Monday, 5 September 2016

BILA ANWAR DAN TUN M DAH BERGABUNG, BERMAKNA NYAWA POLITIK NAJIB KIAN HAMPIR DI HALKUM

Setelah 18 tahun berlalu iaitu sejak dipecat daripada kerajaan dan UMNO pada 2 September 1998, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim hari ini bertemu semula dan bersalam-salaman, menandakan berakhirnya perseteruan politik yang berlaku selama ini.

Walaupun kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi ialah untuk memberi sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang memfailkan saman terhadap kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, di mana kedua-dua pemimpin tersebut  menentang perlaksanaan undang-undang yang antaranya memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat, realitinya pengertian pertemuan ini memberi makna yang lebih jauh daripada itu.

Dengan pertemuan bersejarah ini, kedua-dua mereka kini dalam persamaan untuk bergabung tenaga bagi mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, seterusnya memastikan Najib tersingkir dari kerusi Perdana Menteri yang sedang empuk didudukinya.
Walaupun sejak Tun Mahathir keluar UMNO dan kemudian menginisiatifkan parti BERSATU, beliau sudah menjalinkan hubungan dengan PKR yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, pertemuan bertentang mata dan bersalam dengan Anwar ini merupakan sejarah baru dalam politik negara ini.

Ia secara langsung memberi isyarat tiada lagi perselisihan peribadi antara kedua-dunya dan mereka sanggup berbaik serta bersatu hati demi sama-sama menyelamatkan negara dek onar dan masalah yang dicetuskan Najib sehingga Malaysia sekarang ini menjadi lebih bualan buruk di seluruh dunia.

Sudah barang tentu penyokong Tun Mahathir dan Anwar di semua peringkat masyarakat turut sama bertaut hati dan perasannya, seiring dengan bertemunya kedua-dua pemimpin tersebut

Penggabungan Tun Mahathir dan Anwar ini turut memberi tanda bahawa nyawa politik Najib, UMNO dan BN sudah berada di halkum, hanya menunggu detik dan waktunya saja untuk terpisah daripada kuasa yang digenggam selama ini.
Jika dalam pilihanraya 2013 lalu di mana ketika itu Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, BN hanya mampu menang dengan kelebihan 23 kerusi Parlimen, tetapi kalah undi popular dengan 47 peratus berbanding 52 peratus, bayangkan dalam PRU 14 akan datang bila mana Tun Mahathir dan Anwar sudah sama-sama berganding bahu?

Bersama isu-isu lain seperti 1MDB, duit ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, perangai Rosmah, pembaziran, kemewahan dan macam-macam lagi kemelut yang sedang berlaku dalam negara, genggaman kuasa UMNO dan BN kini tidak ubah ibarat telur di hujung tanduk.

Kesediaan Tun Mahathir ke mahkamah bertemu Anwar ini adalah isyarat pukulan maut yang bakal melumpuhkan Najib secara perlahan-lahan jika beliau ingin terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang.

Meskipun Anwar mungkin berada di dalam penjara semasa kempen PRU 14 nanti, jiwa dan perjuangannya, setelah berbaik-baik dengan Tun Mahathir ini, menjadi lebih debat di hati rakyat yang begitu mengharapkan perubahan.
Dalam masa yang sama, impian Najib Ahad lalu yang mahu jentera UMNO berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang dengan kelebihan 40 undi di Pekan, hampir tidak memberi sebarang makna lagi.

Menang di Pekan, tetapi jika UMNO dan BN tumbang, ia akhirnya hanya mampu menjadikan Najib sebagai Ketua Pembangkang semata-mata, kalau pun tidak terpaksa turun naik mahkamah menghadapi pelbagai pendakwaan yang bakal dikenakan terhadapnya nanti. (SH 05/09/2016).

95 comments:

  1. Inilah pertemuan keramat yang dinanti-nantikan. Gambar pertemuan Tun M dan DSAI ini patut dicetak dan diedar ke seluruh negara dengan apa cara (media) sekalipun. BERSATU!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Melayu yang bodoh percaya dengan drama ini. Kalau nak selamat, pegang dengan pepatah lama orang Thai...kalau jumpa Khek (panggilan untuk Melayu) dengan Ular, pukul Khek dulu.
      Dua2nya berbaik bukan kerana rakyat tapi nak selamatkan temolok masing2, apa sumbangan mereka kepada Melayu? Mahathir dan UMNO telah berjaya menjadi Melayu menjadi hamba kepada taukeh China, orang Putih dan Jepun. Melayu yang dulu bebas berkerja sendiri sekarang telah buruh murahan untuk tauke2 kafir...taraf Melayu sama dengan Negro sebelum zaman A.Lincoln ...nak solat 2 waktu atau pakai tudung kena ikut arahan taukeh China? Kah Kah Melayu masih tak sedar walaupu kena tipu berkali2

      Delete
    2. Anon 17.45 ni jealous la tu

      Delete
    3. Semua ini terjadi kerana najib dg jelas berbahaya untuk rakyat malaysia. Hanya macai macai najib saja percaya bahawa umno boleh terus memegang tampok negara.

      Bagi saya biarlah umno berkubur spt berkuburnya golkar di Indonesia.

      Delete
    4. perbandingan d antara parti Golkar dgn UMNO amat tidak sesuai kerana parti itu masih amat releven d Indonesia. Speaker DPR adalah dari parti Golkar. mereka tlh merapat kpd jokowi n salah seorang kader nya tlh d lantik memegang jawatan penting dlm cabinet jokowi.

      mereka tlh terang2 mendokong Ahok (BJP) utk kekal selaku governor n mereka tlh awal2 lagi mengishtihar kan sokongan kpd pak jokowi utk mempertahankan jawatan presiden dlm pemilu 2019.

      sebalik nya UMNO akan hancur n berkubur jika najib masih berdegil mahu kekal berkuasa bersama 'permaisuri' nya.

      Delete
    5. Anon 16.45.
      Semasa datok shahnon menjadi ahli parlimen sik, setiausaha politik beliau adalah kawan saya.
      Saya tergejut bila dia kata setiap hari kena ada rm1000 cash dalam tangan.
      Saya tanya kenapa???
      Dia kata kalau pi rumah kenduri sebagai wakil kena bagi duit begitu juga kematian. Belum lagi penduduk yang minta jersi bola, buat padang sepak takraw dan sebagainya. Kebakaran atau banjir.
      Gaji AP mana lah cukup untuk semua tu. Pagi2 lagi dah ada orang datang ketuk pintu mengadu hal, minta itu dan ini
      Untuk atasi masalah ini, semua AP baik dalam kerajaan atau pembangkang kena lah buat "projek" untuk tanpung semua tu

      Delete
    6. Anon 17.45 makhluk bangang.....hang dapat berapa duit Jadi pencacai???

      Delete
    7. Anon 17:45 tu tiga suku. Orang tiga suku ni gelak pun sorang2. Dia rasa diri dia saja yg betul. Diri dia saja yg pandai. Orang lain baginya tak betul belaka.

      Budak tidak cukup ilmu dan tak cukup akal mcm anon 17:45 lah. Dia sangka diri dia dah cukup pandai. Dia rasa cukup megah dgn kepandaian diri dia.

      Disebaliknya, orang ramai nampak dia ni bengong. Tiga suku atau gila babi.Atau syok sendiri tak tentu pasal. Dulu2 orang kata kpd orang mcm ni masuk bakul angkat sendiri. Sebab dia syok tak tentu pasal.

      Manusia mcm ni dia tak tahu apa maknanya ukur baju di badan sendiri. Dia rasa dialah yg lebih pandai drp orang.

      Orang mcm ni lah yg orang kata hanya pandai ketawakan orang tetapi dia tidak sedar jubur dia sendiri masuk angin.

      Delete
    8. Kita harap ptemuan tu beri impak yg positif dari sudut politik terutamanya. Masalah ikhlas atau x itu cerita lain. Jika hal ni dpt memberikan hasil yg baik apa salahnya.

      Walaupun mgkn ada yg betul apa yg anon 17:45 tu ckp, tp marilah kita ambik yg positif dan berwaspada dengan yg negatif. Hope pertemuan ni dpt menyumbang kpd kekukuhan pakatan harapan!

      Delete
    9. 17.45 bangang..ni malaysia. Bkn thailand. Thai tidak dijajah sebab bt perjanjian dgn penjajah, sediakan ruang bg british & jepun serang tanah melayu. Sbg balasan, 90% perempuannya jadi pelacur sampai skrg. Bodoh punya penyokong najib

      Delete
    10. Wei Anon 1745... ko bodoh ke gila? Kami hidup masa zaman Malaysia gah masa 2 dua tu tengah baik dan akhirnya berpisah. Tapi kami tak pernah lapar. Kami pergi sekolah, belajar tinggi, bayar cukai dan alhamdulillah tak harapkan BRIM. Tak pernah kami tunduk pada cina atau tak boleh pakai tudung kat ofis atau takde surau untuk solat. Kami dengan cina kamcing. Takde hal. Takde gaduh. Apasal ko bodoh sangat.

      Apa yang ko bangga dengan orang yg ko sokong sekarang ni? Aku tengok budak melayu nak belajar pun dah takde duit. Sebab semua dah kena songlap.

      Ko hidup dalam angan2. In denial. If tak tau fakta jangan cakap sembarangan. Jangan jadi keyboard warrior yang bangang.

      Delete
    11. Jangan2 anon 1745 tu najip kot? Huhu..

      Delete
    12. Memang betul apa yang anon 1745 cakap tu. Orang Melayu yang buta mata je taksub dengan permainan politik madey dgn nuor jubori. Dua2 ni kaki pusing dan hidup dalam alam falasi putar belit. Orang melayu memang tak sedar diuntung. Jasa DSN jauh lebih baik jika dibandingkn dgn madey. Senang2 je tuduh anon 1745 tu DSN. Wei...dengar sini sume...korang sume tak sedar diri. Bnyk jasa kerajaan DSN tau tak. Kalau tak, org cina ambik alih pemerintahan negara. Mana org melayu nk tarik balik..

      Delete
    13. Anon 02.42..Lepas najib curi, najib taja haji. Lepas rosmah shopping pakai duit rakyat, rosmah buat program budak-budak. Dulu najib cakap derma pak arab, lepas kantoi terus senyap. Dulu najib cakap rakyat takkan dibebankan dengan hutang 1mdb, tetiba MoF cakap dah ambik alih 1mdb. Kau jadi pemimpin utama negara tapi dalam masa yang sama kau menipu dan menyamun. Apa pasal pulak rakyat yang nak kena tanggung segala kesusahan yg kau mulakan?? Kalau najib orang biasa, selisih dkt luar, dah lama kena ludah dan tampar.

      Delete

    14. 0.42

      Memang sah la otak ko bengap dik terlebih makan dedak dan benda haram.

      Mata ko buta, telinga pekak badak.

      Konon takut Cina memerintah.

      Tu yang Najibun mengikut telunjuk Jho Lo pulun habis duit rakyat Malaysia melalui 1MDB apa hal.

      Yang Najibun lelong TRX dan Bandar Malaysia kepada warga China apa hal.

      Yang Najibun bagi syarikat China rembat IPP tu apa hal.

      Tu baru sikit jer contoh, ada berlambak lagi.

      Seburuk-buruk TDM, dia tak gadai negara ini kepada orang lain tau tak.


      Memang otak ko letak kat b*nt*t.


      Delete
    15. Entah2 Anon 17.45 dgn anon 2.42 orang yg sama, sokong najib membabi buta. Apa jasa najib pada negara? boleh kasi Malaysia bankrup adalah! hutang negara dah jadi usd600 billion lebih, rezab cuma ada usd100 billion lebih, memang kira muflis le tu.

      Delete
    16. 17:45 sian ko..takpasai kena maki hamun..sbb ko ckp mlayu jd kuli cina..pekara sensitif..
      kawan aku awang incredible ckp.. mlayu jd kulibatak cina..
      siapa yg kerja dgn tokey cina mesti tahu hal-hal mcm ni..jika kerja dgn gomen mesti taktau ..kalu tau pun mungkin dia bwat-bwat taktau..sbb mkn kenyang siangmlm..
      mereka kerja gomen ..awak kerja dgn cina byk bezanya.mcm langit dgn bumi..
      jika kerja dgn gomen jd org gajian gomen..jika kerja dgn cina jdla kulibatak cinamen..betul ckp cicak

      british jajah malaya dgn cara mudah sbb mlayu jemput masuk siap paluan kompang bagai..nak lawan.gila ko depa ada sumpit berapi mlayu habuk pun tarak..telog pun takdak..
      patah pujangga..if u cant beat them..just join them..
      mlayu kerja dgn british dgn bangga.

      jika yg kena jajah bekerja dgn penjajah depakata talibarut .sukarela atau terpaksa..
      maka jdla pristiwa malaya..toknenek jd talibarut..makbapak jd pakturut..ankcucu jd butaperut..!

      akhir kata nabil ..pen merah...pen biru..ko marah i lap you..
      majulah sokan untok negara..

      Delete
    17. Aku bukan pembangkang atau pro-kerajaan...aku anti orang yang zalim dan penipu.......kalau kerajaan buat salah, aku tentang tak kira samaada kerajaan itu UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, USA, ISIL, Firaun hatta Khalifah Bukit Al-Residen Kuala Kangsar
      zaman Mahadir memerintah....siapakah orang yang panggil Mahadir MAHA FIRAUN...MAHA ZALIM, ANTI HADIS, KAFIR, Kroni, Rasuah, MAMAK KUTY, ULAR, macam2 lagi...sekarang ini bila dia bersalam ajer dengan Anuar...semua dah mula jilat dan bodek Mahadir...dia diangkat sebagai Wira Melayu walaupun 80% darah yang menyalir dalam tubuhnya adalah Mamak Kerala..
      Memang betullah Melayu dipanggil kaki bodek, tukang kipas dan kaki jilat, sanggup buat apa sajer untuk temolok kau orang..Pada aku perjuangan Mahadir dan PH adalah seperti langit dan bumi. Satu lawan untuk temolok dan dendam kesumat..
      Kepada siapa yang memerintah atau berangan nak nak memerintah, hati2LAH KAMU, JANGAN buat berperangai macam SETAN

      Delete
    18. Ya...x dinafikan apa yg dikatakn anon 17:45 tu ada yg btolnya. Tapi lau nk dibandingkn ngan si bijan...mmg jauh lbh haramjadah si bijan. Jgn lupa ya anak2 madey pun kaya tahap dewa2. So disini sy menyeru kpd yg anti madey & anwar berlapang dada la & bersatu sbb si bijan ni lbh haramjadah drp diorg. Madey ade byk slh dia & begitu juga anwar...tetapi si bijan ni jauh lbh PARAH! Apa yg da lps biarkn berlalu utk masa dpn yg lbh baik. Mari la semua bersatu gulingkn si bijan bersama saka rambut kembang yg dibela nya.

      Delete
    19. sape-sape yg jumpe anon 17.45 & 2.42 tengah jalan terus bunuh saja. mereka inilah pengkhianat sebenar negara.

      Delete
    20. Setuju dengan anon 1450.

      Lepas tu kambus liang lahad dia dgn dedak

      Delete
    21. anon 1745 , tu pepatah boleh bungkus, org skrg jumpa ular tangkap. bule dibuat beg hermes dan gucci utk rosmah jugak yg pakai.. xde pergi UK carik beg tu.. jimat duit

      Delete
  2. Besar hati mu wahai Tun yang ku sayangi...

    ReplyDelete
  3. Demi Negara yang tercinta....dicurahkan segala2 nya...#negarawanulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negarasawan tak sedar diri..

      Delete

    2. Bijan dan kak semah tambah takut la ni.

      Delete
  4. In politics the enemy of your enemy can be your ally.Ultimate goal is destroy najib and his band of thieves.umno/bn will sink with them.
    Kembangkan layar sauh di labuh !!! Ayuh seraaaang !!!

    ReplyDelete
  5. jilat menjilat ludah meludah atas dasar dendam pilitik sedang ber drama..

    ReplyDelete
  6. Lagu Frank Sinatra - MY WAY - and now the time is near n so I face d final curtain...tak tahu lah saya selepas ini kemana pasangan ini akan membawa diri. salah hari bulan mereka akan menhabis kan sisa hidup sebagai orang2 yg amat terhina dlm kurungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terhina makan duit haram tu najib dan rosmah serta anak tirinya. Kahkahkah

      Delete
    2. jangan salah faham. komen saya d atas d tuju kan kpd najib n 'permaisuri' nya. tk n salam

      Delete
  7. Anon 17:45
    Era mahathir rakyat tak susah di beban dengan cukai GST dan pernarikan subsidi.

    mahathir tak ada duit masuk akaun peribadi berbillion2 hasil wang yang di songlap dari 1MDB.

    Semua pemimpin yang memerintah sama negeri atau negara ada kroni masing2 termasuk najib ada towkay cina jho low yang di amanahkan oleh najib menjaga syarikat 1MDB untuk mengayakan najib sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Porahhhhh..siapa yang jadikan ITM dijadikan university, yuran naik dari RM 90 semester jadi RM 3000 semester (orang Melayu berutang sampai ke kubur untuk bayar PPTN), harga rokok tiga naik kali ganda, cukai untuk kereta import naik lipat ganda sebab nak tolong proton sial, PPTN ganti biasiswa, Pewaja, BMF, banyak bank bankrupt angkara orang dia, hantar askar bunuh orang kampong Memali, ringgit devalue dari USD 2 kepada USD 3.5, MAS bankrup, Bank Bumi kena jual kat orang India, dll...banyaknya dosa dia kat orang Melayu , Malaikat pun lenguh tangan catat dosa Mahadir.
      Melayu kena bijak, jangan kena tipu lagi, drama ini adalah sambungan drama sumbang mahram PAS dengan DAP..tak kan kemana, akhirnya rakyat juga kena tipu

      Delete
    2. Anon 22.11
      Dendam samai tak nampak kebaikan. Kalu dicampur dan ditolak, hang kena bersyukur dapat pemimpin bertaraf dunia mcm Tun Dr. Mahathir. Di era majoriti rakyat hidup meriah dengan kerancakan ekonomi. Tetapi dah tentu adalah makhluk yang tercicir dari arus perdana yang tidak mengecapi kesenangan macam org lain ketika itu, macam hang. Tun Dr. Mahathir bukan malaikat yang bebas dari kesilapan..tetapi beliau lah yang terbaik ketika itu...dan dunia mengaguminya sekali dalam membina negara berasaskan pertanian ke negara perindustrian....janganlah marah sangat....

      Delete
    3. 22.11 keling bodoh. Pendatang tetap pendatang.

      Delete
    4. Kerajaan Najib ialah kerajaan Puaka sama seperti kerajaan Namrud dan Fir'aun

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. 22.11...kalau uitm tidak diujudkan rasanya berapa kerat melayu yg ada berkelulusan u?teutama melayu kg n felda?...berkenaan harga Rokok berhenti dr merokok krn merbahayakan kesihatan...proton pula cadang pd kerajaan tutuP bIar org mcm anda dpt pakai kereta impot...pptm suroh kerajaan mansohkan utang...barulah betul rakyat duudahulukan...krn tun telah menyusahkan rakyat Kan?sekarang sIapa beRkuasa...hapuskan segala hasil peningalan tun...

      Delete
    7. 2211 ni la produk kebanggan najip. Nampak bebenor teruk tutur bahasanya melambangkan busuknya hati dek makan dedak gred yg ayam pun xlalu Nak makan.

      Delete
    8. Anon 23:42...MIT di USA, tanpa dinaik taraf university, quality graduate MIT tetap no 1 dalam dunia..UITM??? Degree kau orang kat Malaysia tak laku.

      Delete
    9. Nampak benar pembohongnya anon 1127

      Berlambak anak2 sedara Aku degree UITM elok je dapat kerja. Laku je xada masalah pun.

      Nak kencing pun agak2la. Macamla kau tu alma matternya MIT..

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Teruskan perkara-perkara yang baik dan saling bermaafkan.

    Rakyat lebih utama dari dendam kesumat.
    Ini baru di betul "rakyat di dahulukan"

    Moga terus bersatu untuk menyelamatkan Malaysia tercinta.

    ReplyDelete
  9. Anon 17:45
    Era mahathir rakyat tak susah di beban dengan cukai GST dan pernarikan subsidi.

    mahathir tak ada duit masuk akaun peribadi berbillion2 hasil wang yang di songlap dari 1MDB.

    Semua pemimpin yang memerintah samada negeri atau negara ada kroni masing2 termasuk najib ada towkay cina jho low yang di amanahkan oleh najib menjaga syarikat 1MDB untuk mengayakan najib sekeluarga.

    Yang penting bagi rakyat umno perlu dikuburkan pada PRU14 nanti supaya negara dan rakyat boleh bebas dari masalah korupsi dan salah guna kuasa oleh pemimpin umno.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ambil pedulilah kat anon 17:45 tu. Dia makan taik yg ada kangkung pun dia akan kata dia makan cokelat almond.

      Delete
  10. YESS...THAT'S IT.....GO TUN/DSAI..GO NO TURNING BACK..Majority of the rakyat waiting for this moment.

    let PAS is PAST..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taik Kau lah..klu majority Dulu pembangkang dah jadi kerajaan..bangang Sgt..

      Delete
    2. 03.55

      Kalo waktu ni buat solat Tahajjud kan lebih baik daripada berbicara dengan bahasa kasar.

      Delete
  11. Andai Mahathir Anwar ditakdirkan bergabung kembali dengan kehendak Allah, Najib Razak dan kerajaan regimnya tidak mungkin dapat bertahan sekali pun PAS memilih jalan sendiri. Malah PAS selaku parti agama yang selesa menyendiri akan turut menerima tempiasnya. Sama sama kita doakan muga muga apa yang kita harapkan ini menjadi satu kenyataan dan agar regim Najib Razak yang telah meruntuhkan segala yang telah terbina selama ini segera sungkur rebah menyembah bumi. Jika Allah kehendaki ianya berlaku, maka ia akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hj hadi boleh kekal menjadi penasihat najip dgn sekali sekala melawat najip di sg buloh sambil bceramah bkenaan agama

      Delete
  12. Kepada penyokong anwar, sokongan mahathir diperlukan utk jatuhkan BN. 2008, 2013 masih belum cukup. Kepada penyokong mahathir, anda perlukan anwar. Kejahatan najib dah tahap maksima. Najib sanggup tarik umno masuk longkang bersamanya. Dan kepada rakyat malaysia...anda tiada peluang kedua. Sokong atau kita menyesal seumur hidup. Ahli politik veteran, yg perasan bijak politik, yg atas pagar, yg tak tau apa2..tak payah tunjuk pandai olah makna disebalik pertemuan ini. Mahathir dah tunjuk jiwa besar beliau jumpa anwar dan rangka masa depan negara ke arah yg lebih baik. Umno khasnya dah jd parti penyamun. Satu hari nanti, najib, rosmah & konco2nya pasti didakwa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kredit harus diberi pada mereka berdua. Sama-sama berjiwa besar. Dalam keadaan sekarang, tutup sahaja buku lama. Beri tumpuan pada buku baru. Bersihkan kekotoran dan karut-marut yang makin teruk ni...

      Delete
  13. ALHAMDULILLAH ,Dgn kehendak ALLAH jua lah dipertunjukkan sikap dan personaliti TDM sebenarnya
    InshaALLAH Rakyat bukan buta hati dan mata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, aku bukan buta. Al-Juburi mahu tumpang naik dengan Tun M. Politikus songsang ni dah membau peluang segar untuk main dari belakang sekali lagi.
      NB: dulu dalam himpunan jalan raya dia mengkibarkan soalan bila Tun M mahu mati ingat tak?

      Delete
    2. cuba berlapang dada ...kemaaf an sesama manusia adalah dituntut...bagi negara terciNta...salah ke?

      Delete
    3. Anon 20.07 memang manusia celaka.terlaknatlah atas Kamu pemfitnah terkutuk

      Delete
    4. Ada lagi sepecis yg percaya jubo
      Adooiii Mmg raja bangang
      Malu pula rasa Kalau yg bercakap Tu Ada family
      Otak mereng

      Delete
    5. A,kum. Benda yg kitatak nampak Kita tak tahu. Saksi cuma yg terlibat Dan Allah. Saksi manusia ni tak tentu betul atau Salah. Saksi Allah nanti dah mati Baru tahu. Jadi Benda tak nampak Jgn Kita nak ok je. Takut Jadi fitnah. Tau kan dose fitnah besar mane. Hi Bukan Saya cakap. Al Quran yg cakap. Maknenye Allah yg cakap. Benda ni basic je. Tak payah belajar tinggi.

      Delete
    6. Bila Tun jumpa anwar, najib berak pun tak keluar. Jadi byk anjing pencacai tetiba singgah blog budin ni. Yang kutuk/gelar/tak suka pertemuan ni merupakan anjing yang diberi makan oleh najib. Kalau sukarela, diorang takkan buat.

      Delete
    7. Pepatah Cina ada menyebut:

      "Anjing lapar berebut tahi"

      Maka bertebaranlah anjing2 mat najip dalam blog2 mcmni menyalak2 membabi buta - babi pun xbuat mcmtu

      Delete
  14. Anwar Ibrahim ke dlm gambar itu ?
    MasyaAllah!
    Sungguh banyak berubah!

    ReplyDelete
  15. jangan terperasan snagt ngan klip bideo hari ini
    jangan jatuh 1 kali lagi
    berhati hati

    ReplyDelete
  16. A,kum. Biar la Dia org terbaik. Kita tak rugi apa2 pun. Sekurang nya. Dia org boleh saling bermaaf. Peluang yg bagi siapa yg suka maki Tun Dan Anwar belum tentu atau tak akan dapat. Sementara masih bernyawa, Cepat Cepat la minta maaf, Dan Takde nanti baru menyesal. Dosa dgn Allah fan Dosa manusia tak sama. Amin.

    ReplyDelete
  17. Tun anda memamg hebat dan sanggup dtg utk menyokong DSAI allah maha pengampun tefuskan perjuangan rakyat akan menyokong kecuali ahli unno yg makan dedak hidup Tun Hidup Anuar lawan tetap lawan pastikan bn umno bungkus dlm pru14

    ReplyDelete
  18. Tun anda memamg hebat dan sanggup dtg utk menyokong DSAI allah maha pengampun tefuskan perjuangan rakyat akan menyokong kecuali ahli unno yg makan dedak hidup Tun Hidup Anuar lawan tetap lawan pastikan bn umno bungkus dlm pru14

    ReplyDelete
  19. Bertambah bengkeeekk je para penjilat najib menyaksikan adegan penyatuan ni..berbulu je mata masing2..
    Kahkakahkah..!
    Tun..oohh Tun..
    Memang tabik spring lahh..
    Mmg the great.. master of strategy..


    Buat penyokong DATO seri anwar mahupun penyokong tun,kita sbg penyokong ni,buat lah cara menyokong..elakknlah menambah garam di luka,menyimbah minyak ke api..seteru politik yg bertahun lamanya bermusuh boleh menghulurkan tangan,berjabat salam demi kebaikan negara..
    Mungkin ada hikmah nya..

    ReplyDelete
  20. Jealus la tu
    KERIS

    ReplyDelete
  21. Pertemuan Tun dan Anwsr bukanlah segala galanya kerana kedua dua mereka political animal.

    Tun hadir memberi sokongan kepada Anwar yang memfailkan saman ke atas PM berhubung MKN.

    Cukup kita baca "kerjasama" mereka setakat itu.

    Yang lebih menarik dari itu adalah afa cacing yang panas jubur melihat dua musuh yang mampu bersalaman sebab mereka ketandusan pemimpin berjiwa besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Political animal? Cedok istilah mat saleh, adaptasi dgn situasi malaysia. Zam maidin pun bukannya bijak sgt. Antara bekas menteri yang selalu bagi kenyataan bodoh. Election pun boleh jadi erection. Tun M kalau lepaskan tugas singkirkan najib pada org lain, tentu lesu. Tentu tak ada yang sanggup lawan najib. Di malaysia ni hanya tun dan anwar yang kita lihat tabah, berani menentang arus. Bila bergabung, jadi entiti yang kuat. Perang dunia 1 & 2 pun masing-masing buat pakatan. Tuan-tuan tanamkan 1 perkara..sapa2 menentang pakatan tun m & anwar, sama ada orang tu barua najib atau baru terlibat dgn politik.

      Delete
    2. Ini komen orang tak pergi sekolah,, pi balik Kluang tanam jagung lebih bagus

      Delete
  22. lepas najib jatuh mahade masuk amno balek
    maka tinggalah yang telah diperkuda kudakan
    itulah kesudahannya jika berjaya
    apa janji yang dibuat untuk membetulkan balek sistem yang digunapakai selama ini
    mana mungkin dapat dibetulkan selagi manusia yng
    ada berbagai salah laku berkuasa
    harap laungan saja tidak ada sesiapa tinggi dari hukum tapi yang ada kuasa nampaknya selalu lebih dari itu
    selagi amno bn selagi tu ramai yang tertekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xsuka maka toksah menyibuk dalam blog ni. Tibai macam2 tapi guna nama anon je pun. Telor dah potong kasi anjing makan ke?

      Delete
  23. Keburukan hasil tgn Najib lebih dirasai oleh semua rakyat berbanding DSAI dan Tun M.Anak cucu cicit kita akan menanggung hutang oleh Najib n Rosmah. Belakang..rakyat tetap papa kedana, Najib n Rosmah joli sakan sampai mampos. Apandi Ali telah merogol hakim-hakim seluruh malaysia atas tindakan nya mengatakan tiada salah dilakukan Najib.Bila masa dia jd hakim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apandi perasan dia dh Jadi malaikat sebab ber'tuhan'kan mat najip.

      Untung2 najip rekemen bini baru kat dia. Bolehla dia celen nazri

      Delete
  24. Nampak gayanya PRU14 nanti:
    - Kedah, BN: TUMBANG
    - Sabah, BN: GOYANG
    - Johor, BN: GOYANG
    - S'gor, BN: KECUNDANG
    - Penang,BN: KECUNDANG
    - Kelate,BN: KECUNDANG
    - Teganu,BN: TUMBANG
    - Perak, BN: GOYANG
    - S'wak, BN: GOYANG
    - Pahang,BN: NASIB KALAU MENANG

    KESIMPULANNYA: BN Lawan utk jadi PEMBANGKANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak Bodoh Sgt Ramalan kau..belajar Lagi ngok..

      Delete
    2. Engkau la bodoh... dasar baboon!

      Delete
    3. Hahaha...yang baboon adalah beruk-beruk belaan BN. Hidup membesarkan anak bini dengan duit upah menutup kepalsuan. Tak rasa berdosa ke yeop.

      Delete
    4. Negeri penting semuanya pembangkang pegang. Ketua umno negeri tersebut terpaksa mengemis dari najib. Yang kaya orang atasan. Program parti tak jalan. Ahli umno pulak ramai yang segan nak mengaku umno. Padan muka kau parti saka dan berpuaka.

      Delete
    5. Hahaha....pembangkang...janganlah sombong sangat..penyokong madey...jangan over confident sangat yang BN akan kalah...itu semua tidak ilmiah. Dengan orang tidak masuk universiti boleh ler cakap macam tu. Hakikatnya rakyat tetap memilih BN. Lihatlah PRk Kuala Kangsar dan Sg Besar. Siapa menang? BN jugak kan? Masa tu pro madey dan pembangkang berkobar-kobar sorak BN tumbang...BN tumbang...Padahal rakyat tetap sokong BN. Cerminkanlah diri wahai pengikut madey dan pembangkang...

      Delete
    6. Urmm..nk tanye sket, apa yg bagus dgn kepimpinan si bijaN skrang ya? Sbb nye sy x nampak ape2 sumbangan pada negara..tolong bg pencerahan pada sy ya ANON 13:47

      Delete
  25. Aduhh...sakit perut najib tengok mahathir berbaik dengan anwar. Belaian rosmah pun tak mampu nak tenangkan bang najib hahahaha....politician hidup atas undi. Swing je 5-10% undi rakyat, najib kena larikan diri dari malaysia. Bawak sekali mak, adik beradik, sedara mara dia. Rahman dahlan, salleh keruak, azalina, nazri, tengku sariffudin, idris haron, suku sakat pencacai yang lain..carilah negara mana yang sudi terima. Rasa-rasanya tak muat malaysian airforce 1..badak air punya beg boleh terjongket pesawat dibuatnya.

    ReplyDelete
  26. Ini tindakan yang paling tidak dijangka oleh najib. Tindakan yang menakutkan beliau. Dia fikir dr mahathir ego. Dia fikir anwar masih berdendam pada mahathir. Pengikut najib pun berfikiran serupa. Perkara terakhir yang mampu najib buat ialah tabur lebih banyak duit. Lagi banyak ditabur, lagi banyaklah hutang negara.

    ReplyDelete
  27. Din, ramai orang Melayu masih sokong Najib. Najib hanya perlu tabur dedak kat felda dan kampung, besok mereka semua undi parti Najib. Yang kafir dna yang tak sokong tu, baju merah akan tuduh mereka hina Melayu, hina Islam. Lepas tu, orang Melayu marah dan sokong Najib. Dapat dedak juga, tak kesah lah siapa yang jadi ketua.

    ReplyDelete
  28. And the new chapter begin.siapa sangka yang hal ini akan berlaku..najib dan pegikut yang selama ini mendakwa TDM telah kehabisan idea,tua dan nyanyuk akan melakukan percaturan sebegini..
    Kesemua 'big player' dalam politik Malaysia telah bersatu dan berjaya megenepi amarah dalam hati masing2 demi menumbangkan malaun yang bernama najib..
    Maha besarnya kemudaratan dan permasalahan yang dilakukan oleh najib terharap tanah air Malaysia.

    ReplyDelete
  29. Ingat najib tu bodoh ke..dia akan rancang segala jenis penipuan utk menang...ntah2 da merancang pun...brgabung le sesapa pun..individu ke. .parti ke..kalau pilihanraya telus mungkin pembangkang blh menang tp kalau kalau x telus hampeh le jwbnya...dapat2 sabah sarawak yg x blh harap langsung...nmpaknya bn akan memerintah smpai kiamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..yg ni cerdik. Sy setuju ngan saudara...pilihanraya bkn jln terbaik utk gulingkn si bijan. Fikir LOGIK la...kalau anda semua di tempat si bijan yg ade pengaruh ke atas bdn2 berkuasa tertentu...anda semua pasti ada rancangan terbaik utk jadikn PRU14 adlh tempat plg selamat utk selamatkn diri. Sama2 la ya kita saksikn temasya pementasan PRU14 ni. Sudah pasti hasilnya sama mcm pilihanraya yg lps. Pilihanraya bkn jln terbaik utk jatuhkn si bijan..pilihanraya adlh jln terbaik utk si bijan selamatkn diri. TiPu PiLiHaNRaYa..TuRuN JaLaNRaYa

      Delete
  30. Amin...syukur..moga allah rahmat dan selamat malaysia. Allah beri bala bencana kepada pok jib dan kroni umno bn
    KERIS

    ReplyDelete
  31. Saudara Budin

    Penyokong2, pengampu2 dan pemakan2 dedak najib harus menerima hakikat bahawa umno@bn akan kalah PRU14 nanti.

    Sebab itu menteri macam salleh keruak dan menteri2 umno memperlekeh dan mempersendakan pertemuan Tun Mahathiir dan Datuk Seri Anwar.

    Mereka takut gandingan dua pemimpin tersebut yang akan membawa pukulan maut dan menumbangkan UMNO dan BN pada PRU nanti.

    Mereka sudah meracau dan merapu sekarang kerana akan kehilangan kuasa sebab rakyat dah tak percayakan najib untuk memerintah negara.

    Semasa negara di perintah oleh najib banyak masalah negara yang membabitkan wang rakyat di bazirkan dan di curi oleh najib sekeluarga menggunakan nama syarikat 1MDB.

    Belum pernah ada seorang perdana menteri menerima duit berbillion dan berjuta2 ringgit dalam akaun sendiri, isteri dan anak mereka. Rakyat pula di paksa membayar cukai GST untuk membayar hutang 1MDB angkara Najib dan Jho Low.

    Rakyat harus sedar terutama sekali bangsa melayu,bumiputra sabah dan sarawak. Kita harus tukar kerajaan umno dan BN yang banyak membebankan rakyat dengan slogan 1 malaysia untuk menipu rakyatdi pimpinan najib.

    Slogan 1 inilah yang banyak menjahanamkan rakyat sebab dengan ini tertubuhnya 1MDB untuk membolot wang rakyat yang masuk ke akaun peribadi najib.

    Ayuh bangkitlah rakyat sabah dan sarawak tak kira bangsa dan agama. Kita sokong parti Tun mahathir dan PH dan tukar kerajaan umno yang dipimpin oleh najib sebelum negara bangkrap dan wang kita di KWSP digunakan oleh najib untuk membayar hutang negara yang telah mencecah rm800 billion ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Ayuh bangkitlah rakyat sabah dan sarawak tak kira bangsa dan agama."

      Eleh... suap tuak & dedak.. begitu jugak jadinya... Hehehe...

      Delete
    2. Anon 09:37
      U ingat semua orang sarawak bodoh macam kau kah boleh di bagi dedak macam makcik felda?

      Melayu semananjung kena jatuhkan umno dahulu baru kau boleh komen kami orang sarawak. Rakyat sarawak tak undi umno selagi parti anak sarawak masih relevan dan pemimpin sarawak berani bersuara mengenai hak2 sarawak dan mempertahankan MA1963.

      Harap awak faham tapi rakyay sabah saya tak nak komen.

      Delete
  32. MAHATHIR - ANWAR,BERSATU - PAKATAN.80-90 kerusi parlimen dalam genggaman pru14 nanti.ini belum campur parti shafie afdal yg di sabah nanti.parti shafie menang 10 kerusi parlimen sabah pun dah cukup dah bantu yg semenanjung tubuh kerajaan baru malaysia.PAKATAN BERSATU vs BARISAN NASIONAL.Saye yakin bn tumbang pru14,tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  33. Team Rakyat:

    Tun M
    Lim Kit Siang
    Muhyiddin
    Mukhriz
    Shafie Apdal
    Para penandatangan DR

    Team Dedak:
    Najip
    Rosmah
    Zahid
    Hishamudin
    Nan
    Azalina
    Saleh keruak
    Rahman dahlan
    KJ pendrive
    Mat maslan three pointer (bukannya four flat pun)
    Apandi
    Khalid
    TV3
    Utusan
    Dedak beberapa gerabak keretapi

    Siapa yg akan menang? Rasanya ramai dh tau kot..

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. Hello guys; This is a HD movie site kindly visit I am sure your will really enjoy. Thanks
    Watch Online Movie Free

    ReplyDelete
  36. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete