Tuesday, 6 September 2016

HANYA KEAJAIBAN BOLEH MENYELAMATKAN NAJIB


Beberapa jam setelah berlangsungnya pertemuan bersejarah antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim semalam, walaupun ketika itu berita dan gambar kedua-dua tokoh berkenaan bersalaman telah tersebar luas di media sosial, pemimpin UMNO dan penggiat media sosial berbayar yang selama ini aktif, kelihatan senyap sunyi dan seakan terdiam seketika.

Hanya menjelang malam, barulah terdengar banyak komen, reaksi dan ulasan mereka mengenai pertemuan tersebut. Kemudian satu demi satu pemimpin-pemimpin UMNO mula mengulas berkenaan detik Tun Mahathir dan Anwar yang kini bertemu, bersalam dan berbaik semula setelah terpisah selama 18 tahun 3 hari lamanya.

Rata-rata pemimpin dan penggiat media sosial UMNO menganggap pertemuan itu sebagai tindakan terdesak Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Ada juga yang menganggap bekas Perdana Menteri itu kini umpama "menyembah" Anwar demi mencapai cita-cita politiknya. 

Selebihnya, komen-komen yang diberi lebih berbentuk cecehan yang menggambarkan "jiwa kacau" dan "resah gelisah" yang semakin menggelodak dalam diri mereka. Kesian....

Sementara Anwar membuktikan dirinya seorang pemimpin berjiwa besar, tidak berdendam dan pemaaf yang tiada duanya di antara kita, pertemuan itu juga memperlihatkan Tun Mahathir seorang negarawan tulen yang sanggup bekerjasama serta berurusan dengan sesiapa saja demi menyelamatkan negara ini.

Jika tidak kerana angkara dan kerosakan lebih besar kepada negara yang diakibatkan oleh kepimpinan Najib, tiada sebab untuk kedua-dua mereka saling tertaut hati untuk bertemu serta menjalin semula hubungan demi kebaikan dan masa depan negara.

Pertemuan ini adalah langkah pertama ke arah banyak langkah-langkah lain yang akan digarap selepas ini. Ia juga mengingatkan kita bagaimana gandingan Tun Mahathir - Anwar suatu waktu dahulu yang pernah menggemilangkan negara dan menjadi kebanggaan kita, sedang menjelma menggamit semula memori lama,

Secara langsung juga, di pihak pembangkang sekarang sudah ada seorang bekas Presiden dan dua bekas Timbalan Presiden UMNO yang sedang bekerjasama erat untuk menyingkirkan Najib Razak.

Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi pesanan oleh Anwar agar lebih agresif menggerakkan parti baru BERSATU, sudah pun mula turun padang menjelajah ke seluruh negara berkaitan kepincangan 1MDB bersama Dr Wan Azizah, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Dalam program turun padang pertama Muhyiddin bersama PKR di Sabak Bernam baru-baru ini, beliau mendedahkan bagaimana berdasarkan kajiannya terdapat 67 kerusi Parlimen BN, 45 daripadanya milik UMNO, sedang terumbang-ambing berikutan pelbagai kemelut dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan hanya memerlukan "swing" sebanyak 4 peratus saja untuk mengalahkannya.

Berapa agaknya "swing" pengundi yang akan berlaku selepas bertautnya kembali hubungan Tun Mahathir dengan Anwar ini?

Dalam keadaan ini, pemimpin-pemimpin UMNO boleh berkata apa saja  atau terus berazam melipatgandakan usaha untuk mempertahankan Najib dan kerajaan, tetapi mereka juga tentunya sedar bahawa mereka kini mengharapkan lebih keajaiban untuk menjadi memenangi pilihanraya akan datang.

Apa yang berlaku ini hampir mengesahkan hukum Tuhan bahawa mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal kewangan atau pencurian wang rakyat, lambat atau cepat, sejak dulu dan di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah selamat akhirnya.

Dalam buku-buku sejarah, di beberapa negara Timur Tengah, malah di Filipina, Indonesia dan Thailand sebelum ini, itulah yang yang Tuhan telah berikan peringatan kepada kita.

Sejarah itu sedang menghampiri untuk kita sama-sama saksikan detiknya, Insha Allah. (SH 06/09/2016).

42 comments:

  1. Hidup Ayahanda Tun Mahathir. Hidup bangsa Malaysia!!!

    Bebaskan Malaysia daripada rasuah.
    Bebaskan Malaysia daripada pemimpin2 yg korup dan pemakan dedak.

    Hidup ayahanda Tun Mahathir. !!!
    Hidup DSAI.!!!!

    Merdeka...Merdeka...Merdeka.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Siratol MUSTAKIM...Lurus Ber CAHAYA
      Menyuloh Segala...Makna dan ERTI
      Menuloh EGO...sang Licik Pen Dusta
      Menyuloh FITNAH...sang Rasuah PENCURI
      Menuyuloh Bakun...PKFZ IPP Perwaja
      Menyuloh Se Terang7nya...sang "niat" di HATI



      "niat" yg SUCI...TAK Pentingkan DIRI
      "niat" yg sePENUH7nya Luhur...Kudus dan MURNI
      "niat" yg Memancarkan...AMANAH Integrity
      "niat" yg sePASRAH7nya...Ke Hadrat ILAHI
      "niat" yg TAK Hingin lg...FITNAH Men CURI
      Biarpun Apa HUKUMAN...Menimpa DIRI
      Biarpun Di PENJARA...Sehingga "kau" MATI
      Relakan Di KUTUK...Di Cerca Di MAKI

      Di Sana "kau" Temukan...CINTA Abadi
      CINTA Sejati...Yg Sentiasa Kaseh Mem-BERI
      Kaseh Mem-BERI...Sbg Entiti FITRAH Syurgawi
      Kaseh Mem-BERI...INSPIRASI "mu" yg Ter INDAH Skali
      Yg Mem Bawa "kau" TERBANG...Nun Jauh dan TINGGI


      Tun M...Moga2 "kau" Melintasi Bingkisan ku ini
      Kembali Ke FITRAH "mu" yg SUCI Azali..










      Delete
    2. Nak bebaskan Malaysia dari RASUAH..PENANG DAN SELANGOR PUN TAK BEBAS RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA...PODAHLAH LU...JANGAN NAK BERMIMPI NAK MENCAPAI BINTANG LANGIT,! Selagi Melayu tamak haloba, nak kaya tapi pemalas nak kerja kuat, islam tapi tiada iman, suka pelacur sebab tak berselera dengan isterinya macam hantu tempayan dalam hutan DAN lebih parah SELAGI ADA CHINA KIASU YANG SANGGUP BAGI MAKAN DUIT HARAM..samapi kiamat Malaysialah jadi BANI al-TAAM-ul-hARAM

      Delete
    3. Kepada penyokong tegar Umno, kalau Umno runtuh, salahkan najib. Jangan salahkan Tun M atau Anwar. Najib telah diberi peluang tapi dia tetap heret Umno sehingga jadi kebencian rakyat. Najib adalah liabiliti bagi Umno.

      Delete
  2. Mereka berdua singa tanpa gigi..Najib sangat ampuh sbb jentera daulah da jadi barua NAJIB.Tp sampai bile bole menongkat langit!!! Nnti pemakan dedak akan selamatkan diri spt tikus di dlm kapal yg sedang karam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila layar dikembangkan
      Sauh dilabuh
      kapal pasti akan karam...

      Delete
    2. Kasi BRIM
      Dapat balik DREAM...

      Delete
    3. Walaupun tak bergigi, tetap ada kuku. Tetap digeruni. Bahaya dibiar bebas bersatu. Tetapi rakyat happy selalu. Harap dpt Tgk mereka berganding membina negara kembali. Merekalah pemimpin yg hebat negara pernah ada.

      Delete
    4. Siku dan lutut ada lagi..haha.. lubang jubo pun ada lagi..

      Haha..selagi hidup, UMNO akan terus memerintah, ko duduk la dlm penjara.

      Delete
  3. Fulamak,, teruskan berangan2 wahai pemakan tahi Dap. Dulu korang maki tun mahathir, sekarang korang puji. Dulu tun m kata anwar peliwat dan langsung tak boleh dipercayai, dulu tun maki Dap, sekarang peluk Dap. Ini lah politik terdesak. Tak ada kuasa, apa yg boleh buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10.27,
      Kenapa mengelabah lebih ini bawa bersabar la...ya apa yang kamu kata tu dulu ya dulu waktu UMNO masih boleh dipercayai rakyat ...iaitu 15 ke 20 tahun dulu tapi sekarang UMNO bukan lagi parti yang rakyat boleh sandarkan AMANAH yang diwajibkan oleh syariat islam dalam kepimpinan . Amanah telah mati dalam UMNO pemimpin utama telah menyeleweng wang dan harta negara pada jumlah paling besar dalam sejarah negara tiada satu pun PM malaysia yang berani masuk wang kepunyaan negara yang begitu banyak dalam akaun peribadi,kemudian yang memburukan lagi keadaan disokong dan dipertahankan oleh semua pemimpin umno atas kemungkaran yang dibuat oleh Najib dan Rosmah yang suka membazir dan rakus. Jadi mana letaknya nilai AMANAH dan kejujuran kepimpinan dalam umno kepada rakyat oleh itu kita tiada pilihan walau pun pembangkang ada cacat celanya tapi pemimpin UMNO era Najib sudah melakukan kemungkaran besar dan telah menyeleweng dari syariat sebenar kepimpinan islam malah mereka telah melakukan kezaliman dengan mengenakan pelbagai cukai tambahan yang terpaksa ditanggung semua rakyat walau pun fakir miskin kerana terpaksa bayar cukai kalau nak beli barang. wallah hua'lam.

      Delete
    2. Siapa yang terdesak sekarang? Transaksi electronic banking tak bolem padam. Padam pon orang luar dah ada copy. Yang curi dan dapat habuan curi tu, enjoy lah yerrr , selagi ada peluang.

      Delete
    3. Anon 10.27. Kenapa Awak takut Dia org berbaik, Dia org tak kacau org la, ke awak takut periuk nasi Awak kena kacau. Kalau tak suka pun Bahasa tu jaga skit, Jadi dewase kalau pun budak 2 pun, kalau nak maki org,pi Kedai kopi, ni cakap Mcm Awak tu tak mati.

      Delete
    4. Anon 10:27 kau juga manusia biasa. Asal kau juga daripada air mani yang kotor. Keluar kau kedunia ini pun melalui faraj ibu kau sendiri. Apa ini juga akan kau katakan politik terdesak.

      Apa kah ayah dan ibu kamu bergitu terdesak sehingga membuatkan ibu kamu mengandung???

      Apa kah ibu kamu begitu terdesak sehingga melahirkan kamu melalui farajnya??

      Tahu kah kamu apa yang kamu makan selama didalam perut kandungan ibu kamu? Sebab itulah ibu kamu tidak datang haid semasa menggandungkan kamu. Kerana itu adalah makanan kamu.

      Jangan menghina orang lain kalau kamu tidak kenal siapa diri kamu terlebih dahulu.

      Delete
    5. Cite faraj mu simpan bwh carpet. Xde ilmiah langsung serta xde kena mengena dgn topik nk gulingkn si bijan

      Delete
    6. Anon 10:27,
      Dahulu nazri penjilat mahathir,sekarang dikata org tua nyanyok,baling gelas pun tak pecah. Dahulu hisham menangis masa mahathir nak bersara, sekarang dia menentang apa yg di kata mahathir,dahulu najib puji melangit mahathir tika berjawatan naib presiden, apa yg di kata semua betul,tetapi sekarang kata mahathir semua tak betul kerana mahathir sudah tiada kuasa.

      Itulah namanya politik. Ada ketika rakan boleh jadi musuh dan ada ketika musah boleh jadi sahabat.

      Cuma anda sahaja yg tidak pernah tahu apa itu POLITIK dengan beranggapan, jika rakan, maka sampai kiamat akan menjadi rakan tanpa menyedari ada rakan yg hanya manis bila di depan sahaja. Dan itulah perangai org umno yg hipokrit....

      Delete
    7. Hahaha...

      Ramai pemakan dedak yg dh kepanasan ni

      Najip suap dedak hot n spicy gamaknya sbb yg OR dh nak licin

      Delete
  4. Sdr Budin,
    Kalau Tun M nak jalan mudah untuk kepentingan diri beliau boleh ampu Najib dan Rosmah untuk akhirnya serah jawatan kepada balacinya atau kepada muhkriz ini pasti berlaku dengan membantu najib bawa wang curi lari secara aman.Macam mana pak dol sekarang relax relax dalam bersara tak yah pening kepala.

    Tapi kenapa Tun M memilih jalan sukar dan ber risiko serta terpaksa menerima kecaman dan maki hamun dalam perjuangan berhadapan dengan penyelewengan Najib aka rosmah malah orang kanan beliau dan anak nya terpaksa menerima risiko dipecat oleh najib.

    Sekarang Tun M terpaksa dan memaksa diri untuk berbaik dan bermaaf maafan dengan Anuar walaupun beliau telah dipalitkan dengan pelbagai dakyah buruk oleh Anuar dan kuncu kuncu nya sejak 1998, tapi kenapa Tun M dan Anuar begitu mudah melupakan peristiwa lama.

    Bagi Saya malaysia sedang menghadapi krisis kepimpinan yang akan memberi kesan tak lama lagi dari segi kesejahteraan rakyat ,kedua dua pemimpin ini berjiwa besar hanya dengan berjiwa besar saja mereka sanggup menghadapi kesusuahan dan risiko serta melupakan perkara pahit dimasa silam semata mata kerana negara dan rakyat.

    Pemimpin berjiwa kecil sekarang hampir semuanya terdapat dalam UMNO ,mereka dah tak tahu kepada siapa nak beriman walaupun ketua seorang penyamun tapi demi habuan duniawi mereka jilat dan ampu sehingga hilang maruah . Sebenarnya pemimpin pemimpin umno era Najib satu pun dah tak berguna untuk rakyat cuma yang buat mereka ini nampak elok adalah kerana diperhias bagi nampak elok oleh media arus perdana yang kuat ampu seperti TV 3 ,semua media prima dan saluran kerajaan semata mata untuk menipu rakyat terutama orang melayu yang mudah pada sangkaan mereka untuk ditipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah jiwa seorang pemimpin, seorang buang ego Dan seorang lagi sanggup memaafkan. Tak Ramai berjiwa Begitu. Buang Benda lama, ganti dgn cerita Baru. Yg penting rakyat terbela, setuju Dan saudara Othman. Kalau Saya tun pun buat apa nak ambik risiko, silap belayar 5 6 tahun. Baik layan cucu, habiskan duit round 1 dunia, tapi tun tak sanggup lihat apa yg dibina hancur Mcm tu Saya. Jiwa pemimpin.

      Delete
    2. Setuju dengan 10:42. Apa susah-susah nak menentang. Najib bukan tongkat langit

      Delete
  5. Semestinya gandingan Mahathir-Anwar merupakan berita gembira buat semua yg menyayangi tanahair tercinta.

    Kedua2nya membuktikan mereka berjiwa besar dan sedia melakukan yg terbaik demi kesejahteraan ummah. Jgn dihiraukan komen2 negatif yg lebih bersifat andaian semata2 lagi menghancurkan.

    Tahniah juga kpd Shahbudin yg tidak jemu menulis ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  6. Mengharamjadahkan rakyat terutamanya makcik pakcik felda bukan perjuangan DSAI dan TDM.Terkini bontot tuang presideng us obama yang selalu dijilati golf telah diharamjadahkan oleh presiden filipina.Miskin2 pon kerajaan indonesia yang dianggap negara mundur sanggup meminta kebenaran daripada kerajaan filipina untuk menyerang dan menghapuskan penganas islam abu sayap yang menculik warganya.Kita sanggup lagi berdedak-dedak dengan penculik abu sayap.Kalau wilayah abu sayap tiada mufti, maka bolehlah para mufti malaysia mengeluarkan fatwa mengharamkan wang hasil penculikkan dan rompakkan memberi makan anak bini , mengaji penyamun-pencolek upahan dan membeli senjata-senjata yang terang2 akan digunakan untuk membunuh manusia lain(makhluk ciptaan tuhan) , semoga abu sayap terima fatwa sebagai semangat menghormati saudara islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit tebusan pun dh kena GST skg huhuhu..

      Delete
  7. Din, inilah kuasa doa. Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kesatuan jangan lelah berdoa.

    Persetankan fitnah berterusan mereka-mereka yang tidak mampu hidup melainkan mencari dan memberi makan pada diri sendiri dan ahli keluarga mereka suapan dari punca-punca haram. Fitnah-fitnah mereka telah dan sedang kembali ke atas diri mereka satu per satu.

    Terbukti kemuliaan seorang pemimpin agung bilamana ia memaafkan dan melupakan dosa-dosa penginaya ke atasnya setiap masa demi rakyat dan negara.

    Biar mereka yang dibutakan mata hati dan aqal dengan dendang dondang dosa, perhitungan Tuhan sedang berdiri di antara kejahatan mereka dan azab. Yang telah berusaha dan bertawaqal, jangan lelah percaya kepada keadilan Tuhan.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2015/04/mantan-pm-dan-tpm.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia mana yang tak buat salah?
      Hanya nabi sahaja yang maksum.

      kalau anwar bersalah, dia telah pun menjalani hukuman diatas kesalahannya mengikut landasan dan garis undang undang. Setelah dia dibebaskan nanti dia tidak akan lagi menanggung kesalahan tersebut selama lamanya. Dia bebas.

      Kenapa pula ada orang lain di luar sana yang masih mahu menghukumnya? Masih ingin memburuk burukannya.

      Agama tidak mengajar kita begitu. Agama mengajar kita akar saling bermaaf maafan. Itu lah amalan mulia kita terutamanya pada 1 syawal.

      Agama juga mengajar kita berkorban, menunaikan ibadat korban yang akan bakal menjelma pada 12 Septermber ini dan kita semua akan kembali kepada fitrah asal. Sesuci kain putih yang cukup bersih.

      Hanya manusia yang korup saja dan yang hitam hatinya yang sanggup mempermain mainkan serta mempersendakan hukum tuhan.

      Kita berjaya mendidik anak anak kita erti kemaafan dan erti pengorbanan. Tetapi kita gagal untuk mendidik diri kita sendiri.Seolah olah kita merasakan kitalah manusia yang paling sempurna dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

      Delete
  8. said keruak knp melalak? tun terdesak ke atau apapun itu urusaN tun...tun tak minta Pun nasihat anda...elok sejokan hati najIb yg sedaNg Panas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemakan dedak ...dah tersedak...ha.ha.ha

      Delete
    2. Saleh keruak tu tercekik amplang gamaknya

      Delete
  9. Berbunga harapan bila gambar TDM dan DSAI bersalaman..2 tokoh heavyweight melayu + 1 heavyweight ckt(LKS) sanggup megenepi perasaan amarah,dendam dan sanggup bermaafan demi meyelamatkan Malaysia tercinta dari seribu satu masalah dan bala bencana yang dicipta oleh mangkuk hayun najib.Langkah/percaturan TDM amat susah dan tidak dijangka oleh geng najib,sehingga semua tergaman dan terpaksa memerlukan masa untuk menolak situasi sblm mengeluarkan kenyataan budak sekolah rendah.
    Tetapi mari kita sama2 menjadi kemungkinan dan faktor yang mungkin terjadi hasil gabungan 3heavyweight kelak.
    1.Gabungan 3heavyweight tidak memberi kesan keputusan PRU14.Keputusan PRU14 mungkin tidak akan berubah,BN memang dan najib masih lg PM selepas itu kerana umum mengetahui Sabah/Sarawak dan golongan luar bandar masih lg penyokong setia UMNO.walaupun penduduk Sabah/Sarawak dan golongan luar bandar ini mengetahui salahlaku yang najib telah buat tetapi realitinya di Malaysia parti lebih diutamakan dari calon,walaupun calon mempunyai track rekod yang buruk.hanya beberapa org sahaja yang kayak digelar true politician yang mampu memang tak kiralah bertanding atas tiket parti berlainan dan tempat yang berbeza.Disamping juga wujud blok ke3(PAS dan teman2) yang akan memecah undi dan memberi kemenangan kepada BN.harus diakui tumbangnya BN dan umno baru akan menyebabkan kejatuhan najib.
    2.Reality check kedua,Alhamdulilah kemenangan PRU 14 memihak kepada rakyat , keputusan awal menunjukkan kekalahan BN/umno..sudah tentu najib akan menggunakan semua cara yang ada untuk meyelamatkan diri sbb kekalahan akan menjerumus kepada penyiasatan dan hukuman atas salahlaku dan urus skrang.salah satu cara yang mungkin digunakan sekiranya senario ini berlaku,najib akan menggunakan kuasa MKN untuk meyelamatkan diri sebab Malaysia tidak pernah mengalami proses peralihan kuasa di peringkat pusat.dengan segala Kes yang berlaku skrang tidak mustahil najib untuk tidak bertindak demikian.
    Ini sebahagian reality check dan kemungkinan yang bakal kita hadapi.

    ReplyDelete
  10. Anon 10:27 tidak ada akhlak. Kerja puak ni hanya maki orang. Agak2 parti anon boleh menangkah dlm pru 14.

    ReplyDelete
  11. Latest dari WSJ hari ni....lagi banyak pendedahan padal jho low. Bila nak saman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan cakap2 yang berlegar2 di maya ini yang menyalahkan dosa Mahadir yang meletakkan Polis, SPR, SPRM, Tentera dan Mahkamah bawah telunjuk UMNO.
      Faham2lah dengan kepelikan Melayu yang penuh sopan-santun, mana boleh melawan tuan, orang tua dan guru...kalau ada Melayu memberi dan membuat jasa, orang yang menerima kena balas..Kalau tak dibalas baik, nanti dikeji Tujuh keturunan sebagai orang yang tak mengenang budi dan berabad. Lebih parah, ada ramai yang yakin thoyyibban yang mengatakan tuan, orang tua dan guru ada daulat dan wajid dihormati walaupun orang itu S***N. Hakikatnya, terbelunggulah Melayu macam lembu ditindik hidung dengan hutang jasa dan budi tak seberapa.

      Delete
  12. Tun dan dsai berkorban utk rakyat.mereka mempunyai cara masing2 utk dkat dgn rakyat kerana mereka dgr tangisan batin rakyat.yg sekarang bebankan rakyat dgn hutang dan memusnahkan masa dpan anak cucu kita demi kepentingan diri dan keluarga.dua jaguh politik bangkit utk menjatuhkan pengkhianat agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  13. apa yang penting, semua parti pembangkang boleh bersatu dalam satu permuafakatan. Perbezaan pandangan memang tidak dapat dielakkan. Sbg contoh BN, tidak semua bersetuju dalam sesuatu isu tetapi ada permuafakatan kerana nak menang. pembangkang juga perlu pendekatan yang sama jika berhajat menumbangkan BN. Bukan sesuatu yang mudah tetapi perlu. Demi rakyat, ketepikan semua perbezaan. Jika tidak sampai bila2 rakyat tidak yakin dan BN akan terus rakus mendabik dada

    ReplyDelete
  14. Yg dok pening lanie pas. Salah camp lagi kah. Apa dah jadi dengan saman terhadap serawak report. Takut masuk perangkap kah. Kalu tak saman semua blh agak dimana kebenaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hj hadi mana faham bab saman menyaman ni.

      Setakat saman parking & speed trap tu dia taulah

      Delete
  15. Pemimpin agung tun m buang keegoan untuk selamat malaysia

    Pok jib berjoli sakan dengan rosmah janda rabak ni


    Rakyat matang telus progresif
    Terus berjuang
    Selamatkan malaysi
    KERIS

    ReplyDelete
  16. bebaskan negara ini dari cengkaman amno
    amno memang cilako

    ReplyDelete
  17. Hanya dedak yang mampu selamatkan bijan dan lakinya semoh sementara umngoj masih lagi menjadi tong tahik.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete