasakan.

      hmm .. sudah kah kamu dapat membaca ?



      Delete
    21. untuk melihat "munafik" atau tidak sesebuah pemerintahan, ia dinilai atas banyak atau kurangnya tuntutan syara' yg dilaksanakan.

      Jujurlah pada diri sendiri, disebalik kemungkaran yg dikerjakan pemerintah .. masih banyak tuntutan syariat yg masih dilaksanakan.

      maka menjadi hak sipemerintah agar kamu kekal bersamanya atas pelaksanaan syariat yg ditunaikan.

      menjadi hak si marhean juga untuk menukarkan sipemerintah andai ia yakin disertakan dengan ilmu, iman dan akal bahawa penggantinya itu lebih tunduk pada kehendak syariat dan lebih sedikit kemungkaran yg dikerjakan.

      Persoalan nya .. kalian tidak mengetahui pada urusan paling utama
      adalah untuk melantik Nakhoda.

      Kamu hanya dibuai pada janji dan kehendak hawa nafsu yg dijual beli oleh politikus berhati serigala.

      Lihatlah bagaimana mereka saling berkhianat,berpakat disebalik tabir sehingga sebuah jemaah berlabel Islam hampir hancur dan kini gelar ulama tidak lagi mampu menyelamatkan jemaah berlabel Islam dari kesatnya lisan, aibnya gelar, dan fitnah serta adu domba yg bergulung. hmm bukankah segala perbuatan jelik ini adalah zikir khusus untuk sipemerintah (UMNO dan BN).

      Ingatlah pokok "perjuangan" kalian bukanlah untuk menumbangkan kezaliman pemerintah.

      Ingatlah pokok "niat" kalian bukan untuk mengejar segala kehendak dan kelazatan dunia.

      Dan ingatlah pokok "roh" kalian adalah untuk mencari Nakhodanya di dalam bahtera yg dinamakan sebagai Pakatan Harapan.

      Kerana inilah bahtera yg kamu berada di dalam nya.

      Kerana inilah bahtera yg kamu ingin ia menjadi pemerintah.

      Maka jangan lagi kamu diperbodoh oleh politikus berhati serigala.

      Tanyakan kepada mereka mengapa menyediakan tiga kemudi di dalam sebuah bahtera ?

      Desak kepada mereka agar tidak lagi berdusta, lantiklah ketua.

      Delete
    22. Mat "Nakhoda"...soalan ringkas jawab ringkas..
      YA @ TIDAK

      Pemimpin yg ada sekarang ni munafik @ tak?

      Delete
    23. Ada jugak nakhoda mereng ni hehehe..

      "Nakhoda" tak berkapal memanglah mereng bak org gila talak.

      Sembang meleret2 isik apa pun tarak.

      Kalau kau bukak blog sendiri mintak la Saleh karabau tu sponsor. Silap2 domain free 100 terabyte pun dia leh bagi.

      Xyah la buang masa merapu kat sini buang masa kau je kami xterpengaruh pun. Kang cukup 40 kata kau Bodoh kang kot jadi DOA..

      Delete
    24. Aku pelik...dari kitab mana Mat "Nakhoda" ni pakai sampaikan statement dia "munafik dinilai atas banyak @ kurangnya tuntutan syara' yang dilaksanakan" ?

      Kalau macam tu si Mat "Nakhoda" punya fahaman tentang munafik, memang aku tak pelik kenapa pemikiran dia yg memberatkan seakidah & sebangsa walaupun ada buat salah. Ini pertimbangan neraca senget sebelah.

      Mat "Nakhoda"...kalau pemimpin tu buat 100 kebaikan sekalipun tidak bermakna 5 kesalahan yg mereka lakukan boleh dihalalkan.

      Delete
    25. selamat malam,

      aku menilai secara umum, kerana fitrahnya tiada sesiapa yg sempurna.. bukan bermaksud aku menghalalkan sesuatu yg mungkar, kamu punya akal bukan ?

      jika aku turut berpegang pada fahaman seperti kamu... pastilah aku lebih kuat celaan dan gelar aib yg akan aku "hadiah" kan kepada politikus berhati serigala, iaitu kepimpinan yg sangat kamu taasubkan.

      Sejujurnya kamu sendiri malu, tatkala aku membawakan cermin untuk kamu melihat kebodohan dirimu yg kekal diperbodoh dan didustakan oleh politikus berhati serigala.

      kamu tidak mampu untuk mendongak dan menjawap kepada persoalan yg aku ajukan ..

      1. siapa Nakhoda didalam Pakatan Harapan ?

      sehingga kamu mampu "mengenal" siapa nakhodamu, jangan kamu bermimpi seolah-olah sedang "berjuang" menentang kezaliman.

      Delete
    26. Maksud ko kalau pembangkang memerintah negara nanti, negara ni xde PM @ Nakhoda?

      Semua jawatan dari atas sampailah ke bawah akan terisi apabila dapat memerintah.

      So selepas ko menilai secara umum..pemimpin yg ada sekarang ni munafik ke tak?

      Delete
  15. Sepatutnya DSN kena contohi President Erdogan yg baru2 ini pecat staf goverment Turki yg menyokong pembangkang. Biar depa rasakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 2.40,
      Kamu ini bahalol ke bangang ,dari july tahun lepas samapi sekarang kamu chek la dah berapa orang kena pecat bukan lagi staff TPM pun kena pecat..lagi teruk dari Erdogan.

      Delete
    2. Kesian tengok budak 2.40 ni...mantiq yang dipakai pun jelas salah.....kawe nasihatkan mu baik gi belajaq mantiq sblum berpikiaq dan berkata-kata sblum dicop tak cerdik..maap ea..

      Delete
    3. Tak cerdik tu manis sgt bunyinya

      Cakap je bodoh nk mampos tu yg lebih tepatnya

      Sbb org bodoh mcmnilah yg najip nak. Semakin bodoh semakin tinggilah pangkat yg najip bagi. Yg paling ultra super bodoh secara meritnya terus diangkat menjadi menteri kabinet dapurnya

      Delete
    4. En Tajul, sy lebey suka guna bhs budi sikit kat badut ni. Bukan apa. Bagi bukak minda sikit badut dan nakhoda..hehe..tak pun kene bg kismis minda sbb dh lama mkn ns kengkang semah.

      Delete
  16. Betulah tu certa beruang dgn anggur masam tetapi yg ada ini pemakan dedak org utan ulu sabah dari ulu perak dan anjing2 yg berkeliaran janji makan

    ReplyDelete
  17. Betulah tu certa beruang dgn anggur masam tetapi yg ada ini pemakan dedak org utan ulu sabah dari ulu perak dan anjing2 yg berkeliaran janji makan

    ReplyDelete
  18. haha... sadis . malangnya kruak susah nak cerna cerita tuan shah ini. sistem penghadamannya dah rosak dek dedak...hihi

    ReplyDelete
  19. SSK sangat pandai memberikan jawapan sebab itu beliau sangat disayangi tuannya.

    SSK semenjak jadi menteri penerangan (nama lama) semakin kerap muncul di arus perdana.

    ReplyDelete
  20. ada satu istilah aku terbaca baru ni Borosmah... haha...lawak

    ReplyDelete
  21. Hari ini ada kisah dan cerita yg ada lebih teruk dan lebih hina drp beruang dan anggur masam.

    Kerajaan Msia hari ini bukan setakat menjadi beruang saja malah telah menjadi kerajaan BARUA...WANG.

    Tahu ke tidak BARUA..WANG tu apa?

    WANG semua orang tahu. Barua tu orang tahu ke tidak?

    Umno/bn dulu tak mcm ni. Walau pun masa tu ada juga beruang dalam kerajaan tetapi BARUA..WANG tidak ada.

    Hari ini menteri2 dan bapak kepada semua menteri dah menjadi BARUA..WANG

    ReplyDelete
  22. Dulu semasa anak saya berlajar di UUM sintok kedah, saya kerap juga kesana. Memang ketika itu banyak sekali kera kera di sana. Tapi lanie dah berkurangan. Tanya anak saya mana pi kera kera ni semua. Jawapan saya depa dah pindah ke putrajaya, dah jadi kera jaan.

    ReplyDelete
  23. SSK ni buat malu suku kaum Bajau saja.
    Terpalit juga saya dgn kebodohonya.

    ReplyDelete
  24. SSK ni buat malu suku kaum Bajau saja.
    Terpalit juga saya dgn kebodohonya.

    ReplyDelete
  25. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni la yg dulu guna nama "Waghih" kan?

      Dah kono band ko nick ekau tu? Sampai kono guno namo mat non yo?

      Kahkahkah

      Ingatkan ekau dah lamo nyopi jadi makin ceghodik

      Rupo eh bangang cam maghin yo

      Lupo lak, kang kot ekau dah ceghodik dah takdo la najip nak sumbek dodak dalam tembolok ekau laie kan? Ha toghuihkanla jadi bodoh camtu

      Delete
    2. Tu la Tajul, dari dulu pembangkang nak ganti Bn tak boolehhh sobab pembangkang kerja tak seirama, Oden tak kisah kalu dapat gantikan Bn, lopeh tu lengok camano, Poyi siasat S'gor dan Penang Melayu selesa ke tak Oden di S'gor jo sobab dap tak brp nak taiko sgt tak tahu la Penang camana. Dari dulu org Cina mmg sokong wakil asal Cina tak kiro Mca, Gerakan dan skrg semuo diorang sokong dap. Dap makin kuat tapi takut jugak diyo skrg pakai proxy yg terkini Pan, habis la tanah Melayu diperintah asal pendatang. Ponah oden sembang dgn penyokong kuat pembangkang kan kito ado raja2 semuo anggota berunifom dibawah kawalan raja ... apo nak takut ...dah melampau esok kito mengamuk la ... ada ka gitu bro.

      Delete
  26. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete